Isnin, 28 Mei 2007

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969

oleh Datuk Raduan Taib (r_taib@yahoo.com), Gombak
AgendaDaily, April 27, 2005

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya


Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya

Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .



Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.


Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.

Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya baru dapat info tentang blog ini...menarik!!! tabik saya pada pendukung melayu..tapi tidak pada politikus yang tamak kan harta negara...dalam kita sibuk mempertahankan maruah melayu...adakah mereka akan mempertahankan kita kelak? percayalah mereka akan lihat saja bangsa melayu di mamah..kerana mereka dah kenyang dengan duit rasuah...masih lagi melayu lupa...rentetan kisah 13 mei ada sedikit tercatat dalam warkah cinta arwah ayahnda saya(askar ketika itu) kepada arwah bonda saya yang berada di kampung,bagaimana di kuala lumpur ketika itu semua mendapat arahan untuk jgn bertindak ikut sesuka hati...tetapi seperti yang sudah saudara nyatakan...anak harimau jangan diganggu,pembunuhan left tersebut memang mengundang bala buat mereka...bukan lah aku seorang yang anti cina..kerana aku melayu..yang menjunjung agama..dan agamaku tak pernah ajar untuk aku membenci kaum...tetapi yang cuba memporak perandakan bangsa dan agama ku...pasti ku rempuh!!! tetapi masih lagi aku kecewa dengan pemimpin kita sekarang...mampukan mereka bertindak kelak jika sesuatu berlaku ke atas bumi ini? sedangkan hubungan dengan saudara melayu kita yang terhampir tidak kita jaga? pada siapa kita nak pohon bantuan? amerika? arab? jangan bermimpi...mungkin jiran kita sebangsa seagama yang terdekat? bukan aku pembenci kaum..tapi aku benci pada kaum yang tidak sedar diri,bukan sahaja cina..tetapi melayu itu juga sendiri

Mama berkata...

SALAM,

saya mohon agar sdra ibnu omar tuliskan semula isi surat ayahnda kepada bonda yg berkaitan dengan peristiwa ini

Site builder berkata...

Saudara ibnu omar

benci pada kaum yang tidak sedar diri? Sedar diri atas kehendak dan nafsu sesetengah kaum yang tamak haloba tentang wang dan harta? Atau sedar diri atas kehendak dan nafsu sesetengah kaum yang tamak maruah dan kemegahan tanpa usasa? Kan sama saja?

Kalau usaha, memang dapat rezeki kehormatan dan pahala. Tapi, kalau tak usaha, halal ke rezeki itu? Peluang untuk hidup dikurniakan kepada semua. Yang kita ada badan yang sihat, dapatlah kita usaha. Kalau tak sempat mendapat rezeki yang baik, usaha harus dipertingkatkan atau diubahsuai. Tetapi, kalau asyik sangat main politik, mengelamun tentang sejarah lampau kemegahan bangsa - itu SEDAR DIRI KAH? ADAKAH ITU PEGANGAN ISLAM UNTUK BERJAYA?

Pesanan Keramat berkata...

chee berkata SEDAR DIRI KAH? ADAKAH ITU PEGANGAN ISLAM UNTUK BERJAYA?

di satu blog, beliau di tanya:

Bedok Boy said...
Hawaiichee - Do you believe in the Quran, in tandem with belief in Allah, Nabi and Rasul, Angels, Hereafter, and Qada and Qadar.

Unless you believe in all that explicitly and exclusively, stop politicising the Quran for your purpose?

BlueHyppo berkata...

arwah nenek selalu berpesan.. Jgn di lupa pada AL-Quran, Jgn Di Tinggal Solat Lima Waktu, Jgn di Tinggal Bekalan Ke Akhirat.. Jgn Dilupa Tanggungjawab pada Dunia kerana kita dilahirkan bersebab dan ada tanggungjawab..

cuma paling ku ingat dan ku jadikan pedoman hidup.. jgn lupa asal usul kita..apa agama kita..apa kitab kita.. siapa rasul kita..siapa tuhan kita..

kita bukan benci pada manusia itu tapi kita benci pada sikapnya..