Isnin, 22 Disember 2008

Bintang Tiga dan Chin Peng Bukan Pejuang Pembebasan!

Merujuk kepada tulisan sejarah di blog Jebat Must Die, dan komentar-komentar blogger ulung, Rocky Bru, ingin dipaparkan sejarah pengganas Bintang Tiga atau MPAJA dan Chin Peng yang dinaungi oleh Parti Komunis Malaya.

Hari ini, sebahagian kaum Cina yang satu masa dahulu adalah mangsa pengganas Komunis tiba-tiba memberi penghormatan kononnya mereka adalah pejuang pembebas daripada penjajahan Jepun. Pengakuan mereka ini adalah lemah dan satu pembohongan. Jelas sekali pihak-pihak dalam masyarakat kaum Cina adalah antara 'buta sejarah' atau cauvanis yang memutarbelit fakta.
Gambar keganasan tentera jepun

Pengganas Bintang Tiga dan Chin Peng bukan pejuang pembebasan kerana mereka bukan warganegara tanahair yang mereka mahu bebaskan. Kalau ada kaum Cina yang berstatus 'rakyat', mereka adalah 'British subject' di Negeri-Negeri Selat atau lain kata, rakyat kepada penjajah. Status kebanyakkan mereka adalah pekerja imigren yang dibawa British dari negeri Cina dan India.

Perjuangan Bintang Tiga hanya untuk menyelamatkan diri dari dan melawan kezaliman Jepun ke atas kaum Cina. Semasa itu, negara China dan Jepun sedang berperang.

Bagi mereka menjustifikasi keganasan Bintang Tiga terhadap orang Melayu, mereka kata ianya membelas dendam hanya terhadap orang Melayu yang bekerja dengan Jepun. Ini adalah satu alasan yang sengit dan putarbelit sejarah yang amat dahsyat. Mereka lakukan kezaliman dan pemerasan terhadap rakyat biasa, khususnya orang Melayu luar bandar. Ini tidak dapat dinafikan kerana ramai mangsa-mangsa yang menjadi saksi kezaliman ini masih hidup.

Baik British, atau Jepun, atau Cina dan India Bintang Tiga, semua mereka bukan rakyat negara ini. Semua mereka melakukan kezaliman terhadap semua rakyat sebenar negara ini, khususnya orang Melayu.

Sejarah Bintang Tiga yang dipetik dari Arkib Negara Malaysia adalah berikut:

Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British.


Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang.


Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu.



Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah (Di gambar atas: Berdiri di tengah antara dua polis). Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mereka telah mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu yang telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.


Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.


Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent.

Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Chin Peng meninggalkan rundingan Baling

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.

Kampung baru untuk kaum Cina yang dipindahkan

Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.


Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Tugu negara dibom komunis 1975

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang DiPertuan Agung dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Jika sejarah MPAJA dan PKM menunjukkan mereka bukan pejuang pembebasan, komentar dan penulis Syed Akbar Ali menulis di dalam laman yang sama sejarah Chin Peng ynag bukan menujukkan dirinya pejuang pembebasan dari kata-katanya sendiri, berikut:

NONE, I repeat NONE of the CPM members were freedom fighters. Please read Chin Peng’s biography. First of all the setting up of the Communist Party of Malaya was planned by the British (or they already had full cognisance of the CPM).

The CPM’s inaugural meeting was held somewhere in Negeri Sembilan (I think) in 1938? where Ho Chi Minh was present. Ho Chi Minh’s real name was Nguyen Ai Quoc.

At this meeting was also one Lai Tek @ Loi Tek @ Wright @ Nguyen something @ Chan Hong aged about 38 who was made the first Secretary General of the Communist Party of Malaya. At this time Chin Peng was a about 15 years old in Sitiawan and did not know anything about the CPM.


Loi Tek (a Vietnamese - so how was he a freedom fighter in Malaya) who was made the first Sec Gen of the CPM was already a British Agent. He had been a French agent in Vietnam but was arrested by the French. Then he was “sent” by the French to the British in Hong Kong where Loi Tek became a British agent, helping the British smoke out Communist labour unions in the Hong Kong docks. Until his disappearance Loi Tek could not speak a word of Malay.

In the late 1930s, the Brits “sent” Loi Tek to Singapore and handled him when he organised the port workers in Singpoare. Since Loi Tek had frends in the COMINTERN, the Brits were fully informed of the COMINTERN’s decision about that time to set up Communist insurrections around South East Asia.

Loi Tek was then co-opted by the British when he organised the Communist Party of Malaya on Comintern instructions. From day one, the British knew the inside out of the CPM.

During the Japanese occupation of Malaya, Loi Tek remained behind in Malaya and became an agent of the Kempeitai. Loi Tek had free access to travel during the Japanese occupation.

When the Japs invaded Malaya, Chin Peng was barely 20 years old. He wanted to go to China and join Mao Tse Tung to fight the Japanese there. But since the japs were already here, the fight came to Chin Peng. So he did not have to go to China.

When the Japs invaded Malaya, Chin Peng started going underground. Even at this time Chin Peng was NOT a member of the Communist Party of Malaya. He was a member of Mao Tse Tung’s Anti Enemy Backing Up Society, HQ in China.

At this time Chin Peng had no idea that someday in the future anyone would be saying that he was a freedom fighter for Malaya! Chin Peng had no idea about the CPM. He did not know what it was.

Chin Peng had joined Mao Tse Tung’s Anti-Enemy Backing Up Society (AEBUS) and NOT the Communist Party of Malaya. The AEBUS later evolved into the Min Yuen.


In 1942-43, the British sent in Spencer Chapman and a few other agents to organise resistance AMONGST THE MALAYAN CHINESE against the Japanese. Two vehicles were chosen FOR THE MALAYAN CHINESE ie the Communist Party of Malaya for the Communists and the Kuomintang for the Chiang Kai shek supporters. By this time Chin Peng was a member of the CPM.

Spencer Chapman was landed by submarine at Segari along with Lim Bo Seng (representing Chiang Kai Shek’s Kuomintang) to meet Loi Tek (representing the Mao Tse Tung Communists).


Chin Peng was present as Chapman’s guide. The meeting took place at a place called Blantan near Bidor in Perak.

Loi Tek drove up from Singapore in a car, during Japanese occupation. He was NOT molested by the Japanese.

When these folks all met at the Blantan camp, Spencer Chapman knew Loi Tek (the Sec Gen of the CPM and Chin Peng’s Boss) was a British agent because Chapman had met Loi Tek before in Singapore when Loi Tek was handled by the British Special Branch in Singapore.

Then Loi Tek, Lim Bo Seng and the other British agents present at Blantan (Broome, etc) signed a piece of scrap paper about some agreement. The so called agreement was written by hand and was written on school notebook paper. Chin Peng did not sign because at this time he was only about 22 years old and did not know anything.

Since Loi Tek was already Chapman’s ‘agent’, Chapman did not sign the agreement (maybe Chapman he could not take the hypocrisy).

During the Japanese occupation, Loi Tek kept betraying CPM leaders to the Japanese. In one famous incident the so called ‘top leadership’ of the CPM (actually squatter farmers, rubber tappers, carpenters etc) was wiped out by the Japanese during a ’secret’ meeting in Batu Caves. Loi Tek had informed the Japs of the secret meeting.

Then in 1945 after the Japs surrendered, Loi Tek became a British agent again. He fully briefed the Brits about who was who in the CPM. (Still no freedom fighters there).

Finally in 1947 the CPM started becoming suspicious that their Sec Gen Loi Tek was an enemy agent. The Brits told Loi Tek about this. Loi Tek escaped along with a million Dollars of CPM party funds. They say that Loi Tek ran away to Thailand where he was killed by the Thai Communists. Others have said the Brits spirited Loi Tek to London. Loi Tek was a mystery.


Chin Peng was incensed and sufffered great loss of face. To save face, Chin Peng and the CPM decided to launch a war against the Brits. I think it was a retaliation against the Brits for making such fools of the CPM. There was no freedom fighting involved. It was a simple case of ’shit they have made such idiots of us’.

Spencer Chapman returned to England where he suffered depression and later cmmitted suicide. He knew what he did in Malaya, help nurture the CPM, which caused so much death and desruction.

The whole CPM thing was a game played by the British.
Adakah rasmi dan fitrah sebahagian kaum Cina yang tidak henti memutarbelit fakta untuk menipu, sentiasa degil berkeras dan tiada berlebih kurang, dan sentiasa menunggu untuk belot dan tikam dari belakang?

Mereka bersekongkol dengan penjajah British dan mempunyai niat untuk menjajah negara ini. Ini semua adalah permainan penjajah dengan penjajah.

Sila baca:

Blog Kuda Kepang - NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

Blog Barking Magpie - CPM stands for Chinese Party of Malaya and they failed to form a Chinese entity in Malaya...cept for Penang!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara,
Saya mengikuti blog ini sejak awal. Saya mengendali blog gabungan pahang http://gerbangtemumaya.blogspot.com
dan blog ini dimasukkan sebagai blog unik kerana konsisten dgn isu sama (semangat pejuangan melayu) Saya akan terus sokong blog ini.
Selamat berjuang dan maju jaya.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

foto anda sunguh gah dan bernilai jutaan ringgit di segi sejarah....

tentu awak ni bukan org biasa tetapi seorang pakar sejarah ni...

tahniah

Jeepers Creepers berkata...

Sejarah ditulis orang yang menang. itu memang tidak boleh disangkalkan.

Saya bukanlah bermaksud mengangkat komunis dan merendahkan askar melayu. Dan saya tahu pasti ramai yang mempertikaikan apa yang saya cuba sampaikan.

Memang Chin Peng adalah ketua pengganas tetapi bukan semua orang melayu yang masuk komunis adalah pengganas.

Ada diantara mereka adalah mangsa keadaan seperti Rashid Maidin, Shamsiah fakeh dan lain lain.

Perlu diingat sebelum UMNO, sudah ada parti lain yang menentang british seperti AWAS, API.

Apabila british nak hapuskan mereka, british gelarkan mereka komunis mengadakan pelbagai tuduhan palsu. Sebab itulah orang melayu yang masuk komunis. Mereka menentang british.

UMNO selamat kerana pemimpin mereka pro british seperti Dato Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman. Sedangkan pemimpin AWAS, API memang penentang british secara terang terangan.

Buku sejarah ditulis oleh mereka yang menang iaitu UMNO. Cuba kita tanya orang melayu selain dari melayu UMNO. Mereka ada kisah lain cuma mereka pejuang berhaluan kiri.

Diharap sesudah 51 tahun merdeka, kita semua lapangkan dada dan bukakan minda. Cuba terima pandangan lain selain dari yang tertulis didalam buku sejarah.

Ingatlah kita sebenarnya telah dilaga-lagakan oleh british untuk memudahkan mereka menguasai tanah melayu walaupun kita telah merdeka.

sang murba berkata...

Bagi period sebelum merdeka (pra-1957) fokus kita sepatutnya adalah terhadap penjajahan. Maknanya pada masa itu, Tanah Melayu atau Malaya adalah merupakan "tanah jajahan" Inggeris.

Oleh itu, sesiapa saja yang berjuang untuk "membebaskan" Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris, patut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan, sama ada dia warga negara Tanah Melayu atau tidak.

Dalam perspektif yang demikianlah saya kira kita boleh menganggap bahawa PKM dan Chin Peng adalah juga pejuang kemerdekaan.

Tanpa Nama berkata...

saudara,

teruskan menulis di blog ini. melalui penulisan & foto saudara, saya seolah dapat menjiwai suasana yang digambarkan.

teruskan usaha anda !

"minat fakta bukan auta"

KALAM JAUHARI berkata...

Tahniah saudara, satu nukilan yang padat dengan fakta. Ini seharusnya menutup mulut-mulut mereka yang tidak pernah berterima kasih dengan keterbukaan orang-orang melayu.

Kita seharusnya mampu bergerak dengan satu suara untuk menngekalkan hak kita yang semakin terhakis.

Pesanan Keramat berkata...

YB Razif Gothic

Sebagai seorang cybertrooper UMNO, menarik pendangan saudara.

Pada tahun 1975, Tun Dr Ismail memberi pengakuan kepada sumbangan politik kiri Melayu semasa menerima ijazah kedoktoran kehormat sains politik dr USM.

Saya tak tahu pula bahan sejarah haluan kiri tak ada. Kena lah cari ditempat yg betul. Dlm simpanan saya pun ada beberapa. Library2 lagi banyak.

Kalau nak terbuka minda, kena faham dalam2 dan jgn hanya ambil dipermukaan saja. Usah terbuka hanya untuk terbuka.

Sang Murba

Mungkin ada kebenaran saranan anda.

Tapi pada masa itu, haluan kiri tidak mendapat sokongan kerana struktur feudel melayu masih kuat lagi.

Tidak mungkin akan mendapat sokongan penduduk melayu teramai tanpa struktur kepimpinan tradisional menerima perubahan itu.

Walaupun mereka terdedah dgn orang putih kerana dari keluarga bangsawan dan diraja serta ada menghabiskan masa persekolahan dan universiti di british, saya tak anggap tunku dan onn jaafar kurang melayunya. Saya pasti mereka pro-melayu. Pada pandangan saya, mereka mengambil jalan pragmatik dan realis.

Satu faktor yang memungkinkan pemimpin melayu kita tidak menuntut kemerdekaan awal2 adalah kerana jumlah penduduk cina jauh lebih ramai dari melayu.

Pendatang asing mungkin boleh menguasai politik. Hanya repatriation yang berlaku selepas perang dunia kedua baru kita sedia merdeka.

Kepentingan melayu lebih terjamin bawah british dari rancangan haluan kiri kerana bakal dikuasai oleh cina berhaluan kiri dan mereka menuntut jadi republik.

Terjamin kerana british masih tertakluk di bawah perjanjian dgn raja2 melayu. Semua perkara sosial kontrak sudah termaktub dlm perjanjian pangkor seterusnya.

JIka diikuti permintaan haluan kiri untuk republik, kesinambungan kedaulatan melayu yang dilegitimasikan oleh perjanjian dgn british akan terputus.

Sejarah kita terputus dan hilang akarumbi kita. Kita bukan pemandu kemerdekaan. Ini tanah tumpah darah kita, biar kita tentukan mana hala kita mahukan. Bukan dipaksa oleh kaum yang tidak menghormati kita sebagai tuan rumah.

Fikirkan ...

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Terima kasih kepada pesanan-pesanan kerana tidak jemu untuk menulis isu-isu berkenaan kita Melayu.

Banyak yang dipelajari dari blog ini. Juga dari blog seperti JMD,DN,kudakepang,bigdog,chedet,etc.

Semoga kalian tidak jemu menulis dalam menangkis serangan daripada kaum-kaum pendatang ini yang cuba menafikan sejarah.

Tidakkah mereka sedar jika mereka mengangkat komunis-komunis ini menjadi pejuang kemerdekaan, mereka membenarkan tindakan-tindakan zalim ke atas rakyat tanah melayu khususnya kaum Melayu itu sendiri. Seperti mereka berasa bangga dengan kejayaan membunuh,merompak,merogol etc terhadap orang Melayu. Sangat jahat tindak-tanduk kaum pendatang ini.

Kenapa ahli-ahli politik Melayu senyap saja? Sepatutnya mereka mewakili kaum Melayu patut mendesak permohonan maaf daripada mereka yang terlibat secara terbuka mengangkat komunis ini. Jangan dibiarkan terlepas begitu saja. Ini tidak adil kepada mereka yang menjadi mangsa kezaliman komunis.

-entah-

Syahir berkata...

Chin Peng pengkhianat tanah air! Mereka dan askarnya membunoh ramai orang-orang Melayu dan yang lain2.

Chin Peng perlu di pancung sampai mati sekiranya dia kembali ke Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

Rupa-rupanya, saya yang muda ini amat buta akan sejarah tanah air. Sedihnyaaaa

Terima kasih untuk pencerahan.

Abdullah AR berkata...

Puak komunis kini menuntut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

Persoalan yang ingin saya lontarkan kepada mereka: mengapa selepas Malaysia merdeka pada tahun 1957 mereka masih mengangkat senjata? Saya berpendapat mereka bukan pejuang ke arah kemerdekaan tahun 1957 kerana mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan tersebut malah terus menentang kerajaan selepas itu secara yang tidak sah (tidak demokratik).

Saya tidak menafikan yang mereka ada mengangkat senjata menentang British. Mereka juga membunuh ramai askar2 Melayu dan orang-orang awam yg tidak berdosa. .

Kemerdekaan yang mereka perjuangkan ialah untuk menjadikan negara ini negara komunis. Mereka telah gagal secara rasmi apabila menandatangani perjanjian meletak senjata di Hadyai pada 1989. Setelah itu, mereka tidak boleh mengambil kredit di atas kemerdekaan 1957 kerana mereka tidak pernah mengiktirafnya. Mereka gagal.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana terus menulis tntang sejarah melayu di alam melayu

Tanpa Nama berkata...

awal yang baik

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Selangor skrng ni pun dah pakai logo bintang tiga... Selangor Shines