Isnin, 25 Ogos 2008

Adakah Permatang Pauh Mahu Bertanggungjawab Menghancurkan Bangsanya?


Disebabkan kesibukan urusan, saya telah lama tidak mengemaskinikan blog ini. Malah Bahagian Ketiga Kertaskerja Prof Dato Malik Munip pun belum sempat ditaip masuk. Berbanyak minta maaf. Insya Allah, saya akan kembali dengan lebih bersungguh-sungguh.

Hari esok adalah hari pengundian untuk pilihanrya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana Anwar yang bertanding dan perjuanganny akini sudah jauh menyimpang dari asal, ini membuat saya terpanggil untuk beruara.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh itu penting pada pandangan saya. Ia penting bukan kerana saya mempercayai Anwar boleh menarik Ahli-Ahli Parlimen melompat parti dan menubuhkan kerajaan baru.

Tetapi kerana Anwar yang dahulunya konon memperjuangkan nasib Islam dan Melayu, kini sanggup melakukan apa saja untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar kini begitu liberal hingga sanggup menggadaikan kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia.

Anwar dan partinya begitu terbuka terhadap isu-isu antara ugama. Ia tidak lagi membela dan bersuara apabila pelampau-pelampau agama lain atau pemikir-pemikir sekular atau peguam-peguam fasik mempersoalkan martabat Islam.

Kononnya Anwar mengatakan dia mempertahankan Artikel 152 dan 153 tetapi dia sanggup membuka UiTM kepada semua bangsa. Padahal orang bukam Melayu lebih ramai yang mampu, sedang dan sudah pergi belajar di luar negara, IPTS dan IPTA yang ada. Bagi orang Melayu yang hanya tinggal UiTM, itu pun mahu dibukakan.

Segala bantuan untuk menolong orang Bumiputera dan Melayu memperbaiki jurang perbezaan dengan kaum lain mahu dihapuskan. Alasan Anwar adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan kurang effisiensi dan daya asing.

Adakah kerana nyamuk rasuah, maka kelambu itu mahu dibakar? Anwar sendiri tidak pernah menyalahkan tujuan dan polisi Dasar Ekonomi itu. Adakah perspektif kommersial menjadi penentu agenda membina suatu negara dan bangsa?

Dasar Ekonomi yang melengkapi Rukunegara sebagai ideologi negara dalam pembangunan Negara Bangsa Malaysia ditentang. Adakah logik untuk memerangi rasuah, polisi DEB yang dibenteras dan bukan amalan rasuah? Dunia komersial tetap bebas dan orang CIna boleh terus berniaga. Apakah hubungkait program sosial dengan eningkat daya saing dunia perniagaan?

DEB mahu mengurangkan jurang perbezaan antara kaum. Tetapi DEB tidak mengambil dari kaum bukan Bumiputera tetapi dari peluang-peluang baru dan pengembangan kek ekonomi. DEB tidak menindas rakyat bukan Bumiputera kerana satu lagi tujuan adalah untuk membasmikan kemiskinan tidak kira kaum.

Hari ini, Anwar menentang DEB dan memperjuangkan satu Agenda Ekonomi yang sebenarnya memperjuangkan ideologi DAP/PAP/Lee Kuan Yew yang dipanggil "sama rata dan sama rasa". Kononnya jawapan untuk Malaysia adalah pasaran bebas, globalisasi dan meritokrasi. Adakah ide ini akan membawa pada kemajuan bangsa?

Bagi "sama rata dan sama rasa" untuk menjadi, semua rakyat boleh bersaing supaya yang terbaik akan maju. Adakah boleh bersaing jika padang permainan tidak adil dan berat sebelah? Pasaran bebas bermakna kerajaan tidak boleh campurtangan dan yang kuat akan sentaisa kuat dan tertindas akan terus demikian.

Dari segi kemampuan kewangan, orang Bumiputera masih jauh ketinggalan, walaupun mereka sudah mula menampakkan kenaikkan. Tanpa kewangan tunai yang cukup, bolehkah Bumiputera mampu memperolehi pelajaran tinggi di IPTS dan memulakan perniagaan yang sedikit sebanyak dengan bantuan kerajaan masih memerlukan modal tunai yang bertambah banyak?

Dengan mengunjurkan persaingan terbuka dan meritokrasi disebalik tuduhan rasuah yang dilaung-laungkan oleh Anwar, gagasan Anwar itu tidak logik dan tidak adil pada kaumnya sendiri. Jika mahu ditukar DEB pun, mengapa tidak difikirkan sesuatu yang benar-benar adil? Mengapa Anwar sanggup lakukan demikian?

Ini belum lagi diterangkan isu-isu persekongkongan Anwar dengan anasir-anasir asing yang merupakan kuasa-kuasa besar dan proxy kuasa besar yang hanya mahu menakluk kembali tanah-tanah jajahan lama. Persekongkolan dengan kuasa-kuasa ini memberi Anwar pelbagai sumber kewangan, sokongan intelek dan maklumat perisikan, dan lain-lain. Ini adalah sumber-sumber yang membantunya mendapatkan kuasa.

Demi kuasa, Anwar yang dahulunya seorang aktivis Islam sanggup meliberalkan pendiriannya dalam ugama. Laungan perjuangan "rising tide of Islam" dan Negara Islam pun sudah tidak kedengaran lagi dari Anwar. Padahal dia diajak masuk UMNO untuk meningkatkan siasah Islam dalam UMNO.

Pelbagai perkara kita boleh rumuskan dari pelbagai maklumat dan sumber maklumat. Samada percaya atau tidak, terpulang kepada masing-masing. Perkara yang pasti adalah kepentingan Melayu tidak terjamin dan masa hadapan anak cucu cicit kita tidak terbela, jika pengaruh dan pemikiran Anwar dibenarkan merebak.

Bagi pengundi-pengundi Permatang Pauh yang sudah melihat bagaimana DAP memerintah kerajaan negeri dan orang Melayu, diharap mata hati mereka akan celik. Tanggungjawab ini terletak di bahu mereka. Apakah erti seorang anak Permatang Pauh itu naik dalam politik dan menjadi pemimpin jika ia membawa kehancuran pada agama, bangsa dan tanahairnya?

Jika Permatang Pauh yang pernah menjadi pentas untuk menaikkan Anwar, Permatang Pauh bertanggungjawab mengakhirkan kerjaya politik Anwar demi menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair.

Andainya Anwar bertambah berkuasa dan berpengaruh, ini semua bermula dari Permatang Pauh yang memilihnya. Pengundi Permatang Pauh bakal bertanggungjawab dengan rintihan, tangisan, dan penyiksaan bakal mangsa-mangsa politik Anwar selama-lamanya. Mangsa ini kemungkinan besar adalah kaum bangsa mu sendiri.

Permatang Pauh akan sentiasa memegang saham dalam pembinasaan bangsa Melayu yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

4 ulasan:

aku berkata...

walaupun saya cuma seorang pelajar masih bertatih dan tak tahu tentang politik negara,saya rasa terpanggil untuk bersuara.
Kecewa bila rakyat Malaysia mula membuat keputusan mengikut perasan.Saya dengar anwar dah menang dalam pilihan raya..tak pasti ini benar atau tidak..dan jika benar hati saya betul-betul tekilan.Saya pasti punca utama nya tak banyak..cuma satu..kenaikan harga minyak..
isu yang tak rasional untuk di pertikaikan..
bukan kita je yang terkena biasnya tapi seluruh dunia.Namun isu ini betul2 menyesakkan..
Saya tak faham kenapa orang melayu tak boleh bersatu?kita kan majoriti..kita yang menguasai makaysia..ini tanah kelahiran kita..kenapa setiap peminpin cuba nak menghentam satu sama lain?cuba kita bersatu..kesian pulau pinang jadi hak orang bukan melayu tuk memimpin...
Kenapa semua orang nak menyalahkan pak lah?kenapa tak cuba faham situasinya,saya rasa dia dah cukup perihatin dengan rakyat..tapi sesungguhnya memimpin bukan senag..
kita manusia ada nafsu yang besar tak penah puas.
Kenapa kita tak bersatu macam masa kita nak tuntut merdeka dulu?ke kita nak tunggu jadi macam tu baru kita nak bersatu?
fikir kan lah jasa orang yang bagi kita perubahan.
rasanya..makin maju,kita makin cetek pemikiran.cuba lah kita tiru orang dulu-dulu memilih untuk semua..untuk masa depan..
Saya ni generasi masa depan risau dengan generasi akan datang selepas saya nanti..takot kalau-kalua kita jadi macam negara lua..thailand contohnya..
Fikir lah hidup ni bukan untuk kita..
pas,umno,anwar n the gang..musyawarah la..kita bangunkan bangsa kita di tempat kita..
tak sedar kah kalian siapa yang beruntung kerana pertelingkahan kalian?

natsu~ berkata...

Saya tertarik dengan perjuangan saudara, namun permatang pauh telah pun selesai. Saya rasa mungkin tak berapa ramai yang dapat membaca dan menerima mesej yang saudara nukilkan di sini kerana blog saudara ini telah terlalu lama tidak aktif.

Saya meletakkan link blog saudara di laman saya maka saya mengetahui adanya post terbaru daripada saudara.

Saya ingin meminta keizinan daripada pihak saudara dan rakan rakan penulis untuk menyalin setiap penulisan saudara tentang tragedi 13 mei dan menyimpanya untuk dijadikan maklumat dan kesedaran bagi anak anak saya.

Terima Kasih.

VanDerVijk berkata...

Saya cadangkan moderator membuat kompilasi/membukukan fakta2 dari laman ini. Amat bernilai buat generasi2 baru yg tidak didedahkan kepada sejarah. Juga sukar utk mendapati informasi2 ini dari satu sumber.

Akmal Hisham Abdul Rahim berkata...

Salam.

Harap komen saya ini dapat Tuan moderatot paparkan.

Ya, PRU-12 baru-baru ini banyak mengundang perkara juga senario yang baru. Tetapi kita sebagai umat Melayu (Islam) di bumi Malaysia ini perlu semakin hari semakin terhimpit!

Mungkin kepercayaan kita terhadap ahli politik harus kita alihkan kepada institusi rakyat. Seperti badan bukan kerajaan.

Persoalan saya:

Siapa yang memberi kelulusan sekolah cina diperbesarkan?

Siapa yang menghancurkan bahasa Melayu dengan dasar PPSMI?

Siapa yang menghunus keris kemudian memohon maaf kepada kaum lain?

Siapa yang membuka peluang MRSM kepada bukan bumiputera?

Siapa yang memberi 45% biasiswa kepada bukan bumiputera?

Ke mana biasiswa yang dijanjikan dalam Perlembagaan Malaysia khas untuk bumiputera?

Siapa yang memberi dana kewangan kerajaan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina?

Ini adalah sebahagian persoalan-persoalan yang perlu kita renungkan.

Sekadar memberi pandangan