Sabtu, 11 September 2010

UMNO sedia jual Melayu?

BN tidak dapat manafaat 'simpanan tetap' Melayu dengan menjauhi Perkasa

Pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke tahap tidak mengendahkan Perkasa yang buat masa ini adalah "suara nasionalisma Melayu jelas".

Para Menteri Kabinet terlalu asing dari perkara sebenar dan sebagai pemimpin-pemimpin yang terpilih, mereka agak terbatas kepada analisa yang dibuat dalam suasana keselesaan pejabat dan hampir terasing dari aspirasi akarumbi dan rakyat, khususnya orang Melayu.

Birokrasi dan protokol menghalang rakyat untuk merapati pemimpin-pemimpin untuk menyuarakan rintihan mereka, dan menyampaikan berita terus dalam isu-isu yang diperkata dan dibicara oleh orang-orang biasa hari-hari.

Manakala melalui garisan parti, aliran maklumat untuk dua-dua hala hilang dalam terjemahan dan seringkali perantara yang menghantar khabar sesuka hati menilai balik dan menukar frasa maklumat yang perlu disampaikan ke pihak atasan.

Ini menyebabkan purata orang Melayu merasa terasing, tidak mempedulikan perkara sebenar yang berlaku. Ditambah lagi, semasa tempoh pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun Abdullah), memperlihatkan media arus perdana dimanipulasi dan 'disira dengan manisan' dalam hampir setiap dan semua hal untuk mengekalkan 'faktor rasa sedap' yang telah membawa BN kepada kemenangan besar dalam pilihanraya ke 12 pada April 2004.

Orang-orang Melayu mulanya begitu teransang dengan imej-imej Perdana Menteri sebagai 'orang bersih', 'anak ulama', dan orang yang baik kepada ramai.

Sepanjang tempohnya, pemimpin UMNO menjadi cuai dan dari selalu turun berkhidmat untuk memenuhi aspirasi rakyat, mereka yang hanya berlegar di peringkat pertengahan struktur parti bertegas berfikir bahawa jentera parti yang penting dan kunci kejayaan dalam mendapat undian rakyat.

Pastinya tumpuan mereka untuk mengekalkan kedudukan di peringkat pertengahan parti bagi kepentingan politik masing-masing lebih penting dari berkhidmat kepada rakyat. UMNO menjadi 'parti elitis' yang sudah lari dari semangat asal sebagai parti kepada rakyat kebanyakkan.

Akibatnya, orang-orang Melayu tersinggung dan ada yang mula berjinak untuk memberi sokongan kepada pembangkang, kebanyakkannya PAS bagi orang-orang Melayu luar bandar dan PKR bagi orang Melayu urban dan lebih terpelajar.

Akhirnya juga, BN kalah di 5 + 1 negeri di pilihanraya umum ke 12 pada Mac 8hb 2008 dan pada pertama kali, parti pemerintah gagal untuk menguasai 2/3 Dewan Rakyat yang mempunyai kepentingan psikologi.

Ekoran itu, PM Abdullah tumbang dan PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri yang keenam pada masa ketika UMNO sebagai parti politik utama Melayu berada pada kedudukan paling lemah.

Najib merasakan bahawa strategi jangka masa pertengahan dan panjang untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat berlegar kepada konsep "merangkumkan semua' ("inclusive").

Maka terlancarlah panggilan '1Malaysia'.

Orang-orang bukan Melayu melihat ini peluang untuk mendapatkan 'sama rata', khususnya dalam isu-isu dan ruang di mana orang-orang Melayu diberi keutamaan di bawah Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan afirmatif yang berani dalam Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971, untuk menangani jurang perbezaan dalam status sosio-ekonomi dan keupayaan antara kumpulan etnik dan kawasan.

Sekarang ini mereka mula membuat pelbagai tuntutan-tuntutan dan tuntutan-tuntutan ini mula menjadi tidak sensitif dan mengikuti nilai-nilai sejagat yang kadangkala dianggap sebagai 'lantang dan berlebihan aggresif.'

PM Najib juga percaya bahawa 'liberalisasi ekonomi' adalah cara strategik untuk membawa ke hadapan dan sedikit demi sedikit mengambil langkah-langkah untuk mencapai ini. DEB kini mahu ditulis kembali sebagai Model Ekonomi Baru di mana isu-isu mengenai majoriti Melayu dan Bumiputera, sudah sekarang mula dihapuskan dan mekanisma dimansuhkan.

Ini tidak diterima baik oleh orang-orang Melayu. Rata-rata, kebanyakkan orang-orang Melayu rasa tersinggung. Hingga para nasionalis antara rakyat majoriti ini sudah mengambil pandangan bahawa usaha PM Najib adalah untuk ambil hati dan sedia muncikari tuntutan dan permintaan minoriti Cina, yang rata-rata berada dalam status sosio ekonomi yang lebih baik berbanding dengan orang Melayu.

Usaha ini tidak menunjukkan hasil dan kesan tetapi sebaliknya orang-orang Cina mula menjadi lebih berani dan lantang dengan tuntutan-tuntutan mereka. Ini menjadikan pandangan sesetengah pihak begitu jelas bahawa mereka bermain 'politik ugutan' terhadap kepimpinan yang mudah terima dan tolak ansur.

Menerima tuntutan-tuntutan dan mudah tolak ansur begini tidak wujud tanpa kos terlepas (opportunity cost). Kebanyakkan orang-orang Melayu menjadi bertambah tersinggung apabila ada memandang pemberiaan oleh-oleh kepada kumpulan etnik yang amnya dilihat mampu untuk berdikari sebagai satu masyarakat tersendiri, dalam isu-isu seperti pemberiaan biasiswa-biasiswa.

Ditengah ini semua, banyak nasionalis-nasionalis berkumpul untuk mencari landasan untuk terus menjuarai halatuju, agenda tindakan afirmatif dan rancangan-rancangan strategik Melayu. Didalam kekosongan yang timbul akibat peringkat tengah kepimpinan UMNO tertumpu kepada gerakan politik untuk memuaskan diri, banyak pertubuhan-pertubuhan Melayu dilahirkan. Salah satu adalah PERKASA.

Segala toleransi dan kesabaran akan satu hari menemui titik tepu dan seterusnya menjadikan orang-orang Melayu merasa kecewa dan meluat lalu tidak sanggup memberi sokongan kepada BN.

Perkasa ditubuhkan untuk memastikan bahawa agenda tindakan afirmatif Melayu dijalankan dan memastikan perlaksanaan pada ketika kerajaan persekutuan berkeras dengan pendirian liberalisasi.

Dan paling penting, Perkasa memberi harapan kepada purata Melayu biasa agar tidak meninggalkan halatuju dan perjuangan Agenda Melayu.

Keseluruhannya, BN telah selama ini mendapat manafaat lumayan dari 'simpanan tetap' Melayu. Kususnya parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain yang mana gagal menarik keluar kumpulan etnik masing-masing untuk mengundi BN. Orang-orang Melayu (dan kebanyakan etnik-etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak) yang menyelamatkan keadaan.

Melakukan tembakan sesukahati terhadap Perkasa akan menyinggung orang-orang Melayu lagi. Sebagai sebuah pertubuhan yang dirasmikan 18 bulan lalu, mereka sudah menerima 200,000 orang-orang Melayu sebagai ahli-ahli mereka dan sedah bertambah dengan pantas.

Secara tidak dirancang, Perkasa adalah kuasa politik yang dihormati dengan 'simpanan tetap' terletak pada pertubuhan ini hingga boleh menandingi peranan UMNO sebagai parti lebih tua dan pengurus 'kongsi kuasa' campuran parti Barisan Nasional.

Pemimpin BN seperti Nazri Aziz, Khaled Nordin, dan lain-lain pemimpin bukan Melayu yang mengeluarkan kata-kata seharusnya menilai kembali pandangan dan pendirian dalam bagaimana 'kelah 13' akan mengekalkan asas kuasa pada PRU13; untuk mmengekalkan relevansi dan minda Melayu sebagai majoriti.

Diterjemah dari Bigdogdotcom

2 ulasan:

Mohd berkata...

UMNO dah luluskan dana utk kaum Cina melalui BSN sebanyak 100 juta. 1 bilion pula dituntut utk sekolah2 Cina. UMNO akan jadi bodoh dan menurut saja desakan MCA.
Kaum Melayu mula tersinggung dan merasakan bahawa Najib telah mengabaikan mereka. Kaum Melayu dlm keadaan marah begini akan mengundi PR di PRU13 nanti.
Maka betullah jangkaan kaum Cina yg mereka akan memerintah Malaysia selepas PRU13 nanti!

Kenn berkata...

Sebenarnya saya ingin memberikan tajuk UnMalayNincompoopOrganisation tetapi saya tone down kepada UnMalay Nonrelevant Organisation