Isnin, 13 September 2010

Tindakan UMNO umpama "yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran"

Jauhi Perkasa, selamatkah UMNO?

Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa?

Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia.

Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa.

Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik. Maka langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar.

Hari ini, UMNO dapat bertahan di sebalik gelombang asakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, juga adalah antara lain disebabkan peranan NGO seperti Perkasa. Janganlah melihat Perkasa sebagai hantu jembalang - sebagaimana persepsi banyak parti bukan Melayu.

Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan. Ketika parti-parti Cina saling lengkap melengkapi dengan NGO mereka, ada pemimpin UMNO yang mahu menolak Perkasa tanpa melihat daripada perspektif lebih besar.

Awang tidak setuju sama sekali dengan pandangan bahawa Perkasa akan menggugat BN kerana dituduh rasis. Lakukanlah kajian menyeluruh. Hampir kesemua isu yang disuarakan oleh Perkasa adalah sebagai menyanggah tuntutan keterlaluan oleh pelbagai pihak tanpa menjaga sensitiviti orang Melayu dan prinsip dalam perlembagaan negara.

Perkasa tidak pernah meminta lebih untuk orang Melayu walaupun ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina. NGO itu hanya mahu mempertahankan apa yang ada pada Melayu pada waktu ini kerana Melayu masih jauh ketinggalan.

Apakah komitmen Perkasa menjunjung perlembagaan juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia?

Awang agak aneh mengapa mesyuarat BN itu tidak mengambil pendirian yang sama terhadap NGO bukan Melayu lain. Semalam, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan rasa gembira dengan jaminan bahawa UMNO juga tidak akan menyokong Perkasa.

Awang ingin bertanya apakah tanpa Perkasa, Gerakan boleh memberi jaminan bahawa majoriti bukan Melayu akan menyokong BN?

Pendirian masyarakat Cina menolak BN pada pilihan raya umum lalu masih belum berubah. Gerakan sendiri sampai hari ini hampir lumpuh dan parti itu tidak bekerja keras memulihkan sokongan bukan Melayu, sebaliknya asyik mencari alasan lapuk.

Pada Awang, pendirian UMNO untuk turut sama menjauhi Perkasa tidak akan membantu parti itu. Persoalannya, apa pilihan UMNO yang terpaksa menjaga sensitiviti parti komponen lain? Atas kertas UMNO boleh menolak Perkasa tetapi risikonya ke mana sokongan NGO itu selepas ini?

BN sendiri akan terjejas jika ramai pengundi UMNO pula menjauhi parti itu kerana mengikut haluan Perkasa. Jika itu berlaku, yang lebih rugi adalah UMNO. Dalam kita ghairah mahu mendapat sokongan bukan Melayu, janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap.

Awang khuatir, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Sokongan bukan Melayu adalah penting kepada BN namun pasak yang perlu dijaga adalah Melayu. Itu juga adalah asas kenegaraan yang bermula dengan kemurahan hati dan pengorbanan Melayu kepada kaum lain sejak sebelum merdeka lagi. Jika Perkasa dimusuhi, NGO itu dan Ibrahim tidak akan rugi apa-apa. Yang rugi adalah kuasa politik Melayu.

Awang melihat pilihan lain yang ada pada BN ialah semua parti komponen mesti komited mempertahankan perlembagaan dan akur kepada kontrak sosial.

Jika itu boleh dipersetujui, Awang percaya Perkasa dengan sendirinya akan terpinggir daripada perhatian orang Melayu. UMNO juga perlu lebih kelihatan membawa agenda Melayu sebagaimana yang terus dijuarai oleh DAP, MCA, Gerakan dan MIC untuk melonjakkan kaum masing-masing.

Dalam UMNO perlu memikul cabaran mengetuai keluarga besar BN yang bererti mengurus kehendak pelbagai komponen, hakikatnya parti itu selama ini kuat adalah kerana agenda Melayu. Persoalannya lagi apakah parti komponen BN yang lain akan akur.

Inilah cabaran besar UMNO. Yang pasti, orang Melayu kini memerhatikan tindak-tanduk UMNO dan akan membuat penentuan apabila tiba masanya. Mungkin pada waktu itu nanti, segala-galanya sudah terlewat bagi UMNO untuk mendengar suara kaumnya sendiri.

Sangat terlewat.

Awang Selamat
Mingguan Malaysia

Sabtu, 11 September 2010

UMNO sedia jual Melayu?

BN tidak dapat manafaat 'simpanan tetap' Melayu dengan menjauhi Perkasa

Pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke tahap tidak mengendahkan Perkasa yang buat masa ini adalah "suara nasionalisma Melayu jelas".

Para Menteri Kabinet terlalu asing dari perkara sebenar dan sebagai pemimpin-pemimpin yang terpilih, mereka agak terbatas kepada analisa yang dibuat dalam suasana keselesaan pejabat dan hampir terasing dari aspirasi akarumbi dan rakyat, khususnya orang Melayu.

Birokrasi dan protokol menghalang rakyat untuk merapati pemimpin-pemimpin untuk menyuarakan rintihan mereka, dan menyampaikan berita terus dalam isu-isu yang diperkata dan dibicara oleh orang-orang biasa hari-hari.

Manakala melalui garisan parti, aliran maklumat untuk dua-dua hala hilang dalam terjemahan dan seringkali perantara yang menghantar khabar sesuka hati menilai balik dan menukar frasa maklumat yang perlu disampaikan ke pihak atasan.

Ini menyebabkan purata orang Melayu merasa terasing, tidak mempedulikan perkara sebenar yang berlaku. Ditambah lagi, semasa tempoh pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun Abdullah), memperlihatkan media arus perdana dimanipulasi dan 'disira dengan manisan' dalam hampir setiap dan semua hal untuk mengekalkan 'faktor rasa sedap' yang telah membawa BN kepada kemenangan besar dalam pilihanraya ke 12 pada April 2004.

Orang-orang Melayu mulanya begitu teransang dengan imej-imej Perdana Menteri sebagai 'orang bersih', 'anak ulama', dan orang yang baik kepada ramai.

Sepanjang tempohnya, pemimpin UMNO menjadi cuai dan dari selalu turun berkhidmat untuk memenuhi aspirasi rakyat, mereka yang hanya berlegar di peringkat pertengahan struktur parti bertegas berfikir bahawa jentera parti yang penting dan kunci kejayaan dalam mendapat undian rakyat.

Pastinya tumpuan mereka untuk mengekalkan kedudukan di peringkat pertengahan parti bagi kepentingan politik masing-masing lebih penting dari berkhidmat kepada rakyat. UMNO menjadi 'parti elitis' yang sudah lari dari semangat asal sebagai parti kepada rakyat kebanyakkan.

Akibatnya, orang-orang Melayu tersinggung dan ada yang mula berjinak untuk memberi sokongan kepada pembangkang, kebanyakkannya PAS bagi orang-orang Melayu luar bandar dan PKR bagi orang Melayu urban dan lebih terpelajar.

Akhirnya juga, BN kalah di 5 + 1 negeri di pilihanraya umum ke 12 pada Mac 8hb 2008 dan pada pertama kali, parti pemerintah gagal untuk menguasai 2/3 Dewan Rakyat yang mempunyai kepentingan psikologi.

Ekoran itu, PM Abdullah tumbang dan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang keenam pada masa ketika UMNO sebagai parti politik utama Melayu berada pada kedudukan paling lemah.

Najib merasakan bahawa strategi jangka masa pertengahan dan panjang untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat berlegar kepada konsep "merangkumkan semua' ("inclusive").

Maka terlancarlah panggilan '1Malaysia'.

Orang-orang bukan Melayu melihat ini peluang untuk mendapatkan 'sama rata', khususnya dalam isu-isu dan ruang di mana orang-orang Melayu diberi keutamaan di bawah Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan afirmatif yang berani dalam Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971, untuk menangani jurang perbezaan dalam status sosio-ekonomi dan keupayaan antara kumpulan etnik dan kawasan.

Sekarang ini mereka mula membuat pelbagai tuntutan-tuntutan dan tuntutan-tuntutan ini mula menjadi tidak sensitif dan mengikuti nilai-nilai sejagat yang kadangkala dianggap sebagai 'lantang dan berlebihan aggresif.'

PM Najib juga percaya bahawa 'liberalisasi ekonomi' adalah cara strategik untuk membawa ke hadapan dan sedikit demi sedikit mengambil langkah-langkah untuk mencapai ini. DEB kini mahu ditulis kembali sebagai Model Ekonomi Baru di mana isu-isu mengenai majoriti Melayu dan Bumiputera, sudah sekarang mula dihapuskan dan mekanisma dimansuhkan.

Ini tidak diterima baik oleh orang-orang Melayu. Rata-rata, kebanyakkan orang-orang Melayu rasa tersinggung. Hingga para nasionalis antara rakyat majoriti ini sudah mengambil pandangan bahawa usaha PM Najib adalah untuk ambil hati dan sedia muncikari tuntutan dan permintaan minoriti Cina, yang rata-rata berada dalam status sosio ekonomi yang lebih baik berbanding dengan orang Melayu.

Usaha ini tidak menunjukkan hasil dan kesan tetapi sebaliknya orang-orang Cina mula menjadi lebih berani dan lantang dengan tuntutan-tuntutan mereka. Ini menjadikan pandangan sesetengah pihak begitu jelas bahawa mereka bermain 'politik ugutan' terhadap kepimpinan yang mudah terima dan tolak ansur.

Menerima tuntutan-tuntutan dan mudah tolak ansur begini tidak wujud tanpa kos terlepas (opportunity cost). Kebanyakkan orang-orang Melayu menjadi bertambah tersinggung apabila ada memandang pemberiaan oleh-oleh kepada kumpulan etnik yang amnya dilihat mampu untuk berdikari sebagai satu masyarakat tersendiri, dalam isu-isu seperti pemberiaan biasiswa-biasiswa.

Ditengah ini semua, banyak nasionalis-nasionalis berkumpul untuk mencari landasan untuk terus menjuarai halatuju, agenda tindakan afirmatif dan rancangan-rancangan strategik Melayu. Didalam kekosongan yang timbul akibat peringkat tengah kepimpinan UMNO tertumpu kepada gerakan politik untuk memuaskan diri, banyak pertubuhan-pertubuhan Melayu dilahirkan. Salah satu adalah PERKASA.

Segala toleransi dan kesabaran akan satu hari menemui titik tepu dan seterusnya menjadikan orang-orang Melayu merasa kecewa dan meluat lalu tidak sanggup memberi sokongan kepada BN.

Perkasa ditubuhkan untuk memastikan bahawa agenda tindakan afirmatif Melayu dijalankan dan memastikan perlaksanaan pada ketika kerajaan persekutuan berkeras dengan pendirian liberalisasi.

Dan paling penting, Perkasa memberi harapan kepada purata Melayu biasa agar tidak meninggalkan halatuju dan perjuangan Agenda Melayu.

Keseluruhannya, BN telah selama ini mendapat manafaat lumayan dari 'simpanan tetap' Melayu. Kususnya parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain yang mana gagal menarik keluar kumpulan etnik masing-masing untuk mengundi BN. Orang-orang Melayu (dan kebanyakan etnik-etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak) yang menyelamatkan keadaan.

Melakukan tembakan sesukahati terhadap Perkasa akan menyinggung orang-orang Melayu lagi. Sebagai sebuah pertubuhan yang dirasmikan 18 bulan lalu, mereka sudah menerima 200,000 orang-orang Melayu sebagai ahli-ahli mereka dan sedah bertambah dengan pantas.

Secara tidak dirancang, Perkasa adalah kuasa politik yang dihormati dengan 'simpanan tetap' terletak pada pertubuhan ini hingga boleh menandingi peranan UMNO sebagai parti lebih tua dan pengurus 'kongsi kuasa' campuran parti Barisan Nasional.

Pemimpin BN seperti Nazri Aziz, Khaled Nordin, dan lain-lain pemimpin bukan Melayu yang mengeluarkan kata-kata seharusnya menilai kembali pandangan dan pendirian dalam bagaimana 'kelah 13' akan mengekalkan asas kuasa pada PRU13; untuk mmengekalkan relevansi dan minda Melayu sebagai majoriti.

Diterjemah dari Bigdogdotcom

Isnin, 6 September 2010

Keistimewaan Melayu adalah hak

Oleh DR. SHAMRAHAYU ABD. AZIZ

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu.

Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara.

Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.

Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.

Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153.

Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.

Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini.

Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.

Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)

Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu.

Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat Perenggan 165).

Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang.

Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu. Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.

Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif.

Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.

Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.

Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial?

Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.

Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan.

Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini.

Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam realiti.

Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).

Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas.

Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan.

Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri.

Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.

Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.

Saya perlu nyatakan bahawa Perkara 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua.

Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.

Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat.

Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu.

Ia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu". Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.

Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan.

Walau apa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.

Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu.

Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini.

Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Penulis ialah pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dipetik dari Mingguan Malaysia

Jumaat, 3 September 2010

Pemimpin Melayu sangkal artikel 153!


Hari ini MIM ingin membincangkan isu yang lebih berat. MIM tertarik dengan artikel "NEP policies keeping Malays ‘poor’ and ‘weak’, say analysts, politicians" yang disiarkan di Malaysian Insider.

Kesemua yang ditemuramah mempunyai pandangan yang berlainan tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan polisi-polisi berteraskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berterusan.


1. MIM sangat skeptikal dengan pertimbangan pakar-pakar ekonomi bukan Melayu yang seringkali melaungkan 'memajukan Malaysia setaraf negara-negara Asia yang lain' dan memfokuskannya hanya kepada kelemahan DEB dan Melayu.

2. Tetapi mereka gagal atau tidak mahu membincangkan perbezaan ketara lain di antara Malaysia dan negara-negara Asia seperti sistem sekolah satu aliran dan penggunaan satu bahasa sahaja di negara-negara tersebut. Begitu juga suara-suara sumbang seperti Lim Kiat Siang DAP, Chua Soi Lek MCA dan lain-lain. Kenapa?

3. Dan rasa-rasanya kita sudah terlalu kerap mendengar kumpulan bukan Melayu yang sentiasa mendesak dan memaksa agar polisi-polisi pro-DEB di lupuskan. Sama juga dengan Melayu seperti Anwar Ibrahim dan balaci-balaci beliau. Itu sudah biasa tetapi apabila ada orang Melayu UMNO yang mempertikaikan DEB, kita tentunya tertanya-tanya, apa hal dengan orang Melayu ni??? Dia tak sedar diri ke??

4. Artikel di dalam Malaysian Insider itu turut mengemukakan pandangan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor. Di antaranya :-
It would be illogical to maintain NEP-like policies. The NEP was introduced in the past because there was a gap between the Malays and the Chinese (in particular). Today, many Malays are now in the middle-class category.

“Today, we also have so much competition from overseas, countries like China and India are growing stronger economically, it will be pointless to maintain the NEP. We do not need affirmative action,” said Umno Pulai MP Datuk Nur Jazlan Mohamed.

He said Dr Mahathir’s argument was also “flawed” because of the fact that a majority of Malays were in the middle-class category and “have assets to lose in the event of riots or a supposed revolution.”

“The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,” Nur Jazlan told The Malaysian Insider.
5. MIM amat musykil apabila terdapat pemimpin UMNO yang mempertikai DEB dan bukan menyokongnya. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin tersebut mendapat pangkat dan kesenangan yang mereka dapat adalah kerana parti UMNO dan perjuangannya.

6. Tetapi kenyataan Nur Jazlan Mohamad di atas seperti tidak berbuat demikian. Malah kenyataan beliau itu hanya sekadar pandangan ringan yang tiada pemberat, tiada facts & figures dan menimbulkan persoalan baru iaitu apakah kenyataan Nur Jazlan itu menjawab persoalan atau pun sebenarnya untuk ridicule (memperlekehkan) Tun Dr Mahathir?

7. Nur Jazlan Mohamed ialah anak sulung Allahyarham TS Mohamed Rahmat (Tok Mat). Berkemungkinan besar kehidupan Nur Jazlan dari kecil tidak pernah merasa susah seperti Dr Mahathir dan kebanyakan kita orang Melayu.

8. Nur Jazlan Mohamad pernah mengejutkan arena politik apabila mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dipegang oleh TS Muhyiddin Yassin. Tindakan beliau itu mendapat kritikan dan juga diperli oleh beberapa pemimpin UMNO.

9. Tun Dr Mahathir pernah mengatakan sesiapa yang bertanding TP UMNO selain daripada Muhyiddin Yassin adalah "Jokers". Malah ada juga yang mengatakan "This is not a place for any Tom, Dick and Harry"

10. MIM tidak tahulah sama ada YB Nur Jazlan mempunyai rasa tidak puas hati kepada Tun Dr Mahathir disebabkan oleh kenyataan Tun Dr Mahathir !!

11. Apa pun, MIM berharap agar Nur Jazlan dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai pandangan kontra beliau itu. Nur Jazlan boleh mesejkan di dalam blog MIM. No problem...

Petikan dari blog Minda Intelek Melayu

Rabu, 1 September 2010

How come asking someone to go home is a racist remark?

The non-Malays went berserk when they heard how the Principal in Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor insulted their children, by asking the Chinese to go back to China and the Indians of wearing dog-chains.

I am not a racist, though I admit that I started to doubt that now. I personally don’t agree with racist remarks from anybody especially coming from a teacher. But with the racist sentiment filling up the air uncontrollably, lately, I understand fully, how this teacher has come to this point.

A teacher wouldn’t be uttering such words without a good reason. Something must have triggered the words and I believe, she was provoked into saying it just like what the DAP and MCA is doing to the government, UMNO and the Malays lately.

We are already choking, and it looks like nothing could be said or done could purify the air for now.

I do believe that the ‘dog-chain’ thing is too much. The Principal should apologize on that and if action is to be taken, then be it.

But, I didn’t know that coming from China is something insulting. Asking someone to go home is not at all a racist remark.

Especially when the Chinese made it clear how proud they are to be Chinese from China . They look up upon Mao Tze Tung and all the great warriors of China and never share the same proudness towards our Hang Tuah, Tunku Abdul Rahman, Mat Kilau and other Malaysian heroes just because these Malaysian heroes are not of Chinese ethnic.

The Chinese despise Malaysia , Malays, our Kings, our language and everything, so why the hell don’t they go back to China ? It is just natural for the Principle to tell their kids to go back to China , where their hearts and souls belong.

Only in Malaysia , we see people go crazy, stomping their feet, insisting that they are Malaysians but at the same time don’t want anything to do with Malaysia .

Only in Malaysia , we see people who insist that they are Malaysians but couldn’t even speak Bahasa Malaysia .

Only in Malaysia , we see people who want to be treated equally as the original settlers but cunningly try to re-write the Malaysian’s history and constitution.

Only in Malaysia , we see people who claim to be Malaysians but cannot even sing the National Anthem!

Only in Malaysia , we see people who fight for equality but insist on going to vernacular schools.

No other multi-racial country in the world would tolerate vernacular schools except Malaysia .

No other multi-racial country in the world would give equal privilege, rights or acknowledgment on the importance of other culture and language to be taught and nurtured among the youngsters.

Only in Malaysia we see minority own 81% of the economic cake and it is still ain’t enough.

Only Malaysian Chinese would ask for Namewee to be forgiven and look up upon the person and even set up a fan club.

And only Malaysia , would forgive someone like Namewee.

The fact that Malaysia has come this far and that the Malaysian Chinese have achieved so much doesn’t seem important anymore.

Of course there are few Chinese students who didn’t get scholarships despite being poor, but there are Malay and Bumiputra students with the same fate too. The problem lies in the implementation of the system, not the race. We have to stop looking at things from the race point of view.

In order to do that, maybe the Chinese first need to look at it from the non-Chinese point of view: what if you didn’t get promoted even when you have proven to be the best employee just because the Chinese management wants only Chinese to hold top posts?

Or you did not get the job even when the interviewer admitted that you are the best candidate, and tell you to your face that they can’t hire you because you are not a Chinese?

Only Malaysian Chinese can hire a new, dumb guy to become your boss, rather than promoting you to the post because the new, dumb guy is a Chinese and you’re not.

Only Malaysian Chinese who want to hold top posts in government sectors but will never ever open top posts for other races in the private sectors dominated by them.

Only in Malaysian Chinese we see a clear practice of double standard and bias when questioning about the positions and employment opportunities in government sectors as compared to private sectors.

Only in Malaysian Chinese, we see zero tolerance, total greed and unlimited hatred.

Only in Malaysian Chinese we see that greed, intolerance, hatred and double standards are acceptable values.

So, how do the Malaysian Chinese interpret equality, actually?

How do the Malaysian Chinese prove that they deserve to be treated as Bumiputras or even call themselves Malaysians?

Could I get a straight, simple answer to these simple questions?

Angelia Sinyang

Dipetik dari blog Mylasia