Jumaat, 3 September 2010

Pemimpin Melayu sangkal artikel 153!


Hari ini MIM ingin membincangkan isu yang lebih berat. MIM tertarik dengan artikel "NEP policies keeping Malays ‘poor’ and ‘weak’, say analysts, politicians" yang disiarkan di Malaysian Insider.

Kesemua yang ditemuramah mempunyai pandangan yang berlainan tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan polisi-polisi berteraskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berterusan.


1. MIM sangat skeptikal dengan pertimbangan pakar-pakar ekonomi bukan Melayu yang seringkali melaungkan 'memajukan Malaysia setaraf negara-negara Asia yang lain' dan memfokuskannya hanya kepada kelemahan DEB dan Melayu.

2. Tetapi mereka gagal atau tidak mahu membincangkan perbezaan ketara lain di antara Malaysia dan negara-negara Asia seperti sistem sekolah satu aliran dan penggunaan satu bahasa sahaja di negara-negara tersebut. Begitu juga suara-suara sumbang seperti Lim Kiat Siang DAP, Chua Soi Lek MCA dan lain-lain. Kenapa?

3. Dan rasa-rasanya kita sudah terlalu kerap mendengar kumpulan bukan Melayu yang sentiasa mendesak dan memaksa agar polisi-polisi pro-DEB di lupuskan. Sama juga dengan Melayu seperti Anwar Ibrahim dan balaci-balaci beliau. Itu sudah biasa tetapi apabila ada orang Melayu UMNO yang mempertikaikan DEB, kita tentunya tertanya-tanya, apa hal dengan orang Melayu ni??? Dia tak sedar diri ke??

4. Artikel di dalam Malaysian Insider itu turut mengemukakan pandangan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor. Di antaranya :-
It would be illogical to maintain NEP-like policies. The NEP was introduced in the past because there was a gap between the Malays and the Chinese (in particular). Today, many Malays are now in the middle-class category.

“Today, we also have so much competition from overseas, countries like China and India are growing stronger economically, it will be pointless to maintain the NEP. We do not need affirmative action,” said Umno Pulai MP Datuk Nur Jazlan Mohamed.

He said Dr Mahathir’s argument was also “flawed” because of the fact that a majority of Malays were in the middle-class category and “have assets to lose in the event of riots or a supposed revolution.”

“The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,” Nur Jazlan told The Malaysian Insider.
5. MIM amat musykil apabila terdapat pemimpin UMNO yang mempertikai DEB dan bukan menyokongnya. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin tersebut mendapat pangkat dan kesenangan yang mereka dapat adalah kerana parti UMNO dan perjuangannya.

6. Tetapi kenyataan Nur Jazlan Mohamad di atas seperti tidak berbuat demikian. Malah kenyataan beliau itu hanya sekadar pandangan ringan yang tiada pemberat, tiada facts & figures dan menimbulkan persoalan baru iaitu apakah kenyataan Nur Jazlan itu menjawab persoalan atau pun sebenarnya untuk ridicule (memperlekehkan) Tun Dr Mahathir?

7. Nur Jazlan Mohamed ialah anak sulung Allahyarham TS Mohamed Rahmat (Tok Mat). Berkemungkinan besar kehidupan Nur Jazlan dari kecil tidak pernah merasa susah seperti Dr Mahathir dan kebanyakan kita orang Melayu.

8. Nur Jazlan Mohamad pernah mengejutkan arena politik apabila mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dipegang oleh TS Muhyiddin Yassin. Tindakan beliau itu mendapat kritikan dan juga diperli oleh beberapa pemimpin UMNO.

9. Tun Dr Mahathir pernah mengatakan sesiapa yang bertanding TP UMNO selain daripada Muhyiddin Yassin adalah "Jokers". Malah ada juga yang mengatakan "This is not a place for any Tom, Dick and Harry"

10. MIM tidak tahulah sama ada YB Nur Jazlan mempunyai rasa tidak puas hati kepada Tun Dr Mahathir disebabkan oleh kenyataan Tun Dr Mahathir !!

11. Apa pun, MIM berharap agar Nur Jazlan dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai pandangan kontra beliau itu. Nur Jazlan boleh mesejkan di dalam blog MIM. No problem...

Petikan dari blog Minda Intelek Melayu

5 ulasan:

dokpikiaq berkata...

syukran..:D

Zabri Mokhtar berkata...

Salam Bro,
Tak lama lagi tergadailah tanah kerajaa penjara pudu kepada bangsa cina. seperti tanah kerajaan kini menjadi mid valley dan pavillion di bukit bingtang.
Bukan kah Nur Jazlan Pengerusi UDA Holding pemaju tanah penjara pudu?
Lihatlah..bayang2 kata2 beliu di

http://zabrimokhtar.blogspot.com/2010/07/anak-arwah-tok-mat.html

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=6795

ikhlas,

Zabri Mokhtar berkata...

Salam Bro,
Tak lama lagi tergadailah tanah kerajaa penjara pudu kepada bangsa
cina. seperti tanah kerajaan kini menjadi mid valley dan pavillion di
bukit bingtang.
Bukan kah Nur Jazlan Pengerusi UDA Holding pemaju tanah penjara pudu?
Lihatlah..bayang2 kata2 beliu di

http://zabrimokhtar.blogspot.com/2010/07/anak-arwah-tok-mat.html

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=6795

ikhlas,

ISAC berkata...

Salam,

Mamat tu ada chance ikut jejak langkah Zaid Ibrahim...

Kenn berkata...

Oh My God - They Are Still In Denial