Rabu, 28 Januari 2009

Adilkah Ahmad Ismail didakwa bawah Akta Hasutan?

Khabar angin ini terkeluar di sebuah blog tempoh hari sini. dan sebuah blog lagi sini meminta diwar-warkan agar ramai hadhir memberi sokongan di Mahkamah Seksyen Butterworth Pulau Pinang pada Januari 29hb.

Menurut khabar, Dato Ahmad Ismail, bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Pulau Pinang dijangka akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Hasutan (1948).

Akta tersebut meletakkan lingkungan kesalahan bagi sebarang ucapan yang condong kepada menghasut yang boleh menimbulkan rusuhan atau perkelahian antara kaum dan perasaan marah atau tidak puas hati terhadap kerajaan.

Dengan adanya peruntukkan Akta ini, maka menjadi amalan negara ini perkara tertentu menjadi taboo perbincangan. Perkara-perkara pokok berhubung kenegaraan khususnya, Islam sebagai agama persekutuan, Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan dalam Artikel 153, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kerakyatan Jus Soli bagi kaum imigren tidak boleh dipersoalkan.

Ahmad Ismail menimbulkan kontroversi kerana menggunakan istilah "kaum penumpang" untuk merujuk kepada kaum-kaum Cina dan India semasa berkempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos tahun lepas.

Perkara ini telah diwar-warkan menjadi isu oleh akhbar Sin Chew jit Poh setelah berakhirnya PRK tersebut. Ia berakhir dengan wartawan yang membuat liputan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama satu hari. Ini pun menimbulkan kontroversi kerana bukan penyunting berita yang ditahan. Kerajaan pula kelihatan gopoh dan tidak bersedia apabila menahan wartawan tersebut.

Bagi pihak Ahmad Ismail, beliau bertegas menafikan dan enggan meminta maaf seperti yang dituntut oleh Presiden partinya, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menurutnya, dia hanya menyatakan bahawa penggunaan istilah itu tidak mempunyai niat menghasut untuk menimbulkan huru hara antara kaum. Istilah itu disebut dari konteks negara majmuk dan kehidupan bertoleransi.

Perkara ini dinafikan oleh wartawan berbangsa Cina yang hadhir tetapi tidak ada sebarang bukti dan transkrip penuh ucapan beliau telah disiarkan, khususnya oleh akhbar Sin Chew Jit Poh. Nampaknya pihak berkuasa seolah-olah menerima bulat-bulat penafian tanpa bukti akhbar yang wartawannya ditahan di bawah ISA.

Mengapakan akhbar yang mempunyai reputasi gemar mengapi-apikan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat Cina dengan meniupkan persoalan-persoalan pokok dalam pokok kenegaraan dalam Perlembagaan dan kerajaan diterima bulat-bulat?

Jika kita berbalik kepada intipati ucpaan Ahmad Ismail, bukankah satu realiti dan kenyataan sejarah bahawa kaum Cina dan India bukan kaum indigeneous Nusantara Melayu? Bukankah bahasa, dan budaya mereka adalah budaya asing yang bukan sebahagian dari alam budaya serantau yang berasaskan Melayu?

Dengan ikhlas, salahkah Ahmad Ismail jika benar dia mengatakan kaum Cina adalah "penumpang sementara" negara ini?

Realitinya kaum Cina Malaysia yang berasal dari persisiran pantai negara Cina dan merupakan sebahagian dari rangkaian Cina Luar Negara memang lebih erat kesetiakawan kepada kaumnya dari rakyat kaum lain di tanahair barunya. Sememangnya Malaysia ini adalah tempat tumpangan sementara kerana lazimnya mereka berpindah-pindah dari negara ke negara.

Mengapakah dan atas asas apa Ahmad Ismail akan didakwa di bawah Akta Hasutan? Adakah Ahmad Ismail ada mempersoalkan status kerakyatan kaum imigren? Adakah lebih teruk lagi, dia mempersoalkan perkara-perkara pokok Perlembagaan?

Huru hara hanya timbul apabila perkara yang tidak perlu dibesarkan diwar-warkan. Bukankah dengan mewar-warkan insiden yang agak subjektif interpretasi merupakan satu usaha menimbulkan huru hara antara kaum?

Adakah peningkatan populariti dari sokongan ramai orang-orang Melayu dan ketegasan pendirian beliau enggan dijadi mangsa 'kambing hitam' maka ia perlu dicantas habis? Sudahlah penggantungan keahlian partinya digantung selama 3 tahun tetapi kini di "atur" supaya merengkuk dalam penjara sepanjang masa penggantungan beliau? Ini perkara dalaman parti dan tidak ada kena mengena dengan undang-undang.

Penulis blog ini menyokong pendirian beliau kerana keberaniaan beliau menyatakan yang benar dan hak, dan enggan dipermain-mainkan oleh psywar pihak-pihak fanatik kaum Cina yang mengambil peluang dari kelemahan kepimpinan Melayu dan pertelagahan tidak habis-habis parti-parti politik Melayu.

Atas alasan demikian, penulis bertanya adakah kepimpinan Melayu akur dan sedia dikotak katikkan oleh fanatik kaum Cina? Demi politik, adakah kepimpinan Melayu sedia mengkorbankan kaumnya sendiri yang tidak melakukan kesalahan yang jelas

Andainya Ahmad Ismail benar-benar salah dan ada menayatakan sesuatu yang lebih teruk dari yang teah dilaporkan, adakah dakwaan ini hartus berakhir kepada Ahmad Ismail sahaja?

Bagaimana pula dengan kenyataan YB Tan Lian Hoe yang menyatakan orang Melayu sebagai pendatang? Sudahlah kenyataan beliau itu jelas salah, beliau masih enggan mengaku dan memohon maaf di Parlimen setelah dipersoalkan oleh ahli-ahli Parlimen PAS dan UMNO.

Ini harus dilihat sebagai kesalahan yang lebih besar. Selain hampir menyerupai kononnya kesalahan Ahmad Ismail, Tan Lian Hoe berbohong untuk menimbulkan kemarahan orang asal negara ini.

Malahan jika Ahmad Ismail didakwa, setiap aktivis Artikel 11 seperti Malik Imtiaz, Harris Ibrahim, dan lain-lain aktivis yang mempersoalkan butiran Artikel 11 dan lain-lain artikel Perlembagaan yang bersangkut paut dengan kedudukkan Islam sebagai ugama Persekutuan harus didakwa?

Begitu juga mereka-mereka yang mempersoalkan Artikel 153 dan perkara-perkara perundangan dan polsi yang berkait dengan perlaksanaan artikel tersebut harus beramai-ramai diheret ke mahkamah.

Termasuk juga wakil-wakil rakyat dari kaum Imigren yang menghina Raja-Raja Melayu dengan sengaja enggan memakai songkok di Majlis rasmi pembukaan Dewan Undangan Negeri yang dihadhiri Raja-Raja Melayu.

Bagaimana pula mereka-mereka yang secara terbuka mempersolkan 'Sosial Kontrak' yang merupakan perkara-perkara taboo dalam Akta Hasutan dan ketuanan Melayu yang berkait rapat dengan kesinambungan sejarah kepada sistem Raja dan kedudukkan Raja Berperlembagaan yang diamalkan?

Penulis melihat asas pendakwaan terhadap Ahmad Ismail tidak kuat dan lebih merupakan dakwaan berpilih-pilih yang mempunyai motif politik. Ianya seolah-olah mengorbankan orang Melayu untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.

Itu tidak adil!

Jumaat, 16 Januari 2009

Majlis Raja-Raja Melayu tegur British belakangkan Melayu untuk Kampung Baru Cina pada 1950


Dalam kerajaan negeri Perak menjustifikasi pemberiaan tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru Cina sebagai suatu keadilan kepada penduduk yang seolah-olah dinafikan tanah.

Hari itu, Dato Ibrahim Ali, Presiden Perkasa menuntut tanah orang-orang Melayu di Perak harus tuntut dinaikkan status ke tanah 999 tahun sama dengan taraf tanah penduduk-penduduk 'pendatang' kampung baru.

Semalam, Raja Nazrin, Raja Muda Perak mengingatkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu telah menegur pentadbir British pada tahun 1950 mengenai penempatan semula ke kampung-kampung baru Cina di bawah rancangan Briggs. Usaha ini dilakukan sebagai usaha memerangi komunis dengan memutuskan bekalan makanan, perubatan, kewangan dan lain-lain bekalan kepada pengganas komunis di hutan.

Katanya tindakan British itu memberi kelebihan kepada kaum Cina dengan penempatan yang serba cukup dan berdekatan dengan bandar. Sementara orang Melayu yang tidak bertanah dibelakangkan oleh pihak British.

Ikuti laporan Bernama berikut:

15 Januari, 2009 18:46 PM

Dipetik dari laman web Perkasa

British Belakangkan Melayu Tidak Bertanah

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Langkah penjajah British menempatkan 400,000 keluarga setinggan Cina di pinggir hutan di Kampung Baru di bawah Rancangan Briggs pada 1950 membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan prasarana utiliti dan peluang berniaga 11 tahun lebih awal daripada orang Melayu yang tidak bertanah ketika itu, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin bertitah.

Titah baginda, orang Melayu daripada golongan tersebut yang menjadi peneroka di bawah rancangan tanah Felda pada 1961, terkemudian 11 tahun dalam menikmati penghidupan baru dalam perkampungan moden yang mempunyai prasarana utiliti seperti bekalan air paip, bekalan elektrik dan jalan.

Raja Nazrin bertitah daripada segi geografi kawasan-kawasan Kampung Baru, yang juga dilengkapi kemudahan sekolah dan kesihatan, terletak lebih hampir dengan bandar berbanding dengan kawasan pembangunan Felda.

"Mereka (penduduk Kampung Baru) turut dibantu mendapat pelbagai peluang dan kemudahan niaga ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah," titah baginda ketika bertitah merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga, anjuran bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Majlis Perundingan Islam Jabatan Perdana Menteri di sini, Khamis.

Baginda bertitah demikian ketika menyentuh tentang betapa besarnya peranan Felda dalam memberi kehidupan lebih baik kepada orang Melayu daripada golongan yang tidak memiliki tanah dan akhirnya generasi mereka berikutnya menempa pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan.

Raja Nazrin bertitah Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang Raja-Raja Melayu.

Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu, dan pemerhatian bahawa kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di Kampung Baru jauh lebih baik dari apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

Raja-Raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948, berasaskan kebimbangan Duli-Duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Henry Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab, titah baginda.

"Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa, berkemungkinan berada dalam kategori miskin tegar, jika Felda tidak pernah wujud di negara ini," titah baginda.

Felda yang ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956, sejak 1961 hingga kini, telah membangunkan 853,000 hektar tanah, melibatkan penyertaan lebih 112,000 keluarga.

Baca juga laporan di laman web Perkasa.

Isnin, 12 Januari 2009

Intisari Enakmen Rizab Melayu


1. MUKADIMAH

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.

Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu :-

a) ERM Kelantan 1930
b) ERM Kedah 1931
c) ERM Perlis 1935
d) ERM Johor 1936
e) ERM Terengganu 1941
British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

2. OBJEKTIF RIZAB MELAYU

2.1 Terdapat dua objektif utama :-

2.1.1 Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu

2.1.2 Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
3. MATLAMAT

Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

4. PENGISYTIHARAN

4.1 Kuasa Pengisytiharan


Di Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dimana ERM (NMB Bab 142) dipakai, kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat. Di Johor, PTG dengan kelulusan RDM manakala di lain-lain negeri, RDM.

4.2 Tujuan Pengisytiharan

4.2.1 Untuk mengwujudkan satu kawasan Rizab Melayu

4.2.2 Untuk membatalkan kawasan Rizab Melayu

4.2.2.1 Untuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu
4.3 Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

4.3.1 Tanah Kerajaan
4.3.2 Tanah Hutan Simpan
4.3.3 Tanah Rizab Awam
4.3.4 Tanah Milik
4.4 Syarat-syarat Pengisytiharan

4.4.1 Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]

4.4.2 Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendakalah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu.[Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]

4.4.3 Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]

4.4.4 Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]

4.4.5 Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [ Sek.3(1)ERM Kedah ]

4.4.6 Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]
4.5 Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagi batal oleh pihak yang berkenaan.

4.6 Rizab Orang Asli

Kawasaan dan Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Seksyen 6 (2) dan 7 (2) Akta Orang Asli 1954]

5. TAFSIRAN MELAYU

5.1 Peruntukan Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan


“Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau

b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
5.2 Peruntukan Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan

5.2.1 “Melayu” termasuklah seseorang yang disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud-maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri di mana ia bermastautin.

5.2.2 Undang-undang tanah negeri yang dimaksudkan oleh Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan itu ialah keenam-enam ERM yang berkuatkuasa di Semenanjong Malaysia kini di mana tiap-tiap ERM itu memberikan tafsiran “Melayunya” sendiri.
5.3 Takrif Melayu diBawah ERM

5.3.1 ERM NMB Bab 142

‘Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa “Melayan” yang lazim bertutur dalam bahasa Melayu atau mana-mana bahasa “Malayan” dan menganut Ugama Islam.

5.3.2 ERM Kelantan

‘Melayu ertinya seseorang yang berasal dari mana-mana bangsa “Malayan” yang bercakap mana-mana bahasa Malayan dan menganut Ugama Muhamad, dan hendaklah termasuk:-

(a) Majlis Ugama Islam dan
(b) Pegawai Pemegang Harta apabila bertindak sebagai Pentadbir atau Pemegang Amanah bagi harta pusaka simati orang Melayu.
5.3.3 ERM Kedah

‘Melayu’ ertinya seorang yang menganut Ugama Islam dan lazim bercakap bahasa Melayu yang sekurang-kurangnya seorang daripada ibubapanya adalah bangsa Malayan atau berketurunan Arab.

5.3.4 ERM Perlis

“Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa Malayan atau orang keturunan Arab yang lazim bercakap bahasa Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganut Ugama Islam.

5.3.5 ERM Johor

‘Melayu’ ertinya seorang yang berasal dari Bangsa Melayu atau mana-mana bangsa Malaysia yang lazim bercakap bahasa Malayan dan menganut Ugama Islam dan ungkapan itu hendaklah disifatkan sebagai termasuk Pihak Berkuasa, Lembaga, Pertubuhan, Persatuan dan syarikat yang ditetapkan dalam Jadual Kedua kepada Enakmen ini.

5.3.6 ERM Terengganu

‘Melayu” ertinya seorang yang berasal dari mana-mana bangsa Malayan yang lazim bercakap Melayu atau mana-mana bahasa Malayan dan menganut Ugama Islam.
5.4 Rumusan Takrif Melayu

Sebagai rumusan ‘Melayu’ bagi maksud kesemuaa ERM hendaklah pada masa yang sama mempunyai tiga faktor serentak iaitu;

a) hendaklah berketurunan Melayu atau Malayan (Kecuali Kedah dan Perlis yang turut mengiktiraf keturunan Arab)

b) hendaklah lazim bercakap Melayu atau Malayan

c) hendaklah berugama Islam
Walaupun kedua-dua ERM Kedah dan Perlis mengikhtiraf mereka yang berketurunan Arab, namun terdapat juga perbezaan di antara ‘Melayu” Kedah dan ‘Melayu’ Perlis.

5.4.1 Konsep Malayan

‘Malayan’ dalam konteks perundangan Rizab Melayu merangkumi ethnik-ethnik Melayu yang terdapat di gugusan kepulauan Melayu seperti Orang Asli, Jawa, Banjar, Minangkabau, Mendeling, Panai, Bangka Hulu, Boyan, Patani dan lain-lain lagi.

5.4.2 Keraguan

Dalam tiap-tiap ERM ada diperuntukan bahawa jika timbul keraguan untuk membuat kepastian sama ada seseorang itu Melayu atau tidak, maka rujukan hendaklah dibuat kepada Raja Dalam Mesyuarat yang mana keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dikaji semula atau dipinda oleh mana-mana Mahkamah.

5.4.3 Melayu ERM mengatasi Melayu Perlembagaan

Walaupun tafsiran ‘Melayu’ didalam Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan kelihatan semacam mengatasi tafsiran ‘Melayu’ didalam tiap-tiap ERM, namun oleh kerana tafsiran ‘Melayu’ di dalam ERM itu dibuat mengikut peruntukan Perkara 89 Fasal 6 Perlembagaan Persekutuan maka tafsiran ‘MELAYU’ di dalam ERM itu MENGATASI tafsiran ‘Melayu’ di bawah Perkara 160 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan.

Melayu bagi maksud Perkara 160 Fasal 2 memberi penekanan kepada adat istiadat, manakala di bawah Perkara 89 Fasal 6 seperti yang diberikan pada tiap-tiap ERM memberi tekanan kepada keturunan.

5.4.4 Lain-lain tafsiran Melayu

Lain-lain bentuk tafsiran Melayu yang diberikan oleh mana-mana undang-undang tidak terpakai bagi maksud ERM.

5.4.5 Syarikat Melayu

ERM mentafsirkan Melayu sebagai “Melayu” dengan syarat tiga unsur hendaklah ada serentak pada satu masa. Ketiga-tiga itu ialah:-

1. Syarikat itu hendaklah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu syarikat sendirian berhad. Syarikat Kerjasama yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat Kerjasama 1946 tidak boleh diambil kira.

2. Kesemua ahlinya hendaklah Melayu atau syarikat Melayu yang ditafsirkan sebagai Melayu

3. Ada diperuntukan secara hitam putih didalam undang-undang tubuhnya bahawa penjualan saham-saham syarikat itu hanya pada Melayu atau syarikat Melayu sahaja.
Kesemua syarikat sendirian berhad yang mempunyai ketiga-tiga ciri diatas, secara automatik ditafsirkan sebagai Melayu.
Begitu juga dengan kedudukan syarikat-syarikat Melayu di Johor yang ditafsirkan sebagai Melayu di bawah seksyen 2 ERM Johor. [Sila lihat Jadual Kedua ERM Johor]

Di Kedah, syarikat sendirian berhad tidak akan menjadi Melayu secara automatik. Syarikat-syarikat secara kes demi kes, terpaksa diisytiharkan sebagai Melayu dibawah seksyen 19 ERM Kedah terlebih dahulu.

Dibawah seksyen 17A ERM Perlis, syarikat-syarikat ditakrifkan sebagai Melayu dan kesemua syarikat berkenaan ada disenaraikan pada Jadual D, ERM Perlis

Di Kelantan keadaanya lain sekali. Mana-mana syarikat sendirian berhad yang hendak memohon tanah rizab Melayu di Kelantan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Raja. Dalam Mesyuarat di bawah seksyen 13A(I)(a) ERM Kelantan terlebih dahulu.Kelulusan yang berasingan perlu didapatkan setiap kali syarikat itu mengemukakan permohonan. Ertinya, jika sesuatu syarikat itu telah mendapat satu kelulusan untuk memohon tanah Rizab Melayu di Tumpat maka satu kelulusan lain perlu didapatkan jika syarikat tersebut bercadang hendak memohon tanah Rizab Melayu di Machang.

Di Terengganu pula wujud satu konsep apa yang dinamakan Syarikat Pegangan Melayu. Disamping tiga syarat yang perlu ada pada Syarikat Melayu dibawah seksyen 2, ERM (NMB Bab 142), Syarikat Pegangan Melayu Terengganu ini perlu ada satu lagi syarat iaitu salah satu daripada objektif penubuhan syarikat Pegangan Melayu itu hendaklah mempunyai kuasa menguruskan tanah Pegangan Melayu.

Mana-mana syarikat pegangan Melayu Terengganu yang mempunyai keempat-empat syarat itu disifatkan sebagai Melayu.
6 SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN URUSNIAGA

Undang-undang tanah Rizab Melayu diwujudkan dengan dua objektif utama iaitu:-

a) melarang tanah kerajaan atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tanah Persekutuan, daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu; dan

b) melarang apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu di antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Bagi mencapai maksud kedua-dua objektif itu, ERM memperuntukan beberapa sekatan seperti:-

1. Pelupusan

Mana-mana Tanah Kerajaan atau Tanah Persekutuan yang termasuk ke dalam satu Rizab Melayu tidak boleh diberimilik, dikeluarkan TOL atau Permit kepada orang bukan Melayu .

Sekatan-sekatan dari segi urusniaga pula, kedudukannya adalah seperti berikut:-

2. Pindahmilik

Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipindahmilik kepada bukan Melayu kecuali pindahmilik bersilang dengan syarat borang-borang pindahmiliknya diserahkan serentak kepada pihak berkuasa pendaftaran yang sepatutnya.

3. Gadaian

Gadaian kepada bukan Melayu juga dilarang. Walau bagaiamanapun terdapat satu pengecualian di mana ianya boleh dibuat dengan memohon kebenaran PBN Perlu dinyatakan bahawa jika tanah yang digadaikan kepada mereka ini terpaksa dilelong maka hanya orang Melayu sahaja boleh membeli atau menangkap lelongan tersebut.

4. Pajakan

Tanah Rizab Melayu hanya boleh dipajakan kepada Melayu,

5. Lien

Lien 100% tidak dibenarkan, baik kepada Melayu apatah lagi kepada bukan Melayu.

6 Sekatan-sekatan Bukan Urusniaga

Selain daripada sekatan-sekatan yang melibatkan pelupusan dan urusniaga, terdapat lagi beberapa bentuk sekatan yang dikenakan. Di antaranya ialah :-

a. Kaveat

Orang bukan Melayu tidak boleh memasukkan apa-apa kaveat persendirian ataupun kaveat amanah keatas hakmilik Pegangan Melayu, melainkan orang bukan Melayu itu bertindak sebagai ejen kepada prinsipalnya yang terdiri daripada orang Melayu.

Walau bagaimanapun tidak ada sekatan yang dikenakan sekiranya Pendaftar memasukkan satu kaveat Pendaftar keatas mana-mana Pegangan Melayu.

b. Perletakhakkan

Sekiranya seorang Melayu itu diisytiharkan dengan sempurnanya sebagai bankerap, maka tanah Pegangan Melayunya tidak boleh diletakhak kepada Ketua Pengarah Insolvensi-Pegawai Pemegang Harta [ Official Assignee ] mengikut Akta Kebankerapan 1967. Oleh itu jika permohonan dibuat oleh Ketua Pengarah Insolvensi dibawah seksyen 349 KTN untuk meletakhak tanah Pegangan Melayu itu kepadanya, permohonan itu hendaklah ditolak. Walau bagaimanapun , Pendaftar boleh memasukkan satu kaveat Pendaftar bagi melindungi kepentingan Kerajaan Persekutuan ke atas tanah Pegangan Melayu itu.

c. Penahanan (Attachment)

Mana-mana hakmilik Pegangan Melayu tidak boleh ditahan bagi menyempurnakan satu dekri atau perintah oleh mana-mana Mahkamah sekiranya dekri atau perintah bermaksud untuk diberikan kepada bukan Melayu.

d. Amanah

Mengikut seksyen 145 orang Melayu tidak boleh mengwujudkan apa-apa amanah yang memberi faedah kepada bukan Melayu. Sekatan ini terpakai jika ianya melibatkan hakmilik Pegangan Melayu.

e. Pemberian Probat

Di bawah seksyen 15, tiada apa jua probat atau ‘letters of administration’ yang melibatkan Pegangan Melayu boleh diberikan kepada bukan Melayu.

f. Surat Kuasa Wakil

Apa-apa borang urusniaga yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu yang ditandatangani oleh orang bukan Melayu bagi pihak tuanpunya Melayunya dengan menggunakan surat kuasa wakil tidak boleh didaftarkan.
RUMUSAN

Sebagai rumusan, demi mencapai objektif tanah rizab melayu, undang-undang ERM menegaskan bahawa kesemua urusniaga atau pelupusan atau percubaan untuk membuat apa-apa urusniaga atau pelupusan atau percubaan untuk membuat apa-apa urusniaga atau pelupusan yang bertentangan dengan undang-undang tersebut adalah terbatal.

Akhir-akhir ini mengikut satu kajian yang telah diadakan, mendapati bahawa kawasan/keluasan tanah rizab melayu semakin mengecil setelah diambilbalik untuk tujuan pembangunan semasa yang pesat dan tidak diganti semula sebagaimana kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Sabtu, 10 Januari 2009

Penduduk Sementara Kambung Baru Cina Dapat Tanah 999 Tahun, Melayu Hanya Tapak Sekolah Ugama?

Penulis Amir Hamzah dari Batu Pahat menulis di laman web Perkasa mengenai pemberian tanah kepada penduduk penempatan sementara di Kampung Baru Cina oleh Kerajaan DAP Perak BerMenteri Besar PAS. Orang Melayu Perak ramai tidak mempunyai tanah tetapi diberi tanah untuk sekolah ugama untuk mengambil hati. Tidak sama nilai tanah persendirian dan tanah kegunaan ramai yang tidak tentu kedudukkan masa depan.

Tulisannya yang agak kritis terhadap Menteri Besar PAS Perak bertajuk, "Berpuluh tahun UMNO mempertahankan, sekelip mata PAS menghancurkan". Ia disiarkan sepenuhnya sebagai memperingatkan kita betapa kurang kebijaksanaan kita -
Melayu! Oh Melayu! Cerdiklah dalam berpolitik :

Penempatan sementara Kampung Baru Cina semasa zaman darurat

" ... mengapa hakmilik kekal selama 999 tahun tidak diberi juga kepada Rancangan Kampung Tersusun?"
Cadangan untuk memberi status hak milik kekal (999 tahun kepada Kampung-Kampung Baru Cina (Kg Baru)) itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru beberapa bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara. Beliau akan merujuk cadangan tersebut mengikut Kanun Tanah Negara atau mana-mana perundangan yang dibenarkan.

Ramai pemerhati politik melihat tujuan cadangan ini bukanlah berdasarkan faktor ekonomi iaitu bagi membolehkan tanah itu dicagar untuk tujuan perniagaan tetapi ianya dilihat lebih berkait dengan isu politik demi menunaikan janji kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP.

Malang bagi Melayu Perak yang tinggal di lot-lot tanah di Rancangan Kampung Tersusun (RKT), mereka hanya diberikan status pajakan hanya 99 tahun, kurang 900 tahun daripada Kg Baru-Kg Baru.

Mengapa UMNO tidak memberi hak milik kekal kepada Kg. Baru perlu dilihat dari segi sejarah kewujudan Kg. Baru itu sendiri.

Kg. Baru ialah istilah umum yang selalu digunakan bagi penempatan baru pada zaman darurat pada tahun 1950an. Kg. Baru dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat tinggal, air, elektrik, kemudahan kesihatan dan sekolah. Penduduk yang berhampiran hutan yang terancam dengan serangan ganas komunis dipindahkan ke Kg. Baru yang dilindungi oleh pasukan mata-mata khas yang juga dikenali sebagai special constable dan tentera.

Pada umumnya tujuan utama kg. baru dilaksanakan adalah untuk melemahkan gerakan Min Yuen. Gerakan ini membekalkan senjata, maklumat, ubat-ubatan, wang dan makanan kepada komunis. Kg. Baru merupakan sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950.

Sebanyak 400,000 orang penduduk setinggan Cina telah dipindahkan ke lebih kurang 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu. Antara kampung-kampung baru popular ialah seperti Jinjang, Kampung Tengah, Loke Yew, Seri Kembangan, Gombak, Labis, Sungai Karas dan Sungai Way.

Dalam perkembangan terbaru Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut perlu disegerakan kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) yang mana Menteri Besar Perak turut menjadi ahlinya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai kuasa melainkan ada sebab-sebab istimewa yang amat jelas.

“Kenyataan Exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa pemberian hak milik tanah kekal selaras dengan syarat keadaan khas di bawah kanun tersebut tidak tepat sama sekali.

“Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Perkara utama yang dipertikaikan ialah mengapa hakmilik kekal selama 999 tahun tidak diberi juga kepada Rancangan Kampung Tersusun? Siapakah sebenarnya di belakang Menteri Besar Perak? Adakah MB cuba membelakangkan dan mengguris hati dan perasaan 2juta Melayu Perak semata-mata hendak menurut kata 18 DUN daripada DAP.

Apa yang berlaku di Perak ini adalah sesuatu yang paling mahal dibayar oleh pengundi-pengundi Melayu yang memenangkan calon PAS dan KEADILAN yang calonnya Melayu sehingga menafikan UMNO mendapat majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Pokoknya perpecahan Melayu Perak boleh membawa bencana kepada negeri dan tunggulah sepanjang 3 tahun lagi Menteri Besar ini akan diperkotak-katikkan untuk kesekian kalinya.

Isnin, 5 Januari 2009

Niat Licik Disebalik Tuntutan Penggunaan Nama Allah (Bhg 2)

Dalam Bahagian 1, penyumbang Forum MyKMU bernama samaran Andak telah menganalisa nawaitu pihak pertubuhan-pertubuhan penganut Kristian menuntut istilah Allah digunakan untuk merujuk kepada tuhan bagi risalah Kristian dalam bahasa Melayu.

Dia bertanya tiadakah istilah selain dari Allah untuk merujuk kepada tuhan? Sehubungan dari itu, dia mendedahkan niat pihak mubaligh Kristian untuk memeurtadkan umat Islam ke dalam ugama Kristian. Berikut adalah Bahagian 2 artikel tersebut.



3. Publisiti dunia dan jarak politik

Dengan mengheboh-hebohkan isu ini, pihak Gereja telah mendapat liputan akhbar sedunia dan memperolehi publisiti. Isu saman pihak gereja terhadap kerajaan Malaysia telah diberi liputan oleh media antarabangsa seperti BBC, USA Today, International Herald Tribune, Reuters, Al Jazeera, serta media-media Kristian seperti The Christian Post, Christian Today, Christianity Today, Christian Telegraph, Christian News Today dll.

Ketika dunia sedang heboh mencerminkan kerajaan Malaysia sebagai 'zalim', timbul pula pihak aktivis dan parti politik yang menjadi jaguh. Pihak tersebut sedia memperjuangkan penggunaan istilah Melayu oleh Gereja yang akan memurtadkan Melayu untuk meraih tujuan sempit mereka.

Pada 27 Mac 2008, ahli Parlimen PAS, Khalid Abdul Samad, telah menziarahi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam dan menyatakan persetujuan kepada penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak Gereja. Paderi-paderi gereja tersebut sendiri terkejut dengan pendirian ahli Parlimen PAS.

"Ia adalah inisiatif beliau (Khalid). Beliaulah yang menghubungi parish priest kami, Father Paulino Miranda, dan berkata bahawa beliau mahu datang dan berbincang dengan kami," kata Joseph Victor, pengerusi parish pastoral council untuk gereja tersebut.

Respons Khalid adalah hasil kerjasama kedua-dua pihak, PAS dan Gereja, dan bukannya beliau yang 'bertepuk sebelah tangan'. Beliau kemudian menyalahkan ahli-ahli PAS yang mendesak beliau setelah 'terdengar' paderi gereja berkenaan berkempen untuk perubahan melalui pilihanraya.

Jika beliau sedang mengusahakan untuk mempererat hubungan antara agama, mengapa tidak diakui saja? Ini menimbulkan pelbagai persoalan pertanyaan sejauh mana tali tarik politik kumpulan Kristian dalam politik Malaysia.

4. Tekanan ke atas kepemimpinan yang lemah

Pada Hari Krismas tahun lepas, 2007, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah menghadiri majlis 'Christmas High Tea Reception' anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Jemputan itu sebenarnya mengharapkan Abdullah menarikbalik tindakan mengharamkan penggunaan kalimah 'Allah' ke atas terbitan pihak Gereja.

Kekecewaan pihak Gereja kemudiannya telah diapi-apikan oleh Lim Kit Siang. Brikut adalah sedutan dari blognya:
It is a great Christmas let down and disappointment that the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi did not assure Malaysians that he will not allow the middle ground to be intruded and encroached by extremists in UMNO or the civil service by striking down unreasonable, arbitrary and unconstitutional restrictions on Herald, the Catholic weekly.

I was expecting Abdullah to put to rest the controversy over the use of ‘Allah’ by Herald in its Bahasa Malaysia section when he attended the Christmas High Tea Reception hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas, Kuala Lumpur yesterday, and I dare say that my sense of disappointment was not mine alone but of the entire audience with representatives from diverse religions in the country – Christianity, Buddhism, Hinduism, Sikkhism and Taoism.
Kelemahan yang dipamerkan oleh pucuk kepimpinan telah menyebabkan berlaku peristiwa Krismas itu dan perayaan Deepavali yang diikuti oleh rusuhan HINDRAF. Kepimpinan sebelum ini akan memadamkan awal-awal sebarang usaha yang mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dilakukan agar sebarang usaha mencabar kedudukan Islam tidak dibiarkan berleluasa dan melarat sehingga menarik perhatian asing.

Kepimpinan negara yang ada sekarang berhasrat untuk dilihat menjadi jaguh keadilan dan ketelusan, tetapi gagal menangani usaha mencabar Islam dan menjadikan ketidakpuasan ini bertunas.

Kini dalam keadaan politiknya yang semakin lemah, pihak-pihak berkepentingan telah menggunakan peluang ini untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap isu penggunaan kalimah 'Allah'. Ini menghempapkan lagi tekanan yang lebih berat ke atas kepalanya.

Akibatnya:
i) Buat kali pertama dalam sejarah negara, Mahkamah Tinggi telah membenarkan pihak Gereja untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan mereka.

ii) Buat kali pertama dalam sejarah negara, Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah membenarkan seorang rakyat, Fatimah yang masih hidup untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada Islam - murtad.
5. Pencabulan Kebebasan Beragama Perlembagaan Persekutuan

Dokumen undang-undang tertinggi ditanahair Melayu adalah Perlembagaan Persekutuan telah memastikan kedudukan agama suci Islam kukuh dengan memaktubkan Perkara 3 (Agama Persekutuan) dan Perkara 11 (Kebebasan Beragama) dalam Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 11, Fasal (1), telah menjelaskan sejelas-jelasnya perkara ini:
Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Dan kemudian, Fasal (4):
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Nampaknya, baru beberapa hari pihak-pihak penentang Islam yang bersembunyi di sebalik Pakatan Rakyat yang memenangi 4 negeri dan Wilayah Persekutuan, mereka bukan sahaja sudah pandai mengeji 'Ketuanan Melayu', tetapi kini sudah mula menginjak undang-undang tertinggi Malaysia dan mencabar 'Ketuanan Islam'!

6. Perginya era politik berasaskan kaum, datangnya era politik berasaskan agama
National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia, merupakan sebuah badan bertindak bagi pihak Gereja-gereja di Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada Mei 1983, menyusuli pengharaman edaran kitab Bible dalam Bahasa Melayu pada 1981.

Peranan NECF sebagai sebuah badan yang menyatukan Gereja-gereja di Malaysia boleh disamakan dengan HINDRAF untuk masyarakat beragama Hindu.

Peranan NECF sebagai sebuah badan yang menyatukan Gereja-gereja di Malaysia boleh disamakan dengan HINDRAF untuk masyarakat beragama Hindu. Matlamat dan objektif penubuhan NECF Malaysia adalah seperti berikut:

Aims & Objectives

* To provide a platform for fellowship and partnership among churches especially in missions, evangelism, Bible teaching and social action.

* To assist in spurring, under the hand of god, renewal and revival in Malaysia.

* To provide a medium for the safeguard and spread of the Christian faith.

* To represent the Christian community on issues and matters affecting the Church and society at large, in consultation and joint action with other Christian and religious bodies in the country.
Jika diteliti, matlamat ketiga penubuhan NECF, iaitu 'Untuk menyediakan medium bagi melindungi dan menyebarkan ajaran Kristian' (To provide a medium for the safeguard and spread of the Christian faith), adalah secara langsung tertakluk kepada Fasal (4), Perkara 11, dokumen undang-undang tertinggi negara: Perlembagaan Persekutuan.

Jika HINDRAF tidak segan silu menggunakan pembohongan untuk mendesak pihak luar mengambil tindakan terhadap Malaysia, NECF sebagai wakil pihak Gereja bertindak dengan lebih halus untuk kepada Kerajaan dalam lingkungan Gereja.

NECF telah mempengaruhi ahli-ahli Gereja di bawah naungannya supaya melibatkan diri dan memberi sokongan kepada pihak yang akan membantu agenda mereka. Berikut adalah pengumuman dalam laman web mereka:

Press Statements and Articles

Title: Urgent Call for Continued Prayer (Malaysian General Election 2008)

Description: We thank God for the smooth, event-free election. We believe this has come about through all our prayers, so thank you for praying . . . It is therefore imperative that we continue to pray, especially during this critical transitional period.

Author: NECF

13 March 2008

We thank God for the smooth, event-free election. We believe this has come about through all our prayers, so thank you for praying.

We look forward to a new era of inter-racial respect, religious freedom, respect for places of worship and integrity in governance.

We look forward to a nation free from corruption, communal hatred, political intimidation, judicial rot and many other ills that have plagued the system.

It is therefore imperative that we continue to pray, especially during this critical transitional period.

Pray:

1. For smooth handover of power to the four new state governments;

2. For the candidates who have won that they will remain humble and work diligently to fulfill their promises to the rakyat;

3. For those who failed to win that they will be gracious in their loss, they will continue to serve the rakyat and play an effective “check and balance” role;

4. For harmonious working relations among the Barisan Rakyat parties – PKR, DAP and PAS;

5. Against those who are out to stir dissension and create strife and unrest;

6. For all to refrain from spreading messages, such as SMS and e-mails, that may cause racial and religious misunderstandings;

7. For harmonious and productive relations in all aspects between the Federal Government and the five states under opposition rule; and

8. For the elected members of parliament (MPs) that they will uphold the law-making institution, and live up to the rakyat’s expectation as role models of integrity, courage, fairness and selflessness.

Rev Wong Kim Kong, J.M.N.
Setiausaha Agung
NECF Malaysia

Khamis, 1 Januari 2009

Puisi Menyambut 1430 H/2009 M: Ikan-Ikan Di Kaca

buat adik-adikku tom dan ani

pun mentari sudah tiada api
dan bulan yang merdu
sudah sejuk nyanyinya
di hujung jari jemari embun
kita masih belum terlalu lewat
untuk menerima hakikat
iya,
kita anak-anak satu keturunan
yang menganuti escapizem (escapism)
selama ini
hanyalah
.........ikan-ikan di kaca
iaya
.........ikan-ikan di kaca

ikan-ikan di kaca indah alamnya
ikan-ikan di kaca gemulai renangnya
ikan-ikan di kaca manja hidupnya
ikan-ikan di kaca terpenjara sebenarnya

tidak lama lagi
embun
.........akan kering
dan mentari
.........berapi kembali
ku harap
.........kalian sudah mengerti
bahawa kita
selama ini
hanyalah
.........ikan-ikan di kaca
esok
masihkah kita
.........ikan-ikan di kaca?


akhir 69
kampung baru, kuala lumpur

--- Yassin Salleh
Dipetik dari Dewan Masyarakat, Mei 1970