Selasa, 22 Mei 2007

Survival Politik Seorang Chauvinist

Insiden 13 Mei 1969. Apakah gambaran paling hampir untuk saya visualise peristiwa tersebut? Sebagai warga yang lahir beberapa bulan selepas 13 Mei tahun itu, tidak hairanlah jika iklan merdeka oleh Yasmin Ahmad seringkali mendahului frame di dalam reel minda.

Iklan yang mana satu? Iklan bagaimana seorang Cina dilindungi oleh jiran Melayunya.

13 Mei adalah satu sejarah hitam yang ramai rakyat Malaysia ingin dilupakan detik-detiknya melainkan diambil pengajarannya. We wanted to move on….

Tapi saya amat terkejut bila seorang cendikiawan yang bernama Dr Kua Kia Soong cuba menyelongkar kisah atas alasan bukan ilmiah tetapi emosi.

Resam forensik, bila ada mangsa maka akan ada pemangsa.

Untuk berlaku adil kepada buku Dr Kua yang belum saya baca itu, saya membuat judgment berdasarkan komentar-komentar umum di internet mengenai buku yang sama. Tetapi kebanyakannya kurang menyelesakan ditambah lagi dengan latar-belakang Dr Kua sendiri – chauvinist first, intellectual second.

Pegangan politiknya sendiri menjadi suspek. DAP ditubuhkan atas nama pelbagai-etnik dengan battle-cry Malaysian Malaysia. Namun sejak penubuhannya, keahliannya didominasi oleh satu kumpulan etnik sahaja sehingga hari ini.

Benar sebagai rakyat Malaysia Dr Kua mempunyai hak untuk bercakap dan kebebasan itu dijamin oleh Perlembagaan Negara. Namun hak dan kebebasan itu terhenti sebaik saja ianya menyinggung hak dan kebebasan warganegara yang lain.

Dalam hal ini, kebanyakan orang Melayu pasti akan rasa tersinggung kerana Dr Kua cuba merumuskan satu gerakan konspirasi dalam sebuah parti Melayu yang menjadi punca 13 Mei. Apakah sumber maklumat Dr Kua? Antaranya dokumen British intelligence yang dan keterangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri.

Sumber pertama masih boleh diragui kerana sebagai kuasa asing dan bekas penjajah tentulah British intelligence bias apalagi bila harapan pra-merdekanya untuk negara Malaysia tidak mengikut acuannya sendiri.

Manakala untuk sumber ke-dua, ia seakan memberi wibawa kepada konklusi Dr Kua, bahawa sasaran sebenar insiden 13 Mei ialah Perdana Menteri sendiri iaitu Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman.

Seperti kata Blogger penyumbang A Voice, bahan “The Tunku Tape” sendiri diragui kesahihannya. Dan jika sahih pun kata-kata Tunku itu, apa yang beliau ucapkan adalah persepsi beliau dipengaruhi masa itu oleh peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri yang ‘gagal mengontang berlakunya tragedi’.

Maka buku Dr Kua bermula daripada pembikinannya terlalu banyak lompang dari sudut ilmiah. Tetapi yang lebih membimbangkan ialah impak daripada konklusi Dr Kua terhadap fabrik perhubungan kaum Malaysia hari ini dan esok.

Jika Dr Kua inginkan kebenaran, maka kebenaran adalah hak semua orang yang terlibat untuk menyatakan daripada persepsi masing-masing. Oleh itu, jika insiden hitam ini hendak diberitahu semula untuk nilaian generasi pasca 1969, ayuh kita buka luka lama dan sama-sama lihat busuknya.

Saya merngandaikan tiada ilmiahnya niat dan zahir Dr Kua melainkan emosi chauvinist yang mendendam. Itu adalah trademark Dr Kua dan itu adalah battle-crynya yang sebenar di balik Malaysian Malaysia.

Orang-orang seperti Dr Kua akan terus hidup dan subur dalam suasana perkauman yang tegang dan itulah niat yang hendak dizahirkan. Maka buku itu mempunyai benefactor sebenar iaitu survival politik seorang chauvinist.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Bukankah lebih elok kalu tuan baca dulu apa yang ditulis dalam buku itu sebelum membuat sebarang andaian. Hanya RM25 sahaja harganya.

Kalau tuan mahu, boleh sahaja saya hadiahkan senaskah untuk tuan. Akaun maybank saya ada berbaki sikit lagi. Cukup untuk beli beberapa naskah buku itu. Berikan sahaja alamat tuan, saya akan poskan.

Saya yang tinggal jauh beribu batu pun dah beli dan baca.