Pada pandangannya sikap demikian yang menghindar orang Melayu dari mencapai kemajuan dan pencapaian yang sebenar. Dia merasakan Melayu tidak harus merasa defensif dan merasakan hak mereka sedang dihakis.
Hairan sekali, ketua sayap pemuda parti nasionalis yang berteraskan Melayu boleh begitu naif atau pun dalam keadaan in-denial atau penafian kepada keadaan sekarang dimana segala hak dan asas kenegaraan yang berteras warisan sejarah Melayu dipersoalkan?
Nasib baik, Presiden parti, Dato Seri Najib segera menempelak mereka yang sudah mencapai kejayaan diri dan menikmati hasil dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi kini mahu menafikan yang lain akan manafaat DEB. Jika dibiarkan pemikiran Khairy ini berleluas, ianya seolah-olah hak istimewa Bumiputera yang jelas disebut dalam Perlembagaan Persekutuan harus dibuang saja.
Naif Ketua Pemuda
Adakah Khairy begitu naif atau buta terhadap pelbagai serangan terhadap kedudukkan ugama Islam sebagai ugama persekutuan? Tahukah dia membezakan hak ugama Islam dan hak ugama lain? Kerana hari ini, kerana kelemahan politik UMNO dan sikap opportunis pembangkang penganut ugama lain kini mahu menuntut persamaan agama yang pukal dengan agama bertaraf persekutuan.
Tidak diambil kira lagi, usaha-usaha yang mahu melanggar Artikel 11.4 yang mahu membolehkan akidah orang Islam itu dicerobohi?
Butakah Khairy dengan tuntutan DAP yang mahukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi disama tarafkan dengan bahasa imigren dari negara asing pada papantanda rasmi? Fahamkah Khairy implikasinya?
Kenapa tidak perlu kita rasa terserang jika disebalik kemelut politik negeri Perak itu adalah bangkangan terhadap kuasa dan keputusan institusi raja sebagai ketua kerajaan negeri untuk menetapkan ketua eksekutif pentadbiran negeri?
Adakah Khairy tidak rasa bahawa dengan mempersoalkan keputusan itu ke mahkamah, instiutusi raja itu diletak dibawha takluk mahkamah dalam bidang kuasa mereka yang jelas?
Sedarkah Khairy, bagaimana Institusi kerajaan yang merupakan kesinambungan warisan sejarah negara dan dianggotai ramai sekali oleh orang melayu seperti mahkamah, polis, askar, perkhidmatan awam, dan lain-lain dipersoalkan dan diperlekehkan kerana ianya adalah instiutusi yang ramai Melayu?
Imigren yang bersikap tercabar
Tidakkah Khairy ikuti serangan kaum bukan Melayu terhadap Dr Ridhuan Tee yang begitu ikhlas memperjelaskan kesalahan kaumnya yang kiasu dan ganas sekali sikap?
Kaum Cina kini sudah tanpa malu dan segan berkata "mulut mereka sudah rasa darah" dan mereka mahukan dominasi kuasa untuk komplimen kuasa ekonomi yang ada pada mereka. Bukankah itu sikap Malaysian dan multiracialism yang hanya menanam tebu dibibir tapi sebenarnya tidak dihayati?
Akhbar The Star kepunyaan Cina yang sentiasa dalam 'seige mentality' yang hebahkan saranan songsang Khairy bahawa Melayu ada 'seige mentality'. Baik disahut tuduhan ini dengan kita ambil minda 'under seige'.
Orang Melayu dipanggil rasis setiap kali mereka mempertahankan hak mereka yang jelas tertera dalam Perlembagaan. Diulang sekali lagi, istilahnya pertahan dan bukan menyerang. Disebaliknya, mereka pula yang menuntut dilebihkan peruntukan yang masih berdasar congak untuk kaum mereka dan bukan untuk semua rakyat Malaysia pun.
Jadi bagaimana Khairy boleh kata buang 'seige mentality' yang tidak pernah ada dan hanya biar dan usah mempertahankan diri dari serangan?
'Seige" bermaksud serang atau tercabra dan 'seige mentality' bermaksud minda orang yang rasa terserang dan rasa diri sentiasa tercabar. Orang yang ada sifat 'seige mentality' sering tidak mahu mengalah dan hanya memikirkan diri sendiri saja. Mereka mahu pertahan dan sentiasa melawan dari sebarang tolak ansur atau kompromi walaupun ianya tidak rasional. Asas apa mereka mahu pertahan sekolah vernakular Cina ditengah laungan Malaysian Malaysia?
Adakah itu minda orang Melayu, Khairy? Cuba dibuka besar-besar mata sepit mu. Bukankah itu rata-rata sikap kaum orang Cina dan bukannya sikap orang Melayu?
Tiada persoalan mengenai orang Melayu dalam hal bertolak ansur dan kompromi. Orang Melayu adalah kaum yang sabar, berbudi bahsa dan tinggi toleransi. Jarang sekali orang Melayu melenting dan menentang establishment institusi Melayu dan kerajaan. Kita sering percaya dan yakini pihak atas berlaku adil dan ambilkira hak dan kepentingan kita.
Kadang tidak berlaku, hak dan kepentingan dikaut oleh yang dipercayai dan kaum Imigren menghakis hak dan kepentingan. Itu pun kita masih tidak ada sikap 'seige mentality' dan bersangka baik.
Liberal yang sesat
Selain kaum yang bersikap kiasu atau tidak tahu mengalah, mereka yang mempunyai sikap 'seige mentality' adalah mereka berjiwa liberal yang sentiasa tidak mahu menerima norma pemikiran yang lahir dari sejarah dan proses evolusi tempatan.
Orang bercondong liberal atau keterbuakaan tanpa had dan sempadan ini sering mempersoalkan segala-galanya dan mahukan template barat yang penuh retorik dan tidak realistik di tiru dan tampal ke dalam struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya negara ini.
Masaalah orang liberal adalah mereka ini hidup dalam hampagas penafian dan jati diri yang kosong roh. Mereka tidak langsung punyai rasa bangga pada budaya, worldview dan sejarah kaumnya sendiri tetapi minda yang dijajah untuk berbangga dengan barat. Pada orang liberal, ketamadunan itu hanya releven jika ia mengikut kayu ukur yang ditentukan barat.
Dah dituduh, baik diikut
Bukan setakat itu saja, orang Melayu dan kaum Bumiputera amnya harus memiliki 'seige mentality'. Berapa lama lagikah kita harus ditipu dan diperguna hingga hasil bumi tanahair tumnpah darah kini dimiliki orang?
Orang Melayu perlu berhati-hati sentiasa dan ada rasa curiga hati dengan tipu helah yang lazimnya baik dipermukaan atau dalam kata-kata tetapi penuh tipu muslihat dan kedurjanaan disebaliknya.
Sudahlah orang Melayu kini bagaikan hamba ditanahairnya sendiri kerana perlu bergantung pada kaum imigren untuk menyambung sisa penghidupan. Usaha untuk berdikari dan menghilangkan pergantungan pun digagalkan mereka.
Ada pula apologis dan pembelut dikalangan orang Melayu yang memihak kepada penindas. Ada penindas yang merupakan oportunis yang merompak hak orang kebanyakkan untuk menjadi Qarun yang gelojoh dengan kemewahan diri sendiri. Kini orang Melayu berhadapan dengan pihak opurtunis yang membuka pintu gate masuk kepada barbarian luar untuk dicerobohi.
Sedih sekali melihat kamu, Khairy yang begitu bontang sekali jiwa dan roh yang sudah dilelong untuk memperkecilkan bangsa dan kaum mu sendiri. Apa akan jadi pemimpin masa depan UMNO?
* Kemaskini 12:20 PM 17/10/2009
8 ulasan:
Semangat kemelayuan Khairi memang dipersoalkan dari mula. Seorang etnik Melayu anak seorang diplomat yang lahir di Kuwait City menghabiskan masa persekolahan di United World College, Singapura dan Oxford University, England memang sukar mempunyai jatidiri dan memahami minda seorang Melayu. Khairy lebih mempunyai semangat 'citizen of the world' dari semangat jatidiri Melayu. Dia akan lebih gemar jika negara ini dirobah konsepnya kepada negara berbilang bangsa saperti Singapura. Adakah dia sedar yang Singapura pada dasarnya adalah sebuah negara Cina berorientasikan barat?
inilah realiti kehidupan seorang melayu di tanah melayu.nak buat camne cha ya nun alif secare perlahan-lahan telah memenangi hati-hati melayu bukan melayu.skarang pon dah mule ramai org melayu itu sendiri nak hapuskan hak istimewa org melayu atas dasar 1Malaysia.Sekarang ni ape yang kite bole buat sbg golongan belia adalah tunggu dan lihat ape pemimpin kita bole buat.Takkan Melayu Hilang DiDunia
Kita lihat selepas pindaan perlembagaan UMNO, bolehkah dia menang Ketua Pemuda ataupun apa-apa jawatan dalam UMNO dimasa depan.
Nasibnya sebagai pemimpin akan ditentukan oleh ahli UMNO samada ideanya diterima atau tidak.
Khairy khairy... golongan pemimpin apologetik macam nilah yang menyebabkan umno menjadi lebih parah.
moga2 khairy menjadi pemandu teksi selepas pemilihan akan datang..
Saya dah lama suspek si khiary ini bodoh sikit..oops bodoh banyak. Apa dia ingat dia belajar di oxford tu dia pandai ker..apa subjek yang diambilnya tu, kalau subjek sastera, sapa2 pun boleh lulus. Lainlah kalau dia ambil subjek sains..ayau lulusan Imperial College..malangnya nasib bangsa melayu kerana melahirkan terlalu ramai pemimpin-pemimpin yang bodoh.
Kemelayuan?Jatidiri Melayu? Inilah Orang Melayu sendiri yang tidak terima Negara Malaysia, tetapi golongan ini mahu saja Negara Melayu. Jikalau Negara ini tiada Kaum lain, adakah kamu merasa puas hati? Hanya Melayu sahaja yang boleh menjaga jatidiri Melayu, hanya Melayu yang boleh memperlihara kemelayuan...
sesungguhnya kehancuran sesuatu kaum atau bangsa itu hanya akan disebabkan oleh bangsa itu sendiri
fikirkanlah
marilah kita bersatu membina tamadun MELAYU DAN ISLAM yang berkualiti
Catat Ulasan