Tindakan ini amat bijak.
Kedah adalah sebuah negeri yang mana tren peningkatan peratus orang Melayu sedang meningkat ke arah 90%. Malangnya peratusan penduduk Melayu di taman-taman perumahan adalah kurang dari kuota 30% yang ada.
Sekiranya tren ini dibiarkan, orang Melayu akan sentiasa terpinggir dari bandar-bandar dan proses pembandaran (urbanisasi) tidak menguntungkan orang Melayu.
Walaupun digesa oleh pemaju-pemaju perumahan, kerajaan negeri masih tetap ddengan pendirian mereka. Sila lihat laporan berita berikut:
3 October 2008Rungutan pemaju-pemaju hanyalah dari perspektif dagang dan tidak melihat perumahan sebagai satu keperluan asas manusia. Selama ini, pemaju-pemaju hanya memikirkan untuk mengautkan keuntungan berlipat-lipat ganda.
Kedah kekalkan kuota rumah Buimputera 50 peratus
ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah tetap dengan dasar baru kuota perumahan 50 peratus bagi Bumiputera di negeri itu meskipun mendapat bantahan daripada para pemaju.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri memperkenalkan dasar tersebut bagi membolehkan setiap rakyatnya berupaya memiliki rumah.
"Jika pemaju tidak gembira dengan dasar baru ini, mereka dialu-alukan kemukakan hujah mereka kepada kerajaan negeri.
"Kami mempunyai rasional memperkenalkan dasar ini dan keutamaan kami ialah memfokus mereka yang memerlukan (rumah).
"Kita hendak memastikan kesemua rakyat Kedah berupaya membeli rumah," kata beliau di sini hari ini.
Beberapa ahli politik termasuk daripada kalangan DAP dan Gerakan baru-baru ini membangkitkan rasa tidak puas hati dengan dasar baru itu, yang dikuatkuasakan 1 September lalu.
Dasar kuota sebelum ini ialah 30 peratus. -- BERNAMA
Bagi pihak kerajaan, mereka perlu memastikan red tape dikurangkan jika tidak ada langsung, supaya harga rumah boleh kekal murah dan pemaju mendapat keuntungan yang wayar.
Disamping itu, hak kaum lain tidka dinafikan. Baca laporan berikut:
5 October 2008Dimana kerajaan PAS Kedah boleh lakukan sesuatu yang menjaga kepentingan rakyat asal Melayu Islam, kerajaan Perak boleh membuat anugerahtanah yang melampau sekali. Tanah boleh diberi untuk tanah hingga 999 tahun.
Dasar Baru Penetapan Kuota Tidak Nafikan Hak Kaum Lain
ALOR STAR, 4 Okt -- Penetapan kuota semua jenis rumah untuk Bumiputera di Kedah, yang dinaikkan daripada 30 peratus kepada 50 peratus, tidak menafikan hak mana-mana kaum.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata dasar baru itu telah dipersetujui anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi memastikan setiap rakyat terutama golongan kelas pertengahan mampu memiliki rumah sendiri.
"Keputusan ini juga dibuat selepas kajian mendapati masih ramai bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana kuota itu tidak mencukupi.
"Majoriti 1.5 juta (daripada kira-kira dua juta rakyat) adalah orang Melayu dan yang lain campuran India, Cina dan lain-lain dan kita ada banyak bukti apabila orang (Bumiputera) hendak beli rumah, pemaju kata sudah habis dijual," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Sri Mentaloon, di sini, Sabtu.
Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah Ricque Liew dalam akhbar hari ini yang mendakwa syarikat pemaju mungkin gulung tikar jika kerajaan negeri tidak memansuhkan dasar baru itu.
Liew yang mahu kerajaan negeri mengikut dasar kuota nasional 30 peratus mendakwa langkah itu akan menyebabkan keuntungan penjualan balik hartanah yang dibeli oleh Bumiputera mengikut harga pasaran terhad.
Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri juga mahu pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik seperti kos sederhana berbanding berharga tinggi mencecah RM300,000 supaya mampu dibeli golongan pertengahan khususnya di bandar.
"Kerajaan nak pastikan rakyat mampu miliki rumah, kalau harga rumah lebih RM250,000, warganegara asing sahaja akan beli.
"Keputusan ini juga adalah demi kepentingan orang ramai tapi kalau cakap pasal keuntungan, memang (pemaju) akan tutup (gulung tikar). Tapi tak mungkin mereka akan tutup," katanya. -- BERNAMA
2 ulasan:
Apa pun syabas kepada PAS Kedah!Tahniah kepada MB Kedah!
Jangan jadi macam Nizar dah la!
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/09/pemberian-tanah-sekolah-persendirian-di.html
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/09/isu-pemberian-tanah-kerajaan-boneka-dap.html
http://kembarapolitik.blogspot.com/
p/s: Kepada saudara pesanan, saya minta kebenaran meletakkan blog saudara dalam blogroll saya. Halal ye?
Salam...
Pada pendapat saya penetapan kuota 50% untuk Bumiputera terhadap unit-unit yang dibina dalam projek-projek perumahan baru di Kedah, amatlah wajar. Ini memandangkan peratusan Bumiputra di Kedah antara tertinggi di Malaysia, selain Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Perlis.
Berdasarkan banci 2000, penduduk Kedah merangkumi kira-kira 80% Bumiputera (75% Melayu serta 5% Siam dan lain-lain). Bukan Bumiputera hanya 20%. Jumlah populasi Kedah menurut data Banci 2000 adalah lebih 1.65 juta, menjadikannya yg ke-6 terbesar dalam kalangan semua 14 negeri dan wilayah di Malaysia ini.
Justeru saya tidak nampak apa nya yg tidak adil dengan penetapan kuota 50% Bumiputera sehinggakan Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia (REHDA) ingin mencabar polisi tersebut di mahkamah. Apa agenda tersembunyi mereka? Adakah pada mereka orang Melayu Kedah hanya layak tinggal di Jerlun, Pendang, Yan, Padang Terap, Baling, Sik, dan entah ceruk hulu mana lagi sementara Sungai Petani, Alor Setar, dan Kulim hendak dijadikan koloni elit untuk you-know-who?
Catat Ulasan