Isnin, 8 September 2008

Adakah Pembohongan Ong Ka Chuan Bermakna MCA Kini Menyokong Komunis?

The Star tarikh September 7hb, 2008 melaporkan Ong Ka Chuan mengatakan 300,000 orang Cina mati untuk mempertahankan negara ini semasa pendudukan Jepun pada tahun 1940. Menurutnya, atas hujah ini, mereka layak untuk mendapat kewarganegaraan.

Sedutan laporan itu disiarkan di bawah ini:

The Star Online Sunday September 7, 2008

Chinese died defending country, says Ka Chuan

IPOH: The Chinese gained citizenship by sacrificing their lives for the country, said MCA secretary-general Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Some 300,000 Chinese died defending the country during the Japanese Occupation in the 1940s, he said.

“That was about 20% of the population then. They had joined the Anti-Japanese Army to fight the invasion when the British left us helpless.

“And this was what made the British give us citizenship. It wasn’t gained without any sacrifice or contribution on our part.

“Our citizenship had been exchanged with our courage, blood, sweat and tears for the country,” he said after opening the Perak Wanita MCA convention here yesterday. ...

Tidak, sama sekali tidak. Ong berbohong! Fakta nya salah dan hujahnya pembohongan putarbelit!

Orang-orang Cina mendapat kewarganegaraan kerana pihak British enggan mengambil tanggungjawab terhadap buruh-buruh pendatang yang telah dibawa dari India dan Cina untuk kepentingan ekonomi kapitalis mereka.

Demi kepentingan ketamakan pedagang, pengusaha dan pelabur British, mereka secara bersistem telah meminggirkan penduduk asal dari alir kemajuan supaya mereka tidak aakn menuntut kemerdekaan.

Asasnya, setelah penjajah pergi, negara itu harus dipulangkan kepada penduduk asal negara itu. Adakah orang Cina penduduk asal negara ini untuk mempunyai hak untuk menjadi warganegara negara ini?

Mereka seharusnya pulang kepada negara asal mereka kerana selainkan dari sedikit orang Cina, sana sini, rata-rata mereka adalah berstatus guest di negeri-negeri Melayu dan British subject di negeri-negeri Selat. Mereka tidak ada hak langsung. Kelahiran dinegara ini pun tidak memberikan mereka hak kerana ia tidak diperakui.

Kewarganegaraan mereka adalah atas sifat timbangrasa orang Melayu, akhirnya mereka mengalah dan sedia bersetuju menerima orang-orang bukan Melayu. Mereka bukan mendapat hak atas kononnya wujud kontrak sosial kerana kontrak sosial yang diwar-warkan tidak wujud. Semua hak-hak keistimewaan orang melayu telah wujud dari Perjanjian Pangkor dan di dalam Perlembagaan Negeri atau Undang-undang Tubuh Negeri.

Ditambah lagi, kemerdekaan diperolehi dari persetujuan bersama tiga pihak - Raja-Raja Melayu, Penjajah British, dan Rakyat. Hanya setelah dipersetujui oleh ketiga-tioga pihak baru kemerdekaan itu dapat dicapai. Orang Cina dan India bukan rakyat dan hanya sebahagian dari satu pihak - rakyat.

Hujah Ong adalah satu lagi hujah atau lebih tepat helah dan alasan terkini kaum Cina untuk mereka-reka hak dan justifikasi. Kononnya mereka juga telah berkorban dan terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Hujah ini satu aliran pembohongan sejarah Lee Kuan Yew di Parlimen pada tahun 1964 bahawa orang Melayu adalah juga kaum pendatang dari Indonesia dan hak bumiputera hanya ada pada kaum orang Asli.

Seiring dengan hujah ini, mereka mengaku Parti Komunis Malaya adalah pejuang-pejuang kemerdekaan dan UMNO adalah talibarut British. Menurut mereka, Komunis bersama Malay Nationalist Party (MNP) masuk ke hutan menentang British melalui peperangan gerilla.

Itulah sebab kaum Cina rata-rata memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada tuntutan mahkamah pengganas Chin Peng.

Dalam usaha berterusannya untuk menghina bangsa Melayu, menidakan hak dan status orang Melayu, dan terus membawa agenda cauvanis Cina, penulis, ahli politik dan ejuangn pendidikan Cina, Dr Kua "Raja Penghasut" Kia Soong menyatakan di Forum Majlis Peguam beberapa bulan lepas bahawa MNP lebih adil dan "sama rata" dan tidak rasis.


Walaupun sama berada di Kelab Sultan Sulaiman membincangkan penubuhan UMNO dan tuduhan UMNO itu caturan dan pro-British, MNP atau Kesatuan Melayu Nasional (KMN) adalah golongan kiri, kecil dan terpencil yang bukan diterima penuh oleh semua lapisan orang Melayu dan wakil sah orang-orang Melayu.

Bagaimana UMNO boleh pro-British jika ia ditubuhkan untuk menentang Gagasan Malayan Union?

British hanya menerima hakikat UMNO adalah lebih mewakili orang Melayu dari pertubuhan-pertubuhan lain kerana hampir semua pertubuhan Melayu dan juga Orang Asli bergabung di bawah UMNO. MNP yang mengambil pendekatan militan dan menerima tentangan mengakibatkan ia dharamkan dan personaliti-personaliti di penjarakan British.

Sebabnya MNP menentang dan tidak memperakui institusi raja yang rata-rata semasa itu merupakan asas hak yang kuat untuk menuntut kemerdekaan. Gagasan Kesatuan Melayu akan melenyapkan hak kemerdekaan orang-orang Melayu melalui Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu adalah sebagai penandatangan perjanjian yang telah memaksa British diambil sebagai penasihat dan pentadbir negeri-negeri Melayu.

Pemikiran aliran pro-komunis banyak di dapati dan sedang dipeloposi oleh blog Clare Street yang dikendalikan oleh bekas ahli politik DAP serta bekas penulis Sin Chew Jit Poh, James Wong Wing-On.


Realitinya, Komunis adalah kumpulan pengganas yang telah membunuh puloh ribuan rakyat yang tidak berdosa dari pelbagai kaum.

Gerakan Komunis rata-ratanya dianggotai oleh kaum Cina dari kelas ekonomi rendah, perjuangan mereka sebenarnya lebih merupakan untuk perjuangan untuk menjaga kepentingan kaum mereka.

Disamping itu, kelas pekerja, petani dan buruh kaum Cina ini berjuang untuk menjuarakan kepentingan ekonomi mereka melalui fahaman aliran komunis yang berasaskan perjuangan kelas. Mereka bukan sebenarnya menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua lapisan rakyat serta kedaulatan negara.

Perjuangan kelas adalah satu teori yang tidak mencerminkan struktur masyarakat Melayu dan negara ini. Hari ini, teori masyarakat tanpa kelas jelas gagal.

Selepas peninggalan Jepun, Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dikatakan Ong sebagai tentera penentang Jepun mengubah menjadi adalah kumpulan Malayan Races Liberation Army atau gelaran biasa Bintang Tiga yang telah melakukan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat jelata. Sila laman Arkib Negara sini.

Mereka menghukum, menzalimi dan membunuh rakyat jelata yang mereka tuduh bersekongkol dengan pemerintah Jepun untuk membalas dendam.

Kebanyakan rakyat jelata yang mereka bunuh adalah satu-satunya rakyat negara itu orang Melayu. Pengganas ini rata-ratanya adalah hanya berstatus guest dan bukan rakyat negara ini semasa itu, termasuk Chin Peng.

Jika diingatkan kembali asal usul MCA, kenyataan Ong itu menghairankan?

Malayan Chinese Association dahulunya ditubuhkan sebagai badan kebajikan untuk membantu New Village yang dibina untuk memindahkan orang-orang Cina yang hidup di pendalaman untuk memutuskan aliran bekalan kepada komunis di hutan. Ini berlaku semasa zaman darurat menentang komunis.

MCA dianggotai para taukeh peniaga dan pedagang Cina dan atas pujukan dan desakan British menjadi parti politik yang telah lama berganding bahu dengan UMNO.

Kumpulan kiri dahulunya menentang MCA yang dianggap sebagai kumpulan kapitalis Cina. Adakah dengan suara Ong ini memberi tanggapan bahawa MCA sudah menjadi parti politik aliran kiri yang sedia menyokong komunis?

Atau stereotaip bahawa semua orang Cina adalah komunis sudah menjadi kenyataan? Harap tidak.

Laporan Utusan Malaysia hari ini, September 8hb, menyangkal kenyataan Ong Ka Chuan. Laporan itu disiarkan berikut:

Utusan Malaysia September 8hb, 2008

Punca 300,000 Cina terkorban

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Sebanyak 300,000 orang Cina yang terkorban di negara ini sebelum kemerdekaan 1957 sebenarnya mempertahankan British yang menjajah Tanah Melayu, menurut ahli-ahli sejarah.

Menurut kajian sejarah, 300,000 orang Cina terkorban semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu kerana Jepun dan China berperang sejak tahun 1937 dan pertelingkahan antara dua bangsa itu merebak ke Tanah Melayu.

Profesor Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Nik Anwar Nik Mahmud berkata, kenyataan Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan kononnya 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar, sebaliknya mereka mempertahankan kerajaan British ketika itu.

Katanya, orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun kebanyakannya adalah penyokong Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membuat pakatan dengan British.

"Perlu dijelaskan bahawa matlamat PKM bukan untuk mempertahankan negara ini tetapi untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka.

Pelatih-pelatih Parti Komunis Malaya menerima bantuan latihan British

Nik Anwar berkata demikian untuk membetulkan kenyataan Ka Chuan yang mendakwa orang Cina di Malaysia mendapat kerakyatan kerana berkorban nyawa mempertahankan negara ini.

Ka Chuan mendakwa, 300,000 orang Cina mati kerana mempertahankan negara ini semasa pendudukan Jepun pada 1940-an.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, dua fakta sejarah yang tidak boleh diubah ialah orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun berjuang untuk diri sendiri.

"Orang Cina semasa pendudukan Jepun merupakan penduduk Tanah Melayu yang paling banyak diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun.

"Tentera Jepun menganggap orang Cina sebagai tali barut British dan mereka juga dibunuh kerana memberi sumbangan kepada Tanah Besar China semasa peperangan Cina-Jepun," katanya.

Pelatih-pelatih MPAJA yang akan masuk hutan setelah dilatih British

Menurut beliau, orang Cina di Tanah Melayu ketika itu kebanyakannya melarikan diri ke hutan dan menyertai PKM yang mempunyai perjanjian dengan British untuk menentang tentera Jepun.

Ahmad Atory menegaskan fakta itu tidak boleh diubah dan sebarang tindakan untuk mengubah sejarah dengan menyatakan 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar sama sekali.

"Jangan buat kenyataan yang menyalahi fakta sejarah. Sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah," katanya.

Akhirkata, orang Cina tidak pernah berjuang untuk negara ini melainkan untuk kepentingan mereka.

Tatakala, kerajaan British mengunjurkan Kesatuan Malaya (Malayan Union), orang Cina tidak ikut sama menentang peningkatan status taraf "negara jajahan" dan menghapuskan sistem negeri dan institusi Raja-raja Melayu.

Sebenarnya dalam perjuangan untuk mendapat kemerdekaan, rata-rata orang-orang bukan Melayu lebih rela negara ini tidak merdeka jika orang Melayu memerintah. Mereka rela negara ini terus dijajah selagi mereka tidak mendapat kewarganegaraaan dan hak sama rata sebagai lesen.

Ini adalah realitinya. Sentiasa awas dengan tuntutan berdasarkan pembohongan. Orang yang tidak berterima kasih tiada hak untuk diberi penghormatan dan pengakuan!

5 ulasan:

rizal hashim berkata...

Allahyarham Atok saya Penghulu Mian bin Sulong diserang oleh Bintang Tiga. Perisitiwa ini disampaikan kepada saya menerusi Allahyarham bapa saya dan berasaskan beberapa keratan akhbar mengenai Parit Sulong. Nampaknya orang kita sekarang hendak kita melupakan peristiwa-peristiwa berdarah macam ini!

Atila Ismeth berkata...

To : MCA Secretary-General - Datuk Seri Ong Ka Chuan.


Dear Sir


I refer to the above subject.


Being a Malaysian, my utmost appreciation that you could assist & advise me into where to obtain the historical record & reference with regards to your statement in the Star Online "Chinese died defending country", dated 07September2008.


Thank you & Regards
Zarina.

Unknown berkata...

Buat baik perpada-pada buat jahat jangan sekali...

Tak kan Melayu hilang didunia

Hanya dijajah dinegeri sendiri

Shahrul Azmi berkata...

saudara penulis,

tidak perlu membangkitkan sentimen sekiranya tidak menguntungkan sesiapa.

Satu pembetulan yang saya ingin buat ialah makulam saudara tentang 'irrelevan'nya parti haluan kiri di dalam perjuangan membentuk kemerdekaan.

Parti haluan kiri itu PUTRA-AMCJA adalah parti yang melambangkan penyatuan parti-parti di Malaya dari kalangan rakyat biasa dan terdiri dari kesatuan-kesatuan pekerja dan pejuang2 melayu yang bermula awal didalam politik sedangkan UMNO pada ketika itu adalah dari kalangan bangsawan dan juga sebahagian kecil persatuan2 melayu dari perak. Bukankah Putera-AMCJA lebih relevan?

Unknown berkata...

Sudah tentulah seseorang itu sanggup berperang kerana mepertahankan dirinya, keluarganya dan pada keseluruhan mempertahankan negara. Lebih2 lagi jika ia masih bukan negara yg. mereka tinggal untuk turun temurun, tetapi sanggup berkorban, maka ia adalah pengorbanan yg. tersangat tinggi.

Perlu anda tahu badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.