Jumaat, 27 Februari 2009

Perkiraan hak Melayu dan Pribumi tiada lagi untuk biasiswa JPA?

Dua minggu lepas, sebuah berita tersiar di suratkhabar The Star, kepunyaan MCA memetik Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyatakan persetujuan biasiswa JPA dianugerahkan hanya berdasarkan merit dan kedudukkan kewangan keluarga.

Kenyataan ini dilapor dibuat selepas suatu perjumpaan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin MCA, ketua-ketua masyarakat India, dan etnik Sabah dan Sarawak.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, ini adalah kata sepakat yang dicapai dalam perjumpaan ini dan ianya akan dibincangkan dalan mesyuarat Kabinet. Kriteria keputusan baik dan pendapatan keluarga yang rendah perlu diperketatkan.

Katanya lagi, inilah cara untuk memastikan lebih ramai kaum Cina menyertai perkhidmatan kerajaan.

Berita sepenuh seperti berikut:

Merit, income criteria for PSD scholarship

The Star, Friday February 13, 2009

By ROYCE CHEAH

SERDANG: Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan has agreed that the Public Service Department scholarship should be awarded based only on merit and household income, after discussions with MCA leaders and community heads.

MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat said consensus was reached at a recent meeting and that the idea would be brought to the Cabinet for further discussion.

The other leaders involved in the move were from the Indian and Sabah and Sarawak ethnic communities.

“The consensus reached also included the fact that students who qualify for the scholarships will be eligible not only for overseas study but also for local universities.”

The proposed criteria to select students based on good results and low household income ought to be strictly adhered to, Ong said at the Serdang MCA Chinese New Year open house last night which was attended by top MCA leaders such as secretary-general Datuk Wong Foon Meng, vice-presidents Datuk Seri Liow Tiong Lai and Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, and Youth chief Datuk Wee Ka Siong.

Ong also said that MCA’s goal to see more Chinese civil servants would be realised soon.

“We cannot expect this to happen overnight but I assure you that proper steps will be taken,” he said.

Laporan ini menimbulkan pelbagai persoalan. Jika hanya merit dan kedudukkan kewangan saja diambilkira, maka hak orang-orang Melayu dan Pribumi telah tidak ambilkira. Mana ceritanya laungan mempertahankan "Ketuanan Melayu" dan "Sosial Kontrak"?

Kemudahan biasiswa untuk menyambung belajar bagi orang-orang Melayu dan kaum-kaum Pribumi etnik Sabah dan Sarawak adalah perkara-perkara yang jelas terjamin dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutan mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Pribumi lain.

Pihak berkuasa dalam hal ini adalah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.

Suatu yang jelas adalah sebarang penarikkan balik hak-hak keistimewaan Melayu perlu mendapat perkenan Raja-Raja Melayu, samada dipersetujui oleh Agong atau diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Itu prinsip yang mungkin sekali telah diambilmudah oleh pihak-pihak kerajaan Persekutuan atau Negeri sebelum ini atau dianggap tidak perlu berikutan tanggapan Raja perlu mengikut nasihat eksekutif.

Pendirian dan kenyataan terbuka yang dilaporkan telah dibuat oleh KSN dan pemimpin-pemimpin MCA adalah seolah-olah mengetepikan kuasa Raja dalam melindungi hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Pribumi lain.

Selain memperlecehkan martabat dan kuasa Raja dalam perihal ini, pendirian terbuka ini adalah suatu ketidak hormatan kepada Institusi Raja-Raja Melayu dimana terletak kesinambunagan kedaulatan dan sejarah negara ini.

Sayugia diingatkan keistimewaan mendapat biasiswa adalah perkara yang sudah dipersetujui oleh semua rakyat Malaya dan Malaysia semasa persejutuan kemerdekaan Malaya, pembentukan Malaysia dan pemberiaan kerakyatan pada tahun-tahun sebelum Merdeka. Artikel ini tidak boleh diubah melainkan dengan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Ini adalah perkara pokok yang tidak boleh diambilmudah dan main langgar saja oleh mana-mana pihak. Sudahlah sebelum ini kerajaan ada memberi perseutujuan kuota 55:45 untuk Bumiputera: Bukan Bumiputera dan kini tak ambil kira langsung hak Bumiputera.

Dalam perkara ini, KSN tidak ada kuasa rasmi untuk membuat keputusan dan menyatakan pendirian sedemikian rupa mengenai perkara-perkara polisi tanpa kelulusan Mesyuarat Kabinet.

Yang anihnya, kenapa orang dan pemimpin Melayu berdiam?

Adakah kita sudah termakan dengan helah Ong Tee Keat kononnya dengan diberi biasiswa orang-orang Cina akan berterima kasih dan lebih ramai akan bersedia bekerja perkhidmatan kerajaan?

Orang Melayu berkhidmat dalam kerajaan kerana tradisi kewujudan Melayu dalam kerajaan. Selain itu, itu saja peluang pekerjaan yang mudah untuk orang Melayu perolehi pekerajaan. Peluang dalam swasta lebih terbuka hanya dalam syarikat-syarikat yang ada kaitan kerajaan.

Peluang untuk pekerajaan di dalam syarikat antarabangsa, swasta dan SME didominasi oleh orang Cina hingga ada hanya mengambil pekerjaan berdasarakan kebolehan berbahasa Cina. Orang Cina yang menyertai sektor awam mempunyai tujuan dan agenda tertentu. Tidak menghairankan kekurangan pendapatan mereka diberi kompensasi dari penyumbang lain.

Sekarang ini ada antara orang-orang kita mempertahankan hak Raja-Raja dalam menjadi penentu ketua Negeri. Selain menjaga kepeningan politik, mereka berdiam dalam perkara yang menjaga kepentingan bangsa.

Kenapa tidak dipertahankan kuasa Raja-Raja dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dankaum Bumiputera lain? Bukankah akhirnya kuasa memerintah itu mahu dipertahankan untuk memastikan kepentingan bangsa tidak terhakis dan hilang?

Fahamkah orang Melayu kenapa perlu dikekalkan kuasa dan immuniti Raja-Raja Melayu?

2 ulasan:

Unknown berkata...

pemimpin melayu lebih senang utk menjaga kepentingan "poket" masing masing dari menjaga kepentingan hak hak bangsa melayu di tanah melayu.

pemimpin melayu juga lebih menjaga "hati" dan "perasaan" bangsa bukan melayu.

bangsa melayu "anak kandung", bangsa bukan melayu "anak angkat". takut pulak anak angkat memberontak.

anak sendiri paham keadaan ayah. nak meminta lebih lebih pun segan.

Tanpa Nama berkata...

Adik,

Pembahagian kesejahteraan negara yang dicintai mestilah adil dan berlandaskan perjanjian kontrak sosial.

Anggaran kasar yang boleh diikut seadilnya boleh dibuat berdasarkan peratusan penduduk:

Melayu 65%, Cina 25%, India dll 10%


Ingatlah... Islam itu adil. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh menafikan hak yang bukan Islam. Barulah dunia dengan rela hati mengkagumi umat kita.

ADIL