Perkara-perkara yang diluahkan adalah penyalahgunaan kuasa oleh ahli politik dan pegawai kerajaan, interpretasi dasar ekonomi negara yang prejudis dan pemikiran yang sempit oleh pihak berkuasa dalam pengeluaran lesen, kontrak dll, dan kenyataan atau ucapan yang berbau perkauman atau mengugut kaum-kaum lain.
Dalam hal-hal keugamaan, beliau mempersoal cara pengendalian isu-isu keagamaan oleh pihak berkuasa. Beliau menuntut peruntukan daripada kerajaan dalam pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil serta sekolah-sekolah mubaligh.
Beliau membangkitkan masaalah yang dihadapi rakyat berkaitan peningkatan kes jenayah, dan harga barang dan kos kehidupan yang tinggi.
Hak demokrasi Ka Ting untuk bersuara dihormati.
Jika tuntutan itulah yang dikatakan suara rakyat, jelas suara tersebut hanyalah mewakili kelompok suara rakyat tertentu saja, ia-itu kepentingan kaum Cina. Golongan suara rakyat yang lain tidak pula diwakili untuk melengkapkan suara demokrasi Ka Ting itu.
Mungkin Ka Ting terlepas pandang tentang.
Golongan suara rakyat yang lain tidak pula diwakili utk melengkapkan suara-suara yang Ka Ting suarakan kononnya sebagai suara rakyat.
Rintihan Rakyat Mesti Ambilkira Rintihan Majoriti
Cubalah jangan cuba membelit, menipu dan hanya berfikir mengikut kepentingan sempit sahaja.
Rintihan rakyat harus meliputi semua rakyat, termasuk rintihan rakyat Bumiputera yang bukan sahaja orang Melayu Semenanjung. Rakyat Pribumi Bumiputera adalah majoriti lebih 60-70% rakyat negara ini.
Mengapa pula rintihan kaum Cina dianggap sebagai melambangkan rintihan rakyat? Apa mandat kaum Cina untuk menjadi perintih kaum lain? Apa salah ikhlas berkata ini adalh tuntutan rakyat kaum Cina?
Jika Ong Ka Ting boleh suarakan suara rakyat Cina, satu SMS yang diterima menyuarakan rintihan rakyat majoriti yang boleh dianggap hampir sekali kepada rintihan rakyat majoriti, seperti berikut:
1. Kerajaan dan semua kaum harus UTAMAKAN KEADILAN; bukannya kesamarataan. Berhenti bercakap tentang kesamarataan kerana ianya bercanggah dgn keadilan.
2. Selaras dengan konsep keadilan itu, jika kuota disyaratkan bagi satu2 perkara / bidang, maka kuota itu hendaklah berdasarkan komposisi kaum: Melayu / Bumiputera 67% dan Bukan Bumiputera 33%. Mana2 kuota yg tidak menepati prinsip ini hendaklah dibetulkan segera.
3. Bukan Melayu berhenti mencabar kedudukan dan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Bukan Melayu dimestikan menerima dan menghormati hakikat sejarah bahawa bumi Malaysia ini asal miliknya adalah bangsa Melayu dan kaum-kaum Bumiputera yang lain seperti mana yang telah dipersetujui oleh pemimpin bukan Melayu semasa merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemudian penubuhan Malaysia.
5. Menjunjung Perlembagaan Malaysia sepenuh dan seluruhnya, termasuk Fasal-Fasal 3, 38, 89, 90, 152, 153 dan 160.6. Bukan Melayu hendaklah komited membantu membetulkan ketidak seimbangan sosio-ekonomi khususnya dari segi perniagaan, pendapatan, pendidikan, pemilikan aset dan ekuiti selaras dengan Teras 3 - Misi Nasional. Reformasi ini hendaklah dimulakan di sektor swasta yang menjana 90% ekonomi negara dan pekerjaan.
7. Selaras dengan teras itu, bukan Melayu/Bumiputera khususnya kaum Cina hendaklah membantu kaum Bumiputera dengan ikhlas dan berkesan, khususnya dalam membuka peluang perniagaan. Hapuskan segera diskriminasi terhadap kaum-kaum Bumiputera dan berikanlah layanan yang adil.
8. Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan mengakui bahawa bahasa-bahasa lain tidak setaraf dengannya.
9. Memberi keutamaan kepada pembasmian kemiskinan supaya tercapai kemiskinan sifar pada tahun 2010.
10. Kawasan majoriti pengundi Melayu hendaklah diberi kepada UMNO dan kawasan majoriti Cina diberi kepada MCA dan Gerakan di dalam pembahagian kerusi pilihanraya. Kaum Cina dalam Barisan Nasional harus berhenti dari hidup atas politik subsidi.
6 ulasan:
BUNGARAYA GEMBIRA DAN TERUS MENYAMPOK...
YAAAHOOOO SUKAHATINYA AKU MENDENGAR UNGKAPAN CERITA ANDA.
MACAMNI LAH MENULIS DI DALAM BLOG INTERNET INI. YANG SEBENRNYA INILAH YANG SAYA CARI-CARI SELAMA INI.
Semoga dengan kata-kata sdr ini akan menyedarkan seluruh kaum yang asalnya pendatang itu akan siapakah diri mereka yang sebenarnya.
SAYA KERAP MENYEDARKAN MEREKA BAHAWA JIKA DULU TAN CHIN LOCK DAN SANBANTHAN GAGAL DALAM MISINYA "MEMUJUK" TENGKU SUDAH TENTU TIDAK AKAN ADA YANG DIKATAKAN KONTRAK SOSIAL ITU. yANG DEMIKIAN MEREKA SEMUA MASUK TONGKANG BALIK NEGARA ASAL MEREKA.
Iraman Hj Karim memberikan komen atas ucapan ada.
Yaaahhoooo. Baru sekarang saya terjumpa dengan ucapan paling bernas sekali.
Baru terjawab rasanya apa yang terpendam dihati.
Telah lama ingin ku luahkan perkara yang sama tapi aku tidak bijak berbicara spt sdr.
Berkali-kali telah ku perkatakan kpd mereka.
Bagaimana jika Tan Chin Lock dan Sanbanthan dulunya gagal dalam misi " memujuk " Tengku.
Maka berduyun-duyunlah mereka balik India dan China naik tongkang.
melayu mudah lupa
cina ingat lupa
india lupa tak ingat2
ingat
ramlyotai.blogspot.com
aberamly.wordpress.com
2008 Oktober 22 08:5
a standing applause for your writting.
Syabas!
kau punya writing dari dulu lagi aku tabik spring...
Catat Ulasan