Sedutan dari Utusan Malaysia Oktober 4hb, 2008
Jangan biarkan kebiadapan Hindraf berterusan
RUMAH terbuka adalah satu majlis tradisi yang bukan sahaja disanjungi oleh masyarakat negara ini, malah ia juga mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa.
Majlis seumpama itu menemukan semua insan di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama atau perbezaan politik.
Di majlis rumah terbuka, segala perbezaan antara kita diketepikan, apa yang lebih utama ketika itu ialah sama-sama mengeratkan hubungan sesama kaum.
Atas sebab itulah acap kali kita melihat pemimpin-pemimpin biarpun berbeza fahaman politik akan sering kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
Tetapi malangnya, masih ada pihak yang tidak tahu menghargai keunikan tersebut, sebaliknya menjadikan ia medan untuk melepaskan geram dan perasaan mereka.
Apa yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Hindraf ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet pada Rabu lalu sudah menampakkan dengan jelas sikap biadap dan perkauman mereka.
Tanpa mempedulikan bahawa di situlah kita dapat menyaksikan pelbagai kaum berkumpul tanpa mengira perbezaan sesama kita, kelompok Hindraf ini bertindak bagaikan manusia tidak bertamadun.
Mereka merempuh masuk ke majlis itu bukan sebagai tetamu yang harus menghormati tuan rumah tetapi sekadar untuk melaksanakan agenda politik yang tidak seharusnya ditimbulkan pada hari yang mulia ini.
Kelompok Hindraf itu bernasib baik kerana orang Melayu yang berada di majlis berkenaan masih mampu menahan sabar dan menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa mengendalikan keadaan.
Bayangkan jika ada pihak yang melakukan provokasi yang akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum di situ.
Perbuatan yang dilakukan oleh Hindraf tersebut amat berbahaya. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka cuba melakukan provokasi. Mereka tahu perbuatan itu salah tetapi mereka sengaja melakukan.
Hindraf cuba menjadi hero di tempat dan pada waktu yang salah. Sentimen perkauman yang menebal pada diri masing-masing telah menyebabkan ia menenggelamkan perasaan hormat menghormati antara kaum yang kita bina sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Tidak kiralah sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas atau apa sahaja perayaan kaum di negara ini, ia seharusnya dihormati bukan dicemari dengan sikap tidak bertamadun.
Apa yang dilakukan oleh Hindraf ini tidak harus dibiarkan. Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan bagi mengetahui dalang di sebalik tindakan gila tersebut.
Mereka yang terlibat harus ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan kerana telah menggugat ketenteraman awam.
Hakikatnya, pihak kerajaan sudah banyak bersabar dengan tindak tanduk Hindraf. Mereka adalah pertubuhan haram yang seolah-olah tiada siapa mampu menyentuhnya.
Kini adalah masanya untuk kerajaan bertindak ke atas mereka yang suka memainkan sentimen perkauman yang sempit.
Apa yang perlu difahami tindakan Hindraf telah mencetuskan kemarahan di kalangan orang Melayu tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka.
Kebiadapan Hindraf harus diberhentikan kerana jika dibiarkan mereka mungkin akan melakukan tindakan yang lebih ganas lagi.
Kita tidak harus merelakan sebuah pertubuhan haram yang terbentuk daripada demonstrasi jalanan merosakkan hubungan kaum di negara ini.
Kepada pemimpin-pemimpin yang sebelum ini begitu menyokong Hindraf, mereka seharusnya insaf kerana Hindraf bukanlah memperjuangkan perpaduan kaum tetapi ingin menjadi racun perosak kepada negara ini.
Oleh itu adalah perlu pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi. Satu pengisytiharan rasmi perlu dilakukan bahawa Hindraf adalah pertubuhan haram dan sesiapa yang menyertai boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jika sebelum ini sebuah pertubuhan Islam, Al Arqam pernah diisytiharkan haram, kenapa tindakan yang sama tidak boleh dikenakan ke atas Hindraf. Apa istimewanya kelompok cauvinis itu?
Soal bertolak ansur atau berlembut dengan kelompok makhluk bernama Hindraf ini tidak harus dibiarkan lagi. Mereka perlu diberi pengajaran bahawa negara kita memang mengamalkan demokrasi tetapi demokrasi itu tidak harus disalahgunakan melalui tindakan yang dianggap cukup biadap dan kurang ajar.
Percayalah, jika peristiwa di Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet itu dilupakan begitu sahaja, selepas ini Hindraf akan bertindak lebih ganas lagi kerana mereka tahu berikutan suasana politik sekarang kerajaan mungkin tidak akan berbuat apa-apa.
Tetapi mereka juga tidak harus melupakan bahawa sarang tebuan jangan dijolok, harimau tidur jangan dikejutkan dan jika kita berani bermain api maka bersedialah menerima akibatnya.
Ingatlah dalam apa juga situasi, janganlah terlalu banyak mencabar kerana kesabaran manusia ada hadnya.
Jurublog pesanan, seiring dengan suara-suara lain, mengecam tindakan Hindraf mengacau Majlis Rumah Terbuka bersama Menteri Kabinet pada hari pertama hari raya baru-baru ini. Syed Hamid Albar sebagai Menteri Dalam Negeri perlu memulakan tindakan yang betul-betul tegas terhadap Hindraf atas beberapa sebab.
Pertama, Hindraf adalah organisasi yang tidak berdaftar dan illegal yang bertindak secara kekerasan, menggugat keamanan masyarakat, dan menghasut rakyat menentang kerajaan.
Kedua, Hindraf harus dihadapkan ke mahkamah di bawah kesalahan treason kerana menuntut perlembagaan Negara ini di gantung dan mengugut kerajaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Hukuman untuk treason adalah gantung!
Ketiga, mereka-mereka yang terlibat dalam Hindraf harus di lucutkan kerakyatan kerana mereka mempersoalkan persetujuan-persetujuan, perjanjian-perjanjian dan aku janji aku janji yang membolehkan mereka sebagai imigren dan British subject mendapat kerakyatan.
Keempat, tuntutan Hindraf di mahkamah London memalu dan mencemarkan nama baik negara. Ditambah lagi, tuntutan itu dibuat tidak mempunyai asas dan penuh pendustaan dan pembohongan.
Kelima, Hindraf mempunyai talian dan bersekongkol dengan organisasi-organisasi asing untuk memaksa perubahan asas kenegaraan - perlembagaan, kepimpinan, institusi-institusi dan lain-lain - mengikut agenda kumpulan-kumpulan ini yang tidak mengambilkira ciri-ciri sejarah dan kebudayaan asal negara ini.
Keenam, tindakan terbaru Hindraf menunjukkan mereka sudah menjadi militan dan hilang pertimbangan akal budi pekerti dan sopan santun yang menjadi asas Rukunegara yang keenam ia-itu kesopanan dan kesusilaan. Hindraf tidak menghormati kesucian perayaan agama.
Ini adalah pertama kali dan akan menjadi pemula kepada usaha akan datang yang akan merosakkan Majlis perayaan agama di negara ini. Tindakan biadap ini harus BALAS DENGAN TINDAKAN YANG KERAS DAN TEGAS supaya menjadi peringatan kepada sesiapa sahaja yang mencabar asas kenegaraan patut dihukum dnegan wajarnya.
7 ulasan:
http://publication.samachar.com/pub_article.php?id=2786590&navname=General%20&moreurl=http://publication.samachar.com/ibnlive/general/ibnlive.php&homeurl=http://www.samachar.com&nextids=2787341|2786914|2787342|2786589|2786590&nextIndex=0
Dimana jua mereka berada tabiat tidak berubah. Common civilise..
blog yang bagus. tunggu lama tak update. mana menghilang?
Kerajaan perlu mempertimbangkan segala sudut perundangan bagi menangani Hindraf. Kegagalan kerajaan berbuat sedemikian bakal memberikan imej negatif.
Deepavali tak lama lagi....wah! habis rumah Sami Value kena serbu.
saya sangat menyokong tindakkan keras ke atas hindraf!
ini akan jadik pengajaran kpd yg lain. besides, ketatkan lagi law utk terima imigran sbgai warganegara sbb kemungkinan diorg ni hindraf jr in future
Hindraf menyuburkan lagi semangat kebencian terhadap kaum india...hapuskan HINDRAF!
http://pilihan-anda.blogspot.com/2008/10/sorry-for-my-misunderstanding.html
desperadoes do desperate things
rationality and sensibilities are put on the back burner
wonder whose advise they took
western 'race-blind' countries have gone bankrupt
Catat Ulasan