Selasa, 4 November 2008

Penerangan Tan Lian Hoe tetap salah, Adakah Gerakan akan gantung beliau!


Dipenghujung pertukaran suara di Parlimen pada Oktober 22hb, 2008 yang menyoal ucapan beliau di Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gerakan pada Oktober 10hb, 2008 yang memanggil orang Melayu sebagai 'pendatang', YB Tan Lian Hoe memberi komitmen akan menyelesaikan salah anggap ini. Katanya:

"... saya akan jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya Ahli Yang Berhormat datang untuk berjumpa dengan saya. Sebab saya tidak mahu panjangkan, sebab ia akan memburukkan..."
Dilaporkan akhbar baru-baru pada hari Ahad bahawa Tan Lian Hoe mengangap ucapannya disalah tafsir. Memetik laporan Mingguan Malaysia bertarikh Nov 3hb, 2008, "Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menjelaskan bahawa beliau tidak menghina atau mempersoalkan hak masyarakat Melayu dalam ucapannya pada 10 Oktober lepas ..."

Beliau berkata kononnya, "Saya tidak pernah mempersoalkan hak Melayu atau menghina sesiapa. Ucapan itu diambil di luar konteks. Saya menekankan bahawa kita tidak seharusnya mempolitikkan atau mempersoalkan fakta sejarah atau menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan orang ramai atau undi."

Tambah beliau, "Kita lupa atau sengaja lupa bahawa hari ini semua rakyat Negara ini tanpa mengira kaum adalah Anak Malaysia dan Rakyat Malaysia. Kita bukan penumpang."

Dalam menyebut "penumpang", beliau merujuk kepada ungkapan dalam ucapan Dato Ahmad Ismail semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh yang dimaksudkan sebagai sejarah pra-merdeka dan telah mereka putarbelit dan gembar gemburkan sebagai memanggil mereka pendatang.

Menurut Tan, "Asal usul kita sama. Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari Negara China. Orang India dari Negara India."

Tidak, asal usul kita tidak sama!

Dengan merujuk kita sama, penjelasan Tan masih membawa maksud orang Melayu adalah juga pendatang seperti orang Cina dan India dan hanya orang Asli yang mereka war-warkan adalah kaum asal.

Dengan menyatakan orang Melayu "datang" dari kepulauan Melayu Nusantara, Tan masih bersifat nakal untuk masih cuba menidakkan sejarah dan status Melayu sebagai kaum asal bersama kaum-kaum orang Asli dan lain-lain kaum Pribumi di Sabah dan Sarawak.

Semenanjung Malaysia atau nama asal Malaya atau Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak adalah sebahagian dari Nusantara atau Kepulauan Pulau-Pulau Melayu. Ini begitu jelas dalam sejarah yang bukan sahaja ditulis oleh orang Melayu dan sejarawan tempatan tetapi oleh bukti-bukti sejarah lampau dari pelayar-pelayar Eropah, Cina, India dan Arab. Maka tidak ada isu mengenai orang Melayu datang berhijrah ke Malaya seperti orang India dan Cina.

Sebelum kemunculan sempadan yang menjadi negara bangsa moden, perpindahan dari satu kawasan ke satu kawasan di dalam Nusantara Melayu adalah lumrah. Mengikut sejarah, kawasan-kawasan di dalam apa yang hari ini dipanggil Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Kampuchea, Thai dan Brunei pernah bergabung sebagai kerajaan-kerajaan Melayu. Melayu itu adalah satu tamaddun sendiri sebagaimana tamaddun India dan Cina.

Logik alasan beliau membawa makna orang Cina Han yang bermastautin di daerah Yunnan, China adalah pendatang. Padahal Yunnan itu adalah sebahagian dari dunia Cina.

Ini hanya menunjukkan beliau mempunyai niat jahat untuk menyemarakkan animositi perkauman. Tidak berapa bulan yang lepas, gerakan dan suratkhabar Cina, Sin Chew Jit Poh telah menjadikan isu dari tafsiran salah kepada ucapan Dato Ahmad Ismail hingga menuntut UMNO memecat keahliannya.

Ungkapan kata yang menyakitkan hati dari beliau boleh dianggap disengajakan. Gerakan adalah salah satu parti politik yang terlibat mencetuskan perasaan marah orang Melayu hingga tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Sejarah Gerakan ini tidak boleh dipadamkan selama-lamanya.

Sebagai pemegang jawatan utama parti, beliau tidak boleh menggunakan alasan naif atau tidak tahu. Susah untuk dipercayai beliau tidak menyedari hujah-hujah yang digunakan hari ini untuk mempersoalkan asas-asas Perlembagaan dan hak-hak Melayu dan isu-isu provokatif seperti papantanda berbagai bahasa itu adalah alasan lama dan lapuk DAP dan Gerakan yang digunapakai (recycle) kembali.

Hujah Melayu itu pendatang juga adalah hujah lapuk yang gunapakai. Mengambil sedutan berikut dari artikel, Apa itu Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? dari laman web PERKASA, jelas sekali usaha gunapakai ini:

Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) dari Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”.

Dalam mempersoalkan kontrak sosial, Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Adakah usaha-usaha gunapakai (recycle) hujah-hujah lapuk yang mempersoalkan Perlembagaan dan Hak-Hak Melayu/Pribumi satu usaha sengaja untuk menghidupkan kembali konflik lama?

Fikirkan ...

Gerakan mengaku mereka parti multiplural yang buta warna (colour blind). Alasan lazim yang mereka guna untuk membela masyarakat Cina adalah mereka sebahagian dari masyarakat berbilang kaum Malaysia. Adakah membela satu kaum adalah dengan sengaja menyinggung hati masyarakat majoriti negara ini?

Mereka boleh berkokok sama dengan parti kaum Cina dan masyarakat Cina menghukum Dato Ahmad Ismail tetapi boleh terlibat menghina kaum Melayu. Adaklah mereka jelas sekali parti perkauman Cina juga?

Anihnya kesemua parti politik Melayu dan masyarakat Melayu hanya berdiam sunyi menerima penghinaan ini.

6 ulasan:

Tun Jeram berkata...

Salam,

Beliau cakap pusing-pusing, tapi akhirnya masih menganggap orang Melayu sebagai pendatang.

Beliau sepatutnya menarik balik kenyataan beliau yang salah dan memohon maaf dan bukan cuba menegakkan benang basah.

Tapi adakah beliau mempunyai kejujuran dan keberanian untuk berbuat demikian?

biaokin berkata...

Sekarang, sepatutnya UMNO, terutamanya melalui sayap Pemuda mesti berdiri tegak untuk menuntut tindakan Parti Gerakan terhadap Tan Lian Hoe. Kenapa harus dicabar Ketuanan Melayu, terutama disaat-saat kritikal seperti ini?

biaokin berkata...

Sekarang, sepatutnya UMNO, terutamanya melalui sayap Pemuda mesti berdiri tegak untuk menuntut tindakan Parti Gerakan terhadap Tan Lian Hoe. Kenapa harus dicabar Ketuanan Melayu, terutama disaat-saat kritikal seperti ini?

Omong berkata...

sudah terang lagi disuloh

ini petanda agenda mereka - ingin mengaup kuasa dan harta sepenuhnya

ketika dapat kuasa - terlupa daratan

maka ketuanan melayu mula di hapuskan

kata kata yg terlepas hanya memberi bayangan pemikiran di kepala mereka

mulalah azan disenyapkan, meritokrasi di perkuatkan, undang2 dan perlembagaan pun boleh diubah suai

sesedah menguasai ekonomi, mereka akan terus cuba menguasai politik pula

harus hati2 dan awas selalu

MalayMind berkata...

http://malaymind.blogspot.com/2008/10/malay-anthropology-true-revelation-of.html

Justice is not ncessarily having the same thing, it's more than that!

neo-malays berkata...

lian hoe, asal usul kita tidak sama..definately..orang cina dan orang india adalah kaum pendatang.
malaysia dulu dikenali sebagai TANAH MELAYU..rasionalnya ialah tanah ini asal usulnya peribuminya MELAYU..

pendatang sekian,malu lah sikit.sudah bagi duduk,lebih pulak.parti gerakan ni memang melampau.haramkan saja parti ini..

lihat saja penang,orang Melayu sana di diskriminasikan,kenapa umno diam saja..umno perlu tegas..jangan terlalu tolak ansur pada mereka yang tak tau berterima kasih.

2009 GELOMBANG MELAYU!!!