Isnin, 14 Mei 2007

Adakah Dr Kua Ikhlas Kearah Memperbaiki Perhubungan Kaum?

Saya terpanggil dari pembacaan dalam satu thread di Forum KMU antara ahli forum CucuWakTelu, ManJoki dan lain-lain ahlinya (sila baca di sini).

Di dalam perbincangan itu, telah dimajukan satu ide untuk blogger-blogger Melayu menulis pandangan mereka mengenai peristiwa sedih dan berdarah itu. Maka, ini adalah inisiatif saya untuk menyumbang kearah usaha tersebut. Blog ini yang asal bernama "Pesanan Untuk Pak Lah" telah lama dikemaskinikan untuk tujuan tersebut.

Buku Dr Kua ini menimbulkan banyak persoalan buat diri saya. Beliau adalah seorang aktivis yang jelas sekali menjurus kearah kepentingan sempit yang saya berpendapat tidak membawa kepada pembangunan negara dan masyarakat Malaysia yang menghayati keadilan hakiki. Jelas sekali beliau seolah-olah sedang berusaha untuk melakukan "historical revision" kepada peristiwa berdarah Mei 13, 1969.

Format Blog ini telah diubahkan kepada format Team Blog. Penulis-penulis tertentu dijemput untuk menyumbangkan artikel dalam menjawab unjuran-unjuran yang dikemukakan dalam buku ini dan membincangkan isu-isu perhubungan kaum dalam perspektif pembangunan negara (nation building) secara rasional dan positif yang sebaiknya diberi juga perspektif semasa.

Tentu sekali perbincangan haruslah mengambil kira untuk mengimbangkan prinsip dan falsafah, dan kepentingan orang Melayu. Apa erti kita berbicara dengan berprinsip dan berfalsafah yang hebat tetapi kepentingan orang Melayu terus tertiris?

Penulis-penulis perlu masing-masing bertanggungjawab membuat pengakuan dan menyatakan disclaimer yang wajar, terutama sekiranya ia bercondong ke arah pendirian partisan. Censorship tidak akan diamalkan. Ahli blog bebas membicara dan mengkritik dalam artikel masing-masing.

Begitu juga dalam perbincangan untuk komentar-komentar. Namun, comment moderation perlu dilakukan bagi memastikan komentar-komentar yang diterbitkan adalah yang berhemah dan berbudi. Ini perlu kerana isu ini adalah isu sensitive yang mudah disalaherti dan boleh menimbulkan reaksi negatif.

Saya, selaku admin, akan memainkan peranan saya dalam memoderasi komentar-komentar. Sekiranya ada lain-lain "rule of the game" yang ingin dimajukan, saya sedia mendengar cadangan-cadangan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Pesanan

1 ulasan:

TheChulan berkata...

Bila Kaum Yang Menyebab kan Berlaku 13 mei pulak Jadi Penyoal.

Pelik, tapi begitu la perangai Kiasu.

Siapa pulak Dr Kua ni? Bukak pulak rujukan Mat salleh mmg anti Melayu.

Masa Ganster Cina dan para penyokong nya berarak masuk Kg Melayu mengejek ejek melayu, Dr Kua ni belum lahir ke?

Dia di mana masa tu?

MASA mELAYU TUNJUK kERIS di depan org Melayu utk majlis orang Melayu mcm Perhimpunan UMNo tu , PANDAI PULAK KAUM CINA marah, terasa dan sensitif.

Eeeh wah eeh wah, 3 petang tiap magrib kaum cina provoke melayu melalui kg melayu tu tak sensitp pulak.

Kaum Awak buat boleh , kaum lain buat , awak nak kaji pulak.

Kaji lah siapa upah penyangak cina naik lori di ikuti berduyun duyun kereta buat bising dgn bunyi kan horn ketika nak waktu magrib.Tak nak kaji ke Dr ?

Siapa upah , siapa instigate, siapa dalang, pi la kaji.