Ahad, 10 Jun 2007

Pemikiran 13 Mei: Menafikan Melayu Sebagai Penduduk Asal Tanah Melayu

Semasa Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia dalam tahun 1963-65, Lee Kuan Yew pernah mempertikaikan kedudukkan dan sejarah orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu atau Malaya di Parlimen.


Tujuan penafiannya adalah menentang hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan dan seterusnya ingin melihat orang Melayu terus tertindas dan miskin. Ini telah dilakukan terhadap orang Melayu Singapura.

Hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Artikel 152 Perlembagaan Singapura tidak dihirau dan dimanipulasi definasi dan implementasinya. Dr Lily Zubaidah, cucu Presiden Singapura pertama ada menulis buku berkenaan cara orang Melayu ditindas secara sistematik.

Sikap Lee Kuan Yew masih belum berlembut. Malah, suara gaungan Lee Kuan Yew banyak kedapatan di komen-komen dalam portal dan blog tertentu. Baru-baru ini blogger Nuraina Samad telah menerbitkan salah satu komentatorrnya bernama Bergen berkenaan buku baru terbitan ISEAS Singapore berjodol Contesting Malayness oleh seorang Professor dari NUS. Sila baca di sini.

Penulis ingin melampirkan dua artikel untuk menjawab sebarang dakyah nukilan Lee Kuan Yew. Pertama adalah berita dari Berita Harian bertarikh sekitar Julai 24hb, 2006.


Menjejak Melayu

Oleh Saufi Hamzah dan Mona Ahmad



BENARKAH selama ini Orang Asli dan orang Melayu wujud dari rumpun atau keturunan yang sama?

Jika diamati kajian bertajuk Analisis DNA Mitokondria (MtDNA) masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung yang dihasilkan penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin, mendapati bahawa keadaan sebaliknya berlaku di mana Orang Asli dan orang Melayu berasal dari keturunan berlainan.

Berdasarkan data DNA Mitokondria (MtDNA) yang dikumpulkan dalam kajian itu, orang Melayu Moden dipercayai berasal dari populasi `Austronesian' (atau Selatan Mongoloid) manakala Orang Asli pula adalah saki baki manusia moden dari populasi `Australoid'.

Hasil kajian itu juga disokong oleh kajian linguistik yang menyatakan terdapat dua penghijrahan pra-sejarah utama berlaku di Asia Tenggara.

Gelombang penghijrahan pertama yang berlaku kira-kira 40,000 tahun membawa kemasukkan populasi `Australoid' purba ke kepulauan Indo-Malaysia, yang seterusnya bergerak dan menetap di Australia dan New Guinea.

KAJIAN Dr Zafarina dan Dr Mohd Fadhli yang diserahkan kepada
JHEOA di Georgetown, baru-baru ini.

Gelombang populasi kedua dipercayai berasal dari Fujian atau Zhejian (juga dikenali sebagai Selatan Mongoloid atau Austronesian), yang menetap di sekitar kepulauan Asia Tenggara dan tanah besar kira-kira 4,000 ke 6,000 tahun dulu.

"Kita tidak ubah sejarah, sebaliknya kita sedang mendokumentasikan sejarah. Orang Asli memang lebih tua daripada orang Melayu. Ada banyak orang yang datang ke Malaysia dan banyak yang sudah bercampur," katanya selepas majlis penyerahan dua tesis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Bilik Persidangan USM, Georgetown, baru-baru ini.

Satu lagi tesis bertajuk Variasi Pergigian Dalam Populasi Malaysia untuk aplikasi pengecaman identiti manusia yang dihasilkan pensyarah Pengajian Sains Pergigian, Dr Mohd Fadhli Khamis.

Secara umum, kajian bertajuk Analisis DNA Mitokondria (MtDNA) masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung itu adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai `genetik make-up' dan pembangunan pangkalan data bagi DNA mitokondria bagi masyarakat Melayu dan Orang Asli.

Pembangunan pangkalan data penting sebelum analisis DNA mitokondria dapat diaplikasi dalam kes-kes forensik yang membabitkan kedua-dua populasi.

Secara tidak langsung, maklumat yang diperolehi dapat digunakan dalam kajian genetik populasi yang membawa kepada penemuan yang menunjukkan perbezaan ketara di antara masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli.

Sehingga ke hari ini, belum ada kajian penuh dan menyeluruh berkenaan konstitusi genetik Orang Asli yang dilakukan oleh saintis dari Malaysia.

Dr Zafarina berkata, kebanyakan kajian yang sudah dibuat oleh saintis Barat lebih bersifat untuk mendapatkan informasi berkenaan profil genetik Orang Asli kerana mereka ini adalah antara manusia moden yang tertua yang masih wujud di atas muka bumi.

Kajian berkenaan masyarakat Orang Asli dari Semenanjung Malaysia oleh saintis barat sudah berjaya membawa kepada penemuan beberapa rumusan penting mengenai sejarah pergerakan manusia moden di atas muka bumi ini.

Antara penerbitan terbaru saintis Barat yang menggunakan maklumat daripada kajian Orang Asli adalah rumusan mengenai penyebaran manusia moden dari Afrika ke Asia Tenggara kemungkinan besar berlaku melalui laluan pantai menerusi India dan seterusnya ke Australasia.
Pergerakan itu dikatakan berlaku kira-kira 65,000 tahun dulu.

FAKTA NOMBOR
Sampel DNA

102 - Melayu moden
58 - Orang Asli

FAKTA

Orang Melayu




Teori Yunan




Secara keseluruhannya alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

  • Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  • Adat resam bangsa Melayu mirip suku Naga di daerah Assam (berhampiran sempadan India dengan Myanmar).
  • Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Penduduk Kemboja mungkin berasal dari Dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunan.
  • Teori popular yang diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, ada menyatakan "nenek moyang" orang Melayu berasal dari Yunan.
Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutro.

Orang Negrito
Penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Dikatakan ada di sini sejak 1,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu dikatakan berlaku pada 2,500 tahun Sebelum Masihi. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.

Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro adalah gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 Sebelum Masihi. Mereka adalah manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara

Teori ini adalah disokong dengan alasan seperti di bawah:

  • Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.
  • Taraf ini hanya dapat dicapai selepas perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
  • Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Orang Asli



  • Masyarakat Orang Asli adalah komuniti kecil di Malaysia dan penduduk pribumi negara ini.
  • Orang Asli adalah masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza.
  • Secara rasminya masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.
  • Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.
  • Disebabkan pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan.
  • Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Satu lagi artikel adalah adalah satu sumbangan dari penulis Mansal Damha, yang merupakan Penasihat Prowaris, ke laman web UMNO Reform dalam menangkis gaungan kata-kata Lee Kuan Yew dikalangan orang Melayu.


Assalamualaikum wbkt.

Saya cuma ingin mencelah sedikit tentang sesetengah orang yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah bukan penduduk asli negara ini.

Di sini saya ingin cuba mendefinisikan siapa sebenarnya "Melayu" itu?

Pada hemat saya, Melayu adalah terdiri daripada mereka yang bermastautin di alam dan di sekitar gugusan kepulauan Melayu, termasuklah Indonesia, Brunei, Singapura, Filfina, Surinam, kepulau Austrolasia dan yang berhampiran dengannya.

Rizal yang mempelopori kemerdekaan Filifina adalah seorang "Melayu;" walaupun orang "Jawa" tidak mahu dianggap seabgai Melayu, kerana makna Melayu kepada mereka ialah orang yang "lari."

(Memangpun orang Melayu dan yang serumpun dengannya sering "lari" ke sekitaran kepulauan mereka).

Maka itu sehingga hari ini terdapat suku kaum Melayu di Pontianak, Kalimantan, Indonesia, yang terkenal dengan nama orang Sambas. Mereka tetap bertutur dalam bahasa dan berloghat Melayu, mempunyai makam kesultanannya, walaupun mereka menjadi sebahagain daripada "Indonesia." Demikianlah halnya dengan para penduduk di kepulau Riau, Sumatra.

Hakikatnya ialah bahawa para penduduk di sekitar gugusan pulau-pulau Melayu dan Australasia ini adalah "serumpun."

Pada zaman silam, kepulauan Melayu ini dikenal sebagai Pulau-pulau Perca, seperti carikan-carikan "pulau-pulau" kain.

Cina punya tanah besar mereka. Begitu juga dengan orang-orang India, dengan benua Indianya; dan samalah dengan orang-orang Afrika, Europah, Amerika dan Australia.

Hanya kita, rumpun Melayu ini digolongkan dalam golongan penduduk benua Asia Tenggara.

Kalau dulu orang-orang Melayu ini pindah dari kepulauan sekitarnya, (walaupun sekarang mereka ingin dikenal sebagai orang Indonesia, Brunei, Singapura, Filifina, dll.) mereka tetap akan dianggap sebagai "orang Melayu" juga. Samalah seperti orang China. Kalau mereka berpindah dari Hong Kong, Macau, Taipei dan negeri-negeri yang berdekatan dengannya, mereka tetap akan dianggap sebagai orang Cina. Orang Indonesia, kalau datang ke Malaysia, misalnya, tidak seharusnya dianggap sebagai orang "mendatang". Demikianlah sebaliknya. Kerana mereka masih tinggal bersama dengan "rumpunnya."

Istilah yang diberikan kepada orang Indonesia sebagai "orang asing" adalah ciptaan manusia dan penjajah yang merupakan tinggalan sejarah.

Sepertimana yang saya sering katakan bahawa orang Melayu tidak ada negeri lain selain daripada Tanah Melayu yang tercinta ini.

Selepas meredekapun ia dikenal sebagai Persekutan Tanah Melayu - bukannya MALAYSIA - dan inilah tanah tumpah darah mereka yang asal.

Nama yang diberikan sekarang kepada beberapa negara di sekitar kepulauan gugusan Tanah Melayu ini adalah merupakan nama "celupan" selepas masing-masing merdeka dan bebas daripada belenggu pejajah.

Walau apapun nak dikata, mereka tetap "serumpun" sepertimana serumpunnya orang China dengan "sepupu" mereka Korea, Jepun, Mongolia, dan Tibet.

Juga India dengan "sepupu" mereka Bengali, Tamil, Bangladash, Pakistan, Seri Langka, yang kini dikenal dengan Asia Selatan.

Jadi jangan ada sesiapa yang menidakkan bahawa negara Malaysia ini adalah kepunyaan dan berasal daripada penduduknya yang terdiri daripada orang yang berketurunan "Melayu" yang serumpun dengan orang-orang yang tinggal di seluruh gugusan kepulaun Melayu, atau nusantara ini.

Sekarang bolehlah kita umpamakan orang Melayu dengan orang Indonesia, Brunei, Singapura, Patani, Kemboja, dll di sekitar nusantara ini sebagai "sepupu" (kalau kita ingin "merenggangkan" kedudukan perhubungan kita sesama Melayu.)

Segala perbezaan yang terdapat sekarang hanyalah perbuatan manusia dan penjajah.

Seperti kata seorang kenalan, Allahyarham Sdr Zain Mahmud,(mantan Pengarah RTM), bahawa asal usul orang Melayu ini kebanyakan berasal daripada Selatan negeri Cina, iaitu daripada Annam, (yang merupakan sebahagian daripada negeri Cina), Champa, Langkasuka, dan sebagainya.

"Andaikata pada bila-bila masa negeri atau orang-orang Cina hendak mendakwa bahawa Tanah Melayu ini "kepunyaan" mereka, kita juga boleh mendakwa bahawa negara Cina "kepunyaan" kita", kerana kita datang daripada wilayah negara mereka.

Ini adalah hakikat sejarah; dan kata-kata Allahyarham itu hanya untuk tujuan berhujah saja.

Wallahu'alam.

mansal damha


Ingatlah kita bahawa ini adalah kata-kata Lee Kuan Yew yang menimbulkan kemarahan orang Melayu dan berakhir menjadi peristiwa 13 Mei 1969. Kita mesti sentiasa bersedia dengan hujah-hujah kita supaya kebenaran tidak dikaburi.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"... dan seterusnya ingin melihat orang Melayu terus tertindas dan miskin. Ini telah dilakukan terhadap orang Melayu Singapura. ..."
MC: Greetings. I believe it has been either a slight mis-comprehension of the malay living conditions in Singapore, or just a simple typo on your part. The average malay in Singapore is earning a salary of approximately 3 times the equivalent in Malaysia. This is simply on a dollar to dollar comparison. If there is a conversion, then it is 2.3xtriple. That makes the average malay in Singapore earning almost 7times his counterpart in Malaysia.

In reality, the malays DO NOT receive any special priveleges here in Singapore. In fact, the only special things he receives is that malay students pay S$9 for school fees.

All else being equal, the malays in Singapore hold white collar jobs because they are far better educated and you will never find a malay working as a security guard here in Singapore.

The malays of Singaore are pressured into performing as well as the others in order to keep up with the pressures of work. They therefore cope better, and therefore earn better.

It's about time the malaysian malays learn a thing or two from their Singapore brothers. Or they will forever be left behind. Special rights or not.

A Voice berkata...

Malays in singapore are systematically oppressed and denied fair opprtunity thru redifinition of their race into suku kaum, language requirements, discrimination, sinonization, righst as prescribed under article 152 of the spore constitution (inherited rights from the days of malay sultanate and in treaties with the brits), ....

Read the work of Dr Lily Zubaidah

Site builder berkata...

It is interesting that the Singaporean Malays do not have such racist mentality and dreamy outlook of themselves. They rather be following the rat race to improve themselves. Discriminated or not, they take it as a challenge to learn a new language and gain respect from ability and merit. Of course, there will always be the minority who still have this mentality that the world owes them the right to be receiving aid from others who are more capable. But the majority who are conditioned in such a competitive environment, just survive and be as fit as the rest. The survival of the fittest should always be the rule of the game. If you have an experiment for 50 years and condition the weak to remain weak - they would be extinct in the wake of globalization.

Bangunlah dari mengelamun. Sejarah apa pun tiada guna jika tidak menyahut cabaran globalisasi. Adalah lebih berjiwa perwira bila tahu diri sebenar dan sejarah dan menyahut cabaran untuk menampilkan diri dan bangsa supaya berjiwa perwira dahulu dan selama-lamanya. Tiada guna cerita kisah lampau tentang kemegahan bangsa tetapi asyik hidup dalam dahulu kala. Apa gunanya?

So what if there is discrimination? You are only bringing down yourself and others with you, if not the whole country.

Unknown berkata...

Artikel ini tidak menyentuh mengenai kaum bumiputera lain seperti Iban, Bidayuh, Kadazan, Melanau, Kayan, Kenyah, Penan, Murut, Kelabit dll. Apa yang saya lihat ialah Orang Melayu cuba menidakkan kewujudan kaum-kaum tersebut. Juga mereka menidakkan kewujudan Malaysia yang dibentuk bersama Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara. Walaupun berstatus bumiputera, kaum-kaum itu tidak menikmati peluang yang sama rata dengan Melayu. Kalau itu berlaku kenapa perlu ada Malaysia. Baik kiranya Sabah dan Sarawak keluar sahaja dari Malaysia.

Unknown berkata...

Melayu dikategorikan sebagai bumiputera. Tetapi bumiputera tidak boleh dikategorikan sebagai Melayu. Tapi apabila Melayu menghadapi kesukaran, perkataan Bumiputera digunakan bagi menarik sokongan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak. Kalau senang, mereka dilupakan. Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak menikmati peluang sama rata dengan Melayu. Bahkan dalam artikel ini langsung tidak disebut pasal masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak. Hanya Brunei sahaja disebut. Padahal, asal usulnya sama.

manggis berkata...

michael chick and chee

Hakikatnya Melayu singapura adalah dalam keadaan terpaksa. Paksaan ada kalanya ubat terbaik untuk sesuatu bangsa atau kaum untuk bangkit atau sedar.

Benar apa yang dikatakan a voice. Siapa yanmg berani bersuara di singapura. Melayau terlalu kerdil di singapura untuk diperbuat perbandingan walaupun hakikatnya mereka adalah kaum asal di sana.

Saya percaya kaum India mendapat layanan dan kepercayaan yang lebih dibandingkan Melayu. Ini adalah kerana pemimpin lebih mempercayai kaum India daripada Melayu, kerana mereka sebenarnya sama-sama kaum pendatang, memperjuangkan dan mendendangkan lagu yang sama. Lihat contoh jawatan-jawatan tertinggi dalam tentera Singapura.

Adakah kerana kaum China ramai walaupun minoriti, adakah kerana pemimpin melayu terlalu bertolak ansur, adakah rakyat malaysia lebih bebas bersuara jika dibandingkan dengansingapura, maka mereka mengambil kesempatan. Mengapa mereka , kaum cina dimalaysia , tidak " rat race" sebagaimana melayu "rat race" di singapura.
Selagi anda mempersoalkan hak anda , mjaka begitu jugalah melayu akan mempertahankan hak mereka.