Berdasarkan makna sahaja, sudah bersalahan tuntutan penganut-penganut Kristian untuk menggunakan istilah Allah bagi tuhan untuk kegunaan dalam risalah Kristian. Konsep tuhan bagi orang Kristian berlainan dengan konsep tuhan agama Islam. Dengan demikian anih sekali bagi Herald Catholics untuk terus berdegil menggunakan istilah tuhan bagi agama Islam untuk agama mereka.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana tujuan mendakwah ugama mereka kepada umat islam. Hairannya, adakah penting sekali berdakwah untuk menyesatkan umat Islam hingga tidak mengapa jika sesat dari segi ajaran agama mereka?
Perlu disentuh sini, ahli Parlimen parti Islam, YB Khalid Samad mempertahankan amalan penganut Kristian ini berdasarkan lumrah amalan penganut Kristian Arab. Tidakkah dia menyedari kelemahan hujah yang ditiru dari orang Kristian yang tidak memahami percanggahan dengan ajaran mereka sendiri?
Selain dari percanggahan akidah mereka, kedegilan Herald Catholics ini boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap agama rasmi. Baca artikel Utusan Malaysia bertarikh Februari 4hb, 2009, berikut:
Penghinaan agama rasmi?
Oleh SHAMRAHAYU A. AZIZ
WALAUPUN isu sensitiviti agama sering menjadi topik perbincangan, masih ada pihak yang enggan menerima hakikat bahawa masyarakat kita memerlukan pendekatan lebih teliti untuk menangani isu ini. Ia begitu rumit dan tidak mudah untuk dibicarakan.
Isu penggunaan perkataan Allah dalam terbitan bukan berkaitan agama Islam adalah isu terkini yang dibincangkan. Walaupun belum ada larangan mahkamah mengenai penggunaannya, golongan ini harus faham bahawa masyarakat Islam di negara ini tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan 'Allah' sewenang-wenangnya.
Perlu diingat, kenyataan undang-undang seperti tafsiran mahkamah bukanlah satu faktor terbaik dalam menjaga keharmonian antara agama di negara ini. Keharmonian itu lebih bergantung kepada sifat faham-memahami, menghormati serta sifat bertoleransi antara satu sama lain.
Sifat memahami, menghormati dan bertoleransi ini bukan sahaja daripada aspek hubungan politik atau ekonomi, malah merangkumi sosial termasuk membabitkan antara agama.
Mungkin ramai yang menganggap sifat toleransi ini hanya mudah disebut di bibir, namun langkah sebenar mengamalkannya amat payah untuk dilakukan. Namun kita percaya, sifat-sifat tersebut telah lama wujud dalam masyarakat Malaysia.
Sifat-sifat itu menjadi penyumbang utama kepada kesejahteraan negara. Ia juga telah membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan kestabilan.
Setelah berjaya mengharungi pelbagai cubaan dan kepayahan untuk mengekalkan hubungan antara kaum dan agama, masyarakat seharusnya bertanggungjawab untuk tidak membuat sesuatu yang boleh memusnahkannya.
Menjadi tanggungjawab setiap ahli masyarakat untuk memastikan hubungan sosial kekal sempurna. Tanggungjawab itu termasuklah menghormati kepercayaan agama orang lain.
Perbuatan dengan cara perbuatan lahiriah atau penulisan perlulah sentiasa menghormati perasaan terutamanya sentimen keagamaan semua anggota masyarakat.
Seperti yang dimaklumi, agama adalah antara perkara sensitif. Semua anggota masyarakat harus sedar bahawa setiap ajaran agama mempunyai teras-teras tertentu yang tidak boleh dilunturkan. Ini kerana agama itu sendiri mempunyai ikatan tertentu yang mungkin tidak boleh difahami oleh pengikut agama lain.
Kita telah melihat pengalaman dunia yang mana peperangan malah penghapusan etnik berlaku atas alasan persengketaan agama.
Realiti mengenai peri penting kestabilan sosial, terutamanya dalam perkara berkaitan agama ini harus ditanam dalam fikrah setiap ahli masyarakat.
Daripada segi undang-undang, Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai agama bagi negara ini di dalam peruntukan Perkara 3(1). Perkara itu turut menjamin kedudukan agama lain dengan formula "aman dan damai".
"Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
Formula "aman dan damai" ini belum pernah ditafsir oleh mahkamah.
Namun, daripada segi amalan, agama selain Islam tidak boleh diamalkan sekiranya ia mengganggu dan menggugat keadaan "aman dan damai" masyarakat negara ini.
Bahagian kedua Perkara 3(1) ini juga memberi pengertian bahawa, keharmonian dan toleransi antara agama perlu dititikberatkan supaya tidak menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Oleh itu, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic boleh ditafsirkan sebagai menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Ia juga boleh mencemar formula "aman dan damai" yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Merujuk kepada isu penggunaan perkataan 'Allah', kita perlu melihat aspek baik dan buruk hubungan antara penganut agama dalam formula 'aman dan damai' itu.
Undang-undang, pada banyak ketika, tidak dapat menjadi penyelesaian kepada semua masalah terutama yang melibatkan emosi atau sensitiviti. Contoh yang mudah, adakah kebenaran mahkamah untuk membenarkan suami berkahwin dengan isteri kedua dapat mengubat atau menjadi penawar kepada emosi isteri pertama yang amat terluka dengan tindakan suaminya?
Paling baik pun, setelah terpaksa menerima keputusan mahkamah tersebut, isteri pertama harus meneruskan hidup bermadu dengan tangisan di dalam hatinya. Ini dikatakan formula 'rela dalam paksa.' Formula 'rela dalam paksa' ini sudah pasti tidak akan menjamin kebahagiaan akan kekal lama.
Begitulah juga gambaran yang dapat dibuat mengenai kesan daripada penggunaan perkataan 'Allah' oleh Herald Catholic.
Selain Perlembagaan, undang-undang mengenai pengharaman penggunaan perkataan-perkataan yang suci dalam agama Islam telah lama wujud di dalam undang-undang di negeri-negeri. Ia termaktub dalam peruntukan undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam yang selari dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang ini adalah sebahagian daripada segmen perjanjian sosial antara kaum dan agama sewaktu proses mencapai kemerdekaan. Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang tersebut masih belum begitu terserlah.
Undang-undang dan penguatkuasaannya mungkin bukanlah jalan terbaik atau jalan utama untuk menjamin keharmonian antara agama di negara kita, namun mempunyai undang-undang yang lengkap dan penguatkuasaan yang proaktif boleh mengawal selia hubungan baik antara agama.
Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini.
Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat.
---------------------------
PENULIS ialah Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
7 ulasan:
Ini lah akibat malaysia
pada dasar kesuluruhannya negara dan prinsip amalan hidup, dari tahun 1957 adalah berpaksi atas nak jaga hati semua dan kesemua pihak,kesemua orang dan semau bangsa dan golongan ,kesemua negara asing.
Dengan izin owang putih cakap "try to please everyone and everybody" dan ,semenjak 2004,nak jadi popula,sampai kan penjenaiyah jadi hero macam cerita tiap tiap (tak pernah mis) petang sabtu dan ahad di kaca tv.
Semua stesen pulak tu.
Bila orang islam kutip derma untuk gaza ,non muslim malaysia marah.
Bila minta azan di perlahan,owang islam diam tak bantah.
Bila christian nak buat pusat terbesar di cheras, DBKL diam.
Bila masuk jel ,kata makanan sama macam makanan anjing.
Bila tahun baru cina,ratusan ribu ringgit mercun besar di letupkan walhal itu barang seludup dan salah dari undang,maka orang cina yang membuat kesalahan itu selama 9 hari tak ade jabatan ambil tindakkan.
Toleransi bagi kaum cina adelah one way trapik.
sekolah semua hendak pegi sekolah satu bahase ---cina.
maka kesesakan jalan di kl dan parking haram tepi jalan semua menjadi biasa dan hak.
Itu semua hak kami kate deme.
One way trapik.
Baik punya hati Kerajaan malaysia.
Nak jaga hati semua orang.
Owang putih kate "try to please everybody but please nobody".
Nak ambil hati non muslim sampai menolak asas ukuwah islam.
Kerajaan malaysia pun dah jadi macam owang tanah besar "practical dan pragmatic" a.k.a no principals".
Nak jage non muslim sampaikan meninggalkan hak owang islam???
Takut dengan bayang sendiri ?
Toleransi dan harmoni ala msia one way terapik.
changkat lobak
arjuna waspada.
Salam,
Walau apapun konsep Tuhan dalam agama Kristian, saya kira tidak ada tuhan lain yang disembah oleh orang Kristian, kecuali Tuhan yang satu jua.
Sama seperti agama Islam, agama Kristian adalah salah satu agama samawi yang berdasarkan wahya dari Allah.
Orang Islam memang tidak menganggap agama Kristian sebagai agama yang benar selepas turunnya agama Islam.Akan tetapi, orang Kristian menganggap agama mereka adalah agama yang benar sepanjang zaman.
Memang ada percanggahan pendapat antara orang Islam dengan Kristian di sini. Akan tetapi, masalahnya bagaimana orang Islam di Malaysia seolah-olah hendak memonopoli perkataan Allah untuk mereka saja, sedangkan orang Islam di tempat lain (di Timur Tengah dan Indonesia, misalnya) tidak pun "menghlang" orang Kristian menggunakan perkataan Allah?
Lagipun Allah adalah perkataan Arab, dan orang Arab pun ramai yang beragama Kristian. Jadi mengapa orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan Allah?
Memang Majli Fatwa telah mengeluarkan fatwa bahawa dalam konteks Malaysia perkataan Allah itu hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Tapi fatwa yang tidak realistik, tentu menimbulkan kotroversi, dan inilah masalah yang kita hadapi sekarang.
i just want to correct ur meaning of the word 'Allah' which according to u is 'the God'... actually it is more like 'a God' which means 'one God' or 'the only God'... thank you...
Jiwa Merdeka
Begitu liberal sekali pendirian agama anda?
Mungkin anda boleh google debat2 Allahyarham Sheih Ahmad Deedat untuk memahami salah anda anggap ketuhanan Kristian sama dengan pengesaan tuan dalam ugama Islam.
Islam diturunkan kepada Muhammad untuk membetulkan syirik yang masih berleluas dan ugama wahyu yang telah sesat.
Macam mana boleh di samakan jika Kristian dan Bible meyatakan Jesus sebagai Begotten Son. Apa itu?
Kasturi
Maksud The God sama dengan a God. The God lebih menguatkan. A God boleh disalaherti sebagai adanya plurality.
Mat Syaghir
Sila letakkan post diposting yang betul. Di sini bukan posting berkenaan bahasa. Saya padamkan pisting anda.
Setahu saya tidak pernah pun orang kristian menghina atau mengperkecil atau mempersendakan agama ataupun orang islam.
Perkataan "Allah" adalah soal terjemahan dan isu bahasa. Perkataan "Allah telah pun digunakan oleh orang kristian beratus-ratus tahun sebelum islam.
Makanya perkataan tersebut bukan milik eksklusif orang-orang islam. Soal bahasa semua orang boleh guna kecuali dengan niat menghina.
Kalau orang islam betul-betul beriman apa yang ditakutkan orang lain menggunakan perkataan 'Allah'. Saya rasa lebih elok orang islam menguatkan iman daripada berpolimik berkaitan bahasa dan penggunaan "Allah".
Kalaulah kerajaan BN pimpinan UMNO tidak menghapuskan sekolah inggeris maka orang kristian tidak perlu pun menggunakan bahasa melayu untuk bible mereka. Tapi sekarang orang kristian hendak menggunakan bahasa inggeris, anak-anak mudah kristian tidak lagi fasih menggunakan bahasa inggeris. Mahu tak mahu mereka terpaksa menggunakan bahasa melayu.
Kalau orang melayu tidak mahu orang kristian menggunakan bahasa melayu untuk bible mereka yang pasti akan menggunakan istilah "Allah", kerajaan BN pimpinan orang melayu harus kembalikan sekolah aliran inggeris. Sudah pasti orang kristian tidak perlu menggunakan bible bahasa melayu lagi jika anak-anak orang kristian sudah fasih semula bahasa inggeris. Maka orang melayu tidak perlu risau lagi orang kristian menggunakan perkataan "Allah".
Tapi selagi orang kristian hanya fasih bahasa melayu sahaja, selagi itulah perkataan "Allah" digunakan di dalam bible bahasa melayu. Tujuan bukan untuk mengkristiankan orang melayu tetapi adalah untuk umat kristian yang hanya fasih bahasa melayu sahaja.
Wahai orang-orang melayu UMNO, kamu yang memaksa orang kristian menggunakan bahasa melayu, kamu juga yang menghalang orang kristian menggunakan perkataan Arab/Hebrew, iaitu, "Allah" daripada digunakan oleh orang kristian pada bible mereka. Persoalannya bukan apa atau perbezaan konsep "Allah" pada islam daripada konsep "Allah" pada kristianiti tetapi penggunaan istilah. Ingat, bukan konsep tetapi penggunaan istilah.
Biarlah kita hidup dalam aman damai daripada bersengketa. Kerana pada akhirnya Tuhan sahaja yang menentukan. Janganlah kita menjadi hakim orang lain. Yang penting ibadah dan taqwa kita dan bukan penghakiman kita terhadap orang lain. Ameen.
Hamba Allah

Catat Ulasan