Isnin, 3 Ogos 2009

Ejen DAP dan PKR menyusup masuk Utusan Melayu!

Ada orang tua berkata, satu-satu tamadun akan hancur apabila usianya mencecah lima ratus tahun. Bagaimana dengan Tamadun Melayu? Pada tahun 2011, cukup lima ratus tahun dari tahun Portugis melanggar Melaka. Adakah Tamadun Melayu akan hancur pada 2011?

Hari ini, kita dapat lihat tanda-tanda kehancuran sudah kelihatan. Melayu bercakaran sesama Melayu semakin menjadi-jadi, Melayu gadai Melayu, Melayu jual hak Melayu, Melayu bersekongkol dengan bukan Melayu dan yang paling mengejutkan adalah apabila ada Melayu menjadi ejen kepada DAP.

Ini telah berlaku dalam Utusan Melayu.

Utusan Melayu adalah surat khabar orang Melayu yang terawal lahir di bumi Tanah Melayu. Banyak sekali jasa Utusan terhadap negara ini bermula dari peringkat awal negara hendak mencapai kemerdekaan sehinggalah sudah merdeka. Ia meniupkan semangat kebangsaan dan jatidiri dalam sanubari orang-orang Melayu.

Begitu sekali kehebatan dan kebanggan Melayu hingga banyak pihak yang faham perlu memperlecehkan Utusan Melayu. Walaupun banyak pihak sering memperlecehkan Utusan Melayu, ia tetap terus dengan perjuangannya untuk memperjuangkan orang Melayu.

Kini sesuatu yang bahaya telah berlaku.


Amran Bin Ahmad seorang kakitangan Utusan Melayu adalah Pengerusi sekerja Utusan Melayu, NUJ-UM. Beliau merupakan anak kepada Ahmad bin Nor, bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan (1980 - 1990an).

Sudahlah beliau mendapat jawatan itu, baru-baru ini pada Julai 31hb, 2009 di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur KL, Amran telah menganjurkan satu Majlis Makan Malam sempena setahun perjanjian antara Majikan dan Pekerja yang tertunggak.

Yang menyayatkan hati, Amran telah menjemput dan membawa masuk ahli-ahli Parlimen PKR ia-itu Tian Chua (Batu) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) sebagai tetamu khas.

Seramai-ramai ahli Parlimen BN yang ada di Malaysia ini, ahli Parlimen PKR juga yang dia panggil. PKR adalah parti yang mahu menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Mereka dan DAP mempersoalkan warisan orang Melayu ke atas tanahairnya sendiri.

Dalam ucapannya di Majlis, Tian Chua dan Abdullah Sani telah menempelak kerajaan.



Maruah Utusan telah dikoyak-koyak, robek-robek dan cincang-cincang oleh perbuatan seekor si kitul ini. Bukankah wartawan Utusan Melayu telah dilarang untuk membuat liputan oleh PKR dan kerajaan DAP Pulau Pinang?

Fikirlah, pernahkah DAP dan PKR menjemput wakil kerajaan ke Majlis Makan Malam mereka?

Kehadhiran mereka serupa seorang anggota tentera membawa Chin Peng untuk menyusup masuk ke Markas Taklimat Tentera di Kementah.

Haram jadah! Betapa sialnya manusia yang bernama Amran ini? Daripada arwah bapanya dulu yang telah mengkhianati Melayu hinggalah kepada anaknya sekarang. Pepatah Melayu ada berkata, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Petualang atau si kitul ini harus dilanyak habis-habisan.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Utusan Malaysia dan UMNO harus memandang serius perkara ini. Pihak pengurusan Utusan Melayu harus bertanggungjawab. Betapa longgarnya tahap keselamatan di Utusan sehingga boleh terjadi kes begini.

Jika tidak silap, kes ini pernah berlaku di Utusan beberapa puluh tahun yang lalu di mana seorang kakitangan yang menjadi ejen kepada Indonesia di zaman konfretasi Malaysia Indonesia dahulu. Adakah pisang telah berbuah dua kali?

Kejadian sekarang lagi teruk daripada dulu. Jika ada kakitangan yang menjadi ejen semasa dahulu, mereka ejen kepada orang yang serumpun dengan kita tetapi berlainan negara. Sekarang orang yang dijemput adalah ejen adalah agenda Cina atau lebih tepat lagi DAP. Mereka ini sentiasa anti-Melayu.

Melayu! Oh Melayu! Betapa mudahnya kamu menggadai maruah bangsa dan agama serta betapa mudahnya kamu melacurkan diri kamu kepada agen jahat bangsa asing demi kepuasan nafsu kamu?

Mungkin teori Tamadun Melayu akan hancur pada 2011 akan menjadi kenyataan, jika perkara-perkara sebegini terus berlarutan dan orang Melayu sendiri tidak mengubah sikap mereka. Jangan salahkan anak cucu kita satu hari nanti jika mereka kencing berdiri di kubur kita. Semuanya salah kita kerana kita gagal mempertahankan hak kita.

Bersiap sedia untuk ucapkan, Selamat tinggal Melayu 2011.

Diolah dari tulisan Abu Senyap, MyKMU sini.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah,kita ambil contoh di Timor Tengah--Damshek,Palestin,Turkey,Mesir,dan Andalusia, kemungkinan andaian anda memang ade asas dari sejarah.
Lihat juga Indonesia,Acheh, dan Mindanau.
Hanye masa dan waktu.

changkat lobak
arjuna waspada.

chaples berkata...

utusan melayu mewakili melayu?lama dahulu.sekarang utusan melayu tak dipandang melayu.sebab apa.sebab berita yang meloyakan.jangan salahkan rakyat.teliti diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

tu nama dia "perang saraf"

pertahankan hakX melayu.

banjaq_30

zorro berkata...

Utusan mesti bertegas didalam hal ini... pengacau dan perosak mesti ditendang keluar....

Gunakanlah apa cara sekali pun... yang penting si lahanat itu mesti dikeluarkan secepat mungkin...

Orang Lama berkata...

Bukan di Utusan melayu sahaja, di Utusan Karya anak syarikat utusan Melayu pun agen PKR dah menyusup. Kalau tak silap, ada pangkat. Kalau tak silap, pengarang majalah mastika. Kalau tuan tengok mastika, ada unsur-unsur memenangkan PKR terutama Anwar dan menghentam kerajaan. Kepala Utusan Melayu, Dato Aziz, entah tahu entah tidak hal ini...

Non-partisan berkata...

Mungkin ramai termasuk saya tidak sedar atau tidak tahu akan jangka hayat sesuatu tamaddun itu.

Saya ingin melihat dari satu perspektif yang sedikit lain. Kehancuran tamaddun Melayu bermula dengan penjajahan Portugis pada 1511 diikuti beberapa kuasa besar Eropah yang lain khususnya Inggeris dan buat beberapa tahun oleh Jepun. Hanya setelah Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 57 baharulah kaum Melayu berkesempatan membina tamaddunnya semula. Soalnya setelah 500 tahun pada 2011 bermula dari penjajahan Portugis,apakah sejarah kehancuran tamaddun Melayu akan berulang semula? Dalam konteks ini, peringatan sdr adalah bertepatan sekali demi survival orang Melayu.

Kemungkinan Utusan Melayu disusup masuk oleh ejen DAP dan PKR seperti yang sdr bangkitkan tidaklah boleh diketepikan atau dipandang sepi oleh pihak pengurusan UM. Ini mungkin hanya ' a tip of an iceberg.'

Dalam ruang lingkup yang lebih luas saya ingin menarik kembali kepada padangan blogger Pasquale tidak beberapa lama dahulu kemungkinan musuh-musuh negara menyusup masuk ke dalam agensi-agensi kerajaan.

Richard Nixon dalam bukunya '1999 Victory Without War' yg antara lain merujuk kepada ancaman Soviet Union menegaskan 'The Soviets do not use armies or nuclear weapons to wage this war. The principle weapon in the struggle with the west are propaganda, diplomacy, negotiations, foreign aid, political manouvre, covert activities and proxy war.'

Apa yang ditegaskan Richard Nixon bolehlah juga menjadi peringatn kepada pemimpin-pemimpin kita yang majoritinya Melayu.

Non-partisan berkata...

Mungkin ramai termasuk saya tidak sedar atau tidak tahu akan jangka hayat sesuatu tamaddun itu.

Saya ingin melihat dari satu perspektif yang sedikit lain. Kehancuran tamaddun Melayu bermula dengan penjajahan Portugis pada 1511 diikuti beberapa kuasa besar Eropah yang lain khususnya Inggeris dan buat beberapa tahun oleh Jepun. Hanya setelah Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 57 baharulah kaum Melayu berkesempatan membina tamaddunnya semula. Soalnya setelah 500 tahun pada 2011 bermula dari penjajahan Portugis,apakah sejarah kehancuran tamaddun Melayu akan berulang semula? Dalam konteks ini, peringatan sdr adalah bertepatan sekali demi survival orang Melayu.

Kemungkinan Utusan Melayu disusup masuk oleh ejen DAP dan PKR seperti yang sdr bangkitkan tidaklah boleh diketepikan atau dipandang sepi oleh pihak pengurusan UM. Ini mungkin hanya ' a tip of an iceberg.'

Dalam ruang lingkup yang lebih luas saya ingin menarik kembali kepada padangan blogger Pasquale tidak beberapa lama dahulu kemungkinan musuh-musuh negara menyusup masuk ke dalam agensi-agensi kerajaan.

Richard Nixon dalam bukunya '1999 Victory Without War' yg antara lain merujuk kepada ancaman Soviet Union menegaskan 'The Soviets do not use armies or nuclear weapons to wage this war. The principle weapon in the struggle with the west are propaganda, diplomacy, negotiations, foreign aid, political manouvre, covert activities and proxy war.'

Apa yang ditegaskan Richard Nixon bolehlah juga menjadi peringatn kepada pemimpin-pemimpin kita yang majoritinya Melayu.

Orang Melayu berkata...

Pandangan yang amat relevan

Non-partisan berkata...

Mungkin ramai termasuk saya tidak sedar atau tidak tahu jangka hayat sesuatu tamaddun. Kerana itu peringatan sdr amat bertepatan masa demi kelangsungan hidup orang Melayu.

Pihak pengurusan Utusan Melayu tidak seharusnya mengenepikan atau memandang remeh tentang kemungkinan UM telah disusupi ejen DAP dan PKR yang mempunyai sesuatu agenda yg tersembunyi. Siasatan harus dibuat sehingga ke akar umbi demi menentukan ianya bukan 'a tip of an iceberg.'

Saya juga ingin melihat dari perspektif yang lebih luas dgn menarik kembali kpd keprihatinan blogger Pasquale satu ketika dahulu ttg kemungkinan musuh-musuh negara telah menyusup masuk ke dalam agensi-agensi kerajaan.

Richard Nixon dalam bukunya '1999 Victory Without War' antara lain merujuk kpd ancaman Soviet Union. Tegasnya 'The Soviets do not use armies or nuclear weapons to wage this war. The principle weapon in the struggle with the west are propaganda, diplomacy, negotiations, foreign aid, political manouvre, covert activities and proxy.'

Walaupun kedua-dua Richard Nixon dan Soviet Union telah menjadi sejarah tetapi pandangannya masih relevan dalam konteks menguruskan keselamatan dan kepentingan negara dan harus menjadi peringatan kpd pemimpin-pemimpin negara yang mana kaum Melayu adalah dominan.

Tanpa Nama berkata...

Good ...good...good.
Ada rahsia,dedahkan.
Pihak berwajib sila ambil tindakan.
Orang ramai mesti fikir.
Nak percaya,percaya le.
Tak mau percaya, engkau punya pasal le.

Anak Jawa.

Shah Qamary berkata...

sy xpasti org ramai perasan atau tidak. suatu kejadian yg mengejutkan telah berlaku pd waktu pilihanraya manek urai lalu. berita nasional rtm1 pernah menayangkan berita mengenai pemberian kunci rumah kepada penduduk oleh seorang menteri. tajuk dibawah nama penerima kunci itu tertulis 'penerima rasuah'. dan setelah 3-4 minit br diubah kepada 'penerima rumah'.

jauh berbeza ejaan antara 'rumah' dan 'rasuah'. ianya seolah2 propaganda yg cuba diserapkan secara tersirat oleh pihak2 dalam rtm yg menentang kerajaan.

malah sy juga pernah dilaporkan mengenai kemuculan beberapa org 'penyokong pakatan' di dlm produksi berita bernama tv. bernama tv masih berada di bawah kementerian penerangan, sama seperti rtm. namun kemunculan virus2 ini bakal mencetuskan konflik dalaman badan2 berita ini.

diharapkan pihak2 yg berperanan dlm isu ni, bertanggungjawab dan bertindak sebelum golongan2 ini mula menunjukkan belang..

Paksu Ki berkata...

Apa hebatnya Melayu bukan kerana Agamanya. Dulu ni melayu di utara Semenanjung Malaysia (1970an) setiap buah rumah dibela haiwan bernama anjing. Kalau kita p melawat tak dapat nak pastikan mana rumah melayu atau rumah orang siam.

Melayu jangan jadi bangsa yang bersentimen sangat. Mengapa pemimpin yang lepas menerima kewujudan bangsa lain dlm persetujuan kemerdekaan bukankah kita boleh tolak proses kemerdekaan yang melibatkan bangsa lain. Cuba fikirkan.....

Tanpa Nama berkata...

"Orang Lama berkata...

Bukan di Utusan melayu sahaja, di Utusan Karya anak syarikat utusan Melayu pun agen PKR dah menyusup. Kalau tak silap, ada pangkat. Kalau tak silap, pengarang majalah mastika. Kalau tuan tengok mastika, ada unsur-unsur memenangkan PKR terutama Anwar dan menghentam kerajaan. Kepala Utusan Melayu, Dato Aziz, entah tahu entah tidak hal ini..."

Tuduhan yg tak bukti, pengarang Mastika adalah orang kuat UMNO, sdra jangan buat fitnah! Saya kenal benar Zul Mastika...