Rabu, 23 Mei 2007

13 Mei 1969: Malaysian Malaysia & Artikel 153

Gambar di atas adalah dari buku pengkisahan 13 Mei yang diluluskan oleh kerajaan ketika itu. Sila lihat gambar asal di laman Forum MyKMU.Net.


Soalan saya kepada intelektual kaum China adalah mudah – mengapa kamu pertikaikan perlaksanaan dan pemanjangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal DEB hanyalah kaedah merealisasikan hasrat Artikel 153 Perlembagaan?

Walhal datuk nenek kamu dalam kebijaksanaan mereka sudah bersetuju untuk berkontrak sosial dengan Melayu, termasuk menerima Artikel 153?

Datuk nenek kami orang Melayu telah bersetuju merelakan kamu berkongsi bumi ini dengan kamu, bersetuju memberi kerakyatan kepada kamu, dengan syarat kamu bersetuju untuk menjamin hak dan mengiktiraf ketuanan Melayu ke atas bumi ini [1].

Semasa British ada, kerana kamu terlalu takutkan British, sepatah bantahan pun kamu tidak luahkan kepada Reid Commission yang menulis Perlembagaan Malaysia [2]. Bantahlah, jika benar Artikel 153 dan lain-lain artikel yang kamu tidak bersetuju itu sememangnya zalim. Mengapa tidak bantah?

Tetapi setelah British pergi, lain pula cerita kamu. Sampai hari ini kamu masih lagi merengek tidak bersetuju dengan banyak hal dalam Perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya, mudah sangat untuk kita selesaikan segala maslaah yang bersangkutan dengan DEB dan hak istimewa Melayu. Tidak perlu laungkan MERITOKRASI. Kamu orang usulkan saja supaya Artikel 153 di mansuhkan. Kerana peruntukan Artikel 153 itu sendiri tidak membolehkan meritokrasi. Kerajaan Dolah yang ada kini tentunya akan akur. Habis cerita.

Tidak perlu fitnahkan DEB lewat menuduh Al Marhum Tun Razak mencetuskan 13 Mei sebagai kaedah rampas kuasa, coup de tat dari Al Marhum Tuakun Abdul Rahman [3]. Tidak perlu ambil jalan berliku mempalitkan haram DEB itu, kerana dilahirkan dari coup de tat satu perbuatan mendapatkan kuasa politik yang segajat anggap cara haram.

Tidak perlu sindir bahawa China ramai mati kerana 13 Mei, demi membolehkan Melayu kecap senang melalui DEB yang terhasil ekorannya. Sindir bahawa Al Marhum Tun Razak itu tamak kuasa sehingga sanggup rampas kuasa. Dan tanpa menyebut sepatah ayat, sindir bahawa Najib anak sulong Tun Razak adalah dari baka yang sama.

Dan Brader Anwar Ibrahim pun tidak perlu ke hulu ke hilir membuang masa mencabar kewibawaan, otoriti Artikel 153 di bawah penyamaran menegakkan keadilan – mempropogandakan betapa DEB itu sudah tidak relevan dan sepatutnya dimansuhkan [4], [5].

Cakap terus terang – Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pihak kaum bukan-Melayu dan dalam rangka memancing undi China khususnya untuk PRU 12, mahukan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia di mansuhkan. Jadikan itu manifesto pilihan raya PKR. Selesai semua masalah. Mudah, kan?

Ini tidak, kamu puak China chauvinis dan wira baru kamu telah mengambil jalan persis yang diambil Lee Kuan Yew. Yakni ambil jalan payah yang lagi hiporik, yang malangnya semua orang boleh baca.

Lee Kuan Yew pun tidak pertikaikan Artikel 153 secara terang-terangan, cuma dengan penuh sopan santun, dia mahu dan laungkan MALAYSIAN MALAYSIA. Yang kini sayangnya, ramai anak muda Melayu tergoda dengan ungkapan frasa ini, lalu turut bersetuju membabi buta.

Mengikut sejarah rasmi Singapura, asalnya slogan “Malaysian Malaysia” adalah konsep ciptaan Lee Kuan Yew dalam berdepan dengan fraksi chauvinis China dalam People’s Action Party (PAP) [6] yang kemudiannya berpecah menubuhkan parti Barisan Sosialis [7].

  • Racial tensions increased dramatically within a year and was fuelled by Barisan Sosialis's tactics of stirring up communal sentiment to discredit the government of Singapore and the federal government of Malaysia. In particular, the Chinese in Singapore disdained being discriminated against by the federal policies of affirmative action, which granted special privileges to the Malays guaranteed under Article 153 of the Constitution of Malaysia. There were also other financial and economic benefits that were preferentially given to Malays. Lee Kuan Yew and other political leaders began advocating for the fair and equal treatment of all races in Malaysia, with a rallying cry of "Malaysian Malaysia!".

Dari deskripsi rasmi yang dikeluarkan PAP, apa yang dapat dibaca dengan jelas ialah perbezaan pendekatan di antara Lee Kuan Yew dan Lim Chin Siong Setiausaha Agung Barisan Sosialis terhadap apa bentuk implementasi Artikel 153. Maksudnya, sejak tahun 1961 lagi, sebelum Persekutuan Malaysia di tubuhkan pun, sudah ada prototype, janin atau lembaga kasar DEB. Dan di ketika itu pun, kaum China sudah tidak senang.

Pembawah umum di antara kedua-dua pemimpin China Singapura itu ialah mereka jelas tidak menyukai sebarang bentuk affirmative action (tindakan membetulkan) yang menghidupkan Artikel 153. Cuma cerdik-bodoh menjadi garis pemisah di antara mereka.

Di satu pihak, Barisan Sosialis yang kononnya pro-komunis mengambil sikap perkauman terus terang tidak setuju dengan Artikel 153. yang menampakan benci terhadap Melayu.

Di pihak yang lain pula Lee Kuan Yew pun tidak sukakan Melayu dijamin hak istimewa. Cuma sikap dia tidak nyata membenci. Kerana dia cuma minta kesaksamaan hak dan pembahagian sumber antara Melayu dengan kaum lain. Lee Kuan Yew tidak meletak bangsa China di hadapan, dia cuma mahukan meritokrasi. Yang dalam kata lain, bermaksud Melayu tidak layak diberi sebarang layanan istimewa.

Maka laungan Malaysian Malaysia – yang bermaksud negara Malaysia hak semua penduduk tanpa ada kaum yang mendapat keistimewaan.

Posting ini juga boleh dibaca di laman Boneka, Penyu & SPR.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

On the NEP and the special position of the Bumiputera ...

Please read the following blog by a famous and intelligent lawyer about the special position of the Malay and bumiputera as mentioned in Article 153.

http://www.malikimtiaz.blog...

"I say this to lay foundation for the question of whether the Federal Constitution does provide for a privileged existence in the manner suggested at the general assembly.

The constitutional provision pivotal to any discussion of this subject is article 153. It refers to the ‘special position’ of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak and declares that it is the responsibility of the Yang Dipertuan Agong to safeguard these communities and the legitimate interests of other communities. It does not describe this ‘special position’ as a privileged status.

The founders of the nation did not at any point in time contemplate the creation of a two-tiered society such as some of some might have us believe. They contemplated the possibility that due to historical factors there might be a need to introduce certain measures so as not to allow for the dislocation or marginalizing of certain communities. This was not intended to translate into a promotion of particular communities to the detriment of others.

For this reason, article 153 recognises the legitimate interests of other communities. Further, it provides the means to ensure an adequate balance in the way protection measures are deployed. It is in this light that provision is made for reservation of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and permits and licences where such are required under federal law. This balance is guaranteed further by the express declaration that the provision is not aimed at empowering the restriction of business or trade solely for the purpose of the protective measures. In short, there is no basis for wholesale reservations or quotas.
"
http://www.malikimtiaz.blog...

"Put another way, despite suggestions to the contrary the Federal Constitution does not lend itself to any notions of a privileged existence for any community. It does however envisage a protected status for the Malays and the indigenous which allows for selective measures to be taken fairly and reasonably to a particular end. Any policy of the Federal Government aimed at achieving this end, whether the National Economic Policy, the New Development Policy or otherwise, cannot be seen as vesting greater rights than those contemplated under Article 153. Any other reading would allow for the kinds of abuses that are apparent.

The analysis offered above is not a difficult one. Article 153 is clear. It lends itself to affirmative action where such action is needed. Political expediency has resulted in the provision being mischaracterized and used to particular ends. This in itself is not surprising as politicians will operate as politicians do. What is of interest to me is how and why the characterization has been permitted by Malaysian society to perpetuate to the extent that as we come into our 50th year as an independent nation, the ‘two-tier’ notion has become so entrenched in our social landscape. And why is it that even as the notion continues to divide us, we insist on describing what happens in the country as being a part of a democratic process?

One of the principal reasons for this sad state of affairs is the nurturing of a climate of fear. Laws that allow for preventive detention without trial like the Internal Security Act, that stifle free expression such as the Sedition Act and the Printing Presses and Publications Act and which impede necessary access to vital information such as the Official Secrets Act have kept many Malaysians in the dark and in fear. If they have not been directly threatened or attacked, these laws have allowed the unscrupulous to demonize concerned Malaysians as being anti-Malay or anti-constitutional. They have allowed for the perversion of the social contract theory.

Additionally, a conservative Judiciary which has shied away from developing a strong civil rights tradition in our legal system has perhaps unwittingly allowed for the concomitant undermining of the rule of law. This has weakened our sense of right and wrong.

In this way, policy stereotypes have been permitted to develop and in effect become the law. Our claims to social integration are a hollow boast. Harmony cannot be found at the bottom of the gun barrel that supremacist Malay thinking is pointing at all others including non-extremist Malays.

If UMNO is serious about making amends for what transpired at the general assembly, let us hear then from its leaders of a plan by which the Federal Government intends to take us back to the spirit of protection and the dismantling of the ‘privilege’ mindset. Let us hear an admission of how the climate of fear has led to the development of racist tendencies that no amount of platitudes will help us deal with.

Until then, Malaysians should be forgiven for thinking that they have arrived at the beginning of the end."

I support the Constitution of the special position of the Malay, the role of the Sultan, the preservation of the Malay language and culture. I am glad of the identity of Malaysia so far being rich in culture and having the Bahasa Malaysia language and an official religion of Islam. This are all symbols to celebrate the rich diversity we have. Also it is meant to ensure the Malay culture does not go extinct. This is important as in other countries, the red indians or the Hawaiians fear the loss of their culture, and affirmative action is in place to safe guard against that.

So the special position of the Malays in getting training and in giving them aid when they need it is praise worthy. But, what is to be scorned at:

1. Bumiputera getting housing discount of houses above RM300,000.

2. Bumiputera getting contracts when they are not capable to do it.

3. Chancellors of Universities being elected even when they are not capable.

4. Professors who are not Bumiputera do not get recognized encouraging brain drain in Malaysia and the status of Malaysian universities dropping drastically to a pathetic state losing to all Asian countries.

5. Corruption in the UMNO politicians.

6. Corruption in the Badawi family.

Tanpa Nama berkata...

Hawaiichee, we would like to read something out from your fine brain. My 7-year-old cousin can copy-and-paste articles, too.

Site builder berkata...

saudara nhm

Soalnya bukan apa pendapat saya ataupun apa pendapat Malik Imtiaz. Soalnya apakah sepatutnya reaksi masyarakat Malaysia yang rasional, yang sederhana dan yang inginkan persekitaran yang sihat di Malaysia untuk perkembangan fizikal, sosial dan rohani semua rakyat Malaysia. Soalnya apakah Malaysia yang anda mahukan untuk sepupu anda yang 7 tahun itu. Biarpun kita sudah kenyang dengan apa yang diperolehi, jika kita diberi pilihan mahukah kita satu yang dipuji dan halal di sisi Allah S.W.T. atau apa yang harus dicaci.

Blog ini telah dijadikan sumber untuk meningkatkan ilmu, mendapat jawapan atau mencetuskan reaksi terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dan Muslimin di Malaysia. Blog ini juga dilawati oleh pelbagai watak dari pelbagai latarbelakang, dari intelektual ke budak sekolah, dari mereka yang segan malu ke mereka yang bongkak melulu, dari mereka yang kurang ajar ke mereka yang beradab susila, dari mereka yang kuat sembahyang ke mereka yang kurang iman.

Memang senang mencetuskan reaksi kepada pelbagai isu-isu sensitif. Peristiwa 13 Mei menjadi pengajaran kepada semua, tidak kira bangsa Cina, India dan Melayu. Kita boleh menggunakan segala peluang untuk menjadi hamba Allah S.W.T. untuk menyebarkan kata-kata yang membina atau menyebarkan kata-kata yang membinasa. Jika setakat di blog sini, impaknya kurang berbanding di luar, tapi juga harus dikawal.

Berikut kisah Rasulullah ketika Isra’

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahn dada/perut dilakukan oleh Malaikat Jibril. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (’alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Selepas pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Isra’

Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi ma’mun.

Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibil dua jenis minuman - khamr (bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang memabukkan) dan susu. Lantas, Rasulullah memilih susu.

Jibril berkata,
"Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau."


Jika mengikut nafsu dan kebiasaan minuman jahiliah yang menonjolkan sifat kelelakian, mesti dipilih minuman keras. Tetapi, dipilih susu walaupun tidak mencerminkan tindakan agresif dan kelelakian. Memang tidak masuk akal, tapi ini juga pilihan yang akan diberkati Allah S.W.T.

Semoga kita memilih yang betul. Yang sudah memikirkan untuk memberi jawapan kesat, biarlah dipenuhi fikiran yang sempurna. Yang sudah mempunyai niat membabi buta dan memulakan rusuhan, biarlah mengurung diri dan bersembahyang. Sembahyanglah sebelum disembahyangkan - sekarang lepas baca posting pun tidak terlambat. Masa akan menentukan apa yang bakal dianugerahkan kepada mereka yang sabar melaksanakan yang betul.

Pesanan Keramat berkata...

Hawaiichee atau Phillips Lee di tanya di satu blog dan terus lari tidak berani menjawb soalan di bawah ini:

Bedok Boy said...

Hawaiichee - Do you believe in the Quran, in tandem with belief in Allah, Nabi and Rasul, Angels, Hereafter, and Qada and Qadar.

Unless you believe in all that explicitly and exclusively, stop politicising the Quran for your purpose?