Isnin, 25 Mei 2009

Muhyiddin bacul dan Wee angkuh terhadap kempen 1Sekolah

Kempen 1Sekolah yang diusahakan oleh jurublog Kijangmas atau lebih dikenali sebagai Deminegara sini adalah satu usaha yang realistik ke arah menyatupadukan negara ini.

Slogan yang berbunyi "Satu Sekolah untuk Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara" itu begitu jelas selari dengan kempen 1Malaysia. Arah tujunya adalah ke arah mencapai satu bangsa Malaysia dan membolehkan pencapaian intipati slogan 1Malaysia yang dicadangkan Perdana Menteri yang baru, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sudah lama kita sepatutnya mengadakan satu aliran sekolah. Perkara ini telah diulang-ulang berkali-kali dalam penyata Razak, Barnes dan Rahman Talib untuk berdekad-dekad lamanya. Penghalang kepada hasrat murni ini adalah sikap berdegil dan berdalih-dalih kaum imigren Cina dan India yang menjadi penghalang kepada perpaduan pelbagai kaum di sekolah.

Mereka mahu kekalkan sistem persekolahan yang asal usulnya adalah sistem sekolah untuk anak-anak imigren bagi menyediakan mereka apabila pulang ke negara asal mereka. Adakah tujuan mahu mengekalkan sistem sekolah yang berasal dari negara asing ini mempunyai tujuan untuk pulang ke negara asal?

Bukankah mereka telah menjadi warganegara dan mahu diiktiraf sebagai warganegara Melaysia dengan taraf pari passu dengan rakyat asal? Mengapa masih mahu hidup cara bersegregasi bagaikan pendatang?

Selagi anak-anak kita terus dipisahkan oleh sistem sekolahan yang berlainan sistem dan bahasa perantara, selagi itu negara ini akan membina warganeagra yang mempunyai berlainan tujuan kerana membesar dan hidup berasingan. Maka selagi itu juga, perpaduan kaum yang diharapkan tidak akan tercapai.

Muhyiddin Bacul!

Sedihnya, usaha murni yang dimulakan oleh Kijangmas tidak dihiraukan langsung oleh Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin. Sudahlah kenyataan jawapannya tidak memberi alasan yang kukuh untuk menolak tuntutan kempen, nada yang diluahkan agak tidak bermaya.

Sedutan laporan Utusan Malaysia bertarikh Mei 22hb, 2009 yang membawa berita ini seperti berikut:

Kerajaan belum berhasrat wujud Satu Sekolah Untuk Semua

KUALA LUMPUR 21 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan belum bercadang mewujudkan Satu Sekolah Untuk Semua kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan sedia ada yang diguna pakai sekarang telah lengkap.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, dasar berkenaan yang telah digunakan sejak puluhan tahun lalu telah mengambil kira pelbagai perbezaan masyarakat majmuk di negara ini mengikut keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

"Cadangan Satu Sekolah Untuk Semua tidak salah tetapi mereka juga harus faham bahawa dasar pelajaran itu telah lama tersedia dan diguna pakai berdasarkan pada falsafah pendidikan negara yang memacu dan memandu generasi lalu dan anak- anak kita.

"Jadi selagi dasar itu masih wujud, maka kita gunakanlah kecualilah ada pihak tertentu yang bercadang untuk mengubahnya, itu perkara lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas kempen komuniti blogger di negara ini untuk mewujudkan kempen Satu Sekolah Untuk Semua bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu pada masa depan

... bersambung di
sini
Menjadi hairan dan takjub mendengar alasan Muhyiddin bahawa sistem sekolah yang ada telah lengkap kerana ia telah diguna lama. Mana ada sistem sekolah yang lengkap dalam dunia? Semua perlu diperbaiki dan dikemaskini mengikut peredaran dan keperluan semasa !

Adakah logik sesuatu yang lama itu lengkap? Lengkap dari segi apa? Adakah diambilkira peranan pelajaran dalam pembangunan negara bangsa? Kalau lengkap, kenapa sistem pelajaran kita masih tidak melahirkan rakyat yang bersatu dan punya satu haluan? Adakah ini yang Tan Sri katakan sebagai lengkap?

Muhyiddin pun tidak menampakkan usaha untuk menjelaskan pendiriannya yang sebenar. Sebagai salah seorang pemimpin tertinggi Melayu dalam parti Melayu berideologi kebangsaan dan mengaku memperjuangkan kesinambungan Melayu di tanahairnya sendiri, jawapan dan sikap Muhyiddin ini ternyata menunjukkan sikap bacul! Apakah yang menjadikannya takut untuk meluahkan perasaan sebenar?

Wee Ka Siong Angkuh!

Dengan salah seorang pemimpin tertinggi UMNO menunjukkan kebaculan, naik kepala rakan komponen untuk memijak-mijak kepala penyokong kebangsaan Melayu.

Ketua Pemuda MCA, yang juga seorang Timbalan Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong menunjukkan keangkuhan untuk bersikap bermusuh kepada penyokong kempen. Dia menggertak akan menggunakan undang-undang terhadap blogger-blogger.

Akhbar New Straits Times melaporkan berikut:
MCA Youth slams bloggers

KUALA LUMPUR: The MCA Youth criticised some bloggers and an online petition supporting the "One School for All" campaign.

MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said MCA planned to take action against bloggers who claimed that vernacular schools were causing racial tension in the country.

Wee said MCA strongly disagreed with the statements made by bloggers and might lodge a police report against them or refer them to the Malaysian Communications and Multimedia Commission.

"Statements such as gejala sekolah vernakular (vernacular school symptoms) suggest Chinese and Tamil schools are a disease in society."

Wee said Chinese and Tamil schools had been in existence since independence and it was the rights of Chinese and Indians in the country to send their children to these schools. -- NST
Mengapakah tuntutan menyatupadukan anak-anak berbilang bangsa di bangku sekolah dilakarkan sebagai menimbulkan ketegangan kaum? Adakah begini sikap seorang Timbalan Menteri yang seharusnya menurut pendekatan Perdana Menteri baru yang mahu pemimpin lebih mendengar tuntutan dan rungutan rakyat?

Ini tidak, Wee boleh mengugut untuk menutup mulut para penyokong dengan membuat laporan polis dan laporan MCMC. Bukankah ini menunjukkan sikap defensif yang hanya ingin menutup kelemahan hujahnya menentang kempen 1Sekolah?

Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan, MCA mahu bermati-matian mempertahankan sekolah vernakular Cina. Selain itu, MCA bergantung pengaruh politik kepada pihak pejuang sekolah Cina, ia-itu Dong Jiao dan Jiao Zong.

MCA harus ingat bahawa pengaruh mereka tidak cukup untuk meletakkan pemimpin-pemimpin mereka di dalam Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Selama ini, sejumlah besar kerusi yang diduduki MCA adalah atas ihsan pengundi-pengundi Melayu dan penyokong-penyokong UMNO.

Keadaan mereka sekarang lebih teruk bagaikan telor di hujung tanduk kerana pengundi-pengundi Cina tidak menyokong mereka dan mereka lebih bergantung kepada penyokong-penyokong UMNO. Jika ini sikap yang ditunjukkan, sokongan terhadap MCA baik ditarikbalik dan mereka pun bukan lagi menyumbang kepada kedudukkan Barisan Nasional.

Alang-alang Wee mahu membuat laporan polis, jangan lupa buat laporan polis terhadap dirinya yang pernah membuat tuntutan berbau perkauman terhadap perkara-perkara kontrak sosial dalam Perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan?

Jangan ingat kami tidak sedar bahawa Wee juga ada menuntut pembubaran DUN Perak yang akan menguntungkan DAP durjana. Kenyataan Wee ini juga menghina mahkamah yang sedang membuat keputusan terhadap pelbagai kes saman berkaitan isu Perak.

Sedih melihat sikap pemimpin-pemimpin negara terhadap usaha menyatupadukan rakyat melaui satu sekolah. Muhyiddin bacul dan Wa Kia Siong angkuh.

Bila bukan Melayu menuntut, pemimpin Melayu mengundur dan bertolak ansur. Apabila Melayu menuntut, diketepikan begitu saja. Layakkah UMNO dan MCA untuk kita harapkan untuk menjuarakan agenda kebangsaan?

Sikap mereka jangan melemahkan semangat kita tetapi untuk meneruskan kempen 1Sekolah. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengisi petisyen di
sini sebagai penyataan sokongan dialu-alukan.

** Disunting pada May 25hb, 2009 8:00 pagi

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jutaan terima kasih atas sokongan Saudara.

Dal berkata...

"... Bila bukan Melayu menuntut, pemimpin Melayu mengundur dan bertolak ansur. Apabila Melayu menuntut, diketepikan begitu saja. Layakkah UMNO dan MCA untuk kita harapkan untuk menjuarakan agenda kebangsaan?"

Tuan, munkin akibat dari sikap pemimpin kita yang sebegini, akan ada golongan Melayu majority yang selama ini patuh dalam UMNO berbondong-bondong meninggalkan OMNO.

Dahulu sesetengah Melayu meninggalkan UMNO kerana Anwar.

Sekarang? Kerana Melayu.

Unknown berkata...

"... Bila bukan Melayu menuntut, pemimpin Melayu mengundur dan bertolak ansur. Apabila Melayu menuntut, diketepikan begitu saja. Layakkah UMNO dan MCA untuk kita harapkan untuk menjuarakan agenda kebangsaan?"

Pabila Melayu menuntut, Melayu dianggap RACIST! Pabila 'mereka' menuntut, pemimpin Melayu ketar lutut. Takut poket 'bocor'.

Zainal A. Kasim berkata...

Salam,

1. Respond daripada tokoh2 politik ini menunjukkan bahawa merekalah punca kepada "masalah" kita sekarang ini;

2. Sikap tidak boleh menerima teguran dan cadangan menunjukkan sikap bongkak dan takbur tokoh2 berkenaan khususnya Timbalan Menteri tersebut;

3. Jika ini berterusan, maka kita akan kekal seperti sekarang. Nama sahaja rakyat Malaysia tetapi tidak mampu untuk menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik.

Tanpa Nama berkata...

UMNO terlalu sibuk berusaha menanam sikap percaya dan setiakawan walhal MCA tidak pun begitu. Tetapi pejuang pejuang bangsa perlu vokal dalam membela bangsa kita. Ape yang UMNO telah lakukan selama 50 tahun ini ialah memberi memberi dan memberi lagi. Secara tidak langsung orang Melayu yang harus berkorban, berkorban, dan berkorban. Tetapi sekarang apabila kita minta mereka berkorban, secalit pengorbanan pun tidak mahu. Misi dan kempen 1sekolah ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa masyarakat Cina sebenarnya tidak ikhlas dalam membentuk negara bangsa. Mereka sebenarnya ingin membentuk negara bangsa mengikut hati mereka. Dalam erti kata lain negara bangsa yang tidak ada kene mengena dengan Melayu. Hipokrit sungguh. UMNO mungkin tidak boleh terlalu vokal dan perlu bermuka-muka dengan MCA tetapi pejuang pejuang bangsa yang lain boleh berganding bahu dalam membela bangsa Melayu dan memberi tekanan dalam UMNO supaya mereka ada 'backbone' yang mantap apabila berdepan dengan bangsa hipokrit yang lain. Siapa kuat, dia yang menang. Teruskan menyokong kempen satu sekolah ini supaya kita dapat membuktikan lagi bahawa masyarakat keturunan pendatang ini bukan lah berminat pun untuk menjadi Malaysian. Mereka hanya menggunakan perkataan MALAYSIA FOR MALAYSIAN sebagai batu loncatan agar diri mereka sentiasa di atas dan tidak boleh dikejari oleh orang Melayu.

King-Fx berkata...

Biasalah,
Skg ni politik ambik hati. Ambik lah hati semua apek di MCA, DAP.. Tinggalkan ajelah org2 Melayu. Jgn berotorik lagi kononnya anda pembela Melayu. Baik UMNO, PAS.. Dua2 takde teloq

Al-Yasar berkata...

Saya tidak fikir idea satu sekolah untuk semua itu satu idea yang realistik.

Ia realistik kalau di negara ini ada satu kaum atau satu bangsa saja.

Ia tidak realistik kerana tidak mengambil kira kepelbagaian penduduk negara ini, yang mahu mengekalkan bahasa dan budaya masing-masing.

Ia tidak boleh dijadikan alat untuk mempersatukan penduduk yang berbilang bangsa di negara ini, kerana tidak mungkin tercapai konsensus dalam perkara itu.'

Oleh itu, idea yang tidak realistik itu baiklah dilupakan saja.

awangsemutar berkata...

Kalaupun sistem sedia ada telah baik, tidakkah boleh kita baik kan lagi. Kalau dah cemerlang, tak bolehkah nak digemilang dan diterbilangkan. Jangan singkatkan pemikiran kita. Keturunan imigran ini nampaknya masih tidak mahu meluaskan ufuk mindanya. Hanya hantu yang tidak berpijak di bumi nyata. Di mana bumi dipijak...

matt berkata...

Orang Melayu kene terus menerus mendesak supaya diwujudkan sekolah satu sistem ...

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong kempen Kijangmas tetapi tak elok kan panggil orang bacul.

Tanpa Nama berkata...

Sedih melihat sikap pemimpin-pemimpin negara terhadap usaha menyatupadukan rakyat melaui satu sekolah.

======

SSS ini ada udang disebalik batu. Macam mana nak saran satu sekolah untuk semua jika SAP, MRSM, UiTM akan di kekalkan seperti sekarang untuk satu kaum sahaja ?.

Sendiwara apa ini ?.

Tanpa Nama berkata...

Kempen satu sekolah ini adalah dalam mewujudkan sekolah kebangsaan. Jika kaum cina dan india takut dengan asal usul masing masing, maka tidak layak mereka memanggil mereka adalah orang Malaysia. Jika pun satu sekolah ini direalisasikan,ianya bukannya menafikan hak mereka untuk melupakan bahasa mereka kerana sistem ini menggunakanbahasa Melayu sebagai medium perantaraan yang utama. Kelas tambahan elektif bahasa boleh diadakan. Jadi, baik cina, melayu atau india boleh belajar bahasa mandarin atau tamil. Jika tidak suka boleh jugak belajar bahasa Jepun. Ini bukannya sebab untuk mempertahanbangsa asal mereka melalui bahasa tetapi sebagai pengetahuan tambahan yang boleh memanfaatkan semua orang tidak kira kaum.

SAP, MRSM dan UITM adalah termaktub di dalam perlembagaanbahasa hak hak orang Melayu tidak boleh disangkal lagi. Satu sekolah kebangsaan ini tidak ada kene mengena SAP, MRSM dan UITM itu adalah separate case.

Pada asalnya dulu sekolah cina dan india diadakan supaya mereka yang belajar di sekolah ini boleh balik ke negara asal masing masing. Sekarang sekolah sekolah vernakular ini tidak relevan lagi kerana ianya sudah menjadi tempat penyebaran ideology yang menganggu perpaduan kaum.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium utama perantaraan jugak tidak boleh disangkalkan lagi kerana negara ini pun negara Malaysia. Bukannya cinasia atau indiasia. Adakah England menggunaan bahasa selain English sebagai medium utama perantaraan walaupun rata-rata India telah pun menjadi warganegara British?.

Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di dalam Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi yang kedua selepas Bahasa Melayu.

Ini bukannya sandiwara politik. Ketepikan pendapat politik masing masing.

Sangkakala berkata ianya bukannya satu yang realistik. Kita masih dalam proses dalam membina negara bangsa. Bangsa MALAYsia. Bukan Cindiasia / Machindiasia. Jika orang cina dan india secara keseluruhannya boleh melupakan ideologi dan asal-usul masing masing, barulah mereka boleh dinamakan bangsa Malaysia. Jika tidak, mereka hanyalah orang yang menumpang di negara ini untuk mencari sumber rezeki tetapi tidak akan melupakan negara asal mereka iaitu negara China dan India. Datang ke rumah orang, beranak pinak sehingga ke cucu cicit. Mahu cucu cicit tuan rumah berkoban dan berkonsi dengan mereka tetapi mereka sedikitpun tidak mahu berkongsi apatah lagi berkorban untuk tuan rumah. Diamanakah logiknya? Ternyata lah mereka ni bangsa hipokrit semata-mata.

Kita boleh cuba seperti mana dahulu orang menyangkal wawasan 2020 Dr Mahathir tidak akan direalisasikan, tetapi lihatlah negara kita di tahap mana sekarang. Jauh berbeza.

Shoot for the moon. It might land on the stars.