Khamis, 28 Mei 2009

Nizar: Pemimpin berpotensi, tetapi jauh menyimpang


Semasa menulis article ini, bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Muhammad Nizar sedang bersama-sama rakan-rakan DAP berpuasa "mogok lapar". Dia berharap aksi sedemikian akan dapat menagih simpati orang ramai untuk menyokong tuntutan membubar Dewan Undangan Negeri Perak.

Menurut perkiraan Nizar dan rakan-rakan DAP, mereka yakin akan mudah memenangi pilihanraya umum negeri. Dengan demikian, puasa sunat akhir bulan yang dikatakan Nizar itu bukan ibadat bernawaitu bukan kerana Allah, tetapi intipati nawaitu kerana kuasa politik. Padahal dua Mufti yang bebas dari politik - Mufti Perak Datuk Harussani dan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin - mengatakan 'mogok lapar' salah dari hukum ugama. Masaalahnya ada pula umarak PAS, Dato Nik Aziz kata tak mengapa demi politik.

Episod ini menampakkan sesuatu yang menyedihkan. Semasa mula Nizar dipilih dan kredentialnya yang professional, menguasai pelbagai bahasa, dan mesra rakyat, dia merupakan pemimpin berdarah Melayu yang berpotensi.

Malangnya, oleh kerana kelemahan peribadinya, dia telah tunduk kepada pemimpin-pemimpin DAP dan mengikut kata suruhan mereka. Nizar terlalu pentingkan politik dan retorik hingga mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam. Dia akur kepada ketamakan dan kepentingan tertentu kaum Cina. Nizar ikuti telunjuk pemimpin DAP Nger Koo Ham dan Nga Kor Ming. (Baca pendedahan di sini.)

Perkara yang paling ketara adalah pemberiaan tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru Cina. Nizar tunduk kepada kepentingan kaum Cina hingga tidak hiraukan hak dan kepentingan kaum Melayu dan lain-lain kaum. Jika ada pun, ia hanya token seperti pemberiaan tanah untuk sekolah ugama untuk mengaburi mata orang ramai.

Menurut jurublog Pakcik.Net, pemimpin berpotensi Melayu ini sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan dan kelakuan seorang pemimpin.

Semasa permintaannya untuk membubar DUN ditolak Sultan, beliau telah MEMOHON DERHAKA kepada Tuanku Sultan. Ini suatu penghinaan kepada Institusi Raja yang merupakan asas kedaulatan negara. Akhirnya mahkamah kini sudah menunjukkan keputusan Tuanku Sultan itu betul dan mengikut landasan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Kini beliau berdegil mahukan DUN dibubarkan hingga tergamak berkata, "Jika Tuanku tidak perkenan agar DUN perak dibubarkan, akan ada kebangkitan daripada rakyat." Kata-kata sedemikian boleh didakwa dan dihukum kerana ia telah melakukan kesalahan-kesalahan berikut :-
  1. Penghinaan terhadap ketuanan Tuanku Sultan Perak.
  2. Membuat Ugutan terhadap Tuanku Sultan Perak.
  3. Melaga-lagakan Tuanku Sultan dengan Rakyat Perak.
  4. Kata-kata hasutan yang boleh mengugat kestabilan Negara.
  5. Melakukan penderhakaan terhadap tuanku Sultan.
  6. Mencemar keharmonian dalam Negara.
  7. Melemahkan kedudukan ekonomi negeri Perak.
  8. Tidak menghormati undang-undang negeri atau Negara.
  9. Merancang serta melakukan perbuatan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan negeri yang sah dengan cara yang tidak sah dari segi undang-undang.
Kata-kata Nizar yang berniat untuk membawa huru hara kepada negeri hanya akan memudaratkan penyokong-penyokongnya dan orang ramai. Beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab dan memikirkan implikasi kenyataanya. Sebagai pemimpin, beliau tidak boleh terlalu asyik dengan perebutan kuasa tanpa henti untuk dirinya dan rakan-rakan dari DAP tetapi melupakan akibatnya kepada rakyat dan negeri.

Sebagai seorang Islam, Nizar sepatut bersabar dan menerima qada’ dan qadar. Jika inginkan bangkit semula, tunggu pilihanraya ke-13 nanti. Jika Nizar seorang yang benar dan memang ditakdirkan untuk diterima rakyat, tidak lari gunung dikejar.

5 ulasan:

Unknown berkata...

NIZAR MOGOK LAPAR...DERHAKA PADA SULTAN

saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tambahan untuk tatapan pembaca. Sembilan perkara yang digarapkan sudah mencukupi buat orang Melayu terutama pemimpin UMNO yang dikatakan pembela agama, bangsa dan negara bertindak. Apa cara sekali pun, walaupun dengan mengambil tindakan mahkamah melalui akta-kata sediada. Namun malangnya, pemimpin UMNO yang gah dengan kata-kata hanya melihat atau tidak membaca langsung ruangan blog ini dan sewajarnya mereka kecundang bila berdepan dengan budak-budak muda yang it savy.
Sukalah saya ingin menggesa, setelah saya kata itu dan ini tadi...kepada pemimpin UMNO tidak kira pemimpin bawahan atau atasan agar bertindak mempergunakan apa juga peluang dan ruang untuk menyincang lumat segala bentuk usaha dan niat jahat golongan pembangkang terutama dari bangsa Cina dan India.
Mereka boleh membawa budaya mogok lapar yang sebelum ini kita sering mendengar dan melihat paparan kaca tv berlaku di luar negara sahaja, namun kini sudah mahu dijadikan satu budaya di negara ini...adakah ini cara yang baik dan mulia.
Ini merupakan satu PENDERHAKAAN yang AMAT BESAR pada TUANKU AL SULTAN PERAK...setelah beberapa siri dan usaha untuk merampas semula kuasa Menteri Besar Perak dilakukan oleh pembangkang hingga kini membawa kepada satu unsur yang amat jijik.
Apakah kita orang Melayu sedar, samada penyokong UMNO, penyokong PAS yang anggap diri lebih islam dari orang islam lain dan Allah itu tuhan dia sahaja dan orang Melayu yang atas pagar yang hanya jadi tukang tengok apa akan jadi pada bangsanya sendiri terhadap parti pembangkang yang rata-rata dikuasai DAP Cina laknat cuba mengajak negeri Perak terusan menderhaka pada Sultan.
Mogok lapar...apa tujuannya melainkan untuk mendesak Tuanku Sultan membubarkan DUN. Bukankah ini DERHAKA namanya kerana yang berkuasa membubarkan DUN hanyalah Tuanku Sultan.
Kalau kita orang Melayu tidak taat setia pada Sultan dan Raja, kita nak taat pada siapa lagi. Apakah orang Cina dan India akan tunduk sujud setia pada raja kita orang Melayu.
Paling jelas dan nyata, ingin saya membuka mata saudara-saudara sebangsa dan seagama untuk renung, terutama golongan muda yang hanya fikir...aku sokong mana-mana pun semasa je...ok bro, janji gua boleh rempit...
"..lihatlah kamu apa yang terjadi pada manusia berbangsa Melayu di Singapura, di mana rumah, tanah dan harta peninggalan ibubapa mereka dahulu di atas tanah bumi Allah ini...adakah kita bangsa Melayu di Malaysia ini akan menjejaki langkah mereka...renungi ini bukan untuk kita hari ini tetapi anak cucu kita nanti...kecuali lu mandul dan tak de anak. Juga lu kaki bontot macam Anwar Ibrahim...
Nizar yang ada IR pun jadi bodoh dengan ayat-yat baik dari Nga dan Nge...dan sebenarnya orang yang bertanggungjawab Nizar jadi macam lembu bodoh adalah Anwar Ibrahim. Tok Dalangnya Anwar dan patungnya adalah Nizar...cukup-cukuplah kita rosakkan bangsa kita dan bawa-bawalah kembali ke pangkal jalan...

Tanpa Nama berkata...

Kerana kuasa, gadaikan bangsa. Sedih lihat orang Melayu di perkotak katikkan begini. Jika dulu keadaan ini selalu berlaku di syarikat syarikat cina yang mana orang Melayu digunakan sebagai orang di barisan hadapan sebagai "frontmen", lebih lebih lagi untuk mendapat kontrak daripada kerajaan. Sekarang taktik yang sama digunakan sampai ke peringkat politik pula.

luah fikiran berkata...

Saya pernah tulis posting "KALAU DUN DIBUBAR, NIZAR TAK SEMESTI JADI MB?" pada Friday, May 15, 2009. Sila layari.

Saya setuju mengapa tak tunggu sahaja PRU 13.

Tanpa Nama berkata...

betul la kata Tun M..melayu mudah lupa..sememangnya melayu amat2 mudah lupa bila dapat 'power'..

zakwan berkata...

Mengapa UMNO tak nak tunggu hingga PRU 13 nak rampas balik Perak?

Pelik ada jugak Melayu bangang yang menyanjung kerajaan Perak kini yg ditubuhkan oleh perasuah

Nizar jauh menyimpang,MY ASS!!!!