Hari ini, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh parti-parti politik berasas kaum Cina untuk mempersoalkan kedudukkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Walaupun mereka memperakui kedudukkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti tertera di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, usaha-usaha mereka mempertikai "kedaulatan Melayu' di dalam Perlembagaan berhubung bahasa dilakukan secara tidak langsung seperti mempersoalkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda jalan.
Tingkah laku ahli-ahli Parti Gerakan dan DAP sebenarnya memghidupkan konfrontasi kaum berdasarkan isu-isu yang berdekad-dekad lama. Hairan sekali, semasa kita tidak merdeka, tulisan jawi boleh diiktiraf oleh British tetapi tidak sekarang. Ini perlu disalahkan orang dan pemimpin Melayu juga.
Artikel 152
Bagi menjawab isu papan tanda jalan, perlu difahami hak-hak Bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan. Artikel 152 disiar dibawah dalam versi asal Perlebagaan yang dalam bahasa Inggeris.
Interpretasi
Dengan ringkas, Artikel 152 adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu adalah bahasa rumpun Melayu di Indonesia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thai, Singapura, dan lain-lain rantau yang mempunyai minoriti Melayu seperi di Myanmar, Cambodia, Afrika Selatan, Surinam, Madagascar dan lain-lain.
Status kebangsaan yang diberi, sebagaimana status Bunga Raya Bunga Kebangsaan, Jalur Gemilang Bendera Kebangsaan, adalah kepada Bahasa Melayu. Dan, bukannya diberi kepada Bahasa Malaysia yang sering disebut. Menjenamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan tidak selari dengan Perlembagaan.
Sepatutnya dibalikkan semula kepada asal dimana Bahasa Melayu dikaitkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Ada baik diakhirkan amalan ini supaya rakyat ingat bahawa negara ini asal usul dan sejarahnya adalah negeri Melayu. Ini patut dikekalkan selamanya.
Sebagai bahasa lingua franca orang Melayu Nusantara, bahasa Melayu tidak akan dijenamakan sebagai Bahasa Malaysia di Brunei, Singapura dan lain-lain tempat. Ini menguatkan lagi hujah di atas.
Kita seharusnya lebih berbangga dengan status Bahasa Melayu sebagai lingua franca Nusantara dan diiktiraf sedemikian.
Kedudukkan Bahasa 'Asing'
Bahasa lain tidak boleh dilarang untuk diguna, mengajar dan diajar DAN bahasa lain boleh diperlihara kegunaan dan kajian oleh Kerajaan. Tetapi tidak boleh diguna untuk urusan rasmi termasuk sebagai papan tanda jalan di bawah budang kuasa kerajaan tempatan.
Ungkapan "any other language" dan "the language of any other community" serta ungkapan "using ... teaching or learning" dan "use and study" yang disebut dalam Artikel 152 (1) boleh dituju kepada bahasa kaum-kaum lain seperti bahasa kaum Cina, India, Sikh dan lain-lain sebagai bermaksud hanya boleh diguna dan dikaji bukan untuk mengajar dan diajar.
Alasannya adalah kerana istilah "Cina" dan "India" tidak sepatah pun disebut dalam Perlembagaan tetapi "Melayu" disebut banyak kali. orang bukan Melayu disebut "0ther communities" (kaum lain) dan bahasa kaum bukan Melayu disebut "bahasa kaum lain".
Kita marah terhadap bangsa lain kerana berlaku biadap terhadap Bahasa Melayu. Mungkin ada yang marah kepada bangsa lain kerana ia seolah mencampuri urusan orang Melayu. Kononnya jika orang Melayu salah dalam tidak mempertahankan hak dan kepentingannya, biarkan ini sebagai urusan orang Melayu dengan orang Melayu.
Namun keruntuhan status Bahasa Melayu adalah salah orang Melayu yang tidak berusaha memperkasa, tidak mempertahankan tradisi bahasa, dan suka memperkecilkan bahasa ibunda sendiri. Setelah kita merdeka selama 50 tahun, penguasaan dan penguatkuasaan Bahasa melayu di Parlimen, Dewan Negara serta Mahkamah masih lagi lemah dan lembut.
Bahasa itu jiwa bangsa,
Hancur bahasa hilang jaridiri bangsa.

PART XII - GENERAL AND MISCELLANEOUS
Article 152
(1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law* provide:
Provided that-(a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and(2) Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, the English language may be used in both Houses of Parliament, in the Legislative Assembly of every State, and for all other official purposes.
(b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.
(3) Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, the authoritative texts-(a) of all Bills to be introduced or amendments thereto to be moved in either House of Parliament, andshall be in the English language.
(b) of all Acts of Parliament and all subsidiary legislation issued by the Federal Government,
(4) Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, all proceedings in the Supreme Court or a High Court shall be in the English language:
Provided that, it the Court and counsel on both sides agree, evidence taken in language spoken by the witness need not be translated into or recorded in English.
(5) Notwithstanding the provisions of Clause (1), until Parliament otherwise provides, all proceedings in subordinate courts, other than the taking of evidence, shall be in the English language.
(6) In this Article, "official purpose" means any purpose of the Government, whether Federal or State, and includes any purpose of a public authority.
Interpretasi
Dengan ringkas, Artikel 152 adalah seperti berikut:
- Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu
- Tulisan rasmi adalah rumi atau jawi sebagaimana yang ditetapkan
- Bahasa lain tidak dihalang
- Bahasa kaum lain boleh dipelihara
- Bahasa Inggeris digunakan 10 tahun sahaja selepas Merdeka untuk di Parlimen dan Dewang Undangan Negeri; Mahkamah; dan urusan rasmi
Bahasa Melayu adalah bahasa rumpun Melayu di Indonesia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thai, Singapura, dan lain-lain rantau yang mempunyai minoriti Melayu seperi di Myanmar, Cambodia, Afrika Selatan, Surinam, Madagascar dan lain-lain.
Status kebangsaan yang diberi, sebagaimana status Bunga Raya Bunga Kebangsaan, Jalur Gemilang Bendera Kebangsaan, adalah kepada Bahasa Melayu. Dan, bukannya diberi kepada Bahasa Malaysia yang sering disebut. Menjenamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan tidak selari dengan Perlembagaan.
Sepatutnya dibalikkan semula kepada asal dimana Bahasa Melayu dikaitkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Ada baik diakhirkan amalan ini supaya rakyat ingat bahawa negara ini asal usul dan sejarahnya adalah negeri Melayu. Ini patut dikekalkan selamanya.
Sebagai bahasa lingua franca orang Melayu Nusantara, bahasa Melayu tidak akan dijenamakan sebagai Bahasa Malaysia di Brunei, Singapura dan lain-lain tempat. Ini menguatkan lagi hujah di atas.
Kita seharusnya lebih berbangga dengan status Bahasa Melayu sebagai lingua franca Nusantara dan diiktiraf sedemikian.
Kedudukkan Bahasa 'Asing'
Bahasa lain tidak boleh dilarang untuk diguna, mengajar dan diajar DAN bahasa lain boleh diperlihara kegunaan dan kajian oleh Kerajaan. Tetapi tidak boleh diguna untuk urusan rasmi termasuk sebagai papan tanda jalan di bawah budang kuasa kerajaan tempatan.
Ungkapan "any other language" dan "the language of any other community" serta ungkapan "using ... teaching or learning" dan "use and study" yang disebut dalam Artikel 152 (1) boleh dituju kepada bahasa kaum-kaum lain seperti bahasa kaum Cina, India, Sikh dan lain-lain sebagai bermaksud hanya boleh diguna dan dikaji bukan untuk mengajar dan diajar.
Alasannya adalah kerana istilah "Cina" dan "India" tidak sepatah pun disebut dalam Perlembagaan tetapi "Melayu" disebut banyak kali. orang bukan Melayu disebut "0ther communities" (kaum lain) dan bahasa kaum bukan Melayu disebut "bahasa kaum lain".
Kita marah terhadap bangsa lain kerana berlaku biadap terhadap Bahasa Melayu. Mungkin ada yang marah kepada bangsa lain kerana ia seolah mencampuri urusan orang Melayu. Kononnya jika orang Melayu salah dalam tidak mempertahankan hak dan kepentingannya, biarkan ini sebagai urusan orang Melayu dengan orang Melayu.
Namun keruntuhan status Bahasa Melayu adalah salah orang Melayu yang tidak berusaha memperkasa, tidak mempertahankan tradisi bahasa, dan suka memperkecilkan bahasa ibunda sendiri. Setelah kita merdeka selama 50 tahun, penguasaan dan penguatkuasaan Bahasa melayu di Parlimen, Dewan Negara serta Mahkamah masih lagi lemah dan lembut.
Bahasa itu jiwa bangsa,
Hancur bahasa hilang jaridiri bangsa.
* Interpretasi dan kedudukkan bahasa 'asing' diambil dari satu sinopsis kertaskerja "Melayu dalam Perlembagaan" oleh Dato Mohd Nor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan di Seminar Agenda Melayu 2057: Siri 1 - Agenda Politik pada tarikh 4 November 2007 di PWTC, Kuala Lumpur
5 ulasan:
Syabas
peringatan yg amat tepat pada masa ini
supaya rakyat tak termakan janji janji ahli politik yg terdesak nak menjadi pm
Salam !
Ye le kome apa tahu, asik berpolitik je, teman dulu masa 13 Mei yang terlibat secara lansung akhirnya menjadi mangsa politik UMNO, bangsa teman sendiri Yob ! deme UMNO ni tak tengok bekas tentera sebagai pernah mempertahankan negara, depa nampak UMNO je yang berjuang kearah negara, alahai teman taulah UMNO ni sebab keliling teman banyak UMNO tapi pentingkan fulus, bohong kalau depa kata nak perjuangkan bangsa !
pakkaramu
nak apa sebenar. dalam semua parti ada saja yg tak betul. mungkin lebih sikit kat umno sekarang.
tiap2 tahun ada hari pahlawan memperingati tentera. dana dan tabung untuk tentera pencen. apa sebenar masaalah yg sebenar mahu diutara?
rakyat lain yg berjuang tak dapat apa pun. kami hanya syukur dapat hidup aman damai. saya buat blog ini pakai duit sendiri , gaji dan pencen askar pun tak dapat.
adakah kerana umno saja yg mengaku dia perjuang?
kalau itu saya pun tak setuju, tapi saya tak mahu pasal ego saya saya ketepikan apa yg saya boleh lakukan.
syabas pak ada terlibat dan membantu menyelamatkan negara. itu saya sanjungi.
Menarik artikel ini.
Tuan,
Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.
Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".
Catat Ulasan