Ini perkembangan baru dalam senario penulisan bukan fiksyen Malaysia. Ujud sekarang usaha dikalangan blogger Melayu untuk memberikan pandangan mengenai peristiwa berdarah rusuhan dan pergaduhan antara kaum 13 Mei 1969, dari sudut dan kacamata orang orang Melayu, penduduk majoriti Negara ini.
Sesungguhnya, peristiwa hitam ini perlu dilupakan dan rakyat majmuk berbilang bangsa dan fahaman agama Malaysia perlu bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional. Tiada ada positifnya ‘melawati semula’ (revisit) medan yang hanya membakar luka luka yang lama and begitu panjang masa diambil untuk dirawat dan pulihkan semula.
Rakyat Malaysia generasi muda sepatutnya perlu belajar dan memahami apa yang diusahakan selepas peristiwa ini, seperti apa yang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berjaya pelupuri dan kerjasama dan kesefahaman antara parti parti politik yang timbul dari perundingan pasca peristiwa ini lebih penting lagi untuk diutara dan pertontonkan. Pendekata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.
Namun begitu, terdapat usaha usaha dari pihak tertentu, terutama mereka yang cenderung kepada politik chauvisnistik Cina DAP yang sengaja mengimbau kembali peristiwa ini dengan tafsiran sempit mereka, untuk sebenarnya mengerohkan keadaan dan bukan sebaliknya.
Sebagai contoh, buku “13 May” tulisan Dr. Kua Kia Soong ini adalah usaha tegar mereka yang berfahaman ala DAP kearah itu. Apa yang positif terhasil dari penulisan belum jelas lagi kelihatan.
Yang jelas ialah reaksi penulis penulis siber Melayu dalam alam bloggosphere. Laman blog 13 Mei: Dari Kacamata Melayu, www.pesanan-pesanan.blogspot.com, merupakan tindakan reaktif kepada usaha Dr. Kua menerbitkan buku dan mengiatkan perbincangan sudut sempit ini. Satu perkara yang menarik disini, laman blog 13 Mei ini terdiri dari bloggers Melayu yang membelakangkan fahaman politik kepartian mereka untuk bersatu mempertahankan suara Melayu dalam isu ini.
Mungkin ada pihak seharusnya mengingatkan Dr. Kua Kia Soong, mantan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya (1990-1995) dan chauvinis Cina sealiran kecenderungan dengan beliau akan bahaya dan kesan bermain dengan mancis dalam rumah kayu penuh berisi bunga api dan bahan-bakar kerosene.
Mungkinkah laman blog ini cuba mengajar mereka yang sengaja mencari penyakit?
Biggum Dogmanteinberg adalah seorang ahli UMNO sepenuh hidup dan penulis blog The Thirteen Million Plus Ringgit Guy Rambles ..... Pada Mei 13hb, 2007 baru-baru ini, beliau telah menulis satu rencana berjodol "Appreciate the Power Share Previlages". Terima kasih membantu mewar-warkan blog ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan