Pada pukul 2 tengahhari Sabtu 30hb Januari 2010, Perkasa Selangor akan melancarkan Perkasa negeri di Dewan Serbaguna MPAJ di AU5, Ulu Kelang Kuala Lumpur. Pelancaran ini dijadualkan akan disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan Dr Mahathir menyatakan kewujudan Pertubuhan-Pertubuhan seperti Perkasa lahir dari perasaan tidak puashati rakyat Bumiputera, khususnya bangsa Melayu terhadap polisi-polisi kerajaan yang dilihat mengenepikan hak keistimewaan Bumiputera yang tertera dalam artikel 153.
Pertubuhan seperti Perkasa muncul kerana suara tidak puashati ini wujud dan UMNO kini dilihat bagaikan lupa peranan utama UMNO dalam membela kaum Pribumi yang perlukan pembelaan dan diperjuangkan.
Laporan Utusan Malaysia tersebut diterbitkan berikut:
NGO Melayu makin dapat kepercayaan - Dr. MIkutan dari laporan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin menjelaskan Perkasa adalah sebuah NGO dan UMNO masih perlu. Laporan The Malaysian Insiders berikut:
KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kemunculan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan kepentingan Melayu dan Islam kebelakangan ini membuktikan kaum itu kurang yakin dengan perjuangan parti-parti politik yang mewakili mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, situasi itu juga menyebabkan sesetengah NGO tersebut dilihat semakin aktif dari semasa ke semasa.
Dengan mengambil contoh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), beliau berkata, NGO itu dilihat sebagai antara yang paling berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu kerana prinsip perjuangannya.
"Ada di kalangan masyarakat Melayu merasakan UMNO tidak lagi berupaya mempertahankan (kepentingan) mereka, jadi kita lihat kemunculan NGO seperti Perkasa.
"Walaupun mereka (Perkasa) aktif, namun (sebenarnya) UMNO masih lebih berpengaruh daripada NGO-NGO ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah pada program Bicara Perdana anjuran Perpustakaan Negara di sini hari ini.
Dr. Mahathir menjelaskan, perjuangan dan kepentingan bangsa Melayu perlu diutamakan kerana kaum itu merupakan kelompok majoriti di negara ini.
Sekiranya kepentingan Melayu tidak dijayakan, tegasnya, ia akan memberi kesan buruk kepada semua pihak di tanah air.
"Sekiranya perjuangan Melayu tidak dijayakan, maka perjuangan bangsa Malaysia juga tidak akan terlaksana," ujarnya.
Terdahulu dalam ucapannya bertajuk 'Sejarah Sebagai Gedung Pengalaman dan Khazanah Yang Bernilai', Dr. Mahathir berkata, masyarakat serta pemimpin negara ini perlu sentiasa mengingati insiden-insiden yang telah dilalui.
Sebagai contoh, dalam sesuatu perjanjian dengan pihak luar, tegasnya, para pemimpin negara harus memastikan ia tidak merugikan tanah air.
"Janganlah dalam sesuatu perjanjian itu kita kerugian dan kerugian itu pula kekal sehingga akhirat," tegasnya.
Muhyiddin: Umno key, not PerkasaPenerangan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri teramat jelas tetapi mesejnya agak defensif.
By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, Jan 29 — Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin dispelled the notion today that Malay nationalist group, Perkasa, had become more influential than his party.
He said that NGOs like Perkasa had a role to play, but it is ultimately political parties that set the tone for the country.
“At this stage, certain quarters may see the role of NGOs as [getting] stronger, therefore it is seen that the NGO is more influential than a political party.
“But in the end, people will decide their future based on parties that will fight for their future. And it is not [the] NGOs that will stand for election,” he said
He also stressed that Umno remained the strongest of all the local political parties.
Perkasa, which began as a one man band after Election 2008, has been shaping up as a national pressure group to Umno that represents those seeking to defend the constitutional position of the Malays and the “social contract”.
For the past two months, the Perkasa national leadership has been going on road shows to officiate state level launches and to organise massive recruitment drives.
Muhyiddin further argued that that the role of NGOs could not be compared with that of the government.
“Don’t belittle the government; they are only NGOs. No NGO can be compared to what the government can achieve.
“The government is strong and the government is very clear in its direction,” he said.
He added that the government was now more open and people can evaluate its sincerity and commitment.
“We (Barisan Nasional) are clear (in our direction). We are committed, brave and ready.
“We want to ask, what is Pakatan Rakyat and the opposition state’s direction?” asked Muhyiddin.
Despite Muhyiddin’s strong words, Perkasa has grown in strength in recent times.
Yesterday, Tun Dr Mahathir Mohamad said he believes Perkasa was increasingly popular within the Malay community because Umno was being seen as incapable of protecting their rights.
But the former Umno president said his party was still stronger than Perkasa, which was led by Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali, a deputy minister during the former’s administration.
The ex-premier also affirmed that Perkasa’s popularity among the Malays was increasing because they represented a significant number of Malay opinions.
Kenyataan Dr Mahathir adalah teguran tidak langsung kepada UMNO supaya jangan mengenepikan hak dan kepentingan orang Melayu. Sesuatu perubahan perlu ditangani tetapi hak dan kepentingan orang Melayu usah sekali diketepikan.
Dengan hanya mengatakan UMNO saja yang releven dan Perkasa diperkecilkan sebagai NGO, ianya seolah-olah Muhyiddin bersikap angkuh dan mengenepikan suara yang bertambah kuat dari orang Melayu yang dilaungkan melalui Perkasa. Dimanakah janji kepimpinan supaya kerajaan sedia mendengar suara rakyat?
Peringatan ini mudah saja, pihak kerajaan pimpinan UMNO perlu kreatif dan bijak membawa pembaharuan yang sekali gus tidak mengenepikan agenda membangun anak bangsa Pribumi asal negara tercinta ini.
Masaalahnya kerajaan terlalu bersikap copycat dan meniru polisi dari penasihat luar negara dan IMF tanpa mahu mencipta sendiri polisi yang mencapai pelbagai objektif.
UMNO usah sekali merasakan undi Melayu sudah terjamin hingga hak dan kepentingan Melayu boleh dikorbankan dan hanya digunakan sebagai retorik politik. Sikap sedemikian perlu dibuang kerana dalam usaha UMNO yang merupakan parti induk BN mahu memancing undi bukan Melayu, mereka sudah memberi terlalu banyak konsesi.
Konsesi ini walaupun dikatan untuk semua rakyat Malaysia, tidak menjaminkan orang Melayu mendapat bahagian mereka. Contohnya, rakyat pribumi adalah 65% penuduk negara ini. Mengapa pula program biasiswa tertentu dipecahkan menjadi 51%/49% antara Bumiputera dan bukan Bumiputera?
Politik sekarang adalah penuh intig dan tidak boleh dijangka. Jangan sampai UMNO berada dalam keadaan seperti perumpanaan "Yang dikendung keciciran, Yang dikejar tak dapat."