Jumaat, 14 Ogos 2009

Presiden Perkasa berucap dekat UIA Gombak

Presiden Perkasa, YB Dato Ibrahim Ali akan menyampaikan Ceramah Perdana di Simpang Tiga, Batu 8 Gombak pada malam ini. Tempatnya di tepi jalan besar mengarah ke arah Universiti Islam Antarabangsa.

Sila datang beramai-ramai dan sebar-sebarkan.

Jangan lupa pula Wacana Perdana Perkasa 2 di Memorial Perdana Tun Hussein Onn Kuala Lumpur besok pukul 9 pagi. Ucaptama oleh Tengku Tan Sri Tazaleigh Hamzah.

Khamis, 13 Ogos 2009

Wacana PERKASA ke 2 dengan Tengku Razaleigh pada hari Sabtu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(PERKASA)
dengan segala hormatnya menjemput
Tun/Tan Sri/YB/Dato Seri/Dato/Tuan/Puan

ke Majlis

WACANA PERKASA KE 2
Syarahan Perdana
"EKONOMI BUMIPUTRA DALAM LIBERALISASI 1MALAYSIA"
Oleh
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
(Tokoh Ekonomi & Kewangan)


Pengulas: YBhg Tan Sri Datuk Dr Kamal Salleh
En Nordin Abbas


Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 9:00 Pagi
Tempat: Dewan Galeria Perdana
Memorial Tun HUssein Onn
Bukit Perdana Jalan Dato Onn
Kuala Lumpur

Rabu, 12 Ogos 2009

Loke Siew Fook mesti dicaj sekeras-kerasnya di bawah Akta Hasutan!

Pengerusi DAPSY Kebangsaan Loke Siew Fook telah menjawab titah Raja Muda Perak, YM Raja Nazrin Sultan Azlan Shah tempuh hari yang menegur amalan demokrasi tanpa peraturan dengan biadap sekali dalam blognya yang bernama The Pen is Might di url http://sjsandteam.wordpress.com/.

Di penghujung tulisannya, Loke telah menghina YM Raja Nazrin dengan kata-kata kesat yang ditulis dengan terang dalam bahasa merah untuk menunjukkan konon-konon kemarahannya. Langsung tidak dipeduli initipati dan nasihat yang ingin disampaikan oleh YM Raja Nazrin.


Ini adalah jelas lagi bersuluh satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Meluahkan perbezaan pendapat tidak perlu dibuat dengan cara kasar dan biadap. Inikan pula terhadap institusi Raja-Raja Melayu di mana letaknya kedaulatan negara (sovereign) ini.

Menyedari kesalahannya itu, beliau telah menutup segera laman blog itu. Namun, dia tidak pula sedia memohon maaf ke atas kesalahannya. Rekod tulisan masih kekal dalam cache dan kini boleh dimuatturun dalam bentuk pdf dari alamat sini. Kata-kata kesat diakhir tulisannya disiarakan berikut:

Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same. Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear! Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law, rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt. Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living!

It is a pity that only in Malaysia, even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people! What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation. Nazrin the illegal seller of Perak: Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!

Tulisannya menyuarakan kata-kata penentangan (rebelion) terhadap Raja, Negara dan Institusi Kenegaraan. Ia juga adalah teraikan Revolusi, satu pemberontakkan besar-besaran untuk menggulingkan kengaraan ini.

Teras pembentukkan negara ini adalah berasaskan warisan dan sejarah Melayu dan Islam serta semangat penerimaan kaum yang berasal usul luar dari Nusantara Melayu. Ini sedikit sebanyak bermaksud Loke mahu rakyat bukan Melayu memberontak menentang segala apa yang Melayu dan Islam mengenai negara ini.

Adakah orang Melayu masih mahu bertoleransi dan bekerjasama dengan DAP, parti kaum rasis dan cauvanis lagi kurang ajar dan biadap? Wakil Rakyat Yan dri PKR, Zulkifli Nordin, menegur kebiadapan Loke sini. Adakah orang Melayu yang berjuang dalam PKR dan PAS harus terus kerjasama mereka dengan DAP?

Ahad, 9 Ogos 2009

Tidak terpadam fakta sejarah: Wasiat Raja-Raja Melayu

BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas seterusnya menyempurnakan pelancaran karya-karya terpilih tulisan Allahyarham yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dicetak buat kali ketiga.

Tiga karya tersebut adalah pemerhatian dan kupasan Allahyarham yang menyentuh Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi.

Seminar ini berlangsung dalam dua persekitaran yang sangat signifikan

Persekitaran pertama: Persekitaran masa bahawa seminar ini diadakan dalam suasana negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. “Kemerdekaan” itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman.

Zurinah Hassan dalam puisi beliau berjudul Kemerdekaan mengingatkan bahawa ‘kemerdekaan’ bukan sekadar gegak gempita menurunkan Union Jack atau setiap 31 Ogos dengan perbarisan raksasa dan kibaran bendera pada tiang tertinggi di dunia.

‘Kemerdekaan’ itu sewajarnya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol Said, Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato’ Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin dan ratusan patriot tak bernama, bermandi darah bergadai nyawa untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan negara.

‘Kemerdekaan’ itu sangat besar pengertiannya dalam pemikiran, pendirian dan amalan harian Syed Hussein Alatas kerana Syed Hussein itu sendiri adalah nama atas batang tubuh yang berumahkan jiwa merdeka.

Jiwa merdeka yang memiliki minda yang teguh berpegang kepada prinsip kebebasan berfikir. Prinsip kebebasan berfikir yang dijadikan kompas penting memandu arah kehidupan beliau di samping berusaha untuk menjadi nakhoda membantu pemikiran bangsanya dalam melayari lautan hidup yang penuh gelora.

Gelombang perjuangan kemerdekaan senantiasa berombak di dadanya, demi memastikan terbinanya warga merdeka -- bangsa merdeka di atas bumi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka.

Jiwa merdeka dan minda merdekanya berlabuh dengan identiti bangsa -- bersauh dengan syariat agama, terus menuntut kepada keadilan sosial, supaya kemerdekaan itu dapat diterjemahkan kepada kemakmuran serta kebahagiaan agar bangsanya tidak tertindas lagi dalam bentuk perhambaan baru.

Dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa, sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpadam daripada sejarah.

Sesungguhnya tarikh 5 Ogos yang berlalu semalam, tarikh berlangsungnya seminar ini adalah tarikh keramat, tarikh yang amat penting dalam sejarah kemerdekaan negara bangsa di tanah dan air yang bernama Tanah Melayu.

PESURUHJAYA Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivray dan Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu menandatangani perjanjian kemerdekaan di King's House (kini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara) di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957.

Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."

TUJUH PERKARA ITU ADALAH:

Pertama:

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin MajlisMajlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.

Persekitaran kedua: Persekitaran tempat bahawa Dewan Bahasa ini adalah antara gelanggang awal pemikiran Syed Hussein mengatur tapak seorang pendekar – memencak langkah seorang kesatria.

Bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki sejarah penting melaksanakan amanah memenuhi salah satu daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu iaitu peranan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan. Dewan bahasa pernah merakamkan sejarah Peristiwa Keranda 152.

Di tapak bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ini pada 3 Mac 1967, lebih 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun.

Perhimpunan tersebut diingati sebagai peristiwa ‘api dan air mata’, peristiwa yang merakamkan kemarahan dan kesedihan bangsa terhadap kurang ketegasan pimpinan politik negara untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan.

Dewan Bahasa dan Pustaka adalah institusi bangsa untuk menjamin kedaulatan bahasa. Semua Raja Melayu berangkat di Majlis Perasmian bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka melambangkan sokongan padu Duli- Duli Yang Maha Mulia itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar melaksanakan secara tegas salah satu daripada tujuh wasiat Baginda Raja-Raja Melayu.

Betapa kebetulannya acara untuk memperingati seorang tokoh yang telah mencipta sejarah ini berlangsung dalam dua persekitaran yang amat bersejarah, persekitaran masa dan persekitaran tempat. Demikian resam orang berjasa – kematiannya meninggalkan nama untuk terus dimuliakan.

Syed Hussein Alatas telah menghembuskan nafas terakhir untuk menyahut panggilan Ilahi pada hari Selasa, 23 Januari 2007 Masihi, bersamaan 5 Muharam 1428 Hijrah. Berlakulah satu perjalanan penghidupan dari satu perhentian yang meninggalkan dunia yang fana ini untuk berhijrah ke satu perhentian baru di alam baqa sementara menanti hari kebangkitan yang telah dijanjikan.

Padamlah satu kandil gemerlap – pelita jendela di malam gelap. Telah tertutuplah mata yang senantiasa memerhatikan kenyataan dan telah kelulah lidah yang sering mengucapkan kebenaran.

Sepanjang hayat, Syed Hussein Alatas telah menyinarkan suria kepada bumi negaranya sepanjang kehidupan, ia telah memancarkan cahaya penyuluh pemikiran bangsanya.

Telah dua tahun lapan bulan jasad Syed Hussein diistirehatkan di liang lahad, namun pemikirannya tidak dikuburkan bersama jasadnya.

Malah pemikirannya terus hidup dan memberikan nafas kehidupan, pemikirannya terus menjadi bahan kajian, bahan renungan, bahan rujukan dan bahan sandaran. Kerana itu para sarjana menyambut seruan untuk hadir ke seminar ini.

Syed Hussein meninggalkan bangsanya – meninggalkan dunia ini, sedikit awal untuk membolehkannya menyaksikan krisis ekonomi dunia yang telah menderitakan kehidupan jutaan insan, dia telah menghembuskan nafas terakhir sedikit awal untuk menyaksikan harga politik yang perlu dibayar oleh bangsanya setelah berlangsungnya pilihan raya umum kedua belas.

Krisis ekonomi dunia berpunca daripada salah pengurusan kewangan dan senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang perlu dibayar oleh negara, beban yang perlu ditanggung oleh bangsa kerana terus melakukan perkaraperkara yang telah lama diberikan peringatan oleh Syed Hussein dan kumpulan yang memiliki keselarian fikiran dengan Allahyarham.

Sepanjang hayat hidupnya, Syed Hussein terus menyuarakan betapa pentingnya diiktiraf pandangan kumpulan intelektual yang memiliki daya lihat dalam perspektif yang lebih luas lagi menyeluruh yang harus dibezakan dengan kumpulan inteligensia, beliau menganggap masalah umum yang keterbelakangan adalah berpunca daripada masalah pengagihan pendapatan dan pembangunan ekonomi.

Beliau menghuraikan kejijikan rasuah, kurang kemurnian mencantumkan perniagaan dan politik dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di Dunia Ketiga yang terlalu asyik mengamalkan rasuah hingga menghambat kemajuan.

Ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memerangi rasuah ada kalanya digemakan lebih nyaring daripada kalangan orang-orang yang tidak bebas daripada melakukannya lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan.

Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur, rakyat melarat. Rasuah terus merebak baik di negara sedang membangun, di negara membangun dan tidak ketinggalan di negara maju.

Ia berlaku di dalam istana, di dalam sektor awam, di dalam sektor swasta, di dalam organisasi politik, di kalangan organisasi beruniform malah tidak terkecuali di dalam badan-badan agama.

Rasuah adalah candu yang amat mengasyikkan, lebih mengkhayalkan, kerana yang menanggung derita bukan di kalangan pengamal dan penerima rasuah. Rasuah menghidupkan semula budaya perhambaan, dilindungi kosmetik yang memberikan kecantikan dan keriangan palsu kepada pengamal.

Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram.

Rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

Demikianlah kotor dan jijiknya rasuah, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya. Malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas daripada undang-undang dan hukum dunia.

Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar “Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas” serta terus mengulangi penerbitan karya-karya Allahyarham adalah usaha yang layak diberikan penghargaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka perlu meneruskan tanggungjawab dan memenuhi amanah untuk menyediakan santapan yang secukupnya untuk memastikan minda bangsa mendapat cukup bekalan bahan pemakanan intelek.

Dalam memastikan bangsa tidak terputus dengan akar sejarah, Beta suka menyarankan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula tulisan-tulisan yang telah dihasilkan di era pra dan pasca kemerdekaan yang telah berjaya menyuntik semangat kebangkitan bangsa.

Beta mendengar bahawa Ishak Haji Mohamad (Allahyarham) telah menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi sehingga hari ini, Beta sendiri tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku-buku tersebut.

Bahan-bahan bacaan seperti itu amat penting bukan sahaja diterbitkan semula tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat-pusat pengajian supaya generasi muda tidak akan lupa sejarah dan salah silah bangsanya. Beta percaya negara memiliki himpunan khazanah sejarah yang hari ini tertimbus dan terkubur ditelan waktu.

Dalam hasrat membina modul Satu Malaysia, usaha cari gali khazanah sejarah yang telah berperanan membina semangat kemerdekaan dan semangat penyatuan sama ada dalam bentuk buku, penulisan, memoir, catatan, ucapan, puisi dan prosa wajib dilakukan.

Hari ini, generasi selepas Beta, hanya mengenal nama-nama seperti Zaaba, Aminuddin Baki, Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir, Zulkifli Mohamad, Mohd. Asri Haji Muda, Dr. Ismail Abdul Rahman, Panglima Bukit Gantang Wahab, Abdul Rahman Yaacob, Ahmad Boestamam, Syed Jaafar Albar, Syed Nasir Ismail, Harun Idris dan ramai lagi nama nasionalis bangsa. Tetapi generasi Beta sendiri majoritinya tidak berpeluang untuk mengikuti, mendalami dan memahami asas pemikiran mereka kerana bahan-bahan bertulis dan cetak yang ada, begitu terbatas, hanya dapat diakses oleh para penyelidik yang melakukan kajian di peringkat pasca ijazah.

Maklumat tokoh-tokoh bangsa dan sumbangan pemikiran mereka hendaklah dijadikan bahan yang boleh sampai kepada massa yang lebih ramai.

Jika usaha-usaha tidak segera dirintis, akan terkuburlah khazanah bangsa yang sahih dan akan berlakulah pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian dan kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.

Kepada keluarga Syed Hussein Alatas, negara dan bangsa amat terhutang budi atas peranan sampingan mereka yang memberikan kekuatan kepada Syed Hussein untuk berjaya meninggalkan satu legasi.

Semoga segala jasa dan pengorbanan Syed Hussein diterima sebagai amal makruf, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan para solehin. Sama-samalah kita bacakan surah Al-Fatihah dan sebarang ganjaran dari bacaan tersebut, semoga diterima Ilahi lalu disampaikan kepada roh Allahyarham Syed Hussein Alatas.

Sumber: Teks titah Raja Muda Perak, RAJA DR. NAZRIN SHAH di Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka pada Ogos 6hb, 2009.

Isnin, 3 Ogos 2009

Ejen DAP dan PKR menyusup masuk Utusan Melayu!

Ada orang tua berkata, satu-satu tamadun akan hancur apabila usianya mencecah lima ratus tahun. Bagaimana dengan Tamadun Melayu? Pada tahun 2011, cukup lima ratus tahun dari tahun Portugis melanggar Melaka. Adakah Tamadun Melayu akan hancur pada 2011?

Hari ini, kita dapat lihat tanda-tanda kehancuran sudah kelihatan. Melayu bercakaran sesama Melayu semakin menjadi-jadi, Melayu gadai Melayu, Melayu jual hak Melayu, Melayu bersekongkol dengan bukan Melayu dan yang paling mengejutkan adalah apabila ada Melayu menjadi ejen kepada DAP.

Ini telah berlaku dalam Utusan Melayu.

Utusan Melayu adalah surat khabar orang Melayu yang terawal lahir di bumi Tanah Melayu. Banyak sekali jasa Utusan terhadap negara ini bermula dari peringkat awal negara hendak mencapai kemerdekaan sehinggalah sudah merdeka. Ia meniupkan semangat kebangsaan dan jatidiri dalam sanubari orang-orang Melayu.

Begitu sekali kehebatan dan kebanggan Melayu hingga banyak pihak yang faham perlu memperlecehkan Utusan Melayu. Walaupun banyak pihak sering memperlecehkan Utusan Melayu, ia tetap terus dengan perjuangannya untuk memperjuangkan orang Melayu.

Kini sesuatu yang bahaya telah berlaku.


Amran Bin Ahmad seorang kakitangan Utusan Melayu adalah Pengerusi sekerja Utusan Melayu, NUJ-UM. Beliau merupakan anak kepada Ahmad bin Nor, bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan (1980 - 1990an).

Sudahlah beliau mendapat jawatan itu, baru-baru ini pada Julai 31hb, 2009 di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur KL, Amran telah menganjurkan satu Majlis Makan Malam sempena setahun perjanjian antara Majikan dan Pekerja yang tertunggak.

Yang menyayatkan hati, Amran telah menjemput dan membawa masuk ahli-ahli Parlimen PKR ia-itu Tian Chua (Batu) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) sebagai tetamu khas.

Seramai-ramai ahli Parlimen BN yang ada di Malaysia ini, ahli Parlimen PKR juga yang dia panggil. PKR adalah parti yang mahu menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Mereka dan DAP mempersoalkan warisan orang Melayu ke atas tanahairnya sendiri.

Dalam ucapannya di Majlis, Tian Chua dan Abdullah Sani telah menempelak kerajaan.



Maruah Utusan telah dikoyak-koyak, robek-robek dan cincang-cincang oleh perbuatan seekor si kitul ini. Bukankah wartawan Utusan Melayu telah dilarang untuk membuat liputan oleh PKR dan kerajaan DAP Pulau Pinang?

Fikirlah, pernahkah DAP dan PKR menjemput wakil kerajaan ke Majlis Makan Malam mereka?

Kehadhiran mereka serupa seorang anggota tentera membawa Chin Peng untuk menyusup masuk ke Markas Taklimat Tentera di Kementah.

Haram jadah! Betapa sialnya manusia yang bernama Amran ini? Daripada arwah bapanya dulu yang telah mengkhianati Melayu hinggalah kepada anaknya sekarang. Pepatah Melayu ada berkata, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Petualang atau si kitul ini harus dilanyak habis-habisan.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Utusan Malaysia dan UMNO harus memandang serius perkara ini. Pihak pengurusan Utusan Melayu harus bertanggungjawab. Betapa longgarnya tahap keselamatan di Utusan sehingga boleh terjadi kes begini.

Jika tidak silap, kes ini pernah berlaku di Utusan beberapa puluh tahun yang lalu di mana seorang kakitangan yang menjadi ejen kepada Indonesia di zaman konfretasi Malaysia Indonesia dahulu. Adakah pisang telah berbuah dua kali?

Kejadian sekarang lagi teruk daripada dulu. Jika ada kakitangan yang menjadi ejen semasa dahulu, mereka ejen kepada orang yang serumpun dengan kita tetapi berlainan negara. Sekarang orang yang dijemput adalah ejen adalah agenda Cina atau lebih tepat lagi DAP. Mereka ini sentiasa anti-Melayu.

Melayu! Oh Melayu! Betapa mudahnya kamu menggadai maruah bangsa dan agama serta betapa mudahnya kamu melacurkan diri kamu kepada agen jahat bangsa asing demi kepuasan nafsu kamu?

Mungkin teori Tamadun Melayu akan hancur pada 2011 akan menjadi kenyataan, jika perkara-perkara sebegini terus berlarutan dan orang Melayu sendiri tidak mengubah sikap mereka. Jangan salahkan anak cucu kita satu hari nanti jika mereka kencing berdiri di kubur kita. Semuanya salah kita kerana kita gagal mempertahankan hak kita.

Bersiap sedia untuk ucapkan, Selamat tinggal Melayu 2011.

Diolah dari tulisan Abu Senyap, MyKMU sini.