Gerakan berjuang bersama rakan "13 Mei" lama?
Semalam Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn menganggap pengharaman Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai tidak wajar. Alasan dan helahnya bahawa kerajaan mesti mencari jalan bagi memberi laluan kepada mereka untuk bersuara.
Menurut laporan Bernama, Chang mengatakan kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung dengan keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang merupakan perkara asas tuntutan badan bukan kerajaan yang lain.
Jika asasnya hanyalah untuk hak bersuara dan menuntut perkara-perkara di atas itu tidak menjadi salah pada sesiapa pun yang berhati mulia dan berperi kemanusiaan. Malah tidak menjadi masaalah untuk menyokong Hindraf kalau ia benar-benar bertujuan untuk menjuangkan kaum atau kumpulan marhaen yang perlu pembelaan.
Dalam hal ini, perkara sesuai yang ditanya adalah apa yang telah Gerakan tolong dalam membantu kaum-kaum India/Hindu yang dikatakan tertindas dan hidup dalam kesusahan?
Perlu diingati Gerakan mengetuai satu kerajaan negeri. Ianya juga satu parti yang walaupun didominasi orang-orang Cina sebagai ahli dan jawatankuasa, mengaku mereka racial blind atau tidak memandang hanya dari persepektif kaum.
Usahlah Gerakan mahu hanya bercakap dengan retorik sahaja. Gerakan bertanding dalam pilihanraya di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti kaum bukan Melayu. Jika pun dia bertanding di kawasan bukan Melayu seperti Tan Lian Hoe, itu adalah undi kepada UMNO dan bukan ide multipluralism and multiculturalism Gerakan.
Mengapa Gerakan berdiam dan tidak mempertahankan serangan dan fitnah tidak munasabah dan bernada perkauman yang dibuat terhadap kaum Melayu yang perlu pembelaan dan bernada bertentangan dengan gagasan multipluralism dan multiculturalism?
Apabila diterangkan Menteri Dalam Negeri, Dato Syed Hamid Albar bahawa pengharaman Hindraf adalah disebabkan mereka sudah menjadi masaalah keselamatan dan hanya menegangkan keamanan dan keharmonian antara kaum.
Kehadhiran mereka berdemonstrasi di Majlis Hari Raya Perdana Menteri hanya menunjukkan mereka bukan satu perkumpulan yang tahu menghormati kebudayaan, adat resam dan berbudi pekerti.
Chang perlu menjawab:
Adakah tidak benar dokumen Hindraf kepada Gordon Brown, Perdana Menteri Britain bertark November 15hb. 2007 membuat fitnah dan tomahan serta memalukan kerajan seolah-olah kerajaan mempunyai dasar untuk melakukan pembersihan etnik dan dasar untuk membunuh seorang kaum India setiap minggu?
Ini tidak termasuk tuduhan lain berkenaan polisi-polisi kerajaan terhadap orang India. Biar dinyatakan di sini, diskriminasi dan sistem yang mereka panggil indenture labour atau penghambaan terhadap kaum India banyak dilakukan oleh peniaga dan peladang Cina.
Apa Gerakan yang dianggotai 70% kaum Cina dan sejumlah besar kaum India lakukan terahdap penghambaan ini?
Dalang dalam Hindraf telah menggunakan sebahagain kaum yang tertindas ini untuk mengadakan ratusan demonstrasi jalanan dan penggunaan bahasa yang kesat dan biadap terhadap pasukan keselamatan dan pemimpin kaum Melayu.
Apa pula jawapan Chang terhadap ugutan Hindraf akan mengambil tindakan arm struggle dan mencetuskan perang saudara?
Perkauman melampau Hindraf telah digunakan oleh parti politik tertentu untuk tujuan politik sempit mereka tanpa mengambilkira penipuan yang dilakukan untuk mencemar nama baik negara dan menjejaskan public safety dan harmoni sesama kaum dalam masyarakat.
Adakah ini perkumpulan yang Gerakan mahu sokong? Adakah belang perkauman dan rasis Gerakan yang terlibat menjadi pencetus peristiwa Mei 13 1969 masih tidak boleh dibuang?
Masih lagikah Gerakan ini hanya parti berbilang kaum yang berpura-pura tetapi menjadi gunting di dalam selimat Barisan Nasional? Kalau mahu keluar pun, Gerakan perlu ingat bahawa ia bukan satu parti yang releven dan boleh membawa kelebihan untuk Pakatan Rakyat. Sebagai parti bebas, gerakan akan hilang dan lenyap dalam lipatan sejarah.
4 ulasan:
gerakan = double standards
ahmad = squatters remark kena = gantung keahlian 3 tahun
hindraf = ethnic cleaning remark =
harus diberi kebebasan bersuara???
pasti yg tetap, adalah keinginan ramai pihak untuk kuburkan UMNO
sedarlah rakyat tentang arus politik masa kini
Saya melihat tindak-tanduk gerakan seperti ingin bermain api.
Sedangkan selama ini mereka memerlukan ehsan para pengundi Melayu untuk membantu hidup mati karier politik mereka.
Ambil contoh cik timbalan menteri penerangan kita yang menerima ehsan para pengundi Melayu Grik.
Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang waras akan mengetahui bahawa tindak tanduk beliau ini seumpama bermain dengan api.
PRU sekali lagi cik timbalan ini tidak boleh bertanding di parlimen Grik kalau tidak tentu jatuh ke tangan pembangkang.
sudah terang lagi disuluh
mereka inginkan UMNO dikubur
Salam Bro,
sebenarnya agenda Gerakan senang saja. Macam dalam pilihan parti baru ni mereka menyuarakan akan konsp Parti Gerakan yang berbilang kaum konon. Tetapi kena kutuk sikit la dia orang ni kerana jumlah bangsa lain yang bertanding dan lepas bertanding sikit sangat.
Ni pasal nak menarik India yang tercicir dari MIC, PPP dan lain lain parti India masuk dan join dia orang la...
Dia ni nak la outspoken Hidraf tu masuk gerakan. Baru mantap laa...arap kat SUkon sekor tu mana pelior.
La ni baru berani sikit pasal takde kepnetingan jawatan dalam Barisan.
Senang je nak tengok makyeh makyeh ni.
Salam
Catat Ulasan