Ahad, 30 November 2008

Mereka Berkata ... Tun Tan Siew Sin

Tun Tan Siew Sin (21 May 1916 – 17 March 1988)
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent who were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States, obtained their citizenship. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”
Kata-kata ini dipetik dari blog Jebat Must Die. Baca juga komen blog Reveller Guerilla mengenai tulisan Dr Mahathir, "Siew Sin on Sino-Malay Relation".

Sedutan ucapan Tun Tan ini diperolehi dari sebuah artikel akhbar tempatan berjodol - “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” bertarikh 30 April 1969. Ucapan ini disampaikan sebelum Pilihanraya 1969 yang telah dicemar oleh extremisma perkauman akibat usaha DAP dan Gerakan meniup perasaan tidak puashati masyarakat Cina terhadap peruntukan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Latarbelakang mengenai Tun Tan Siew Sin boleh diperolehi di laman Sejarah Malaysia di sini dan laman MCA di sini.

Rabu, 26 November 2008

Memahami Islam Dalam Perlembagaan Malaysia


Oleh Khairil Anuar Ramli, Minda Madani Online

Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Negara bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambilkira latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya.

Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982). Menurut beliau:

“The fourth basic feature of the Constitution providing for Islam to be the religion of the federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom of religion was accepted without controversy and debate.

The rulers of the Malay States and the Malay population were Muslims even before the arrival of the Portuguese in the sixteenth century and the Muslim population have always been tolerant towards the followers of any or no religion.” (An Introduction to the Legal System in Malaysia, 1989, hal. 13).
Lain-lain ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia, menurut beliau lagi, ialah:

(1) Malaysia sebagai sebuah Persekutuan (Perkara 1);
(2) Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan (supremacy of the Constitution) (Perkara 4(1));
(3) Pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman (separation of powers);
(4) Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) (Perkara 39);
(5) Demokrasi Berparlimen (Perkara 44); dan
(6) Badan Kehakiman yang terpisah dan bebas dari penguasaan Parlimen dan Eksekutif (Perkara 128).
Kesemua ciri-ciri asas ini sememangnya wajar dipertahankan! Menurut almarhum Profesor Ahmad Ibrahim (m. 1998) di dalam kertaskerjanya, “Islam and The Constitution” yang dibentangkan di Universiti Malaya pada 23 Ogos 1987, ketika Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk pada 1956, terma rujukannya (terms of reference) secara khusus memperuntukkan, antara lain, bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan-peruntukan seperti:

(a) melindungi kedudukan (position) dan mertabat (prestige) Raja-Raja Melayu di negeri-negeri masing,
(b) Yang Di-Pertuan Agung perlu dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu, dan
(c) melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu.
Profesor Ahmad Ibrahim kemudiannya merumuskan kertaskerja beliau:

“There seems a need therefore to give a proper place to the Islamic law and the Shariah Courts and thus to implement the provision that Islam is the religion of the Federation. As Islam is the religion of the Federation the Shariah as based on the Holy Quran and the Sunnah must be enforced in the Federation and it should be provided that any law which is inconsistent with the Holy Quran and the Sunnah shall be void to the extent of such inconsistency.

The Privy Council has ruled that in the case of Singapore a law to be valid must conform to the fundamental rules laid down by the English Common Law. This view seems to be acceptable to some in Malaysia too but as Islam is the religion of the Federation surely the fundamental principles of the laws should be based in Malaysia not on the English Common Law but on the Shariah."
Tidak sampai setahun kemudiannya, pada 10 Jun 1988, Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan memperuntukkan fasal 1A kepada Artikel 121 Perlembagaan yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa (jurisdiction) terhadap perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Shariah.

Pelaksanaan pindaan ini, pada awalnya, menemui beberapa kesukaran sehinggalah Mahkamah Agong membuat keputusan di dalam kes Mohd Habibullah Mahmood v Faridah Dato’ Talib pada tahun 1993. Dengan kes ini, kedudukan Mahkamah Shariah semakin diperkukuhkan. Perdebatan kemudiannya merujuk kepada apa yang dimaksudkan dengan “bidang kuasa Mahkamah Shariah”.

Kini setelah hampir dua puluh tahun pindaan ini dilakukan, bukan sahaja pindaan ini yang dicabar, malah beberapa peruntukan lain secara tidak langsung turut menjadi pertikaian termasuklah apa yang disifatkan sebagai ciri-ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa akta dan mekanisme baru pula cuba diketengahkan untuk mencabar secara tidak langsung institusi-institusi yang telah diwujudkan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini, umpamanya institusi mufti dan pihak pentadbiran agama negeri-negeri.

Keputusan Mahkamah Shariah dipertikaikan. Perjalanan pentadbiran agama negeri negeri diperlekehkan. Malah tanggungjawab keagamaan untuk mengawal moral dan akhlak umat Islam sendiri ditanggapi sebagai mengganggu “privacy” golongan-golongan tertentu dan berselindung di sebalik hak asasi manusia.

Yang sedihnya, gelombang reformasi yang diharapkan dapat mengembalikan kemuliaan insan (karamah insaniyyah) semakin karam dalam agenda perebutan undi dan kuasa. Tegasnya, apa yang telah diperkukuhkan selama 50 tahun negara merdeka, kini sedang cuba dirungkai. Kita semakin kembali ke zaman ketika kita dijajah.

Fenomena murtad dan implikasinya menjadi isu hangat yang mencabar keputusan dan kedudukan Mahkamah Shariah.

Hal ini menjadi lebih sulit sekiranya disulami dengan campurtangan politik dan ketidakcekapan (incompetence) birokrasi. Ada pula yang mengambil untung dari kemelut kekeluargaan yang timbul berikutan fenomena murtad dan perceraian ini. Apakah kepentingan mereka ini adalah untuk mendamaikan perpecahan keluarga atau mengambil kesempatan politik (political mileage)?

Apa yang berlaku kini cuba ditunjuk-tunjukkan sebagai permulaan satu perpecahan besar yang sudah tidak terelak, hanya retak menanti belah. Bagaikan kaum-kaum tertentu dihimpit, didiskriminasi habis-habisan tanpa belas kasihan dan dianiayai, manakala kaum-kaum lain begitu zalim menguasai dan mendominasi. Sedangkan nilai-nilai yang menyatukan pelbagai kaum jauh lebih banyak dari yang membezakan mereka. Sesetengahnya pula begitu alergik dengan istilah-istilah kemelayuan dan Islami.

Manakala sesetengah yang lain pula melihat sesuatu hanya menerusi kaca mata politik. Segala-gala dihitung melalui untung rugi politik dan perspektif perkauman sempit. Sudah tidak ada lagi yang sanggup berlapang dada. Hari ini apa yang disifatkan berlapang dada ialah mengorbankan prinsip asasi yang mendefinisi seseorang.

Sedangkan sebenarnya kita perlu bersatu dalam soal-soal yang dibolehkan dan berlapang dada dalam soal-soal prinsip yang memerlukan kita berbeza. Yang penting bukannya berbeza atau tidak berbeza; tetapi memahami di mana titik-titik perbezaan tersebut dan memastikan kita tidak akan berpecah hatta ketika kita berbeza.

Sememangnya kita bersetuju dengan pandangan ramai pihak untuk kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah seruan YM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 3 April 2007 ketika menyampaikan ucaputama di Young Malaysians’ Roundtable Discussion on National Unity and Development in Malaysia: Prospects and Challenges for Nation Building.

Di dalam ucaptamanya, beliau juga menganjurkan agar semua mengamalkan sikap kompromi (compromise) dan akomodasi (accommodation) ketika begitu ramai enggan berkorban dan hanya ingin menang serta mendominasi. Malah, ramai yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa Mahkamah Shariah adalah setaraf dengan Mahkamah Sivil, sebagaimana yang telah diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan sejak hampir 20 tahun lalu.

Ketika golongan-golongan ini bersetuju dengan pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, pada masa yang sama, mereka menafikan kedudukan dan peranan Islam di dalam Perlembagaan.

Sesungguhnya kedudukan Islam tersebut bukannya sekadar hiasan. Ia perlu diagendakan. Usaha untuk menterjemahkan Islam dalam dasar pentadbiran dan sebagainya tidak boleh diharapkan ke atas mereka yang sinis dengan potensi dan peranan Islam meskipun mereka beragama Islam.

Di atas pertimbangan tersebut, demi memastikan tiada sebarang pencapaian generasi lampau dalam mengukuhkan peranan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, beberapa usaha perlu difikirkan.

Pertama, sebuah gerakan pencerdasan undang-undang kepada masyarakat Islam perlu diusahakan. Ia perlu menjelaskan tentang hak dan keperluan mempertahankan serta melaksanakan peruntukan Perlembagaan khususnya yang bersangkutan dengan Islam. Gerakan pengilmuan ini lebih menjamin keberkesanannya pada tempoh jangka panjang.

Kedua, sebab-sebab yang mendorong fenomena murtad berlaku perlu didalami dengan mengkaji apakah mereka terdorong murtad kerana ketidakyakinan mereka kepada Islam atau sebab-sebab lain yang belum kita ketahui. Seandainya ia disebabkan oleh ketidakyakinan mereka, maka cara bagaimana mereka mempelajari Islam dan bagaimana masyarakat Islam mendekati mereka perlu diperkemaskan.

Akhirnya yang menjadi keutamaan kita ialah proses pengilmuan dan pendakwahan. Hanya inilah benteng ketahanan yang paling ampuh yang boleh dibina di dalam setiap diri penganut Islam, tanpa sebarang pindaan kepada mana-mana peruntukan Perlembagaan!

Ahad, 23 November 2008

Malaysia: Tuannya Siapa?

Berikut adalah artikel yang membincangkan mengenai negara-bangsa dan permasaalahan Nasionalisma Melayu (dari persepktif UMNO) oleh Kassim Ahmad yang dipetik dari blognya.

Sejak kebelakangan ini, khasnya selepas Pilihanraya Umum ke-12, perbincangan tentang “Ketuanan Melayu” menjadi-jadi. Ini menunjukkan bahawa negara-bangsa Malaysia yang kita tubuhkan pada 31 Ogos, 1957 , atau sebenaranya pada 16 September, 1963, belum wujud di alam nyata. Ini suatu konsep, suatu idea dalam fikiran kita, yang harus dibumikan. Ia akan mengambil masa – dua atau tiga generasi sekurang-kurangnya. Umur negara-bangsa kita baru 51, atau 45 tahun.

Satu kumpulan dalam masyarakat kita menafikan kewujudan bangsa. Asabiah, yang diharamkan dalam Islam, dakwa mereka. Mereka sudah mengelirukan dua konsep yang berbeza, iaitu kebangsaan, yang menjadi sunnatullah, dan perkauman yang merupakan suatu kesombongan oleh sesuatu bangsa, dan dengan itu salah. Firman Tuhan:

Wahai rakyat, Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan yang sama, dan menjadikan kamu berbagai bangsa dan berbagai kaum supaya kamu saling mengenal. Yang paling baik di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa di antara kamu. (Quran, 49: 13)
Dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad sendiri, Perkara Pertama mengisytiharkan, “Mereka membentuk sebuah masyarakat yang berbeza dari masyarakat-masyarakat lain.”

Mereka juga mengelirukan dua perkara yang berbeza. Yang satu ialah bangsa, dan yang kedua pegangan agama. Pakaian, umpamanya, tergolong ke dalam adat sesuatu bangsa, dan berbeza dari bangsa ke bangsa. Pegangan agama tauhid itu falsafah hidup, dan tidak kena-mengena dengan bangsa.

Nyatalah kategori bangsa dan konsep negara-bangsa (patut disebut di sini bahawa negara-bangsa yang ditubuhkan di Semenanjung Arab ini negara-bangsa yang pertama di dunia, dan Piagam Madinah juga perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.) selaras dengan hukum Tuhan. Ini nyata sekali dari kedua-dua petikan di atas. Negara-bangsa ialah tempat dan rumah sesuatu bangsa menjalankan aktiviti kehidupannya, berkembang dan maju, sambil berinteraksi dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain.

Dalam perbincangan tentang tajuk “Ketuanan Melayu” ini ada tiga aliran fikiran. Pertama, aliran tradisional atau konservatif yang mepertahankan konsep ini secara dogmatik; kedua aliran liberal yang menafikan konsep ini sama sekali; dan aliran ketiga aliran pertengahan yang mengiktiraf keterikatan sejarah dengan konsep ini, tetapi yang menerima juga konsep Bangsa Malaysia mengikut acuan asas sejarah ini.

Ucapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika menerima memorandum yang diserahkan oleh gabungan Melayu Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsa pada 5 November, 2008 menghuraikan perkara-perkara ini dengan jelas. (Sila lihat ucapan ini sepenuhnya di sini.)

Konsep “Ketuanan Melayu”, yang merujuk kepada kesinambungan sejarah negara-bangsa Malaysia kepada Kesultanan Melayu Melaka, telah disalah-ertikan sebagai dominasi sukubangsa Melayu ke atas suku-bangsa lain dalam Malaysia. Timbullah reaksi penentangan dari semua sukubangsa, termasuk sukubangsa Melayu sendiri, dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac, 2008. Penentangan ini menjelma dalam dasar baru Pakatan Rakyat, iaitu “Ketuanan Rakyat”.

Penentangan ini timbul dari penyelewengan pimpinan UMNO sendiri. Dari sebuah parti yang berjuang untuk mendapat kemerdekaan daripada Inggeris serta membangunakn bangsa, bersama-sama dengan MCA dan MIC, pada peringkat awal, dan kemudian dalam Barisan Nasional, dari tahun 1974, perjuangan UMNO merosot dengan UMNO menjadi sebuah parti elit yang memberi habuan kepada kroni-kroninya, sedangkan orang Melayu sendiri (dari kelas bawahan), dengan hak kepada pelbagai keistimewaan, diabaikan. Rasuah, pembaziran dan pelbagai bentuk penyelewengan berlaku. Dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu diporak-perandakan. Ini semua menunjukkan bahawa semangat nasionalisme atau patriotisme pimpinan UMNO sendiri sudah hilang. Inilah masalah pokok UMNO, yang harus dibetulkan segera.

Masih ada masa untuk pembetulan ini. UMNO harus menggariskan falsafah perjuangannya dengan lebih jelas supaya ia boleh memimpin ahli-ahli UMNO dan kader-kadernya. Dengan dijelaskan falsafah perjuagnan ini, UMNO akan kembali semula kepada landasan perjuangannya yang hak, dan ia akan mendapatkan semula kepercayaan sukubangsa Melayu, dan juga sukubangsa lain. Falsafah perjuangan ini mestilah terdiri dari prinsip-prinsip nasionalisme/patriotisme Melayu/Malaysia, humanisme, demokrasi, keadilan dan internasionalisme. Jika separuh daripada 3.2 juta ahli UMNO sekarang menghayati dan bergerak di atas landasan falsafah ini, ia akan menjadi kebal. Tiada parti mana pun boleh mengalahkannya.

Di antara parti dengan Kerajaan, yang mana lebih penting? Jawabnya, partilah yang penting, kerana parti itu badan sukarela, yang lahir dan bergerak dari kesedaran perjuangan bangsa. Sedangkan Kerajaan itu alat yang digajikan untuk mentadbirkan negara mengikut dasar nasional yang dibuat oleh parti. Jadi, parti harus pimpin Kerajaan, dan bukan Kerajaan mendominasi parti, seperti sekarang.

Parti harus ditadbirkan secara demokratik. Parti membuat dasar melalui perbincangan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Proses perbincangan dan perundingan akan mengambil sedikit masa, tetapi ia akan membawa hasil yang paling baik. Semua ahli yang layak dibolehkan bertanding untuk semua jawatan dalam parti dengan seorang pencadang dan seorang penyokong. Untuk menghindar calon yang mungkin tidak bertanggungjawab, disyaratkan supaya calon dikenakan sejumlah wang pertaruhan yang tidak boleh dibayar balik. Pertandingan satu kaedah yang harus dianggap normal untuk mendapat pimpinan yang paling baik, dan tidak harus membawa kepada perpecahan.

Cawangan-cawangan UMNO di dalam bandar dan di luar bandar harus memainkan peranan pimpinan kepada rakyat dalam kawasan-kawasan mereka di dalam semua bidang, bukan setakat mengembelingkan sokongan dalam pilihanraya saja. Peranan dan tugas ini boleh menyelesaikan banyak masalah, termasuk mengubah pemikiran rakyat, yang gagal diubah selama ini.

Semua dasar perlu dilihat kembali dan diperbaiki, berdasarkan falsafah perjuangan yang kita sebut di atas. Rasuah, pembaziran dan segala bentuk penyelewengan mesti dihapuskan.

Jika UMNO dapat melakukan ini semua dalam masa setahun akan datang, ia pasti akan mencapai kejayaan yang besar pada masa akan datang, termasuk dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 pada 2013.

Nampaknya, sekarang ini telah timbul suatu fikiran baru bahawa parti yang berdasarkan kaum – itulah masalah politik - Jika kita hapuskan parti-parti berdasarkan kaum, semua masalah akan selesai, kata mereka. Ini tidak benar. Jika parti-parti ini boleh bekerjasama dan menjalankan dasar yang baik, itulah yang akan membawa kepada kejayaan, bukan dengan menghapuskan parti yang berdasarkan kaum. Ini tidak bermakna kita tidak mengalu-alukan perkembangan ini. Kita mengalu-alukan perkembangan ini, tetapi kita harus membezakan bentuk dari dasar. Di antara dua perkara ini, dasar lebih penting.

Tujuh Wasiat Untuk Rakyat Asal Raja-Raja Melayu

Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato' Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan "Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu" dalam ucaptama "Hak Mutlak dan Kedudukan Istimewa Kaum Melayu."

Wasiat itu perlu difahami dari intipati kemerdekaan. Kebanyakkan kita memahami kemerdekaan sebagai merdeka dari penjajah British, tetapi sebenarnya kedaulatan negeri dan seterusnya negara (sovereignty) terletak pada tangan Raja-Raja Melayu dan pihak British hanya diberi kuasa mentadbir.

Kuasa mentadbir British itu diperolehi melalui diplomasi ugutan (gunboat diplomacy) para-para kapitalis dan pedagang-pedagang British dan dilegitimasi melalui perjanjiian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu.

Ada pihak berpendapat kemerdekaan adalah juga perkenannya Raja-Raja Melayu untuk mengalihkan kuasa-kuasa mutlak mereka kepada rakyat dalam hal-hal mentadbir negara melalui sistem demokrasi yang dinamakan Perlembagaan Beraja (Constitutional Monarchy). Pihak istana terlibat dalam proses-proses perbincangan dan perundingan untuk Merdeka. Walaupun peralihan kuasa telah dilakukan, Raja-Raja Melayu masih mempunyai kuasa-kuasa tertentu.

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:
"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Fasal-fasal tersebut adalah Perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11; Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153; dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarakan berkuatkuasa.

Baca seterusnya di blog Shamsuddin Moner El-Askarey

Jumaat, 21 November 2008

Bukan Pribumi Memutarbelit Ucapan Raja Nazrin


Pihak tertentu dikalangan kaum bukan Pribumi, parti-parti politik, kumpulan-kumpulan masyarakat-masyarakat madani (civil society), dan personaliti-personaliti sering menggunakan cara memutarbelit dan membohong fakta-fakta, terutama fakta sejarah untuk menjuangkan agenda sempit masing-masing yang berteras kepada ideologi asing atau kepentingan kaum sempit, dan tidak sesuai dengan sosio-politik negara yang berteraskan Melayu.

Mereka sering mengguna personaliti tertentu dari kalangan orang Melayu untuk menyuarakan suatu pandangan yang ikhlas, imbang dan objektif tetapi pandangan itu dimanipulasi seolah-olah menyokong pendirian kepentingan sempit dan rasis mereka. Antara cara yang lazim diguna adalah menggunakan fakta-fakta terpilih yang mereka setuju dan digembar gemburkan untuk menguatakan pendirian mereka. Fakta sebaliknya yang adil, imbang dan bernas dikaburkan dari pengetahuan ramai dan sebolehnya hilang begitu sahaja.

Ucapan

Begitulah yang berlaku kepada titah ucapan YM Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah pada hari Rabu November 19hb (ucapan penuh boleh diperolehi di sini). Ucapan berpendekatan akademia mempunyai ciri-ciri; tajuk, pengenalan/tujuan, isu/permasaalahan, fakta, analisa dan akhirnya, kesimpulan atau syor.

Titah ucaptama Raja Nazrin jelas bertujuan untuk menjadi pencorak kepada perbincangan seterusnya dalam forum yang membincangkan mengenai subjek diaspora migrasi dari perspektif kepelbagaian dan multi-budaya. Raja Nazrin mengambil sikap meraikan kepelbagaian pendapat dan fikiran dalam proses pembangunan ilmu pengetahuan.

Ucaptamanya berkisar kepada impak ekonomi kepada negeri penghantar dan penerima migrasi, dan membincangkan tiga perspektif mengenai diapora di negara penerima - diaspora hanya seiring dengan negara masyarakat plural, integrasi sebagai membina masyarakat yang adil dan saksama, dan proses integrasi yang memakan masa.

Seterusnya Raja Nazrin mempersoalkan gagasan multibudaya (multiculturalism) memberi kebebasan individu tetapi mengetepikan pentingnya membangunkan masyarakat yang mempunyai nilai dan kepentingan yang seiring. Baginda menekankan bahawa kaum-kaum imigren tidak boleh terbiar hanyut diluar arus masyarakat tanpa integrasi. Ungakapan ini begitu jelas sekali dan dipetik berikut:

The notion that the burden of responsibility rests solely with receiving countries is perhaps misplaced. On the part of immigrant communities, the spirit of respecting and accepting local traditions, local history and system of government is equally important. .
Maksudnya, tanggungjawab membina satu negara-bangsa yang padu tidak harus diletakkan kepada kerajaan (state) tetapi masyarakat imigren perlu menghayati semangat “di mana bumi di pijak – di situ langit di junjung.” Menambah lagi, baginda menyarankan gagasan multiculturalism gagal untuk membina masyarakat dan ketamadunan.

Raja Nazrin menyindir pihak-pihak yang tidak henti menimbulkan isu-isu kaum, budaya, dan ugama akan menyebabkan masyarakat menjadi berpuak-puak dari bekerjasama sesama kita. Baginda mengesyorkan masyarakat kembali kepada ajaran ugama yang sebenar, dan menolak pemikiran radikal dan ekstremis. [Harap komentar dr. joe white memahami penerangan ucapan tersebut]

Putarbelit

Malangnya, titah ucapan Baginda telah diputarbelit oleh pelbagai pihak-pihak dengan memilih-milih bahagian ucapan yang ingin dihebahkan dan mengelak dari menyentuh kesimpulan ucapannya.

Malaysia Insider merupakan pelopor utama memanipulasi cara sedemikian. Mereka mengetengahkan seolah-olah Raja Nazrin suara gagasan multiculturalism. Debra Chong memetik ungkapan, "Multicultural societies are fast becoming the rule rather than the exception." Tetapi, dia tidak menyebut Raja Nazrin menyatakan "Contrary to the rhetoric, however, it is not becoming a source of strength."

Penulis tersebut hanya menitik beratkan extremisma ugama tetapi tidak menjelaskan maksud perkataan "tribalism". Malah, Debra dengan biadap telah menyelit perkatan-perkataan "all belong", "essential", "truly pluralistic soceity", dan "a more heterogeneous and prosperous state" ke mulut Raja Nazrin dengan tujuan untuk melarikan ulasannya dari intipati ucaptama tersebut.

Multiculturalism, yang bukan diterima sebagai ideologi negara berteras Melayu dan ketuanan Raja-raja Melayu, dianggap sebagai satu gagasan yang perlu diterima dalam tulisan kritis berjodol Malay rights lobby group rejects multiculturalism jurublog Jonathan Ong.

Penulis mencalarkan polisi selama ini yang berasaskan integrasi yang berasaskan teras Melayu tetapi memberi hak kepelbagaian individu sebagai usaha untuk "reduced into a single, monotonous culture". Dia memutarbelit fakta dengan menyatakan dalam kesimpulannya seolah-olah polisi negara adalah "diversity is our identity".

Jelas sekali, penulis ini engkar dengan pesanan baginda supaya kaum imigren hormat dan terima cara-cara kaum teras dengan tidak mempersoal hak dan menghina kaum Pribumi.

Dalam kritikannya mempersoalkan pendirian Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali , beliau memutarbelit seolah-olah Ibrahim engkar dengan pandangan Raja Nazrin. Ini jauh dari kebenaran kerana Ibrahim Ali ada bersama dihadapan berarak dan diterima mengadap DYMM Sultan Perak di Kuala Kangsar baru-baru ini.

Anak muda ini cuba menggunakan Obama sebagai memberi justifikasi kepada hujahnya. Apa jua hujah yang ingin diputarbelit, realitinya perlu diterima. Pemimpin kaum bukan Melayu yang tidak boleh berbahasa, berbudaya, berugama rakyat asal tidak akan mendapat keyakinan pengundi kaum majoriti. Ini juga pendirian Lee Hsien Loong di Singapura. Obama diterima kerana dia "one of them" bukan asing kepada masyarakat Amerika.

Integrasi kemana?

Lee Wee Kiat, jurucakap dan ahli Jawatankuasa Utama MCA menyokong saranan Raja Nazrin supaya dititikberatkan Integrasi dari Assimilasi. Ini tidak ada isu kerana inilah cara yang dipersetujukan oleh pemimpin-pemimpin dahulu dan cara sejarah. Disini jugalah asas sosio-politik negara.

Persoalannya, setelah 50 tahun Merdeka, mengapa tidak ada kemajuan dalam proses integrasi? Mengapa keadaan majoriti kaum Cina khususnya masih lagi sebagaimana yang diterangkan dari petikan tulisan Ridhuan Tee baru-baru ini, seperti berikut:

Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.
Siapa yang berdegil?

Pastinya bukan kaum pribumi. Tanggungjawab untuk integrasi bukan terletak pada kaum Pribumi tetapi kaum Imigren yang sepatutnya menghormati dan menghayati budaya tempatan. Dalam menghormati budaya kaum tempatan, budaya mereka hanya diguna untuk sesama mereka dan bukan dimajlis rasmi dan yang melibatkan kaum pribumi.

Mengapa mereka masih berdegil dan tidak henti-henti mencari helah dan mereka alasan?

Lebih teruk dari itu, gagasan multiculturalism sebenarnya, bukan lagi helah tetapi, penentangan terhadap sosio-politiko-budaya berteras Melayu untuk negara yang asal usul Tanah dan Nusantara Melayu. Padahal ini adalah semangat Perlembagaan dan persetujuan Kemerdekaan.

Budaya setempat menetapkan - masuk kandang lembu menguak, masuk kanding kambing mengembek.

Ucapan "Di Mana Bumi Di Pijak – Di Situ Langit Di Junjung”


Berikut adalah titah ucapan DYMM Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah yang dipetik dari The Sun Nov 20hb, 2008

Full text of speech by Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah at the Diversity Matters Forum on Diasporas in the Commonwealth at Monash University, Sunway Campus on Nov 19, 2008.

The serious study of diversity and multiculturalism is precisely what the world needs at this critical juncture. I do not believe that we will ever approach the goal of human security until we are able to come to terms with our feelings of hatred, fear and apathy of our differences. If we were to spend but a tiny fraction of the resources poured into waging wars to promoting and appreciating how our differences work in our favour, rather than against it, the world would be an infinitely safer and more prosperous place.

Diversity is not only to be cherished; it is essential. I know this as an educationist for the store of knowledge does not increase until and unless there are differences in thinking. It is when there is stultifying uniformity that stagnation occurs. I know this as a Muslim for Islam recognises other religions. Islam itself is built on a history of myriad traditions. I know this as a Malaysian for what has built this country and made it strong are the contributions of its different communities. Malaysians of different races and religions have come together to put their shoulders to the collective plough despite their differences, something that many countries have not been so fortunate enough to share.

Large-scale migration of people, or in the language of this conference, diasporas, has been a constant feature in human history. As Ramesh Thakur, former Vice-Rector of the United Nations University and a noted scholar on human security, has written:

If human beings were not genetically programmed to travel vast distances, we would still be living in Africa. Whether our restlessness is rooted in curiosity about lands on the other side of the land or ocean, whether we seek to escape destitution and persecution “at home” or even whether we simply go astray, large-scale movements of peoples have been intrinsic to human nature and are an integral part of the human story.
From a purely economic perspective, theory would seem to support the presumption that international migration expands global output and increases global welfare. Moving labour from low productivity to high productivity countries improves allocative efficiency in the world economy. The persistence of large differences in average income between countries is prima facie evidence that allowing greater international labour mobility would raise world welfare. Thus, allowing labour to move across borders more freely would be a simple way to help narrow global income gaps.

But this, of course, is not the whole story. In receiving countries, public debate about immigration drives national politics, with recent electoral campaigns in Australia and the US each devoting substantial attention to the topic. Immigrants are often blamed for disrupting civil society, draining public coffers and lowering wages. At the same time, skilled immigrants receive credit for spurring innovation and the growth of technology sectors. To the extent that immigrants pay taxes and have the right to benefit from public services, they change the net tax burden on native residents. Once they become citizens, immigrants generally obtain the right to vote, altering domestic politics.

There are also sizeable effects on the sending country. Whilst emigration has brought a welcome financial windfall in the form of remittances, it has also drained poor economies of their most educated workers.

Among OECD countries, those with the largest immigrant presence in 2005 include Australia (24%), New Zealand (19%), Canada (19%) and the UK (10%). Australia, New Zealand and Canada are unique among receiving countries in using a point system (rather than quotas) for admission, in which individuals with higher levels of skill are favoured for entry. European countries take into account an individual’s refugee or asylee status in making immigrant admission decisions.

Among Commonwealth countries, India is the largest example of a diaspora-enriched, as well as enriching, country. There are estimated to be some 23 million non-resident Indians and persons of Indian origin. They represent significant minorities of the population of the United Kingdom, the United States, the Gulf States and countries on the African continent. Their combined wealth is estimated to be over US$1 trillion dollars in 2007, a figure roughly equivalent to India’s GDP. The World Bank has estimated that remittances by overseas Indians in 2006 were in the order of US$27 billion dollars, a little more than 10 percent of total global remittances in that year.

Significant as these numbers are, they still do not describe the full contribution. Successful migrants often return to their homeland and create new businesses, thereby acting as growth catalysts. Overseas Indians have been a vital conduit for multinational companies seeking to do business in the country. The Indian government has astutely sought to tap the Indian diaspora network by offering tax and other benefits. The latter are therefore being engaged and integrated into the country’s economic growth and development strategies.

For the receiving countries, the economic gains can be enormous. They gain a willing and energetic workforce, a thriving pool of taxpayers, and a growing domestic market for goods and services. Migrants often also take an active part in the social life and governance of their adopted countries. Many emerge as top government officials, brilliant academics and business personalities. Malaysia is a prime example of how a diaspora of Chinese, Indians and other races have led to the creation of a more heterogeneous and prosperous state. Today, all are integral to the Malaysian landscape; all belong. At the same time, Malaysians from all walks of life can be found all over the world and many have distinguished themselves in various fields.

I mention all these things with the full knowledge that there is already a long and rich discourse on these issues. I understand that among the important issues that will be discussed at this forum are how to ensure that the many diasporas are included, engaged and integrated in their adopted countries. In the remaining time available, allow me to share with you three perspectives on this issue.

First, diasporas can only be consistent with pluralistic societies. A pluralistic society is one that not only tolerates but appreciates and encourages the active participation of those of different races, cultures and lifestyles. Fundamental to the creation of truly pluralistic societies are two fundamental principles, that of equality and fairness. Of course, to ensure that these two principles are more than just nice thoughts and are vigorously enforced, the rule of law is required. And for the rule of law to be operational, there must be the most meticulous observation of the doctrine of separation of powers and the independence of the judiciary. In the UK in 1981, the Scarman report pointed out how minorities often had difficulty in getting good behaviour from the police and felt that they were discriminated. I have spoken long and often about these matters and do not wish to do so here. I also do not wish to appear to reduce the entire problem of managing diversity to a matter of the law. I do think, however, that it is a most basic building block underpinning pluralism.

Second, the principles of equality and fairness suggest a preferred policy of integration rather than assimilation. Integration accepts and enlists; it does not coerce. It respects and values differences as legitimate. Integration seeks a confederation of peoples and cultures unified by common values and voluntarily cooperating towards the common good.

Assimilation, on the other hand, seeks to change language, customs, religions and even worldviews. Nation-building was once thought to be impossible unless differences were subsumed into the dominant norm. Most of the time this has been achieved through relentless and merciless force. In the name of unity, immigrants have been forced to change their names, banned from using their mother tongue and prevented from holding certain jobs.

The integrationist path to nation building is a difficult one to pursue. In many ways more difficult than attempts at forced assimilation. In all of human history, wars have been waged over attempts to compel dissimilar communities either to fit into a uniform mould or else forcibly exclude them. Sadly, even today, there are those whose primary response to diversity is to pound those who are dissimilar into submission. They often react to diversity by insisting on socio-cultural uniformity rather than adaptability.

Integrationist approaches, it must be admitted, are beset by their own problems. Some countries that practice multiculturalism end up having significant enclaves of isolated and alienated communities. Each community stays in its own little box without contact with other communities. These communities are not bound by common ties or interests with mainstream society. Rather, they regard their adopted country in a purely utilitarian way, as places to eke out a living rather than a cherished homeland.

Which brings me to my third point. Integration is a gradual process consisting of many acts over many generations. By and large, immigrants everywhere have common needs and wants. They want food on the table, money to spend, their children educated and to be able to lead useful lives. They desire good homes, a physically secure environment, good healthcare and protection in their golden years. But many, especially those of subsequent generations, will also yearn for a deep sense of belonging and identity. To be incorporated into the wider community and not to be treated as strangers.

In this regard, the effort of some Commonwealth governments to introduce deliberate diversity policies in their public services is therefore a timely and responsive measure that can have manifold consequences down the line. Diversity needs to be promoted at every level, down to local governments and communities.

The idea behind multiculturalism is that countries with people of different cultural backgrounds should allow them to live a free life without being forced to do things they don’t want to do. What characterizes democratic life is that it is the person who decides, whether he or she wants to adjust more and be absorbed, or remain aloof. At the same time, the need to forge a community of people with shared values and interests remains paramount. The French riots in 2005 served as a reminder about what can happen if a country allows its immigrant communities to drift in the fringes of society without meaningful integration.

Where do we draw the line between the individual’s right to live the life he or she chooses and the need to forge a cohesive society? The notion that the burden of responsibility rests solely with receiving countries is perhaps misplaced. On the part of immigrant communities, the spirit of respecting and accepting local traditions, local history and system of government is equally important. A spirit reflected in the Malay saying, “di mana bumi di pijak – di situ langit di junjung”.

Multicultural societies are fast becoming the rule rather than the exception. Contrary to the rhetoric, however, it is not becoming a source of strength. Mankind is failing - and failing badly – at creating a sense of community. Instead race, culture and religion have become the dominant discourse.

We must avoid falling into a new and destructive form of modern day tribalism. Nothing is inevitable. Cultures can co-operate as much as clash.

We need to reclaim religion from those who would distort its truths. We must reject radicalism and extremism of all types. If there is someone in my society who is hungry, or unemployed or sick and cannot afford treatment, then it diminishes me even if he is of a different race or religion.

Khamis, 20 November 2008

Raja Nazrin menegur komuniti imigren


Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memberi peringatan kepada komuniti imigren atau "pendatang" supaya menghormati adat, sejarah, dan sistem pemerintahan negara ini. Adakah ada parti politik dan akhbar Cina yang akan marah terhadap Raja Nazrin?

Dengan secara tidak langsung, beliau memperingatkan kumpulan yang merasakan diri mereka sebagai masyarakat madani supaya jangan terlalu terbawa cara mereka hingga meninggalkan realiti amlaan negara raja berperlembagaan Malaysia dengan caranya sendiri.

Pada tahun lepas mereka begitu menyanjung setiap titah-titah Raja Nazrin seolah-olah perkara Kontrak Sosial tidak wujud dan satu manipulasi. Apa akan dikatakan jika Tuanku Sultan perak sendiri menyebut perkataan Sosial Kontrak dan memperakui negara ini wujud dari muafakat antara rakyat yang diwakili oleh kerajaan Perikatan, British dan Raja-Raja Melayu?
Adakah mereka akan bertukar bising dan marah kepada Raja Nazrin yang satu masa dahulu mereka sanjungi sebagai suara liberal dan moderat hingga dilimpahkan pelbagai pujian dan penghormatan kepada Institusi Raja? Jeritan Daulat Tuanku dilaung-laungkan sana sini.

Adakah mereka akan terus menghormati Instiutusi Raja setelah Duli-Duli Raja-raja Melayu menyatakan pendirian mereka mengenai mengenai asas-asas keadilan, dan hak Melayu dengan begitu imbang sekali?
Utusan Malaysia November 20hb

Terima adat tempatan

Oleh ROHANI IBRAHIM

PETALING JAYA 19 Nov. – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menegaskan betapa pentingnya komuniti imigran di sesebuah negara menghormati dan menerima adat, sejarah serta sistem pemerintahan yang diamalkan di negara mereka berhijrah dan menetap sepanjang masa.

Baginda bertitah, mereka sepatutnya mempunyai garis sempadan dalam mempersoalkan sesuatu perkara yang membabitkan antara hak seseorang individu untuk memilih cara hidup pilihannya di negara mereka berhijrah atau keperluan untuk mewujudkan sebuah masyarakat bersatu padu.

Titah baginda, dalam membuat pilihan itu, masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.’

“Anggapan bahawa beban tanggungjawab hanya terletak di bahu negara penerima mungkin tidak tepat,” titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Isu Kepelbagaian Mengenai Diaspora di Kalangan Negara Komanwel di Universiti Monash Kampus Sunway, Bandar Sunway di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah, Malaysia merupakan contoh terbaik bagaimana diaspora atau penghijrahan besar-besaran orang Cina, India dan kaum-kaum lain yang membawa kepada sebuah bangsa yang makmur dan majmuk.

“Hari ini semua mereka menjadi sebahagian daripada landskap negara ini dan pada masa yang sama, warga Malaysia turut berhijrah ke serata dunia untuk meneroka pelbagai bidang,” titah baginda.

Baginda menjelaskan, proses integrasi di antara golongan imigran di negara yang mereka berhijrah berlaku dari semasa ke semasa dan melibatkan banyak generasi.

Bagaimanapun menurut baginda, secara umum, kemahuan dan keperluan imigran di mana-mana negara adalah sama iaitu makanan, wang, pendidikan untuk anak-anak dan kehidupan yang lebih bermakna, selain rumah dan perlindungan pada hari tua.

“Namun, generasi imigran yang seterusnya akan mengimpikan identiti dan semangat kekitaan yang lebih mendalam. Mereka juga mahu diserapkan dalam komuniti yang lebih besar dan tidak dilayan sebagai orang asing,” titah baginda.

Dalam hal ini, Raja Nazrin bertitah, usaha sesetengah kerajaan negara Komanwel untuk memperkenalkan polisi yang pelbagai dalam perkhidmatan awam adalah pendekatan yang tepat dan responsif.

“Dalam sebuah negara yang mempunyai budaya majmuk, masyarakat daripada pelbagai budaya perlu dibenarkan hidup bebas tanpa dipaksa melakukan perkara yang mereka tidak mahu,” titah baginda.

Menurut baginda, kehidupan yang demokrasi bermakna seseorang itu boleh memilih untuk lebih menyesuaikan diri dalam masyarakat, diserap atau diterima dalam masyarakat atau tidak menunjukkan sebarang minat.

“Pada masa yang sama, keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang berkongsi nilai dan kepentingan tetap menjadi keutamaan,” titah baginda.

Rabu, 19 November 2008

Ridhuan Tee anggap DAP, Gerakan dan MCA ultra kiasu dan rasis etnik

Utusan Malaysia November 18, 2008

Timbang politik berasaskan keadilan


Oleh MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.

Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum?

Tidakkah kita belajar daripada pengalaman apa yang berlaku di Singapura? Setelah sebuah negeri Melayu terlepas kepada tangan bukan Melayu, apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana? Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat dalam percaturan kuasa politik?

Menurut Lily Zubaidah (2001), yang membuat kajian mengenai nasib Melayu di Singapura, bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi diberikan tempat seperti dahulu. Kalau ada pun tempat diberikan adalah kalangan Melayu yang telah cair sifat keMelayuan dan keIslamannya.

Kepimpinan Cina di Singapura tidak lagi mempercayai orang Melayu di sana. Dengan sebab itu, mereka terus didiskriminasikan, walaupun dinafikan sendiri oleh Melayu Singapura yang mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Namun, perilaku mereka menunjukkan segala-galanya.

Orang Melayu langsung tidak dapat tempat untuk memegang jawatan tinggi dan kritikal dalam perkhidmatan seperti ketua tentera, polis, juruterbang, imigresen dan sebagainya.

Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diajukan oleh wartawan persoalan akan pandangan beliau mengenai perkembangan politik di Amerika Syarikat berkaitan kejayaan presiden Barack Obama. Lebih lunak sedikit daripada bapanya, Hsein Loong mengeluarkan kenyataan bahawa satu hari nanti orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di Singapura.

Persoalannya, bila? Sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak hanya Tuhan yang lalu. Keadaan hari ini yang berlaku sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita bahawa proses ke arah itu masih terlalu jauh disebabkan oleh sikap ultra kiasu yang amat menebal.

Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sikap akomodasi yang tinggi. Selain daripada isu penerimaan orang Cina sebagai warganegara (jus soli), orang Melayu juga sanggup melepaskan sebuah negara Melayu iaitu Singapura kepada orang Cina dalam keadaan terpaksa. Namun, setelah orang Cina mendapat negara tersebut, mereka tidak pernah percaya kepada orang Melayu.

Malah menaruh syak wasangka atau persepsi yang kurang menyenangkan. Walaupun negara ini mendakwa mengamalkan dasar terbuka seperti yang didakwa, nyata sekali diskriminasi amat jelas dan nyata terhadap orang Melayu.

Orang Cina Singapura tidak pernah percaya kepada orang Melayu. Pendek kata, proses peminggiran orang Melayu berlaku dalam hampir semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sejarah (Lily Zubaidah, 2001). Saya agak hairan bagaimana Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu begitu berani menyindir Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana kepemimpinan negara.

Justeru, bagi saya, membandingkan Barack Hussein Obama, pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat adalah contoh yang amat dangkal dan amat ultra kiasu. Inilah politik kotor yang sentiasa dimain-mainkan untuk mengugut kepemimpinan hari ini. Sejarah kita berbeza sejarah Amerika Syarikat.

Kejayaan Obama masih terlalu baru. Kita jangan terlalu yakin, terutamanya umat Islam yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Obama menggantikan Bush yang dianggap sebagai dajal.

Jika Obama beragama Islam, saya tidak yakin beliau pergi lebih jauh sehingga setakat ini. Faktor peribadi beliau turut membantu. Beliau bukanlah dalam kategori kulit hitam tulen seperti kulit hitam di Afrika.

Ibunya adalah rakyat Amerika Syarikat berkulit putih. Cuma bapanya sahaja berkulit hitam daripada Kenya. Pendek kata, Obama adalah campuran darah kulit putih dan kulit hitam.

Salah satu sokongan yang diperolehi juga disebabkan beliau secara terang mengaku berpegang kepada agama kristian. Tidak ketinggalan, beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan korporat-korporat Yahudi antarabangsa.

Saya bimbang umat Islam akan kecewa suatu hari nanti jika terlalu bergantung harapan kepada Obama. Tunggu dan lihat. Apa pun saya boleh katakan, jika Obama beragama Islam, berkulit hitam tulen, dan tidak bersikap lunak terhadap Yahudi, jangan harap dia boleh menjadi presiden Amerika Syarikat. Inilah sejarah politik yang mesti difahami.

Persoalan saya, kenapa DAP, Gerakan dan MCA membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat? Kenapa tidak bandingkan Malaysia dengan negeri China atau India yang lebih bersifat ketimuran? Pada saya, DAP, Gerakan dan MCA sekadar mengambil kesempatan dalam apa jua ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang selama ini tidak didapati.

Saya ajukan persoalan ini kepada mereka untuk dijawab, bolehkah Cina Muslim atau India Muslim menjadi Perdana Menteri di negara China dan India, sedangkan mereka daripada satu bangsa yang sama.

Saya memberikan jawapan terlebih dahulu, jauh panggang dari api. Justeru, membanding Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sikap yang amat kiasu atau ultra Cina yang tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang telah tinggal di tanah air tercinta ini sekian lama.

Saya masih beranggapan baik bahawa orang Melayu boleh atau akan menerima orang Cina sebagai perdana menteri atau timbalan, jika orang Cina itu beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu termasuk, fasih berbahasa Melayu dan lain-lain lagi.

Kenapa hari ini orang Melayu masih agak berat hati untuk menerima orang bukan Melayu untuk diletakkan pada hierarki yang tertinggi dalam kepemimpinan negara dan organisasi? Berbanding dengan kenapa rakyat Thai boleh menerima Thaksin sebagai ketua negara mereka suatu ketika dahulu walaupun Thaksin mempunyai darah keturunan Cina yang amat ketara? Jawapannya, kerana Thaksin beragama Buddha, sama seperti orang Siam yang lain.

Perawakan Thaksin tidak lagi kelihatan sebagai orang Cina, tetapi lebih Siam daripada orang Siam. Thaksin mempunyai semangat patriotisme Thai yang amat tinggi. Sebab itu Thaksin berjaya. Namun keadaan di Malaysia begitu jauh berbeza, majoriti bukan Melayu langsung tidak mahu dikaitkan atau diasimilasikan langsung dengan budaya dan cara hidup orang Melayu. Dengan sebab kebudayaan kebangsaan gagal mencapai matlamatnya.

Persoalan saya kepada MCA, Gerakan dan DAP, berapa ramai orang Cina hari ini yang boleh menguasai bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dengan baik? Berapa ramai wakil-wakil rakyat Cina sanggup memakai songkok atau baju Melayu ketika ada majlis rasmi seperti persidangan Parlimen? Inikah sikap Perdana Menteri yang kita mahukan? Jika inilah sikap yang ditonjolkan, jangan harapkan mereka mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.

Hari ini seolah-olah amanat Tunku dan Cheng Lock sudah tidak relevan lagi. Orang Cina tidak hanya menuntut kek ekonomi dan kek kuasa yang lebih besar. Majoriti mereka berpendapat bahawa DEB sudah tidak relevan lagi. Lupakah kita kepada bumiputera Sabah dan Sarawak? Tidakkah mereka lebih berhak untuk menuntut? Seperti mana tuntutan mereka agar jawatan Naib Presiden UMNO hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera UMNO Sabah?

Saya cukup bersetuju dengan idea ini, agar politik kita tidak mengkesampingkan Sabah dan Sarawak yang telah dijemput menyertai Malaysia sekian lama. Kita sedia maklumkan bahawa keadaan di sana masih kurang membangun jika dibanding dengan Semenanjung.

Justeru, jika tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam, diajukan kepada kerajaan, yang lebih berhak mendapatkannya adalah bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya yang lain.

Inilah hakikat politik berunsurkan keadilan yang perlu dikaji dan dinilai dengan serius oleh bukan Melayu. Keadilan bukan bermakna sama rata sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Apakah yang dimaksud konsep adil dalam konteks bumiputera Sabah dan Sarawak. Pertama, mereka bukan pendatang.

Kedua, mereka dijemput menyertai Tanah Melayu seterusnya membentuk Malaysia. Ketiga, keadaan di sana masih mundur berbanding Semenanjung. Keempat, kemiskinan tegar di sana masih begitu banyak berbanding dengan Semenanjung dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh diberikan. Justeru, saya percaya, mesti ada rasionalnya kenapa kalangan pemimpin-pemimpin Melayu masih mahu DEB terus disambung semula dalam versi baru. Mungkin sudah ada kesedaran bahawa, ia perlu dilaksanakan secara lebih telus agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang dibantu, bukannya memperkayakan segelintir kroni dan orang tertentu sahaja seperti sebelum ini.

Matlamat DEB adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Kita perlu mengambil pengajaran kata-kata seorang pengkaji barat seperti Leon Comber (2007) yang menegaskan, jika semangat DEB diamalkan sejak dulu, tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Tetapi adalah jelas bahawa semua ini banyak bergantung kepada cara bagaimana dasar itu ditafsirkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia. Era selepas DEB dilaksanakan menandakan titik permulaan dalam lipatan sejarah perhubungan Melayu-Cina.

Sementara bagi orang Cina pula, sebaik sahaja DEB diwujudkan, isu ini terus menjadi fokus utama dan perbahasan hangat tanpa kesudahan. Kebanyakan tulisan penyelidik dan cendekiawan Cina (Kua Kia Soong, 1990, Thock Ker Pong, 2005, Ye Lin-Sheng, 2005 dan lain-lain) banyak mengkritik DEB, apatah lagi apabila tempohnya telah tamat. Jarang yang mahu melihat kebaikan yang diperolehi daripada dasar ini, walaupun tidak dinafikan kelemahannya akibat tidak diuruskan dengan jujur ikhlas.

Menurut Faarland (2005: 165-166), daya pendorong umum sikap orang Cina terhadap DEB, seperti dibayangkan oleh parti-parti politik mereka iaitu, DAP, MCA dan Gerakan, adalah amat jelas sekali.

Meskipun ada kelainan dari segi perinciannya, mereka menyokong objektif pembasmian kemiskinan DEB, kerana ini akan turut memberi manfaat kepada orang Cina yang miskin di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar, khususnya mereka yang tinggal di Kampung-Kampung Baru, di mana terdapat orang Cina yang berada dalam kemiskinan tegar.

Tetapi kebanyakan daripada mereka lebih suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB. Objektif ini dilihat sebagai bersifat diskriminasi dan tidak adil. Malah kekuasaan politik dan hak istimewa orang Melayu dianggap menjadi penyebab kepada penghakisan kepentingan masyarakat Cina (Thock Ker Pong, 2005: 89).

Perlu ditegaskan, DEB memang tidak dapat dipisahkan daripada UMNO. DEB adalah daging UMNO. UMNO dan DEB tidak banyak bezanya. Justeru, memansuhkan DEB samalah seperti memansuhkan UMNO kerana DEB ibarat anak UMNO (Faaland et al, 2005: 184).

Sama juga seperti menghapuskan sekolah Cina seolah-olah mahu menghapuskan orang Cina. Jika DEB anak UMNO, maka Sekolah Cina adalah anak orang Cina. Perjuangan mempertahankan Sekolah Cina adalah hidup mati orang Cina (Lee Boon Kok, temu bual 7 Januari 2007).

Keadaan menjadi semakin rumit apabila sistem pendidikan sebegini terus terbawa-bawa sehingga peringkat institusi pengajian tinggi. Sekolah Cina telah berkembang menjadi Universiti Cina. Penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) dan banyak IPT Cina yang lain.

Mengikut statistik yang saya perolehi, hampir seratus-peratus pelajar di IPT tersebut adalah orang Cina. Ini tidak termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi (AIMST) yang dipunyai oleh MIC dan tuntutan yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik bumiputera Sabah dan Sarawak.

Benar, saya tidak nafikan bahawa universiti-universiti yang disebutkan tadi, mengamalkan dasar terbuka untuk sesiapa sahaja memasukinya.

Tetapi oleh kerana trade mark itu adalah sebuah universiti Cina, adalah sukar untuk menarik bangsa lain untuk memohonnya.

Justeru, rakyat Malaysia mesti bertindak berasaskan prioriti bukan emosi. Membanding keadaan Malaysia dengan keadaan Obama di Amerika Syarikat adalah sifat ultra kiasu yang mesti dijauhi.

Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti berfikir berasaskan kepentingan berikut: (i) meletakkan kepentingan nasional di hadapan berbanding kepentingan etnik, (ii) mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan bangsa, (iii) mengutamakan kepentingan masa depan, berbanding kepentingan masa kini, dan (iv) mengutamakan kepentingan yang berterusan berbanding dengan kepentingan sementara.

Semua kepentingan yang diperjuangkan mesti berpandukan kepada sejarah negara, kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui secara bersama, bukannya mengikut emosi dan rasis etnik masing-masing.

Selasa, 18 November 2008

Ridhuan Tee tegur kaum Cina kiasu tidak fikir kepentingan Nasional

Utusan Malaysia Nov 17hb, 2008

Perlukah contohi AS?

Rakyat malaysia pelbagai kaum mesti dididik mengenai sejarah pembentukan negara supaya tidak timbul desakan hak kaum tertentu dihapuskan

Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH

SETELAH mendengar dan membaca dolak-dalih Datuk Tan Lian Hoe yang menyalahkan wartawan (Utusan Malaysia terutamanya) dan orang lain kerana memutar-belitkan kenyataannya sebelum ini, saya terus terpanggil untuk terus menulis. Apatah lagi isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus (Dasar Ekonomi Baru) masih belum reda setelah berkali-kali ia disarankan oleh MCA, DAP dan Gerakan agar ia dihapuskan.

Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.

MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.

Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.

Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.

Permainan politik ini membuatkan saya teringat kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang meluahkan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dinukilkan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, merakamkan perbualan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak ditubuhkan.

"Orang Cina sudah mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu mempunyai kuasa politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kuasa politik dengan orang Cina.

Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti mengalu-alukan kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut".
Mendengar sahaja kata-kata itu, Cheng Lock berasa gembira dan mengumumkan penubuhan MCA dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan harmoni antara kaum di Malaya. Asas hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan tertubuhnya MCA juga, semakin ramai orang Cina tidak dihantar balik ke negeri asal mereka di China.

Inilah bentuk pakatan politik yang dikatakan telah berjaya menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip more power more say, manakala orang Cina dengan budaya more money more say. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, amat optimis dengan formula ini dan pernah meluahkan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007). Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dikekalkan.

Kenyataan ini turut diperakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa "Orang- orang Melayu telah memperolehi kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi."

Namun, keadaan berlaku sebaliknya. 'Formula' Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah dipersetujui itu. Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kempen Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yakni konsep sama rasa dan sama rata. Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga mahukan jawatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jawatan Perdana Menteri.

Kebaikan

'Formula' Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover. Penguasaan kuasa ekonomi dan kuasa politik mengikut garis kaum ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.

Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak boleh diterima pakai. Keadaan sudah jauh berubah dan jauh berbeza. Menurut Lee Boon Kok (temubual, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kuasa politik dan orang Cina, memegangkan kuasa ekonomi sudah tidak relevan lagi.

Orang Cina mahu lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mahukan kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik. Dengan adanya kuasa politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.

Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.

DAP terus membangkitkan bahawa jawatan Menteri Kewangan, malah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam.

Orang Cina terus mendesak agar jawatan-jawatan ini diberikan kepada mereka selain dibolot daripada orang Melayu. Pendek kata, apa yang dirasai oleh orang Melayu, mesti juga dirasai oleh orang Cina.

Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekadar mempunyai kuasa ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kuasa politik, barulah boleh mendapat segala-galanya.

Saya tidak menafikan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana hodohnya wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.

Saya fikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.

Namun, apa yang saya persoal adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realiti sejarah dan keadaan sebenarnya Malaysia.

Kita perlu ingat, keadaan di AS berlainan dengan keadaan kita. Begitulah juga dengan sejarahnya. Malaysia bukan AS dan AS bukan Malaysia. Mengambil contoh AS, adalah pemikiran ultra kiasu yang bahaya dalam politik di Malaysia. Inilah akibatnya apabila masih ramai warganegara buta sejarah, seperti mana yang disebut oleh Lian Hoe.

Lian Hoe yang tampil mempertahankan diri, mengatakan bahawa mereka yang mempolitikkan ucapannya sebagai buta sejarah dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Selaku seorang pengkaji, saya terus mencari biodata Lian Hoe untuk melihat kepakaran bidang beliau. Setelah diselidiki maka barulah saya tahu bahawa beliau memiliki ijazah pengajian Melayu daripada Universiti Malaya, pernah menjadi guru dan penolong kanan sekolah sebelum bergiat secara aktif dalam politik. Bermakna beliau bukanlah pakar bidang sejarah.

Sejarah

Seorang pakar adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang diceburi dengan mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Apatah lagi bidang antara bahasa Melayu dan sejarah agak jauh berbeza. Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini. Dunia sudah terbalik. Golongan pakar bercakap sesuatu di luar kepakarannya. Manakala yang pakar tidak bercakap tentang kepakarannya. Ini yang disebutkan sebagai pakar atau profesor kangkung. Budaya merujuk pakar sudah tidak berlaku lagi.

Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jaguh, maka bercakaplah mereka walaupun terkeluar daripada bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah undi dan terus memegang kuasa.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan perkauman yang tidak banyak membantu mencelikkan mereka yang buta sejarah.

Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah.

Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi. Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat perkauman yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman yang terus- menerus dibiarkan terasing daripada arus perdana.

Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.

Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.

Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.

Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.

Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.

Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.

Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.

Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.

Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara berbilang kaum, kepentingan nasional mesti diletakkan di hadapan berbanding dengan kepentingan etnik?

Ahad, 16 November 2008

Sejarah Kontrak Persefahaman

Dipetik dari Minda Madani Online bertarikh 23 Julai 2008

Sejarah Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Pada 31 Ogos 2007 genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan setelah dijajah oleh kuasa-kuasa penjajah silih berganti sejak 1511. Dalam tempoh itu penjajah British yang paling lama menjajah negeri-negeri Melayu. Usaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British bermula pada tahun-tahun 1930an apabila Kesatuan Melayu Muda dibentuk oleh Ibrahim Hj. Yaacob dan rakan-rakannya. Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan ke arah kemerdekaan semakin rancak. Setelah memenangi majoriti besar dalam pilihanraya Persekutuan pada 1955, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British mengenai Tanah Melayu. Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Raja-raja Melayu telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan British pada 18 Januari 1956. Perikatan dan kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersesuaian dengan persetujuan itu sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka.

Pada 8 Mac 1956 kerajaan British, selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu, telah mengumumkan pembentukan sebuah Suruhanjaya bebas bagi mengkaji bentuk perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka dalam komonwel yang mengandungi lima orang anggota yang terdiri dari Lord Reid sebagai pengerusinya Ivor Jennings, Sir William McKell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid.

Tanggungjawab Suruhanjaya ini adalah untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan mesyuarat dwidewan dan mempunyai kerajaan Persekutuan yang kuat. Suruhanjaya juga hendaklah menjamin kedudukan dan darjat Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri masing-masing, mengadakan suatu rupa bangsa yang sama bagi seluruh Persekutuan, dan seorang ketua negara bagi seluruh negara. Suruhanjaya juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain.

Dengan bidang tugas yang sedemikian, Suruhanjaya Reid mula menjalankan tugasnya untuk mendapatkan pandangan bagi menggubal perlembagaan bagi Tanah melayu. Suruhanjaya telah memulakan kerjanya pada akhir bulan Jun 1956.

Justeru itu, Setiausaha Agung UMNO Senu Abdul Rahman dalam surat pekelilingnya kepada Setiausaha-setiausaha Bahagian UMNO dan Pertubuhan-pertubuhan bergabung, telah meminta UMNO Negeri mengemukakan pandangan atau cadangan kepada ibu pejabat sebelum akhir bulan Mei 1956 mengenai cadangan perlembagaan. Beliau juga mengingatkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan juga ahli-ahli UMNO agar tidak terpengaruh atau terlatah apabila terpandang atau terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan. Nasihat Setiausaha Agung itu ada asasnya. Pada ketika itu pemimpin-pemimpin masyarakat Cina kelahiran negara China telah menuntut supaya orang-orang yang asalnya pedagang dan asing diberikan hak sepenuhnya dalam negara ini dengan tidak diberikan kelebihan atau keutamaan kepada bangsa Melayu sahaja. Mereka menuntut supaya dasar jus soli diterima sebagai syarat kerakyatan Persekutuan. Kumpulan ini berpendapat bahawa undang-undang kerakyatan yang sedia ada 'tidak realistik' dan bersifat 'diskriminasi'.

Sementara itu, pada 9 April 1956, Dato’ Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, telah dilantik oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk mempengerusi Jawatan kuasa Siasah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbang memorandum-memorandum yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Negeri. Jawatankuasa Siasah telah menerima pelbagai cadangan. Tetapi isu yang paling hangat dibicarakan ialah mengenai kerakyatan berasaskan prinsip jus soli dan bahasa. Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, umpamanya, mendesak UMNO menolak pemberian kerakyatan kepada kaum asing berasaskan prinsip jus soli. Pada pandangan UMNO Johor, 'dengan memakai dasar jus soli dalam Tanah Melayu Merdeka kelak akan membangkitkan kesusahan dan kerumitan antara Kerajaan Tanah Melayu Merdeka dengan kerajaan lain dalam menentukan kerakyatan seseorang itu dengan sebab kerajaan lain umpamanya kerajaan China, menurut undang-undang kerajaannya telah ditetapkan seorang Cina mestilah jadi rakyat Negara China walau dimana mereka diperanakan'.1 UMNO juga mendesak supaya tuntutan kaum bukan Melayu yang menuntut supaya bahasa Mandarin dijadikan sebagai bahasa rasmi ditolak.

Jawatankuasa itu telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi meneliti serta menimbang syor-syor perlembagaan daripada bahagian dan cawangan UMNO di seluruh negara. Mana-mana cadangan yang dianggap 'melampau' seperti mengisytiharkan Tanah Melayu sebagai negeri milik orang Melayu sahaja, telah ditolak. Mengenai jus soli, Jawatankuasa Siasah mencadangkan supaya Majlis Kerja Tertinggi menolak prinsip itu dan hanya menerima pakai prinsip itu setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa juga mengesyorkan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima cadangan Jawatankuasa Siasah dan disahkan dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 19 Ogos 1956. Razak kemudiannya telah diminta mengemukakan memorandum cadangan Perlembagaan UMNO kepada Majlis Perikatan Perikatan untuk ditimbang dan diselaraskan sebelum dipanjang kepada Suruhanjaya Bebas. Majlis ini juga dipengerusikan oleh Razak.

BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

Majlis Kebangsaan Perikatan telah menimbang memorandum dari UMNO, MCA dan MIC. Dalam deliberasinya, Majlis Kebangsaan Perikatan mencadangkan Perlembagaan mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera di negeri ini berasaskan sejarah dan perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British. Justeru, Yang Di Pertuan Besar telah diberi tanggungjwab untuk menjaga kepentingan istimewa orang Melayu. Sehubung dengan itu, Perlembagaan hendaklah mempunyai kuasa untuk memperuntukan kepada orang-orang Melayu 'a reasonable proportion of lands, posts in the public service, permits to engage in business or trade, where such permits are restricted and controlled by law, Government scholarships and such similar privileges accorded by the Government'.2 Sungguhpun demikian, 'Constitution should also provide that any exercise of such powers should not in any way infringe the legitimate interests of the other communities or adversely affect or diminish the rights and opportunities at present enjoyed by them'.3

Sehubung dengan soal kerakyatan dan kaedah memperolehinya, ahli-ahli komponen Perikatan berbeza pendapat. UMNO menolak cadangan memberikan kerakyatan berasaskan prinsip jus soli seperti yang dicadang oleh MCA dan MIC sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sungguhpun begitu, sebagai kompromi UMNO bersetuju supaya 'perlembagaan itu mengadakan syarat iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan itu patutlah menjadi warganegara Tanah Melayu'. Kelonggaran yang dicadangkan oleh UMNO adalah seperti berikut:

Bagi kategori yang dilahirkan di negara ini sebelum merdeka, mereka berhad untuk mendaftar menjadi rakyat dalam tempoh setahun dengan syarat:
(1) dilahirkan disini dan telah berumur 18 tahun ataupun lebih ;
(2) berkelakuan baik;
(3) Mengangkat sumpah taat setia kepada negara ini ;
(4) Mengisytihar untuk tinggal di negara ini secara berkekalan;
(5) Telah tinggal di negara ini lebih daripada 5 daripada 7 tahun daripada tarikh permohonan;
(6) Mempunyai kebolehan bahasa Melayu mudah
Bagi kategori yang tidak dilahirkan di negara ini, mereka layak untuk memohon kerakyatan dalam tempoh setahun dengan syarat yang sama kecuali dari segi tempoh maustautin, iaitu mereka perlu tinggal dinegara ini lebih daripada 8 tahun daripada 12 tahun pada ketika membuat prermohonan.

Pihak MCA dan MIC bersetuju dengan syarat-syarat tersebut tetapi masih mendesak supaya kelonggaran itu diberikan untuk tempoh dua tahun dan bukan setahun seperti yang dicadangkan oleh UMNO.

Majlis Kebangsaan Perikatan juga bersetuju dengan cadangan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara dengan syarat cadangan itu tidak menjejaskan dasar Perikatan untuk memupuk dan mempertahankan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan negara. Sungguhpun begitu mereka berbeza pendapat tentang tempoh maksimum yang harus dibenarkan kepada penggunaan bahasa asing dalam urusan kerajaan. UMNO bersetuju untuk membenarkan bahasa Inggeris dalam urusan kerajaan hanya untuk tempoh 10 sahaja manakala MCA dan MIC pula mencadangkan supaya bahasa Inggeris, Kuo-Yu dan Tamil dipakai dalam urusan Dewan sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun sehingga Majlis berpendapat penggunaannya tidak lagi diperlukan.

Secara amnya, UMNO dan MCA bersependapat dalam banyak perkara, seperti hak istimewa orang Melayu, tetapi mereka berbeza pendapat tentang dasar jus soli dan bahasa. Oleh kerana itu, UMNO dan MCA dan MIC 'bersetuju untuk tidak bersetuju'

Sikap kompromi Majlis Tertinggi UMNO berhubung dengan 'syarat-syarat untuk masa peralihan' telah mencetuskan kontroversi dalam UMNO. Syed Jaafar Albar, Setiausaha Penerangan UMNO telah melepaskan jawatannya kerana tidak berpuashati dengan keputusan itu. Oleh kerana kontroversi itu juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO Mohd. Khir bin Johari telah melarang ketua-ketua Penerangan di semua peringkat mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada secara bertulis ataupun secara lisan kepada akhbar untuk mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

BERSEMUKA DENGAN SURUHANJAYA REID

Dalam memorandum yang dinamakan sebagai 'Testament "Amanah" Politik Perikatan', yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Reid pada 25 September 1956, Tunku menjelaskan bahawa memorandum itu bukan dokumen legal tetapi hanya mengutarakan beberapa perkara yang difikirkan patut terkandung dalam Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat.
Pada 27 September 1956 Perikatan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Reid untuk 'hearing' di Dewan Majlis Ekskutif di Jalan Maxwell, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi. Perikatan telah diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak, V.T. Sambantham, Mohamed Khir Johari, Yong Pung How, Ng Ek Teong, K.Ramanathan dan Senu Abdul Rahman.

Dalam pertemuan itu, Razak, selaku pengerusi Jawatankuasa Siasah UMNO dan merangkap Pengerusi Majlis Kebangsaan Perikatan, telah menjadi jurucakap bagi Perikatan. Antara aspek terpenting dalam perbincangan itu ialah soal kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa dan kerakyatan. Sehubungan dengan kedudukan istimewa orang Melayu, Razak memaklum kepada Suruhanjaya hasrat Perikatan untuk menambah proviso kepada memorandum bagi membolehkan kedudukan itu dinilai selepas15 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaaan. Yang diPertuan Besar mempunyai tanggungjawab perlembagaan dan bukan personal terhadap kedudukan istimewa orang Melayu. Raja-raja Melayu di negeri juga mempunyai tanggungjawab sedemikian. Razak menjelaskan bahawa kedudukan keistimewaan orang Melayu itu adalah terhad kepada bidang perniagaan dan perdagangan kerana orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang tersebut. Dalam memperuntukan kedudukan keistimewaan itu, hak bukan Melayu akan tetap terpelihara.

We do not want to reduce the legitimate interests of the others. What we have in mind is not to give Malay special rights by taking away the legitimate rights of other people.

In certain cases it should be increased - in business or trade the Malays have very few permits, and they should be given more, but by giving more we should not take away from what the non-Malays now have. That is the idea.
(4)

Tunku turut memberi jaminan kepada Suruhanjaya bahawa 'it will be the duty of this Government to see that no undue hardship should be suffered by any particular people who are citizens of this country'. Justeru itu, tegas Tunku, 'when we talk of Malay rights here, it is no more than to say what is being done in the Federation alone. We do not actually refer to the States'. (5)

Berhubung dengan soal bahasa, Lord Reid membangkit tentang penggunaan bahasa Kuo-Yu dan Tamil dalam Majlis Mesyuarat. Menjelas soal ini, Tunku menyatakan bahawa UMNO berpandangan bahawa seseorang yang bercadang hendak menjadi wakil di Dewan mestilah mampu bertutur dalam bahasa rasmi, tetapi MCA berpandangan bahawa tidak semua wakil mempunyai kemampuan untuk bertutur dalam bahasa rasmi melainkan dalam bahasa yang mereka mahir. Sehubung ini, Ng Aik Teong, wakil MCA, menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Kuo-Yu atau Tamil hanya berupa 'a temporary privilege', iaitu untuk tempoh 10 tahun sahaja, dan juga atas kesedaran bahawa syarat-syarat memperolehi kerakyatan istimewa dibuat tanpa perlu melalui peperiksaan bahasa. Dan sekiranya mereka ini diberi hak mengundi tetapi dalam masa yang sama mengenakan syarat bahasa pasti sebahagian besar orang Cina tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya.

Lord Reid nampaknya tidak dapat menerima hujah tersebut kerana mereka masih berpeluang untuk mempelajari bahasa rasmi berkenaaan. 'The Chinese are pretty able people; they could do that pretty easily'.5 Sehubung dengan ini, Tunku mencelah bahawa sekiranya keputusan telah dibuat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan maka semua pihak mesti berusaha untuk menjayakannya. Lagipun, Undang-Undang Piliharaya menegaskan bahawa seseorang itu mestilah boleh bercakap salah satu daripada bahasa rasmi untuk melayakkan diri sebagai calon.

PENYATA REID DAN DERAF PERLEMBAGAAN

Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah menyiarkan penyataannya mengenai Perlembagaan Tanah Melayu merdeka. Dengan terbitnya Penyata tersebut, maka sekali lagi suasana politik dalam negeri telah menjadi keruh. Ahli-ahli UMNO pada umumnya menganggap Penyata Reid itu 'terkeluar daripada cadangan UMNO dan Perikatan'. Pada pandangan ahli-ahli UMNO sekiranya cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reid itu diterima sepenuhnya nescaya orang Melayu akan menerima bencana besar. Seorang ahli UMNO mengeluh:

Banyak syor-syor dan tuntutan-tuntutan daripada orang-orang dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang telah dimajukan kepada Suruhanjaya itu yang bercorak mempertahankan hak-jhak Melayu itu nampaknya dikecualikan penyata tersebut, sebaliknya tuntutan orang-orang dan petubuhan-pertubuhan daripada bangsa yang bukan Melayu yang telah menuntut persamaan hak dengan orang-orang Melayu itu telah mendapat layanan dalam penyata itu. (6)

Bagi menjamin keselamatan orang Melayu selepas merdeka, UMNO negeri Johor mencadangkan agar Majlis Teringgi UMNO memasukkan dalam Perlembagaan bahawa Perdana Menteri mestilah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Perasaan tidak puashati ahli UMNO terhadap Penyata Reid telah diluah dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 28 Mac 1957. Sekali lagi Tunku terpaksa membuat kenyataan bagi meyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa syor Perlembagaan itu hanyalah cadangan jua dan akan disemak serta dipinda supaya bersesuaian dengan kehendak rakyat negeri ini khasnya orang Melayu. Malah beliau memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada tuntutan-tuntutannya yang asal. Jaminan itu perlu kerana Parti pembangkang Melayu khususnya Parti Negara dan PAS telah menggunakan penyata dan syor perlembagaan Reid untuk menumbangkan UMNO dengan jalan mempengaruhi rakyat - rakyat Melayu kononnya orang-orang Melayu akan lenyap dan hapus dari bumi Tanah Melayu jika syor Perlembagaan dalam Penyataan itu diterima.

Jawatankuasa Siasah UMNO telah menyemak dan mengkaji segala fikiran dan pendapat daripada ahli-ahli dan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO sebelum kemudian di bawa ke dalam Jawatankuasa Sementara Politik Perikatan (Alliance Ad Hoc Political Committee).

Jawatan kuasa Sementara Politik Perikatan telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 18 Mac 1957. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Abdul Razak. Beliau mengingatkan ahli Jawatankuasa bahawa cadangan Perikatan adalah yang terbaik dan diterima oleh majoriti rakyat. Malangnya syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya telah menyimpan jauh daripada cadangan Perikatan. Terdapat empat isu penting dalam memorandum tersebut iaitu: kerakyatan, bahasa, agama dan hak keistimewaan orang Melayu. Perkara-perkara tersebut, pada pandangan Razak, tidak seharusnya diputuskan oleh pakar-pakar asing tetapi hendaklah diputus dari sudut politik. Seterusnya Razak memaklumkan kepada Majlis bahawa oleh kerana Suruhanjaya Reid telah menyeleweng jauh daripada cadangan Perikatan terhadap perkara-perkara penting itu, sesetengah ahli-ahli UMNO telah mengkritik dengan tajam pemimpin-pemimpin UMNO. Keadaan tersebut telah meletakkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kesulitan. Apabila pemimpin-pemimpin UMNO bersetuju untuk menerima cadangan Perikatan, mereka percaya bahawa cadangan itu akan diterima oleh rakyat. Justeru itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak merujuk soal itu kepada Persidangan UMNO.

Tan Siew Sin memberi jaminan kepada Razak bahawa MCA akan berpegang kepada keputusan asalnya. Kenyataan Tan Siew Sin itu disokong oleh Ramanathan, wakil MIC. Melihat kepada sokongan padu itu, Razak merumuskan bahawa UMNO, MCA dan MIC sebulat suara menyokong cadangan asal Perikatan. Beliau juga mengingatkan bahawa sehubung dengan perkara-perkara yang kontroversi, Jawatankuasa hendaklah memikir apa yang sangat diterima oleh negeri secara keseluruhan dan bukan apa yang ideal.

Bagi mengelakkan ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya daripada terpengaruh dan terkeliru oleh dakyah-dakyah lawan, UMNO telah mengadakan Perhimpinan Agung pada 28 Mac 1957 di Kuala Lumpur untuk menerangkan perkembangan dalam rundingan Jawatankuasa Kerja dan pendirian UMNO terhadap Penyata Reid. Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada tuntutan UMNO. Cadangan Reid itu akan disemak serta dipinda supaya bersesesuaian dengan kehendak rakyat.

Sementara itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga telah mengeluarkan peringatan kepada semua ketua dan setiausaha Negeri dan Bahagian UMNO supaya tidak mengeluarkan kenyataan secara persendirian dalam surat khabar atau mengadakan mesyuarat-mesyuarat tergempar dan menerbitkan ketetapan yang keras berhubung dengan penyata tersebut. Pada pandangan Majlis Kerja Tertinggi 'perbuatan yang terburu-buru. akan mengelirukan dan memecahbelahkan ahli-ahli kita dan orang ramai dan juga memberi peluang dan modal kepada parti-parti lawan kita'.(7) Majlis Tertinggi juga menyeru ahli-ahli UMNO supaya memberikan sokongan 'yang tegap dan fikiran serta pendapat yang sihat di dalam masa kita memperjuangkan kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan kita itu'.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa kecil Politik Perikatan pada 3 April 1957, Razak telah membentangkan keputusan mesyuarat Agung UMNO tentang Penyata Reid dan memberi jaminan bahawa UMNO akan berpegang kepada Memorandum Perikatan.(8) Jawatankuasa itu membincangkan pelbagai perkara yang masih belum selesai seperti soal jawatan Gabenor, Perdana Menteri dan Ketua Menteri. Razak mencadangkan dua priviso perlu dimasukkan dalam Fasal 8 yang mengsyaratkan pemegang jawatan itu mesti rakyat negara ini. Berkaitan dengan itu juga, Razak menarik perhatian mesyuarat tentang jawatan Menteri Besar. Mengikut perlembagaan yang sedia ada seseorang Menteri Besar itu mestilah beragama Islam dan berbangsa Melayu. Melihat kepada jumlah dan komposisi penduduk di sesetengah negeri, berkemungkinan besar pada masa hadapan jawatan itu akan diisi oleh seorang yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam kiranya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan. Oleh kerana itu, Razak berpendapat proviso mesti dimasukkan bagi membolehkan Raja menggunakan kuasanya dalam perkara itu.

Jawatankuasa itu juga membincang tentang kedudukan istimewa orang Melayu. Razak mendapati bahawa Fasal 153 yang dicadangkan oleh Penyata Reid menepati kehendak Memorandum Perikatan. Razak menegaskan bahawa 'We have agreed to give the Malays reasonable openings in the economic and commercial fields but, in doing so, we should not cause hardship to or diminish the rights or opportunities or interests of the other races'.9

Sehubung hal ini, Dr. Ismail meminta MCA dan MIC menyokong tuntutan kedudukan istimewa orang Melayu dan Agama Islam bagi mengelak parti-parti pembangkang Melayu daripada mengambil kesempatan untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Melayu bahawa kaum bukan Melayu menentang pemberian kedudukan istimewa tersebut. Sungguhpun bersetuju dengan provisi itu, Tan Siew Sin mencadangkan supaya provisi itu dideraf dengan teliti bagi menjaminkan kedudukan orang bukan Melayu tidak akan terjejas terutama sekali kiranya parti pembangkang Melayu yang memerintah.

Unless the provisions to be inserted in the constitution are carefully drafted, they can be interpreted to the disadvantage of non-Malays by another party in power, say under Onn or Burhanuddin or Boestaman. There would be nothing to stop such a party from saying that in future half of any trade or industry should be given to Malays, and this could go on ad infinitum. There is a real fear among the non-Malays.(10)

Menjawab kebimbangan Tan Siew Sin, Dr. Ismail mengingatkan bahawa Perikatan pada prinsipnya telah bersetuju bahawa orang-orang Melayu hanya diberikan kuota dalam bidang yang terhad sahaja, seperti perniagaan. Tetapi, dalam bidang yang tidak terhad, orang Melayu tidak perlu diberikan kuota. Tegas Dr. Ismail lagi: 'that existing licences should remain untouched, but in future licensing, the Malays should be given a certain percentage'. (11) Tambahnya lagi:

It is felt that here is one aspect of business in which the Malays stand a reasonable chance of success, but it is not intended that the grant of licences to Malays should redound to the disadvantage of existing licence holders'. (12)

Tan Siew Sin menganggap Penyata Reid mengenai Fasal 153 adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan. Disebut dalam memorandum itu bahawa kepentingan, hak dan peluang yang sah kaum bukan Melayu tidak akan diganggu ataupun disekat. Kaum bukan Melayu menginsafi bahawa orang Melayu mesti dibantu dalam bidang ekonomi, tetapi dengan jaminan bahawa kepentingan mereka akan selamat.

Merumus perbahasan itu, Razak berpendapat bahawa provisi itu mesti dimasukkan dalam Perlembagaan untuk membantu orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan kaum lain. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berpuashati dengan perkara itu mereka boleh membawanya ke mahkamah.(13)

Deraf Fasal 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu telah dibahas pada mesyuarat Jawatankuasa pada 29 April 1957. Dalam membentang deraf terbaharunya mengenai perkara itu, Razak menjelaskan:

The Alliance recommendations can be divided into two parts: Part 1 says the Alliance agrees that the special privileges and rights at present accorded to Malays should be continued, and Part 2 deals with the question of these privileges and rights in the future.

His interpretation of the intention of the Alliance is that no person should be deprived of his existing rights solely for the purpose of reserving rights for the Malays. It is on this interpretation that the Attorney-General has redrafted the section of the draft Constitution
.(14)

Tan Siew Sin bagaimanapun menegur bahawa deraf itu tidak mengambilkira dua pandangan yang dibangkitkan, iaitu jaminan bahawa hak kepentingan kaum bukan Melayu akan terus terpelihara walaupun kerajaan berubah ganti, dan juga jaminan kiranya orang Melayu tidak dapat memenuhi kuota yang disediakan, kuota itu akan dibuka kepada orang bukan Melayu agar kemajuan ekonomi tidak terjejas akibat daripadanya.

Selepas berbincang lanjut, Jawatankuasa kecil Politik bersetuju dengan cadangan untuk memasukkan satu provisi baru dalam deraf perlembagaan terbaharu yang berbunyi seperti berikut:

Nothing in this Article shall empower Parliament to restrict or control any trade or business just for the sake of creating quotas for Malays.(15)

Jawatankuasa juga bersetuju untuk memasuk dalam laporan rasmi Working Party bahawa bahawa 'the Malays themselves would want to remove from the Constitution the slight implied in the protective clause under the heading of Special Position of the Malays’.(16)

Jawatankuasa itu juga berbincang mengenai kedudukan bahasa Inggeris. Sehubung hal ini, Tan Siew Sin nampaknya tidak berpuashati dengan cadangan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam tempoh 10 tahun. 'if the Alliance is serious about doing away with English in 10 years, it is best not to waste the time of children now studying English in primary schools’, tegasnya.(17) Dr. Ismail menasihat Tan Siew Sin supaya bersikap pratikal dan realistik. Di India, katanya, penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan melebihi hak yang ditetapkan oleh Perlembagaan.(18) Razak bagaimanapun mengingatkan bahawa Perikatan telah menerima cadangan Penyata Reid untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pada 4 Mei 1957, laporan Mesyuarat Jawatankuasa Politik Perikatan telah dibentang di Majlis Kebangsaan Perikatan di ibu Pejabat MCA yang dipengerusikan oleh Tunku. Tunku menganggap mesyuarat itu sebagai 'the most important meeting in our history'.19 Tunku mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Politik yang dipengerusikan oleh Razak sehingga berjaya menghasilkan satu kompromi tentang peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan. Beliau memberi jaminan bahawa mana-mana bahagian dalam perlembagaan itu masih boleh dipinda pada masa depan atas semangat bertolak ansur. Beliau berbangga dengan pendirian tegas MCA dan MIC dalam menghadapi tekanan kaum masing-masing.

Members of the Alliance may have differences of opinion and even quarrels, but when faced by an enemy, they have always stood, and will always stand, united for the sake of the country. The future of independent Malaya lies in oiur hands. I pray that God will give us life and strength, so that we will do our duty for many more generations to come.(20)

Sebagai pengerusi Jawatankuasa kecil politik Perikatan, Razak telah membentangkan laporan cadangannya yang meliputi isu kerakyatan, bahasa, agama dan hak istimewa orang Melayu. Selepas menjelaskan secara mendalam beberapa aspek daripada Penyata Reid dan cadangan balas Jawatankuasa, Majlis Kebangsaan telah menerima cadangan tersebut untuk dikemukakan kepada Kerajaan British.

Sementara itu satu perhimpunan telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 4-7 Mei 1957 yang ditaja oleh ahli-ahli UMNO yang tidak puas hati untuk membincangkan laporan deraf Perlembagaan. Turut terlibat dalam perhimpunan itu yang dikenali sebagai Kongres Melayu 1957 itu ialah PAS, Parti Negara dan Parti Rakyat. Perhimpunan itu telah mengemukakan beberapa tuntutan, diantaranya menuntut supaya syarat-syarat pemberian kerakyatan diperketatkan, menolak kerakyatan komonwel dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perhimpunan itu juga mendesak agar agama Islam bukan hanya diisytihar sebagai agama rasmi tetapi juga sebagai asas pemerintahan negara. Memorandum Kongres itu telah dikemukakan kepada Tunku untuk dijadikan pedoman semasa berunding dengan Kerajaan British, tetapi telah ditolak.

Kelompok bukan Melayu diluar MCA turut mengemukakan bantahan. Kumpulan-kumpulan seperti The Pan-Malayan Federation of Chinese Association, Federation of Chinese Guilds and Association (FCGA), United Chinese School Teachers Association (UCSTA) dan All-Malaya Chinese Schools Management Association (AMCSMA) membuat memorandum berasingan dan telah menghantar rombongan merundingkan kemerdekaan. The Pan-Malayan Federation of Chinese Associations di bawah Lau Pak-Khuan, Tan Kee Gak dan Yap Mau Tatt umpamanya menuntut kerajaan British menerima prinsip jus soli untuk kewarganegaraan. Mereka juga menuntut agar kedudukan Istimewa Orang Melayu dihapuskan. Pada pandangan mereka:

It is submitted that to enshrine in the constitution, even for a limited period of time, all the special privileges at present enjoyed by the Malays will have the effect of relegating the non-Malays to the position of second-class citizens. Inequalities arising from poverty, malnutrition and ignorance undoubtedly exist, but these are not confined to Malays, and are, in the submission of the Delegations, matters to be remedied by social policy, rather than by according special privileges to any particular community.(21)

Atas hujah itu mereka mendesak supaya 'all nationals should be accorded equal rights, privileges and opportunities, and there must not be discrimination on grounds of race or creed.'(22)

Mereka juga mendesak supaya bahasa Cina, Tamil dan Inggeris diiktiraf sebagai rasmi selain bahasa Melayu. Desakan itu dibuat atas alasan bahawa ' in modern Malaya, where Malay speaking peoples constitute no more than half the total population, it would be quite incongruous to make Malay the official language for all'.23 Tambahnya lagi:

The Delegations respectfully submit that the attempt to impose one language on the whole community as its official language cannot help but be a potential sourse of trouble for the future'.(24)

ROMBONGAN KEMERDEKAAN

Pada 10 Mei 1957 Tunku telah mengepalai rombongan untuk kali ketiga ke London berbincang dengan kerajaan British tentang kemerdekaan. Rombongan itu bertolak ke London dengan pesawat BA 781. Rombongan kemerdekaan telah berada di sana selama 15 hari.Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak dan Ong Yoke Lim telah ditempatkan di Prior's House manakala V.Y. Sambanthan dan Tunku Ismail telah ditempatkan di Queen's House yang terletak di St. James's Court, Buckingham Gate, S.W.1.

Dalam mesyuarat antara rombongan kemerdekaan dengan kerajaan British, beberapa persetujuan telah dicapai mengenai butir-butir perlembagaan. Tidak lama kemudian, Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan atas Penyata Reid telah dikeluarkan. Bahasa Kebangsaan telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.Yang di Pertuan Agung telah diberi tanggungjawab oleh Perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.

Pada 29-30 Jun 1957, kertas putih itu telah dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO di mana ia telah diluluskan dengan sebulat suara. Rang Undang-Undang itu kemudiannya telah di bawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10 Jun 1957. Tunku Abdul Rahman, selaku Ketua Menteri telah membentang Rang Undang-Undang tersebut yang mengambilmasa selama 2 1/2 jam. Tunku memberi jaminan bahawa kerajaan Perikatan akan berlaku adil kepada semua pihak. Mengenai Perkara 152(1). Tunku menganggap sebagai tanggungjawab mempertahankan keistimewaan bagi orang Melayu tanpa menjejaskan hak sediada bukan Melayu.

It was necessary for Malays to be protected otherwise they would go under as has happened in Singapore or Penang.(25)

Usul itu telah di sokong oleh Tan Siew Sin. Sehubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu, Tan Siew Sin menegaskan bahawa ia bukan sesuatu yang baru dan 'was not only for the benefit of the Malay themselves but in the interest of the country as a whole in order to bring the Malays up to something nearer equality with the other races'.26 Beliau juga tidak membantah hasrat untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan ' as there was no derogation of the principle of a secular state or no disabilities were imposed on non-muslim'.(27)

Perlembagaan itu telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.

MERDEKA

Tepat jam 12 malam bertempat di padang Bangunan Sultan Abdul Samad, Razak bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin lain mengiringi Tunku Abdul Rahman untuk menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan tamatnya penjajahan British di Tanah Melayu. Dengan laungan ‘merdeka’, bendera ‘Union Jack’ perlahan-lahan diturunkan. Razak merasa megah dan puashati. Setelah bertahun-tahun berjuang, Tanah Melayu akhirnya akan kembali bebas dan merdeka.

Pada pagi 31 Ogos 1957, satu majlis telah diadakan di Stadium Merdeka yang dibina khas untuk meraikan peristiwa yang bersejarah itu. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan barisan pimpinan lain, Razak berdiri megah apabila Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan kemerdekaannya. Beliau turut tercabar apabila Tunku mengingatkan bahawa perjuangan mereka masih lagi belum selesai.

Janganlah ada orang yang menyangka bahawa kita telah sampai ke penghujung jalan. Kemerdekaan itu sesungguhnya adalah semata-mata ibarat tempat perbentian dalam perjalanan yang jauh, malahan ia adalah ambang kepada satu usaha dan percubaan bagi mewujudkan sebuah negara baru yang berdaulat.(28 )

NOTA
1 Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor - UMNO Negeri, 17 April 1957.
2 Lihat memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Reid, 27 September 1956 dlm. Penyata Mesyuarat Agung UMNO Tahun 1955/56.
3 Ibid.
4 Minit 'Hearings' Perikatan-Suruhanjaya Reid di Dewan Majlis Ekskutif, Kuala Lumpur, 27 September 1957. CO 889/4.
5 Ibid.
6 Setia bin Abu Bakar - DYMM Raja-raja Melayu, 3 April 1957.
7 Setiausaha Agung UMNO - UMNO Negeri, 17 April 1957.
8 Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Politik Perikatan, 3 April 1957.
9 Ibid.
10 Ibid.
11 Ibid.
12 Ibid.
13 Ibid.
14 Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Politik Perikatan, 29 April 1957.
15 Ibid.
16 Ibid.
17 Ibid.
18 Ibid.
19 Minit Mesyuarat Jawatankuasa ad hoc Perikatan, 4 Mei 1957.
20 Ibid.
21 Joint memorandum for the consideration of the Secretary of State for the Colonies by The Pan-Malayan Federation of Chinese Associations and the Malayan Party. CO1030/439; Malaya: Monthly Intelligence Report for November 1956, PRO London.
22 Ibid.
23 Ibid.
24 Ibid.
25 Penyata Persidangan Majlis Perundangan Persekutuan 10 Jun 1957.
26 Ibid.
27 Ibid.
28 Ucapan Tunku Abdul Rahman Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957

* Prof.Dr.Nik Anuar Nik Mahmud , UKM, Kertas kerja ini disampaikan sewaktu Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin, anjuran Kumpulan Prihatin & ABIM pada (Sabtu) 12 Julai 2008 di Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya.