Sabtu, 28 Februari 2009

Isu 'Allah': Lagi beransur, lagi mereka menolak. Kenapa beransur?

Sana sini kedengaran orang Islam yang sedar nawaitu disebalik Herald Tribune menggunakan istilah "Allah" untuk "tuhan" dalam risalah Kristian berbahasa Melayu mereka yang mempunyai tujuan untuk berdakwah kepada orang Islam.

Ini jelas bertentangan dengan asas kebabasan berugama dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran ugama lain kepada umat Islam di negara ini.

Selain itu, tidak munasabah untuk penganut agama Kristian menggunakan istilah Allah sebagai tuhan kerana ia bercanggah dengan maksud Allah sebagai tuhan yang esa.

Ada gereja-gereja tertentu yang mengharamkan penggunaan istilah Islam ke dalam amalan Krisian mereka.

Hairan dan takjub kenapa begitu mudah ahli Parlimen PAS, Khalid Samad, yang mana partinya satu masa dahulu boleh melenteng dengan isu sebegini, boleh terima tipu helah mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama Kristian dan memurtadkan umat Islam?

Dalam menggunakan telunjuk ke arah PAS tidak lengkap jika tidak disalahkan kepada pihak yang membuat keputusan ia-itu Menteri Dalam Negeri dari UMNO, Dato Seri Syed Hamid Albar. Tidakkah dia faham niat mereka, percanggahan dengan amalan Kristian dan artikel 11 (4) berkenaan bebasan agama?

Namun begitu, kelonggaran yang diberi tidak dihargai oleh pihak-pihak ini. Mereka menuntut penggunaan sepenuh tanpa syarat.
Remove conditions on use of ‘Allah’, Govt urged

The Star, Saturday February 28, 2009

KUALA LUMPUR: The Govern­ment’s approval for the word “Allah” to be used in Christian publications should be widened.

MCA Political Education Bureau head Gan Ping Sieu said conditional usage of “Allah” in print form was unacceptable and an affront to common sense.

He said the MCA acknowledged that the Home Ministry had heeded calls from Christian groups to allow the use of the word in their publications, albeit with conditions.

Gan pointed out that the Christian bumiputra’s right to use “Allah” should not be solely confined to Christian literature.

“The majority of Christians are bumiputras from Sabah and Sarawak and the orang asli, whose mother tongue is Bahasa Malaysia.

“Because they speak and pray in Bahasa Malaysia as it is their first language, the Government must lift the ban not only for printed publications but also for oral references to God as ‘Allah’,” he said.

Gan said that the latest government gazette was directed towards Christian publications but failed to include other religions that refer to God as “Allah”.

“The Government should come out clearer that ‘Allah’ may be also used by the Sikhs. There should not be different standards for different religions in referring to God as ‘Allah’ as it will confuse Malaysians,” he added.

In Petaling Jaya, the Council of Churches of Malaysia has made similar calls, adding that the Government should accept the use of the term “Allah” as a heritage that is not exclusive to one religion.

“We further urge the Government not to attempt to regulate or circumscribe its use through the introduction of preconditions and by punitive criminal legislation,” said the council’s general secretary Rev Dr Hermen Shastri in a statement yesterday.

“This is an unfair imposition and unwarranted restriction on the practice of the Christian religion in this country,” he said.

“We regret that the Government did not see fit to engage with us before introducing this order.”
Kenapa mudah beralah kepada pihak yang mempunyai niat jahat dan tidak akan tahu mertolak ansur mengalah tetapi hanya mahu mengambil saja? Bodoh!

Adakah kerana perkiraan politik sanggup dikorbankan akidah umat-umat Islam yang agak lemah?

Jumaat, 27 Februari 2009

Perkiraan hak Melayu dan Pribumi tiada lagi untuk biasiswa JPA?

Dua minggu lepas, sebuah berita tersiar di suratkhabar The Star, kepunyaan MCA memetik Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyatakan persetujuan biasiswa JPA dianugerahkan hanya berdasarkan merit dan kedudukkan kewangan keluarga.

Kenyataan ini dilapor dibuat selepas suatu perjumpaan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin MCA, ketua-ketua masyarakat India, dan etnik Sabah dan Sarawak.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, ini adalah kata sepakat yang dicapai dalam perjumpaan ini dan ianya akan dibincangkan dalan mesyuarat Kabinet. Kriteria keputusan baik dan pendapatan keluarga yang rendah perlu diperketatkan.

Katanya lagi, inilah cara untuk memastikan lebih ramai kaum Cina menyertai perkhidmatan kerajaan.

Berita sepenuh seperti berikut:

Merit, income criteria for PSD scholarship

The Star, Friday February 13, 2009

By ROYCE CHEAH

SERDANG: Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan has agreed that the Public Service Department scholarship should be awarded based only on merit and household income, after discussions with MCA leaders and community heads.

MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat said consensus was reached at a recent meeting and that the idea would be brought to the Cabinet for further discussion.

The other leaders involved in the move were from the Indian and Sabah and Sarawak ethnic communities.

“The consensus reached also included the fact that students who qualify for the scholarships will be eligible not only for overseas study but also for local universities.”

The proposed criteria to select students based on good results and low household income ought to be strictly adhered to, Ong said at the Serdang MCA Chinese New Year open house last night which was attended by top MCA leaders such as secretary-general Datuk Wong Foon Meng, vice-presidents Datuk Seri Liow Tiong Lai and Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, and Youth chief Datuk Wee Ka Siong.

Ong also said that MCA’s goal to see more Chinese civil servants would be realised soon.

“We cannot expect this to happen overnight but I assure you that proper steps will be taken,” he said.

Laporan ini menimbulkan pelbagai persoalan. Jika hanya merit dan kedudukkan kewangan saja diambilkira, maka hak orang-orang Melayu dan Pribumi telah tidak ambilkira. Mana ceritanya laungan mempertahankan "Ketuanan Melayu" dan "Sosial Kontrak"?

Kemudahan biasiswa untuk menyambung belajar bagi orang-orang Melayu dan kaum-kaum Pribumi etnik Sabah dan Sarawak adalah perkara-perkara yang jelas terjamin dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutan mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Pribumi lain.

Pihak berkuasa dalam hal ini adalah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.

Suatu yang jelas adalah sebarang penarikkan balik hak-hak keistimewaan Melayu perlu mendapat perkenan Raja-Raja Melayu, samada dipersetujui oleh Agong atau diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Itu prinsip yang mungkin sekali telah diambilmudah oleh pihak-pihak kerajaan Persekutuan atau Negeri sebelum ini atau dianggap tidak perlu berikutan tanggapan Raja perlu mengikut nasihat eksekutif.

Pendirian dan kenyataan terbuka yang dilaporkan telah dibuat oleh KSN dan pemimpin-pemimpin MCA adalah seolah-olah mengetepikan kuasa Raja dalam melindungi hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Pribumi lain.

Selain memperlecehkan martabat dan kuasa Raja dalam perihal ini, pendirian terbuka ini adalah suatu ketidak hormatan kepada Institusi Raja-Raja Melayu dimana terletak kesinambunagan kedaulatan dan sejarah negara ini.

Sayugia diingatkan keistimewaan mendapat biasiswa adalah perkara yang sudah dipersetujui oleh semua rakyat Malaya dan Malaysia semasa persejutuan kemerdekaan Malaya, pembentukan Malaysia dan pemberiaan kerakyatan pada tahun-tahun sebelum Merdeka. Artikel ini tidak boleh diubah melainkan dengan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Ini adalah perkara pokok yang tidak boleh diambilmudah dan main langgar saja oleh mana-mana pihak. Sudahlah sebelum ini kerajaan ada memberi perseutujuan kuota 55:45 untuk Bumiputera: Bukan Bumiputera dan kini tak ambil kira langsung hak Bumiputera.

Dalam perkara ini, KSN tidak ada kuasa rasmi untuk membuat keputusan dan menyatakan pendirian sedemikian rupa mengenai perkara-perkara polisi tanpa kelulusan Mesyuarat Kabinet.

Yang anihnya, kenapa orang dan pemimpin Melayu berdiam?

Adakah kita sudah termakan dengan helah Ong Tee Keat kononnya dengan diberi biasiswa orang-orang Cina akan berterima kasih dan lebih ramai akan bersedia bekerja perkhidmatan kerajaan?

Orang Melayu berkhidmat dalam kerajaan kerana tradisi kewujudan Melayu dalam kerajaan. Selain itu, itu saja peluang pekerjaan yang mudah untuk orang Melayu perolehi pekerajaan. Peluang dalam swasta lebih terbuka hanya dalam syarikat-syarikat yang ada kaitan kerajaan.

Peluang untuk pekerajaan di dalam syarikat antarabangsa, swasta dan SME didominasi oleh orang Cina hingga ada hanya mengambil pekerjaan berdasarakan kebolehan berbahasa Cina. Orang Cina yang menyertai sektor awam mempunyai tujuan dan agenda tertentu. Tidak menghairankan kekurangan pendapatan mereka diberi kompensasi dari penyumbang lain.

Sekarang ini ada antara orang-orang kita mempertahankan hak Raja-Raja dalam menjadi penentu ketua Negeri. Selain menjaga kepeningan politik, mereka berdiam dalam perkara yang menjaga kepentingan bangsa.

Kenapa tidak dipertahankan kuasa Raja-Raja dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dankaum Bumiputera lain? Bukankah akhirnya kuasa memerintah itu mahu dipertahankan untuk memastikan kepentingan bangsa tidak terhakis dan hilang?

Fahamkah orang Melayu kenapa perlu dikekalkan kuasa dan immuniti Raja-Raja Melayu?

Rabu, 25 Februari 2009

PERKASA anjur Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi pada Mac 22hb, 2009

Kenyataan Akhbar pengumuman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bertarikh Februari 23hb, 2009 diterima seperti berikut:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan rasa rendah diri dan takzim, PERKASA ingin mengumumkan penganjuran Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara pada Mac 22hb, 2009 bertempat di Kelab Kilat Kuala Lumpur, Kompleks Sukan TNB Bangsar, Kuala Lumpur dari pukul 8:30 pagi hingga ke 6 petang.

Tujuan Perhimpunan dan Sidang Kemuncak ini adaalah:

1. Memupuk semangat penyatuan dan perpaduan Pribumi dari pelbagai fahaman di atas perkara-perkara yang menyentuh hak Pribumi dan kedaulatan negara.
2. Mendukung dan memperkukuhkan sendi-sendi utama Perlembagaan Negara sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia seluruhnya.
3. Mendapatkan maklumbalas serta cadangan-cadangan dari akarumbi Pribumi mengenai usaha melindungi dan memperkukuhkan hak-hak mereka dari dicabari oleh mana-mana pihak bagi maksud kepentingan sempit mereka.
PERKASA ditubuh dan diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan pada September 16hb, 2008 atas tujuan seperti yang tertera dalam Fasal 4 Perlembagaan PERKASA berikut:

1. Memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan,
2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan,
3. Memperkasakan kedaulatan Raja-Raja Melayu,
4. Mempertahankan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan Pribumi,
5. Memperkasakan Kaum-Kaum Pribumi,
6. Menyatupadukan Kaum-Kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia
7. Mempertahankan Kedaulatan Negara.
Perhimpunan ini merupakan acara kemuncak bagi PERKASA yang sepanjang setahun telah menggembelingkan usaha ke arah penubuhan, membina keahlian, dan menganjurkan serta melibatkan diri dalam Majlis-Majlis Ilmu seperti Forum, Seminar, Dialog dan lain-lain samada di Kuala Lumpur atau di luar Kuala Lumpur serta di Televisyen untuk menyuarakan pendirian Perkasa dalam pelbagai isu-isu.

Perhimpunan dan Sidang Kemuncak yang kami anjurkan ini akan mengumpulkan umat-umat Pribumi dari pelbagai latarbelakang dan pertubuhan dari Semanjung dan juga wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak. Kami menjangkakan kehadhiran sekurang-kurangnya 10,000 hadhirin.

Kami dengan ini mengundang orang ramai khususnya kaum pribumi dari seluruh Negara untuk hadir menyertai perhimpunan ini sebagai menyatakan sokongan terhadap perjuangan terhadap hak-hak pribumi dan kedaulatan raja-raja Melayu yang sudah mulai menghadapi proses penghakisan dan penderhakaan oleh pihak tertentu akibat perkembangan-perkembangan politik semasa.

Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara akan diadakan sebelah waktu pagi dan terbuka kepada semua orang ramai kaum Pribumi, dan Pertubuhan-Pertubuhan Pribumi. Perhimpunan sebelah pagi ini akan merupakan Majlis rasmi dan ucaptama oleh seorang tokoh. Majlis akan bersurai pada pukul 12:30 tengahhari.

Selepas berhenti disebelah tengahhari, Sidang Kemuncak Pribumi Negara akan bermula dari pukul 2:00 petang. Ini merupakan Sidang Kemuncak yang melibatkan ratusan Pertubuhan-Pertubuhan Pribumi.

Beberapa pembicara-pembicara terpilih akan menyuarakan dari ruang kepakaran dan pengkhususan masing-masing. Antaranya wakil-wakil dari ABIM, Gapena, wakil kumpulan Bajau sebagai mewakili Sabah, wakil Pribumi Sarawak, wakil Orang Asli, Persatuan Peguam Muslim, dan golongan muda.

Majlis sidang kemuncak akan berakhir dengan rumusan oleh Pengerusi Sidang ia-itu Timbalan Presiden PERKASA, Dato Fuad Hasan dan pengistiharan 10 Perkara Tindakan Perjuangan PERKASA..

YB Dato Ibrahim Ali
Presiden,
PERKASA

Sabtu, 21 Februari 2009

Ibrahim Ali hempas songkok pertahan Raja-Raja Melayu

Agendadaily, Februari 19, 2009

Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.

Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.

Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.


Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.

"Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.

Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.

Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar.

Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.

Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan dan tidak menghormati Tuan Yang Dipertua hingga menuduh, menuding dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil keluar dari Dewan.

Belum pun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim. Malah satu ketika, Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.

Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading.

Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.

"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja? Syabas Pasir Mas," katanya.

Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.

Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.

"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya.

"Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh.

Apapun selepas selesai membahaskan usul berkenaan, Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada beberapa penyokong kerajaan kerana ketegasannya di Dewan.

Malah, 'chief' Parlimen, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga berkata kepada Ibrahim, "Inilah wira."

Isnin, 16 Februari 2009

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Melayu Kepada DYMM Sultan Selangor


MENGADAP KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, PAYUNG MAHKOTA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Sembah Patik Sekalian Mohon Di Ampun,

Patik rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan sekalian, merafak sembah takzim ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan menyanjung tinggi limpah berkenan Tuanku di atas titah Tuanku yang bernas dan sungguh bijaksana berhubung pergolakkan politik yang melanda di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Justeru itulah, sebagai rakyat ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, patik sekalian Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan berikrar untuk terus taat setia ke atas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sesungguhnya pantang anak Melayu menderhaka kepada Raja dan Institusi DiRaja. Institusi DiRaja terlalu mulia untuk dipersendakan dan diperlekehkan. Atas nama politik dan kepentingan kuasa, kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara yang sangat terkenal arif lagi bijaksana, diremeh, diperlekeh malah diugut oleh golongan yang kononnya pakar dan faham tentang undang-undang di negara ini.

Tampak jelas, golongan ini sesungguhnya mengenepikan institusi DiRaja sebagai institusi unggul, berdaulat tinggi kemuliaannya sejak zaman berzaman. Golongan biadap ini tidak sedar pengertian konsep kerajaan itu sendiri, bererti 'wujudnya Kerajaan BerRaja’.

Akan sebab itulah patik sekalian Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan merafak sembah takzim menyanjung tinggi kenyataan akhbar khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sepertimana yang tersiar di dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia pada hari Sabtu, 14 Februari 2009.

Penegasan, dan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menandakan institusi Raja yang mempunyai kekebalan undang-undang, wajar dihormati sebagai payung mahkota rakyat. Raja diangkat darjatnya oleh Allah S.W.T. sebagai khalifah di mukabumi ini dengan segala kemuliaan dan keistimewaan untuk disanjungi, memelihara agama Allah, sebagai khalifah Allah di mukabumi, selain menjadi pelindung kepada seluruh rakyat yang bernaung di bawah kekuasaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Golongan yang bebal, degil, biadap seperti ini pada pandangan patik sekalian Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan, harus dihukum, dan diberi kursus khas untuk mengingati prinsip kedua Rukunegara yakni “KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA”.

Malangnya, disebabkan mereka ini terpengaruh dengan fahaman liberalisasi, globalisasi, modernisasi, prinsip adat diketepikan, prinsip kemuliaan Raja-Raja Melayu dipandang remeh, sebaliknya segala usaha dan tindak-tanduk mereka yang menyembah derhaka itu, membayangkan elemen dan riak-riak untuk golongan opportunis ini membawa negara ini menjadi sebuah Republik. Republik yang diperintah oleh golongan perusuh, yang beroleh kuasa hasil keganasan yang diajar oleh pimpinan mereka.

Bagi golongan ini kuasa adalah segala-galanya sehingga sanggup menderhaka dan memalukan Raja-Raja Melayu di hadapan mata bukan Melayu. Prinsip ‘biar mati anak jangan mati adat’ tidak lagi mereka junjung. Pada mereka, segala upaya mereka hingga ketitisan darah terakhir hanyalah untuk mempertahankan sedikit kuasa yang mereka ada. Mereka ini pada pandangan patik sekalian, tidak pernah mahu menerima ketentuan Qada dan Qadar Allah S.W.T. Bukankah Allah berkuasa memberi dan menarik balik kuasa dan kerajaan yang diberikan sesiapa jua yang Allah kehendaki?.

Demi menjunjung taat setia tidak berbelah bagi patik sekalian kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, patik berikrar bersama seluruh rakyat Selangor Darul Ehsan yang faham akan sejarah, yang mengerti prinsip pantang Melayu menderhaka, yang mengerti bahawa institusi DiRaja adalah legasi dan lambang ketuanan Melayu, patik sekalian Rakyat Negeri Selangor dengan rasa rendah diri menyokong sepenuhnya titah dan pandangan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berhubung pergolakan politik di Perak.

Patik sekalian juga berikrar bersama seluruh rakyat negeri Selangor Darul Ehsan, selagi hayat dikandung badan, patik sekalian akan memuliakan dan mempertahankan kemuliaan institusi DiRaja yang dinaungi oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Negeri Selangor Darul Ehsan, biar membujur lalu melintang patah, namun langkah mayat patik sekalian, Rakyat Negeri Selangor terlebih dahulu, jika ada sesiapa sahaja yang berani menyanggah titah dan cuba mencemarkan kemuliaan dan ketinggian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai payung mahkota, simbol dan lambang penyatuan rakyat serta pelindung bangsa dan agama Islam yang Maha Suci.

Patik sekalian Rakyat Negeri Selangor pada hari ini juga bertegas atas mempertahankan kemuliaan institusi DiRaja Yang DiPayungi oleh Raja-Raja Melayu:

a) Menyokong sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak zaman-berzaman sehingga membawa kemakmuran dan keamanan negara.
b) Menyatakan ikrar sumpah taat setia kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan.
c) Mendukung dan mempertahankan falsafah prinsip kedua Rukunegara ”Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”.
d) Memohon agar mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan proses Mahkamah untuk mempersendakan dan memperlekehkan kuasa Raja dan institusi DiRaja.
e) Memohon agar kuasa budibicara KBDYMM Sultan dipertahankan serta immuniti Raja dikembalikan.
f) Memohon agar KBDYMM Sultan menarik balik gelaran-gelaran yang diberikan kepada penderhaka serta mengambil tindakan kepada pemimpin pakatan pembangkang yang menghasut dan menghina Raja dan institusi DiRaja.
g) Mengutuk sebarang usaha dan tindakan yang boleh dianggap menjejaskan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara ini.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun.

Sekian, wassalam.

Patik sekalian pacal yang hina;

Majlis Belia Selangor
Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia Negeri Selangor
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)
PEKIDA Selangor
PESAKA Selangor
Gerakan Belia 4B Selangor
Gabungan Badan Bukan Kerajaan Shah Alam

Sabtu, 14 Februari 2009

Perhimpunan Menyokong Sultan Selangor


SMS berikut diterima:

Jemputan Perhimpunan Penyerahan Memorandum Sokongan Kepada Sultan Selangor Mengenai Institusi Raja. Tarikh: 15/2/2009 (Ahad). Masa: 9:30 pagi. Tempat Berkumpul: Depan Istana Kayangan, Shah Alam. Pohon agar dapat sebarkan ramai.

Jumaat, 13 Februari 2009

Sultan Selangor murka dengan sikap biadap, Kerabat Kedah tuntut Karpal diharamkan masuk Perak


Bekas MB Perak, Dato Seri Muhammad Nizar telah memfailkan saman terhadap MB baru Perak, Dato Dr Zambery Kadir pagi tadi hari ini di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Walaupun saman ini mungkin sekali dibuang kerana defenden yang dinamakan itu tidak terlibat dalam membuat apa-apa keputusan dan defendan yang sepatutnya adalah Sultan Perak, saman ini adalah satu tindakan ingkar terhadap keputusan Sultan Perak dan tiada menunjukkan hormat kepada Institusi Raja.

Mungkin ada 'prosedur' yang digunakan oleh Sultan Perak boleh dihujahkan dari segi undang-undang, tetapi intipati dan realiti yang boleh dipendikkan cerita adalah kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang majoriti dan DYMM Tuanku telah mengesahkan dengan kesemua 31 ADUN.

Sultan telah bertindak mengikut peruntukkan Uudang-undang Tubuh Negeri Perak, Perlembagaan persekutuan, dan Akta Interpretasi yang memberikan kuasa kepada Sultan Perak untuk hire and fire. Kehilangan majoriti oleh Pakatan rakyat adalah sesuatu yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan lagi.

Kemelut ini tidak akan terjadi jika Nizar tidak menurut percaturan Ngeh dan Nga untuk enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Tuanku dan mahu bermain politik untuk melengah-lengahkan penurunan jawatan dengan prosedur yang lebih panjang dan rumit.

Disamping itu, ianya tidak akan berlaku jika Nizar tidak cuba mempertahankan tindakan penipuan Speaker DUN PR yang cuba menipu SPR untuk memecat dua ADUN yang dipilih menggunakan surat haram yang ditandatangan kosong dan telah dinafikan oleh penandatangan-penandatangan surat.

Titik tolaknya ini tidak akan terjadi jika Nizar mengambilkira keprihatinan Tuanku Sultan kepada hak dan kepentingan orang Melayu. Nizar adalah pilihan DYMM Tuanku Sultan Perak tetapi prestasi kerjanya mengecewakan. Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, Nizar telah macam dicucuk hidung akur dan menurut kepada kerakusan dan kegelojohan exco-Exco dari DAP yang diketuai oleh Ngeh dan Nga.

Pengerusi DAP bakal memfailkan saman terhadap DYMM Sultan Perak secara berasingan. Tanpa memperdulikan suara-suara yang memprotes dan marah dari rakyat jelata terhadap sikap 'kurang ajar' untuk menyaman simbol kedaulatan negara, Karpal Singh masih berpendirian degil dan angkuh. Ini hanya menyerlahkan kebencian dan dendam kesumatnya yang lama terhadap kesemua Raja-Raja Melayu.

Melihat perkembangan tidak sihat ini, DYMM Sultan Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan menyuarakan kekecewaan beliau terhadap sikap yang ditunjukkan terhadap kekanda Baginda, Tuanku Sultan Perak yang dianggap sebagai Sultan yang sangat berilmu tinggi. Baginda menyuarakan kekecewaan yang nampaknya dihalakan terhadap ahli-ahli politik Pakatan Rakyat.

Kenyataan penuh Tuanku Sultan Selangor berikut:


KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh Beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah Ayahanda Saudara Beta. Malah, keluarga Diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang Beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman Baginda, sesuai dengan kedudukan Baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga Baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan Baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya "mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar".

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi Raja-Raja, maka Beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009
Sementara itu, Persatuan Kerabat Diraja Kedah telah menyuarakan kemurkaan mereka terhadap sikap bidap Karpal Singh dan menuntut beliau tidak dibenarkan masuk ke negeri Perak yang memang di bawah kuasa DYMM sultan. Laporan tersebut adalah seperti berikut:


Persatuan mahu Karpal diharamkan menjejak kaki di Perak

Utusan Malaysia, Februari 13hb, 2009

ALOR SETAR 12 Feb. - Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) mahu Sultan Azlan Shah mengharamkan Karpal Singh daripada menjejakkan kaki di bumi Perak.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, tindakan Pengerusi DAP itu mahu menyaman Sultan Perak jelas memperlekehkan bangsa Melayu dan rakyat yang bernaung di bawah payung pemerintahan raja-raja Melayu.

Katanya, perbuatan itu juga menunjukkan Karpal tidak layak digelar rakyat Malaysia jauh sekali menjadi wakil kepada rakyat negara ini.

"Kepada Paduka Seri Sultan Perak, kami menyeru dan menyokong sepenuhnya untuk diharamkan Karpal daripada menjejakkan kakinya di bumi Perak.

"Saya rasa Karpal jadikanlah ini satu teladan yang terakhir buatnya sebelum banyak lagi perkara yang tidak diingini akan berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) di Istana Kuning di sini hari ini.

Turut hadir Presiden BBPM, Osman Abu Bakar.

Menurut Tengku Zainol Rashid, rentetan peristiwa itu kekebalan dan kuasa raja-raja Melayu mesti dikembalikan semula sebagaimana sebelum pindaan 1983 dan 1993.

Katanya, ia bertujuan memastikan institusi itu tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan.

Langkah itu juga tegas beliau, sekali gus akan mengembalikan semula kedudukan raja-raja Melayu selaras dengan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Sambil melahirkan rasa tidak puas hati dan turut berasa terhina dengan tindakan Karpal, beliau menegaskan, adalah tidak wajar sama sekali rakyat mempersendakan kredibiliti raja-raja.

"Kami percaya raja-raja Melayu mampu memainkan peranan supaya kedaulatan dan kekuasaan orang Melayu sentiasa terjamin dan lain-lain bangsa terpelihara.

"Amat perlu kuasa raja-raja dan kegemilangan institusi raja-raja Melayu ini dikembalikan semula,"

Dalam pada itu, Osman mencadangkan satu sidang khas raja-raja Melayu diadakan bagi membincangkan mengenai tindakan sewajarnya terhadap Karpal yang terang-terangan mencabar institusi raja-raja.

Katanya, adalah jelas Karpal telah melanggar hak ketuanan raja-raja Melayu selain membuat kenyataan angkuh yang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara sehingga mewajarkan tindakan dikenakan terhadapnya.

Penerangan Perundangan Mengenai Kemelut Perlantikan MB Perak

Datuk Dr Rais Yatim, Menteri Luar Negara, pengamal undang-undang berkelulusan Phd dan ahli politik yang sangat ahli dalam isu melibatkan Raja-Raja menulis di Utusan Malaysia pada Februari 10hb, 2009 baru-baru ini untuk memberikan penerangan mengenai masaalah kemelut politik di Perak.

Tulisan beliau berikut:

KEMELUT PELANTIKAN MB PERAK

Oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim

PERKEMBANGAN di Perak yang antara lain cuba mengheret Sultan Perak ke Mahkamah susulan pelantikan Menteri Besar (MB) baru, mengandungi ramuan yang boleh membawa kepada keadaan kelam-kabut.

Jika tindakan tegas tidak diambil ia juga mungkin menimbulkan huru-hara politik, sesuatu yang jauh daripada diperlukan pada saat-saat negara menghadapi kesan kemelesetan ekonomi dunia.

Kemelut di Perak memerlukan pemahaman dan penerimaan semua pihak yang terbabit. Apa yang diteraskan oleh perundangan negeri itu kini telah dipolitikkan oleh pelbagai pihak secara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sultan Perak telah menggunakan kuasa dirajanya melantik Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir pada 6 Februari 2009.

Menteri Besar (MB) terdahulu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa seperti yang diberitakan media bahawa beliau telah tidak ditamatkan perkhidmatannya selaras dengan undang-undang, justeru pihaknya mengambil tindakan untuk 'meneruskan' perkhidmatannya dan Exconya sementara menunggu keputusan mahkamah.

Malangnya pada masa yang sama pelbagai blog termasuk media cetak Pas, Harakah, bertindak menyebarkan hasutan membenci satu-satunya raja Melayu yang berwibawa dan bijaksana.

Sekarang semacam ada dua Menteri Besar dan dua Exco bagi negeri Perak, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya di dunia.

Dalam situasi begini keadaan politik dan pentadbiran di Perak tampak berkecamuk lantaran begitu keterlaluan sesetengah pihak bertindak. Dalam hal ini jelas bahawa penyokong-penyokong PKR, DAP dan Pas merasakan lunas perundangan dan keadilan telah dikompromi sementara pihak Barisan Nasional pula puas hati bahawa semua tuntutan undang-undang negeri telah pun disempurnakan.

Perihal pada masa ini kuasa raja dan tuntutan politik telah bertembung tidak dapat dinafikan. Perkembangan ini membawa kita ke tahun-tahun 1993 dan 1994 apabila Perlembagaan negara dipinda melalui suara majoriti di Parlimen.

Tindakan legislatif itu telah mengurangkan beberapa hak diraja sehingga semenjak tahun 1994 tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka jika melakukan jenayah atau terlibat dengan mungkir perjanjian formal. Perkembangan di Perak jelas melibatkan kekasaran pembangkang di luar lunas adab dan tamadun sesebuah negeri Melayu yang berpemerintahan diraja. Malah ada pihak-pihak yang rela berbaring di jalan raya dan menghalang lalu lintas awam.

Mempelawa membenci raja secara terbuka adalah secara terang dan nyata mencabul Rukun Negara dan merupakan jenayah hasutan yang wajar didakwa.

Ada tiga isu besar yang harus diselesaikan dalam kes di Perak ini. Pertama adakah pemberhentian bekas MB Perak sah di sisi undang-undang? Kedua, adakah pelantikan Zambry terbit daripada kuasa diraja yang sah?

Ketiga, perlukah diadakan sidang khas Dewan Undang Negeri (DUN) Perak bagi menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap Barisan Nasional (BN) selaku parti yang dianggap sah telah mengatasi gabungan pembangkang PKR, DAP dan Pas?

Untuk menjawab persoalan-persoalan itu, punca kuasa ialah Perlembagaan Negeri Perak sendiri, khususnya Artikel 16 dan pecahannya. Perundangan inilah yang menentukan betul atau sebaliknya sesuatu tindakan yang telah, sedang dan bakal diambil berkaitan kemelut yang sedang berlaku di Perak.

Cuma yang menjadi muslihat ialah interpretasi pemakaiannya yang betul dan tepat dari segi perundangan. Sultan berpendapat tindakannya di bawah Artikel 16 betul sedangkan pembangkang mengatakan sebaliknya, justeru mahu mengheret sultan ke mahkamah.

Seperti juga kuasa Raja Berperlembagaan di lain-lain negeri yang diperintah raja atau sultan, Sultan Perak mempunyai beberapa kuasa khusus yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan.

Pertama baginda boleh bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Dewan Undang Negeri susulan mana-mana permintaan atau nasihat.

Kedua, kuasa melantik seseorang daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN berkenaan.

Ketiga, hak mengemukakan permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai kemudahan, kedudukan, penghormatan dan kebesaran diraja serta hak dan kuasa penentu sebagai ketua agama Islam dan payung adat istiadat Melayu di negeri Perak.

Baginda berhak menentukan tidak menerima nasihat untuk membubarkan DUN tanpa memberi apa-apa sebab. Kuasa dan peranan diraja ini tidak boleh dicabar di mahkamah sama ada menerusi konsep fraudem legis (muslihat negatif legislatif atau dewan perundangan) atau peruntukan statutori lain.

Kedua, Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)(a) berhak melantik (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Dalam Perlembagaan Negeri-negeri dan juga Persekutuan, peruntukan ini sedia ada, cuma cara dan kaedah bagaimana sultan atau raja menyempurnakan fungsi ini tidak dinyatakan huraiannya di dalam Perlembagaan.

Di bawah Perlembagaan Negeri Perak tiada peruntukan yang menghalang sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN. Artikel 16(6) jelas memperuntukkan perihal ini.

Harus diperhatikan lantaran di bawah provisi Artikel 16(4), raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa harus dilantik sebagai Menteri Besar. Bahasa perlembagaannya menentukan bahawa ADUN yang dilantik sultan sebagai MB hendaklah terdiri daripada seorang yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti anggota Dewan berkenaan atau dalam bahasa Inggerisnya "who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly".

Atas keadaan inilah sebilangan orang berpendapat bagi menentukan anggota mana yang harus mendapat sokongan majoriti di DUN berkenaan perlu tertakluk kepada pungutan suara DUN sendiri justeru harus diadakan persidangan khas.

Memang banyak pihak menyokong pandangan ini tetapi harus disedari bahawa mengadakan undian atau pungutan suara di lantai DUN berkenaan hanya salah satu kaedah yang lazim tetapi ia bukan bersifat wajib jika sultan telah puas hati bahawa sesungguhnya seseorang MB itu sudah kehilangan sokongan majoritinya.

Dengan peruntukan Artikel 16(2) bersekali dengan klausa (4) Perlembagaan Negeri Perak jelaslah bahawa apabila Sultan telah melantik Zambry melalui proses pengetepian peruntukan-peruntukan selainnya di bawah Perlembagaan negeri itu - sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang tubuh negeri itu. Ini bermakna baginda telah menjalankan tugas dan fungsi perundangan.

Ada pakar-pakar perlembagaan yang berpandangan bahawa memadai jika pihak diraja membuat keputusan subjektifnya tanpa mengadakan pengundian di sesuatu persidangan DUN bagi menentukan sokongan terhadap seseorang MB.

Dalam konteks Perak, sultan telah membuat kesimpulannya dengan mendengar huraian sendiri mengenai pendirian ketiga-tiga ADUN yang berkenaan (Jamaluddin Mohd. Radzi - PKR Behrang; Mohd. Osman Mohd. Jailu - PKR Changkat Jering dan Hee Yit Foong - DAP Jelapang).

Ketiga-tiga mereka memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas tetapi bersedia menyokong BN.

Baginda juga maklum tentang kembalinya semula Datuk Nasaruddin (DUN Bota) ke pangkuan UMNO/BN. Dalam konteks ini baginda sedia arif bahawa BN telah pun beroleh sokongan majoriti mudah (simple majority) dengan pengakuan wakil-wakil rakyat itu di hadapan baginda.

Mengadakan undian di DUN bukan merupakan satu-satunya cara untuk menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap seseorang MB. Sultan Perak khususnya boleh membuat kaedahnya sendiri sejajar dengan Artikel 16(4) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Kes-kes terdahulu yang boleh dijadikan perbandingan, termasuklah kes Stephen Kalong Ningkan (1966) dan kes pertikaian Ketua Menteri di Sabah khususnya pada tahun 1994 dan perihal seorang pembesar di Nigeria melalui kes Adigbenro Akintola.

Memang ramai yang menganggap bahawa kaedah melucutkan jawatan seseorang ketua kerajaan ialah melalui konvensyen undian di lantai dewan legislatif.

Tetapi harus ditegaskan kes-kes tersebut adalah nas-nas perundangan case law yang tidak terbit daripada peruntukan perlembagaan yang jelas atau khusus seperti di Perak.

Ia tidak sama dengan kuasa yang ada pada Sultan Perak di bawah Perkara 16(4) Perlembagaan negeri itu yang bermaksud:

Dalam perkara melantik seseorang Menteri Besar, Duli Yang Maha Mulia Sultan bolehlah mengikut budi bicara baginda mengecualikan atau tidak memakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini (Perlembagaan Negeri Perak) berkaitan mana-mana had kuasa (restrictions) berhubung dengan pelantikan Menteri Besar, jika pada pendapat baginda tindakan sedemikian perlu untuk menyempurnakan kehendak peruntukan-peruntukan Perkara (16) ini.

Dengan perisai peruntukan ini jelaslah bahawa baginda sultan tidak terikat untuk mengikuti mana-mana kelaziman atau konvensyen seperti untuk mengadakan undian sokongan (vote of confidence) di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan seseorang anggota DUN itu layak dilantik sebagai MB.

Peruntukan ini jugalah yang tampaknya digunakan baginda untuk menguatkuasakan tamatnya perkhidmatan Nizar sebagai MB Perak.

Cuma jika pengundian itu diadakan juga di DUN Perak dan berakhir dengan sokongan kepada Zambry, maka hasil dan kesannya memang boleh diibaratkan sebagai "sudah terang lagi bersuluh". Langkah itu akan menambah kuatkan lagi tindakan diraja itu.

Bagaimanapun tanpa undian itu tindakan beliau melantik Zambry tetap utuh dan boleh dipertahankan di mahkamah.

Dalam suasana begini elemen kewarasan dan adab amat penting. Tetapi seperti biasa, manusia kurang tertarik kepada mengutamakan ketenangan berfikir.

Sebilangan memilih terus untuk mengeruhkan keadaan.

Dalam pada itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan 1994 harus tidak dilupai. Seseorang raja hanya boleh diseret ke mahkamah jika beroleh endorsmen Peguam Negara yang tentunya akan membuat penilaian dan pertimbangan yang amat teliti sama ada beliau puas hati untuk mengeluarkan endorsmen tersebut.

Amat wajar juga bagi Peguam Negara meneliti segala maki hamun dan hasutan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak setakat ini terhadap baginda Sultan Perak, khususnya penulis-penulis blog serta media cetak yang tampaknya beranggapan semacam negara ini sudah tidak ada undang-undang lagi.

Baca juga ucapan beliau di satu Majlis Ilmu anjuran Perkasa di sini.

Khamis, 12 Februari 2009

Cara tidak ikut, Adab pun tiada, dan Ingkar titah pula, itu namanya DERHAKA!

Dalam kehidupan kita, kesetiaan adalah sebahagian dari tuntutan kehidupan, susur galur kemasyarakatan dan peradaban ketamadunan. Kesetiaan meletakkan tatacara dan mengukuhkan sistem, stuktur, dan kesinambungan nilai dalam sesuatu keluarga, masyarakat, ugama, dan negara. Bayangkan bala tentera yang mana askar-askar ingkar kepada pegawai-pegawai ditengah-tengah medan peperangan. Keadaan menjadi caca marba dan batalion atau regimen tentera itu pasti menerima kekalahan.

Dalam isu politik Perak terkini, setelah diketepikan remeh temeh politik kepartian, dan permainan kata-kata, isu intipatinya adalah mengenai Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Kesetiaan yang dimaksudkan bukan kesetiaan membabi buta tetapi menurut lunas peradaban, dan tatacara berlandaskan Perlembagaan dan undang-undang

Kesetiaan perlu dalam menghormati dan pemelihara institusi kenegaraan seperti Raja Berperlembagaan, Kanun Perlembagaan, Undang-undang, Kerajaan dan seterusnya. Sebagai rakyat, kita sepatutnya menurut peraturan, undang-undang dan tata cara Institusi-institusi ini. Ini kerana Institusi ini merupakan sebahagian dari kedaulatan sebagai sebuah negara.

Institusi Raja itu sendiri merupakan simbol dan kenyataan kesinambungan sejarah kedaulatan dan ketamadunan Melayu. Raja Melayu mempunyai locus standi untuk memainkan peranan dalam mencapai kemerdekaan. Sovereignty (kedaulatan) negara ini sebagai negara merdeka terletak pada Institusi Raja-raja Melayu kerana asas negara merdeka itu terletak pada perjanjian dengan British yang telah dirungkai. Kebenaran untuk rakyat mentadbir sendiri negara ini berasaskan demokrasi diberikan oleh Raja-Raja Melayu. Tanpa kerelaan Raja-Raja Melayu, kemerdekaan itu tidak boleh tercapai.

Kewujudan elemen kepartiaan dan politik tidak dapat dinafikan dalam krisis politik Perak, tetapi tunggak kepada penyelesaian kepada kemelut ini terletak kepada Sultan dan DYMM Tuanku telah mengambil keputusan yang harus dihormati. Apabila cara tidak diikut, adab pun tiada, titah diingkar, itu namanya DERHAKA.

Walaupun agak mirip mengkritik Pakatan Rakyat, cara, adab dan keingkaran yang menjadi isi kandung tulisan penulis blog Kembara Politik berikut:
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Oleh Kembara Politik

Secara peribadi penulis tidak ambil kisah pun dengan niat Pakatan Rakyat mahu membubarkan DUN sebaik sahaja mendapat khabar angin bahawa akan berlaku lompat parti.

Namun, pembubaran perlulah dibuat dengan cara yang betul, dengan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Bukannya pembubaran tanpa perkenan tetapi telah diumumkan kepada rakyat terlebih awal. Ini sudah membelakangkan kuasa Sultan namanya.

Setelah Sultan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN (atas alasan PR tidak mendapatkan perkenan terlebih dahulu sebelum pengumuman) dan membenarkan pembentukan kerajaan BN (atas alasan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan), segala tindakan mencabar keputusan Sultan adalah bererti kurang ajar dan melambangkan PENDERHAKAAN!

Terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab oleh semua rakyat dengan menggunakan akal fikiran. Persoalan yang timbul akan menyingkap rentetan peristiwa yang akan memperlihatkan betapa Pakatan Rakyat Perak telah mengecewakan rakyat dan menyebabkan Sultan murka.

Adakah kedududkan Nizar sebagai MB (sekarang bekas MB) sangat tinggi sehingga beliau merasakan tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman pembubaran?

Kenapa bertindak membelakangkan keperluan mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu? Mana perginya tatacara? Bila sudah umum, baru hendak terhegeh-hegeh menghadap Sultan mahu minta perkenan?

Tindakan Nizar membelakangkan perkenan Sultan sebenarnya bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun Nizar pernah mengarahkan Datuk Jamry Suri selaku Pengarah JAIP bertukar ke Sekretariat Negeri tanpa perkenan Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri. Akibatnya, Nizar dititahkan Sultan agar menarik kembali pertukaran tersebut. Nizar tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.

Namun, ianya tidak berakhir di situ sahaja, Ngeh Ko Ham memberikan reaksi yang kurang beradab dan memprotes tindakan Sultan. Karpal Singh tidak ketinggalan menyertai 'chorus line' ini dengan menyanggah tindakan Sultan dengan membuat kenyataan bahawa Sultan tidak mempunyai hak dalam hal perpindahan Jamry Suri.

Kenyataan yang dibuat oleh mereka-mereka ini nampak seperti mahu membela rakan sealiran. Namun bagi penulis, kenyataan demi kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlekeh kuasa dan keputusan Sultan. Merosakkan imej Sultan. Mereka mempertikai segala keputusan yang telah diputus oleh Sultan. Mereka tidak mahu menerima dengan hati terbuka dengan penuh rasa hormat dan insaf. Mereka tidak pernah insaf!

Tindakan pemberian hak milik kekal tanah atau pajakan 999 tahun turut mendapat perhatian Raja Dr Nazrin. Pemberian tanah hak milik kekal kepada sekolah persendirian juga turut tidak terkecuali. Kenapa Raja Dr Nazrin bertitah menyentuh soal tanah dan seakan kecewa dengan tindakan Nizar dalam hal pemberian tanah ini? Tidakkah Nizar sedar isyarat yang diberikan dan cepat-cepat insaf?

Dalam masa itu, rakyat membicarakan pelbagai perkara tanpa mahu memikirkan kesannya kepada imej Sultan. Ramai mempersoal tentang banyak perkara berhubung situasi yang berlaku di Perak ini. Namun, perkara yang paling penting di sini bukanlah lagi terletak pada soal mempertikai pembubaran atau pelantikan MB yang baru.

Ramai cerdik pandai secara selamba membuat ulasan di kaca televisyen dengan menyatakan peri perlunya mandat baru, peri tidak beretikanya lompat parti. Bermacam-macam alasan menjustifikasikan kenyataan yang keluar dari mulut mereka-mereka yang sesetengahnya memegang Ph.D. Namun terlupa akan perkara yang paling penting yang sengaja dipandang sebelah mata oleh pihak ini.

Apa perkara penting tersebut?

Kesetiaan kepada Raja dan Negara! Ingat? Rukun Negara! Menjunjung Titah Sultan! Pernah dengar? Atau sengaja buat-buat tidak pernah dengar dan tahu?

Pelbagai respon diberikan oleh mereka yang kononnya terpelajar tetapi sebenarnya terlebih ajar menjadi kurang ajar, berlagak terlebih pandai sehinggakan menampakkan kebodohan. Rakyat mahukan mandat baru katanya. Perlu diadakan pilihanraya baru dakwanya walau pun sedar Sultan sudah memutuskan mengikut budi bicara Sultan dengan penuh bijaksana akan hal ini.

Rakyat mahukan mandat baru diadakan? Rakyat mana? Rakyat Perak? Rakyat yang berajakan Sultan Perak? Biar betul! Kalau rakyat yang berajakan Sultan Perak atau rakyat di negeri lain yang berajakan Sultan mereka, sudah tentulah mereka akan menjunjung titah Sultan dengan sedaya upaya mereka. Bukannya MENDERHAKA!

Bukannya dipersoal macam ahli akademik dalam sebuah forum yang secara mudah memberikan pandangan kononnya perlu mandat baru. Semasa BN lompat ke PR tidak pula bising bercakap soal mandat. Bila Anwar Ibrahim memancing MP BN untuk tubuh kerajaan Pusat, tidak pula dibincangkan tidak beretika dan sebagainya. Ini hipokrit namanya.

Bawa 31 orang MP BN yang melompat ke PR ke Istana Negara mengadap Yang DiPertuan Agong, apabila Agong perkenan maka bolehlah ambil alih kerajaan Pusat, terang seorang ahli akdemik undang-undang yang menulis panjang lebar dalam Harakah. Tapi lain pula jadinya kalau BN yang gunapakai cara tersebut. Halal bagi PR, haram bagi BN.

Kalau sudah keputusan Sultan menitahkan bubar DUN, rakyat akan ikut, mereka akan turuti titah Sultan. Rakyat tidak mempunyai masalah. Dan jika tiada pembubaran DUN pun rakyat akan terima. Tiada banyak soal. Yang tidak boleh terima hanyalah pemimpin yang mabuk kuasa dan penyokong yang ber'sultan'kan pemimpin!

Yang anehnya, Nizar dengan rasa penuh insaf pernah menyatakan akan menuruti segala keputusan bijaksana Sultan dalam membuat keputusan. Namun apabila keputusan tidak menyebelahinya beliau mengambil langkah menderhaka. Tidak mahu menjunjung titah!

Pakatan Rakyat sengaja mahu menjuruskan para penyokongnya merusuh ke jalanan. Dan Nizar mahu mahkamah pula yang menentukan kedudukannya. Dan bagaimana pula sekiranya mahkamah tidak memihak kepada Nizar? Apa tindakan PR seterusnya?

Beberapa pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat melancarkan kempen di blog-blog dengan mengarahkan pembaca dan penyokongnya menyerbu Buku Pelawat (Guest Book) laman web rasmi Pejabat DYMM Sultan Perak. Kononnya atas alasan sebagai tindakan memberikan pandangan untuk memperbetulkan tindakan Sultan. Kepala otak aktivis ini yang tidak betul, tapi disuruh penyokongnya memperbetulkan Sultan. Protes yang didakwanya dibuat dengan penuh adab. Namun, secara realitinya, tindakan protes itu sebenarnya ialah penderhakaan dan merendahkan keputusan Sultan.

Lihat sahaja betapa kebencian dan kata-kata kesat dilemparkan kepada Sultan Perak di dalam Guest Book tersebut. Kerana apa? Kerana cerdik pandai seperti pemimpin PR, ahli panel forum yang terdiri dari ahli akademik yang sengaja tidak mahu melihat dari perspektif "Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara" (mungkin kerana cenderung PR), aktivis dan penyokong yang tidak dapat memahami semangat Rukunegara ini.

Lihat sahaja aktivis Hindraf yang dengan kurang ajar melemparkan kata-kata kesat di blognya. Tajuknya saja sudah membuatkan penulis sangat sakit hati. Penulis tidak tersentuh secara emosi sekiranya activist Hindraf tersebut hanya meyentuh UMNO. Tetapi tindakan menghina Sultan semata-mata bencikan UMNO adalah sangat kurang ajar! Kalau benci UMNO, kutuk saja UMNO. Jangan cuba-cuba berani sentuh dan maki Sultan!

Adakah ini model Bangsa Malaysia yang terhasil setelah 51 tahun merdeka?

Segelintir orang Melayu nampaknya sudah semakin kabur dan hilang jati diri. Tiada kefahaman perjuangan agama, bangsa dan negara. Sudah tidak lagi meletakkan Raja dan Sultan sebagai simbol yang perlu dijaga dan dijunjung tinggi. Imej baik Sultan diinjak-injak dengan segala perlakuan yang tidak sepatutnya.

Tindakan Sultan tidak perkenan pembubaran DUN dan sebaliknya memberi perkenan BN membentuk kerajaan di Perak, disambut dengan rusuhan dan balingan batu dan objek ke kenderaan dan menahan kenderaan istana tersebut.

Namun, apabila Karpal Singh secara lantang dan kurang ajar bertindak mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Sultan, Selasa depan di Mahkamah Tinggi Ipoh, tiada seorang pun daripada mereka-mereka ini mempertahankan Sultan.

Apa reaksi orang Melayu yang menjunjung tinggi kedudukan Sultan?

“Saya orang Melayu, saya tak suka” - Ini jawapan Tun Dr Mahathir apabila disoal berkenaan reaksi orang Melayu berhubung tindakan Karpal Singh yang bercadang memfailkan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Dan penulis sangat percaya jawapan yang sama akan dijawab oleh seluruh orang Melayu kecuali orang Melayu ‘moden’ seperti yang disindir oleh Tun Dr Mahathir. “Orang Melayu ‘moden’ memang sudah ramai yang sokong Karpal. Saya Melayu lama”, kata Tun Dr Mahathir lagi.

Kalau tanya pada penulis, jawapannya ialah “sejuta kali tak suka, bukan setakat tak suka sahaja, tapi marah, bukan setakat marah sahaja tapi marah yang teramat sangat”. Itu perasaan jujur dari penulis. Tiada seorang pun yang suka. Perasaan marah penulis kerana rasa hormat yang tinggi penulis terhadap institusi Kesultanan Melayu. Dan perasaan yang sama juga sepatutnya terdapat dalam setiap orang Melayu, tanpa mengira parti.

Dimana keutamaan mereka? Dan dimana pula keutamaan anda?

Karpal Singh, aktivis HINDRAF, atau pun Kesultanan Melayu? Ketuanan Pakatan Rakyat atau Ketuanan Melayu?

Nak merusuh lagi, tak puas hati lagi? Kalau masih ada lagi niat nak merusuh lagi, memang sangat betul dan sangat bijaksana tindakan Sultan Perak sebab Pakatan Rakyat (dari pemimpin sampailah ke pendokongnya) memang kuat merusuh. Sangat tidak sesuai memerintah Perak!

Sudah-sudah lah tu! Jangan bermain politik yang merugikan bangsa! Sedarlah kembali wahai Melayu.

Rabu, 11 Februari 2009

Mustafa Ali pernah tegur Nizar beri tanah 999 tahun

Pada tahun lepas, pemimpin PAS Terengganu, Dato Mustafa Ali pernah menegur bekas Menteri Besar Dato Seri Muhammad Nizar mengenai tindakannya memberi tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru cina di Perak.

Menurutnya, hanya pada zaman British menakluk Tanah Melayu bahawa Raja-Raja Melayu telah ditipu untuk memberi tanah yang mana geran itu kekal selagi ada 'ada bulan dan matahari' seperti perjanjian sewaan tanah di Pulau Pinang antara Inggeris dan Sultan Kedah.

Kenyataan Mustafa Ali boleh dilihat di dalam blognya, bernama Politik Malaysia. Posting tersebut diterbit kembali di bawah ini:


Saturday, June 28, 2008
Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja
28 Jun

Dalam akhbar Utusan hari ini saya terbaca berita kononnya kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Mohamad Nizar Jamaludin becadang untuk memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun.

Bagi saya, ini satu maklumat baru dan jika benar, ia satu tindakan yang luar biasa sejak negara kita merdeka. Pemberian tanah di zaman selepas merdeka hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.

Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja seingat saya.

Jika tujuan pemberian tanah sebegini untuk mendapat political milege dari kumpulan tertentu, pada pendapat saya, kerajaan negeri juga perlu mengkaji kesan negatif dari kumpulan lain dalam negerinya.

Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya bukan untuk mendapat political milege sahaja. Tambahan lagi apabila ada maklumat yang mengatakan pajakan untuk kampung-kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum termasuk orang-orang Melayu hanya 99 tahun sahaja.

Oleh itu, sebagai Menteri Besar, beliau harus berhati-hati dalam membuat sesuatu kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti terlebih dahulu dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat samada yang menyokong kerajaan atau tidak bersama kerajaan.


Walau pun Nizar dan pemimpin parti PAS cuba menggunakan alasan adil kepada semua kaum, hujah politik berkesimpulan mudah ini diketepikan oleh Raja Muda Perak, YM Raja Nazrin.

Dalam satu ucapan di satu Persidangan beberapa bulan lepas, Raja Nazrin mendedahkan bahawa pada tahun 1950, Majlis Raja-Raja tidak setuju dengan British berkenaan Rancangan Briggs yang mewujudkan kampung-kampung cina yang serba lengkap dengan kemudahan. Semasa itu, ramai-ramai orang-orang asal Perak masih tidak mempunyai tanah.

Selain itu, Nizar cuba membawa alasan bahawa ada juga kaum Melayu yang mendapat tanah kampung baru dan orang-orang Melayu dianugerahkan tanah untuk membuka Sekolah-Sekolah Ugama. Isu utamanya masih tanah 999 tahun ini masih terlalu mengutamakan kaum pendatang Cina. Sepatutnya pemberiaan tanah dibuat berdasarkan Rancangan Kampung Tradisi kerana ia lebih mencapai sasaran penduduk asal Perak.

DYMM Sultan Perak tidak bersetuju dengan usul kerajaan Perak tersebut. Namun demikian, DYMM Tuanku sedia bertolak ansur untuk mencadangkan dianugerah hanya untuk selama 60 tahun sahaja. Permintaan DYMM Tuanku itu tidak diendahkan oleh Nizar dan kerajaan masih berdegil untuk menganugerah tanah selama 999 tahun.

Ada pihak yang memberitahu bahawa Nizar cuba memujuk exconya untuk menghadkan tempoh tanah kepada 99 tahun, tetapi jemaah exco yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP tetap berdegil.

Walaupun Nizar dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak, dia hanya dapat diterima setelah membuat persetujuan rahsia dengan DAP Perak yang dipanggil perjanjian Pangkor II.

Ramai pihak menganggap Nizar sebagai MB boneka yang akur kepada arahan dua ahli exco; Ketua DAP Perak, YB Datuk Ngeh Koo Ham and Setiausaha DAP Perak, YB Nga Kor Ming. Kedua-dua mereka ini adalah sepupu yang mempunyai pertalian saudara dengan pengganas Chin Peng, yang lahir di Lumut.

DYMM Tuanku Sultan sangat murka dengan kedegilan Nizar dan dipercayai menggesa pemimpin-pemimpin masyarakat Perak mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pemberiaan tanah yang dianggap bersalahan dari segi Kanun Tanah Negara.

Selasa, 10 Februari 2009

Orang Melayu Penentu Kuasa Politik Kerajaan


Oleh ARIF ATAN
Utusan Malaysia, 10hb Februari, 2009

KEPIMPINAN kerajaan negeri Perak kini ibarat dua nakhoda dalam sebuah kapal apabila Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tekad 'mohon derhaka' untuk tidak mematuhi titah Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandangnya baru 10 bulan itu.

Sedangkan air pun ada pasang surutnya inikan pula realiti politik yang serba-serbi berkemungkinan. Hakikat inilah yang harus diterima dengan hati terbuka oleh Nizar serta para pemimpin dari mana-mana parti politik sekali pun di negara ini.

Anggaplah peralihan kuasa yang berlaku sebagai hasil 'tuaian' daripada gaya pentadbiran Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini yang bagaikan "kera mendapat bunga."

Atas tafsiran satu bangsa Malaysia, maka banyak tindakan yang telah dibuat oleh Nizar dan ahli-ahli exconya membelakangkan orang Melayu atas anggapan pengundi bukan Melayu adalah penentu kelangsungan politik mereka dalam pilihan raya akan datang.

Tambahan pula, dengan kedudukan majoriti kerusi DAP berbanding Pas dan PKR, umum tahu 'siapa' di sebalik setiap keputusan Nizar sebelum ini.

Kenyataan dan tindakan biadap Karpal mahu mengheret istana ke mahkamah serta amaran "jangan main-main" dengannya jelas lahir daripada sikap yang tidak kenangkan untung lantaran lupa diri di mana bumi yang dipijak dan langit yang dijunjungnya.

Mereka lupa dalam masa yang sama, akhirnya suara orang Melayu serta institusi raja berperlembagaan jugalah faktor penentu utama yang akan mencorak sejauh mana kekuasaan serta kestabilan sosiopolitik sesebuah kerajaan.

Mandat rakyat menerusi peti undi bukan segala-galanya. Malah, pelantikan Nizar sebagai Menteri Besar sebelum ini pun bertitik tolak daripada hakikat ini.

Institusi Kesultanan Melayu Perak bukan sekadar lambang autoriti yang sewenang-wenangnya tidak dipeduli. Sebaliknya, berperanan sebagai penjaga kepada negeri dan semangat demokrasi itu sendiri dengan bertindak selaku ejen semak dan imbang yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak.

Ini penting demi mengelak keadaan politik negeri itu terhumban dalam ketidakstabilan politik yang berterusan. Oleh itu, adalah keterlaluan jika Nizar termasuk Pakatan Rakyat amnya enggan akur akan ketetapan Sultan sedangkan dari segi perlembagaan negeri, kuasa melantik Menteri Besar adalah hak baginda.

Apa pun, kemelut politik yang melanda Perak sebenarnya isyarat bahawa padah akan menimpa bila-bila masa sahaja kepada mana-mana pimpinan kerajaan negeri selepas ini yang tidak berlaku adil kepada kepentingan masyarakat Melayu.

Usah atas dasar menjaga hati kaum lain maka hak orang Melayu dikorbankan.

Rabu, 4 Februari 2009

Kedegilan Herald Catholics: Penghinaan agama rasmi?

Pemblog-pemblog Dato Fuad Hasan dan Deminegara menerangkan Allah itu maknanya "the God" atau Tuhan yang Esa. Ini bercanggah sekali dengan konsep ketuhanan tiga serangkai dalam agaam Kristian yang dipanggil trinity - bapa, anak, dan roh el Quddus.

Berdasarkan makna sahaja, sudah bersalahan tuntutan penganut-penganut Kristian untuk menggunakan istilah Allah bagi tuhan untuk kegunaan dalam risalah Kristian. Konsep tuhan bagi orang Kristian berlainan dengan konsep tuhan agama Islam. Dengan demikian anih sekali bagi Herald Catholics untuk terus berdegil menggunakan istilah tuhan bagi agama Islam untuk agama mereka.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana tujuan mendakwah ugama mereka kepada umat islam. Hairannya, adakah penting sekali berdakwah untuk menyesatkan umat Islam hingga tidak mengapa jika sesat dari segi ajaran agama mereka?

Perlu disentuh sini, ahli Parlimen parti Islam, YB Khalid Samad mempertahankan amalan penganut Kristian ini berdasarkan lumrah amalan penganut Kristian Arab. Tidakkah dia menyedari kelemahan hujah yang ditiru dari orang Kristian yang tidak memahami percanggahan dengan ajaran mereka sendiri?

Selain dari percanggahan akidah mereka, kedegilan Herald Catholics ini boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap agama rasmi. Baca artikel Utusan Malaysia bertarikh Februari 4hb, 2009, berikut:
Penghinaan agama rasmi?

Oleh SHAMRAHAYU A. AZIZ

WALAUPUN isu sensitiviti agama sering menjadi topik perbincangan, masih ada pihak yang enggan menerima hakikat bahawa masyarakat kita memerlukan pendekatan lebih teliti untuk menangani isu ini. Ia begitu rumit dan tidak mudah untuk dibicarakan.

Isu penggunaan perkataan Allah dalam terbitan bukan berkaitan agama Islam adalah isu terkini yang dibincangkan. Walaupun belum ada larangan mahkamah mengenai penggunaannya, golongan ini harus faham bahawa masyarakat Islam di negara ini tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan 'Allah' sewenang-wenangnya.

Perlu diingat, kenyataan undang-undang seperti tafsiran mahkamah bukanlah satu faktor terbaik dalam menjaga keharmonian antara agama di negara ini. Keharmonian itu lebih bergantung kepada sifat faham-memahami, menghormati serta sifat bertoleransi antara satu sama lain.

Sifat memahami, menghormati dan bertoleransi ini bukan sahaja daripada aspek hubungan politik atau ekonomi, malah merangkumi sosial termasuk membabitkan antara agama.

Mungkin ramai yang menganggap sifat toleransi ini hanya mudah disebut di bibir, namun langkah sebenar mengamalkannya amat payah untuk dilakukan. Namun kita percaya, sifat-sifat tersebut telah lama wujud dalam masyarakat Malaysia.

Sifat-sifat itu menjadi penyumbang utama kepada kesejahteraan negara. Ia juga telah membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan kestabilan.

Setelah berjaya mengharungi pelbagai cubaan dan kepayahan untuk mengekalkan hubungan antara kaum dan agama, masyarakat seharusnya bertanggungjawab untuk tidak membuat sesuatu yang boleh memusnahkannya.

Menjadi tanggungjawab setiap ahli masyarakat untuk memastikan hubungan sosial kekal sempurna. Tanggungjawab itu termasuklah menghormati kepercayaan agama orang lain.

Perbuatan dengan cara perbuatan lahiriah atau penulisan perlulah sentiasa menghormati perasaan terutamanya sentimen keagamaan semua anggota masyarakat.

Seperti yang dimaklumi, agama adalah antara perkara sensitif. Semua anggota masyarakat harus sedar bahawa setiap ajaran agama mempunyai teras-teras tertentu yang tidak boleh dilunturkan. Ini kerana agama itu sendiri mempunyai ikatan tertentu yang mungkin tidak boleh difahami oleh pengikut agama lain.

Kita telah melihat pengalaman dunia yang mana peperangan malah penghapusan etnik berlaku atas alasan persengketaan agama.

Realiti mengenai peri penting kestabilan sosial, terutamanya dalam perkara berkaitan agama ini harus ditanam dalam fikrah setiap ahli masyarakat.

Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai".

"Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".

Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.

Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.

Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.

Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti. Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya?

Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya. Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.

Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.

Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri. Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.

Undang-undang dan penguatkuasaannya mungkin bukanlah jalan terbaik atau jalan utama untuk menjamin keharmonian antara agama di negara kita, namun mempunyai undang-undang yang lengkap dan penguatkuasaan yang proaktif boleh mengawal selia hubungan baik antara agama.

Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini.

Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat.

---------------------------
PENULIS ialah Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selasa, 3 Februari 2009

Apa erti penjumpaan kesan manusia 1.8 juta tahun di Perak?

Berita berikut tersiar pada minggu lepas:

The Star January 30th, 2009

Early axes found in Perak

Prehistoric discovery: Dr Mokhtar Saidin holding up a hand-axe which
was dated about 1.8 million years old over a boulder embedded with
suevite layers in Penang Thursday.

GEORGE TOWN: Evidence of human existence dating back 1.83 million years was uncovered at Bukit Bunuh in Lenggong, Perak recently.

Universiti Sains Malaysia (USM) Centre for Archaeological Research Malaysia director Associate Prof Dr Mokhtar Saidin said hand-axes which were unearthed showed evidence of the early existence of Homo erectus in the South-East Asia region.

He said the previous prehistoric hand-axes found in Africa dated back 1.6 million years.

“We found one of the hand-axes, made of quartzite rock, embedded in layers of suevite caused by meteorite impact.

“We sent part of the suevite to the Japan Geochronology Lab in Tokyo for fission track dating and the results showed that it dated about 1.83 million years,” he told a press conference.

He said his team did not find any human remains.

“Our next step is to carry out more studies and mapping and we hope to find human evidence,” he said.

Dr Mokhtar said it was possible that the findings challenged the prevailing “Out of Africa” theory, which holds that anatomically modern man first arose from one point in Africa and spread out around the globe.

He said the Bukit Bunuh archaeological site covered about four sq km, and the meteorite crater was about 4km in diameter.

USM Vice-Chancellor Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak described the discovery as “important and pertinent”, which could change the understanding about the mobility of early human beings in this region.
Apakah erti penjumpaan ini?

Bagi membincangkan penjumpaan ini, ingin dimulakan dengan menerbitkan kembali sebahagian dari posting lama berikut:


Kebanyakkan orang terlalu asyik dengan teori hingga menganggap ianya sesuatu kebenaran muktamad. Teori adalah usaha ilmiah untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku berdasarkan fakta dan analisa yang ada. Namun, amalan saintifik menganggap ianya kebenaran yang relatif dan sementara hingga terjumpa fakta baru, terfikir teori baru dan perjumpaan yang baru yang berdaya menutup kelemahan teori yang ada.
Mengikut satu teori Yunan, orang Melayu Moden dikatakan berhijrah dari Fujian atau Zhejian (juga dikenali sebagai Selatan Mongoloid atau Austronesian), yang menetap di sekitar kepulauan Asia Tenggara dan tanah besar kira-kira 4,000 ke 6,000 tahun dulu.

Asal usual Orang Asli dikatakan datang lebih awal. Teori meletakkan gelombang kedatangan orang Negrito, Proto dan Deutro ke Nusantara Melayu dari 1,000 ke 2,500 Sebelum Masehi.

Manakala, teori Nusantara menggunakan hujah budaya dan bahasa untuk menyangkalkan pendapat orang Melayu berasal dari tempat lain.

Dengan penemuaan ini, pelbagai teori baru bo0leh difikirkan tetapi yang pasti dia menunjukkan ada orang asal di sini. Orang asal ini mestilah merupakan sebahagian dari proses pembinaan tamadun, budaya, dan bahasa tempatan.

Tidaklah dikatakan asal jika bahasa dan budaya jelas sekali bukan dari kawasan ini.

Apa pula hujah pihak-pihak yang mahu mengatakan orang Melayu bukan pribumi Malaysia dan tidak ada hak di bawah Artikel 153?

Isnin, 2 Februari 2009

Khabar terkini mengenai Ahmad Ismail dan dakwaan hasutan

Perkembangan terkini mengenai khabar Ahmad Ismail didakwa di bawah Akta Hasutan. Laporan berikut:

The Malaysian Insider, February 1st, 2009

No action against Ahmad Ismail

KUALA LUMPUR, Jan 31 — Datuk Ahmad Ismail, the man who put race relations on a knife’s edge with his comments about Chinese in Malaysia in August last year, will remain a free man — for the time being.

The police have wrapped up investigations into a sedition charge against him but thanks to the intervention of senior party leaders, the veteran Penang Umno politician is not likely to see the inside of the courtroom anytime soon.

Umno sources told The Malaysian Insider that several delegations of party officials from Penang made representations to the Umno leadership on behalf of Ahmad over the past week, arguing that he has already paid a severe price for calling Chinese “immigrants’’ and “squatters’’ during a political rally in the run-up to the Permatang Pauh by-election.

Ahmad was suspended from holding any positions in Umno for three years by the party’s supreme council. His supporters also pointed out that charging him in court would merely re-ignite debate on race and religious issues and further complicate relations between component parties in Barisan Nasional.

Party officials were also concerned on the impact action against Ahmad could have on the fluid political situation in Umno.

“There is still a concern that some state assemblymen and MPs may be considering jumping over to the opposition. Ahmad Ismail is a popular figure in Umno. He may be vilified outside the party but among party members, there is a great deal of respect for standing up for Malay rights,” said a party official.

Earlier this week, The Malaysian Insider reported that the police had completed their probe into the Umno warlord and that the Attorney-General’s Chambers was on the cusp of ordering that the politician be charged with sedition.

News of this impending action filtered to the party rank and file in Penang and they made a beeline to Putrajaya to plead and cajole on behalf of Ahmad
.

Nota: Berita ini mungkin satu berita baik tetapi cara laporan ini ditulis mempunyai tujuan rasis.

Laporan ini dibuat berdasarkan khabar angin tetapi istilah seperti "Umno warlord", dan ungkapan seperti "the man who put race relations on a knife’s edge" jelas untuk membangkitkan kemarahan. Ini ternyata berjaya menarik 102 komen yang hampir kesemuanya menghentam Umno, polis, Peguam Negara dan kerajaan.

Patut disedari di sini adalah kesemua sasaraan kritikan mereka mempunyai satu persamaan ia-itu semuanya adalah dibawah kuasa, pentadbiran dan pengelolaan Melayu.

Lazimnya kaum bukan Melayu suka memperkecil-kecilkan dan memperkecehkan pentadbiran kerajaan dan kepimpinan Melayu (tidak kira Umno atau PAS). Kemarahan mereka terhadap Umno, polis, Peguam Negara dan kerajaan adalah reaksi biasa mereka.

Walaupun ada alasan melihat sebagai satu ketidakadilan, reaksi melebih-lebih ini adalah manifestasi sikap prejudis dan rasis mereka terhadap Melayu. Sokongan politik yang mereka beri hanya untuk kemudahan dan kepentingan kaum masing-masing kerana parti-parti politik Melayu (Umno, PAS dan PKR) sanggup lakukan apa saja untuk menarik sokongan undi mereka.

Saya bukan berniat mengambil pihak partisan di sini. Jika diamati asas sokongan saya terhadap Ahmad Ismail adalah kerana kebenaran dan realiti kenyataannya. Malah saya menyarankan jika Ahmad Ismail didakwa, Tan Lian Hoe dari parti komponen Barisan Nasional pun patut didakwa. Tidak ada personaliti dari parti pembangkang yang dibabitkan.

Satu perkara lagi yang menimbulkan kemarahan saya terhadap laporan ini adalah sikap putar belit dan besar kepala kaum-kaum bukan Melayu dan kebodohan pengkritik dari kaum Melayu yang terlalu singkat pandangan untuk membuat kesimpulan ambil mudah dan tidak melihat dengan lebih luas akan niat disebalik yang terselindung and implikasi.