Ahad, 14 September 2008

Hujah Lee Kuan Yew Serupa Hujah Hitler dan Herzl

Dari debat dengan Edward Huang yang mana ia telah menggunakan hujah dengki ala Lee Kuan Yew dalam tulisan sebelum ini, saya terpanggil untuk menerbitkan kembali tulisan lepas yang mempersoalkan teori orang Melayu berasal dari Yunnan dan hanya orang asli layak dipanggil pribumi.

Kebanyakkan orang terlalu asyik dengan teori hingga menganggap ianya sesuatu kebenaran muktamad. Teori adalah usaha ilmiah untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku berdasarkan fakta dan analisa yang ada. Namun, amalan saintifik menganggap ianya kebenaran yang relatif dan sementara hingga terjumpa fakta baru, terfikir teori baru dan perjumpaan yang baru yang berdaya menutup kelemahan teori yang ada.

Jika setiap teori dianggap muktamad, maka kita boleh terima teori Hitler bahawa orang Aryan adalah bangsa "superior" dan teori Theodor Hezl bahawa Yahudi adalah "chosen people" yang melebihi manusia-manusia lain di dunia ini.

Berita Harian bertarikh sekitar Julai 24hb, 2006 menyiarkan berikut:

Menjejak Melayu

Oleh Saufi Hamzah dan Mona Ahmad



BENARKAH selama ini Orang Asli dan orang Melayu wujud dari rumpun atau keturunan yang sama?

Jika diamati kajian bertajuk Analisis DNA Mitokondria (MtDNA) masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung yang dihasilkan penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin, mendapati bahawa keadaan sebaliknya berlaku di mana Orang Asli dan orang Melayu berasal dari keturunan berlainan.

Berdasarkan data DNA Mitokondria (MtDNA) yang dikumpulkan dalam kajian itu, orang Melayu Moden dipercayai berasal dari populasi `Austronesian' (atau Selatan Mongoloid) manakala Orang Asli pula adalah saki baki manusia moden dari populasi `Australoid'.

Hasil kajian itu juga disokong oleh kajian linguistik yang menyatakan terdapat dua penghijrahan pra-sejarah utama berlaku di Asia Tenggara.

Gelombang penghijrahan pertama yang berlaku kira-kira 40,000 tahun membawa kemasukkan populasi `Australoid' purba ke kepulauan Indo-Malaysia, yang seterusnya bergerak dan menetap di Australia dan New Guinea.


KAJIAN Dr Zafarina dan Dr Mohd Fadhli yang diserahkan kepada
JHEOA di Georgetown, baru-baru ini.

Gelombang populasi kedua dipercayai berasal dari Fujian atau Zhejian (juga dikenali sebagai Selatan Mongoloid atau Austronesian), yang menetap di sekitar kepulauan Asia Tenggara dan tanah besar kira-kira 4,000 ke 6,000 tahun dulu.

"Kita tidak ubah sejarah, sebaliknya kita sedang mendokumentasikan sejarah. Orang Asli memang lebih tua daripada orang Melayu. Ada banyak orang yang datang ke Malaysia dan banyak yang sudah bercampur," katanya selepas majlis penyerahan dua tesis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Bilik Persidangan USM, Georgetown, baru-baru ini.

Satu lagi tesis bertajuk Variasi Pergigian Dalam Populasi Malaysia untuk aplikasi pengecaman identiti manusia yang dihasilkan pensyarah Pengajian Sains Pergigian, Dr Mohd Fadhli Khamis.

Secara umum, kajian bertajuk Analisis DNA Mitokondria (MtDNA) masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung itu adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai `genetik make-up' dan pembangunan pangkalan data bagi DNA mitokondria bagi masyarakat Melayu dan Orang Asli.

Pembangunan pangkalan data penting sebelum analisis DNA mitokondria dapat diaplikasi dalam kes-kes forensik yang membabitkan kedua-dua populasi.

Secara tidak langsung, maklumat yang diperolehi dapat digunakan dalam kajian genetik populasi yang membawa kepada penemuan yang menunjukkan perbezaan ketara di antara masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli.

Sehingga ke hari ini, belum ada kajian penuh dan menyeluruh berkenaan konstitusi genetik Orang Asli yang dilakukan oleh saintis dari Malaysia.

Dr Zafarina berkata, kebanyakan kajian yang sudah dibuat oleh saintis Barat lebih bersifat untuk mendapatkan informasi berkenaan profil genetik Orang Asli kerana mereka ini adalah antara manusia moden yang tertua yang masih wujud di atas muka bumi.

Kajian berkenaan masyarakat Orang Asli dari Semenanjung Malaysia oleh saintis barat sudah berjaya membawa kepada penemuan beberapa rumusan penting mengenai sejarah pergerakan manusia moden di atas muka bumi ini.

Antara penerbitan terbaru saintis Barat yang menggunakan maklumat daripada kajian Orang Asli adalah rumusan mengenai penyebaran manusia moden dari Afrika ke Asia Tenggara kemungkinan besar berlaku melalui laluan pantai menerusi India dan seterusnya ke Australasia.
Pergerakan itu dikatakan berlaku kira-kira 65,000 tahun dulu.

FAKTA NOMBOR
Sampel DNA

102 - Melayu moden
58 - Orang Asli

FAKTA

Orang Melayu




Teori Yunan

Secara keseluruhannya alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

  • Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  • Adat resam bangsa Melayu mirip suku Naga di daerah Assam (berhampiran sempadan India dengan Myanmar).
  • Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Penduduk Kemboja mungkin berasal dari Dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunan.
  • Teori popular yang diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, ada menyatakan "nenek moyang" orang Melayu berasal dari Yunan.
Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutro.

Orang Negrito
Penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Dikatakan ada di sini sejak 1,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu dikatakan berlaku pada 2,500 tahun Sebelum Masihi. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.

Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro adalah gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 Sebelum Masihi. Mereka adalah manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara

Teori ini adalah disokong dengan alasan seperti di bawah:

  • Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.
  • Taraf ini hanya dapat dicapai selepas perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
  • Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Orang Asli


  • Masyarakat Orang Asli adalah komuniti kecil di Malaysia dan penduduk pribumi negara ini.
  • Orang Asli adalah masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza.
  • Secara rasminya masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.
  • Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.
  • Disebabkan pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan.
  • Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Ini menunjukkan teori Edward Huang mempunyai banyak kelemahan. Jika ia berusaha membawanya ke mahkamah untuk menidakkan hak Melayu sebagai Pribumi, ianya pasti menemui kekalahan.

Selain itu, disiarkan tulisan dari blog Cuit Sikit berjodol Melayu Bukan Pribumi? berikut:
1. Wujud usaha terbaru dari mereka yang buta sejarah dan susur galur bangsa Melayu hari ini yang mendakwa orang Melayu bukan pribumi negara Malaysia ini. Mereka berhujah bahawa orang Melayu itu berasal dari Indonesia dan asal usul antropologinya berasal dari Yunan, Cina. Dakwaan ini bukan sahaja melucukan malah menunjukkan benar meraka mahu memutarbelitkan sejarah.

2. Bangsa itu dikenali dari susur budaya, keturunan dan ciri-ciri persamaan kabilah besar mereka. Memang ada Melayu jawa, melayu banjar, melayu porto dsb. Hakikatnya mereka itu bangsanya Melayu, bahasanya Melayu biarpun pelbagai dialek. Cina juga ada pelbagai etnik dan dialek bahasa.

3. Pada masa dahulu Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) dan kepulauan Melayu (Indonesia) berada dalam satu gugusan dan sering bertukar pentadbiran antara kesultanan dari kepulauan mahu pun dari Tanah Melayu. Dengan kata lain tiada istilah pendatang antara orang Melayu di Tanah Melayu dengan orang Melayu di Indonesia sehinggalah Indonesia dan Tanah Melayu merdeka secara berasingan. - baru terpisah secara jelas antara Indonesia dan Malaysia atas kehendak penduduk kedua-dua kawasan bukannya, oleh perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

4. Malahan pada zaman Jepun juga wujud gerakan memerdekakan seluruh kepulauan Melayu dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Gerakan Indonesia Raya.

5. Sekarang mereka mahu mempertikaikan kononnya Melayu berasal dari Indonesia bukan pribumi Tanah Melayu. aneh bukan jika Melayu bukan pribumi tanah Melayu. Apakah cina Hong Kong, Taiwan dan Macau bukan penduduk pribumi pulau-pulau tersebut hanya kerana mereka cina?

5. Hakikat sejarah menunjukkan orang melayu yang tinggal di tanah ini sejak wujudnya asal usul manusia di semenanjung ini. Sebab itu ia dikenali sebagai Tanah Melayu sama seperti Tanah Besar Cina dan negara India yang diiktiraf sebagai milik bangsa Cina dan India. S

6. Memang benar manusia Melayu berevolusi dari animisme, hinduisme kepada Islam. Apakah ini menjadikan mereka orang India?

7. Orang Asli dengan orang melayu asalnya diklasifikasikan oleh pengkaji antropoglogi sebagai orang darat dan orang laut. Orang asli yang masih kekal hari ini ialah orang darat yang banyak tinggal di dalam hutan. Manakala orang asli laut yang tinggal di pinggir laut, pelabuhan dan sungai berevolusi menjadi melayu seperyi yang ada hari ini.

Kedua-dua mereka sudah diiktiraf oleh sejarawan, penjajah dan pengkaji antropolgi sebagai penduduk asal tanah melayu ini.

8. Justeru kepada pemimpin bukan Melayu berhenti berhujah kononnya Melayu ini bukan pribumi tanah Melayu. Hadapi hakikat bahawa Malaysia ini tanah asalnya milik orang Melayu dan pribumi asli lain. Kita bersetuju berkongsi hak selagi mereka juga bersetuju menerima kontrak sosial semasa kemerdekaan.

Selasa, 9 September 2008

Pedagang Cina Bersekongkol Membantu Portugis Menakluk Melaka!

Setiap kali menziarahi A Famosa di Melaka, kita harus ingat bahawa pedagang-pedagang Cina yang mungkin ada keturunan lagi di sini hari telah membantu Portugis menakluk Melaka.

Usahlah Ong Ka Chuan hendak mengaku orang Cina mengorbankan nyawa memperjuangkan kemerdekaan! Itu adalah hujah penyokong dan pemberi simpati kepada pengganas komunis yang mana perjuangannya tidak diterima oleh orang-orang Malaysia, khususnya penduduk asal orang-orang Melayu.

Malah, hujah ini adalah hujah yang rasis dan penuh dengan perkauman kerana berniat untuk menidakkan perjuangan orang Melayu dan menggambarkan orang Cina komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dengan hanya berdasarkan pembohongan fakta sejarah.

Realitinya orang Cina tidak pernah pergi berperang untuk memperjuangkan kedaulatan negara melainkan untuk kepentingan mereka samada ideologi politik atau ekonomi.

Berapa kerat orang Cina yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata atau berseragam kerajaan hari ini? Berapa kerat yang pernah berkhidmat dalam angkatan bersenjata dan berseragam kerajaan pada masa lepas?

Alasan berasaskan ekonomi biasa kita dengar. Ini hanya menunjukkan sejauh mana pengorbanan yang mereka sanggup lakukan. Mereka hanya berkorban apabila sudah terdesak, tiada lain. Apabila mereka konon berkorban, dengan syaitan pun mereka sanggup bersekongkol.

Di dalam artikel semalam berjudul, "Adakah Pembohongan Ong Ka Chuan Bermakna MCA Kini Menyokong Komunis?", penulis blog ini menyatakan bahawa:

... orang Cina tidak pernah berjuang untuk negara ini melainkan untuk kepentingan mereka.

Tatakala, kerajaan British mengunjurkan Kesatuan Malaya (Malayan Union), orang Cina tidak ikut sama menentang peningkatan status taraf "negara jajahan" dan menghapuskan sistem negeri dan institusi Raja-raja Melayu.

Sebenarnya dalam perjuangan untuk mendapat kemerdekaan, rata-rata orang-orang bukan Melayu lebih rela negara ini tidak merdeka jika orang Melayu memerintah. Mereka rela negara ini terus dijajah selagi mereka tidak mendapat kewarganegaraaan dan hak sama rata sebagai lesen...
Hari ini, penulis memetik dari sejarah Melaka yang ditulis oleh Marco Ramerini berjodol PORTUGUESE MALACCA 1511-1641 seperti berikut:

THE PORTUGUESE CONQUEST


At the time of the Portuguese arrival in the Asian seas, Malacca, thanks to its strategic position on the strait bearing the same name, was a remarkable trading center for the trade and shunting of spices. At that time, Malacca was ruled by a Muslim Sultanate.

The town extended its influence over a vast territory, which included the whole Malaya Peninsula.

Its port was frequented by a multitude of ships and merchants from all the Asian nations of the time: Arabia, Persia, China, India, Japan, Indonesia, Ceylon, and Bengal. In it were gathered and sold all the Asian spices: pepper, cloves, ginger, cinnamon, nutmeg, etc.

After their arrival in India, the Portuguese soon became aware of the importance of the city. An expedition sailed to Malacca in 1509 but failed, and many of the Portuguese were captured and imprisoned by the Sultan.

In 1511, the ViceRoy of India, Afonso de Albuquerque, decided to organize an expedition destined to conquer Malacca. At the head of 1.100 - 1.200 men and 14 ships, Afonso de Albuquerque arrived in view of Malacca in June of 1511 and immediately demanded the rescue of the Portuguese that were taken prisoners in the 1509 expedition. The Sultan tried to gain time to strengthen the town defenses. He was well aware of the small number of Portuguese troops and was confident on his powerful army of 20.000 men and 2.000 guns.

Albuquerque wasted no time. At down of 25 July 1511 the Portuguese attacked the town concentrating the assault on the bridge on the river dividing the town. After a fierce battle the bridge was conquered by the Portuguese, but at nightfall they were forced to retreat.

After some days of preparations, on 10 August 1511, the Portuguese renewed the attack. Albuquerque had the assistance of some Chinese junks that were anchored in the port. The use of a junk offered by the Chinese merchants was decisive, as this junk was used as a bridgehead. This time the attack was successful and the Portuguese finally succeeded in establishing a bridgehead in the town.

There were then several days of siege in which the Portuguese bombarded the city. On 24 August 1511 the Portuguese again attacked only to discover that the Sultan had escaped. With Malacca was now in Portuguese hands, they sacked the town, but following Albuquerque’s orders, they respected the property of those who sided with them.

B. W. Diffie and G. D. Winius in the book "Foundations of the Portuguese Empire 1415-1580" write: "the capture of Asia's greatest trading city by a mere 900 Portuguese and 200 Indians must rank as an event in the history of European expansion no less stunning than the better known conquest of Tenochtitlan by Hernando Cortés".
Baca seterusnya di laman web Colonial Voyage.

Selama 17 hari dari Julai 25hb, 1511, asakan tentera Portugis berjaya dipatahkan. Hinggalah pada Ogos 11hb, 1511, Portugis mendapat bantuan pedagang-pedagang Cina yang memberi bantuan kapal-kapal tongkang Cina yang sudah berlabuh di pelabuhan Melaka.

Kapal-kapal pedagang Cina menjadi penentu kerana kapal-kapal tersebut digunakan sebagai "bridgehead" untuk masuk ke tengah-tengah bandar pelabuhan Melaka.

Pedagang-pedagang Cina yang mendapat banyak laba dari perniagaan dan perdagangan di Melaka akhirnya membantu penjajah Inggeris menjajah bandar pelabuhan yang menjadi "lombong emas" untuk mereka mengumpul kekayaan?

Adakah sejarah yang sama akan berulang lagi dengan pembohongan Ong Ka Chuan, abang Presiden MCA, Ong Ka Ting memperjuangkan pengganas komunis dan mengkhianati sifat tolak ansur orang Melayu?

Isnin, 8 September 2008

Adakah Pembohongan Ong Ka Chuan Bermakna MCA Kini Menyokong Komunis?

The Star tarikh September 7hb, 2008 melaporkan Ong Ka Chuan mengatakan 300,000 orang Cina mati untuk mempertahankan negara ini semasa pendudukan Jepun pada tahun 1940. Menurutnya, atas hujah ini, mereka layak untuk mendapat kewarganegaraan.

Sedutan laporan itu disiarkan di bawah ini:

The Star Online Sunday September 7, 2008

Chinese died defending country, says Ka Chuan

IPOH: The Chinese gained citizenship by sacrificing their lives for the country, said MCA secretary-general Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Some 300,000 Chinese died defending the country during the Japanese Occupation in the 1940s, he said.

“That was about 20% of the population then. They had joined the Anti-Japanese Army to fight the invasion when the British left us helpless.

“And this was what made the British give us citizenship. It wasn’t gained without any sacrifice or contribution on our part.

“Our citizenship had been exchanged with our courage, blood, sweat and tears for the country,” he said after opening the Perak Wanita MCA convention here yesterday. ...

Tidak, sama sekali tidak. Ong berbohong! Fakta nya salah dan hujahnya pembohongan putarbelit!

Orang-orang Cina mendapat kewarganegaraan kerana pihak British enggan mengambil tanggungjawab terhadap buruh-buruh pendatang yang telah dibawa dari India dan Cina untuk kepentingan ekonomi kapitalis mereka.

Demi kepentingan ketamakan pedagang, pengusaha dan pelabur British, mereka secara bersistem telah meminggirkan penduduk asal dari alir kemajuan supaya mereka tidak aakn menuntut kemerdekaan.

Asasnya, setelah penjajah pergi, negara itu harus dipulangkan kepada penduduk asal negara itu. Adakah orang Cina penduduk asal negara ini untuk mempunyai hak untuk menjadi warganegara negara ini?

Mereka seharusnya pulang kepada negara asal mereka kerana selainkan dari sedikit orang Cina, sana sini, rata-rata mereka adalah berstatus guest di negeri-negeri Melayu dan British subject di negeri-negeri Selat. Mereka tidak ada hak langsung. Kelahiran dinegara ini pun tidak memberikan mereka hak kerana ia tidak diperakui.

Kewarganegaraan mereka adalah atas sifat timbangrasa orang Melayu, akhirnya mereka mengalah dan sedia bersetuju menerima orang-orang bukan Melayu. Mereka bukan mendapat hak atas kononnya wujud kontrak sosial kerana kontrak sosial yang diwar-warkan tidak wujud. Semua hak-hak keistimewaan orang melayu telah wujud dari Perjanjian Pangkor dan di dalam Perlembagaan Negeri atau Undang-undang Tubuh Negeri.

Ditambah lagi, kemerdekaan diperolehi dari persetujuan bersama tiga pihak - Raja-Raja Melayu, Penjajah British, dan Rakyat. Hanya setelah dipersetujui oleh ketiga-tioga pihak baru kemerdekaan itu dapat dicapai. Orang Cina dan India bukan rakyat dan hanya sebahagian dari satu pihak - rakyat.

Hujah Ong adalah satu lagi hujah atau lebih tepat helah dan alasan terkini kaum Cina untuk mereka-reka hak dan justifikasi. Kononnya mereka juga telah berkorban dan terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Hujah ini satu aliran pembohongan sejarah Lee Kuan Yew di Parlimen pada tahun 1964 bahawa orang Melayu adalah juga kaum pendatang dari Indonesia dan hak bumiputera hanya ada pada kaum orang Asli.

Seiring dengan hujah ini, mereka mengaku Parti Komunis Malaya adalah pejuang-pejuang kemerdekaan dan UMNO adalah talibarut British. Menurut mereka, Komunis bersama Malay Nationalist Party (MNP) masuk ke hutan menentang British melalui peperangan gerilla.

Itulah sebab kaum Cina rata-rata memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada tuntutan mahkamah pengganas Chin Peng.

Dalam usaha berterusannya untuk menghina bangsa Melayu, menidakan hak dan status orang Melayu, dan terus membawa agenda cauvanis Cina, penulis, ahli politik dan ejuangn pendidikan Cina, Dr Kua "Raja Penghasut" Kia Soong menyatakan di Forum Majlis Peguam beberapa bulan lepas bahawa MNP lebih adil dan "sama rata" dan tidak rasis.


Walaupun sama berada di Kelab Sultan Sulaiman membincangkan penubuhan UMNO dan tuduhan UMNO itu caturan dan pro-British, MNP atau Kesatuan Melayu Nasional (KMN) adalah golongan kiri, kecil dan terpencil yang bukan diterima penuh oleh semua lapisan orang Melayu dan wakil sah orang-orang Melayu.

Bagaimana UMNO boleh pro-British jika ia ditubuhkan untuk menentang Gagasan Malayan Union?

British hanya menerima hakikat UMNO adalah lebih mewakili orang Melayu dari pertubuhan-pertubuhan lain kerana hampir semua pertubuhan Melayu dan juga Orang Asli bergabung di bawah UMNO. MNP yang mengambil pendekatan militan dan menerima tentangan mengakibatkan ia dharamkan dan personaliti-personaliti di penjarakan British.

Sebabnya MNP menentang dan tidak memperakui institusi raja yang rata-rata semasa itu merupakan asas hak yang kuat untuk menuntut kemerdekaan. Gagasan Kesatuan Melayu akan melenyapkan hak kemerdekaan orang-orang Melayu melalui Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu adalah sebagai penandatangan perjanjian yang telah memaksa British diambil sebagai penasihat dan pentadbir negeri-negeri Melayu.

Pemikiran aliran pro-komunis banyak di dapati dan sedang dipeloposi oleh blog Clare Street yang dikendalikan oleh bekas ahli politik DAP serta bekas penulis Sin Chew Jit Poh, James Wong Wing-On.


Realitinya, Komunis adalah kumpulan pengganas yang telah membunuh puloh ribuan rakyat yang tidak berdosa dari pelbagai kaum.

Gerakan Komunis rata-ratanya dianggotai oleh kaum Cina dari kelas ekonomi rendah, perjuangan mereka sebenarnya lebih merupakan untuk perjuangan untuk menjaga kepentingan kaum mereka.

Disamping itu, kelas pekerja, petani dan buruh kaum Cina ini berjuang untuk menjuarakan kepentingan ekonomi mereka melalui fahaman aliran komunis yang berasaskan perjuangan kelas. Mereka bukan sebenarnya menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua lapisan rakyat serta kedaulatan negara.

Perjuangan kelas adalah satu teori yang tidak mencerminkan struktur masyarakat Melayu dan negara ini. Hari ini, teori masyarakat tanpa kelas jelas gagal.

Selepas peninggalan Jepun, Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dikatakan Ong sebagai tentera penentang Jepun mengubah menjadi adalah kumpulan Malayan Races Liberation Army atau gelaran biasa Bintang Tiga yang telah melakukan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat jelata. Sila laman Arkib Negara sini.

Mereka menghukum, menzalimi dan membunuh rakyat jelata yang mereka tuduh bersekongkol dengan pemerintah Jepun untuk membalas dendam.

Kebanyakan rakyat jelata yang mereka bunuh adalah satu-satunya rakyat negara itu orang Melayu. Pengganas ini rata-ratanya adalah hanya berstatus guest dan bukan rakyat negara ini semasa itu, termasuk Chin Peng.

Jika diingatkan kembali asal usul MCA, kenyataan Ong itu menghairankan?

Malayan Chinese Association dahulunya ditubuhkan sebagai badan kebajikan untuk membantu New Village yang dibina untuk memindahkan orang-orang Cina yang hidup di pendalaman untuk memutuskan aliran bekalan kepada komunis di hutan. Ini berlaku semasa zaman darurat menentang komunis.

MCA dianggotai para taukeh peniaga dan pedagang Cina dan atas pujukan dan desakan British menjadi parti politik yang telah lama berganding bahu dengan UMNO.

Kumpulan kiri dahulunya menentang MCA yang dianggap sebagai kumpulan kapitalis Cina. Adakah dengan suara Ong ini memberi tanggapan bahawa MCA sudah menjadi parti politik aliran kiri yang sedia menyokong komunis?

Atau stereotaip bahawa semua orang Cina adalah komunis sudah menjadi kenyataan? Harap tidak.

Laporan Utusan Malaysia hari ini, September 8hb, menyangkal kenyataan Ong Ka Chuan. Laporan itu disiarkan berikut:

Utusan Malaysia September 8hb, 2008

Punca 300,000 Cina terkorban

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Sebanyak 300,000 orang Cina yang terkorban di negara ini sebelum kemerdekaan 1957 sebenarnya mempertahankan British yang menjajah Tanah Melayu, menurut ahli-ahli sejarah.

Menurut kajian sejarah, 300,000 orang Cina terkorban semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu kerana Jepun dan China berperang sejak tahun 1937 dan pertelingkahan antara dua bangsa itu merebak ke Tanah Melayu.

Profesor Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Nik Anwar Nik Mahmud berkata, kenyataan Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan kononnya 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar, sebaliknya mereka mempertahankan kerajaan British ketika itu.

Katanya, orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun kebanyakannya adalah penyokong Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membuat pakatan dengan British.

"Perlu dijelaskan bahawa matlamat PKM bukan untuk mempertahankan negara ini tetapi untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka.

Pelatih-pelatih Parti Komunis Malaya menerima bantuan latihan British

Nik Anwar berkata demikian untuk membetulkan kenyataan Ka Chuan yang mendakwa orang Cina di Malaysia mendapat kerakyatan kerana berkorban nyawa mempertahankan negara ini.

Ka Chuan mendakwa, 300,000 orang Cina mati kerana mempertahankan negara ini semasa pendudukan Jepun pada 1940-an.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, dua fakta sejarah yang tidak boleh diubah ialah orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun berjuang untuk diri sendiri.

"Orang Cina semasa pendudukan Jepun merupakan penduduk Tanah Melayu yang paling banyak diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun.

"Tentera Jepun menganggap orang Cina sebagai tali barut British dan mereka juga dibunuh kerana memberi sumbangan kepada Tanah Besar China semasa peperangan Cina-Jepun," katanya.

Pelatih-pelatih MPAJA yang akan masuk hutan setelah dilatih British

Menurut beliau, orang Cina di Tanah Melayu ketika itu kebanyakannya melarikan diri ke hutan dan menyertai PKM yang mempunyai perjanjian dengan British untuk menentang tentera Jepun.

Ahmad Atory menegaskan fakta itu tidak boleh diubah dan sebarang tindakan untuk mengubah sejarah dengan menyatakan 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar sama sekali.

"Jangan buat kenyataan yang menyalahi fakta sejarah. Sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah," katanya.

Akhirkata, orang Cina tidak pernah berjuang untuk negara ini melainkan untuk kepentingan mereka.

Tatakala, kerajaan British mengunjurkan Kesatuan Malaya (Malayan Union), orang Cina tidak ikut sama menentang peningkatan status taraf "negara jajahan" dan menghapuskan sistem negeri dan institusi Raja-raja Melayu.

Sebenarnya dalam perjuangan untuk mendapat kemerdekaan, rata-rata orang-orang bukan Melayu lebih rela negara ini tidak merdeka jika orang Melayu memerintah. Mereka rela negara ini terus dijajah selagi mereka tidak mendapat kewarganegaraaan dan hak sama rata sebagai lesen.

Ini adalah realitinya. Sentiasa awas dengan tuntutan berdasarkan pembohongan. Orang yang tidak berterima kasih tiada hak untuk diberi penghormatan dan pengakuan!

Ahad, 7 September 2008

Menyokong Pendirian Dato Ahmad Ismail

Disebabkan niat jahat pihak tertentu setelah memenangi kemenangan di PRU12, dan PRK Permatang Pauh dan baru merasa sedikit kuasa, kini mereka begitu lantang hingga terdapat media tertentu berani memutarbelitkan kebenaran kenyataan seseorang dijadikan isu perkauman.

Tiada sesiapa menyoalkan kewarganegaraan mereka, hak mereka dan perlembagaan pun tidak menafikan mereka hak. Persoalannya, mengapa mereka malu dengan sejarah asal usul sebagai kaum pendatang?

Sejarah itu jelas mereka bukan penduduk asli di sini dan adalah asal usul pendatang. Mereka bukan berasal dari alam budaya sini, malah masih mengekalkan cara hidup, cocoon kelompok sesama, pendidikan dan bahasa dari alam budaya asing. Hakikatnya, pendatang haram Indonesia lebih bersesuaian dengan alam budaya negara ini. Mereka lebih mudah assimilasi dengan budaya negara ini.

Adakah ini pendirian malu atau angkuh?

Penulis hanya teringat kata-kata Lee Kuan Yew dalam Parlimen Malaysia pada tahun 1964 mempersoalkan Melayu sebagai kaum asal dan menyatakan orang asli sahaja yang kaum asal di Malaysia? Mungkin sedap kalau ditanya siapa pula penduduk asal Singapura dan Pulau Pinang? Ornag Cina?

Bunyinya rasis tetapi kebenaran tidak boleh dilakarkan sebagai rasis. Memutarbelit untuk melabel seseorang sebagai rasis untuk rasis. Nyatakan kebenaran kerana dalam kebenaran itu hakikat dan penyelesaian kepada permasaalahan.

Penulis ini menyokong pendirian yang telah ditunjukkan oleh Dato Ahmad Ismail, ketua Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang.

Mengapa perlu Presiden UMNO memaksa meminta maaf sesuatu yang tidak benar? Mengapa Timbalan Presiden bersikap pengecut dan apologis? Syabas Dato, kerana berani mempertahankan maruah Melayu dan UMNO.

Sesiapa yang ingin menyatakan sokongan, boleh hantar pesanan SMS untuk menyatakan sokongan kepada Dato Ahmad Ismail di talipon bimbitnya 012-4231188.

Usopijan ada menulis artikel di MyKMU dan disiarkan berikut:

Hidup Dato' Ahmad Ismail

Friday, September 05 @ 18:23:04 MYT

Akhirnya, ada suara pemimpin, walaupun pemimpin kecil dalam sebuah negeri, berani bersuara tentang sejarah sebenar negara Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail memperkata apa yang termaktub dalam hati setiap insan Melayu yang tidak mahu bangsanya diperlekehkan.

Terima kasih Tun Dr.Mahahir kerana memperkasakan kata-kata Dato' Ahmad.

Semasa kempen di Permatang Pauh baru-baru ini, rakan saya berada di sana. Dia menelepon mengadu yang peraih undi dan penyokong BN, bukan hanya takut bersuara lantang, tetapi memasang bendera dan sticker BN di kereta pun mereka cuak. Dicuakkan oleh samseng PKR, kata beliau.

Saya menjawab, "Kalau dah sticker pun takut pasang, buat apa pergi Permatang Pauh nak berkempen? Perang psycho pun dah kalah..".

Ini menunjukkan, yang UMNO lebih-lebih lagi BN mempunyai pejuang-pejuang yang takut memperjuangkan agenda mereka. Yang ramai kita lihat di kaca TV ialah pelakun-pelakun besar sebagai pejuang UMNO dan kuncu-kuncu yang berperanan menjadi Pak Pacak yang meramaikan laungan semata.

Ramai pemimpin UMNO yang berkata, UMNO perlu "reinvention". Yang paling terbaru dari saudara Khairy, Naib Ketua Pemuda UMNO. Tetapi, action plan tiada yang nampak.

Ingin saya memberi memberi beberapa action plan yang patut kita lakukan supaya UMNO digeruni kembali :

1) Memperbanyakkan pemimpin akar UMNO yang bersuara seperti Dato' Ahmad Ismail

2) Pemimpin atasan menyahut panggilan pemimpin akar seperti Dato' Ahmad Ismail dengan nada kesedaran bukan menyedut lambaian Malaysian Malaysia

3) En Khairi Jamaluddin berundur diri atau keluar dari UMNO

4) Pemimpin UMNO, bila bercakap pasal UMNO, pasal orang UMNO, pasal orang Melayu, jangan risau gertakan orang lain.

5) Pemimpin UMNO membawa keris ke mana-mana majlis rasmi UMNO. Sudahlah keris dijadikan simbol oleh penerbangan singapura SIA (KRIS), bendera UMNO yang ada keris pun kita tak mahu hormat.

6) Yang paling cantik, semasa Perhimpunan Agung UMNO Disember ini, semua perwakilan lelaki memakai baju melayu dan berkeris.

7) Kita jadikan keris sebagai selendang atau colours kita. Keris ini akan mengingatkan kita bahawa perjuangan kita untuk orang melayu masih jauh dari selesai
Kalau kita mahu "reinvent" UMNO, memperkasakan semula UMNO, simbol perjuangan Melayu telah lama terpampang di Bendera UMNO, pakailah keris wahai pemimpin UMNO.

Jumaat, 5 September 2008

‘Mempertahankan Asas Dan Teras Kedaulatan Dan Ketahanan Rakyat Dan Negara Pelbagai Kaum”


Ucapan Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah, Penaung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Semasa Merasmikan Forum Dan Mesyuarat Agung MTRK 2008 di Riverview Hotel, Kota Bharu, Pada Hari Sabtu, 30 Ogos, 2008, jam 9.00 Pagi


Pada 31 Ogos (iaitu esok) genaplah 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaannya daripada kerajaan British. Sementara kita bersyukur atas kejayaan kita membina dan memajukan negara ini sejak tarikh itu, berkat adanya permuafakatan dan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum, kita hendaklah juga sentiasa berwaspada terhadap ancaman dan masalah baru yang sejak mutakhir ini timbul apabila orang mempersoalkan atau mengungkitkan asas-asas yang selama ini menjadi teras kewujudan, identiti, kedaulatan dan kestabilan negara ini.


2. Sehubungan dengan hal ini, semasa menyambut hari kemerdekaan yang ke-51 ini, eloklah kita ingat apakah asas-asas yang telah menegakkan Malaysia sebagai negara yang merdeka dan berdaulat selepas tahun 1957. Malaysia lahir dari suatu sejarah yang panjang, sejarah yang telah menyediakan tapak yang kukuh untuk membolehkan ia menjadi sebuah negara ‘pelbagai kaum’ yang aman dan stabil selepas tahun 1957. Tapak yang di atasnya sudah terbina beberapa institusi penting kerajaan telah dipacak oleh kerajaan dan negeri Melayu sejak abad ke-13. Tapak asalnya dibina oleh kerajaan negeri Pasai atau Samudera-Pasai dengan Sultan Malikul Salleh sebagai Raja Melayu-Islamnya yang pertama. Kerajaan ini merebak ke seluruh kawasan Kepulauan Melayu, ke Tanah Melayu, sampai ke puncaknya yang gilang gemilang, iaitu kerajaan Melayu Melaka dalam abad ke-15 dan akhirnya meliputi kerajaan Johor-Riau yang menggantikan Melaka setelah negeri itu diserang oleh bangsa Portugis dalam tahun 1511. Ketahanan kerajaan negeri-negeri Melayu itu dapat kita lihat apabila tiga kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris, tidak berjaya memusnahkan negeri-negeri itu. Maka kekallah kerajaan dan negeri-negeri Melayu itu sampai pada tahun 1957.


3. Apabila British, yang pada mulanya datang ke Tanah Melayu (termasuk Singapura dan Pulau Pinang) sebagai pedagang yang diwakili oleh syarikat English East-India Company, mencampuri hal-ehwal kerajaan negeri-negeri Melayu melalui Perjanjian Pangkor (1874), institusi-institusi yang sudah lama menjadi teras pembinaan negeri di Tanah Melayu ini sejak lebih 700 tahun itu tidak ‘di-dismantle’ atau digantikan dengan institusi-institusi tradisional negara British tetapi terpaksa dikekalkan sebagai teras negeri dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan dalam tahun 1948. British sedar bahawa sebarang percubaan untuk memusnahkan kedaulatan Raja dan negeri Melayu, agama Islam sebagai agama negeri Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kerajaan negeri Melayu dan menjadikan rakyat Raja Melayu, iaitu orang Melayu, sebagai ‘rakyat British Malaya’ atau sebagai ‘rakyat Raja British’ sama tarafnya dengan penduduk pendatang yang pada masa itu bukan rakyat Raja atau negeri Melayu akan mengundang bantahan dan tentangan yang kuat dari seluruh rakyat Melayu. Inilah pelajaran yang diterima oleh pihak British apabila gagasan Malayan Union yang cuba memusnahkan kedaulatan Raja, negeri dan rakyat Melayu ditentang oleh seluruh bangsa Melayu.


4. Saya menyebut hal ini bukanlah dengan niat untuk bertempek mengatakan bahawa selepas Merdeka, Malaysia yang ada hari ini adalah negeri Melayu, bukan negeri untuk semua penduduk Malaysia yang sudah menjadi rakyat Malaysia yang sah dari segi undang-undang. Saya cuma mahu menceritakan kebenaran bahawa teras dan ciri-ciri kenegaraan yang membentuk dan memberi identiti kepada negara yang disebut Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1957 dan kemudiannya Malaysia (dalam tahun 1963) ialah teras dan ciri-ciri yang diwarisi dari negeri dan kerajaan Melayu sejak ratusan tahun dahulu, tidak diwarisi dari mana-mana bangsa dan negara lain di luar kawasan Kepulauan Melayu yang luas ini. Ini kebenaran sejarah dan tamadun yang saya harap jangan siapapun pada hari ini mengungkit-ungkitkannya kerana perbuatan itu pasti akan menimbulkan ketidakestabilan etnik, sosial, ekonomi, budaya, undang-undang dan politik yang serius padahal kita sudah aman selama 51 tahun.


5. Maka kita patut berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO dan pemimpin kaum Cina dan India dari MCA dan MIC yang bergabung dalam Parti Perikatan dalam tahun 1956-1957 kerana berjaya mencapai kesepakatan kebangsaan (yang mengatasi kepentingan kaum) untuk membentuk kedaulatan dan identiti politiko-legalistik negara Malaysia selepas tahun 1957 berdasarkan tradisi, teras dan warisan yang sudah ada itu sepanjang zaman. Walaupun Raja Melayu peribadinya ialah orang Melayu beragama Islam, tetapi selepas tahun 1957 yang dikekalkan ialah sistem beraja itu melalui institusi Duli Yang Dipertuan Agong sebagai tunggak dan lambang negara kebangsaan (‘national state’) Malaysia, tidak lagi sebagai lambang kedaulatan Melayu atau negeri Melayu sahaja, seperti dahulu, tetapi mempunyai fungsi baru selepas tahun 1957, iaitu sebagai Raja rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.


6. Di Britain, apabila Raja British meninggal mereka berkata ‘The King (atau Queen) is Dead, Long Live the King (atau Queen). Maksud kata-kata itu ialah, yang mati ialah orang (peribadi) yang menjadi Raja, tetapi yang tidak mati dan kekal ialah institusi Raja sebagai lambang kedaulatan dan perpaduan negara Britain. Itulah juga peranan institusi Raja di Malaysia. Harijadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah pada tiap-tiap Sabtu pertama bulan Jun, tidak kira bilakah Raja peribadi itu lahir sebenarnya. Inilah yang kita maksudkan dengan Raja sebagai institusi negara.


7. Begitu juga dengan bahasa Melayu: yang dikekalkan ialah tarafnya sebagai bahasa kebangsaan negara, bukan lagi sebagai bahasa untuk kepentingan Melayu sahaja. Elok saya sebutkan bahawa orang Melayu sebenanya mempunyai banyak dialek daerah dan dialek negerinya. Tetapi untuk maju dalam pendidikan dan untuk mentadbir negara mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu kebangsaan. Dalam hal ini mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Melayu yang menguasai bahasa kebangsaan dengan baik tanpa campur aduk dengan loghat-loghat daerah dan bahasa Melayu ‘rojak’. Inilah peranan bahasa kebangsaan di negara ini. Tiap-tiap negara di dunia ada bahasa kebangsaannya sendiri – bahasa yang digunakan dan diperkasakan sebagai bahasa kerajaan, bahasa perpaduan dan bahasa pembangunan negara.


8. Begitu juga dengan peranan agama Islam. Dengan menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan, kita tidak melakukan apa-apa yang baharu tetapi hanya mengekalkan apa yang sudah wujud di negeri-negeri Melayu sebagai salah satu teras atau identiti kerajaan Melayu, dan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dalam tahun 1957 itu adalah warisan dari sejarah itu. Keputusan atau dasar itu tidak bertujuan untuk menjadikan negara ini selepas Merdeka sebagai ‘negara Islam’ atau ‘Islamic State’ atau untuk mengIslamkan penduduk bukan Islam. Sebelum merdekapun, tidak ada negeri Melayu yang cuba menjadi negeri teokrasi Islam (‘Islamic theocratic state’). Jadi, mengapa orang mesti mempersoalkan keputusan itu, keputusan yang tidak memudaratkan sesiapapun dan tidak akan menghancurkan negara ini? Forum tentang ‘Memeluk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam baru-baru ini seolah-olah memberi gambaran kepada dunia luar bahawa Malaysia mempunyai undang-undang untuk memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam, atau menghukum orang yang baru masuk Islam kalau mereka ke luar daripada agama ini!


9. Janganlah kita suka sangat membangkitkan soal-soal dan isu yang remeh-temeh, yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini. Kita mempunyai banyak masalah dan cabaran yang lebih besar daripada itu.


10. Orang Melayu sanggup bertolak ansur dengan orang bukan Melayu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Air Melayu berdasarkan teras tersebut. Mereka sanggup memberikan kerakyatan kepada kaum Cina dan India, yang pada masa itu tidak menjadi rakyat negeri Melayu, melalui proses undang-undang (iaitu melalui proses jus soli ) sehinggakan pada tarikh Merdeka, lebih 800,000 kaum bukan Melayu itu secara automatik menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Selain ini, orang Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu berkongsi dengan orang Melayu memerintah negeri ini, membenarkan bahasa, budaya dan agama mereka bebas diajarkan, dipelajari, dipelihara dan disebarkan – misalnya sekolah China dan sekolah Tamil tidak ditutup, tetapi sekolah Melayu dihapuskan, digantikan dengan ‘sekolah kebangsaan’ yang tidak dikhaskan untuk pelajar Melayu sahaja tetapi untuk semua kaum.


11. Hak dan warisan sejarah dan tamadun kerajaan Melayu yang dikekalkan dalam Perlembagaan tidak bertujuan untuk merampas hak sesiapapun. Apa yang dikatakan ‘hak istimewa Melayu’ atau kaum Bumiputera, seperti yang dimaktubkan dalam Perkara 153 Perlembagaan tidak bertujuan untuk menyekat kaum-kaum lain memajukan diri mereka dengan bebas dalam semua bidang, terutama dalam bidang ekonomi, perniagaan dan pendidikan, bahkan juga dalam bidang politik. Ini jaminan yang dinayatakan dengan jelas dalam Perlembagaan. Hari ini kita lihat apakah orang Melayu menjadi kaum kelas pertama dalam semua bidang dan kaum-kaum lain dipinggirkan menjadi kaum kelas tiga?


12. Malangnya, setelah 51 tahun kita merdeka kini kita mendengar ada pihak yang berkata bahawa Perlembagaan yang ada sekarang adalah berdasarkan tuntutan ‘communalistic’ orang Melayu dan bercorak anti-kaum bukan Melayu. Kita juga mendengar adanya orang yang menuduh Perlembagaan dan dasar-dasar kebangsaan negara yang digubal selepas Merdeka sebagai dasar rasis atau perkauman. Mereka sudah mula terang-terang menuduh orang Melayu atau UMNO khususnya sebagai parti rasis sehingga menyebabkan ada orang UMNO yang marah membalas tuduhan itu dengan menuduh si penuduh sebagai rasis. Kesan debat yang melulu dan emosional ini boleh meruntuhkan asas-asas muafakat kaum yang telah dibina sekian lama.


13. Memang UMNO ialah parti kebangsaan Melayu. Tetapi ini tidak bererti bahawa UMNO ialah parti rasis. Perkataan rasis atau ‘racism’ tidak sama dengan perkauman. Semua bangsa ada perasaan bangga bangsa, perasaan cintakan kaum masing-masing, tetapi apabila perasaan atau kesedaran bangsa ini melampau sehingga sampai ke tahap membenci bangsa atau kaum lain dan menganggap bangsanya sebagai bangsa eksklusif, bahasa istimewa atau terpilih, yakni dipilih oleh Tuhan sebagai ‘the chosen race’, seperti yang didakwa oleh kaum Yahudi, maka inilah yang dinamakan rasisme.


14. Orang Melayu terkenal sebagai bangsa yang sangat terbuka dan toleran terhadap ‘orang asing’. Sepanjang sejarah bangsa Melayu bertembung dengan pelbagai bangsa dan kaum dari dunia lain, terutama sejak labih 500 tahun dahulu, tidak pernah wujud kumpulan rasis Melayu, tidak pernah wujud gerakan pogrom seperti yang berlaku di Eropah atau di Rusia, iaitu gerakan memusnahkan kaum Yahudi dan kaum Gypsy, tidak pernah wujud kumpulan rasis seperti kumpulan Swastika di Jerman yang membenci kaum asing, terutama kaum Yahudi, tidak pernah wujud kumpulan seperti ‘Skinheads’ seperti yang terdapat di Britain, kumpulan yang membenci kaum pendatang, atau kumpulan seperti Klu Klux Klan di Amerika yang membenci kaum kulit hitam. Juga tidak pernah berlaku ‘ethnic cleansing’ atau gerakan ‘pemusnahan etnik’ seperti yang berlaku di Bosnia, apabila bangsa Serbia melakukan pembunuhun yang dahsyat terhadap orang Islam, tetapi ketua gerakan pengganas yang buas itu masih hidup – walaupun sedang dihadapkan di mahkamah antarabangsa, setelah sekian lama dia dibiarkan, entah-entah dengan sengaja.


15. Dari segi Islam pula, orang Melayu yang menganut agama Islam tidak boleh melanggar Kehendak Allah yang Berfirman dalam Quran, Surah Hujurat, Ayat 13 yang bermaksud ‘Hai manusia... [Kami] menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal’. Inilah pedoman Melayu. Tuhan tidak menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berkaum-kaum supaya mereka benci membenci antara satu sama lain, bermusuhan, berperang dan bunuh membunuh satu sama lain.


16. Apa yang saya sebutkan ini adalah kebenaran, bukan mitos, bukan rekaan saya. Maka dengan tegas saya katakan bahawa salah satu faktor yang menyebabkan wujudnya kestabilan etnik atau kestabilan nasional di Malaysia selama ini ialah adanya persefahaman yang tulin antara majoriti orang Melayu dengan majoriti orang bukan Melayu terhadap kedudukan, keperluan dan masalah masing-masing. Masalah timbul apabila ada pihak yang membangkitkan isu-isu yang boleh menyentuh perasaan kaum dengan mempersoalkan asas-asas dan institusi-institusi kebangsaan yang telah dipersetujui melalui muafakat kaum itu untuk dijadikan teras dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia selepas tahun 1957.


17. Kalau ‘Kontrak Perlembagaan’ dan dasar-dasar kebangsaan itu dianggap bersifat perkauman dan salah dan patut digantikan, kita mahu tahu apakah alternatifnya yang lebih baik, lebih ‘bebas kaum’? Apakah kita mahu menggantikannya dengan dasar ‘free-for-all’, dasar bebas, dasar laisser-faire? Tidak ada negara di dunia yang mengamalkan dasar ‘free-for-all’ dalam apa jua bidang pembangunan negara. Setiap negara ada rukun negaranya, dan salah satu rukun negara Malaysia yang penting, yang asas, yang fundamental, ialah Perlembagaanya. Tanpa ini, negara Malaysia tidak boleh wujud.


18. Kebetulan, akibat sejarah dasar pecah belah British, sebahagian besar penduduk yang miskin – miskin ekonomi, miskin pendidikan dan miskin harta – adalah orang Melayu yang merupakan penduduk peribumi yang terbesar di Tanah Melayu. Jika keadaan ini dibiarkan ia boleh menjadi punca berlakunya ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi di negara ini. Maka adillah jika kerajaan berusaha memperbaiki keadaan ini, di samping tidak mengabadikan keadaan kemiskinan dan keperluan kaum-kaum lain dalam bidang yang sama. Itulah matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan itulah juga matlamat dasar pelajaran kebangsaan, dan itulah kehendak Perlembagaan.


19. Malangnya, matlamat itu tidak tercapai sepenuhnya setelah 51 tahun kita merdeka. Jumlah rakyat yang miskin – termasuk miskin tegal (‘hard core poor’) – paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu sebab kebetulan mereka adalah penduduk yang terbesar di negara ini. Dasar Ekonomi Baru tidak berjaya menyelesaikan masalah ini, bukan kerana Dasar Ekonomi Baru itu tidak baik dan salah tetapi kerana pelaksanaannya tidak tegas, dan tidak konsisten, sering dasar dan matlamat asalnya diubah-ubah menurut kehendak dan tekanan pihak-pihak yang berkepentingan atau kononnya menurut kehendak ekonomi pasaran atau ekonomi swasta.


20. Begitu juga dalam bidang pendidikan, walaupun orang Melayu telah mencapai kemajuan yang cukup baik berbanding dengan keadaan mereka sebelum Merdeka, kemajuan mereka selepas 51 tahun merdeka masih belum seimbang secara setara atau ‘proportionately’ dengan kemajuan yang dicapai oleh kaum-kaum lain yang minoriti. Sebagai contoh, kalau kita campurkan jumlah pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini sekarang, jumlah pelajar Melayu tidak lebih 30% sahaja daripada jumlah seluruhnya. DI IPTA nisbah antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera ialah 55%-45%, padahal orang Melayu adalah penduduk majoriti di Malaysia, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Jadi, kalau orang bukan Melayu memahami keadaan ini, dan bersikap ‘bertolak ansur’ sedikit, mereka tidak patut menuduh dasar pelajaran kebangsaan itu sebagai dasar ‘rasis’, dasar pro-bumiputera dan dasar anti-orang bukan Melayu. Mereka juga tidak patut menganggap institusi seperti Universiti Teknologi Mara sebagai institusi yang lahir dari dasar rasis Melayu atau UMNO. Kalau Melayu rasis mereka mungkin menentang penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman, yang boleh dianggap sebagai universiti Cina di Malaysia. Sekolah dan universiti rasmi Cina tidak ada di negara seperti Singapura yang penduduknya lebih 80% terdiri daripada orang Cina, dan di sana tidak ada universiti Melayu. Atau boleh jadi, orang Melayu akan mendesak supaya sekolah jenis-kebangsaan Cina ditutup. Tetapi orang Melayu tidak pernah membuat desakan ini. Mengapa? Sebabnya ialah mereka tidak rasis; mereka cintakan keamanan dan perdamaian, suka bertolak-ansur sehingga kadang-kadang terlalu beralah, mengalah dan akhirnya menyerah. Hanya apabila orang lain mengungkit-ungkitkan hak mereka barulah mereka akan melenting dan marah.


21. Saya nampak bahawa segala masalah ini timbul bukan kerana salah ‘kontrak Perlembagaan’ dan dasar-dasar kebangsaan yang tersebut itu, tetapi kerana tiga sebab: Pertama, pihak yang membangkitkan isu itu boleh jadi lebih memikirkan tentang kepentingan kaum masing-masing sahaja, atau cuba menggunakan ‘model’ orang lain atau model Barat untuk bercakap tentang hak dan kebebasan manusia, atau mungkin mereka tidak cukup memahami sejarah dan tujuan asal ‘kontrak’ itu yang sebenarnya, atau mereka cuba membuat ‘mischief interpretation’ atau tafsiran yang tidak realistik dan bersifat perseptual sahaja terhadap kontrak dan dasar-dasar itu; Kedua, sejak mutakhir ini wujud keadaan yang menyebabkan pihak-pihak berkenaan terdorong dan berasa bebas untuk mempersoalkan kontrak itu, atau mengesyaki kebaikannya untuk semua kaum atau untuk kepentingan perpaduan negara. Mereka melihat seolah-olah UMNO atau kerajaan yang diteraju oleh UMNO mengamalkan dasar perkauman padahal dasar perkauman itu, setahu saya, tidak ada dalam perlembagaan atau agenda rasmi UMNO; ketiga, kerana tidak adanya ketegasan dan pendirian yang jelas daripada kerajaan sendiri untuk menolak debat yang bersifat perkauman itu dan terus mempertahankan Perlembagaan dan dasar-dasar kebangsaan yang baik, adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia tidak kira kaum.


22. Selain ini, orang Melayu sendiri, terutama dari UMNO atau orang cerdik pandai UMNO, nampaknya semacam tidak mampu bersuara secara cerdik, intelektual, bijak dan artikulatif untuk menyanggah segala tuduhan itu berdasarkan kebenaran, kebenaran dan realiti yang dapat dilihat dan difahami secara rasional oleh semua orang, tidak berdasarkan emosi, tidak berdasarkan putar belit fakta yang tidak benar, dan tidak apologetik. Kerajaan harus pandai dan cekap mempertahankan Perlembagaan dan dasar-dasarnya kalau memang tujuan ‘kontrak Perlembagaan’ dan dasar-dasar kebangsaan itu adalah untuk kepentingan negara dan untuk kebaikan semua rakyat tidak kira bangsa. Tetapi kalau kerajaan sendiri kelihatannya tidak melaksanakan ‘kontrak Perlembagaan’ dan dasar-dasar kebangsaan kerajaan itu dengan tegas, adil, cekap dan beramanah, bukan sahaja orang bukan Melayu akan marah tetapi juga orang Melayu juga mulai gelisah dan marah apabila mereka melihat kerajaan BN/UMNO tidak tegas dan komited lagi untuk mempertahankan hak-hak Melayu dalam Perlembagaan dan melalui dasar-dasar kebangsaan yang ada sekarang.


23. Saya rasa apa-apa jua masalah dan cabaran – baik masalah ekonomi dan pengagihan ekonomi secara merata, secara horizontal, dan secara adil dan saksama antara kaum, masalah sosial, masalah kemiskinan, masalah pendidikan orang Melayu dan antara kaum, dan masalah politik – semuanya pasti dapat diatasi dengan baik sekiranya:

(a) Kita terus dengan tegas mempertahankan ‘Kontrak Perlembagaan’ dan dasar-dasar kebangsaan yang sudah digubal selama ini, dan melaksanakannya dengan cekap, bersih, amanah dan adil – adil kepada semua kaum. Kalau orang Melayu, orang Cina, orang India, kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak, mengalami kemiskinan ekonomi, kemiskinan pendidikan dan kemiskinan sosial, kerajaan hendaklah mempunyai dasar yang tegas untuk menangani masalah mereka tanpa mengira kaum. Inilah namanya keadilan. Kalau kaum bumiputera masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan dan ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain, maka kerajaan wajib menyelesaikan masalah mereka secara khusus, dan jangan menggunakan kriteria seperti meritokrasi, persaingan, dan cabaran globalisasi dan entah apa lagi untuk tidak melakukan tindakan ‘affirmative’ itu, demi perpaduan dan kestabilan negara. Ini juga keadilan.

(b) UMNO hendaklah melakukan proses ‘reinvention’ untuk memprojekkan imejnya sebagai parti kebangsaan Malaysia, berjuang untuk rakyat merentas sempadan kaum, tanpa memusnahkan akar atau base Melayunya, di samping melakukan proses penyucian atau pembersihan diri supaya kredibiliti moralnya dapat dipulih dan dipercayai oleh semua rakyat. Sehubungan ini, orang bukan Melayu ada berkata bahawa mereka lebih suka orang Melayu terus menjadi ‘driver’ negara ini kerana mereka percaya orang Melayu mempunyai kebolehan dan sifat keterbukaan untuk memandu negara ke arah kemajuan dan kebaikan untuk semua kaum; cuma mereka berkata, sejak mutakhir ini ‘the Malays have become bad and reckless drivers’ dan ini merisaukan mereka. Saya bersetuju dengan pandangan orang bukan Melayu (Cina) ini. Orang Melayu makin lama makin kehilangan pedoman dan perspektif Melayu-Islamnya yang syumul sifatnya untuk memerintah dengan jujur, berani kerana benar, bersih, adil, dan amanah kerana takutkan Allah.


24. Salah satu masalah besar yang sedang dihadapi di negara ini ialah masalah rasuah yang nampaknya kian menjadi-jadi, baik rasuah yang berlaku dalam perkhidmatan awam mahupun rasuah dalam parti yang memerintah, iaitu UMNO. Masalah ini sudah menjadi ‘open secret’, yakni bukan rahsia lagi. Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendedahkan bahawa rasuah beli undi ini sudah menjalar ke seluruh akar umbi UMNO. Saya anggap ini sebagai krisis budaya dan moral yang sangat serius, dan boleh memusnahkan UMNO dan menjadikannya parti politik usang. Saya teringat apa kata Lee Kuan Yew baru-baru ini. Beliau berkata, di Singapura tidak berlaku rasuah politik dalam parti yang memerintah. Oleh sebab inilah hanya pemimpin parti yang cekap atau yang mempunyai ‘merit’ sahaja yang terpilih untuk memimpin parti dan menjadi menteri kerajaan Singapura. Dapatkah kita menjamin bahawa melalui rasuah politik dalam UMNO itu, hanya orang yang baik, cekap, bersih, jujur atau yang mempunyai kelayakan dan kemampuan yang kuat untuk memperjuangkan kepentingan parti dan anggota parti atau untuk menjadi pemimpin kerajaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Kalau seseorang calon itu memang diketahui baik dan cekap, perwakilan akan memilihnya tanpa perlu disogok dengan wang. Sebab inilah orang berkata, ‘dalam UMNO kalau anda tidak punya wang (tidak kira dari mana datangnya wang itu) jangan cubalah bertanding melawan calon yang kaya’.


25. Rasuah adalah seperti anai-anai yang boleh memakan asas atau tiang rumah kita, iaitu parti kita atau negara kita, sehingga jikalau anai-anai rasuah itu tidak dibunuh dengan segera parti atau negara boleh jadi roboh dan porak peranda. Masalah inilah yang mesti kita tangani secara serius kalau kerajaan atau parti yang memerintah sekarang tidak mahu kehilangan keyakinan rakyat yang lebih teruk lagi daripada yang dialaminya selepas PRU ke-12.

Isnin, 25 Ogos 2008

Adakah Permatang Pauh Mahu Bertanggungjawab Menghancurkan Bangsanya?


Disebabkan kesibukan urusan, saya telah lama tidak mengemaskinikan blog ini. Malah Bahagian Ketiga Kertaskerja Prof Dato Malik Munip pun belum sempat ditaip masuk. Berbanyak minta maaf. Insya Allah, saya akan kembali dengan lebih bersungguh-sungguh.

Hari esok adalah hari pengundian untuk pilihanrya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana Anwar yang bertanding dan perjuanganny akini sudah jauh menyimpang dari asal, ini membuat saya terpanggil untuk beruara.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh itu penting pada pandangan saya. Ia penting bukan kerana saya mempercayai Anwar boleh menarik Ahli-Ahli Parlimen melompat parti dan menubuhkan kerajaan baru.

Tetapi kerana Anwar yang dahulunya konon memperjuangkan nasib Islam dan Melayu, kini sanggup melakukan apa saja untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar kini begitu liberal hingga sanggup menggadaikan kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia.

Anwar dan partinya begitu terbuka terhadap isu-isu antara ugama. Ia tidak lagi membela dan bersuara apabila pelampau-pelampau agama lain atau pemikir-pemikir sekular atau peguam-peguam fasik mempersoalkan martabat Islam.

Kononnya Anwar mengatakan dia mempertahankan Artikel 152 dan 153 tetapi dia sanggup membuka UiTM kepada semua bangsa. Padahal orang bukam Melayu lebih ramai yang mampu, sedang dan sudah pergi belajar di luar negara, IPTS dan IPTA yang ada. Bagi orang Melayu yang hanya tinggal UiTM, itu pun mahu dibukakan.

Segala bantuan untuk menolong orang Bumiputera dan Melayu memperbaiki jurang perbezaan dengan kaum lain mahu dihapuskan. Alasan Anwar adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan kurang effisiensi dan daya asing.

Adakah kerana nyamuk rasuah, maka kelambu itu mahu dibakar? Anwar sendiri tidak pernah menyalahkan tujuan dan polisi Dasar Ekonomi itu. Adakah perspektif kommersial menjadi penentu agenda membina suatu negara dan bangsa?

Dasar Ekonomi yang melengkapi Rukunegara sebagai ideologi negara dalam pembangunan Negara Bangsa Malaysia ditentang. Adakah logik untuk memerangi rasuah, polisi DEB yang dibenteras dan bukan amalan rasuah? Dunia komersial tetap bebas dan orang CIna boleh terus berniaga. Apakah hubungkait program sosial dengan eningkat daya saing dunia perniagaan?

DEB mahu mengurangkan jurang perbezaan antara kaum. Tetapi DEB tidak mengambil dari kaum bukan Bumiputera tetapi dari peluang-peluang baru dan pengembangan kek ekonomi. DEB tidak menindas rakyat bukan Bumiputera kerana satu lagi tujuan adalah untuk membasmikan kemiskinan tidak kira kaum.

Hari ini, Anwar menentang DEB dan memperjuangkan satu Agenda Ekonomi yang sebenarnya memperjuangkan ideologi DAP/PAP/Lee Kuan Yew yang dipanggil "sama rata dan sama rasa". Kononnya jawapan untuk Malaysia adalah pasaran bebas, globalisasi dan meritokrasi. Adakah ide ini akan membawa pada kemajuan bangsa?

Bagi "sama rata dan sama rasa" untuk menjadi, semua rakyat boleh bersaing supaya yang terbaik akan maju. Adakah boleh bersaing jika padang permainan tidak adil dan berat sebelah? Pasaran bebas bermakna kerajaan tidak boleh campurtangan dan yang kuat akan sentaisa kuat dan tertindas akan terus demikian.

Dari segi kemampuan kewangan, orang Bumiputera masih jauh ketinggalan, walaupun mereka sudah mula menampakkan kenaikkan. Tanpa kewangan tunai yang cukup, bolehkah Bumiputera mampu memperolehi pelajaran tinggi di IPTS dan memulakan perniagaan yang sedikit sebanyak dengan bantuan kerajaan masih memerlukan modal tunai yang bertambah banyak?

Dengan mengunjurkan persaingan terbuka dan meritokrasi disebalik tuduhan rasuah yang dilaung-laungkan oleh Anwar, gagasan Anwar itu tidak logik dan tidak adil pada kaumnya sendiri. Jika mahu ditukar DEB pun, mengapa tidak difikirkan sesuatu yang benar-benar adil? Mengapa Anwar sanggup lakukan demikian?

Ini belum lagi diterangkan isu-isu persekongkongan Anwar dengan anasir-anasir asing yang merupakan kuasa-kuasa besar dan proxy kuasa besar yang hanya mahu menakluk kembali tanah-tanah jajahan lama. Persekongkolan dengan kuasa-kuasa ini memberi Anwar pelbagai sumber kewangan, sokongan intelek dan maklumat perisikan, dan lain-lain. Ini adalah sumber-sumber yang membantunya mendapatkan kuasa.

Demi kuasa, Anwar yang dahulunya seorang aktivis Islam sanggup meliberalkan pendiriannya dalam ugama. Laungan perjuangan "rising tide of Islam" dan Negara Islam pun sudah tidak kedengaran lagi dari Anwar. Padahal dia diajak masuk UMNO untuk meningkatkan siasah Islam dalam UMNO.

Pelbagai perkara kita boleh rumuskan dari pelbagai maklumat dan sumber maklumat. Samada percaya atau tidak, terpulang kepada masing-masing. Perkara yang pasti adalah kepentingan Melayu tidak terjamin dan masa hadapan anak cucu cicit kita tidak terbela, jika pengaruh dan pemikiran Anwar dibenarkan merebak.

Bagi pengundi-pengundi Permatang Pauh yang sudah melihat bagaimana DAP memerintah kerajaan negeri dan orang Melayu, diharap mata hati mereka akan celik. Tanggungjawab ini terletak di bahu mereka. Apakah erti seorang anak Permatang Pauh itu naik dalam politik dan menjadi pemimpin jika ia membawa kehancuran pada agama, bangsa dan tanahairnya?

Jika Permatang Pauh yang pernah menjadi pentas untuk menaikkan Anwar, Permatang Pauh bertanggungjawab mengakhirkan kerjaya politik Anwar demi menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.

Andainya Anwar bertambah berkuasa dan berpengaruh, ini semua bermula dari Permatang Pauh yang memilihnya. Pengundi Permatang Pauh bakal bertanggungjawab dengan rintihan, tangisan, dan penyiksaan bakal mangsa-mangsa politik Anwar selama-lamanya. Mangsa ini kemungkinan besar adalah kaum bangsa mu sendiri.

Permatang Pauh akan sentiasa memegang saham dalam pembinasaan bangsa Melayu yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Jumaat, 5 Oktober 2007

Pelbagai Cabaran Golongan Peribumi

Artikel bertajuk Pelbagai Cabaran Peribumi yang dipetik oleh Dato Mazlan Nordin, konsultan kanan ISIS Malaysia diambil dari Utusan Malaysia bertarikh 23hb September, 2007. Ia merencana rintangan yang dihadapi oleh pendudok asli di seluroh dunia yang menghadapi tekanan dari kaum-kaum pendatang yang mendominasi bilangan, ekonomi, dan politik negeri asal mereka.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah pada 13 September lalu apabila meluluskan Deklarasi Hak-Hak Penduduk Asli di seluruh dunia yang kini berjumlah 370 juta orang.

Sejumlah 144 buah negara, termasuk Malaysia dan kesemua negara Asia (cuma Bangladesh yang berkecuali) mengundi. Hanya empat negara menentang, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.


Bilangan besar penduduk asli – juga dipanggil peribumi dan bumiputera – termasuk orang Maori di New Zealand, Red Indian di Amerika, Aborogini di Australia, Masai di Kenya dan Orang Asli di Malaysia.

Rundingan-rundingan mengenai deklarasi itu mengambil masa hampir 25 tahun lamanya. Antara kandungan penting:

* Penduduk asli tidak akan dipaksa pindah dari daerah-daerah tempat tinggal mereka. Pemindahan tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan terlebih dahulu atau bayaran ganti rugi yang saksama.

* Penduduk asli mempunyai hak menentukan nasib sendiri dan berhak mempunyai kuasa autonomi bersabit hal-hal tempatan, hasil-hasilnya yang telah mereka miliki secara tradisi.

* Penduduk asli mempunyai hak memelihara dan memajukan warisan budaya mereka dan kerajaan hendaklah mengaku hak- hak tersebut.

* Penduduk asli berhak memajukan segala tanah milik mereka. Tindakan atau keputusan bersifat diskriminasi tidak boleh dilakukan ke atas mereka.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon menyifatkan deklarasi itu sebagai “suatu kemenangan bagi penduduk asli di seluruh dunia.” Sementara itu kecaman ditujukan terhadap negara-negara yang menentang.



Antara lain ialah kenyataan Arthur Manuel, pemimpin Orang Asli Kanada: “Kesemua kekayaan Amerika, Kanada dan lain- lain negara moden dibina atas kemiskinan dan pencabulan hak-hak asli peribumi.” Beliau lalu mengecam empat negara yang menentang resolusi demokrasi itu sebagai “hipokrit.”

Diterima oleh tukang catat ini beberapa hari lalu ialah laporan dari akhbar Amerika Honolulu Advertiser tersebut hak-hak penduduk asli pulau Hawaii (Native Hawaiians). Ia terkandung dalam sebuah rang undang- undang yang menetapkan pelbagai hak mereka.

Queen Liliuokalani diguling oleh kaum pendatang apabila mahu membawa perlembagaan yang memulihkan politik tradisi Hawaii melalui Raja-Raja

Kepulauan Hawaii jatuh kepada kuasa Amerika berikutan penggulingan Queen Liliuokalani pada tahun 1893. Pada tahun 1898 ketika berlaku peperangan dengan Sepanyol, tentera Amerika dikirim ke Filipina. Hawaii menjadi pangkalan penting Amerika ketika itu.

Pada suatu ruang ialah hujah menyokong rang undang-undang tersebut dan pada ruangan lain pelbagai kritik terhadapnya. Peguam Negara Hawaii, bernama Mark Bennett menganggapnya sebagai sesuatu yang memberi penghormatan sewajarnya kepada peribumi Hawaii.

Menurutnya rang undang-undang itu adil, saksama, selaras dengan perlembagaan dan telah tiba masa begitu lama untuk diluluskan. Ia memberi kepada peribumi Hawaii hak-hak yang telah pun diberi kepada golongan Red Indian dan penduduk asli Alaska.

Rang undang-undang itu membuka jalan untuk rundingan di antara kerajaan Amerika, wakil-wakil negeri Hawaii dan penduduk asli.

Bennett mendakwa bahawa rang undang-undang itu telah mendapat sokongan kuat Gabenor Hawaii dan Timbalannya serta sokongan tiap ahli majlis undangan, datuk-datuk bandar dan majlis-majlis perbandaran.

Beliau menambah: “Ia berlaku adil dan saksama kepada tiap peringkat kerana tidak ada sebab untuk melayan penduduk asli Hawaii sebagai warga kelas dua.”


Beliau menolak alasan bahawa rang undang-undang itu berlaku pilih kasih terhadap sesuatu kaum kerana Kongres Amerika selama hampir satu abad lamanya telah pun meluluskan lebih 100 undang-undang.


Bennett menuduh pihak-pihak yang menentang cuba menggagalkan program perumahan penduduk asli Hawaii dan menghentikan pelbagai kemudahan pelajaran dan kesihatan kepada mereka.

“Penduduk asli Hawaii tidak menuntut layanan istimewa. Mereka cuma mahu status sama dengan penduduk asli lain,” tegas beliau lagi.

Kecaman disuarakan oleh seorang bernama Roger Clegg, Presiden Pusat Peluang Sama dari wilayah lain. Beliau mendakwa bahawa penduduk asli kelak akan menuntut pelbagai kelebihan dari segi ekonomi dan kuasa politik. Menurutnya lagi, Amerika terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa. Oleh itu tidak wajar sesuatu kaum diberi kelebihan.

Rang undang-undang tersebut dibentang kepada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat Amerika.


Jelas bahawa golongan penduduk asli menghadapi pelbagai cabaran. Menurut laporan televisyen CNN, New Zealand menentang deklarasi tersebut kerana “bertentangan dengan undang-undang negara.” Walhal bangsa Maori kini berupa golongan minoriti (9 peratus) dan yang majoriti ialah pendatang kulit putih (87 peratus). Demikian nasib sesetengah peribumi.

Komen:
Dari perspektif Malaysia, orang-orang Melayu dan orang-orang Asli dianggap sebagai orang Bumiputera atau Pribumi dan seharusnya mendapat keistimewaan hak-hak Bumiputera. Selain hak-hak itu, kebajikan orang-orang Asli mendapat perhatian istimewa dengan sebuah jabatan kerajan khusus untuk tujuan ini bernama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah wujud lama. Namun memajukan kaum orang-orang Asli menghadapai rintangan yang tertentu dan pembangunan yang dibawa oleh kaum-kaum kapitalis sudah mula meniris habitat mereka.

Disebabkan kemunduran orang Asli dari kacamata kaum-kaum aliran utama, pihak-pihak penentang hak-hak keistimewaan peribumi sering menggunakan kemunduran dan sejarah anthropology kaum orang Asli sebagai alasan tuntutn kesamarataan mereka. Kononnya orang Melayu tidk berhap dan orang Asli lebih berhak. Padahal dengan menidakkan hak-hak keperibumian kaum Melayu bermakna menidakkan juga hak-hak keperibumian orang-orang Asli kerana orang Melayu dan orang Asli adalah kaum-kaum asal Nusantara Melayu. Perlembagaan Malaysia dan sosial kontrak meletakkan hak-hak orang Asli sama dengan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera lain.



Dari segi sejarah, simbiosis dan hubungan budaya antara orang Melayu dan orang Asli amat rapat sekali. Di zaman-zaman hasil-hasil hutan menjadi sebahagian dari bahan dagangan pelabohan-pelabohan di Melaka dan lain-lain pelabohan di Tanah Melayu pada abad-abad 16, orang Melayu dan orang Asli sudah ada pertalian rapat dalam ekonomi. Dari segi politik, perbincangan mengenai penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946 membabitkan orang Asli. Persatuan orang-orang Asli menghantar wakil dan berucap serta sama-sama menubuhkan UMNO. Walaupun pembabitan mereka dalam UMNO begitu minima sekali hari ini, malah boleh dianggap tiada selepas itu, orang Asli menerima hakikat orang Melayu sebagai paksi ketamadunan nusantara.

Maka, penggiat-penggiat perkauman dari kalangan kaum-kaum tertentu tidak perlulah mahu mencari alasan lagi. Yang tersurat dan tersirat disebalik tuntutan mu itu jelas dan terang. Sebagaimana ketirisan atas kewujudan kesemua peribumi oleh kaum-kaum pendatang di dunia, begitu juga yang akan berlaku. Apa yang mereka tuntut adalah suatu hak yang diperakui dunia.

Syukur kuasa politik di kuasai peribumi. Bayangkan nasib kaum Peribumi, jika ianya tidak. Bayangkan jika pemasukkan tanpa batas terus dibiarkan British. Setelah British menyedari kesan ekonomi, keselamatan dan sosial terhadap Malaya, mereka mula menahan kemasukkan pendatang pada tahun-tahun 1940an. Itu pun mereka ditentang keras oleh kaum-kaum pendatang ini. Dimana rasional orang Cina dan India yang berada di negeri asal mereka boleh mempunya hak untuk berhijrah dan bermastautin di sini. Itulah disebalik penentangan mereka kepada polisi British itu?

Dikasi betis hendak peha. Anihnya mereka mengakui itu adalah hak mereka dan penghapusan hak peribumi dikatakan memenuhi nilai sejagat dan bagi Hawaiichee, nilai rohani dan ketuhanan. Dasar pembelit dan perompak!

Selasa, 28 Ogos 2007

Lagi Bukti Menyangkal Tuduhan LKY di Parlimen Sebelum 13 Mei, 1969

Di laman web Malaysia Today di bawah tulisan berjudul "An Appeal To Malay Rulers", seorang komentar bergelar Suzie Q memberi pendapat yang telah memberi tanggapan kepada seorang komentar lain, dragonheart bahawa raja-raja Melayu adalah kerajaan baru dalam sejarah.

Jawapan dragonheart yang bertujuan memberi sokongan dan legitimasi sejarah kepada Raja-Raja Melayu untuk bertindak terhadap kepimpinan kerajaan sekarang yang lemah juga telah membantu menyangkal tuduhan bahawa orang-orang Melayu dan kaum asal lain bukan Bumiputera negara ini. Ini adalah andaian yang pernah dilaungkan Lee Kuan Yew di Parlimen Malaysia pada tahun 1964 dan menjadi hujah rasis kaum tertentu yang sering mempertingkatkan semangat perkauman dikalangan mereka dari dahulu hingga sekarang.

Jawapan dragonheart itu adalah seperti berikut:

Who says our Malay Rulers are new? The Malay Rulers had been established long before the portugese came in 1511.Our Malay Rulers are unique too and I would never want to compare our Malay Rulers with the Briton's. And I will never underestimate the events that shaped the Malays rulers as we see today.

Proto-Malays originating from Java began arriving between 1500 BC and 500 BC. There were numerous Malay kingdoms in the 2nd and 3rd century CE—as many
as 30 according to Chinese sources.

There are reports of other areas older than Kedah—the ancient kingdom of Gangganegara, around Bruas in Perak, for instance, pushes Malaysian history even further into antiquity. If that is not enough, a Tamil poem, Pattinapillai, of the second century CE, describes goods from Kadaram heaped in the broad streets of the Chola capital; a seventh century Sanskrit drama, Kaumudhimahotsva, refers to Kedah as Kataha-nagari. The Agnipurana also mentions a territory known Anda-Kataha with one of its boundaries delineated by a peak, which scholars believe is Gunong Jerai. Stories from the Katasaritasagaram describe the elegance of life in Kataha.

Most of the history book only goes to the early 15th century, where the Sultanate of Malacca was established under a dynasty founded by Parameswara, a prince from Palembang with bloodline related to the royal home of Srivijaya, who fled from the island Temasek (now Singapore).

The first evidence of Islam in the Malay peninsula dates from the 14th century in Terengganu, but according to the Kedah Annals, the 9th Maharaja Derbar Raja di of Sultanate of Kedah converted to Islam and changed his name to Sultan Muzaffar Shah. Since then there have been 27 Sultans who ruled Kedah.

When Malacca was conquered by Portugal in 1511, the sons of the last Sultan of Malacca established two sultanates elsewhere in the peninsula—the Sultanate of Perak to the north, and the Sultanate of Johor (originally a continuation of the old Malacca sultanate) to the south.

After the fall of Malacca, three nations struggled for the control of Malacca Strait: the Portuguese (in Malacca), the Sultanate of Johor, and the Sultanate of Aceh. This conflict went on till 1641, when the Dutch (allied to the Sultanate of Johor) gained control of Malacca.

Britain established its first colony in the Malay peninsula in 1786 (in a way they cheated the sultan of Kedah to take over Penang)

During the late 19th century, many Malay states decided to obtain British help in settling their internal conflicts. British gunboat diplomacy was employed to bring about a peaceful resolution to civil disturbances caused by Chinese gangsters, and the Pangkor Treaty of 1874 paved the way for the expansion of British influence in
Malaya.

By the turn of the 20th century, the states of Pahang, Selangor, Perak, and Negeri Sembilan, known together as the Federated Malay States.

The remaining five states in the peninsula, known as the Unfederated Malay States, while not directly under rule from London, also accepted British advisors around the turn of the 20th century. Of these, the four northern states of Perlis, Kedah, Kelantan and Terengganu had previously been under Siamese control.

Post-war British plans to unite the administration of Malaya under a single crown colony called the Malayan Union foundered on strong opposition from the Malays, who opposed the emasculation of the Malay rulers and the granting of citizenship to the ethnic Chinese.

The Malays opposed the creation of the Union. The opposition was mainly due to the way Sir Harold MacMichael acquired the Sultans’ signatures, the erosion of the Sultans’ powers and the offering of citizenship to recent immigrants mainly the ethnic Chinese because their economic dominance was seen as a threat to the economic development of the Malays and the British transformed of the title Sultan to President.

But due to the retaliations of the Malays to protect their Malay Rulers, their Islamic Religion and their soil, Alhamdulillah, all the Malay Rulers are still here to stay. The Malay Rulers too have traditions which goes back even more than 1,000 years.



Raja-Raja Melayu telah mengadakan Durbar yang pertama di Istana Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dihadiri oleh Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (Selangor), Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah (Perak), Yam Tuan Tuanku Muhammed Shah (Negeri Sembilan), dan Sultan Ahmad Mua'adzam Shah (Pahang) merupakan mesyuarat penubuhan Persekutuan Negeri-Negeri Melayu (Federated Malay States). Raja-Raja Melayu yang lain menyertai Majlis ini kemudian. Perjumpaan ini merupakan asas untuk Majlis Raja-Raja yang dibentuk di bawah Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bertarikh Ogos 27hb, 1957.

Jawapan ini memperkuatkan hujah berkenaan hak dan institusi orang-orang Melayu di negara ini. Raja-raja Melayu, sebagai pelindung orang-orang Melayu, telah memberi legitimasi kepada kemerdekaan dan hak-hak orang Melayu kerana mereka adalah penandatangan dalam pelbagai perjanjian dengan British.

Hujah ini juga memperkuatkan lagi hujah sebelum ini yang juga menyangkal akuan Lee Kuan Yew itu. Sentiasa berbalik kita kepada sejarah kerana di situ terletaknya kebenaran dan juga di mananya hak dan batil.


* Maklumat seterusnya mengenai Persekutuan Negeri-Negeri Melayu boleh diperolehi di Wikipedia di sini.

Ahad, 19 Ogos 2007

Puak Cauvanis Mengaku Komunis Pejuang Kemerdekaan?

Kalau dianalisa dengan teliti, agenda perjuangan kumpulan perkauman cauvanis terlalu jelas bagaikan "diberi betis, mintak peha".

Setelah lebih 50 tahun merdeka serta mereka dan keturunan mereka diterima menjadi rakyat, hampir semua isi kandung sosial kontrak dipersoalkan - Artikel 153; Kebumiputeraan orang Melayu; Agama Islam sebagai agama Persekutuan; Kedaulatan mahkamah Syariah; Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi; dan Kebudayaan Melayu Islam sebagai teras kebudayan Malaysia.

Jika usaha buku "May 13" untuk memutarbelit sejarah dianggap kurang ajar, beberapa tahun lepas komunis mengaku pejuang kemerdekaan. Setelah berdiam beberapa tahun selepas meletakkan senjata untuk berdamai, bekas-bekas pengganas komunis seperti Chin Peng, Abdullah C.D, Rashid Maidin, Suraini Abdullah dan Abu Samah membuat pengakuan sedemikian dalam buku-buku tulisan mereka.

Ada yang bersimpati dan bersetuju. Sokongan yang ketara adalah dari pejuang cauvanis kaum. Sanggup mereka rela menyokong pengganas yang telah membunuh dan memeras ugut ribuan rakyat. Sokongan ini bagaikan penderhakaan kepada raja dan negara. Ia juga penghinaan kepada pasukan keselamatan yang selama ini menggadai nyawa.

Dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 50, pembohongan sedemikian jangan sekali dibiarkan meluas. Tulisan Dato Mazlan Nordin, wartawan veteran dan konsultan ISIS, di Utusan Malaysia bertarikh Julai 23hb, 2007 berjodol
"Orang Melayu mula gerakan menentang penjajah, bukan PKM" disedut berikut:



Bagi seluruh warga Malaysia, ulang tahun kemerdekaan penuh erti dan berupa hari gemilang hingga abadi. Bagi Profesor Madya Collin Abraham pula The Finest Hour ialah termeterainya perjanjian damai antara kerajaan dan PKM serta kerajaan Thailand di Hatyai pada tahun 1989.

Antara yang menulis kata-kata pengantar ialah Tun Dr, Mahathir Mohamad. Lalu dicatat antara lainnya:
“PKM mendakwa bahawa mereka memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Mungkin ada legitimasinya ketika British masih memerintah negara ini. Tetapi selepas kemerdekaan pada tahun 1957, dakwaan tersebut tiada erti. PKM berperang dengan ganas melawan Malaysia yang merdeka sebagaimana yang ganas dilakukannya terhadap Malaysia yang dijajah.”
Dalam ingatan pelbagai pihak ialah ucap selamat Mao Tse Tung, Pengerusi Parti Komunis China kepada Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong pertama pada 30 Ogos 1957. Beginilah bunyinya dalam bahasa Inggeris:
On happily learning of announcement of independence of the Federation of Malaya, I have the honor on behalf of Chinese people and in my own name to extend warm congratulations to Your Highness and the Malayan people, I wish prosperity to the Federation of Malaya and happiness to its people.”
Di samping itu, Perdana Menteri China, Chou En-Lai mengirim ucap selamat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, seperti berikut:
On behalf of Government of People’s Republic of China, I have the honor to inform Your Excellency that the government of the People’s Republic of China has decided to give recognition to the Federation of Malaya. May the Malayan people obtain new achievements in building their country and a happy life. May the friendly relations between our two countries be daily strengthened and develop.”

Dianalisis oleh Abraham ialah sejarah perjuangan menentang penjajah mulai dari pencerobohan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1492 dan penjajahan British mulai 1874. Bagi beliau, kedamaian tidak tercapai di Malaysia atas dulang perak tetapi hasil perjuangan kaum bumiputera dan kaum-kaum pendatang.

Kajian beliau mengiktiraf gerakan menentang penjajahan British mula dilakukan orang Melayu, bukan PKM.


Lalu dicatat pandangan Profesor Khoo Kay Kim:
Di antara pemberontakan orang Cina pimpinan PKM dan gerakan besar-besaran Melayu menentang kerajaan British, maka yang membawa akibat lebih serius ialah yang kedua. Yang pertama boleh dileburkan oleh British dengan apa jua cara kerana orang Cina kaum asing. Gerakan orang Melayu menentang pemerintahan British, manakala berlaku, meletakkan British dalam keadaan tidak boleh bertahan sama sekali.
Abraham juga menyebut pendirian tegas PKM yang penting sekali bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan “Masyarakat sosialis demokrasi Malaya.” “Komitmennya yang mendalam kepada penggunaan bahasa Melayu mengejutkan para hadirin majlis perjanjian damai di Hatyai manakala Chin Peng berucap dalam bahasa Melayu dengan fasih.”

Chin Peng kemudian berikrar sebagai warga Malaysia untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara. Menurutnya lagi, PKM akan membubarkan pasukan-pasukannya yang bersenjata dan meleburkan kesemua senjata mereka demi membuktikan kejujuran menamatkan perjuangan senjata.


Juga dicatat oleh Abraham ialah penyertaan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dengan UMNO dalam kenyataan mengenai lima sebabnya rancangan Malayan Union ditentang:

* Cara paksa MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu,
* Lucutnya kuasa politik raja-raja Melayu,
* Syarat-syarat begitu mudah untuk kaum asing mendapat kerakyatan,
* Cara tidak demokratik oleh British ke atas negeri-negeri Melayu,
* Pemisahan Singapura dari Malaya.
Juga disebut ialah peranan Rejimen ke-10 pada tahun 1949 yang mempunyai 400 orang ahli Melayu walaupun hanya 200 mempunyai senjata. Pada tahun 1954, PKM mendakwa menguasai 800 hingga 1,000 ahli Melayu.

Rakyat Malaysia tidak akan dapat bersatu sebagai satu masyarakat yang hidup aman dan makmur selagi keadilan dan kesaksamaan masyarakat tidak tercapai. Keadilan menuntut diletakkan sesuatu pada tempat dan haknya.

Selagi pemikiran mendahului kepentingan dan dominasi kaum mereka dengan apa cara, kepentingan yang komprehensif dan adil untuk bangsa Malaysia tidak dapat menjadi kenyataan.

Rabu, 15 Ogos 2007

DEB jadi Mangsa Politikus

Jangan pisahkan 13 Mei dan DEB

Jika tidak berlaku kekacauan berdarah 13 Mei 1969, hubungan antara etnik di negara ini bukan sahaja setiap masa berada seperti telor di hujung tanduk, keadaan politik dan ekonomi juga berada dalam keadaan yang sentiasa terdedah ancaman dalaman dan luaran.

Lalu, formula perpaduan menjadi asas kepada status-quo seperti yang dialami sekarang. Ekoran peristiwa 13 Mei juga berlaku satu revolusi ekonomi Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak bernama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat bagi mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum.

Ini menjadi kepercayaan bukan sahaja kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman tetapi juga kepada setiap Perdana Menteri, baik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya tetapi juga kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Setiap tahun perkara ini diperingatkan kepada rakyat betapa perpaduanlah sahaja senjata yang memungkinkan negara ini terus bergerak ke hadapan, dan setiap rakyat tidak kira agama atau kaum akan terus mengecapi nikmat kemakmuran negara.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua mengemukakan tesis baru:

Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk menjatuhkan Tunku
Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan
.’
Dr Syed Husin Ali, bekas sosiologis Universiti Malaya yang kini bergerak sebagai pembangkang kerajaan, ketika pelancaran buku berkenaan turut menolak tesis Dr Kua, walaupun Dr Kua selalu muncul dalam kumpulan yang berpihak kepada pembangkang seperti Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Dong Jia Zhong (Persatuan Pendidik Cina), Suqiu (Tuntutan Pilihan Raya 1999) dan penentang utama Sekolah Wawasan. Nampaknya Dr Syed Husin, dalam isu ini, masih lagi mengekalkan kesarjanaannya. Yang benar tetap dinyatakan benar, yang salah dinyatakan salah.

Walau sukar untuk mencari motif sebenar Dr Kua membangkitkan sejarah luka berdarah berkenaan, namun tren semasa menunjukkan ada usaha untuk menidakkan DEB dan dasar kerajaan selain menyembur racun terhadap kepercayaan rakyat kepada kerajaan semasa.

Sebelum ini asas formula perpaduan ini dicabar bekas Pengarah Pusat Kajian Dasar Awam ASLI, Dr Lim Teck Ghee yang melalui `kajiannya’ mendapati bumiputera telah mencapai 45 peratus ekuiti, sedangkan kerajaan menyatakan sasaran DEB pada penghujung 1990 hanyalah sekitar 18 peratus, sedangkan sasaran dasar berkenaan ialah 30 peratus. Tidak sedikit orang Melayu juga terpengaruh supaya DEB atau dasar seumpamanya dimansuhkan, demi memenuhi kehendak orang seperti Dr Kua, Dr Lim dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang.

Jika Kit Siang melancarkan propaganda DEB memperkayakan sesetengah orang Melayu, Dr Lim menyatakan DEB sudah melebihi 30 peratus dan Dr Kua mempertikaikan punca utama sejarah berdarah 13 Mei kerana usaha menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan bukan kerana kebiadapan pembangkang waktu itu, terpancar keselarian di antara mereka: DEB atau Dasar Pembangunan Nasional perlu dimansuhkan segera.

Sudah ada orang Melayu menyanyi lagu sama dengan Dr Kua, Dr Lim dan Kit Siang, kononnya DEB hanya memperkayakan sebahagian elit Melayu, sedangkan tidak ada data konkrit mengenai hal ini. Anehnya orang Melayu yang menolak DEB yang menyatakan memperkayakan sesetengah Melayu adalah diri mereka sendiri! Sesetengahnya memberikan `pink form’ percuma, untuk memperkayakan orang tertentu.

Data semasa yang ada, pendapatan perkapital bulanan Bumiputera ialah RM2,500, India RM 3,200 dan Cina RM4,100. Selain bukti di hadapan mata, data semasa juga menunjukkan bangunan komersial dan premis perniagaan bagi bumipitera ialah 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus. Ini menunjukkan DEB jauh daripada memuaskan bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi kepada semua kaum kerana tidak mungkin perpaduan tercapai kecuali berlaku keseimbangan di antara kaum, atau jurang perbezaan itu wajib dikecilkan.

Dr Kua juga menyatakan 13 Mei sebagai ‘hantu’ yang digunakan kerajaan untuk menakutkan rakyat, jika berlaku sesuatu yang tidak menyebelahi kerajaan, seperti mengalamai masalah seperti tahun 1969. Walaupun kenyataan Dr Kua itu secara sepintas lalu nampak seperti ada kebenaran, tetapi pengkaji hubungan etnik di Malaysia seperti Profesor Madya Dr Mansor Mohd Nor dari Universiti Utara Malaysia berpendapat, asas kepada berlaku ‘rusuhan’ selalunya perbezaan ekonomi antara etnik dalam sesebuah masyarakat.

Dalam kajian beliau bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’ (keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan).

Prinsip yang sama berlaku pada 1969 iaitu kedudukan ekonomi (sumber yang membolehkan setiap orang makan dan menikmati kehidupan) tidak seimbang, maka konflik berlaku, walaupun secara sepintas lalu kelihatan keputusan pilihan raya pada 10 Mei itu menjadi belerang yang membakar api persengketaan. Menurut Dr Mansor yang kini menjadi Timbalan Dekan Akademik dan Pembangunan Pelajar di Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang UUM, keadaan sosio-ekonomi merupakan penyebab utuma rusuhan di mana-mana negara, termasuk di Paris pada 2005 dan di negara ini pada 1969.

Apakah Dr Kua tidak melihat data-data ekonomi pada tahun 1970? Heng Pek Koon dalam satu tulisan bertajuk The New Economic Policy and the Chinese Community in Peninsula Malaysia dalam journal The Developing Economies, (September 1999, m.s 262–92) memaparkan dengan jelas data-data yang mencetuskan konflik berdarah berkenaan:

Pada tahun 1970, perbezaan pendapatan di antara Melayu dan bukan Melayu begitu ketara sekali. Orang Melayu membentuk majoriti golongan miskin, iaitu sekitar 74 peratus di Semenjung Malaysia. Populasi Melayu dikawasan luar bandar 63.4 peratus berbanding kaum Cina 26.1 peratus, sementara kaum Cina membentuk majoriti populasi di kawasan bandar 58.7 peratus berbanding dengan Melayu 27.4 peratus. Pendapatan purata orang Melayu ialah RM178.7, berbanding dengan Cina RM387.4. Ekuiti korporat Melayu pula hanyalah 2.4 peratus, berbanding Cina 34.4 peratus. Menariknya, waktu itu ekuiti korporat negara ini dikuasai oleh orang luar, khususnya British, iaitu kira-kira 63.3 peratus.

Tentunya British ingin menjaga kepentingannya di sini, tetapi Dr Kua telah memilih untuk mendapatkan data daripada orang British di pejabat dokuman awam di London, untuk membenarkan tesisnya, bahawa kekacauan 13 Mei berpunca daripada usaha untuk merampas kuasa daripada Tunku Abdul Rahman.

Elok Dr Kua mengajak rakan-rakan di Kolej New Era, Kajang dan di Dong Jia Zhong untuk bersama-sama mencari kaedah untuk memupuk rasa muhibah, khususnya di kalangan kanak-kanak di negara ini, melalui sekolah kebangsaan atau kaedah-kaedah lain yang diamalkan oleh negara yang mempunyai masyarakat majmuk.

Rata-rata rakyat negara ini mempercayai perpaduan merupakan aset penting yang membawa kejayaan negara sehingga hari ini, dan Akta Hasutan seharusnya menjadi benteng untuk memastikan perpaduan di negara ini terus berkekalan. Sesungguhnya, perpaduan tidak akan tercapai melainkan berlaku rasa kasih sayang di antara kaum dan tidak ada satu-satu kaum yang membolot kekayaan negara, kerana seperti kata seorang guru, kita meminjam negara ini daripada generasi akan datang.

Justeru, usaha memupuk perpaduan melalui kesaksamaan seperti DEB perlu diteruskan untuk memastikan semua anak-anak bangsa di negara ini dapat menikmati kehidupan secara relatif bahagia.

Disedut dari blog Sesungut Patah