Selasa, 22 Mei 2007

Sikap Kaum China Terhadap Artikel 153 Perlembangaan Malaysia

Slip mesej “Sapu Melayu” seperti dalam gambar telah disebarkan melalui angpow Tahun Baru China 1969. Yang jika benar tuduhan ini, membawa implikasi puak cauvanis China telah rancang satu pesta "ajar Melayu" sejak awal tahun lagi. Watak yang memberitahu saya perkara ini telah lama meninggal dunia, tetapi untuk memahami konteks gambar dan tuduhan sila lawati laman ini [i].


Terus terang saya akui, saya bukan seorang ahli sejarah. Saya tidak tahu metode kajian sejarah dan tidak pernah belajar. Saya cuma seorang Melayu celik huruf yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Maka itu saya terima apa juga kritikan terhadap pengkisahan sejarah yang saya bawa di sini dan dalam posting selanjutnya berkenaan subjek ini .

Tetapi dari atas sejadah tempat saya bersimpoh, dalam maraqobah saya, punca 13 Mei adalah cukup mudah – sikap kaum China terhadap Artikel 153 Perlembagaan Malaysia [1], [2], [3].

Amnya kaum China tersangat benci kepada Artikel 153.

Bagi China Artikel 153 meletakan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu [4].

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia.

Sebutlah apa perbalahan kaum antara Melayu dengan China, baik di Sungai Manek, Batu Pahat [5], [6], Rusuhan Maulud Nabi di Singapura dalam tahun 1964 [7], dengan kemuncaknya pada 13 Mei di Kuala Lumpur; atau carilah punca terbakarnya semangat cauvanis dan ethno-centric China yang diklimakskan dengan Operasi Lalang [8], [9] -- Artikel 153 Perlembangaan Malaysia adalah puncanya.

Cuma, kaum China tidak berani berterus terang menyebutnya. Serang secara sipi.

Kerana terlalu acap kali bila tersepit dalam berhujah tentang apa juga isu kaum, mereka akan mengungkit kebebasan bersuara sebagai dijamin oleh social contract. Tanpa menyebut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, mereka menyeru kontrak sosial.

Sebaliknya mereka menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB) [10]. Dan selama ini menyerang dan mempertikaikan apa juga penzahiran dan perlaksanaan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Dan terkini cuba menyerang insan yang dilabel sejarah sebagai pencetus dan pengarang Dasar Ekonomi Baru. Menyerang Almarhum Tun Abdul Razak [11]. Yang sekali imbas memang nampak ada justifikasi [12], tetapi sebenarnya itu satu kesilapan dalam membaca fakta.

Sehubungan ini, izin saya catit dan tekankan di sini bahawa DEB dan apa yang UMNO perjuangkan sepanjang ianya tidak menjadi sekorup wujudnya hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Bukan satu inovasi,bukan satu bid’ah yang bertentangan dengan kontrak sosial yang dipanggil Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya. PAS dan UMNO berserta umat Islam-Melayu lain dalam isu-isu kepentingan bangsa yang dipersetujui bersama cuma ingin melihat Artikel 153 dihayatkan, direalisasikan, diimplementasikan. Itu saja, dan tidak lebih dari itu.

Tetapi perhatikan ironi dan hipokrisi penaakulan (reasoning) barisan intelek kaum bukan-Melayu khususnya China. Mereka tidak teragak-agak bersandar kepada apa juga artikel perlembagaan yang lain, selagi perbuatan itu boleh memanjangkan dan memenangkan hujah mereka. Perhatikan perbuatan ini dalam kes mempertahankan kebebasan untuk murtad atau kebebasan mempertikaikan segala sesuatu yang dilihat istimewa tentang kaum Melayu.

Namun juga amati, perhatikan, tafakurkan, dan tawajuhkanlah jika biasa dengan kaedah ini – bahawa dalam berbuat itu semua mereka langsung tidak mahu menyebut Artikel 153. Seolah-olah Artikel 153 tidak wujud.

Di bawah ialah paparan Artikel 153 selengkapnya [13]. Maaf ianya dalam bahasa Inggeris kerana saya tidak bertemu sumber internet dalam bahasa Melayu yang mudah di cut and paste. Saya ada menyimpan senaskah bahasa Melayu Perlembagaan, tapi seperti ramai Melayu lain, saya juga pemalas. Malas nak menaip panjang-panjang.

Article 153

1. It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.

2. Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special provision of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences.

3. The Yang di-Pertuan Agong may, in order to ensure in accordance with Clause (2) the reservation to Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities, give such general directions as may be required for that purpose to any Commission to which Part X applies or to any authority charged with responsibility for the grant of such scholarships, exhibitions or other educational or training privileges or special facilities; and the Commission or authority shall duly comply with the directions.

4. In exercising his functions under this Constitution and federal law in accordance with Clauses (1) to (3) the Yang di-Pertuan Agong shall not deprive any person of any public office held by him or of the continuance of any scholarship, exhibition or other educational or training privileges or special facilities enjoyed by him.

5. This Article does not derogate from the provisions of Article 136.

6. Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang di-Pertuan Agong may exercise his functions under that law in such manner, or give such general directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences, as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.

7. Nothing in this Article shall operate to deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him or to authorised a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of a person any permit or licence when the renewal or grant might reasonably be expected in the ordinary course of events.

8. Notwithstanding anything in this Constitution, where by any federal law any permit or licence is required for the operation of any trade or business, that law may provide for the reservation of a proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak; but no such law shall for the purpose of ensuring such a reservation-

* (a) deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him;

* (b) authorise a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any person any permit or licence when the renewal or grant might in accordance with he other provisions of the law reasonably be expected in the ordinary course of events, or prevent any person from transferring together with his business any transferable licence to operate that business; or

* (c) where no permit or licence was previously required for the operation of the trade or business, authorise a refusal to grant a permit or licence to any person for the operation of any trade or business which immediately before the coming into force of the law he had been bona fide carrying on, or authorise a refusal subsequently to renew to any such person any permit or licence, or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any such person any such permit or licence when the renewal or grant might in accordance with the other provisions of that law reasonably be expected in the ordinary course of events.

1. (8A) Notwithstanding anything in this Constitution, where in any University, College and other educational institution providing education after Malaysian Certificate of Education or its equivalent, the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places, it shall be lawful for the Yang di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yank di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.

9. (9) Noting in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the purpose of reservations for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.

1. (9A) In this Article the expression "natives" in relation to the State of Sabah or Sarawak shall have the meaning assigned to it in Article 161A.

10. The Constitution of the State of any Ruler may make provision corresponding (with the necessary modifications) to the provisions of this Article.

Amati peruntukan Artikel ini dengan teliti, dan saya pasti tuan/puan akan boleh teka apa hujah saya selanjut.

Nota: Segala pandangan, tafsiran dan interpolasi fakta oleh Rudin X tentang insiden 13 Mei adalah semata-mata luahan peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa atau mana-mana kumpulan. Rudin X bertanggung jawab sepeniuhnya akan apa yang ditulisnya.

Posting ini juga boleh dibaca di laman Boneka, Penyu & SPR.

12 ulasan:

-thethinker- berkata...

maaf laa saudara Rudin X , kerana mungkin kata-kata dibawah ini akan sedikit sebanyak menyebabkan saudara malu dan marah..
sebenarnya , gambar diatas bukanlah membawa maksud menyapu melayu yg disebarkan dalam angpow seperti apa yg saudara jelaskan. Itu adalah FITNAH semata-mata. Kerana fitnah seperti ini lah , masyarakat majmuk kat negara tercinta ini tidak dapat bersatu-padu. Kerana kedangkalan saudara , saudara telah secara tidak langsung menyebarkan bibit-bibit kebencian dikalangan orang melayu terhadap orang cina.

Poster itu sebenarnya ialah salah satu poster utk memujuk Komunis utk keluar dari hutan dan menyerah kpd pihak berkuasa. Ia merupakan salah satu taktik psy-war pihak inggeris. Poster itu membawa maksud: Keluarlah menyerah kalah dengan membawa bersama dokumen sulit , dan serahkanlah kpd pihak kerajaan . Ganjaran setimpal akan diberikan.

Itulah maksud sebenar poster itu . Diharap saudara Rudin X boleh membuat pembetulan, dan jika boleh , meminta maaf kepada pembaca blog kerana tersilap memberi maklumat.

** nasib baik laa , ayahanda tercinta bijak mengatur masa depan ku , mahu ku mempelajari bahasa mandarin. Hujah beliau, bahasa mandarin yg merupakan salah satu bahasa rasmi UN boleh membantu ku di masa depan. Sungguh bijak ayahanda ku.. terima kasih.

Rudin X berkata...

Terima kasih atas observation. Apa yang saya hendak tunjuk dengan gambar ialah konsep mesej2 kecil yang disebarkan melalui angpow Tahun Baru China. Maksudnya, benda serupa dalam gambar itu. Bukannya saya kata gambar itulah bendanya.

Apa saya hendak tunjuk sebenarnya ialah satu aspek kaedah dalam budaya China untuk menyebar maklumat pra-zama IT. Dan kaedah yang serupa telah pun dimanfaatkan oleh PKM. Jika untuk tujuan rampas kuasa cara keras kaedah budaya China boleh digunakan, mengapa tidak kaedah yang sama digunakan untuk rampas kuasa cara halus/lembut? Itu mesej dan niat saya.

Malah saya akan buktikan dalam penulisan berikutnya bahawa metode dan minda yang sama yang mengerak PKM adalah dibelakang gerakan membenci Kepimpinan Melayu ketika itu.

Mungkin ayat saya mendeskripsikan gambar tidak jelas. Terima kasih kerana menunjukan salah satu interpretasi yang boleh dibuat dari membaca ayat. saya akan cuba improve penulisan saya dimasa depan supaya maksud ayat terzahir jelas.

Tetapi sebenarnya jika saya hendak memfitnah, hendak membakar semangat benci, saya tidak pula memberikan link gambar, malah menyuruh pembaca melawat situs supaya mengamati konteks gambar :-)

Think about it.

-thethinker- berkata...

terima kasih kerana memberi penjelasan terhadap kekaburan yg saya ketengahkan dalam komen pertama.

Jika diperhatikan dari sumber-sumber rujukan yg diketengahkan , dapat kita simpulkan bahawa kejadian hitam 13 Mei itu mempunyai unsur sabotaj yg mungkin dilakukan oleh PKM utk mewujudkan anarki di Tanah air tercinta. Perhatikan bahawa ianya cuma dirasa di bandar-bandar utama di mana pengaruh PKM / Gerakan kiri yg radikal amat kuat.

p/s: Konsep spt ini yg juga dipraktikkan oleh golongan REFORMASI pada tahun 1998-99.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Rudin

Amat dikesali Rudin meletakkan gambar tangan dengan perkataan Sapu Melayu adalah karut. Jika sesiapa rajin melawati laman yang dibekal oleh Rudin, terbukti gambar itu digunakan di zaman Komunis dengan mesej yang lain. Saya akan membuat laporan kepada polis jika Rudin tidak menurunkan gambar ini dan mengeluarkan mesej karut yang ingin meningkatkan rasa benci antara kaum di atas tipuan Rudin atau "watak lain". Walaupun jika Rudin tidak mengetahui latarbelakang gambar itu, Rudin mempunyai tanggungjawab sebagai blogger untuk menyemak sumber - lebih lebih lagi Rudin ada halaman web untuk gambar itu. Tipuan ini tidak berasaskan ajaran Al-Quran yang mementingkan penyebaran kata-kata yang ikhlas dan yang meningkatkan ikatan persaudaraan ciptaan Allah S.W.T. Biarlah BERTAUBAT.

Gambar itu mempunyai berita yang demikian - dan bukan Sapu Melayu.

Communist couriers would run through the jungle carrying small messages from one group to another or from a leader to the troops in the field. This leaflet shows the hand of a courier holding several such small slips of paper. The text is:

How much reward cash will the Government pay me for the letters I am carrying?

The back is all text:


TO ALL COURIERS

Any member of the Malayan Communist Party can surrender himself at any time and start a new life. You may already know this, but did you know about the special offer to couriers?

All couriers of the MCP are especially welcomed and from today those couriers who surrender and bring in the documents they are carrying are to be given a cash reward which will be assessed by the value of the information contained in the documents and the value of the information carried by the couriers in their head.

Remember as you walk the jungle risking death for a useless and lost cause - Those rolled up slips which you are carrying may be worth a ransom price!

Tanpa Nama berkata...

Saudara Rudin,

Tanpa bukti, Rudin tidak boleh mengaitkan gambar ini dengan 13 Mei. Ramai yang tidak rajin akan baca semata-mata atau menggunkan gambar itu tanpa semakan. Saya beri masa 1 hari sebelum saya membuat laporan polis. Walaupun Rudin tidak mempunyai niat mengkaburkan fakta, Rudin tidak harus mengaitkan gambar salah dengan mesej salah tanpa bukti.

Rudin X berkata...

Sdr Hawaichee,

"Saudara Rudin

Amat dikesali Rudin meletakkan gambar tangan dengan perkataan Sapu Melayu adalah karut. Jika sesiapa rajin melawati laman yang dibekal oleh Rudin, terbukti gambar itu digunakan di zaman Komunis dengan mesej yang lain.

Saya akan membuat laporan kepada polis jika Rudin tidak menurunkan gambar ini dan mengeluarkan mesej karut yang ingin meningkatkan rasa benci antara kaum di atas tipuan Rudin atau "watak lain".

Walaupun jika Rudin tidak mengetahui latarbelakang gambar itu, Rudin mempunyai tanggungjawab sebagai blogger untuk menyemak sumber - lebih lebih lagi Rudin ada halaman web untuk gambar itu. Tipuan ini tidak berasaskan ajaran Al-Quran yang mementingkan penyebaran kata-kata yang ikhlas dan yang meningkatkan ikatan persaudaraan ciptaan Allah S.W.T. Biarlah BERTAUBAT."


Saya sudah beri penjelasan tentang perkara ini.

Sekali lagi saya jelaskan bahawa slip-slip mesej seperti yang ada dalam gambar itulah subjek sebenar yang saya hendak ketengahkan. Slip-slip mesej "Sapu Melayu" dan hasutan seumpamanya pernah diedarkan dalam paket angpow Tahun Baruy Cina 1969. Dan untuk memendekkan penulisan saya galakkan pembaca rujuk kepada web asal untuk konteks gambar. Sekali lagi say taip. SAYA YANG BERI LINK DAN SURUH PEMBACA RUJUK DI SITU. Dan setentunya bukan Sdr yang "discover" web rujukan tersebut. jangan berpura pandai tak bertempat. Kita semua pernah ke sekolah.

Dan setentunya saya tidak fikir Sdr mempunyai latar belakang kerja saraf untuk tahu menghidu di mana akan ada rujukan internet yang berkaitan dengan kerja-kerja saraf.

Sdr boleh ugut saya dengan apa juga report polis atau report kepada siapa sekali pun -- itu risiko yang saya ambil sejak dari keputusan saya menulis artikel pertama tentang subjek ini.

Mengapa begitu takut dengan gambar ini? Apa yang mengerikan? Ada apa fakta yang Sdr sedang mahu tutup. Semakin Sdr berhempas pulas cuba menidakkannya semakin itu Sdr menimbulkan syak dalam kepala pembaca lain. You only confirm a long held suspicion about your race!

Kita pembaca dan rakyat Melayu sudah jelak dengar tuduhan itu dan ini dari chauvinis Cina tentang betapa 13 Mei itu salah Melayu. Angara Melayu. Tapi bila kita orang Melayu cuba tunjukan bahawa Melayu tidak mengamuk tanpa sebab. Melayu bukan bangsa psychopath. Bangsa yang gila. Melayu, contoh seperti saya bertindak atas sebab yang wajar, sebab yang kami yakini benar, atas mana kami berani mati kerananya.

Betapa Melayu telah banyak sabar dengan segala tuntan dan cacian kaum chauvinis China, kini tiba giliran kami untuk bincang sejarah 13 dari kacamata kami. Kamu dah bincang dari kacamata kamu. Kiranya kita seri? Semangat kebebasan intelektual, bukan? Tetapi mengapa Sdr menggelabah?

Sdr mungkin tidak rasa, tetapi percayalah bahawa buku 13 Mei terbaru ini oleh seorang chauvinis Cina adalah sungguh menghina segala legasi seorang pemimpin dari kaum Melayu yang telah banyak jasa kepada segala bangsa di Malaysia. Kiranya saya pun boeh buat report polis atas dasar yang sama. Boleh?

Sdr buatlah apa yang Sdr suka, saya tidak akan tunduk pada ugutan Sdr. Saya kenal siapa pembaca saya, yang mana saya track IP mereka sejak saya menulis blog Mimpi Boneka. Saya tahu siapa yang pantau penulisan saya setiap hari, malah PDRM dari kontinjen mana yang memantau. Jadi tak usah berteori kata ada pembaca malas nak rujuk dan sebagainya. Yang mana disamping berteori tanpa asas, Sdr menghina Melayu itu malas.

Silakan Sdr. Mulakan pencak Sdr.

Salaam.

Rudin X

ps/ Kalau niat dan persiapan "menyapu Melayu" tidak wujud, sesuatu yang spontan, dari mana datang penyapu gergasi yang diarakkan pada 11 dan 12 Mei? Penyapu gergasi tu turun dari langit?

Ingat Sdr, keputusan PRU 69 yang berlangsung 10 Mei hanya di ketahui sepenuhnya pada pukul 1 pagi (malam 10 Mei). Yakni 11 Mei. Walaupun ketika itu saya berumur 12 tahun, saya saksikan sendiri live telecast peritiwa itu di kaca telivisyen. Saya masih boleh ingat visual Tan Chee Koon dijulang san sambil itu beliau memberi komen dalam bahasa Inggeris.

Macam mana pada tengah hari 11 Mei satu penyapu gergasi boleh di sediakan jika persiapan awal tidak wujud?

Tanpa Nama berkata...

Saudara Rudin

Adakah anda mempunyai gambar atau catatan wartawan tentang slip Sapu Melayu yang dimasukkan dalan angpow Tahun Baru Cina 1969? Jawab saja Ya atau Tidak? Jika tidak, saudara Rudin memang boleh tulis tetapi tidak mensensasikan blog anda dengan gambar karut untuk mendapat kredibiliti dan kesahihan yang dikorek dari lubang tandas.

Biar satu contoh yang karut juga ... Kalau kita dengar khabar angin Najib mengambil C4 dan terlibat dalam tragedi Alanyatullah. Bolehkah kita mempamerkan gambar C4 dipegang satu tangan Melayu dan meletakkan label inilah tangan Najib semasa memegang C4 - si pembunuh.

Adakah ini penulisan bertanggungjawab? Bertaubatlah, saudara Rudin. Ini memang tidak bertanggungjawab. Jika mempunyai khabar angin dan saudara Rudin rajin nak membuat liputan 13 Mei, mungkin kesahihan liputan saudara Rudin ditingkatkan dengan meletakkan nama orang yang melihat atau mendengar berita angpow Tahun Baru Cina. Jika mereka melihat tulis melihat, jika mendengar khabar tulis sedemikian, jangan tulis melihat jika mereka terdengar khabar saja.

Wahai rakyat Malaysia

Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah.

Soalnya bukan siapa salah. Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab. Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir.

Tapi, dengan rancangan dan konspirasi dipenuhi Agenda Melayu - polis dan tentera membenarkan peristiwa ini supaya Tun Abdul Razak dapat naik takhta dan memulakan Agenda Melayu.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hari ini yang sudah matang tidak akan MENGAMUK lagi apabila NEP dibubarkan. Rasa TAKUT adalah tidak rasional dan tidak harus dijadikan alasan untuk melambatkan pemodenan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Hipokrasi #1:
Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah.
Jawapan:
buku Dr Kua tidak lebih sekadar grand design memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara, memfitnah Tun Razak lantas seterusnya ingain mengaibkan Dato Seri Najib anaknya. Kami orang2 Mleayu dihina dan dicabar sedemikian rupa, kamu hanya mahu kami bersabar memendam rasa? Maaf, kami bukan bacul atau apologetic seperti kamu. Lagi, jika benar adanya coup de etat oleh Tun Razak, nescaya Tunku telah tersingkir seawal 13 Mei 1969 itu juga, bukan menyerahkan kuasa secara terhoemat kepada Tun Razak pada 1970.

Hipokrasi #2:
Soalnya bukan siapa salah. Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab. Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir. Tapi, dengan rancangan dan konspirasi dipenuhi Agenda Melayu - polis dan tentera membenarkan peristiwa ini supaya Tun Abdul Razak dapat naik takhta dan memulakan Agenda Melayu.
Jawapan:
Oooooh sekarang kamu kata pula susah nak kenalpasti siapa yug marah, siapa yg mulakan. But in the rest of all your comments, bagi kamu Melayu lah setan yang membuat angkara segala-galanya! HIPOKRIT!! Hakikatnya Cina penyokong DAP yg mula dulu CARI PASAL apabila mereka menetak sampai mati seorang askar Melayu serta isterinya dan mayat mereka diseret dgn motosikal di sekitar kawasan Chow Kit. Akibatnya satu batalion askar RAMD mengamuk lantas menyerang balas gerombolan Cina. Kamu faham kan semangat tentera... kalau ada seorang anggota dianiaya, seluruh pasukan akan bertindak balas!

Hipokrasi #3:
Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hari ini yang sudah matang tidak akan MENGAMUK lagi apabila NEP dibubarkan. Rasa TAKUT adalah tidak rasional dan tidak harus dijadikan alasan untuk melambatkan pemodenan Malaysia.
Jawapan:
Matang BUKAN bermakna diam saja membiarkan kepala dipijak! Kalau itulah manifestasi kenatangan yg kamu nak terapkan kepada orang Melayu, kamu manusia yg paling BODOH! Kemahiran dan budaya kerja orang melayu talah dihakis secara sistematik selama 446 tahun semenjak Portugis menawan Melaka lagi. Hak Melayu utk terlibt dalam pertanian komoditi dan perdagangan disekat terus oleh penjajah. Bagaimana kemahiran masyarakat Melayu tidak luntur dgn taktik ini? Amatlah tidak adil kamu mahu kerosakan yg dilakukan selama 446 tahun diperbetulkan dalam masa 50 tahun sahaja. Hawaiichee, kalau kamu seorang Melayu maka sebenarnya kamu berada di kedudukan selesa kamu sekarang dengan berkat affirmative action kerajaan yg kamu sndiri pertikaikan! Tidak ada seorang pun melayu yg boleh mendakwa kononnya dia tidak terhutang apa2 dengan affirmative action melalui NEP.
Segelintir Melayu yg meminta NEP dimansuhkan sebenarnya bukanlah bercakap atas dasar persaingan dan meritokrasi, tetapi mereka tidak mahu Melayu lain menikmati apa yg mereka nikmati sekarang!!
sebaliknya kalau kamu Cina, kamu juga tak boleh kata Cina tak untung apa2 daripada NEP. Mungkin kontraktor Melayu menguasai semua government procurement tetapi dari mana kontraktor2 Melayu mendapat kebanyakan bahan2 dan peralatan mereka? Daripada vendor dan supplier yg dimonopoli Cina juga, bukan?? Siapa kata Cina tak untung apa2 daripada NEP? JAWAB !!!

Tanpa Nama berkata...

Pengendali blog,

Sudahkah anda baca penulisan Dr Kua? Jika belum, saya amat sangsi jika prejudis sudah dibentuk sebelum membacanya.

Tapi saya sebagai pembaca blog ini sudah membaca blog ini dan melafazkan ketidaksahihan gambar yang digunakan. Biar saya menjawab tuduhan anda bahawa komen saya hanya untuk memperkecilkan usaha Rudin.

Rudin meletakkan gambar tangan memegang slip dan menulis

1. Slip mesej “Sapu Melayu” seperti dalam gambar

Pertamanya, kononnya, hanya kaum Cina chauvinis saja yang tahu menulis slip macam ini. Golongan bangsawan UMNO tidak tahu menggunakan slip macam ini untuk bermain politik wang. Kalau ia slip menghasut mestilah usulnya orang Cina.

Kedua, slip yang ditulis tidak mengandungi mesej Sapu Melayu. Sebaliknya mengandungi mesej supaya parti komunis keluar dari hutan dan meletak senjata. Rudin memang sudah tahu fakta ini tetapi memberi alasan bahawa dia meletakkan sumber di situ supaya pelawat blog boleh rajin-rajin untuk meneliti. Bukan saja mesejnya berbeza, tetapi tujuan slip adalah digunakan untuk kebaikan tetapi Rudin menukar tujuannya dan memaparkan slip sebagai slip hasutan Sapu Melayu. Adalah rekaan tanpa bukti.

Kononnya, kalau saya meletakkan gambar rusuhan Indonesia di mana orang Indonesia memperkosa gadis Cina. Bolehkah label gambar berbunyi seperti berikut

Orang Melayu ghairah memperkosa gadis Cina dan melupakan bangsa dan agama seperti di gambar.

Bolehlah saya letakkan rujukannya supaya pelawat-pelawat blog yang malas meneliti sumber boleh menelaah sejarah baru yang dicipta tanpa bukti. Tak usah guna gambar untuk sensasikan blog jika tidak dibekalkan gambar.

Tanpa Nama berkata...

nhm berkata

"sebaliknya kalau kamu Cina, kamu juga tak boleh kata Cina tak untung apa2 daripada NEP. Mungkin kontraktor Melayu menguasai semua government procurement tetapi dari mana kontraktor2 Melayu mendapat kebanyakan bahan2 dan peralatan mereka? Daripada vendor dan supplier yg dimonopoli Cina juga, bukan?? Siapa kata Cina tak untung apa2 daripada NEP? JAWAB !!!"


Jika segelintir bangsa Cina untung dari NEP bermakna seluruh rakyat Malaysia harus memikul beban dan boros segelintir yang tamak haloba?

Saya penyokong kepentingan Melayu dijaga kerana memang Akta 153 di dalam Perlembagaan memelihara kepentingan dalam bidang pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan di sektor kerajaan secara berpatutan bagi memelihara tradisi Melayu supaya terus berkembang dan terus difahamkan oleh semua rakyat atas identiti pribumi. Tapi, jiga ini berleluasa atau disalahgunakan - rakyat Malaysia yang akan rugi - anak-anak dan cucu-cicit kita di dalam dunia globalisasi yang kian memberi cabaran baru kepada Malaysia.

Di dalam kes blog ini dan di mediamassa Melayu di mana riuh-rendah sudahpun tercetus di atas reaksi buku yang belum dibaca, yang saya khuathir jika riuh-rendah dibuat, sejarah akan diulang bila rasa mengamuk dipergunakan oleh mana-mana pihak. Setahu saya masyarakat Cina dan India sekarang hanya akan membaca suratkhabar dan membeli buku itu dan bacanya di rumah diam-diam. Kalau pun ada demonstrasi kerana menyangkal tindakan kerajaan mengharamkan buku ini. Mungkin juga ada aktivis Melayu yang akan menyokong tindakan untuk demonstrasi supaya tidak mengongkong kebebasan mendengar pandangan alternatif. Melayu seperti Bakri Musa, Azly Rahman pun sudah memberi pendapat supaya kerajaan tidak harus ban buku ini. Jadi, masyarakat bukan Melayu tidak akan membuat tuduhan baru selepas membaca buku ini tetapi mungkin jika kerajaan ban buku ini, adalah demonstrasi macam dulu bila wayang - Komunis terakhir diharamkan. Tapi, lama-lama pun masyarakat bukan Melayu tidak kisah lagi. Kenapa nak berarak ke Kampung Baru dengan penyapu? Rumah sendiri pun kotor berselekeh.

Blog ini telah dijadikan sumber untuk meningkatkan ilmu, mendapat jawapan atau mencetuskan reaksi terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dan Muslimin di Malaysia. Blog ini juga dilawati oleh pelbagai watak dari pelbagai latarbelakang, dari intelektual ke budak sekolah, dari mereka yang segan malu ke mereka yang bongkak melulu, dari mereka yang kurang ajar ke mereka yang beradab susila, dari mereka yang kuat sembahyang ke mereka yang kurang iman.

Memang senang mencetuskan reaksi kepada pelbagai isu-isu sensitif. Peristiwa 13 Mei menjadi pengajaran kepada semua, tidak kira bangsa Cina, India dan Melayu. Kita boleh menggunakan segala peluang untuk menjadi hamba Allah S.W.T. untuk menyebarkan kata-kata yang membina atau menyebarkan kata-kata yang membinasa. Jika setakat di blog sini, impaknya kurang berbanding di luar, tapi juga harus dikawal.

Berikut kisah Rasulullah ketika Isra’

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahn dada/perut dilakukan oleh Malaikat Jibril. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Selepas pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Isra’

Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi ma’mun.

Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibil dua jenis minuman - khamr (bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang memabukkan) dan susu. Lantas, Rasulullah memilih susu.

Jibril berkata,
"Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau."


Jika mengikut nafsu dan kebiasaan minuman jahiliah yang menonjolkan sifat kelelakian, mesti dipilih minuman keras. Tetapi, dipilih susu walaupun tidak mencerminkan tindakan agresif dan kelelakian. Memang tidak masuk akal, tapi ini juga pilihan yang akan diberkati Allah S.W.T.

Semoga kita memilih yang betul. Yang sudah memikirkan untuk memberi jawapan kesat, biarlah dipenuhi fikiran yang sempurna. Yang sudah mempunyai niat membabi buta dan memulakan rusuhan, biarlah mengurung diri dan bersembahyang. Sembahyanglah sebelum disembahyangkan - sekarang lepas baca posting pun tidak terlambat. Masa akan menentukan apa yang bakal dianugerahkan kepada mereka yang sabar melaksanakan yang betul.

Pesanan Keramat berkata...

Kami telah membaca buku Kua Kia, TAR, NOC report dan lain-lain buku dan juga maklumat.

Hawaiichee atau Phillips Lee di tanya di satu blog dan terus lari tidak berani menjawb soalan di bawah ini:

Bedok Boy said...

Hawaiichee - Do you believe in the Quran, in tandem with belief in Allah, Nabi and Rasul, Angels, Hereafter, and Qada and Qadar.

Unless you believe in all that explicitly and exclusively, stop politicising the Quran for your purpose?

Tanpa Nama berkata...

Hawaiichee.....sila baca sini. Aku memang nak bunuh semua cina yang tak hormat MELAYU ISLAM. Aku seadng tunggu detik yang kamu semua mulakan. Inya Allah kali ini kami akan habiskan kamu hingga tiada yang bersisa. Melayu senusantara akan menghalau kamu yang tidak menghormati kami dan menidakkan hak kami. Ayuhakkk....timpas.....