Sabtu, 10 Januari 2009

Penduduk Sementara Kambung Baru Cina Dapat Tanah 999 Tahun, Melayu Hanya Tapak Sekolah Ugama?

Penulis Amir Hamzah dari Batu Pahat menulis di laman web Perkasa mengenai pemberian tanah kepada penduduk penempatan sementara di Kampung Baru Cina oleh Kerajaan DAP Perak BerMenteri Besar PAS. Orang Melayu Perak ramai tidak mempunyai tanah tetapi diberi tanah untuk sekolah ugama untuk mengambil hati. Tidak sama nilai tanah persendirian dan tanah kegunaan ramai yang tidak tentu kedudukkan masa depan.

Tulisannya yang agak kritis terhadap Menteri Besar PAS Perak bertajuk, "Berpuluh tahun UMNO mempertahankan, sekelip mata PAS menghancurkan". Ia disiarkan sepenuhnya sebagai memperingatkan kita betapa kurang kebijaksanaan kita -
Melayu! Oh Melayu! Cerdiklah dalam berpolitik :

Penempatan sementara Kampung Baru Cina semasa zaman darurat

" ... mengapa hakmilik kekal selama 999 tahun tidak diberi juga kepada Rancangan Kampung Tersusun?"
Cadangan untuk memberi status hak milik kekal (999 tahun kepada Kampung-Kampung Baru Cina (Kg Baru)) itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru beberapa bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara. Beliau akan merujuk cadangan tersebut mengikut Kanun Tanah Negara atau mana-mana perundangan yang dibenarkan.

Ramai pemerhati politik melihat tujuan cadangan ini bukanlah berdasarkan faktor ekonomi iaitu bagi membolehkan tanah itu dicagar untuk tujuan perniagaan tetapi ianya dilihat lebih berkait dengan isu politik demi menunaikan janji kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP.

Malang bagi Melayu Perak yang tinggal di lot-lot tanah di Rancangan Kampung Tersusun (RKT), mereka hanya diberikan status pajakan hanya 99 tahun, kurang 900 tahun daripada Kg Baru-Kg Baru.

Mengapa UMNO tidak memberi hak milik kekal kepada Kg. Baru perlu dilihat dari segi sejarah kewujudan Kg. Baru itu sendiri.

Kg. Baru ialah istilah umum yang selalu digunakan bagi penempatan baru pada zaman darurat pada tahun 1950an. Kg. Baru dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat tinggal, air, elektrik, kemudahan kesihatan dan sekolah. Penduduk yang berhampiran hutan yang terancam dengan serangan ganas komunis dipindahkan ke Kg. Baru yang dilindungi oleh pasukan mata-mata khas yang juga dikenali sebagai special constable dan tentera.

Pada umumnya tujuan utama kg. baru dilaksanakan adalah untuk melemahkan gerakan Min Yuen. Gerakan ini membekalkan senjata, maklumat, ubat-ubatan, wang dan makanan kepada komunis. Kg. Baru merupakan sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950.

Sebanyak 400,000 orang penduduk setinggan Cina telah dipindahkan ke lebih kurang 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu. Antara kampung-kampung baru popular ialah seperti Jinjang, Kampung Tengah, Loke Yew, Seri Kembangan, Gombak, Labis, Sungai Karas dan Sungai Way.

Dalam perkembangan terbaru Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan tersebut perlu disegerakan kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) yang mana Menteri Besar Perak turut menjadi ahlinya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai kuasa melainkan ada sebab-sebab istimewa yang amat jelas.

“Kenyataan Exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa pemberian hak milik tanah kekal selaras dengan syarat keadaan khas di bawah kanun tersebut tidak tepat sama sekali.

“Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Perkara utama yang dipertikaikan ialah mengapa hakmilik kekal selama 999 tahun tidak diberi juga kepada Rancangan Kampung Tersusun? Siapakah sebenarnya di belakang Menteri Besar Perak? Adakah MB cuba membelakangkan dan mengguris hati dan perasaan 2juta Melayu Perak semata-mata hendak menurut kata 18 DUN daripada DAP.

Apa yang berlaku di Perak ini adalah sesuatu yang paling mahal dibayar oleh pengundi-pengundi Melayu yang memenangkan calon PAS dan KEADILAN yang calonnya Melayu sehingga menafikan UMNO mendapat majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Pokoknya perpecahan Melayu Perak boleh membawa bencana kepada negeri dan tunggulah sepanjang 3 tahun lagi Menteri Besar ini akan diperkotak-katikkan untuk kesekian kalinya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai anak yang dilahirkan dan hampir seluruh keturunan saya adalah dari Perak, merasa amat kesal akan perbuatan khianat yang dilakukan oleh MB Perak yang menjadi boneka DAP anak haram jadah Cina yang celaka telah memasukan bu**h mereka kedalam mulut MB dan pemimpin Melayu yang tak sedor diri, di harap seluruh rakyat Perak yang berbangsa Melayu berugama Islam tulin (bukan Islam PAS Laknatullah) berdoa kepada ALLAH agar pemimpin pemimpin dari MB hingga pengikutnya di Laknat Allah seluruh keturunan mereka agar hapus dari bumi Perak.

Anak Jati Perak

Tanpa Nama berkata...

MB Perak ini bukan tahu sejarah mengapa kg-kg baru ini dibina, dipagar dan dikawal masa darurat dulu. Majoriti penduduk kg-kg baru dulu tu penyokong (sympathizers)PKM itu sebabnya mereka di buat begitu olih kerajaan British.
La ni MB Perak bagi begitu je pada hal ramai org Melayu tak ada tapak rumah pun... mlaang sunggoh orang Melayu Perak...abngun lae Yob

Anak Felda Sg Beharang

Tanpa Nama berkata...

terhina Melayu di bumi sendiri !

Tanpa Nama berkata...

saya suka baca blog saudara. walaupun kandungannya saya kurang bersetuju, tapi amat menarik untuk dibaca. saudara ada point saudara dan sudah tentulah ada juga pihak yang berbeda pendapat dengan saudara.

saya tak suka baca blog blog lain yang konon kononnya memperjuangkan melayu,tetapi hakikatnya memperjuangkan UMNO.

bagi saya UMNO dengan melayu adalah 2 entiti yang berbeda.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya orang Melayu kurang pengetahuan Sejarah. Tidak kiralah sejarah negara kita mahupun negara luar. Jika anda ambil ikhtibar Sejarah Kejatuhan Kerajaan Uthmaniah pada 1923 keadaan itu semacam berlaku di negara kita terutama orang Melayu. Setelah berjaya dijatuhkan negara2 Islam mula berpecah belah dan bermusuhan hingga ke hari ini.

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, apa yang saudara tuliskan agak berbau racist.saya tidak faham kenapa ada orang masih berfikiran sebegini. siapa musuh sebenarnya? cina? india?

kalau musuhnya adalah cina dan india, kenapa harus diberi kewarganegaraan dekat mereka?susah negara hendak maju kalau ada masih orang melaungkan "hidup melayu".

ia sudah tidak relevan.

Tam Dalyell berkata...

PISANG BERBUAH SEKALI SAHAJA.

Melayu Perak: Kami undi kamu PR naik tahta, sekadar tapak surau sahaja untuk kami?

Kerajaan Boneka: Cukuplah. Buat apa banyak-banyak?

MP: Untuk Cina, tiap seorang satu tapak -- 999 tahun. Untuk Melayu, satu kampong satu tapak, mana ad....

KB: Diam!!! Mintalah dari Ketuanan Melayu ....

merrybj berkata...

Mereka telah meilih untuk jadikan negara ini berul betul dipunyai oleh Rakyat Malaysia . Meraka telah mengundi untuk memberikan hak Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia , Meraka telah merasai nekmatnya , pemberian sama rata hak Negara kita Malaysia , FAHAMI SENDIRI MAKSUD TERSIRAT

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum,

Saya ada memberi sedikit respon berhubung isu ini. Tun Dr Mahathir mendedahkan penipuan PAS yang menyatakan British telah memberikan hak milik kekal kepada Kampung Baru.

Boleh dibaca di sini untuk dikongsi:

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/01/mengimbau-penulisan-blog-kembara_10.html

Tanpa Nama berkata...

Kome kena tipu bulat-bulat dengan UMNO ni. Kerajaan Perak tu bagi tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun yang mempunyai 75000 keluarga yang sebahagian besarnya Melayu dan Kampung Baru yang mempunyai 60000 keluarga yang majoritinya Cina. Kesemua keluasan tanah tu hanya 6000 hektar. Kebanyakan mereka ni adalah keluarga sederhana dan miskin. Kebanyakan penempatan kampung baru dan kampung tersusun di negeri-negeri lain termamsuk KL dan PJ dan dapat hak milik kekal. Salah ke bagi tanah pada rakyat yang memerlukannya dengan keluasan hanya 6000 hektar yang telah mereka duduki hampir 60 tahun lalu? Kenapa bagi tanah satu gunung di Genting Highland Pahang, hampir satu pulau di Pulau Redang Terengganu, satu lembah dan bukit di Bukit Merah Perak dan hampir satu wilayah kepada bukan warga negara di Iskandar Johor engkorang tak heboh. Sebabnya yang dapat tokey bukan rakyat bawahan. Pegiraaa!