Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi kata dua kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) supaya membatalkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi membantah akta itu pada 1 Ogos ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ia dipersetujui, pihaknya akan merayu Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) supaya membatalkan demonstrasi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadual berlangsung pada tarikh dan kawasan yang sama.
Sekiranya tidak diendahkan GMI, Ibrahim menegaskan pihaknya akan turun padang menyertai demonstrasi Pewaris dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menyertainya.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa memastikan rancangan GMI itu digagalkan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.
"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 1 Ogos ini, GMI yang membantah ISA dan Pewaris yang mempertahankan akta itu akan berdemontrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mereka.
Kedua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama ke Istana Negara.
Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, penglibatan Perkasa dalam isu itu bukannya untuk mengeruhkan keadaan sebaliknya kerana mahu melihat demonstrasi dan perarakan itu tidak berlaku demi kestabilan dan keamanan.
Katanya, Perkasa bimbang ia akan mencetuskan keadaan huru-hara memandangkan terdapat pelbagai isu berbangkit seperti kematian pegawai khas Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang kini dieksploitasi pihak tertentu sehingga berbaur perkauman.
Katanya, jika tidak bertembung dengan kumpulan penyokong ISA sekalipun, perhimpunan GMI itu terdedah kepada provokasi oleh pihak yang bertanggungjawab.
"Saya syak mungkin ada dalang di sebaliknya, ia bukan soal ISA sahaja tapi mereka mungkin ada niat untuk cetuskan sesuatu yang tidak baik bagi mengalihkan perhatian rakyat dalam isu tertentu," katanya.
Ditanya sama ada tindakan pihaknya yang turut berdemonstrasi akan memburukkan keadaan, Ibrahim dengan tegas berkata: "Terpulanglah kalau itu dikehendaki GMI yang mahu himpunkan 40,000 orang.
"Dia kena ingat penduduk Malaysia semuanya ada 26 juta, GMI tak boleh paksa semua orang ikut kehendak dia,'' katanya.
DIpetik dari laman web Perkasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Syabas kepada Datuk Ibrahim Ali.. anda sudah mengulangi ungkapan kata pahlawan Melayu ...
"Perkasa tak pernah turun ke jalan raya tunjuk perasaan, namun apabila kita komited kita akan genggam bara api sampai jadi arang, kita bukan turun (berdemonstrasi) untuk main- main.
"Saya sendiri sudah lama tak berucap pada acara tunjuk perasaan tapi kalau saya sudah mula, saya tidak akan berhenti," tegasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ayuh gerakan segala jentera untuk memberi sokongan pada di belakang Pendekar Kelantan yang tidak pernah jemu memperjuangkan bangsanya !!!
adakah ISA adalah alat untuk mempertahankan hak orang2 melayu.ataupun hak orang2 yang berkepentingan.dalam kemta Kamunting,melayu lah yang paling ramai ditahan.malu dengan kenyataan sebegini.
bukan isu melayu tak melayu.isu keadilan yang dipertahankan.jangan jadi melayu dungu hanya kerana kes teresa kok yang tiada buktinya,melulu mahu mempertahankan ISA.
ISA itu adalah penahanan tanpa bicara.itu isu sebenar.adakah adil bagi seseorang jika ditahan tapi tidak dibicarakan.dalam kanun keseksaan terdapat banyak seksyen mengenai kesalahan "attempt" atau cubaan untuk melakukan jenayah.kenapa tidak tahanan tidak dituduh bawah undang2 tersebut.malu lihat melayu berfikiran sempit konon2 mahu mempertahankan hak melayu.isu bahasa melayu tidak dipertahankan hanya berdiam diri.isu tulisan jawi mati,hanya berdiam diri.isu masjid diroboh,hanya berdiam diri.isu melayu hidup melarat,hanya berdiam diri.isu perpaduan?kenapa hanya dibangkitkan ketika umno tersedu ketika tidak mendapat sokongan melayu.mana isu perpaduan ketika umno terbahak2 mendapat sokongan melayu.malu la melayu begini
Salam saudara,
Sokong agar ISA tidak dimansuhkan. Penambaikan perlu dilakukan agar akta ini tidak menjadi :
I.kut S.uka A.ti = ISA
Lagi satu, geram pun ada dengan ISA ini. Boleh ketengahkan ke tidak, bahawa yang ramai2 kena ISA adalah kaum melayu.
Kalau dilihat sekarang penulisan-penulisan blog sekarang oleh non bumi, penulisan di akhbar2 cina dan india amatlah menyentuh hati kaum melayu.
sampai mana nak bertolak ansur...sampai tertolak kah...
kenapa kerajaan lemah dalam hal ini. janganlah kita, orang Melayu yang menjadi lebih mangsa berbanding orang lain.padahal orang lain lagi dahsyat hasutannya.
Teringat lirik lagu namewee pun sudah lah ...
Kerajaan harus mendaulatkan perkataan ke-RAJA-an dalam pentakbiran ... bukan menjadi KERA-jaan.
Sekian. Semoga Malaysia aman dan nasib bangsa terpelihara.
insan kecil.
salam ziarah dari relaxjom
Kami pendokong pro ISA akan sedia turun dan mengikut arahan
takda kena mengena dengan melayu pun ISA ni.nak tahan orang,tahan la.dan pastikan dibicarakan di mahkamah.melayu memang tak suka dipijak2.tapi jangan bodohkan diri.
kalau orang tulis hina melayu.tangkap dia.bicara kan dia.banyak akta lain ada.ISA ini adalah PENAHANAN TANPA BICARA.takda kena mengena dengan melayu pun
Apa yg akan terjadi jika ISA di mansuhkan?
http://yes2isa.blogspot.com/2009/07/how-does-world-leading-democracies.html
mungkin ini yg diidamkan puak pembangkang?
ISA penting untuk menjaga kedaulatan negara
tetapi kaedahnya itu mestilah sesuai dengan norma masyarakat
ISA patut digubal oleh orang2 yang tidak ada kepentingan politikal
tetapi sekarang ini politikal hanya melibatkan survival politik parti itu sendiri
Catat Ulasan