Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Mei – Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.
“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.
“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.
Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.
Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.
“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.
Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.
“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.
SUmber: Utusan Malaysia, Mei 20hb, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Hindraf juga ingin mendapatkan taraf "bumiputra" untuk kaum cina dan india yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
India paria and Cina tongkang kalau mintak lebih.. Boleh jalan balik ke India dan China. Orang Melayu apa kata kita bersatu?. Jika mereka ingin mencabuli hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan. Kita juga ada hak untuk mencabuli hak mereka di dalam Perlembagaan. TARIK BALIK KERAKYATAN mereka!. Jangan berlembut lagi. Yang terjual nanti kita punya harga diri!. UMNO atau PAS. Hati hati dengan rakan parti masing masing. MCA atau DAP. Matlamat mereka tetap sama, walaupun mereka ade yang Christian, Buddhist dan lain lain. UMNO atau PAS, bagaimanakan matlamat kita boleh berbeza, sedangkan kita adalah satu bangsa dan satu agama?.

Layakkah mereka ini di beri taraf bumiputra? Mereka perlu Berfikir asal-usul mereka. Belum ada taraf bumiputra sudah meminta bermacam-macam. Selepas mereka dapat taraf bumiputra apa lagi yang dimahukan..NEGARA??!!!
Catat Ulasan