Oleh Citrawaras, MyKMU
Jawabnya tidak.
Malaysia Insider, akhbar maya tajaan Kalimullah dan Brendan Pereira, telah memutarbelitkan fakta dalam artikel mereka bertarikh Mei 22hb, 2009 bertajuk “Quotes that illuminate the Perak impasse”.
Dalam artikel tersebut, mereka membuat kesimpulan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan semalam seolah-olah mengembalikan Malaysia ke sistem feudal.
Ini tentu sekali tidak benar.
Maka artikel ini berniat untuk menjelaskan dan menafikan putarbelit Malaysia Insider. Artikel ini juga ingin mengingatkan pembaca siapa yang sebenarnya membuat angkara hingga terjadi kemelut politik di negeri Perak.
Penjelasan
Keputusan semalam hanya memberi penjelasan kepada perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Perkara tersebut menyatakan apabila Menteri Besar sudah hilang keyakinan atau majoriti, dia seharusnya meletak jawatan.
Dengan keputusan ini, ia menguatkan lagi apa yang sudah jelas. Menteri Besar sudah tidak boleh berdalih-dalih lagi tetapi dimestikan berhenti. Jika tidak berhenti, Sultan berkuasa untuk menyingkirkan. Ini sekurang-kurannya betul untuk kes di Perak.
Mungkin ada yang membuat kesimpulan mudah bahawa ini telah memberi definasi baru kepada kuasa Sultan. Kuasa untuk melantik Menteri Besar disertai dengan kuasa untuk menyingkir Menteri Besar. Jika demikian, bolehkah dikatakan seolah-olah Sultan ada kuasa mutlak dalam melantik dan menyingkir Menteri Besar seperti dalam sistem feudal?
Tetapi kesimpulan sedemikian ternyata salah.
Kuasa Sultan untuk melantik dan menyingkir masih tertakluk kepada keyakinan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau dalam kata lain, mempunyai sokongan majoriti DUN. Cuma Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri tidak menjelaskan dengan tepat mekanisma penentu kehilangan keyakinan terhadap Menteri Besar.
Keputusan semalam boleh dianggap menyatakan tanpa mekanisma yang khusus, apa cara boleh diterima asal ia mempunyai legitimasi dan boleh dibuktikan majoriti itu sudah hilang. Ia boleh juga dianggap precedent baru yang meneroka interpretasi undang-undang.
Dalam hal negeri Perak, DYMM Sultan Perak telah bertemu dan bercakap dengan setiap 28 ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dan 3 ADUN bebas. Sokongan mereka telah didengari Sultan dan didokumen dengan tandatangani rasmi.
Feudalisma
Tidak mungkin negara ini akan kembali kepada sistem feudal yang mana kata-kata Raja adalah satu-satu kata-kata pemutus dalam segala hal.
Sebagaimana dikatakan Tun Dr Mahathir beberapa minggu lepas, “Saya tidak fikir sesiapapun mahu kembali kepada sistem feudalisma. Kembali kepada sistem feudalisma adalah satu kesilapan besar. Sistem yang ada sudah berjalan dengan baik untuk kita hinggalah kes di Perak.”
Raja-Raja Melayu telah memberi persetujuan yang tidak akan ditarikbalik untuk memberi kuasa kepada rakyat untuk memerintah sendiri dan mengamalkan sistem demokrasi semasa perbincangan untuk merdeka.
Tidak mungkin Raja-Raja Melayu mahu kembali kepada sistem feudalisma. Inikan pula DYMM Sultan Azlan Shah yang sendiri telah memperkenalkan istilah sistem Raja Perlembagaan ke dalam peristilahan undang-undang negara.
Degil
Krisis di Perak tidak sepatutnya berlaku jika Nizar bersikap budiman (gentlemen) seperti Pairin di Sabah dahulu yang sedia dengan sukarela melepaskan jawatan setelah menyedari dia kehilangan majoriti.
Ini tidak. Setelah menyedari dia akan kehilangan majoriti, Nizar bertindak secara tidak bertanggungjawab untuk membawa negeri Perak kepada satu krisis politik dan memporak perandakan keamanan dan keharmonian negeri serta kelicinan peralihan kuasa pentadbiran negeri.
Pihak Pakatan Rakyat (PR) mahu memaksa perletakkan jawatan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang hilang keyakinan kepada pentadbiran Nizar dengan cara haram. Nizar cuba memperbodohkan Sultan untuk membubar DUN.
Apabila tidak dipersetujui Sultan, Nizar dan PR bertindak derhaka untuk secara tidak langsung menyaman keputusan Sultan. Manakala, Speaker Sivakumar bertindak derhaka menggantung ADUN-ADUN BN, dan membelakangkan Sultan untuk memanggil sidang DUN haram di bawah pokok.
Semasa Sultan memanggil untuk DUN bersidang, Sivakumar tidak menghormati deklarasi Sultan untuk berdegil enggan meneruskan sidang dan ADUN-ADUN Cina dan separa Cina Pakatan Rakyat memporak perandakan perjalnan DUN yang mulia.
Inilah sebenarnya penyebab-penyebab krisis Perak dan bukan sebab untuk kembali kepada sistem feudalisma yang cuba diputarbelit oleh Malaysia Insider.
Memang rakyat berkuasa memilih, tetapi kuasa melantik Menteri Besar (dan seterusnya Menteri Besar melantik kerajaan) terletak pada Sultan. Dengan Nizar menyebut berkali-kali menuntut mengembalikan uasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan, ia secara langsung menuntut dinafikan kuasa Sultan untuk memilih Menteri Besar dan kerajaan.
Sudahlah Raja-Raja Melayu sedia memberi rakyat mentadbir sendiri, ini mahu dinafikan pula peranan kedaulatan Raja. Adakah Nizar sedar bahawa ia sedang mengapi-apikan penyokongnya untuk melakukan pemberontakan menentang Perlembagaan Malaysia?
Jika rakyat sudah tidak menghormati lagi perjanjian antara pihak Raja-Raja Melayu, British dan Rakyat yang termasuk kuasa Raja dan terma-terma “kontrak sosial”, mungkin sekali perjanjian yang telah di-perlembagaan-kan boleh dianggap diluputkan dan kedaulatan dan kuasa dikembalikan kepada pemegang asal (ia-itu Raja-Raja)?
Baru kita benar-benar kembali kepada sistem feudal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Perkataan 'derhaka' yang saudara gunakan beberapa kali di dalam rencana ini adalah pokok kepada konsep feudalisma. Kenyataan saudara bercanggah.
actually u never know what happen in perak..
everything go slowly inside..
sultan boleh pecat nizar..tp tiada hak untuk lantik new MB..
he should ask for election first..
bukan main lantik jer..
ni sume hasutan dr najib n pak lah..
u never know...
lagi pun x kan sultan nak lawan ckp diorg..
bnyk kepentngan klo kiter tngok..raja elin anak sultan..dia pgg kontrak juta2 ngan ngr melalui garuda holding..kalo sulatn lawan ckp diorg kontrak tu akan di hntikan??think bout it...
Catat Ulasan