Isnin, 10 November 2008

Menjawab Demonstrasi Biadap Bersorak "...stupid fatwa everywhere"

Penulis terkejut membaca posting video blog Tunku baru-baru ini di sini yang memaparkan liputan Malaysiakini.com akan satu demonstrasi oleh sekumpulan aktivis wanita bukan Islam yang menegur urusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Video itu disiarkan berikut:



Nyata sekali, kenyataan yang dikeluarkan mereka adalah kenyataan liberal yang daif pemahaman ugama, perundangan dan budaya dan tidak menunjukkan rasional dan kematangan berfikir.

Hari ini pula, Presiden PPP, Kayveas dilaporkan menegur Majlis Fatwa Kebangsaan. Memetik dari laporan The Star berjodol "Kayveas: Don’t pit the races against each other" bertarikh November 9hb, 2008, dia dilaporkan menyebut, “The statements by some religious leaders and certain groups on yoga is ridiculous.

Walaupun kenyataannya mungkin berniat baik untuk menegur pemimpin-pemimpin supaya berhenti melaga-lagakan satu kaum dengan kaum lain dengan kenyataan bernada perkauman, tetapi kenyataannya itu melakukan perkara yang sama dengan wanita-wanita muda yang bertunjuk perasaan dan ditegur supaya pemimpin lain hentikan.

Bagi menjawab kedua-dua tunjuk perasaan dan kenyataan penganut ugama lain, ada tiga ruang pendekatan yang boleh digunakan.

PANDANGAN AL QURAN

Sebagai orang Islam, sebaik-baiknya dirujuk kepada Al Quran. Surah Al-Kaafiruun yang maknanya diberikut begitu jelas:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku.
Ayat terakhir surah ini begitu jelas, hal ehwal ugama Islam adalah urusan orang Islam yang tiada hak untuk penganut agama lain mencampuri. Begitu juga sebaliknya, hal ehwal ugama tertentu adalah urusan penganut mereka yang tidak boleh orang Islam dan penganut agama lain mencampuri.

PANDANGAN PERLEMBAGAN DAN UNDANG-UNDANG

Dari segi hal ehwal dan status Islam dalam Perlembagaan, ianya begitu jelas dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan:

Article 3

(1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.

(2) In every State other than States not having a Ruler the position of the Ruler as the Head of the religion of Islam in his State in the manner and to the extent acknowledged and declared by the Constitution, all rights, privileges, prerogatives and powers enjoyed by him as Head of that religion, are unaffected and unimpaired; but in any acts, observance or ceremonies with respect to which the Conference of Rulers has agreed that they should extend to the Federation as a whole each of the other Rulers shall in his capacity of Head of the religion of Islam authorize the Yang di-pertuan Agong to represent him.

(3). The Constitution of the States of Malacca, Penang, Sabah and Sarawak shall each make provision for conferring on the Yang di-Pertuan Agong shall be Head of the religion of Islam in that State.

(4) Nothing in this Article derogates from any other provision of this Constitution.

(5) Notwithstanding anything in this Constitution the Yang di-Pertuan Agong shall be the Head of the religion of Islam in the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan; and for this purpose Parliament may by law make provisions for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the Yang di-Pertuan Agong in matters relating to the religion of Islam.
Agama Islam adalah Agama Persekutuan dan mempunyai hak untuk mendapat peruntukkan kerajaan dan di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Institusi Agama Islam seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka ini adalah penguasa agama yang berpengathuan, layak dan bertauliah.

Perkara 3(1) juga menyebut hak mereka untuk berugama dan kalau boleh dilanjutkan kepada situasi yang lebih am, ia-itu hak untuk memegang apa pendirian berkaitan agama masing-masing.

Syaratnya ia dilakukan dengan aman dan damai dalam kaitan dengan satu-satu saja agama yang disebut dalam Perlembagaan.

Bagi penunjuk-penunjuk perasaan dan Kayveas untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian, mereka sepatutnya menyedari Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

Article 11

(1) Every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

(2) No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.

(3) Every religious group has the right -

(a) to manage its own religious affairs;

(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes
; and

(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.
(4) State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Lubuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

(5) This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.
Begitu jelas dalam Perkara 11(3a), setiap agama ada hak untuk mengurus hal ehwal agama masing-masing dan menubuhkan Institusi-Institusi Agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak boleh dipersoal dan dicampur tangan oleh penganut agama lain.

Bidang kuasa Institusi Agama Islam seperti Majlis Fatwa Kebangsaan bertaraf berkanun. Ia lebih tersusun dan teratur dari segi undang-undang berbanding Institusi Agama lain yang lebih kesukarelawan.

BUDAYA

Keputusan seseorang individu untuk menjalani sesuatu gaya hidup adalah hak asasi seseorang individu kecuali dia tidak memaksa gaya hidupnya ke atas orang lain. Disamping itu, gaya hidupnya tidak boleh menyusahkan kehidupan, keamanan dan keharmonian kaum masyarakat sekeliling. Ini bermakna hak peribadi itu tidak boleh terbuka dan bebas mengikut sesuka hati masing-masing.

Selain undang-undang, setiap individu hidup berpandukan norma masyarakat melalui budaya, agama, dan nilai moral dan etika sesuatu kaum, komuniti dan ilmu alam setempat. Norma masyarakat ketimuran ditentukan tidak berdasarkan hanya pendapat dan pegangan individu sahaja tetapi atas norma yang diterima ramai. Masyarakat Malaysia dipengaruhi oleh pegangan spiritual, budaya kaum, amalan keluarga, dan persekitaran masyarakat majmuk.

Suasana sekeliling dan norma masyarakat yang ditentukan oleh struktur masyarakat dan proses konsensus adalah penentu kepada budaya setempat. Apa sekalipun hak atau undang-undang yang ingin digunakan, prinsip dan latarbelakang masih berbalik kepada amalan norma dan budaya masyarakat setempat.

Maka ingin ditanya kepada penunjuk-penunjuk perasaan, dari alam budaya mana cara pemikiran dan pendirian mereka? Budi pekerti dari mana mereka perolehi yang tidak menghormati ugama lain dan berbahasa kasar memanggil agama lain bodoh?

Mereka yang berpegang pada falsafah liberalisme pun tidak memaksa pandangan dan pegangannya ke atas orang lain!

6 ulasan:

Hiriyati berkata...

Itulah akibatnya jika cetek ilmu pengetahuan dan terlalu mengikut-ikut apa orang lain kata dan buat. Bertindak mengikut perasaan dan tanpa usul periksa.

Kembara Politik berkata...

Inilah padahnya bila kebebasan bersuara diagung2kan oleh segenap pemimpin pakatan rakyat...

Suara yang bangang itu umpama membakar hati segenap Muslim di Malaysia ini...

Kepada PAS inilah hasil didikan anda...berdemonstrasi kononnya untuk kebebasan bersuara dan memperjuangkan perkara yg tertindas...

Penyudahnya..kaedah itu digunakan utk menginjak2 agama Islam itu sendiri...Tahniah kepada semua pemimpin Islam Pakatan Rakyat!

msleepyhead berkata...

apa yang sedih mengenai blog ini ialah perlembagaan asyik diucapgunakan untuk mempertahankan kepentingan/hak/kedudukan melayu sehingga dilihatkan bahawa tanpa perkataan2 dan ayat2 yang dituliskan di atas kertas yang disebut perlembagaan itu, melayu akan hilang di dunia.

you are who you are, you don't need a piece of paper to tell you who you are and will be.

natsu~ berkata...

To msleepyhead. We are what we are, thats right. Jadi apa cadangan saudara? Negara kita mempunyai undang2, jadi apa yg brlaku kebelakangan ini memang jelas mencabar perkara2 yg trkandung dlm prlmbagaan. Tetapi, oleh kerana anwar dgn prjuangan peribadi dia, pas dgn tujuan mutlak menghancurkan umno nya, manakala umno skrg pula sibuk dgn kuasa n kekayaan peribadinya- maka jadilah kita ini harimau yg brlaga sekandang. Kita semua yg rugi. Kesudahanya kita jadi sprti palestin, kita sesama kita bergaduh, berbunuh. Dlm menghadapi isu2 yg mengancam agama n bangsa ini kita lihat bgimana respon pemimpin melayu islam. Sedihnya. Generasi slps saya nanti msh bernegarakah melayu malaysia? - usj1

Hiriyati berkata...

To msleepyhead:
You must indeed be a sleepyhead. Ofcourse "you do not need a piece of paper to tell you who you are".

A Chinese, even if your name is Calvin or Cynthia as stated in your piece of paper, and also written on that piece of paper that you are a citizen of a country other than China, you will always be a Chinese. The same goes to an Indian, whether you are known as Mary or Anthony, and whatever citizenship might be written on your pice of paper, you will always be an Indian.

You must have always been a sleepyhead throughout your school days. Masa Cik gu ajar Sejarah awak tidor. Mana nak dapat ilmu.

You cannot deny the fact that a Melayu is always a Melayu yang berasal dari Tanah Melayu ataupun salah satu pulau dari Kepulauan Tanah Melayu, the Malay Archepalago. Tu lah sebabnya Melayu boleh claim dia pribumi, bumiputra.

Sori beb! Argue lah macamana pun. As you said, "You are who you are".

Tanpa Nama berkata...

mereka yang menentang dan menghina fatwa itu are very stupids idiots...

fatwa itu dibuat hanya untuk orang islam..so,orang bukan islam jangan sibuk2..

learn la something that's can make you be a human..