Rabu, 15 Oktober 2008

Tan Lian Hoe: Nak pandai boleh diajar, Nak bodoh tidak boleh diasuh

Utusan Malaysia

Penghijrahan Melayu dalam zon budaya sendiri

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Orang Melayu di negara ini sama sekali tidak boleh dianggap sebagai pendatang dari kepulauan Nusantara kerana penghijrahan mereka berlaku dalam zon budaya sendiri.

Pengkaji tamadun Melayu, Mohd. Arof Ishak berkata, orang-orang Melayu dari kepulauan Nusantara juga adalah sebangsa, cuma pada masa ini, mereka dipisahkan oleh sempadan politik.

Menurutnya, ia berbeza dengan penghijrahan orang Cina dan India kerana ia merentasi zon budaya yang berbeza.

Katakan seorang Cina yang bercakap menggunakan dialek Mandarin telah mempelajari dialek Hokkien, dia tidak boleh dikatakan mempelajari bahasa asing kerana kedua-duanya masih berada dalam zon budaya Cina.

"Begitu juga dengan penghijrahan, selagi masih dalam satu zon budaya dan bangsa, mereka tidak boleh dianggap sebagai pendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Arof merupakan penulis buku The Malay Civilization yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena perasmian Wisma Sejarah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.

"Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India," kata Lian Hoe.

Mengulas lanjut, Mohd. Arof berkata, istilah pendatang juga merujuk kepada sesuatu yang tidak berasal dari negara ini.

Sebagai contoh, katanya, pokok getah yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris tidak pernah dianggap sebagai pokok tempatan walaupun ia telah lama ditanam di negara ini.

4 ulasan:

Unknown berkata...

langkah pertama untuk menjayakan malaysian malaysia

Musallam berkata...

Salam,

Saya ada menulis tentang isu yang sama dalam blog saya:


http://tun-jeram.blogspot.com

Zahar berkata...

Dia cakap gitu memang sengaja nak apikan sentimen perkauman.

senyap yo berkata...

malaysian malaysia cuma OMONG kosong.. 'mereka' xkan mengerti menghormati.. dgn inferior melayu.. buku ini adalah amat berpatutan!!