Isnin, 15 Disember 2008

Perlembagaan tidak mewajibkan RTM guna bahasa bukan Melayu

Malaysiakini.com hari ini melaporkan MCA menentang keras tindakan Kementerian Penerangan untuk mengurangkan masa siaran Berita Mandarin di RTM daripada 60 kepada 30 minit yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Menurut jurucakap MCA Lee Wei Kiat, langkah ini akan menghakis hak penonton untuk menerima berita Mandarin. Kementerian Penerangan dikatakan sepatutnya menyediakan dasar penyiaran nasional yang adil bagi membolehkan hak siaran yang sama bagi pelbagai kaum.

Beliau menambah hujahnya, ramai rakyat Malaysia mempelajari Mandarin berikutan peningkatan pengaruh ekonomi dari China.

Mulai 2009, berita Mandarin disiarkan pada 8 malam, diikuti berita Tamil. Berita utama dalam Bahasa Malaysia pula dianjak ke jam 9 malam.

Parti komponen BN itu dilaporkan kecewa dengan perpindahan program itu kepada saluran RTM1 – sebelumnya ia disiarkan RTM2 – yang dijadikan alasan untuk mengurangkan masa siaran tersebut.

Menteri Penerangan, Dato Ahmad Shabery ketika menerangkan di Dewan Rakyat berkata ia tiada kena-mengena dengan sentimen perkauman dan meminta pelbagai pihak tidak terlalu sensitif.

Sekali lagi, pihak MCA terus keliru dengan kedudukkan bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan hak bahasa lain.

Di bawah artikel 152, kerajaan tidak dibertanggungjawabkan di bawah Perlembagaan untuk mengembangkan penggunaan bahasa-bahasa masyarakat yang lain dari bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu.

Namun begitu, kerajaan mempunyai budi bicara untuk membantu kajian dan membina pengetahuan ilmiah dalam bahasa-bahasa tersebut di Universiti dan lain-lain institusi tetapi bukan untuk membantu pengembangan bahasa di sekolah atau lain-lain institusi.

Itu adalah asas dasar yang dipersetujukan dan diterima oleh semua pihak sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, khususnya 1970. Yang jelas, tanggungjawab untuk penggunaan bahasa-bahasa lain dari bahasa Melayu adalah hak dan tanggungjawab individu-individu dan masyarakat kaum tersebut.

Sebagai saluran rasmi kerajaan, RTM berhak di bawah undang-undang untuk hanya menggunakan bahasa Melayu saja. Namun dia telah memberi ruang untuk bahasa Cina, Tamil dan Inggeris. Kemudahan yang diberikan selama beberapa puloh tahun adalah hanya memberi masa untuk masyarakat Cina mempelajari bahasa kebangsaan dan tempatan.

Sebagai perkara pokok dan dasar untuk pembinaan negara bangsa Merdeka yang bersatu, peningkatan Cina sebagai kuasa ekonomi baru tidak ada releven langsung. Jika ekonomi dan perdagangan menjadi asas kepada polisi bahasa negara, mengapa tidak pula kerajaan mempromosi bahasa-bahasa negara yang maju seperti Perancis, Jerman, Jepun, Korea, dan Arab, sebagai contoh?

Kaum Cina sentiasa menuntut untuk dianggap samarata dengan rakyat Melayu dan Pribumi yang lain. Mereka juga menuntut diberi layanan politik yang samarata oleh kaum majoriti dengan menggunakan Obama sebagai contoh.

Mana logiknya?

Setelah 50 tahun Merdeka, MCA, sebagai parti yang diajak berunding bersama dalam persepakatan untuk membentuk negara semasa Merdeka dan mempersetujui perkara-perkara yang digelar sosial kontrak, sepatutnya berhenti berhelah dan mencari alasan.

Adakah boleh mereka dianggap benar-benar rakyat Malaysia sekiranya mereka tidak menunjukkan langsung sikap mahu bersama dan berintegrasi dengan kaum-kaum lain, khususnya kaum asal negara ini?

Bolehkah kaum Cina diterima oleh rakyat lain sebagai bangsa (rakyat) yang benar-benar Malaysia jika masih bersikap mengekalkan mahu mengekalkan sikap imigren yang hidup dalam kepompong mereka di sekolah, tempat kerja, kawasan perumahan, dan jiran tetangga supaya dapat hidup seolah-olah dalam dunia negara asal mereka dan bukan realiti negara Malaysia?

Dari diberi lebih masa untuk kaum Cina dan India, bukankah lebih baik pihak RTM memberi lebih banyak ruang rancangan udara untuk kaum-kaum pribumi Sabah dan Sarawak yang lebih dari 50 suku kaum?

Sebagai contoh, kaum India hanya lebih kurang 10%. Bahasa Tamil pun tidak popular penggunaannya dan kurang mempunyai nilai komersial. Adakah wajar mereka mendapat keutamaan dari penduduk pribumi yang lebih ramai seperti kaum-kaum Kadazan, Iban, dan lain-lain suku kaum Sabah dan Sarawak?

Malah mari kita bertanya. Adakah Mandarin itu bahasa harian teramai kaum-kaum Cina? Bahasa Cina yang lebih signifikan diguna adalah bahasa Kantonis, Hokkien, Teochew, dan lain-lain, dan bukannya Mandarin.

Sekarang tidak perlu lagi saluran RTM menggunakan bahasa-bahasa lain kerana sudah ada saluran TV swasta untuk memenuhi keperluan kaum tersebut.

Saluran rasmi kerajaan sepatutnya menitikberatkan hanya bahasa Melayu kerana ia difahami oleh semua warganegara Malaysia. Bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa lingua franca untuk negara ini dan serantau yang jelas berjaya membolehkan kommunikasi antara semua kaum. Ia jauh lebih berjaya dari bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain?

Bukankah satu pembaziran untuk membelanja untuk menerbitkan rancangan yang hanya dapat difahami oleh segelintir masyarakat?

Sudahlah menelan belanja untuk menterjemah rancangan-rancangan dalam bahasa yang tidak difahami oleh kesemua rakyat. Bagi kebanyakkan rancangan yang tdiak dapat diterjemahkan, rakyat teramai bagaikan orang 'bisu dan pekak' bila menghadapi rancangan bahasa lain.

Melihat rungutan mereka berkenaan isu sekolah vernakular, MCA seolah-olah memperjuangkan polisi segregation kaum dan menunjukkan kaum Cina sebagai sombong dari mahu mempertingkatkan integrasi kaum.

Apa alasan sebenar MCA kali ini?

Adakah MCA sedang cuba menutup realiti bahawa kebanyakkan kaum Cina tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Malaysia? Jika demikian, tidak malukah kaum Cina yang mendabik dada mengaku diri mereka bangsa (rakyat) Malaysia tetapi tidak ada kebolehan dalam bahasa rasmi?

Mungkin wajar kerajaan bertindak perlu lebih tegas dan berhenti bertolak ansur dalam isu bahasa. Lima puloh tahun sudah terlalu lama!

9 ulasan:

Tam Dalyell berkata...

Apabila semua Melayu mula memandang kepada kekuatan diri sendiri sebegini, masaalah sekolah satu aliran akan dirasa tidak seberat mana pelaksanaannya.

Dia menjadi 'berat', atau apa sahaja tindakan pelaksanaan menjadi 'berat', apabila memandang kepada kekuatan 'luar' seolah-olah menjadi penghalang mutlak.

Oleh kerana kaum Cina Malaysia memandang kepada Cina di Tanah Besar China sebagai kaumnya, maka mereka merasa cukup 'besar' untuk menuntut lebih dari haknya yang sebenar.

Melayu menjadi tidak tahan dan terpinga-pinga seketika kerana memandang kepada kebesaran kaum Cina tempatan.

Pandang kepada apa yang Allah letakkan ke dalam tangan kita.

Tanpa Nama berkata...

Dah naik menyampah dan meluat dengan tv perkauman. Kalau tv Malaysia serlahkan kemalaysiaan. Bahasanya bahasa Melayu, bukannya sekejap bahasa Cina sekejap bahasa Tamil. Kalau orang Malaysia, berbahasalah dengan bahasa Malaysia. Ini bukan Madras dan bukan Hong Kong walaupun kita pelbagai kaum.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan dan pucuk pimpinan perlu lebih berani memperjuangkan apa yang sepatutnya dan jangan bertolak ansur, bangsa ini seperti Israel akan sentiasa meminta lebih dan kurang memberi

Abdullah AR berkata...

1. Banyak pihak telah dengan sengaja mengelirukan peruntukkan-peruntukan Perlembagaan di kalangan masyarakat.

2. Pemimpin berbangsa Cina mengelirukan masyarakat dengan mengatakan bahawa terdapat hak untuk bahasa Cina disokong oleh kerajaan contohnya dengan bantuan kerajaan kepada sekolah cina dan dengan cara siaran berbahasa Cina di TV.

3. Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan seterusnya memperuntukkan:-

a. Tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain;

b. Kerajaan boleh memelihara dan meneruskan penggunaan dan pembelajaran bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.

4. Oleh itu, Perlembagaan sebenarnya tidak memberikan tanggungjawab kepada kerajaan untuk memastikan kelangsungan bahasa-bahasa lain atau bahasa-bahasa kaum lain. Ini tidaklah pula bermakna kerajaan tidak berhak berbuat demikian. Kerajaan boleh menjalankan aktiviti untuk tujuan memelihara dan meneruskan penggunaan dan pembelajaran kaum lain. Tetapi Kerajaan tidak ada tanggungjawab untuk melakukannnya.

5. Perlembagaan sama sekali tidak memberikan kedudukan istimewa kepada kepada bahasa lain atau bahasa kaum-kaum lain. Malah, nama bahasa lain atau bahasa kaum-kaum lain seperti bahasa Mandarin atau Tamil tidak pun disebut dalam Perlembagaan. Dalam urusan rasmi, bahasa lain tidak ada hak untuk digunakan. Tetapi ini tidak pula menafikan hak untuk bahasa lain atau bahasa kaum –kaum lain digunakan untuk tujuan persendirian atau peribadi.

6. Dalam keadaan demikian, tidak ada hak untuk bahasa Cina dan Tamil diberikan waktu siaran tertentu dalam siaran RTM. Tidak ada hak untuk sekolah-sekolah cina untuk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan dengan bersandarkan kepada Artikel 152.

7. Pemimpin Melayu juga tidak kurang dalam mengelirukan rakyat. Akhir-akhir ini isu Ketuanan Melayu dibangkitkan semula. Dalam Perlembagaan tidak ada Ketuanan Melayu. Yang ada hanyalah kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

8. Kedudukan istimewa ini bukanlah bermaksud memberikan ketuanan kepada orang Melayu di negara ini. Taraf tuan kepada orang Melayu bermaksud orang lain hanyalah tetamu atau hamba. Tetamu hanya tinggal sementara. Manakala hamba tidak mempunyai hak. Sudah tentu kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan bukan bermaksud Orang Melayu tuan dan orang bukan Melayu tetamu atau hamba. Ini kerana orang-orang selain Melayu juga merupakan warganegara. Warganegara boleh tinggal di negara ini selama-lamanya dan mempunyai hak.

9. Ada pihak yang mengatakan bahawa Ketuanan Melayu bermaksud Ketuanan Raja-Raja Melayu. Ini juga tidak seratus-peratus benar kerana Raja-Raja Melayu ialah Raja Berpelembagaan. Ini juga merupakan satu “escapism” kerana Ketuanan Melayu dilaungkan akhir-akhir ini bukan kerana ancaman kepada apa-apa kuasa yang ada kepada Raja-Raja Melayu. Tetapi ia dilaungkan kerana apa yang dilihat sebagai ancaman kepada kedudukan orang Melayu, sama ada yang bersandarkan Perlembagaan atau sebaliknya contohnya polisi 30% bumiputra, pembukaan UiTM kepada bukan Melayu dan perlantikan bukan Melayu sebagai ketua PKNS.

10. Pemimpin Melayu juga mengelirukan masyarakat kerana bercakap seolah-olah kesemua perkara yang selama ini dinikmati oleh orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Contohnya, walaupun polisi 30% bumiputra boleh dijustifikasi kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, tidak ada apa-apa dalam Perlembagaan yang boleh menghalang pengurangan kepada angka 30% peratus tersebut. Ini kerana Perlembagaan hanya membenarkan keistimewaan kepada orang Melayu. Perlembagaan tidak mengatakan keistimewaan tersebut mesti sekian-sekian peratus. Sekiranya polisi 30% tersebut diturunkan kepada polisi bahawa 5% saham mesti diperuntukan kepada Melayu, maka ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Keistimewaan 5% masih merupakan keistimewaan. Keistimewaan ini akan mejadi illegal sekiranya tidak ada Artikel 153.

11. Begitu juga dengan pembukaan 10% tempat di UiTM kepada bukan Melayu. Ini juga tidak melanggar kedudukan istimewa orang Melayu kerana sekiranya 20% sahaja pun tempat di UiTM dikhaskan kepada pelajar Melayu, maka itu masih merupakan satu keistimewaan yang dibenarkan oleh Artikel 153.

12. Pemimpin Melayu dan Cina yang berlagak seolah-olah segala yang kaum mereka nikmati selama ini dilindungi oleh Perlembagaan adalah tersilap. Tidak pun, mereka sengaja mengelirukan. Perlembagaan kita sebenarnya cuba untuk menjadi satu Perlembagaan yang demokratik yang memberikan hak samarata kepada semua rakyat seperti mana yang difahami oleh bangsa yang terlebih dahulu maju di barat. Ini tidak menghairankan kerana Perlembagaan tersebut ditulis oleh Orang Barat dengan beberapa pengecualian dalam beberapa perkara seperti dalam hal kedudukan istimewa orang Melayu. Dalam keadaan demikian memang sukar untuk mencari justifikasi dalam Perlembagaan untuk tuntutan untuk hak yang tidak samarata apatah lagi yang melampau seperti cakap-cakap bahawa pembukaan 10% tempat di UiTM melanggar kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan.

13. Dalam keadaan demikian, mungkin perlu kesemua pihak yang tidak berpuas hati untuk memikirkan sama Perlembagaan benar-benar melindungi hak mereka seperti yang didakwa. Sekiranya tidak, mungkin mereka perlu sedar bahawa tuntutan mereka sebenarnya memerlukan pindaan kepada Perlembagaan supaya hak-hak yang dituntut mereka tersebut benar-benar dilindungi Perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Mereka ini memang bertindak atas sentimen kaum. Masih bersentimen pendatang. Kalau dah jadi orang Malaysia kenapa perlu perbesarkan sentimen kaum. Serlahkan kenegaraan kita, berbahasa Melayu misalnya. Dah jadi orang Malaysia, dan bukan lagi orang Cina atau orang India. Itu yang harus disedari.

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman semua rakyat malaysia, sehingga kini Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 belum lagi diterimapakai di negeri Sarawak kerana dewan undangan negeri belum lagi meluluskan lagi akta tersebut sehingga kini mengikut kehendak artikel 161(3) perlembagaan persekutuan malaysia. oleh tu bahasa rasmi negeri sarawak masih lagi bahasa inggeris sehingga kini. Ramai pemimpin, hakim dan peguam terlepas pandang perkara penting ini. Berlainan pula di Sabah kerana dewan undangan negeri dah meluluskan Akta tersebut pada 25 September 1973 dan sejak hari itu bahasa rasmi sabah ialah Bahasa Melayu. Mana usaha dewan bahasa dab Pustaka negeri sarawak sehingga kini tiada usaha menjadikan Bahasa Malaysia bahasa rasmi Sarawak selaras dengan negeri lain di Malaysia. Tiada Pihak yang berani mengutarakan atau membincangkan perkara ini secara proffesional walaupun Sarawak telah masuk malaysia sejak 1963 iaitu sejak penubuhan malaysia. Mana dia pejuang bahasa melayu dan bilakah Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 akan diterimapakai di Sarawak dan Bahasa rasmi Sarawak akan bertukar ke Bahsa malaysia dan bukan lagi bahasa Inggeris. Ini terbukti hanya mahkamah di negeri sarawak saja semasa perbicaraan masih menggunakan bahasa inggeris dan semua dokumen mahkamah mesti dalam bahasa inggeris selaras dengan kehendak artikel 152.161(1)dan 161(2)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini isu sangat penting kerana melibatkan perlembagaan persekutuan Malaysia dan ramai orang di malaysia masih tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu. hai kawan-kawan sila bantu saya sebarkan makluman ini supaya ada pihak membuat kejian susulan. ini kisah benar yang perlu diberi perhatian. Sila bagi komen anda dan email kepada saya pada kb9897@yahoo.com dari kuching sarawak terimakasih hidup bahasa melayu

Tanpa Nama berkata...

Kalau MCA nakkan haknya yang kecinaan itu, boleh kembali ke negeri Chinalah. Bermimpi lagilah MCA ni. Peliknya kalau dikata MCA pendatang tahu pulak sensitif. Pada hal itulah sikapnya.

Tanpa Nama berkata...

Dalam perlembagaan disebut 'bahasa lain' tidak dihalang penggunaannnya. Bahasa lain sahaja, tidak ada bahasa Mandarin, Iban dan lain-lain.

akuanakmalaysia berkata...

Telah sampai masanya televisyen menyiarkan berita berbahasa Arab pada waktu perdana.

Manakala kaum lain jangan hanya tahu menuntut hak tetapi abaikan tanggungjawab kepada negara, misalnya meninggikan martabat bahasa kebangsaan di persada negara.

Berita bahasa Mandarin dan Tamil didesak diadakan hanya atas alasan sentimen yang tidak lagi relevan.