Rabu, 11 Februari 2009

Mustafa Ali pernah tegur Nizar beri tanah 999 tahun

Pada tahun lepas, pemimpin PAS Terengganu, Dato Mustafa Ali pernah menegur bekas Menteri Besar Dato Seri Muhammad Nizar mengenai tindakannya memberi tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru cina di Perak.

Menurutnya, hanya pada zaman British menakluk Tanah Melayu bahawa Raja-Raja Melayu telah ditipu untuk memberi tanah yang mana geran itu kekal selagi ada 'ada bulan dan matahari' seperti perjanjian sewaan tanah di Pulau Pinang antara Inggeris dan Sultan Kedah.

Kenyataan Mustafa Ali boleh dilihat di dalam blognya, bernama Politik Malaysia. Posting tersebut diterbit kembali di bawah ini:


Saturday, June 28, 2008
Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja
28 Jun

Dalam akhbar Utusan hari ini saya terbaca berita kononnya kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Mohamad Nizar Jamaludin becadang untuk memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun.

Bagi saya, ini satu maklumat baru dan jika benar, ia satu tindakan yang luar biasa sejak negara kita merdeka. Pemberian tanah di zaman selepas merdeka hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.

Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja seingat saya.

Jika tujuan pemberian tanah sebegini untuk mendapat political milege dari kumpulan tertentu, pada pendapat saya, kerajaan negeri juga perlu mengkaji kesan negatif dari kumpulan lain dalam negerinya.

Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya bukan untuk mendapat political milege sahaja. Tambahan lagi apabila ada maklumat yang mengatakan pajakan untuk kampung-kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum termasuk orang-orang Melayu hanya 99 tahun sahaja.

Oleh itu, sebagai Menteri Besar, beliau harus berhati-hati dalam membuat sesuatu kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti terlebih dahulu dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat samada yang menyokong kerajaan atau tidak bersama kerajaan.


Walau pun Nizar dan pemimpin parti PAS cuba menggunakan alasan adil kepada semua kaum, hujah politik berkesimpulan mudah ini diketepikan oleh Raja Muda Perak, YM Raja Nazrin.

Dalam satu ucapan di satu Persidangan beberapa bulan lepas, Raja Nazrin mendedahkan bahawa pada tahun 1950, Majlis Raja-Raja tidak setuju dengan British berkenaan Rancangan Briggs yang mewujudkan kampung-kampung cina yang serba lengkap dengan kemudahan. Semasa itu, ramai-ramai orang-orang asal Perak masih tidak mempunyai tanah.

Selain itu, Nizar cuba membawa alasan bahawa ada juga kaum Melayu yang mendapat tanah kampung baru dan orang-orang Melayu dianugerahkan tanah untuk membuka Sekolah-Sekolah Ugama. Isu utamanya masih tanah 999 tahun ini masih terlalu mengutamakan kaum pendatang Cina. Sepatutnya pemberiaan tanah dibuat berdasarkan Rancangan Kampung Tradisi kerana ia lebih mencapai sasaran penduduk asal Perak.

DYMM Sultan Perak tidak bersetuju dengan usul kerajaan Perak tersebut. Namun demikian, DYMM Tuanku sedia bertolak ansur untuk mencadangkan dianugerah hanya untuk selama 60 tahun sahaja. Permintaan DYMM Tuanku itu tidak diendahkan oleh Nizar dan kerajaan masih berdegil untuk menganugerah tanah selama 999 tahun.

Ada pihak yang memberitahu bahawa Nizar cuba memujuk exconya untuk menghadkan tempoh tanah kepada 99 tahun, tetapi jemaah exco yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP tetap berdegil.

Walaupun Nizar dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak, dia hanya dapat diterima setelah membuat persetujuan rahsia dengan DAP Perak yang dipanggil perjanjian Pangkor II.

Ramai pihak menganggap Nizar sebagai MB boneka yang akur kepada arahan dua ahli exco; Ketua DAP Perak, YB Datuk Ngeh Koo Ham and Setiausaha DAP Perak, YB Nga Kor Ming. Kedua-dua mereka ini adalah sepupu yang mempunyai pertalian saudara dengan pengganas Chin Peng, yang lahir di Lumut.

DYMM Tuanku Sultan sangat murka dengan kedegilan Nizar dan dipercayai menggesa pemimpin-pemimpin masyarakat Perak mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pemberiaan tanah yang dianggap bersalahan dari segi Kanun Tanah Negara.

6 ulasan:

Bourne berkata...

KALAU DAH MEMANG JENIS TERDESAK DAN SENGKAT AKAL MACAM TU LAH. HAKMILIK 999 NI KITA BOLEH JUMPA HANYA DI UNITED KINGDOM JA.... uk KATA ORG KAMPUNG. SHARE OF LEASE KA APA KA SEMUA NYA ADA DISANA JA. YAG MELAYU DOK PI IKUT TU TAH BUAT APA TAH.

SATU JA SEBAB YANG KUKOH SEBAB NAK KAN SOKONGAN DAP LAH TU. YELAH PAS CUMA BERAPA JE KERUSI DI PERAK NAK MEMBALAS BUDI KONON TAPI GUNA HAK RAKYAT.

NI LAH PAS TAH SEDOR KE TIDAK LAGI TAK TAU LAH.

Tanpa Nama berkata...

Yang dapat tu majoritinya Melayu, Cina & India berapa peratus je. Budak2 umur 14 tahun di Perak pun tau perkara tu. Yang kamu umur tua bangka bengap sangat ni napa...kih kih kih...

kontraktorwibawa.blogspot.com berkata...

Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik, politik.

Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

Pesanan Keramat berkata...

Kontraktor Wibawa

Masaalah saudara ini masaalah pemikiran yang sempit dan cetek. Adakah semua yang pejuang bangsa juangkan itu isu politik sahaja? Yang anda benci itu politik kepartian kah? Atau lebih tepat pertandingan kuasa ?

Itu bukan bidang dan perjuangan saya. Kita juangkan banyak perkara selain dari perut sendiri:

1. sejarah yang penikesinambungan sejarah,
2. memelihara kedudukkan agama islam (diri kita kuat dan kemiskinan tidak menjadikan kita kufur),
3. bahasa yang sudah diketepikan (supaya intipati jatidiri kita tidak hilang sebagai bangsa yang punya kedaulatan negara),
4. hak dan keadilan untuk kita maju (dan anda boleh jadi gelojoh mencari kesenangan duniawi),
5. kedaulatan negara Melayu (bawah kuasa raja2 melayu dan undang2),
6. rizab melayu (supaya peniaga dna kontraktor macam anda tidak dengan mudah menghilangkan pegangan tanah melayu pada cina tanpa memikirkan implikasi panjang),
7. menentang pencabar kepada keamanan negara dunia (supaya pelahap seperti saudara boleh terus menekak.)
8. tak kurang juga ekonomi melayu. Cuma perspektif untuk negara dan bangsa dan bukan perspektif businessmen dan pemikiran self interest.

Dimana fardhu kifayah perjuangan kontraktor? Jangan pula kamu lupa kerosakkan dan kehancuran negara ini adalah kerana rasuah. Industri yang paling korup adalah industri pembinaan.

Disebabkan pemikiran kontraktor dan peniaga yang asyik dengan ekonomi, harta duniawi, tembolok sendiri, dan perkara lain tak ambil peduli, pandangan kita menjadi cetek dan tujuan kewujudan kita sebagai insan Melayu hilang.

Peniaga dan kontraktor yang pandangan singkat tapi sering mahu melalak yang hanya merugikan. JIka otak tuan tak kesampaian, tak payah berlebih2an bersuara. Apa yang saudara luahkan hanya kebodohan!

Pesanan Keramat berkata...

Tanpa Nama 11:21

Saya cadanagkan anda membaca posting tulisan blog kembara politk yang menulis dengan meluas mengenai isu tanah 999 tahun.

Nampaknya sudahlah budak 14 tahun salah maklumat, orang tua pun ada yang sama salah dengan budak 14 tahun.

Sementara itu baca dua ucapan raja nazrin dan sultan perak di sini.

Tanpa Nama berkata...

Memang pun kerajaan negeri Perak buat pajakan tanah 999 tahun untuk mendapatkan sokongan penyokong DAP semata-mata. Tiada cara lain nak dapatkan sokongan DAP melainkan dengan cara itu. Betapa terdesaknya Nizar nak dapatkan sokongan...