Selasa, 19 Jun 2007

Menjawab "May 13": Adakah Utusan Melayu Dilarang Menerbit Buku Tunku dan Laporan MAGERAN?


Malaysiakini.com melaporkan Perdana Menteri memberi jaminan Buku "May 13" tidak akan diharamkan pengedaran dalam menjawab soalan dari Ahli Parlimen DAP Chow Kon Yeow di Parlimen Jun 18hb, 2007. Kenyataan itu tentu sekali menyangkal pelbagai kata-kata dan andaian akan pengharaman buku ini oleh media alternatif dan blog-blog tertentu.

Pendirian kerajaan untuk membiarkan orang ramai membincangkan peristiwa ini dengan lebih terbuka dan jujur amatlah disanjungi dalam mendukung kebebasan bersuara. Namun, buku yang jelas sekali begitu perjudis kesimpulan dan olahan perbincangannya terhadap orang Melayu dan pemimpin Melayu tidak harus dibiarkan tersebar, tanpa penerangan dan pembetulan sewajarnya.

Membiarkan anggapan yang salah untuk tersebar ditakuti membangkitkan prasangka lama dan menjejaskan muhibbah antara kaum. Buku ini akan dianggap sebagai satu dokumen yang sah untuk memberi mereka legitimasi dan alasan untuk menyangkal dan menentang apa sahaja polisi-polisi yang dibina dari zaman pemerintahan Tun Abdul Razak.

Jelas sekali, tidak ada usaha dari pihak kerajaan dan parti pemerintah untuk membetulkan kesalahan buku ini. Tidak kedengaran suara bantahan dari ahli politik Melayu, suara gesaaan Pemuda UMNO dan NGO-NGO Melayu terus menikus. Seminar Legasi Tun Abdul Razak anjuran Akademi Pemuda UMNO pada Jun 15 dan 16 baru-baru ini pun tidak dilihat untuk menyangkal tuduhan Dr Kua Kia Soong.

Cara yang paling senang untuk menjawab adalah dengan menerbitkan balik buku-buku "Mei 13: Sebelum dan Selepas" oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan "The May 13 Tragedy: A Report By National Operations Council." Kedua-dua buku ini adalah terbitan Utusan Melayu dan dengan penerbitan semula buku-buku ini sudah pasti akan menunjukkan betapa cetek pangkal maklumat dan rujukkan buku "May 13".

Sekiranya pelbagai pihak mahu rakyat membuka minda dan mendengar satu pandangan lain, mengapa Utusan Melayu tidak bersedia untuk memberi pandangan yang sedia ada untuk di rujuk kembali oleh orang ramai dan membolehkan mereka membuat perbandingan?

Adakah Utusan Melayu diarahkan supaya tidak menerbitkan dan menjawab balik buku-buku ini? Biar saya majukan persoalan ini kepada seorang ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu dan juga seorang blogger untuk menjawab pendirian Utusan Melayu dalam hal ini? Sekiranya ada arahan sedemikian, ini bermakna kerajaan mahu isi kandung buku "May 13" oleh aktivis cauvanis Dr Kua Kia Soong dibiarkan sebagai kebenaran.

Ini tentu sekali amat merisaukan penulis, kerana sudah bertambah kuat desas desus bahawa usaha Tun Abdul Razak dalam ekonomi, pelajaran, dan sosial akan di kuburkan, dan Dasar Ekonomi Baru akan dirungkaikan. Malah, penulis mengesaki Artikel 153 pun akan dikajisemula kerana penggunaan meluas istilah kontrak sosial yang diperkenalkan oleh Khairy Jamaluddin menggantikan jus soli memberi implikasi ianya boleh dibincang semula.

5 ulasan:

maer wan berkata...

jika ada pihak yang tidak membenarkan penerbitan buku itu, kenapa tidak kita sendiri bertindak untuk menerbitkannya?

apakata, kita ramai2 mohon utk ambilalih hak penerbitan buku2 itu?

knapa nak continuously kutuk kerajaan tanpa kita sendiri mengambil tindakan untuk menghalangnya?

maksud saya, jika kita betul2 mahu, semua Melayu yang prihatin boleh berkonsi bersama-sama menerbitkan buku ini, mungkin melalui satu syarikat penerbitan buku, eg. syarikat buku2 agama...

let's just work, not just talk and depend on the government. janganlah terus me ngharap, jika ternyata sesuatu yang buruk akan berlaku. mari memperkasakan bangsa. kita boleh!

Tanpa Nama berkata...

Tengok ni Husin Lempoyang!

Tun Razak Puja

Pesanan Keramat berkata...

Isunya disini copyright dan hak menerbit di pegang oleh Utusan Melayu.

Dari maklumat yang saya dengar dari anjung kuasa, Pak Lah sendiri tidak mahu buku2 itu di terbitkan semula.

Mr Nice Guy konon. Orang pijak kepala pun dia nak sabar.

Kalau mereka enggan tak apa.

Namun sudah di jumpa link ke buku2 Tunku. Insya Allah pasti ada yang akan siarkan di internet, buku NOC pula.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, jika dah jumpa link ke buku2 tuh, minta2 dikongsikanlah untuk tatapan bersama..

namun begitu, hati2 lah, takut kena saman pulak sebab copyright org lain yg punya..

:)

but then, can we not try to buy/take-over the copyright of printing and selling the books?

sori, maybe i have to ask my lawyer friends abut this issue.

bukannya apa, saya rasa, if stakat penerbitan buku2 tu dihalang, macam ada banyak je buku2 kat Malaysia yang dietrbitkan tanpa kebenaran?

Mungkin, dah tiba masanya we use Machiavellian politik. "matlamat menghalalkan cara"..namun, kita cuba lah cara yang legal dulu, k?

Tanpa Nama berkata...

Diminta individu2 atau pihak2 yang mempunyai simpanan buku2 "13 Mei Sabelum dan Salepas" dan "The May 13 Tragedy - A Report by National Operations Council", diminta membuat salinan soft copy supaya lebih mudah disebarkan.

Ini kerana ideologi "keterbukaan" Pak Lah kita nampaknya tidak mahu kepincangan perbincangan dalam buku "May 13" dijawab dengan fakta dan kebenaran. Ini jelas dengan tindakannya enggan membenarkan dua buku di atas tadi diterbitkan semula. Semuanya atas nama "keterbukaan" dan "kebebasan bersuara". Hatta yang punya fakta dan kebenaran hendak dihalang daripada memperbetulkan pembohongan.