Jumaat, 15 Mei 2009

"Kembalikan hak biasiswa bumiputera" - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan bersikap tegas dengan mengembalikan sepenuhnya hak biasiswa bumiputera.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, langkah itu wajar agar kepentingan bumiputera sentiasa terpelihara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Sambil menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah angkuh dan buta perlembagaan, beliau berkata, kerajaan 'sudah banyak bertolak ansur' khususnya dalam pemberian biasiswa.

"Kenyataan (Tee Keat) berkenaan juga hanya mementingkan politik kaum semata-mata. Sudah cukup sebelum ini hak biasiswa JPA bumiputera dicabul dengan pembahagian 51-49 peratus.

"Berapa banyak pun kerajaan bertolak ansur dengan kaum Cina, India dan lain-lain, mereka tidak akan berterima kasih atau undi Barisan Nasional (BN) lagi,'' kata beliau dalam kenyataannya yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan mengulas kenyataan Tee Keat dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa kerajaan akan menilai semula kriteria pemilihan bagi biasiswa JPA.

Tee Keat berkata, mesyuarat akan diadakan di antara pemimpin parti komponen BN, Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara hari ini.

Tee Keat menambah, MCA mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut.

Tambah Ibrahim, UMNO akan hilang sokongan orang Melayu sepenuhnya jika terus bertolak ansur.

"Jika kerajaan tidak hormati hak istimewa orang Melayu, Perkasa juga akan mula turun ke jalan raya macam pertubuhan haram Hindraf.

"Jika kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun tidak lama, akan dibebaskan dan tidak payah berterima kasih," katanya.

Jelas Ibrahim, ramai anak Melayu kini yang layak mendapat biasiswa, namun tidak menerima biasiswa tersebut."

Sumber: Utusan Malaysia, Mei 15hb, 2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 100 peratus,kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO MESTI lah banyak memperkasakan orang melayu,UMNO berkuasa kerana orang melayu,lihatlah apa yang berlaku di singapura,bagaimana bijaknya lee kuan yew menaikkan orang cina di bumi org melayu,UMNO sekarang tempang sebelah kaki,MCA,MIC dan parti komponen akan tinggalkan UMNO jika mereka merasa tindakan mereka boleh membuatkan UMNO tempang kedua-dua kaki,ambil iktibar pada PRU 12,bagaimana undi org bukan melayu bertindak,untuk mendapat sokongan keseluruhan org melayu MESTI utamakan segala kepentingan org melayu..UMNO apabila diamanah untuk berkuasa,laksanakan dengan jati diri yang kuat,ingat siapa kita dan kemana kita nanti,jgn sampai dicabut kuasa yang ada,ingatlah org melayu yang susah,anak cucu,walaupun pemimpin umno skrg banyak yang kaya..biar buta mata,jgn buta mata hati..

kerajaan harus memandangkan serius perkara ini anak melayu/bumiputera seharusnya terus mendapat biasiswa seperti mana yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan ... jangan asyik tunduk pada kehendak puak2 chauvanist cina dan india