Witches in the Air by Goya 1797-98 Museo del Prado, Madrid
Ini perkembangan selanjutnya setelah artikel “Peristiwa 13 Mei dilawati semula” yang disiarkan di blog BigDogDotCom, www.bigdogdotcom.wordpress.com. Satu komen ditulis oleh seorang mantan pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan yang terlibat secara langsung dengan soal keselamatan Negara. Dipetik dari ruangan komen:
“Kesah peristiwa 13 Mei tidak perlu diungkit ungkit disamping tidak juga wajar dilupai kerana ia banyak mengandung kesilapan kesilapan yang boleh dipelajari untuk dihindari. Pengkajian semula peristiwa ini tidak mungkin dapat menemui satu penyelesaian oleh kerana siapa juga yang menjalankan penyelidikan sudah tentu berpendirian yang tidak berkecuali. Oleh yang demikian mereka akan hanya melihat dari sudut yang menyebelahi sentimen mereka seperti apa yang Kua Kia Soong dapat kumpul dari laporan laporan pihak British yg biasanya berat sebelah.Memang tepat apa yang dinukilkan ini. Tidak mungkin ada mana mana pihak yang boleh membuat analisa tanpa bias keatas peristiwa berdarah ini. Memang semestinya analisa maklumat melalui agensi negara luar seperti Britain bermotifkan agenda tertentu.
Peristiwa 13 Mei berlaku oleh kerana berbagai penyebab dari kelemahan dalaman UMNO, Bahagian bahagian memberi analisa kedudukan yang kurang tepat, rebutan kerusi dikalangan Perikatan, parpol parpol yang pro-Komunis atau puak kiri mengambil kesempatan kepincangan dalaman parti parti dalam Perikatan di samping PKM membuat persediaan untuk memulakan kegiatan bersenjata mereka pada hujung tahun 1968. Pergolakan pergolakan ini adalah diantara beberapa penyebab yang mencetuskan pergadohan ketika suasana perhubungan kaum sedang meruncing. Pokoknya Mei 13 69 meletup oleh kerana pemimpin parpol semua pihak TIDAK MEMPERDULIKAN sentimen dan kelohan rakyat ketika itu sekaligus membiarkan arus provokasi bermaharajalela
Ada setengah orang lama khuatir perkembangan dan pergolakan masa kini dirasai mirip sebelum mei 13 69 - nauzubilah min zaliq.
Tidak ada faedah yang nyata untuk di ungkit ungkit malapetaka yang berlaku ketika itu melainkan bagi memenuhi strategi atau agenda untuk menggoncang suasana ketenteraman Malaysia mungkin juga bagi kepentingan orang lain.
Ini adalah kerana banyak perkara yang sedang berlaku dilihat atau dirasai mempunyai muslihat demi kepentingan luaran. Melayu tidak bersatu ketika itu dan apakah ada persamaan situasi ketika ini?”
# Glossary: Parpol = Parti Politik
Penjelasan para kedua itu memang tepat. Ada pihak mengambil peluang dan mengeksploitasi kelemahan UMNO dan Parti Perikatan. Sentimen dan emosi rakyat sengaja dibiarkan dieksploitasi tanpa batas.
Dewasa ini, timbul phenomena terkini melibatkan anasir anasir sehaluan dengan mereka yang menimbulkan kemarahan dan lantas kekacauan peristiwa berdarah 13 Mei. Keterbukaan keadaan zaman maklumat ini diguna dan eksploitasikan semaksima agar konsep konsep menentang (dengan bertopengkan “perbincangan dan meneliti semula”) perkara perkara yang hak dan asas kepada orang orang Melayu dalam Negara ini seperti penakrifan ‘Bangsa Melayu’, Dasar Ekonomi Baru, Ugama Islam sebagai ugama rasmi Negara (dalam konteks kebebasan berugama) dan kedudukan Raja Raja Melayu sebagai kuasa mutlak soal ugama dan adat dan istiadat orang orang Melayu.
Golongan ini mengunakan cara cara ilmiah dan proses undang undang untuk mengkaji, menentang, menafikan dan menghina apa yang dianggap sebagai utama dan sensitif kepada orang orang Melayu, terutama dari konteks kebebasan memilih ugama, hak asasi manusia, nilai nilai sejagat dan asas asas demokrasi serta hak hak mereka yang kunun kununya dinafikan selama ini.
Usaha terancang dan berstruktur ini diberikan begitu banyak perhatian dan bantuan NGO NGO dari luar negara, termasuk liputan media dan wang Ringgit.
Usaha dan gerakan ini tidak boleh dilihat tanpa ditafsirkan sebagai “Kurang Ajar” kepada mereka yang sengaja mencari pasal dan bergerak untuk menentukan kestabilan, harmoni, perpaduan dan kesefahaman yang ujud hampir 40 ini terancam, tergugat dan akhirnya, mereka mengangguk diair keruh dan akan menyebabkan kepentingan majoriti terabai dan sebaliknya kepentingan minority diutamakan dari semua segi.
Ini perlu dipertahankan. Ini sebenarnya ancaman penjajahan semula dari anasir anasir dalaman yang selama ini kita ambil sebagai ‘rakan kongsi dan mereka yang wajar diberikan hak sama rata’.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak wajar diungkit semula, atas apa alasan sekali. Tiada yang positif yang boleh diperolehi dari penilitian semula insiden itu. Sebaliknya, perlu kita berwaspada dan bersungguh sungguh mempertahankan apa yang ada pada kita hari ini agar ‘tidak terlepas’ atas mainan agenda licik golongan tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan