Selasa, 22 Mei 2007

13 MEI DARI CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN - 1

13 MEI DARIPADA CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Bahagian 1

1. PENGENALAN

Tulisan ini akan memaparkan analisis ke atas sebuah buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei” yang diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, cetakan tahun 1969. Buku ini ditulis oleh Yang Teramat Mulia (Al-Marhum) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Kedah (selepas ini diringkasnya sebagai TAR sahaja) yang mana merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaysia yang pertama.

Kami berpendapat bahawa keterangan-keterangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu sendiri, selaku orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut, mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi sejarah untuk dikaji dan dianalisis, demi kebenaran yang cuba dipesongkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab dan berkepentingan ke atas sejarah hitam negara pada hari ini.

Tulisan ini dibuat sebagai sumbangan dari penulis untuk mengimbau dan menjelaskan keadaan yang berlaku demi kebaikan negara kita sendiri; khsususnya perpaduan antara kaum atau rakyat berbilang dan seterusnya kesejahteraan negara; dari ancaman unsur-unsur yang tidak sihat yang cuba memainkan isu 13 Mei dan memutarbelitkannya demi kepentingan politik sempit mereka.

Untuk makluman pembaca, tulisan ini dibuat secara spontan. Oleh itu sudah tentu banyak kesalahan taipan, ejaan, dan seumpamanya akan dikesan. Maklum dengan keadaan demikian, maka kami mengalu-ngalukan sebarang pembetulan daripaa para pembaca.

2. FAKTOR-FAKTOR DAN RENTETEN PERISTIWA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA HITAM 13 MEI, 1969

2.1 KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1969

TAR dengan jelas menyatakan bahawa terdapat banyak peristiwa yang berlaku yang mana pada akhirnya menimbulkan huru-hara pada 13 Mei, 1969.

Menurut beliau, kesemua pilihanraya-pilihanraya yang telah dijalankan sebelumnya iaitu sejak kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan baik, hatta Pilihanraya Umum (selepas ini diringkaskan sebagai PRU sahja) 1969. PRU 1969 jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei, 1969 di Malaysia Barat berjalan dengan licin lagi lancar sebagaimana PRU-PRU sebelumnya.

Namun, semasa PRU 1969, kempen pilihanraya telah dijalankan dengan begitu buruk dengan perbuatan-perbuatan liar yang dilakukan dan ucapan-ucapan yang tidak bertanggung jawab daripada pihak pembangkang.

2.2 ANASIR-ANASIR KOMUNIS

TAR berpendapat terdapat anasir-anasir komunis yang memainkan peranan dengan hujah beliau bahawa beliau, selaku Perdana Menteri yang menjaga keselematan negara, menerima pelbagai maklumat dan laporan-laporan sulit. Ini tidak dapat tidak kita percaya akan keterangan beliau kerana beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam hal yang berkenaan. Dalam buku berkenaan juga beliau, walaupun secara tidak terancang, telah mengemukakan beberapa bukti akan hakikat ini.

2.2.1 HARTAL DI PULAU PINANG

Antara perkara yang disebutkan oleh TAR ialah peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November, 1967 yang mana dibuat contoh oleh TAR sebagai bukti yang jelas anasir-anasir komunis telah bergerak secara terang-terangan atau secara sulit untuk melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan Malaysia.

Dalam peristiwa di Pulau Pinang pada tahun 1967 ini, TAR melaporkan bahawa anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Lanjutan daripada hartal ini, pertempuran-pertempuran telah tercetus di mana orang-orang Melayu dan penyokong-penyokong setia kerajaan telah diserang. Beberapa orang terperangkap dalam kejadian yang berlaku juga telah terbunuh dan cedera. Perkara ini hanya dapat diredakan apabila pasukan-pasukan keselamatan berjaya mengembalikan ketenteraman dan mengenakan perintah berkurung, serta menangkap orang-orang yang disyaki.

Menurut TAR, komunis bertujuan melancarkan hartal ke seluruh negara. Namun, rancangan mereka gagal kerana penduduk-penduduk di tempat lain tidak mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan seperti biasa.

2.2.2 HUKUMAN GANTUNG KE ATAS KOMUNIS YANG BELOT SEMASA KONFRONTASI

Pada bulan Jun tahun 1968, hukuman gantung hendak dilaksanakan ke atas sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (ringkasnya PKM) yang mana dihukum mati kerana membantu pihak Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen ”Ganyang Malaysia” dalam usaha mereka menyerang selatan tanahair, iaitu Johor.

Perintah hukuman gantung yang sama juga dikenakan ke atas dua (2) orang Melayu di Perak.

Dr Tan Chee Khoon yang menjadi ahli Parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu, Selangor, telah membuat rayuan agar hukuman gantung itu tidak dilaksanakan. Beliau dan ahli-ahli Parti Buruh dan (yang disebutkan oleh TAR disertai bersama) penyokong-penyokong komunis telah melancarkan kempen besar-besaran, dari rumah ke rumah, atau dari pintu ke pintu (kedai) untuk memungut tandatangan dan menimbulkan tanda simpati orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum sebagaimana yang diterangkan di atas. Menurut TAR, akhbar-akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen yang dilakukan ini.

TAR mendakwa anasir-anasir yang pro-Komunis tersebut telah menghasut ibu bapa dan para waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Akan tetapi, rayuan mereka tersebut telah ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu.

Menjelang tarikh perlaksanaan hukuman gantung itu, di luar penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu telah berlangsung tunjuk-tunjuk perasaan secara liar di mana mereka membaling batu ke atas kendaraan yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas. TAR menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan tunjuk perasaan liar berkenaan sebagai ”belia-belia komunis.”

Atas pendapat atau kebijaksanaannya untuk mengelakkan timbulnya pergaduhan di seluruh negara yang membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, TAR telah menghadap Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu untuk membincangkan meringankan hukuman gantung berkenaan. Kedua-dua baginda Tuanku Sultan Johor dan Sultan Perak telah bersetuju lalu kesemua mereka yang terbabit diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

Kita tidak boleh melihat ini sebagai satu kelemahan TAR dalam membuat keputusan atau mengendalikan keadaan, di mana logik TAR dalam hal ini dapat diterima. Beliau menyatakan bahawa sama ada tindakannya betul atau salah, tujuannya adalah untuk [ memetik kata-katanya ] ”menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan sebelas komunis di Johor dan dua penderhaka di Perak dari hukuman gantung.”

Kesan tindakan beliau itu adalah terhentinya tunjuk perasaan dan keamanan dapat dipulihkan.

(Bersambung)

4 ulasan:

Rudin X berkata...

Syabas. Dari artikel sulong ini, saya boleh agak bahawa Sdr mempunyai kefahaman menyeluruh tentang 13 Mei. Saya sebenarnya tercari-cari deskripsi empirik episod "pengampunan 11 Komunis." (Malangnya sekarang sudah terlalu tua dan malas hendak ke perpustakaan).

Insiden pengampunan ini menjadi titik tolak tanggapan masyarakat akan kekuda (stance) prinsip kepala dan sekaligus batang tubuh parti pemerintah ketika itu.

Juga inilah sebab saya meminta Sdr upload surat TDM kepada TAR. TDM adalah pemain ketika itu, dengan kita kini sebagai spektator. Tetapi rumusan TDM ketika itu dan rumusan kita kini adalah sama. Pengampunan 11 komunis adalah keputusan terburuk yang kerajaan Perikatan (BN kini) pernah buat hingga saat itu.

Dengan keputusan itu, Melayu melihat Perikatan tunduk kepada kehendak China. Tidak boleh diharap menjaga kepentingan Melayu. Manakala China lihat Perikatan lemah yang boleh diugut dan layak ditolak tepi. Ini punca pembankang menang besar dalam tahun 1969.

Mungkin sejarah akan berulang, dan akan ada keputusan BN yang dibuat dalam tempoh setahun dua ini yg dilahat rakyat bersifat serupa keputusan Pengampunan 11 -- Melayu lihat BN lemah, China lihat BN lemah.

Tahniah kerana telah berjaya zero-in punca "proximate cause" insiden 13 Mei.

Salaam.

Rudin X

-thethinker- berkata...

Saudara Rudin ..

mungkin kita harus menukar pandangan kita terhadap frasa ini :
Komunis itu Cina ; dan Cina itu Komunis. Adalah kurang berlaku adil jika semua masyarakat Cina dilihat menyokong komunis , spt pernah saya suarakan dlm blog kuda-kepang , hargailah sumbangan mereka (cina-cina ) yg tolak PKM , terutama yg terlibat dlm pemusnahan gerakan MIN YUEN , serta SB-SB yg menyelinap dlm PKM utk menjadi musuh dlm selimut.

Begitu juga dgn konsep pemikiran bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Mahu atau tidak , kita perlu terima bahawa , bukan semua melayu menyokong UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Satu usaha yang professional. Artikel ini dan lain lain seharusnya dibukukan untuk menafikan hujah sempit dan bias buku Dr Kua Kia Soong agar rakyat mendapat maklumat yang lebih baik dan tepat, jika kita ingin 'melawat semula luka lama'!

Tanpa Nama berkata...

On the NEP and the special position of the Bumiputera ...

Please read the following blog by a famous and intelligent lawyer about the special position of the Malay and bumiputera as mentioned in Article 153.

http://www.malikimtiaz.blog...

"I say this to lay foundation for the question of whether the Federal Constitution does provide for a privileged existence in the manner suggested at the general assembly.

The constitutional provision pivotal to any discussion of this subject is article 153. It refers to the ‘special position’ of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak and declares that it is the responsibility of the Yang Dipertuan Agong to safeguard these communities and the legitimate interests of other communities. It does not describe this ‘special position’ as a privileged status.

The founders of the nation did not at any point in time contemplate the creation of a two-tiered society such as some of some might have us believe. They contemplated the possibility that due to historical factors there might be a need to introduce certain measures so as not to allow for the dislocation or marginalizing of certain communities. This was not intended to translate into a promotion of particular communities to the detriment of others.

For this reason, article 153 recognises the legitimate interests of other communities. Further, it provides the means to ensure an adequate balance in the way protection measures are deployed. It is in this light that provision is made for reservation of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and permits and licences where such are required under federal law. This balance is guaranteed further by the express declaration that the provision is not aimed at empowering the restriction of business or trade solely for the purpose of the protective measures. In short, there is no basis for wholesale reservations or quotas.
"
http://www.malikimtiaz.blog...

"Put another way, despite suggestions to the contrary the Federal Constitution does not lend itself to any notions of a privileged existence for any community. It does however envisage a protected status for the Malays and the indigenous which allows for selective measures to be taken fairly and reasonably to a particular end. Any policy of the Federal Government aimed at achieving this end, whether the National Economic Policy, the New Development Policy or otherwise, cannot be seen as vesting greater rights than those contemplated under Article 153. Any other reading would allow for the kinds of abuses that are apparent.

The analysis offered above is not a difficult one. Article 153 is clear. It lends itself to affirmative action where such action is needed. Political expediency has resulted in the provision being mischaracterized and used to particular ends. This in itself is not surprising as politicians will operate as politicians do. What is of interest to me is how and why the characterization has been permitted by Malaysian society to perpetuate to the extent that as we come into our 50th year as an independent nation, the ‘two-tier’ notion has become so entrenched in our social landscape. And why is it that even as the notion continues to divide us, we insist on describing what happens in the country as being a part of a democratic process?

One of the principal reasons for this sad state of affairs is the nurturing of a climate of fear. Laws that allow for preventive detention without trial like the Internal Security Act, that stifle free expression such as the Sedition Act and the Printing Presses and Publications Act and which impede necessary access to vital information such as the Official Secrets Act have kept many Malaysians in the dark and in fear. If they have not been directly threatened or attacked, these laws have allowed the unscrupulous to demonize concerned Malaysians as being anti-Malay or anti-constitutional. They have allowed for the perversion of the social contract theory.

Additionally, a conservative Judiciary which has shied away from developing a strong civil rights tradition in our legal system has perhaps unwittingly allowed for the concomitant undermining of the rule of law. This has weakened our sense of right and wrong.

In this way, policy stereotypes have been permitted to develop and in effect become the law. Our claims to social integration are a hollow boast. Harmony cannot be found at the bottom of the gun barrel that supremacist Malay thinking is pointing at all others including non-extremist Malays.

If UMNO is serious about making amends for what transpired at the general assembly, let us hear then from its leaders of a plan by which the Federal Government intends to take us back to the spirit of protection and the dismantling of the ‘privilege’ mindset. Let us hear an admission of how the climate of fear has led to the development of racist tendencies that no amount of platitudes will help us deal with.

Until then, Malaysians should be forgiven for thinking that they have arrived at the beginning of the end."

I support the Constitution of the special position of the Malay, the role of the Sultan, the preservation of the Malay language and culture. I am glad of the identity of Malaysia so far being rich in culture and having the Bahasa Malaysia language and an official religion of Islam. This are all symbols to celebrate the rich diversity we have. Also it is meant to ensure the Malay culture does not go extinct. This is important as in other countries, the red indians or the Hawaiians fear the loss of their culture, and affirmative action is in place to safe guard against that.

So the special position of the Malays in getting training and in giving them aid when they need it is praise worthy. But, what is to be scorned at:

1. Bumiputera getting housing discount of houses above RM300,000.

2. Bumiputera getting contracts when they are not capable to do it.

3. Chancellors of Universities being elected even when they are not capable.

4. Professors who are not Bumiputera do not get recognized encouraging brain drain in Malaysia and the status of Malaysian universities dropping drastically to a pathetic state losing to all Asian countries.

5. Corruption in the UMNO politicians.

6. Corruption in the Badawi family.