Jumaat, 31 Oktober 2008

Selama 51 Tahun Merdeka, Orang Melayu Lewa dan Lalai dalam Memartabat Bahasa Kebangsaan!

Satu gambar lama yang mengabadikan usaha-usaha perjuangan memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan di kampus

Papantanda adalah urusan rasmi kerajaan dan dibawah bidangkuasa kerajaan tempatan. Mengikut Perlembagaan, bahasa rasmi yang boleh digunakan adalah bahasa Melayu saja. Bahasa asing hanya layak "diguna dan dikaji bukan untuk mengajar dan diajar" tentu sekali bukan untuk urusan rasmi.

Masaalah bahasa memang isu lama sejak dari kemerdekaan. Persoalan mengenai status bahasa Melayu bermula dari masa Perlembagaan kita hendak digubal lagi dan mereka mempersolkan status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi semasa mereka belum warganegara pun!

Melihat insiden yang mempersoalkan penggunaan bahasa Melayu dan tulisan Jawi di Pulau Pinang, dan Bukit Bintang dan Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini, ia hanya cerita lama yang diungkit kembali oleh pemain-pemain yang sama.

Pada tahun 1969, DAP mengadakan pakatan pilihanraya dnegan Gerakan dan PPP. DAP_ dengan agenda Malaysian Malaysia memang enggan memperakui bahasa Melayu tetapi ingin semua bahasa diterima sebagai bahasa rasmi.

Gerakan di bawah Dr Tan Chee Khoon juga memperjuangkan perjuangan yang sama dalam hal-hal bahasa asing di mana mereka menuntut 'legitimate use of all languages' dan menuntut Universiti Kebangsaan dan Merdeka di mana bahasa Melayu, Cina dan Tamil boleh dipelajari hingga ke tahap Univeristi. (Hari ini, New Age College pimpinan rasis tegar Dr Kua Kia Soong sudah jalankan Universiti dalam bahasa Cina di Kejang Selangor. Kita luluskan walaupun peruntukkan 152 itu jelas!)

PPP pula sebagai sebuah parti pada mulanya menyokong pendirian Perikatan dalam isu bahasa tetapi selepas Merdeka, berubah menjadi untuk polisi multilingualism dan penerimaan rasmi bahasa Cina dan Tamil. parti yang dipimpin dua adik beradik India dari Ipoh lebih chauvanis dalam memperjuangkan isu-isu CIna. dari parti-parti pimpinan Cina.

Menyedari perkara ini adalah isu-isu yang tidak pernah reda dari sebelum 'pendatang-pendatang' ini mendapat kewarganegaraan, janji dan ikrar mereka ini tidak pernah dikekal dan menunggu masa akan kembali keapda pendirian kepentingan diri dan bukan kepentingan bersama sebagai satu negara bangsa.

Mengapa kita tidak bersedia untuk serius dalam memartabatkan bahasa Melayu, penguatkuasaan artikel 152 dan tegas ke atas pencemaran bahasa? Mungin salah kita juga orang Melayu yang lebih mengekitkan bahasa Inggeris? Apabila bercakap dengan orang bukan Melayu, kita sedia bercakap dengan bahasa Inggersi dan tidak mahu menjadikan mereka berbahasa Melayu.

Malah perlu dipersoal Anwar Ibrahim yang membuat ikrar di Kelab Sultan Sulaiman pada April 14 bahawa dia akan memperjuangkan artikel 152. Mengapa dia berdiam dalam hal papantanda di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur?

Apabila berlaku peristiwa-peristiwa terbaru ini, baru kita sibuk mengenai penguatkuasaan. Sebagaimana berita berikut:
Utusan Malaysia Oktober 22hb, 2008

Cemar bahasa didenda

Dewan Bahasa dan Pustaka akan jadi badan penguat kuasa

Oleh KHAIRUN NIZAM MOHAMMAD YUSUFF

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diberi kuasa mendenda pihak yang didapati bersalah mencemar bahasa kebangsaan tidak lama lagi.

Denda itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat Peguam Negara dan diluluskan Parlimen pada sidang yang akan bersambung selepas cuti perayaan ini.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Kabinet bersetuju supaya ‘pencemar bahasa kebangsaan’ itu didenda RM1,000.

“Bagaimanapun denda itu akan hanya dikenakan selepas pihak terbabit gagal membuat pembetulan setelah teguran dibuat oleh Ketua Pengarah DBP.

“Tindakan (denda) tersebut boleh dikenakan kepada mereka yang enggan membetulkan kesalahan penggunaan bahasa pada papan tanda, notis, papan kenyataan dan juga kandungan bahan-bahan penyiaran,” katanya pada sidang akhbar pasca-Kabinet kementeriannya (KeKKWa) di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Rais, keputusan memberi kuasa mendenda kepada DBP bertujuan memperkasa bahasa kebangsaan dan menjadikannya lebih dihormati oleh masyarakat.

Selain itu, tambah beliau, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Penerangan akan mengenal pasti ungkapan-ungkapan salah yang digunakan dalam urusan kerajaan yang boleh ditukar.

Selain ungkapan, katanya, tumpuan juga akan diberikan kepada aktiviti-aktiviti lain seperti mesyuarat yang dianjurkan badan dan agensi kerajaan serta pihak swasta.

“Memang kita tidak dapat lari dari cakap bahasa Inggeris sebab ini sudah jadi budaya. Oleh itu, kita akan pantau mesyuarat yang masih enggan menggunakan bahasa kebangsaan dan memberi nasihat kepada pihak terbabit,” katanya.

Ujarnya, perkara tersebut telah dipersetujui Kementerian Pelajaran dalam kertas kerja bersama yang dibentangkan di Kabinet hari ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengeluarkan kenyataan mengenainya di Putrajaya, esok.

“Dalam jangka masa panjang, kita mahu melihat bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu, bukannya sekadar bahasa sampingan sahaja.

“Justeru, KeKKWa sendiri akan memainkan peranan penting untuk membudayakan bahasa ini kepada seluruh rakyat,” ujarnya.

Untuk itu katanya, sebanyak RM20 juta diperuntukkan kerajaan setiap tahun bagi menaja program berbentuk kebudayaan dan latihan bermula tahun depan.

Katanya, peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada kerajaan negeri bagi melatih golongan muda dalam aspek tarian, muzik dan budaya supaya mereka menghargai kebudayaan yang ada di negara ini.

Jelas Rais, kementeriannya juga akan menyalurkan sebanyak RM300,000 kepada Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (Makum) untuk tujuan sama.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan persetujuan Perbadanan Putrajaya untuk menukar penggunaan perkataan Boulevard dan Presint di pusat pentadbiran kerajaan itu.

Rais memberitahu, perkataan Boulevard akan ditukar kepada Lebuh Perdana, manakala perkataan Presint dikekalkan sementara mencari perkataan yang sesuai untuk menggantikannya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Firdaus Abdullah berkata, langkah memberi kuasa mendenda kepada DBP bukan bertujuan menjadikan badan itu ‘polis’ bahasa.

“Walaupun pindaan itu nanti akan memberi kuasa (mendenda) kepada DBP, namun DBP berharap ia akan menjadikan DBP sebagai badan pendakwah bahasa yang lebih berkesan dan dihormati,” ujarnya.

Disanjungi usaha itu, tetapi persoalannya, pada tahun 2006 perkara yang sama juga disebut-sebutkan.

Berita Harian, 12 Julai 2006

DBP Dapat Kuasa Hukum Pihak Cemarkan Bahasa

Oleh : Hassan Omar

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama menjadi pengembang bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akhirnya diberi kuasa bertindak ke atas mana-mana pihak mencemarkan penggunaan bahasa kebangsaan itu termasuk pada papan tanda iklan.

Ketika ini, DBP hanya berfungsi sebagai organisasi mengembangkan bahasa dan sastera Melayu, tetapi tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan berkenaan.

Sehubungan itu, Akta DBP 1959 (Pindaan 1995) akan dipinda akhir tahun ini bagi membolehkan agensi itu mendakwa semua pihak yang menggunakan bahasa kebangsaan tidak betul dari aspek tatabahasa.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim (gambar), ketika mengumumkannya semalam menegaskan, kerajaan tidak boleh lagi bertolak-ansur dengan pihak yang memandang remeh Artikel 152 Perlembagaan mengenai fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Bahasa Melayu seolah-olah tidak dihormati, apatah lagi dihayati sebagai bahasa penyatu masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Memperkasa Bahasa Kebangsaan di sini, semalam.

Mesyuarat dipengerusikan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Rais berkata, kementeriannya dan Kementerian Pelajaran sedang bekerjasama menyediakan kertas Kabinet mengenai pindaan akta itu. Akta itu dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun sebelum boleh dikuatkuasa tahun depan.

Beliau menjelaskan, pindaan akta itu bukan bertujuan mengambil alih kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab meneliti penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda iklan, sebaliknya berfungsi sebagai induk penggunaan bahasa Melayu dalam semua sektor.

“Bukan saja papan tanda iklan, malah penggunaan bahasa Melayu pada buku, media massa dan pelbagai sektor yang lain harus patuh pada akta ini,” katanya.

Mengenai bentuk hukuman, Rais berkata, kedua-dua kementerian mengkaji untuk mengenakan denda yang agak tinggi bagi kesalahan itu.

Beliau juga berkata, kedua-dua kementerian akan menyediakan kertas cadangan mengenai Dasar Buku Negara yang antara lain mengkaji masalah penerbitan buku, termasuk kos kertas dan percetakan, selain mewujudkan Pekan Buku di ibu kota, bertujuan menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pindaan akta itu melengkapkan usaha kedua-dua kementerian mendaulatkan bahasa Melayu dalam sektor awam dan swasta.

“Enam agensi di bawah kementerian saya digerakkan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi memastikan bahasa Melayu digunakan dengan betul,” katanya.

Firdaus, ditemui selepas mesyuarat itu, berkata tanpa pindaan akta itu DBP hanya memberi nasihat tanpa boleh mendakwa pihak menggunakan bahasa Melayu secara salah.

“DBP seolah-olah menggigit tetapi tidak ada gigi. Dengan adanya pindaan akta ini, kami harap semua pihak akan lebih menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan berbangga menggunakannya,” katanya.

Kita sudah lebih 51 tahun Merdeka. Mengapa masih lagi terkial-kial kita untuk memertabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa Kebangsaan?

Adakah kita mengharapkan bangsa lain untuk memperjuangkan bahasa kita sendiri? Dengan bangkangan sedemikian, dan parti pembangkang Melayu bagai dikacip DAP dan ahli bangsa lain, dan UMNO bagai dikacip Gerakan dan MCA, jangan hairan undang-undang ini tidak diluluskan Parlimen!

Salah siapa?

Rabu, 29 Oktober 2008

Sokongan Kepada Deklarasi Janda Baik


DEKLARASI JANDA BAIK


Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.

2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

Isnin, 27 Oktober 2008

Kedudukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Kaum Lain dalam Perlembagaan


Hari ini, pelbagai usaha sedang dilakukan oleh parti-parti politik berasas kaum Cina untuk mempersoalkan kedudukkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Walaupun mereka memperakui kedudukkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti tertera di dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, usaha-usaha mereka mempertikai "kedaulatan Melayu' di dalam Perlembagaan berhubung bahasa dilakukan secara tidak langsung seperti mempersoalkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda jalan.

Tingkah laku ahli-ahli Parti Gerakan dan DAP sebenarnya memghidupkan konfrontasi kaum berdasarkan isu-isu yang berdekad-dekad lama. Hairan sekali, semasa kita tidak merdeka, tulisan jawi boleh diiktiraf oleh British tetapi tidak sekarang. Ini perlu disalahkan orang dan pemimpin Melayu juga.

Artikel 152

Bagi menjawab isu papan tanda jalan, perlu difahami hak-hak Bahasa yang terkandung dalam Perlembagaan. Artikel 152 disiar dibawah dalam versi asal Perlebagaan yang dalam bahasa Inggeris.

PART XII - GENERAL AND MISCELLANEOUS

Article 152

(1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law* provide:

Provided that-

(a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and

(b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.
(2) Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, the English language may be used in both Houses of Parliament, in the Legislative Assembly of every State, and for all other official purposes.

(3) Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, the authoritative texts-


(a) of all Bills to be introduced or amendments thereto to be moved in either House of Parliament, and

(b) of all Acts of Parliament and all subsidiary legislation issued by the Federal Government,
shall be in the English language.

(4) Notwithstanding the provisions of Clause (1), for a period of ten years after Merdeka Day, and thereafter until Parliament otherwise provides, all proceedings in the Supreme Court or a High Court shall be in the English language:

Provided that, it the Court and counsel on both sides agree, evidence taken in language spoken by the witness need not be translated into or recorded in English.

(5) Notwithstanding the provisions of Clause (1), until Parliament otherwise provides, all proceedings in subordinate courts, other than the taking of evidence, shall be in the English language.

(6) In this Article, "official purpose" means any purpose of the Government, whether Federal or State, and includes any purpose of a public authority.


Interpretasi

Dengan ringkas, Artikel 152 adalah seperti berikut:
  • Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu
  • Tulisan rasmi adalah rumi atau jawi sebagaimana yang ditetapkan
  • Bahasa lain tidak dihalang
  • Bahasa kaum lain boleh dipelihara
  • Bahasa Inggeris digunakan 10 tahun sahaja selepas Merdeka untuk di Parlimen dan Dewang Undangan Negeri; Mahkamah; dan urusan rasmi

Bahasa Melayu adalah bahasa rumpun Melayu di Indonesia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thai, Singapura, dan lain-lain rantau yang mempunyai minoriti Melayu seperi di Myanmar, Cambodia, Afrika Selatan, Surinam, Madagascar dan lain-lain.


Status kebangsaan yang diberi, sebagaimana status Bunga Raya Bunga Kebangsaan, Jalur Gemilang Bendera Kebangsaan, adalah kepada Bahasa Melayu. Dan, bukannya diberi kepada Bahasa Malaysia yang sering disebut. Menjenamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan tidak selari dengan Perlembagaan.

Sepatutnya dibalikkan semula kepada asal dimana Bahasa Melayu dikaitkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Ada baik diakhirkan amalan ini supaya rakyat ingat bahawa negara ini asal usul dan sejarahnya adalah negeri Melayu. Ini patut dikekalkan selamanya.

Sebagai bahasa lingua franca orang Melayu Nusantara, bahasa Melayu tidak akan dijenamakan sebagai Bahasa Malaysia di Brunei, Singapura dan lain-lain tempat. Ini menguatkan lagi hujah di atas.

Kita seharusnya lebih berbangga dengan status Bahasa Melayu sebagai lingua franca Nusantara dan diiktiraf sedemikian.

Kedudukkan Bahasa 'Asing'

Bahasa lain tidak boleh dilarang untuk diguna, mengajar dan diajar DAN bahasa lain boleh diperlihara kegunaan dan kajian oleh Kerajaan. Tetapi tidak boleh diguna untuk urusan rasmi termasuk sebagai papan tanda jalan di bawah budang kuasa kerajaan tempatan.

Ungkapan "any other language" dan "the language of any other community" serta ungkapan "using ... teaching or learning" dan "use and study" yang disebut dalam Artikel 152 (1) boleh dituju kepada bahasa kaum-kaum lain seperti bahasa kaum Cina, India, Sikh dan lain-lain sebagai bermaksud hanya boleh diguna dan dikaji bukan untuk mengajar dan diajar.
Alasannya adalah kerana istilah "Cina" dan "India" tidak sepatah pun disebut dalam Perlembagaan tetapi "Melayu" disebut banyak kali. orang bukan Melayu disebut "0ther communities" (kaum lain) dan bahasa kaum bukan Melayu disebut "bahasa kaum lain".

Kita marah terhadap bangsa lain kerana berlaku biadap terhadap Bahasa Melayu. Mungkin ada yang marah kepada bangsa lain kerana ia seolah mencampuri urusan orang Melayu. Kononnya jika orang Melayu salah dalam tidak mempertahankan hak dan kepentingannya, biarkan ini sebagai urusan orang Melayu dengan orang Melayu.

Namun keruntuhan status Bahasa Melayu adalah salah orang Melayu yang tidak berusaha memperkasa, tidak mempertahankan tradisi bahasa, dan suka memperkecilkan bahasa ibunda sendiri. Setelah kita merdeka selama 50 tahun, penguasaan dan penguatkuasaan Bahasa melayu di Parlimen, Dewan Negara serta Mahkamah masih lagi lemah dan lembut.

Bahasa itu jiwa bangsa,
Hancur bahasa hilang jaridiri bangsa.


* Interpretasi dan kedudukkan bahasa 'asing' diambil dari satu sinopsis kertaskerja "Melayu dalam Perlembagaan" oleh Dato Mohd Nor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan di Seminar Agenda Melayu 2057: Siri 1 - Agenda Politik pada tarikh 4 November 2007 di PWTC, Kuala Lumpur

Sabtu, 25 Oktober 2008

Blog Ini Menukar Nama Kepada .. Dari Kacamata Melayu


Nama Blog ini semasa mula dibangunkan pada Januari 22hb, 2007 bernama Pesanan.

Tujuan asal adalah untuk menegurkan pentadbiran Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah melencung dari perjuangan membela orang Melayu. Tulisan pertama berjodol, SUDAH 3 Tahun, APA CERITA?.

Beberapa tulisan awal menegur Abdullah dan mempunyai misi tertentu untuk penggunaan kumpulan tertentu. Tujuan misi tersebut tidak tercapai dan hingga hari ini, penulis masih tertanya-tanya samada bahan-bahan yang ditulis itu benar digunakan, Wallahu Alam.

Pada lebih kurang Februari atau Mac 2007, timbul pula buku May 13 yang dikarang oleh Dr Kua Kia Soong, penggiat Dong Jiao Zhong dan bekas penghuni Kem Tahanan ISA di Kemunting. Buku ini satu usaha memanipulasi sejarah Mei 13 1969 dan ini sangat bahaya kepada keselamatan negara.

Buku ini hangat sekali dibincangkan di dalam Forum KMU. Hasil perbincangan antara dua Forumer yang berlainan ideologi parti dipersetujui perlu ditubuh satu Blog untuk menerang, mengumpul maklumat dan membidas pembohongan ini.

Dengan sukarela blog yang sudah tidak berfungsi ditawarkan untuk peranan tersebut. Nama Blog yang dipersetujui adalah 13 Mei: Dari Kacamata Melayu. Peristiwa transformasi blog ini tertulis dalam tulisan Adakah Dr Kua Ikhlas Kearah Memperbaiki Hubungan Kaum?

Blog ini menjadi Teamblog yang mempunyai 5 orang penulis, termasuk seorang blogger PAS, bergelar Man Joki atau Rudin X. Malah, Man Joki atau Rudin X yang mencadangkan nama blog ini. Setelah beberapa lama, Blog ini boleh dikira sebagai satu blog ulung sebagai bahan rujukan mengumpul pandangan orang-orang Melayu mengenai peristiwa berdarah tersebut.

Tetapi apabila isu ini reda, penulis-penulis lain pun turut reda. Tinggal penulis seorang yang masih menulis dan mengembangkan isi kandung kepada perkara-perkara lain yang melibatkan isu-isu Melayu. Oleh kerana mereka sudah berhenti menyumbang, maka terpaksa mereka dikeluarkan dari menjadi penulis-penulis Blog ini. [Terima kasih rakan-rakan pejuang ku!]

Penulis pun turut leka dalam kesibukan harian. Kertaskerja Prof Dato Malik Munip yang ingin disiarkan pun tergancat pada tulisan bertarikh Nov 4hb, 2007.

Anwar Ibrahim sentiasa dianggap penulis sebagai ancaman kepada kesinambungan kedaulatan bangsa di negara ini. Pilihanraya kecil Permatang Pauh memanggil kembali penulis untuk menulis pada Ogos 25hb, 2008. Tulisan tersebut berjodol Adakah Permatang Pauh Mahu Bertanggungjawab Menghancurkan Bangsanya?

Alhamdulillah penulis masih lagi dapat terus mengemaskinikan Blog ini. Insya Allah, saya berharap dapat terus lakukan memandangkan serangan, dan tekanan serta tomahan dan fitnah terhadap Melayu, sejarahnya, hak dan kepentingan tidak henti-henti datang dari luar negara, dalam negara dan di dalam parti-parti Melayu.

Orang Melayu pula berpecah kepada 3 parti politik dan satu kelompok yang tidak ambil peduli. Mereka begitu lemah jatidiri, semangat juang dan kebolehan mengartikulasi jawapan. Pandangan orang Melayu ditengelamkan dan jawapan pada serangan-serangan peperangan ide ini susah mahu dicari satu pusat rujukan.

Atas perkembangan ini, maka saya menukar nama Blog ini menjadi Dari Kacamata Melayu. Insya Allah nama akan dikekalkan sedemikian selama yang boleh. Sebagaimana tertulis dalam diskripsi blog ini di masthead, inilah perjuangan blog ini adalah seperti berikut ...
TIDAK BERUNDUR TAKUT MENEGAKKAN DAN MENYOKONG KEBENARAN SEJARAH, HAK DAN KEPENTINGAN, DAN KEMAJUAN MELAYU DAN KAUM ASAL NUSANTARA -- MEMPERJUANGKAN KESINAMBUNGAN KEDAULATAN MELAYU -- KEARAH MENMGINDUKKAN BANGSA. JANGAN MELAYU HILANG DUNIANYA. TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA. HIDUP MELAYU!
Ku hadiahkan buat roh pejuang-pejuang bangsa sepanjang zaman.

Al Fatihah

Ya Allah!

Berikan kesedaran kepada Bangsa Ku dan diri ku.

Berikan kekuatan, semangat dan kecerdasan kepada Bangsa Ku dan diri ku untuk mempertahankan kesucian Agama Mu, maruah Bangsa Ku dan kedaulatan Tanah Air Ku.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Tan Lian Hoe Kecut Semasa DiBelasah Di Parlimen

Salahuddin Ayub PAS mengumpan soalan. Mohammad Aziz dan Dr Puad Zarkashi UMNO membelasah Tan Lian Hoe Gerakan di Parlimen. Tian Chua dan Gobala PKR cuba cari helah keluar untuk Tan.

Kenapa mereka berdua sibuk pertahankan parti lawan atau sudah parti kawan? Ingatkan PKR tidak memilih kasih sesuatu bangsa? YB PKR Melayu yang jadi dungu membiarkan bangsanya dihina.

Akhirnya Tan enggan menjawab soalan mengenai ucapannya yang mengatakan Melayu bukan kaum asal negara ini.

Ikuti perdebatan di Parlimen dalam Hansard Parlimen bertarikh Rabu Oktober 22hb, 2008:

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Saya merasakan bahawa Jabatan Penyiaran ini bertanggungjawab antaranya adalah memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara kita. Saya menyaksikan kadang-kadang berita ini mengungkit-ungkit masalah perkauman, asal usul dan seumpamanya dan ada yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri termasuk Yang Berhormat. [Tepuk]

Jadi, adakah ini menggambarkan, kalau hendak bercakap tentang standard BBC mereka berjaya menjadi benchmark tetapi ini yang berlaku dalam negara kita. Kita ten years behind time!

Jadi, sila jawab.

Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya RTM menyiarkan berita-berita yang mempunyai nilai berita. Saya ingat RTM melalui RTM1 ataupun RTM2 sebenarnya tidak mengungkit-ungkit perkara-perkara yang sebenarnya tidak benar.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat sendiri mengungkit-ungkit fakta sejarah yang dipusing-pusingkan. [Tepuk] Sebagai Timbalan Menteri Penerangan satu tindakan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
...sangat bercanggah dengan kehendak sejarah negara.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading.

Tan Lian Hoe semasa Ahli Parlimen Bukut Gantang. Tan kini
adalah ahli Parlimen Lenggong yang 80% pengundi adalah orang.
Melayu. Wakil Rakyat bahalol yang hina pengundinya!

Dato' Tan Lian Hoe: Untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya
isu ini saya ingat telah pun selesai dan saya ingat...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]:
Siapa kata selesai? Tak mohon maaf apa-apa pun.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Pahat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Mana boleh selesai, mana boleh selesai.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Tak akan boleh selesai pengubahan fakta.

Tuan Yang di-Pertua: Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato' Tan Lian Hoe: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya dalam teks ucapan saya dalam persidangan perwakilan wanita baru-baru ini sebenarnya saya tidak menyatakan bahawa orang Melayu datang daripada...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua point of order. Yang Berhormat Timbalan Menteri sepatutnya jawab kepada soalan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tak perlu jawab kepada...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu point of order apa?

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]:
Yang Berhormat Batu hendak pertahankan itu!

Tuan Chua Tian Chang [Batu]:
Sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]:
...dan Yang Berhormat Batu Pahat bukan dalam soalan.

Dato' Tan Lian Hoe: Ahli Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, kalau bilang point of order, sebut apa point of order. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan.

Dato' Tan Lian Hoe: Saya ingat perkara ini
saya akan jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya Ahli Yang Berhormat datang untuk berjumpa dengan saya. Sebab saya tidak mahu panjangkan, sebab ia akan memburukkan...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Bukan kita datang jumpa you, you datang jumpa kita. Bukan kita datang jumpa you.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Duduklah!

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin beritahu Yang Berhormat ini...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:
Apa duduk? Apa duduk?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa duduk? Soal bangsa kita tidak akan duduk!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading! Ahli-ahli Yang Berhormat, ikut peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sahaja apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian kecuali saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang lain itu untuk mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tak payah respons kepada yang lain.

Dato' Tan Lian Hoe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat jawapan telah diberi kepada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa RTM tidak mengungkit-ungkit perkara yang tidak berkaitan kecuali ia adalah nilai berita. Sekian, terima kasih.
Jika Dato Ahmad Ismail boleh dituntut hukuman disiplin dan UMNO menggantung keahlian selama 3 tahun, mengapa Gerakan boleh dibiar berdiam mengatakan kata-kata pembohongan sedemikian? Padahal kenyataan Tan Lian Hoe mirip kenyataan Lee Kuan Yew di Parlimen pada tahun 1964.

Dimana suara UMNO dan dimana Pemuda UMNO yang kononnya berjuang mempertahankan kedaulatan Melayu? Kenapa berdiam apabila bangsa dihina? Harap PAS pun celek lah mata bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu di Nusantara!

Syabas kepada semua YB-YB dari kedua-dua parti! Adakah Melayu PKR sedia gantungkan taraf Bumiputera mereka?

Rabu, 22 Oktober 2008

Rintihan rakyat Ong Ka Ting bukan rintihan rakyat terbanyak

Presiden MCA, Dato Seri Ong Ka Ting telah meluahkan tujuh perkara, yang diakui kononnya rintihan rakyat.

Perkara-perkara yang diluahkan adalah penyalahgunaan kuasa oleh ahli politik dan pegawai kerajaan, interpretasi dasar ekonomi negara yang prejudis dan pemikiran yang sempit oleh pihak berkuasa dalam pengeluaran lesen, kontrak dll, dan kenyataan atau ucapan yang berbau perkauman atau mengugut kaum-kaum lain.

Dalam hal-hal keugamaan, beliau mempersoal cara pengendalian isu-isu keagamaan oleh pihak berkuasa. Beliau menuntut peruntukan daripada kerajaan dalam pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil serta sekolah-sekolah mubaligh.

Beliau membangkitkan masaalah yang dihadapi rakyat berkaitan peningkatan kes jenayah, dan harga barang dan kos kehidupan yang tinggi.

Hak demokrasi Ka Ting untuk bersuara dihormati.

Jika tuntutan itulah yang dikatakan suara rakyat, jelas suara tersebut hanyalah mewakili kelompok suara rakyat tertentu saja, ia-itu kepentingan kaum Cina. Golongan suara rakyat yang lain tidak pula diwakili untuk melengkapkan suara demokrasi Ka Ting itu.

Mungkin Ka Ting terlepas pandang tentang.

Golongan suara rakyat yang lain tidak pula diwakili utk melengkapkan suara-suara yang Ka Ting suarakan kononnya sebagai suara rakyat.

Rintihan Rakyat Mesti Ambilkira Rintihan Majoriti

Cubalah jangan cuba membelit, menipu dan hanya berfikir mengikut kepentingan sempit sahaja.

Rintihan rakyat harus meliputi semua rakyat, termasuk rintihan rakyat Bumiputera yang bukan sahaja orang Melayu Semenanjung. Rakyat Pribumi Bumiputera adalah majoriti lebih 60-70% rakyat negara ini.

Mengapa pula rintihan kaum Cina dianggap sebagai melambangkan rintihan rakyat? Apa mandat kaum Cina untuk menjadi perintih kaum lain? Apa salah ikhlas berkata ini adalh tuntutan rakyat kaum Cina?

Jika Ong Ka Ting boleh suarakan suara rakyat Cina, satu SMS yang diterima menyuarakan rintihan rakyat majoriti yang boleh dianggap hampir sekali kepada rintihan rakyat majoriti, seperti berikut:
1. Kerajaan dan semua kaum harus UTAMAKAN KEADILAN; bukannya kesamarataan. Berhenti bercakap tentang kesamarataan kerana ianya bercanggah dgn keadilan.

2. Selaras dengan konsep keadilan itu, jika kuota disyaratkan bagi satu2 perkara / bidang, maka kuota itu hendaklah berdasarkan komposisi kaum: Melayu / Bumiputera 67% dan Bukan Bumiputera 33%. Mana2 kuota yg tidak menepati prinsip ini hendaklah dibetulkan segera.

3. Bukan Melayu berhenti mencabar kedudukan dan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Bukan Melayu dimestikan menerima dan menghormati hakikat sejarah bahawa bumi Malaysia ini asal miliknya adalah bangsa Melayu dan kaum-kaum Bumiputera yang lain seperti mana yang telah dipersetujui oleh pemimpin bukan Melayu semasa merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemudian penubuhan Malaysia.

5. Menjunjung Perlembagaan Malaysia sepenuh dan seluruhnya, termasuk Fasal-Fasal 3, 38, 89, 90, 152, 153 dan 160.

6. Bukan Melayu hendaklah komited membantu membetulkan ketidak seimbangan sosio-ekonomi khususnya dari segi perniagaan, pendapatan, pendidikan, pemilikan aset dan ekuiti selaras dengan Teras 3 - Misi Nasional. Reformasi ini hendaklah dimulakan di sektor swasta yang menjana 90% ekonomi negara dan pekerjaan.

7. Selaras dengan teras itu, bukan Melayu/Bumiputera khususnya kaum Cina hendaklah membantu kaum Bumiputera dengan ikhlas dan berkesan, khususnya dalam membuka peluang perniagaan. Hapuskan segera diskriminasi terhadap kaum-kaum Bumiputera dan berikanlah layanan yang adil.

8. Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan mengakui bahawa bahasa-bahasa lain tidak setaraf dengannya.

9. Memberi keutamaan kepada pembasmian kemiskinan supaya tercapai kemiskinan sifar pada tahun 2010.

10. Kawasan majoriti pengundi Melayu hendaklah diberi kepada UMNO dan kawasan majoriti Cina diberi kepada MCA dan Gerakan di dalam pembahagian kerusi pilihanraya. Kaum Cina dalam Barisan Nasional harus berhenti dari hidup atas politik subsidi.

Selasa, 21 Oktober 2008

Menyahut titah Raja-Raja Melayu

Mingguan Malaysia, Oktober 19, 2008


ADA perbincangan berlangsung sebelum Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 16 Oktober lalu. Biar pun tiada liputan dan di luar pengetahuan umum, namun hasil perbincangan tersebut diungkapkan dalam Kenyataan Akhbar Khas Raja- Raja Melayu yang disiarkan oleh tiga akhbar utama di negara ini kelmarin.

Kenyataan akhbar dwi-bahasa itu tanpa berselindung menyerlahkan fungsi sebenar Raja-Raja Melayu dalam melindungi hak-hak keistimewaan bangsa Melayu di sisi Perlembagaan termasuk dari sudut kemuliaan atau kebesaran raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Tanpa sebarang keraguan jauh sekali perasaan gentar, Raja-Raja Melayu mengembalikan semula ingatan semua rakyat Malaysia perihal peranan serta kuasa yang ada pada mereka untuk melindungi hak serta kepentingan bangsa Melayu dan pada masa yang sama memberi jaminan hak bangsa-bangsa lain di negara ini tidak pernah diperkecilkan.

Fungsi serta kuasa Raja-Raja Melayu itu sememangnya perlu diserlahkan supaya dilihat dan dihormati oleh semua rakyat di negara ini lantaran hubungkaitnya dengan pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai amat rapat. Apatah lagi perkembangan dalam negara mutakhir ini menyaksikan hak serta keistimewaan bangsa Melayu dipersoalkan secara terbuka termasuk peranan institusi Diraja yang semakin tidak mendapat penghormatan.

Pembelaan terhadap kedudukan bangsa Melayu juga semakin tidak ketahuan. Biar pun kelantangan suara membidas pihak-pihak yang mempersoalkan perihal kedudukan Melayu dan agama Islam, namun dari segi tindakannya semacam tidak kelihatan sehingga kesemuanya itu dilihat sebagai retorik politik - di satu peringkat ada yang menyimpulkan bahawa Melayu sendiri 'membunuh' Melayu. Manakala gerakan-gerakan mempersoalkan kedudukan Melayu dilihat sebagai menyediakan keranda bagi menempatkan jenazah perjuangan Melayu yang telah pun dikenal pasti kuburnya.

Pertemuan Raja-Raja Melayu secara rutin menerusi Majlis Raja-Raja sejak 111 tahun lalu selepas mesyuarat kali pertama berlangsung di Istana Negara, Bukit Chandan pada tahun 1897 kurang mendapat perhatian rakyat jelata.

Suasana mesyuarat yang berlangsung tanpa sebarang liputan serta agenda yang tidak pernah dipaparkan kepada umum menjadikan pertemuan Raja-Raja Melayu yang diiringi oleh Menteri Besar atau wakil masing- masing berlingkar secara eksklusif di kalangan para pesertanya sahaja.

Sememangnya peranan Raja-Raja yang tersembunyi di sebalik Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri sukar dimengertikan oleh rakyat. Maka jadilah Raja-Raja institusi yang tersendiri sehingga setiap fungsi serta kuasa yang padanya dipandang sepi oleh rakyat malah kadang-kadang diperlekehkan.

Tarikan terhadap watak raja-raja Melayu di luar mesyuarat Majlis Raja-Raja pula bersifat berkala dan adakalanya menyentak rakyat jelata terutamanya kebelakangan ini apabila 'kemuliaan' institusi diraja mula dipertikaikan di khalayak umum. Ada Raja yang mula mengetengahkan fungsi mereka dengan menegur pihak-pihak tertentu supaya jangan diusik keistimewaan orang Melayu.

Betapa satu-satunya institusi yang tinggal untuk mempertahankan kedaulatan bangsa serta ketinggian agama Islam itu sering disalahertikan sebagai tidak mempunyai sebarang kelebihan sehingga peranan yang dimainkan selaras dengan peruntukan undang-undang berani dipersoalkan secara terbuka. Sebab itu kenyataan akhbar khas raja-raja Melayu itu dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam proses memastikan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan agama bukan sekadar cakap-cakap atau retorik politik yang menjengkelkan banyak pihak.

Menarik

Pakar Undang-Undang Perlembagaan, Profesor Abd. Aziz Bari menyifatkan perkembangan terbaru bersangkutan kenyataan terbuka yang memperincikan satu per satu peranan serta fungsi Raja-Raja Melayu sebagai amat menarik dan sesuatu yang amat jarang berlaku.

Perkembangan terbaru itu, menurut beliau, merupakan petunjuk yang amat meyakinkan bahawa isu-isu menyentuh nasib dan masa depan bangsa Melayu dan agama Islam adalah penting untuk segera ditangani.

Beliau menarik perhatian mengenai isu-isu berkepentingan Melayu dan Islam yang terlalu dipolitikkan sehingga masalah-masalah yang membelenggu umat Melayu beragama Islam di negara ini gagal diselesaikan sepenuhnya. Malah dalam banyak keadaan kedudukan orang Melayu masih ditakuk lama biar pun bunyi gah di sana-sini menuntut supaya hak istimewa orang Melayu dimartabatkan tetapi jika diamati secara mendalam laungan-laungan itu terhenti setakat itu sahaja.

Jelas bahawa politik tidak berjaya sepenuhnya untuk dijadikan alat membangunkan orang Melayu dan pada masa yang sama melindungi hak orang Melayu biar pun secara jelas kesemuanya itu telah terbentang dan termaktub di dalam Perlembagaan.

Justeru kenyataan ulung Raja-Raja Melayu yang diperincikan tanpa berselindung menurut Abd. Aziz menunjukkan Raja-Raja Melayu sedar bahawa mereka mempunyai peranan penting dan bukan sekadar lambang.

''Oleh itu Raja-Raja perlu mengambil peranan proaktif kerana peruntukan berkenaan (kepentingan institusi Melayu), mereka sendiri yang memulakannya sebelum merdeka.

"Dan selama 50 tahun ini jelas orang politik tidak berjaya sepenuhnya mengisi peruntukan-peruntukan berkenaan'' katanya.

Rentetan daripada perkembangan terbaru itu, Abd. Aziz mencadangkan supaya Raja-Raja Melayu melantik sebuah badan yang mewakili orang Melayu dan Islam untuk memantau dan mengambil langkah konkrit dalam menangani masalah kaum Melayu.

Beliau percaya penggantungan keterlaluan kepada kerajaan untuk menangani masalah seperti itu tidak akan menjayakan agenda membangunkan orang Melayu terutamanya apabila wujud kekacauan serta campur tangan politik keterlaluan yang kadang kala menjadi punca hak serta keistimewaan Melayu itu sendiri tenggelam.

Beliau merujuk kenyataan Raja Nazrin awal tahun ini tentang fenomena Tanggang Moden sambil menegaskan bahawa inilah masanya raja-raja perlu menggerakkan potensi Melayu untuk menubuhkan, contohnya, tabung pendidikan. Ini perlu diisi oleh mereka yang telah mendapat faedah dari dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) selama ini; mereka perlu membayar balik apa yang mereka nikmati atas dasar 'infaq' yang digalakkan oleh Islam.

Maksudnya, wajah-wajah Melayu yang telah mendapat manfaat besar daripada peruntukan Perlembangan tidak boleh lupa diri, jauh sekali memejamkan mata dan memekakkan telinga daripada mendengar rintihan bangsa Melayu semata-mata kerana mereka telah berjaya sedangkan hasil kejayaan itu datangnya daripada kedudukan istimewa sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

"Dengan pendekatan sedemikian orang Melayu akan lebih bermaruah dan terhormat kerana mereka menolong bangsa dan diri sendiri. Dan prasarana ini telah pun disediakan oleh Islam," katanya.

Ditanya tentang cadangan penubuhan badan seumpama itu, beliau berkata, ia lebih kepada badan yang menggembleng potensi dan dana Melayu untuk kebaikan dan kebajikan bangsa. Badan itu penting supaya bangsa Melayu dapat berdiri dengan sokongan sendiri; bukan dari kerajaan atau orang lain.

Raja-Raja Melayu dilihat paling sesuai menggerakkan badan tersebut kerana ia mengatasi politik dan tidak tertakluk kepada pasang surut politik manakala pelaksanaan badan tersebut mesti berteraskan Islam atau dengan kata lain motivasinya adalah agama.

"Itu sebab saya sebut infaq yakni menyumbang untuk sesama agama dan daya penggeraknya ialah berbakti di jalan Allah. Kita kena gunakan agama yang sememangnya sudah sebati dengan Melayu dan keMelayuan itu sendiri," katanya.

Abd. Aziz melihat jalan politik ternyata tidak berkesan meskipun ia penting dari segi menyediakan tenaga dalam bidang pentadbiran negara.

Ditanya siapa yang perlu menganggotai badan tersebut, Abd. Aziz menegaskan: "Cukuplah jika saya katakan mereka yang mampu dan ingin memperkasa bangsa tanpa menjadi pengemis. Ini lebih merupakan self-help. Dan tak perlu sebut soal bidang kuasa atau sebagainya."

Sememangnya cadangan mewujudkan badan yang dinaungi oleh Majlis Raja-Raja itu dilihat sebagai amat perlu dan relevan kerana raja-raja tidak mempunyai mekanisme untuk turun kepada rakyat. Dan mereka tidak wajar berhubung dengan parti politik kerana ini mempunyai potensi untuk mengkompromikan kedudukan mereka sebagai lambang dan entiti milik semua.

Ditanya bagaimana memastikan ketegasan raja-raja Melayu tidak mengulangi retorik politik serta pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa memperjuangkan Melayu Abd. Aziz menjawab: "Saya fikir penegasan raja-raja itu sesuatu yang baik dan kena pada masanya. Tetapi ia masih bersifat retorik dan sekadar penegasan sedangkan kita memerlukan langkah-langkah yang konkrit. Ini perlu dirangka berdasarkan keperluan semasa dan akan datang selain mempelajari kesilapan 51 tahun yang lalu,''.

Perlembagaan

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Dr. Shamrahayu Abd. Aziz percaya kenyataan akhbar raja-raja Melayu merupakan penegasan terhadap peranan yang dimaktubkan oleh Perlembagaan ke atas raja-raja Melayu mengenai perkara-perkara berkaitan Melayu, seperti perkara-perkaraberkaitan agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Beliau sependapat dengan Abd. Aziz bahawa kenyataan akhbar sebegini menggambarkan kemelut berkaitan kedudukan bangsa Melayu dan hubungan kaum telah berada ditahap yang agak serius dan memerlukan campur tangan secara terus dari pihak Raja- Raja, yang juga merupakan institusi utama bertanggungjawab menjaga kedudukan dan kepentingan bangsa melayu.

Beliau percaya kenyataan tersebut telah dibuat dengan rasa tanggung jawab oleh para Raja Melayu mengenai peranan yang terletak dipundak mereka.

"Tidak dinafikan sebelum ini telah terdapat beberapa kenyataan mengenai isu ini yang telah dibuat oleh para Raja atau Putera Mahkota secara peribadi,atau melalui perutusan- perutusan tertentu.

"Namun isu tersebut masih juga menjadi perdebatan dan seolah-olah kenyataan atau perutusan tersebut tidak begitu diambil peduli dan terlepas di angin lalu," katanya.

Yang pasti harapan paling besar ialah semoga kesepakatan istana untuk memartabatkan kuasa Perlembagaannya menjadi peringatan kepada semua pihak agar berhenti daripada mempersoalkan kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam.

Apa pun, realitinya, mungkin hanya tiga sahaja akhbar (termasuk Utusan Malaysia) yang menjadikan kenyataan akhbar raja-raja Melayu sebagai tajuk utama berita mereka manakala yang lain terutamanya akhbar dalam talian memberi tumpuan kepada dua berita lain, terutama mengenai kedudukan ekonomi negara dan pengharaman Hindraf.

"Oleh yang demikian pada pendapat saya keberkesanan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-raja ini tidak akan menjadi meluas dengan sikap akhbar ini. Saya menganggap kenyataan akhbar tersebut akan menjadi lebih bererti sekiranya mendapat kerjasama media dengan menghebahkan dalam tajuk berita atau di dalam ruangan sidang pengarang mereka.

"Namun agak menyedihkan, berita ini tidak menjadi tajuk hangat," katanya.

Apa pun keyakinan bahawa raja-raja Melayu mampu menyerlahkan peranan Perlembagaannya tetap ada. Ini kerana di peringkat permulaan iaitu selepas Durbar (Majlis Raja-Raja) dimulakan pada 1897, mereka telah berjaya menghasilkan banyak program.

Tanah simpanan Melayu, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Rejimen Askar Melayu dan akhirnya asas kepada Perkara 153 (hak keistimewaan Melayu) itu sendiri di samping kedudukan bahasa Melayu dan Islam adalah dorongan raja-raja Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

Cuma kealpaan orang politik menyebabkan kesemua itu tidak berjaya disuburkan sepenuhnya sehingga menimbulkan keadaan seperti sekarang termasuk peminggiran tulisan jawi dan banyak lagi yang menuntut raja-raja Melayu menyemarakkan semula peranan mereka.

Selain bilangan profesional dan cerdik pandai Melayu yang berselerak di sana sini, kita ada sembilan kesultanan yang mempunyai ramai tenaga dan penggerak. Mereka ini perlu digembleng dan menjadi penghubung antara rakyat biasa dengan istana

Keyakinan bahawa wawasan ini boleh mendatangkan hasil sememangnya tinggi. Ini kerana jika sebelum merdeka Raja-Raja Melayu dapat menghasilkan sesuatu yang masih kekal hingga ke hari ini, kita tidak nampak ada hambatan yang serius dan tidak boleh diatasi.

Lagipun Raja-Raja Melayu tidak memerlukan kuasa formal; kesahan institusi yang akarnya menjalar ke zaman Melaka sudah cukup kuat untuk memberikan lonjakan dan stamina. Yang penting ada kesungguhan dan komitmen di kalangan Raja-Raja untuk menitahkan sesuatu. Bangsa Melayu pasti menyahutnya dengan penuh semangat. Setiap langkah yang dimulakan oleh istana akan disambut dengan ratusan dan ribuan langkah susulan oleh rakyat.

Sabtu, 18 Oktober 2008

Belang rasis Gerakan timbul balik dengan menyokong Hindraf

Gerakan berjuang bersama rakan "13 Mei" lama?

Semalam Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn menganggap pengharaman Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai tidak wajar. Alasan dan helahnya bahawa kerajaan mesti mencari jalan bagi memberi laluan kepada mereka untuk bersuara.

Menurut laporan Bernama, Chang mengatakan kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung dengan keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang merupakan perkara asas tuntutan badan bukan kerajaan yang lain.

Jika asasnya hanyalah untuk hak bersuara dan menuntut perkara-perkara di atas itu tidak menjadi salah pada sesiapa pun yang berhati mulia dan berperi kemanusiaan. Malah tidak menjadi masaalah untuk menyokong Hindraf kalau ia benar-benar bertujuan untuk menjuangkan kaum atau kumpulan marhaen yang perlu pembelaan.

Dalam hal ini, perkara sesuai yang ditanya adalah apa yang telah Gerakan tolong dalam membantu kaum-kaum India/Hindu yang dikatakan tertindas dan hidup dalam kesusahan?

Perlu diingati Gerakan mengetuai satu kerajaan negeri. Ianya juga satu parti yang walaupun didominasi orang-orang Cina sebagai ahli dan jawatankuasa, mengaku mereka racial blind atau tidak memandang hanya dari persepektif kaum.

Usahlah Gerakan mahu hanya bercakap dengan retorik sahaja. Gerakan bertanding dalam pilihanraya di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti kaum bukan Melayu. Jika pun dia bertanding di kawasan bukan Melayu seperti Tan Lian Hoe, itu adalah undi kepada UMNO dan bukan ide multipluralism and multiculturalism Gerakan.

Mengapa Gerakan berdiam dan tidak mempertahankan serangan dan fitnah tidak munasabah dan bernada perkauman yang dibuat terhadap kaum Melayu yang perlu pembelaan dan bernada bertentangan dengan gagasan multipluralism dan multiculturalism?

Apabila diterangkan Menteri Dalam Negeri, Dato Syed Hamid Albar bahawa pengharaman Hindraf adalah disebabkan mereka sudah menjadi masaalah keselamatan dan hanya menegangkan keamanan dan keharmonian antara kaum.

Kehadhiran mereka berdemonstrasi di Majlis Hari Raya Perdana Menteri hanya menunjukkan mereka bukan satu perkumpulan yang tahu menghormati kebudayaan, adat resam dan berbudi pekerti.

Chang perlu menjawab:

Adakah tidak benar dokumen Hindraf kepada Gordon Brown, Perdana Menteri Britain bertark November 15hb. 2007 membuat fitnah dan tomahan serta memalukan kerajan seolah-olah kerajaan mempunyai dasar untuk melakukan pembersihan etnik dan dasar untuk membunuh seorang kaum India setiap minggu?

Ini tidak termasuk tuduhan lain berkenaan polisi-polisi kerajaan terhadap orang India. Biar dinyatakan di sini, diskriminasi dan sistem yang mereka panggil indenture labour atau penghambaan terhadap kaum India banyak dilakukan oleh peniaga dan peladang Cina.

Apa Gerakan yang dianggotai 70% kaum Cina dan sejumlah besar kaum India lakukan terahdap penghambaan ini?

Dalang dalam Hindraf telah menggunakan sebahagain kaum yang tertindas ini untuk mengadakan ratusan demonstrasi jalanan dan penggunaan bahasa yang kesat dan biadap terhadap pasukan keselamatan dan pemimpin kaum Melayu.

Apa pula jawapan Chang terhadap ugutan Hindraf akan mengambil tindakan arm struggle dan mencetuskan perang saudara?

Perkauman melampau Hindraf telah digunakan oleh parti politik tertentu untuk tujuan politik sempit mereka tanpa mengambilkira penipuan yang dilakukan untuk mencemar nama baik negara dan menjejaskan public safety dan harmoni sesama kaum dalam masyarakat.

Adakah ini perkumpulan yang Gerakan mahu sokong? Adakah belang perkauman dan rasis Gerakan yang terlibat menjadi pencetus peristiwa Mei 13 1969 masih tidak boleh dibuang?

Masih lagikah Gerakan ini hanya parti berbilang kaum yang berpura-pura tetapi menjadi gunting di dalam selimat Barisan Nasional? Kalau mahu keluar pun, Gerakan perlu ingat bahawa ia bukan satu parti yang releven dan boleh membawa kelebihan untuk Pakatan Rakyat. Sebagai parti bebas, gerakan akan hilang dan lenyap dalam lipatan sejarah.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Majlis Raja-Raja Melayu Memberi Amaran: Hormati Kontrak Sosial!


KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

BERIKUT adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah semalam.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

— Bernama


Penulis menjangka dan boleh kata hampir pasti bahawa "mereka" tidak setuju dengan pendirian Majlis Raja-Raja Melayu. Kenyataan rasmi Majlis Raja-Raja Melayu ini, jika tidak berani "mereka" kecam, akan dikritik atau dirayu. Helah apa agaknya "mereka" guna sebagai alasan dan kononnya prinsip?

Pada tahun akhir-akhir ini, begitu hebat "mereka" mengkritik kerajaan dan kedaulatan Melayu menggunakan simbol-simbol Institusi Raja-Raja Melayu. Pendirian ini adalah satu tamparan hebat dan memalukan buat "mereka". Selama ini, "mereka" perasan seolah-olah Raja-Raja Melayu akan berpihak kepada mereka.

Kita tunggu apa alasan yang bakal mereka guna. Apa sekali pun alasan, ianya pasti kelihatan dan berbunyi sumbang dan melucukan!

Khamis, 16 Oktober 2008

Ridhuan Tee Tegur Tan Lian Hoe Ingat Sejarah

Artikel ini tersiar di Utusan Malaysia bertarikh Oktober 15hb, 2008 yang ditulis oleh seorang Cina yang memasuki Islam, berkahwin dengan orang Melayu Islam dan masih mengekalkan nama keluarga Cinanya. Beliau menegur Tan Lian Hoe supaya mengingati sejarah.

---------------------------------------------

Ingat fakta sejarah Tanah Melayu


Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH

KENYATAAN Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi. Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.

Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.

Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.

Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah. UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah. Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.

Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itu pun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.

Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Diterima

Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.

Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).

Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.

British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.

Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.

Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.

Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.

Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.

Tidak Logik

Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.

Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".

Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).

Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.

Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.

Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.

Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.

Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.



---------------------------------------------

Terima kasih sajalah Tee.

Tidak payah diminta mereka belajar memahami sejarah. Jika mereka anggap taraf mereka dari segi sejarah itu samarata, apa perlu lagi mahu diterangkan? Tidak akan diterima apa saja penerangan. Paling sopan pun mereka akan berhelah, "kita harus maju ke hadapan. Buat apa lagi kita tengok-tengok belakang."

Mereka mahu sejarah silam dilupakan seperti sebagaimana Lee Kuan Yew mengubah sejarah Singapura. Seram mereka jika orang Melayu sedar dari lalaian kata-kata manis dan buaian dogma yang telah mereka rosakkan minda muda Melayu.

Gelisah mereka untuk hadapi kenyataan sejarah bahawa orang Melayu dan Pribumi ada "hutang" yang wajib dituntut. Berbukit timbunan hak dan kepentingan orang Melayu yang terlepas dari tolak ansur dan pengorbanan orang Melayu pada negara.

Mereka akan terus dolak dalih berhelah, nafi mati matian dan berpura dengan kata-kata manis sampai mereka menjadi tuan absolut. Mana yang telah diberi tidak akan hendak mereka kembalikan. Sepatut lama Gerakan, parti babi menyundul diluputkan. Anjing DAP yang tidak henti menyalak patut lama ditidorkan.

Apa yang di dalam fikiran dan nawaitu Ketua Wanita Gerakan apabila menyatakan orang Melayu juga pendatang seperti Cina dan India? Bukankah kata-kata dan jelek pekerti sedemikian yang menimbulkan rusuhan kaum pada 13hb Mei, 1969? Adakah persepakatan Barisan Nasional melebihi 30 tahun tidak mengubah sifat cauvanis perkauman dalam generasi keduanya?

Adakah ini akibat bertolak ansur membenarkan tuntutan dan nafsu kehendak mereka dilayan?


Setelah lebih 50 tahun merdeka, mereka masih berfikiran dan hidup sebagai imigren - bersekolah di sekolah Cina, duduk di new village Cina, bekerja dengan syarikat Cina, berniaga dan berurusan sesama Cina. Mereka tidak dituntut menguasai bahasa Melayu, memasuki persekolahan aliran kebangsaan dan berintegrasi dengan kaum Melayu.

Akhirnya, sampai mereka sangka negara ini asal usulnya negara bangsa mereka hingga terluah dari benak hati mereka untuk menidakkan sejarah orang Melayu sebagai kaum asal.

Rabu, 15 Oktober 2008

Tan Lian Hoe: Nak pandai boleh diajar, Nak bodoh tidak boleh diasuh

Utusan Malaysia

Penghijrahan Melayu dalam zon budaya sendiri

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Orang Melayu di negara ini sama sekali tidak boleh dianggap sebagai pendatang dari kepulauan Nusantara kerana penghijrahan mereka berlaku dalam zon budaya sendiri.

Pengkaji tamadun Melayu, Mohd. Arof Ishak berkata, orang-orang Melayu dari kepulauan Nusantara juga adalah sebangsa, cuma pada masa ini, mereka dipisahkan oleh sempadan politik.

Menurutnya, ia berbeza dengan penghijrahan orang Cina dan India kerana ia merentasi zon budaya yang berbeza.

Katakan seorang Cina yang bercakap menggunakan dialek Mandarin telah mempelajari dialek Hokkien, dia tidak boleh dikatakan mempelajari bahasa asing kerana kedua-duanya masih berada dalam zon budaya Cina.

"Begitu juga dengan penghijrahan, selagi masih dalam satu zon budaya dan bangsa, mereka tidak boleh dianggap sebagai pendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Arof merupakan penulis buku The Malay Civilization yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena perasmian Wisma Sejarah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.

"Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India," kata Lian Hoe.

Mengulas lanjut, Mohd. Arof berkata, istilah pendatang juga merujuk kepada sesuatu yang tidak berasal dari negara ini.

Sebagai contoh, katanya, pokok getah yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris tidak pernah dianggap sebagai pokok tempatan walaupun ia telah lama ditanam di negara ini.

Isnin, 6 Oktober 2008

Pendirian Kerajaan PAS Kedah Jadi Contoh

Blogger Pesanan merasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah kerana meletakkan kuota 50 peratus dalam projek-projek perumahan di Kedah kepada Melayu.

Tindakan ini amat bijak.

Kedah adalah sebuah negeri yang mana tren peningkatan peratus orang Melayu sedang meningkat ke arah 90%. Malangnya peratusan penduduk Melayu di taman-taman perumahan adalah kurang dari kuota 30% yang ada.

Sekiranya tren ini dibiarkan, orang Melayu akan sentiasa terpinggir dari bandar-bandar dan proses pembandaran (urbanisasi) tidak menguntungkan orang Melayu.

Walaupun digesa oleh pemaju-pemaju perumahan, kerajaan negeri masih tetap ddengan pendirian mereka. Sila lihat laporan berita berikut:

3 October 2008

Kedah kekalkan kuota rumah Buimputera 50 peratus

ALOR STAR: Kerajaan negeri Kedah tetap dengan dasar baru kuota perumahan 50 peratus bagi Bumiputera di negeri itu meskipun mendapat bantahan daripada para pemaju.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri memperkenalkan dasar tersebut bagi membolehkan setiap rakyatnya berupaya memiliki rumah.

"Jika pemaju tidak gembira dengan dasar baru ini, mereka dialu-alukan kemukakan hujah mereka kepada kerajaan negeri.

"Kami mempunyai rasional memperkenalkan dasar ini dan keutamaan kami ialah memfokus mereka yang memerlukan (rumah).

"Kita hendak memastikan kesemua rakyat Kedah berupaya membeli rumah," kata beliau di sini hari ini.

Beberapa ahli politik termasuk daripada kalangan DAP dan Gerakan baru-baru ini membangkitkan rasa tidak puas hati dengan dasar baru itu, yang dikuatkuasakan 1 September lalu.

Dasar kuota sebelum ini ialah 30 peratus. -- BERNAMA
Rungutan pemaju-pemaju hanyalah dari perspektif dagang dan tidak melihat perumahan sebagai satu keperluan asas manusia. Selama ini, pemaju-pemaju hanya memikirkan untuk mengautkan keuntungan berlipat-lipat ganda.

Bagi pihak kerajaan, mereka perlu memastikan red tape dikurangkan jika tidak ada langsung, supaya harga rumah boleh kekal murah dan pemaju mendapat keuntungan yang wayar.

Disamping itu, hak kaum lain tidka dinafikan. Baca laporan berikut:

5 October 2008

Dasar Baru Penetapan Kuota Tidak Nafikan Hak Kaum Lain

ALOR STAR, 4 Okt -- Penetapan kuota semua jenis rumah untuk Bumiputera di Kedah, yang dinaikkan daripada 30 peratus kepada 50 peratus, tidak menafikan hak mana-mana kaum.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata dasar baru itu telah dipersetujui anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri bagi memastikan setiap rakyat terutama golongan kelas pertengahan mampu memiliki rumah sendiri.

"Keputusan ini juga dibuat selepas kajian mendapati masih ramai bumiputera tidak dapat membeli rumah kerana kuota itu tidak mencukupi.

"Majoriti 1.5 juta (daripada kira-kira dua juta rakyat) adalah orang Melayu dan yang lain campuran India, Cina dan lain-lain dan kita ada banyak bukti apabila orang (Bumiputera) hendak beli rumah, pemaju kata sudah habis dijual," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Sri Mentaloon, di sini, Sabtu.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kedah Ricque Liew dalam akhbar hari ini yang mendakwa syarikat pemaju mungkin gulung tikar jika kerajaan negeri tidak memansuhkan dasar baru itu.

Liew yang mahu kerajaan negeri mengikut dasar kuota nasional 30 peratus mendakwa langkah itu akan menyebabkan keuntungan penjualan balik hartanah yang dibeli oleh Bumiputera mengikut harga pasaran terhad.

Sementara itu, Azizan berkata kerajaan negeri juga mahu pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik seperti kos sederhana berbanding berharga tinggi mencecah RM300,000 supaya mampu dibeli golongan pertengahan khususnya di bandar.

"Kerajaan nak pastikan rakyat mampu miliki rumah, kalau harga rumah lebih RM250,000, warganegara asing sahaja akan beli.

"Keputusan ini juga adalah demi kepentingan orang ramai tapi kalau cakap pasal keuntungan, memang (pemaju) akan tutup (gulung tikar). Tapi tak mungkin mereka akan tutup," katanya. -- BERNAMA
Dimana kerajaan PAS Kedah boleh lakukan sesuatu yang menjaga kepentingan rakyat asal Melayu Islam, kerajaan Perak boleh membuat anugerahtanah yang melampau sekali. Tanah boleh diberi untuk tanah hingga 999 tahun.

Sabtu, 4 Oktober 2008

Tuntut Tindakan Keras Ke Atas Hindraf

Jangan Rosakkan Majlis Perayaan Agama!


Sedutan dari Utusan Malaysia Oktober 4hb, 2008

Jangan biarkan kebiadapan Hindraf berterusan

RUMAH terbuka adalah satu majlis tradisi yang bukan sahaja disanjungi oleh masyarakat negara ini, malah ia juga mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa.

Majlis seumpama itu menemukan semua insan di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama atau perbezaan politik.

Di majlis rumah terbuka, segala perbezaan antara kita diketepikan, apa yang lebih utama ketika itu ialah sama-sama mengeratkan hubungan sesama kaum.

Atas sebab itulah acap kali kita melihat pemimpin-pemimpin biarpun berbeza fahaman politik akan sering kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Tetapi malangnya, masih ada pihak yang tidak tahu menghargai keunikan tersebut, sebaliknya menjadikan ia medan untuk melepaskan geram dan perasaan mereka.

Apa yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Hindraf ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet pada Rabu lalu sudah menampakkan dengan jelas sikap biadap dan perkauman mereka.

Tanpa mempedulikan bahawa di situlah kita dapat menyaksikan pelbagai kaum berkumpul tanpa mengira perbezaan sesama kita, kelompok Hindraf ini bertindak bagaikan manusia tidak bertamadun.

Mereka merempuh masuk ke majlis itu bukan sebagai tetamu yang harus menghormati tuan rumah tetapi sekadar untuk melaksanakan agenda politik yang tidak seharusnya ditimbulkan pada hari yang mulia ini.

Kelompok Hindraf itu bernasib baik kerana orang Melayu yang berada di majlis berkenaan masih mampu menahan sabar dan menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa mengendalikan keadaan.

Bayangkan jika ada pihak yang melakukan provokasi yang akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum di situ.

Perbuatan yang dilakukan oleh Hindraf tersebut amat berbahaya. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka cuba melakukan provokasi. Mereka tahu perbuatan itu salah tetapi mereka sengaja melakukan.

Hindraf cuba menjadi hero di tempat dan pada waktu yang salah. Sentimen perkauman yang menebal pada diri masing-masing telah menyebabkan ia menenggelamkan perasaan hormat menghormati antara kaum yang kita bina sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Tidak kiralah sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas atau apa sahaja perayaan kaum di negara ini, ia seharusnya dihormati bukan dicemari dengan sikap tidak bertamadun.

Apa yang dilakukan oleh Hindraf ini tidak harus dibiarkan. Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan bagi mengetahui dalang di sebalik tindakan gila tersebut.

Mereka yang terlibat harus ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan kerana telah menggugat ketenteraman awam.

Hakikatnya, pihak kerajaan sudah banyak bersabar dengan tindak tanduk Hindraf. Mereka adalah pertubuhan haram yang seolah-olah tiada siapa mampu menyentuhnya.

Kini adalah masanya untuk kerajaan bertindak ke atas mereka yang suka memainkan sentimen perkauman yang sempit.

Apa yang perlu difahami tindakan Hindraf telah mencetuskan kemarahan di kalangan orang Melayu tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka.

Kebiadapan Hindraf harus diberhentikan kerana jika dibiarkan mereka mungkin akan melakukan tindakan yang lebih ganas lagi.

Kita tidak harus merelakan sebuah pertubuhan haram yang terbentuk daripada demonstrasi jalanan merosakkan hubungan kaum di negara ini.

Kepada pemimpin-pemimpin yang sebelum ini begitu menyokong Hindraf, mereka seharusnya insaf kerana Hindraf bukanlah memperjuangkan perpaduan kaum tetapi ingin menjadi racun perosak kepada negara ini.

Oleh itu adalah perlu pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi. Satu pengisytiharan rasmi perlu dilakukan bahawa Hindraf adalah pertubuhan haram dan sesiapa yang menyertai boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika sebelum ini sebuah pertubuhan Islam, Al Arqam pernah diisytiharkan haram, kenapa tindakan yang sama tidak boleh dikenakan ke atas Hindraf. Apa istimewanya kelompok cauvinis itu?

Soal bertolak ansur atau berlembut dengan kelompok makhluk bernama Hindraf ini tidak harus dibiarkan lagi. Mereka perlu diberi pengajaran bahawa negara kita memang mengamalkan demokrasi tetapi demokrasi itu tidak harus disalahgunakan melalui tindakan yang dianggap cukup biadap dan kurang ajar.

Percayalah, jika peristiwa di Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet itu dilupakan begitu sahaja, selepas ini Hindraf akan bertindak lebih ganas lagi kerana mereka tahu berikutan suasana politik sekarang kerajaan mungkin tidak akan berbuat apa-apa.

Tetapi mereka juga tidak harus melupakan bahawa sarang tebuan jangan dijolok, harimau tidur jangan dikejutkan dan jika kita berani bermain api maka bersedialah menerima akibatnya.

Ingatlah dalam apa juga situasi, janganlah terlalu banyak mencabar kerana kesabaran manusia ada hadnya.


Jurublog pesanan, seiring dengan suara-suara lain, mengecam tindakan Hindraf mengacau Majlis Rumah Terbuka bersama Menteri Kabinet pada hari pertama hari raya baru-baru ini. Syed Hamid Albar sebagai Menteri Dalam Negeri perlu memulakan tindakan yang betul-betul tegas terhadap Hindraf atas beberapa sebab.

Pertama, Hindraf adalah organisasi yang tidak berdaftar dan illegal yang bertindak secara kekerasan, menggugat keamanan masyarakat, dan menghasut rakyat menentang kerajaan.

Kedua, Hindraf harus dihadapkan ke mahkamah di bawah kesalahan treason kerana menuntut perlembagaan Negara ini di gantung dan mengugut kerajaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Hukuman untuk treason adalah gantung!

Ketiga, mereka-mereka yang terlibat dalam Hindraf harus di lucutkan kerakyatan kerana mereka mempersoalkan persetujuan-persetujuan, perjanjian-perjanjian dan aku janji aku janji yang membolehkan mereka sebagai imigren dan British subject mendapat kerakyatan.

Keempat, tuntutan Hindraf di mahkamah London memalu dan mencemarkan nama baik negara. Ditambah lagi, tuntutan itu dibuat tidak mempunyai asas dan penuh pendustaan dan pembohongan.

Kelima, Hindraf mempunyai talian dan bersekongkol dengan organisasi-organisasi asing untuk memaksa perubahan asas kenegaraan - perlembagaan, kepimpinan, institusi-institusi dan lain-lain - mengikut agenda kumpulan-kumpulan ini yang tidak mengambilkira ciri-ciri sejarah dan kebudayaan asal negara ini.

Keenam, tindakan terbaru Hindraf menunjukkan mereka sudah menjadi militan dan hilang pertimbangan akal budi pekerti dan sopan santun yang menjadi asas Rukunegara yang keenam ia-itu kesopanan dan kesusilaan. Hindraf tidak menghormati kesucian perayaan agama.

Ini adalah pertama kali dan akan menjadi pemula kepada usaha akan datang yang akan merosakkan Majlis perayaan agama di negara ini. Tindakan biadap ini harus BALAS DENGAN TINDAKAN YANG KERAS DAN TEGAS supaya menjadi peringatan kepada sesiapa sahaja yang mencabar asas kenegaraan patut dihukum dnegan wajarnya.