
"Battle of Ideas"
Sambung dari Bhg 3
E. CABARAN KINI DAN AKAN DATANG
1. Kita semua digerakkan oleh idea-idea yang mempengaruhi fikiran kita sama ada sebagai seorang individu atau sebagai masyarakat yang beradab . Kerana itu idea adalah senjata paling berkesan untuk memperteguhkan azam dan tekad dalam sesuatu perjuangan atau sebaliknya untuk memusnah dan menghancurkan keyakinan kita.

Adalah menjadi kewajipan kita bersama supaya setiap generasi Melayu didedahkan dengan warisan asas-asas perjuangan bangsa yang telah diterokai oleh generasi yang lebih awal. Adalah peri penting disedari bahawa dalam setiap perjuangan bangsa yang sahih dan keramat (sacred) , prinsip kesinambungan atau ‘continuity of struggle’ mesti dipelihara. Maka apatah lagi dalam dunia kini yang bertambah dinamik perubahan dalam strategi perjuangan tidak dapat dielakkan namun perubahan dalam strategi jangan sekali-sekali diizinkan mengkaburkan matlamat .

Barangkali ada baiknya juga dinukilkan di sini betapa pekanya Lee Kuan Yew tentang kepentingan memutuskan akar umbi Singapura daripada tradisinya sebagai sebahagian daripada daerah politik Melayu zaman berzaman. Tindakan pertamanya ketika Singapura berpisah dari Malaysia ialah mengambil langkah memelihara kekeramatan patung Stanford Raffles iaitu selaras dengan cadangan pertama yang dibuat oleh Albert Winsemius dari Bangsa-Bangsa Bersatu yangmenjadi penasihat ekonominya selama hampr suku abad. Sesungguhnya dengan cara ini, Singapura menghantar isyarat kepada kuasa-kuasa ekonomi dan politik di barat bahawa ianya (Singapura) mendakap dan melanjutkan prinsip yang dilambangkan oleh Raffles sebagai watak penjajahan barat yang mencipta Singapura sebagai kubu kepentingan Eropah/Barat di Asia tenggara.
Maka kalau seorang lawyer seperti Lee Kuan Yew atau seorang ahli Ekonomi Winsemius begitu sensitif terhadap kepentingan akar umbi sejarah yangmenjadi asas kewujudan satu bangsa , maka kita patut mengambil iktibar daripadanya. Namun setelah 50 tahun merdeka kita seolah-olah lupa sama sekali akar umbi kita, Ini dapat dilihat daripada slogan kata merayakan kemerdekaan dalam bahsa Inggeris yang berbunyi “Menyambut 50 tahun kelahiran satu bangsa (Birth of a Nation)”. Kata-kata ini mempunyai natijah atau implikasi yang amat menghina kepada bangsa Melayu, seolah-olah 50 tahun yang silam,datuk nenek kita belum pernah mengenal erti manusia yang beradab / bertamaddun belum layak dirujuk sebagai satu bangsa, bangsa Melayu di buminya sendiri.
Malik Munip Nov 07
Prof Dato Malik Munip adalah bekas Pensyarah di Fakulti Sejarah, Universiti Malaya dan penulis buku, Tuntutan Melayu (1981). Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Muar. Kertaskerja ini dibentangkan di Seminar Agenda Melayu ke III anjuran Pertubuhan ALumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara pada bulan November 4hb, 2007.
1 ulasan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Terimalah Kad Raya Dari AzmIe_(",)
Catat Ulasan