Khamis, 31 Mei 2007

13 MEI DARIPADA CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN - 2

13 MEI DARIPADA CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Bahagian 2

Dalam Bahagian 1 sebelum ini, kita telah melihat 2 faktor utama yang dinyatakan oleh TAR yang menyumbang kepada peristiwa hitam 13 Mei 1969 iaitu::

1) Kempen pilihanraya yang amat buruk dalam PRU 1969.

2) Anasir-anasir Komunis yang memainkan peranan dalam mencetuskan huru-hara.

Kita juga telah memaparkan keterangan TAR akan faktor kedua iaitu peranan anasir-anasir Komunis tersebut sejak dari awal lagi iaitu sekitar tahun 1967. 2 peristiwa besar yang berlaku pada masa itu yang mana terbukti benar sebagaimana yang dijelaskan oleh TAR ialah

1) Hartal Pulau Pinang pada 19 November 1967 yang didalangi oleh anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia, dan

2) Perintah hukuman gantung yang dikenakan ke atas anggota komunis dan pengkhianat negara, iaitu ke atas sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya di Johor dan dua (2) orang Melayu di Perak.

Selain daripada dua (2) faktor di atas, faktor ketiga yang tidak kurang pentingnya yang menyumbang kepada peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah anasir-anasir daripada puak pelampau kiri atau golongan Sosialis.

Dalam buku yang menjadi rujukan utama kita yang ditulis oleh TAR, beliau tidak membezakan anasir-anasir Komunis dan anasir-anasir puak pelampau kiri atau Sosialis ini. Kami pula mengkelaskan kedua-dua golongan ini kepada dua kategori yang berbeza kerana kami percaya matlamat Komunis ialah cuba merampas kuasa melalui jalan huru-hara. Sebaliknya golongan Sosialis cuba mendapatkan pengaruh atau kuasa (walaupun tanggapan secara zahirnya adalah) melalui perwakilan peti undi yang mesti diperolehi menerusi pilihanraya.

Dari tindak-tanduk mereka yang dijelaskan TAR, kita percaya bahawa mereka juga (iaitu golongan Sosialis) menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama dengan golongan Komunis iaitu cubaan mengambil kesempatan melalui keadaan huru-hara. Sesungguhnya kedua-dua golongan ini kelihatan amat mesra dan membantu di antara satu sama lain kerana ideologi kiri mereka yang hampir sama bahkan lebih tepat lagi "kembar seiras" walaupun zat atau dirinya dan juga cirinya berbeza. Perkara ini akan kami cuba paparkan menerusi subtajuk sambungan, iaitu 2.3 di bawah.

2.3 GOLONGAN SOSIALIS ATAU PUAK PELAMPAU KIRI

Golongan kiri yang dipanggil sebagai puak pelampau kiri oleh TAR pada masa itu boleh dikatakan diwakili oleh Parti Buruh. Parti Buruh di Malaysia mempunyai rakan di Singapura iaitu Barisan Sosialis Singapura. Dalam Parlimen Malaysia pula pada masa itu, Parti Buruh mempunyai dua orang wakil iaitu::

1) Dr Tan Chee Koon, dan

2) Encik Lim Kean Siew.

Selain daripada itu mereka mempunyai beberapa ahli di dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri.

a) Pemulauan Pilihanraya 1969 Oleh Parti Buruh

Kira-kira enam (6) minggu selepas peristiwa pembatalan hukuman gantung itu berlaku [ di mana sebelas (11) orang China anggota Parti Komunis Malaya, dan dua (2) orang Melayu pengkhianat yang disebutkan sebelum ini telah diringankan hukuman daripada hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara seumur hidup ], Parti Buruh, iaitu parti yang ahli-ahlinya terdiri dari golongan Sosialis, telah mengisytiharkan bahawa mereka akan memulaukan PRU 1969 yang hendak diadakan.

Langkah Parti Buruh ini, menurut TAR, hanyalah semata-mata meniru taktik parti Barisan Sosialis Singapura yang enggan mengambil bahagian dalam pilihanraya. Akan tetapi di Singapura, Barisan Sosialis Singapura hanya menarik ahli-ahli mereka dari Dewan Undangan Singapura tanpa melakukan sebarang tindakan yang berunsur ugutan atau kekerasan. Pada hemat TAR, dan kita bersetuju dengannya, Barisan Sosialis Singapura bertindak demikian tanpa melakukan sebarang keganasan kerana Singapura dibawah pengaruh dan kekuasaan pemimpin-pemimpin Cina, yang mana di dapati sesuai dengan tujuan mereka untuk mengekalkan negeri itu sebagai tapak kemasukan anasir-anasir subversif Komunis.

Kami juga berpendapat, selain daripada faktor di atas, ahli-ahli Barisan Sosialis Singapura yang majoritinya terdiri dari kaum China itu sudah tentulah mereka lebih selesa atau dapat bertolak ansur dengan pemerintah Singapura yang juga terdiri daripada kaum China di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Dengan demikian amat mudah difahami akan tindak tanduk mereka itu, iaitu mereka tidak mahu menyusahkan antara satu sama lain. Juga, dengan berbuat demikian maka ianya akan mempermudahkan hasrat mereka sebagaimana yang disebutkan di atas tadi, iaitu untuk mengekalkan negeri itu sebagai tapak kemasukan anasir-anasir subversif Komunis tanpa tindakan keras dan pemantauan teliti diambil oleh pihak kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew dan partinya PAP.

Kami juga percaya bahawa pemerintah China di Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew itu sudah pasti tahu atau sekurang-kurangnya mendapat maklumat perisikan akan tindak-tanduk Barisan Sosialis Singapura ini. Akan tetapi mereka juga, yang mana mempunyai sejarah pahit dengan Malaysia di mana ditendang keluar pada tahun 1965, nampaknya seolah-olah mengiyakan atau menutup sebelah mata akan perkara tersebut yang mana amat membahayakan negara jiran.

Kita amat faham akan perkara ini kerana sikap Lee Kuan Yew dan PAP serta kebanyakan orang China Singapura terhadap orang Melayu khususnya dan Malaysia amnya sejak tahun 1965 hingga sekarang tidak berubah-ubah. Mereka sentiasa bersikap mengambil kesempatan dan memanipulasikan negara-negara jiran di mana sahaja mereka mendapat peluang atau mendapat kesempatan. Salah satu bukti yang boleh kita bawa ialah tindakan kerajaan PAP di Singapura yang jelas menaikkan kadar faedah simpanan bank di negara mereka semasa seluruh Asia di landa krisis ekonomi pada tahun 1997. Tujuan mereka sudah pastinya adalah untuk mengambil kesempatan daripada anarki ekonomi yang berlaku dengan menggalakkan pengaliran dana keluar dari negara-negara yang bermasalah - khususnya Malaysia yang merupakan jiran terdekat dari segi lokasi dan amat dekat dari segi sejarah kenegaraan yang amat tidak selesa dengan mereka. Ini belum lagi diambil kira pelbagai perkara lain yang jelas menyebabkan masalah hubungan dua hala antara negara seperti masalah harga air mentah yang dibekalkan, tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura, ruang udara, dan pelbagai perkara lagi.

Dalam konteks persepsi dan pemikiran perdana generasi baru Melayu di Malaysia hari ini, kami dengan mudah akan dapat menyimpulkan bahawa besar kemungkinan sikap Singapura dalam hal ini juga menyumbang secara tidak langsung dalam melemahkan bahkan mungkin bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan yang didominasi oleh parti Melayu UMNO di Malaysia menerusi segala kesempatan yang timbul, sebagaimana yang kami dapat saksikan sendiri semasa krisis ekonomi tahun 1997 – walaupun secara luaran atau dari segi diplomasinya mereka mungkin tidak bermaksud demikian. Apa yang jelas adalah sikap mereka yang amat gemar mengambil peluang untuk kepentingan sendiri dengan faedah-faedah yang bakal mereka perolehi sahaja dengan meletusnya masalah dan kekacauan di negara lain. Mereka terkenal dengan sikap mementingkan diri mereka sendiri dan oleh itu kesusahan negara jiran yang menghadapi masalah adalah satu keuntungan kepada mereka.

Dengan keadaan dan peristiwa yang telah berlaku di Malaysia pada ketika itu, tidak mustahil bahawa mereka sendiri (iaitu kerajaan Singapura di bawah pimpinan pemimpin China Lee Kuan Yew dan parti chauvinis Chinanya PAP) kelihatan seolah-olah memberikan ruang yang mencukupi untuk anasir-anasir subversif berkenaan bergerak bersesuaian dengan matlamat atau hasrat dan tindakan Barisan Sosialis Singapura itu berjaya. Bahkan, sekiranya mereka mengambil tindakan ke atas golongan-golongan itu pun, golongan yang dimaksudkan itu akan melarikan diri ke Malaysia sebagai pilihan mudah destinasi yang hendak dituju dan dengan itu menimbulkan masalah di Malaysia pula. Sememangnya sikap kerajaan Singapura ketika itu dalam hal ini jelas dan boleh dicurigai akan hatibudi dan niat buruk yang berpunca dari sikap kiasu mereka itu yang kita amati daripada masa dahulu hinggalah pada masa sekarang.

b) Perletakan jawatan ahli-ahli Parlimen dan DUN dari Parti Buruh

Selain daripada tindakan pemulauan PRU 1969, parti Buruh juga membuat keputusan [ dalam bahasa TAR sendiri ] ”menarik keluar dengan serta-merta kesemua ahli-ahlinya dari Parlimen atau Dewan-Dewan Undangan Negeri.”

Tindakan ini, menurut TAR, dibuat kerana mereka menganggap tindakan TAR yang mengisytiharkan bahawa kerajaan akan memenuhi tempoh perkhidmatan selama lima tahun sebagai satu muslihat. Berdasarkan keterangan TAR, mereka yakin bahawa TAR akan melakukan sesuatu keputusan yang memeranjatkan iaitu perisytiharan PRU 1969 secara tergempar.

Oleh itu, mereka jelas melakukan tindakan ( lebih tepat lagi cuba memaksa ) agar PRU 1969 dipercepatkan dengan melakukan tindakan meletakkan jawatan ahli-ahli Parlimen dan DUN dari parti mereka secara beramai-ramai. Tindakan ini dibuat enam (6) minggu selepas peristiwa tunjuk perasaan beramai-ramai membantah hukuman gantung ke atas komunis dan pengkhianat. Tunjuk perasan dan bantahan beramai-ramai yang didalangi oleh mereka juga nampaknya berjaya di mana jelas ”kelihatan” dapat memaksa TAR mengambil langkah untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku dengan memohon Sultan-Sultan Johor dan Perak mengampunkan mereka yang berkenaan dan meringankan hukuman yang sepatutnya mereka terima kepada penjara seumur hidup sahaja. Oleh itu mereka mungkin memikirkan bahawa kerajaan Perikatan di bawah pimpinan TAR dapat ”dipaksa” dalam melakukan sesuatu dan di sinilah juga punca awal tentangan orang Melayu di dalam UMNO kepada kepimpinan TAR yang dilihat kerapkali tunduk kepada kehendak dan tuntutan kaum Cina, sama ada chauvis, rasis ataupun bukan.

Di sini kita amat jelas lagi yakin bahawa mereka cuba mengambil kesempatan dari ”mood” bantahan rakyat dalam perjuangan mereka yang begitu bersungguh-sungguh membela komunis dan pengkhianat yang ”berjaya” itu [ sedangkan kita maklum dan boleh menerima bahawa TAR berbuat demikian, sebagaimana yang dinyatakannya sebelum ini, adalah kerana sayangkan rakyat dan negara untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada terbunuh dengan sia-sia dalam tunjuk perasaan dan bantahan yang dibuat secara ganas ].

Kali ini mereka cuba memaksakan agar PRU 1969 dipercepatkan dan oleh itu mereka dapat mengambil faedah daripada sokongan yang difikirkan akan berpihak kepada mereka. Ini disebabkan perisytiharan TAR bahawa kerajaan akan menghabiskan tempohnya yang mana dengan itu akan tamat menjelang bulan April 1969. Tempoh ini menjadikan PRU 1969 akan diadakan lambat lagi. Bagi mana-mana ahli politik hatta yang biasa sahaja sekalipun, tempoh ini amat perlu kerana mood anti-kerajaan di kalangan kebanyakan rakyat yang dapat dipengaruhi oleh mereka itu (yang mana terbukti dapat dipengaruhi oleh mereka melakukan bantahan dan tunjuk perasaan sebelumnya) akan jadi sejuk atau reda. Ahli-ahli politik dari pihak kerajaan sudah pasti dapat menilai akan emosi rakyat ini dan sudah pasti mengambil tindakan-tindakan yang dapat meredakan suhu tentangan kepada kerajaan.

c) Parti Gerakan dan Bekas Ahli-ahli Parti Buruh

Pada bulan April tahun 1968, parti Gerakan ditubuhkan oleh segolongan daripada mereka yang menggelarkan diri sebagai cerdik pandai dan orang-orang terpelajar yang mana menurut TAR pendirian mereka tidak sesuai dan menentang dasar-dasar kerajaan Persekutuan. Penubuhan parti Gerakan pada ketika itu dilakukan sebelum perisytiharan hendak mengadakan PRU diumumkan lagi.

Keputusan yang dibuat untuk memulaukan PRU 1969 oleh parti Buruh dan perletakan jawatan serta-merta ahli-ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dari parti itu telah menimbulkan keadaan kelam kabut dan perpecahan di kalangan ahli-ahli mereka sendiri.

Encik Lim Kean Siew telah mengambil masa berminggu-minggu untuk membuat keputusan bagi mematuhi keputusan tersebut.

Dr Tan Chee Koon pula telah membantah dan enggan menarik diri dari Parlimen lalu meninggalkan rakan-rakannya dari Parti Buruh dan memasuki Parti Gerakan yang baru ditubuhkan. Dalam parti barunya itu, Dr Tan Chee Koon telah dilantik menjadi Setiausaha Agong dan mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti Buruh yang telah lumpuh dan memasuki parti Gerakan bersama-samanya.

Bahagian ini amat penting disebutkan kerana adalah jelas antara pemain watak utama dalam peristiwa 13 Mei 1969 adalah bekas ahli-ahli parti Buruh yang memasuki parti baru itu iaitu Parti Gerakan. Perkara ini akan dihuraikan apabila tiba pada masanya nanti.

( Bersambung ke bahagain 3. InsyaAllah. )

Isnin, 28 Mei 2007

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969

oleh Datuk Raduan Taib (r_taib@yahoo.com), Gombak
AgendaDaily, April 27, 2005

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya


Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya

Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .



Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.


Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.

Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.

Sabtu, 26 Mei 2007

13 Mei 1969: Andaian Meleset Yang Dibukukan

Gambar di atas ialah dipiksi (depiction) satu kisah tersohor dalam sejarah Rom, yakni The Rape of the Sabine Women [i]. Gambar ini dan seterusnya adalah sekadar hiasan.

Urgggh! Malas ke tulang hitam rasanya saya nak buat kerja gratis (percuma) untuk UMNO dan sekaligus Kementerian Penyiaran. Kerja percuma untuk Menantu Dolah dan Zainuddin Maidin.

Tetapi apakan daya, kedua-dua institusi itu sudah terlalu uzur untuk berfikir (yang pertamanya berusia 60 tahun, dan yang keduanya sudah 50 tahun). Sepatutnya salah satu atau kedua-dua institusi ini yang menjawab dan membetulkan fakta. Tetapi malangnya kedua-dua membisu. (Mungkin bisu beragenda dan/atau atas arahan dari seberang Selat Tebrau).

Oleh kerana saya anggap memperbetulkan, menentang perbuatan merubah sejarah negara itu satu fardhu kifayah, dan kerana saya nampak tiada Melayu lain mahu ke depan, maka biarlah saya cuba menegur perbuatan bathil itu.

Menurut seorang apologist (tukang perbetul cerita) pengarang buku “13 Mei” [1], rumusan pengarang ialah Al Marhum Tun Abdul Razak mencetuskan rusuhan 13 Mei dalam membolehkan satu coup de tat dari Al Marhum Tunku Abdul Rahman. Nauzubillah! Zalimnya tuduhan.

Tetapi sebelum kita mengupas kezaliman itu, ada baiknya kita menafsir apakah dorongan intelektual yang merasuk pengarang untuk memutar belitkan sejarah. Apakah persoalan besar yang ingin dijawab, hingga ada pihak “wang besar Cina” yang sanggup menaja pengarang bermentelaah di London selama tiga bulan untuk menggali, mengorek kononnya arkib lapuran perisikan Brtish yang telah dibatalkan palang rahsia tentang 13 Mei?

Seorang Arab (Islam?) sedang dibelasah oleh sekumpulan bangsa Kulit Putih semasa rusuhan anti-Islam di Australia dua tahun lepas.

Setepatnya, berikut ialah hasrat dan niat pengarang buku “13 Mei” seperti yang yang selokakan oleh seorang apologist bagi pihak pengarang [2].

Thesis utama Dr Kua dalam bukunya Mei 13 adalah untuk menyebarkan rancangan dan konspirasi Tun Abdul Razak dan Harun Idris yang ingin merancangkan koup de tat supaya memulakan NEP dan isu-isu ketuanan Melayu. Ini bermaksud tanpa rancangan sedemikian, peristiwa Mei 13 akan dapat dikawal dengan bantuan polis. Mungkin hanya kes-kes terpencil mati 1-2 orang saja yang akan berlaku. Ini akan dapat dikawal dengan serbuan polis yang tidak berat sebelah.

Soalnya bukan siapa salah. (Cewah cewah, tak perlu tanya siapa salah). Memang susah nak ditentukan siapa yang marah, siapa yang memulakan perbalahan. (Hak alahai sonang nya justifikasi intelektul. Jangan pertikai salah siapa, ianya, awak semua kena percaya cakap saya, salah Tun Razak). Kalau sekarang terdapat rakyat Melayu yang terbaca blog di internet dan memulakan rusuhan, tidak pun dapat dikenalpasti yang saudara Rudin yang bertanggungjawab (Wow, berpengaruhnya Rudin X! Langsung tak sangka). Thesis Dr Kua bukan nak salahkan siapa yang marah dulu. (Oh, jangan salahkan Cina hina dan caci Melayu. Siapa yang beri lesen dan permit tu?). Thesis Dr Kua nak kenalpasti kenapa polis dan tentera tidak dapat kawal peristiwa 13 Mei tetapi sebaliknya menggalakkan peristiwa ini. Dan apakah sebab-sebab dan konspirasi disebalik kabir.

Perhatikan dalam sedutan karangan di atas, perkataan dalam italic ialah komentar Rudin X akan penulisan apologist, manakala perkataan yang digelapkan (bold) ialah kononnya nawaitu si pengarang buku mengikut cakap apologist beliau.

Alaaaaaahai. Kalau setakat nak tahu mengapa pasukan tentera ketika itu dilihat “memihak” dan nampak seperti tidak bertindak mengawal keadaan, jawapannya bukan berada di London. Jawapannya bukan terletak pada tafsiran jaundis (berat sebelah) oleh perisik British/Australia di Malaysia.

Jawapannya terletak pada budaya dan semangat setiakawan, esprit de corp tentera.

Semangat setiakawan yang sama telah mendorong tentera Amerika melakukan My Lai Massacre di Vietnam [3]. Budaya dan semangat setiakawan yang nendorong askar Amerika membantai umat Fallujah di Iraq [4]. Semangat setiakawan yang mendorong tentera British yang didewa-dewakan oleh bangsa Cina Malaysia melakukan penyembelihan Cina beramai-ramai di Batang Kali.[5]

Budaya dan semangat yang sama wujud di kalangan semua askar di seluruh dunia, malah juga ada di kalangan soldadu Angkatan Tentera Singapura.

Mentaliti membalas dendam terhadap apa yang mereka fikir penganiayaan ke atas salah seorang dari kalangan mereka.

Di Malaysia, sebilangan Askar Melayu Di Raja telah tompang mengamuk sama dengan Melayu-melayu lain pada 13 Mei 1969 dan sehari dua berikutnya. Sebab?

Sebab pada malam 11 Mei, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan (Leftenan Muda mengikut sesetengah versi) bersama tunangnya (isterinya) telah mati dibelasah beramai-ramai oleh segerombolan Cina yang sedang berdemonstrasi sebaik saja mereka keluar menonton wayang di Panggung Federal. Dan mengikut sesetengah versi cerita, mayat mereka kemudiannya diseret dengan motorsikal sekeliling kawasan Chow Kit.

Cerita ini dalam beberapa versi yang mengerikan, dengan lokasi kejadian yang sedikit sebanyak berbeza (ada versi Panggung Rex dan Jalan Petaling), tetapi dengan jalan cerita yang sama – seorang pegawai askar mati dibelasah Cina ketika keluar dari panggung wayang.

Itu puncanya sejarah melihat pihak pentadbiran negara gagal mengawal rusuhan – keadaan memang sudah tidak terkawal lagi. Cerita berkumpul Melayu di rumah Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu adalah kemudian dari cerita ini. Malah cerita inilah catalyst atau pemangkin berkumpulnya Melayu di Kampong Bharu.

Pembaca boleh mensohihkan cerita yang saya bawa ini dengan bertanya kepada siapa juga Melayu yang masih hidup dan mempunyai pengalaman “dekat” dengan peristiwa 13 Mei.

Untuk mendapatkan corroboration (keselarian) tentang cerita saya ini, sila klik dan lawat blog ini [6].

Jika pengarang buku “13 Mei” jujur dan tiada niat lain, pengarang tidak perlu cari penjelasan di London. Carilah penjelasan dalam rekod lapuran polis di Balai Campbell (Dang Wangi). Atau kalau tidak pun, cari dalam rekod semboyan (telex) lapuran kejadian jenayah berat di Bukit Aman untuk malam tersebut. Tidak perlu bersusah payah ke London.

Nah tuan/puan. Dalam hal tercetusnya rusuhan 13 Mei, puak chauvinis Cina telah tersilap langkah dengan membunuh seorang pegawai Askar Melayu. Yang mana ekoran itu, yang selain dari berjaya membakar kemarahan orang Melayu dengan perarakan besar-besaran menang pilihan raya, askar Melayu telah turut marah. Dan sebelum tuan/puan atau sesiapun chauvinis China menuduh Askar Melayu yang terlibat dalam 13 Mei itu campur tangan dalam politik negara, maka di sini saya sanggah -- penglibatan mereka adalah soal hati. Noktah.

Bila segerombolan askar mengamuk, tuan/puan fikir Tun Razak boleh kawal? Ingat polis boleh kawal? Lagikan seorang laskar kena tangkap polis pun, askar satu batalion sanggup rempuh dan serang balai polis, inikan pula mengawal gerombolan askar yang sedang marah dengan bersenjata lengkap.

Ingat kisah “Prebet Adam” yang mengamuk di Chow Kit dengan raifel M16 nya? Langsung mencetuskan Operasi Lalang? [7] Itulah mentaliti dan jiwa seorang askar Melayu sebagai pedoman. Siapa yang selesaikan insiden dan pujuk Prebet Adam menyerah diri? Dr Mahathir? Polis? Tidak. Pegawai Pemerintah Prebet Adam kena turun padang dan berdepan dengan muncung raifel Prebet Adam.

Nasib kamu lah chauvinis Cina. Dengar lagi hasutan sahabat handai dan saudara mara kamu dari Singapura! Kamu sudah pijak ekor ular. Kamu kena patuk. Kamu dah kejutkan harimau tidur. Kamu kena baham. Sudah itu kamu tuduh Tun Razak jahat. Kamu tuduh 13 Mei disengajakan kerana agenda nak lancarkan DEB. Kaudu sungguh hati perut kamu.

Kencing dalam tempurung bulu dan cerminkan muka kamu di situ dulu. Sesudah itu carilah salah Melayu.

Dah tu kini kamu orang cuba menjadi revisionist sejarah pula?

Posting ini juga boleh dibaca di laman Boneka, Penyu & SPR.

Buku “May 13”, Singapura dan Neo-kolonialisma

Buku "May 13" agak berlainan dari proses ilmiah biasa. Ianya seolah-olah tulisan yang mempunyai pre-set rumusan dan kesimpulan [1], serta mempunyai niat provokasi [2]. Bila diambilkira latarbelakang penulis Dr Kua Kia Soong [3] dan senario semasa, kehadiran buku ini bukan secara kebetulan.

Kesunyian media Melayu terhadap buku ini memusykilkan. Adakah tiada langsung yang terbuka ijab dan mata hati untuk menyedari konspirasi ini? Adakah tiada langsung suara hati yang prihatin kepada kesejahteraan antara kaum? Mungkinkah "elegant silence" untuk menutupi kepincangan diri seseorang telah dipaksa ke atas yang lain?

Pencemaran Sejarah

Buku tersebut memajukan hipotesis bahawa Tun Abdul Razak ("Tun") merancang rusuhan kaum agar darurat diisytiharkan untuk rampasan kuasa kononnya bagi mengetengahkan kepentingan kelas kapitalis Melayu baru.

Asas hipotesis bagaikan konspirasi kerjasama antarabangsa bila diamati sumber rujukan yang merupakan laporan berita wartawan asing, dispatch rahsia kedutaan asing, dan tumpuan rujukkan kepada yang sehaluan pemikiran. Sumber rasmi dan maklumat dari orang Melayu yang digunapakai sebagai rujukan amat sedikit.

Penggunaan terma-terma seperti "class struggle", "capitalist class", "state capitalism" dan "state apparatus" memberi gambaran Dr Kua mengambil pendekatan Marxisma [4]. Adakah pendekatan tersebut sesuai untuk masyarakat dan sejarah tempatan? Bukankah penumpuan Tun kepada pembangunan luar bandar jelas untuk membasmi kemiskinan?

Buku ini hanya mengadudombakan Tunku Abdul Rahman ("Tunku") dengan Tun dalam sejarah [5]. Siapa tidak sedar Tunku telah di ikonkan oleh pihak tertentu sebagai lambang dan conscience kesamarataan antara kaum. Tuduhan coup d’etat akan menggambarkan Tun sebagai kapitalis yang tamak dan rasis.

Tuduhan terhadap Melayu begitu ketara – pemimpin Melayu, askar Melayu, polis Melayu, dan "gangster" Melayu kononnya [6]. Intipatinya Melayu saja yang salah.

Bagi menjana tuduhan, buku ini hanya mengambilkira persekitaran dua tiga hari sebelum dan beberapa bulan selepas peristiwa [7]. Padahal sejarah perhubongan kaum di Tanah Melayu bermula dengan immigrasi abad ke 19. Dr Kua sengaja in-denial kepada perkembangan politik beberapa tahun sebelum itu.

Singapura Dalang 13 Mei 1969

Dari tahun sebelum kemerdekaan hingga 1962, semangat kerjasama kaum perikatanisma telah diterima baik oleh rakyat. Keadaan mula berubah dengan kehadiran Singapura yang menjadi ahli Persekutuan Malaysia pada September 1963 atas syor Tunku.

Kehadiran Lee Kuan Yew ("LKY") dan PAP dengan slogan "Malaysian Malaysia" dalam politik Malaysia meniup api perkauman [8], kononnya memperjuangkan kesamarataan kaum. Perkara taboo berkaitan orang Melayu dilanggar. LKY melampaui hingga mempersoalkan status Melayu sebagai kaum asal Tanah Melayu di Parlimen.

Padahal perkara-perkara ini telah dipersetujui dalam tawar menawar untuk menerima kaum immigren yang bermastautin sebagai warganegara. Ini menimbulkan reaksi marah dari orang Melayu yang begitu kekurangan serba serbi dan menganggap kaum immigren memungkiri janji yang telah dinobatkan dalam Perlembagaan.

Sejak kehadiran Singapura, perhubongan antara kaum menjadi tegang [9] dan rusuhan antara kaum mula berlaku. Sebelum 13 Mei 1969, dua peristiwa yang ketara - rusuhan kaum Singapura pada Julai 1964 dan peristiwa hartal Pulau Pinang pada November 1967 [10].

Pada Mei 1965, Singapura menjadi tuan rumah mesyuarat pertama gabungan "Malaysian Solidarity Convention". Konvensyen itu menyatupadukan parti-parti pembangkang dari kaum tertentu di bawah slogan "Malaysian Malaysia."

Tun Tan Siew Sin dilaporkan Utusan Melayu bulan Julai 1965 mengkritik "Malaysian Malaysia" sebagai usaha menjadi "juara orang Cina" dengan membangkitkan kemarahan keatas orang Melayu. Menyedari bahaya kehadiran LKY dan PAP, Tunku berpatah dari keputusannya dan menendang Singapura keluar pada tahun Ogos 9hb, 1965.

Tindakan Tunku tidak meredakan keadaan kerana isu perkauman sudah ada momentum hingga menjadi tajuk hangat kempen pilihanraya 1969. Akibat sentimen ini, prestasi MCA dan penguasaan Perikatan dalam Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri terjejas selepas pilihanraya tahun 1969.

Pembangkang menjadi "mabuk kemenangan" hingga meraikan perarakkan dengan menghina orang Melayu. Inilah pencetus reaksi amuk dari orang Melayu, bukannya konon komplot UMNO [11] [12] .

Kalau mahu ikhlas membicarakan sejarah, janganlah berpileh-pileh. Sejarah tidak boleh diputarbelit (spin) [13] [14] kerana ia berasaskan kebenaran. Peristiwa Mei 13 jelas bukan peristiwa berasingan seperti yang diunjurkan oleh Dr Kua tetapi berpunca dari perasaan tidak puas hati yang dikipas untuk membakar dan merebak. Peranan Singapura di sebalik tabir tidak boleh dinafikan.

Dendam Singapura dan Anasir Neo-Kolonialisma

Tun Dr Mahathir ada berpesan dan penulis sedut dari karangan beliau berjodol "Cermin Perjuangan Bangsa Malaysia" dalam buku "Patriotisme Malaysia, Penangkis Neo-kolonialisme (2005)" di bawah:
Neoimperialisme menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ia boleh menjelma dalam membentuk "aggression" dan peperangan secara terus-menerus. Ia juga boleh menjelma dalam membentuk "subversion" yang halus dan secara tidak langsung. Sebab itulah dunia hari ini sedang menyaksikan berbagai-bagai percubaan oleh segolongan bangsa Eropah untuk menakluki sesebuah negara, secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, kalaulah bangsa Eropah tidak mencerobohi negara kita dengan kekerasan, ini tidak bermakna mereka tidak berusaha meracuni pemikiran kita, melunturkan budaya kita, mencemarkan agama kita dan mengadudombakan lain-lain aspek kehidupan yang membabitkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan bangsa Malaysia.
Dendam Singapura terhadap Malaysia tidak pernah luput. Kini mereka lebih kuat dan kuasa neo-kolonialis barat yang bias terhadap Islam menyebelahi mereka. "Barbarian" sudah menunggu di pintu gerbang dan kuda "trojan" sudah masuk kota. Tinggal menunggu masa sahaja.

Beberapa persamaan antara tahun 1969 dan keadaan sekarang telah timbul. Isu-isu mengenai orang Melayu – hak keistimewaan, bahasa, pendidikkan, agama, tindakan afirmatif dan lain-lain – kini hebat dipersoalkan. Pengaruh luar dilihat memainkan peranan dengan bantuan disalur dari dana, Yayasan dan NGO tertentu.

Orang Melayu, khususnya kaum menengah dan peniaga, mengeluh dengan pentadbiran sekarang yang lemah serta mengamalkan polisi-polisi reform dan pengurusan ekonomi yang regresif. Kalau dahulu LKY menggelar Tunku sebagai "…silly old man" kerana sikap baik hati dan adilnya, pemimpin kini benar-benar demikian. Ia begitu cuai dan naif hingga dimanipulasi oleh kaum muda sekelilingnya yang bertuan yang lain.

Mereka serta orang-orang tertentu berperanan untuk mempertingkatkan hubungan baik dengan Singapura. Kini pengaruh Singapura dalam ekonomi, pentadbiran, politik, dan media sudah dirasai. Hanya menunggu pelaburan Singapura untuk mengukuhkan.

Padahal negara-negara jiran lain sudah menyedari reputasi Singapura sebagai jiran yang opportunis dan memperjuangkan kepentingan barat. Yang anih juga, sebahagian kaum bukan Melayu menyambut kemasukkan mereka. Ada dikalangan orang Melayu membisu takut walaupun menyedari bahayanya.

Rumusan

Kehadiran buku "May 13" dan banyak buku-buku yang mahu mengubah sejarah mutakhir ini tumbuh bagaikan cendawan. Buku-buku ini memberi gambaran yang baik akan pendekatan pemerintahan dan pendirian Singapura. Yang nyata, buku ini boleh mengipaskan perasaan tidak puas hati dikalangan kaum bukan Melayu dan cuba meraih simpati dari orang dan anak Melayu berpendidikkan barat yang agak liberal [15] [16].

Apakah reaksi orang Melayu terhadap serangan-serangan kepada kedudukkan mereka? Adakah orang bukan Melayu termakan dengan dakyah sedemikian? Adakah pertempuran kaum akan berulang kembali? Muga kewarasan fikiran mendahului.

Rabu, 23 Mei 2007

TranungKite Berkata Menghapuskan Justifikasi DEB


Pihak Anti DEB Mahu Menghapuskan 13 Mei Sebagai Justifikasi DEB

May 19, 2007
Oleh Ahmad Hadeed

Kita telah mendengar usaha satu badan research ASLI cuba menukar statistic equity pegangan orang Melayu bagi menjadikan DEB tidak relevant. Itu adalah serangan pertama dan gagal. Sekarang terdapat serangan kedua keatas DEB yang menjadi tunjang pembangunan orang Melayu selepas ketinggalan dalam perlumbaan ekonomi. Ianya dalam bentuk memutarbelit fakta sejarah. Peristiwa 13 mei di katakan akibat agenda peribadi. Apabila 13 Mei bukan tercetus akibat tidak puas hati orang Melayu terhadap pegangan equity orang asing maka keseluruhan sebab itu melaksanakan DEB tersungkur. Usaha ini cerdik tetapi jahat dan penuh konspirasi.

DEB sudah menjadi kebencian yang memuncak kepada mereka yang tidak suka melihat orang Melayu dapat menguasai kehidupan ekonomi mereka.

Sebabnya senang saja. Apabila orang melayu berjaya berdikari dalam ekonomi maka bangsa lain terpaksa bersaing dua kali ganda untuk bersaing dengan orang Melayu. Puak anti DEB menggunakan berbagai cara bagi menghancurkan DEB sama sekali.

Banyak cara telah dan akan digunakan oleh kumpulan anti DEB untuk mengagalkan dan menhapuskan DEB.

Kerajaan malaysia telah menetapkan satu percentage equity sebagai matlamat pencapaian yang boleh di ukur. 30 peratus adalah target DEB untuk orang melayu . Bagi mereka yang mahu memonopoli ekonomi Malaysia, satu peratus pun menjadi ancaman bagi mereka yang penuh dengan sikap KIASU .

Apabila Maybank ingin menolong firma guaman orang melayu, mereka melaung sekuat kuat protest, menuduh diskriminasi dan rascist. GLC pun tidak disenangi malah semua perkara yang akan menaikan taraf ekonomi dan politik orang Melayu di anggap sebagai ancaman bagi puak ini. Yang celakanya ada orang melayu yang sudah merasa hebat , turut melaung slogan yang sama. Ya , mungkin Melayu ini sudah oleh bersaing di sebarang pasaran dunia akibat harta korupsi nenek moyang mereka tetapi kita memikirkan majoriti orang Melayu yang masih terhimpit dalam cengkaman kemiskinan dan diskriminasi ekonomi oleh pihak pendatang asing. Cuba bayangkan kalau segala agen pengedar sudah di monopoli oleh satu kaum maka macam mana kah orang melayu mahu berniaga runcit.

Sekarang setelah gagal usaha menggunakan statistic equity orang Melayu untuk memberi hujah DEB telah tercapai dan patut di bubr , mereka menggunakan fakta sejarah pula untuk menghapuskan DEB. Semua telah bersetuju bahawa DEB perlu untuk memberi economic equality atau kesaksamaan ekonomi kepada berbagai kaum termasuk orang melayu dan yang berlakunya kaum cina menguasai hampir 70 peratus equity economy Malaysia. Mengikut falsafah DEB , menolong golongan yang lemah untuk mencapai equity yang di tetapkan (30 peratus bagi melayu) akan mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum saperti 13 Mei yang mengorbankan nyawa dan harta.

Sekarang pihak anti DEB tidak berani mempersoalkan tentang DEB tetapi sebaliknya mereka mempersoalan punca tercetusnya DEB. Target mereka sekarang ialah menyerang fakta sejarah 13 Mei. Apabila gugurnya fakta sejarah 13 Mei maka terhapus lah sebab perlunya DEB. Cerdik ... ya ... memang cerdik dan cunning, tetapi mereka ini jahat , hati busuk dan penuh konspirasi.

Sekarang cara puak anti DEB menghapuskan fakta 13 Mei ialah dengan mentafsirkan peristiwa 13 Mei mengikut agenda mereka - 12 Mei ditafsir sebagai krisis peribadi bukannya krisis ekonomi akibat tidak puas hati satu kaum terhadap kaum yang lain selepas merdeka. Apabila peristiwa 13 Mei di baca sebagai hanya krisis biasa maka DEB tidak ada sebab di teruskan kerana tidak ada bukti sejarah yang menyokong bahawa tanpa DEB keselamatan Malaysia akan terancam.

Itulah usaha tanpa henti mereka yang ingin melemahkan ummat islam di Malaysia. Bukan saja kes murtad di bela oleh mereka, kes DEB dan 13 Mei pun di persoal. Saya merasakan bahawa target mereka seterusnya ialah mempersoalkan sistem beraja dan islam agama rasmi yang menjadi halangan mereka yang ketiga untuk terus menguasai Malaysia.

Saya tak tahu di manakah pemuda UMNO, pejuang Melayu, tokoh Melayu yang penuh mulut melaungkan mereka wira apabila setiap bulan orang melayu di asak dan ugama mereka di hina. Mungkin mereka ini bukan pejuang yang sebenar tetapi pejuang hanya untuk perut melayu mereka.

Apa Yang Mereka Mahu Sebenar?


Perkara yang menjadi saya amat terkilan sekali dengan penerbitan Buku “May 13” adalah lakaran racis dan bolot yang melulu dan stereotaip terhadap usaha pemimpin lepas untuk membetulkan legasi yang telah dibawa oleh British.

Sikap “Xenophobic Ethno-centric

Kalau dikaji sejarah negara ini, persoalan dan perjuangan penulis buku ini, Dr Kua Kia Soong terhadap kedudukkan keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam, dan lain-lain hak-hak legal dan warisan sejarah orang Melayu bukan perkara baru. Slogan politik “Malaysian Malaysia” bukan slogan baru tapi berakar umbi pada slogan cetusan Tan Cheng Lok “Malaya for Malayan” pada 1930an, di kemuncak polisi immigrasi tanpa had British.

Sekolah Cina yang diperjuangkan dengan gigih oleh Dr Kua Kia Soong, penulis buku ini pun asalnya sekolah sukatan pelajaran negeri Cina yang dibenarkan oleh British untuk memenuhi keperluan pelajaran anak-anak immigren untuk pulang kembali. Mengapa sudah jadi rakyat pun mahukan legasi pelajaran immigren?

Adakah tujuan kononnya perjuangan kemanusiaan sejagat SUARAM membawa kepada pembangunan negara (nation building)? Biar saya katakan rekod beliau menunjukkan sebagai seorang “xenophibic ethnocentric”.

Yang Bangkit dan Yang Apathy

Ingin saya seterusnya memetik rencana tulisan Dr Nordin Kardi, bekas Pengarah Biro Tatanegara dan kini Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Utusan Malaysia yang diterbit dalam lingkungan tarikh Mei 13hb, 2007 baru-baru ini. Rencana bertajuk “Fahami pemberian orang Melayu” ini saya “potong dan tampal” dari rakan blog rakan karib saya, Biggum Digmannsteinburg.

Menurut Dr Nordin, “kebelakangan ini pelbagai pihak semakin kerap membangkitkan isu kaum di Malaysia”. Katanya, beliau sering mendapat kata-kata “sinis menyebut kata-kata ‘inilah demokrasi acuan Malaysia’. Kata-kata yang merujuk bahawa demokrasi Malaysia ialah demokrasi mengikut tafsiran nafsu Melayu.”

Satu perkara yang menyedihkan mutakhir ini yang saya lihat amat ketara dalam kepimpinan UMNO yang ada adalah sikap takut-takut pemimpin Melayu yang ada, Perkara ini ketara sekali dikalangan pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan sesat dalam naivety pemikiran liberal masing-masing. Saya memetik tulisan Dr Nordin berikut:

Pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya sangat defensif dalam menguruskan masalah kepentingan kaum ini. Kadangkala di Parlimen, ahli-ahli Yang Berhormat Melayu di pihak kerajaan seperti begitu ofensif dalam serangan balas mereka atas tuduhan perkauman. Namun, nyata tindakan ofensif itu pun hanya merupakan sebahagian daripada strategi defensif.

Seperti ada rasa bersalah di kalangan pemimpin Melayu setiap kali bercakap mengenai kepentingan etnik sehingga ruang rundingan kepentingan Melayu terutamanya tidak begitu terbuka, sebaliknya perlu ‘diseludup’ dengan cara lain. Pemberian terhadap orang Melayu secara terbuka ditakuti akan dilihat sebagai tindakan diskriminatif.
Permasaalahan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 berakar umbi dari amalan “pecah dan perintah” British yang menyebabkan rakyat berbilang kaum terpisahkan antara satu sama lain melalui bahasa, pekerjaan, ekonomi, penempatan, dan kekangan lain-lain. Dari situ timbul jurang perbezaan dan syak wasangka yang amat mendalam antara satu kaum dengan satu kaum yang lain.

Tuan Razak Selayang Pandang

Berbalik kepada perkara pembangunan negara, saya bersyukur dapat diperingatkan jasa arwah Tun Abdul Razak oleh Tengku Tan Sri Razaleigh bin Hamzah pada Mac 30hb, 2007 baru-baru dalam ucapannya bertajuk “Pemikiran dan Visi Tun Abdul Razak dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia merentas semadan etnik” di Universiti Malaya. Langkah-langkah strategik Tun Abdul Razak begitu berkesan dalam usaha “nation building” dalam aspek pendidikkan, ekonomi dan sosial .

Tun Abdul Razak telah mengenalkan juga satu pembaharuan politik menerusi pembentukkan politik berideologi mesyuarah dan kesepakatan antara kaum yang diamalkan Barisan Nasional. Sehingga hari ini, belum kedapatan lagi formula dikalangan parti-parti pembangkang, melainkan khusus untuk menghadapai pilihanraya. Kini kata Dr Nordin:

Frasa popular yang dilemparkan kepada kerajaan semasa ialah bahawa kerajaan perkauman kerana dibentuk oleh gabungan parti utama yang berasaskan kaum – UMNO, MCA dan MIC. MCA dan MIC selalu dimomok sebagai parti bukan Melayu yang yang tunduk dan menjadi alat kepada UMNO untuk menegakkan kepentingan Melayu.

Ungkapan Clinton, Its The Economy, Stupid

Kecaman terhadap orang Melayu sudah begitu lantang hinggakan pelbagai tomohan telah ditimbulkan, tulis Dr Nordin:

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diasaskan selepas Peristiwa 13 Mei, yang menekankan sasaran penyertaan Melayu sebanyak 30 peratus dalam semua sektor untuk tempoh 20 tahun (1970-1990) adalah ibu kepada segala dasar ‘jahat’ perkauman UMNO.

Orang bukan Melayu dilihat sebagai telah berkorban selama 20 tahun untuk membiarkan orang Melayu merebut segala peluang ekonomi, pelajaran, sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian sebarang usaha melanjutkan sasaran itu selepas 1990 adalah suatu usaha diskriminasi yang menzalimi kepentingan kaum lain.

Pemimpin UMNO selalu mempertahankan keputusan-keputusan berkaitan kaum dengan mengulang-ulang cerita kontrak sosial yang telah lama. Ini berterusan sehingga mata masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi mata asing (mungkin dengan minat tertentu), melihat seolah-olah benar kaum Melayu terus menerus mendapat laba selepas kontrak itu, sementara kaum lain sentiasa memberi.

Orang Melayu sudah tidak memberi lagi selepas 1957! Orang Melayu menerima subsidi, orang Melayu membolot kuasa, orang Melayu kaum penerima!
Melayu dipersoalkan pula:

Bilakah orang Melayu memberi? Besar sangatkah pemberian orang Melayu itu
kepada kaum lain sehingga kaum lain terpaksa membayarnya kembali tanpa
kesudahan? Tambahan pula kontrak itu bukan dibuat oleh generasi pelbagai
kaum sekarang. Dia buatan orang dahulu, mengapa orang sekarang harus terus
membayarnya? Benarkah?
Ikatan Janji Sudah Dinobat, Sama Bersepakat

Mungkin mereka sudah lupa, Dr Nordin memperingati hadiah paling berharga sekali:

Memang pada tahun 1955, dua tahun sebelum merdeka, orang Melayu telah menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga kepada kaum lain. Biasanya, orang
akan cepat menyebut bahawa hadiah besar kepada kaum lain itu ialah kerakyatan.
Satu rangkap biasa dalam pantun Melayu ada menyebut “orang memberi kita merasa.”

Dengan pemberian kerakyatan dan perjanjian yang sudah dinobatkan dalam Perlembagaan, sebagai rakyat mereka bebas untuk mengumpul dan memiliki harta & tanah, mengamalkan bahasa, kebudayaan, dan ugama mereka, dan mereka berhak memilih wakil ke Parlimen.

Namun, ada yang tidak bersyukur dan sengaja berdalih:

Itu pun kata mereka kerana pembesar Melayu dipaksa oleh Inggeris. Tidak ada pilihan. Namun demikian, saya lebih cenderung mengatakan hadiah besar itu bukan kerakyatan sebaliknya hadiah selepas kerakyatan itu diperoleh. Jangan lupa, hal ini tidak semestinya terjadi jika keputusan sedemikian tidak dibuat orang Melayu.
Mudah mereka terlupa atau sengaja lupa? Atau mereka tidak faham?

Apakah perkaranya? Perkaranya ialah kerusi pilihan raya. Pada tahun 1955 itu
diadakan pilihan raya dan orang bukan Melayu hanya mempunyai majoriti di dua
konstituen. Namun demikian Almarhum Tunku Abdul Rahman telah memutuskan
supaya orang bukan Melayu diberikan 17 kerusi. Lima belas untuk MCA dan dua
untuk MIC.

Segolongan pemimpin UMNO meninggalkan UMNO kerana hadiah yang terlalu
mewah ini. Namun, rupanya orang Melayu.

Kebanyakan pun bersedia merestui pemberian hadiah ini. Keputusan pilihan raya itu menunjukkan orang Melayu memangkah untuk berwakilkan bukan Melayu di kesemua tujuh belas konstituen itu. Maksudnya, keputusan itu bukan lagi keputusan Tunku berseorangan. Orang Melayu berani meletakkan kepercayaan dengan berwakilkan bukan Melayu untuk memperjuangkan kepentingan mereka.
Masih Berdalih

Kata mereka, Nordin menulis:

Itu dahulu. Sekarang bagaimana? Demikian lanjutan perbualan ahli politik generasi muda. Jawapannya tetap serupa. Semenjak pilihan raya 1955 itu UMNO secara berterusan memberikan konstituen majoriti Melayu kepada bukan Melayu. Jika tidak demikian semangatnya, MIC boleh dikatakan tidak akan diberikan satu kerusi pun.

Cuba perhatikan hadiah UMNO kepada orang calon bukan Melayu dalam pilihan raya terbaru iaitu tahun 2004. Ong Ka Ting, Presiden MCA menang di P165 Parlimen Tanjung Piai, Johor yang pengundi Cina hanyalah 40.14 peratus berbanding dengan pengundi Melayu 53.02 peratus. Kawasan itu boleh diyakini
sebagai kawasan selamat menang kepada Ong.

Naib Presiden MCA, Ong Tee Kiat menang di P100 yang pengundi Cina hanyalah 42.56 peratus berbanding pengundi Melayu 51.42 peratus. Demikian juga dengan pemimpin MCA yang lain bergantung kepada undi Melayu seperti Chor Chee Heung di Alor Star (58.43 peratus), Lim Bee Kau, di Padang Serai (52.51), Tan Kian Hoe di Bukit Gantang (62.95), Yew Teong Lock di Wangsa Maju (52.67), Wee Ka Siong (55.26), Kerk Choo Ting di Simpang Renggam (54.29) dan Ling Ban Sang di Tebrau (51.09).

MIC pula mendapat konstituen yang majoriti pengundinya adalah Melayu di Hulu Selangor untuk Palanivel (50.50 peratus Melayu berbanding pengundi India hanya 19.04 peratus) dan Vigneswaran (50.05 peratus Melayu berbanding pengundi India
hanya 27.30 peratus.
Tak Bolehkah Cari Makan Sama-Sama

Perkara yang amat kuat dipersoalkan sehingga tuduhan konspirasi coup d’etat disebalik persitiwa 13 hb Mei adalah ekonomi. Kata klise, hidup dan mati orang Tionghua hanya memikirkan dan mengejar duit dan harta. Adakah mereka berhasrat dengan kiasu untuk membolot tanpa kekangan? Mungkin tidak dirancang begitu.

Siapa tak tahu bahawa mereka memang boleh bersaing? Mereka mahu amat memperjuangkan ekonomi laisse fairre atau ekonomi bebas. Bagi mereka yang sudah maju kehadapan, bermodal dan rangkaian tertutup (exclusive networking) yang tidak lut, tahap competitive advantage mereka sudah teramat jauh di hadapan. Apa lagi dengan diskriminasi yang tiada undang-undang untuk membendung?

Padang permainan ekonomi bukan bagaikan liga bola Inggeris yang membahagikan mengikut Premier League, Divisyen Satu, Dua dan seterusnya. Orang Melayu memang sudah menunjukkan peningkatan, tapi permainan catch-up tidak boleh menyaingi kadar pertumbuhan mereka.

Itu pun Dato Nordin menulis:

Dalam konteks ekonomi pula adakah benar orang Melayu sahaja yang menerima sedangkan kaum lain sentiasa memberi? Orang berniaga atau orang yang mempelajari pengajian perniagaan akan faham bahawa dalam sesebuah ekonomi setiap ahli masyarakat menyumbang kepada pertumbuhan.

Tentulah tidak munasabah mengatakan Melayu hanya sebagai penerima sedangkan mereka setiap hari berurus niaga dan berperanan sebagai pengguna yang berbelanja.
Baik DEB mahupun Dasar Pembangunan Negara (DPN) memang ada memperuntukkan bajet negara atas nama Melayu. Contohnya Felda. Majoriti penerokanya ialah Melayu.

Namun demikian, jika katakan kawasan Felda itu adalah getah, peneroka akan menunggu tujuh tahun baharu getahnya boleh ditoreh untuk mengeluarkan hasil.

Sedangkan, kontraktor pembina jalan, kontraktor pembuat rumah peneroka, kontraktor memasang paip, kontraktor elektrik, kontraktor membina kompleks dewan, sekolah dan sebagainya yang menelan jutaan ringgit (berbanding beberapa ringgit yang bakal diperoleh oleh peneroka tujuh tahun kemudian!) yang umumnya melibatkan golongan bukan Melayu serta-merta menyejat peruntukan jutaan ringgit itu.

Inilah yang dikatakan oleh Tun Razak dahulu bahawa DEB yang memperuntukkan 30 peratus kepentingan Melayu dalam semua sektor dalam tempoh 20 tahun untuk dicapai bukan bererti merampas daripada bukan Melayu kepada Melayu, sebaliknya ia dilaksanakan dengan memperbesarkan kek ekonomi.

Walaupun sesuatu projek itu diluluskan atas tajuk Melayu namun nikmatnya tidak semestinya dirasai oleh Melayu sahaja.
Mungkin baik kita fikir bersama perkara ini.

Tiadakah Cara Lain?

Diakhir ucapan Tengku Razaleigh, beliau telah mengemukakan cabaran: “Apakah kita mempunyai apa-apa pilihan atau “model” lain yang dapat menggantikan wawasan Razak itu sebagai formula yang terbaik untuk memajukan negara ini atas LANDASAN PERPADUAN NASIONAL YANG SEBENAR?

Maka pengakhir kata Dr Nordin pula boleh saya anggap sebagai persoalan mengenai LANDASAN PERUNDINGAN YANG SEBENAR.

Saya teringat kata Profesor Bazerman, pakar strategi perundingan Harvard yang menyebut jika ada dua pihak sedang berunding yang kesudahan rundingan itu satu pihak mendapat lapan dan satu pihak lagi mendapat 10 tetap lebih baik meneruskan rundingan berbanding jika setiap pihak mendapat masing-masing tujuh jika menamatkan rundingan.

Dari sudut politik, sehingga semenjak 1955 sehingga pilihan raya 2004 orang Melayu masih setia memberi apa yang mereka biasa beri. Ini akademik. Mungkinkah Profesor Bazerman pernah secara diam-diam belajar dari Malaysia?
Tidak mudah untuk menahan seseorang untuk memikir dan memberi keutamaan kepada kepentingan diri sendiri, keluarga, masyarakat setempatnya, kaumnya dan pelbagai lain entiti. Yang penting, jangan kita tidak ambil endah fikiran kepentingan orang lain.

13 Mei 1969: Malaysian Malaysia & Artikel 153

Gambar di atas adalah dari buku pengkisahan 13 Mei yang diluluskan oleh kerajaan ketika itu. Sila lihat gambar asal di laman Forum MyKMU.Net.


Soalan saya kepada intelektual kaum China adalah mudah – mengapa kamu pertikaikan perlaksanaan dan pemanjangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal DEB hanyalah kaedah merealisasikan hasrat Artikel 153 Perlembagaan?

Walhal datuk nenek kamu dalam kebijaksanaan mereka sudah bersetuju untuk berkontrak sosial dengan Melayu, termasuk menerima Artikel 153?

Datuk nenek kami orang Melayu telah bersetuju merelakan kamu berkongsi bumi ini dengan kamu, bersetuju memberi kerakyatan kepada kamu, dengan syarat kamu bersetuju untuk menjamin hak dan mengiktiraf ketuanan Melayu ke atas bumi ini [1].

Semasa British ada, kerana kamu terlalu takutkan British, sepatah bantahan pun kamu tidak luahkan kepada Reid Commission yang menulis Perlembagaan Malaysia [2]. Bantahlah, jika benar Artikel 153 dan lain-lain artikel yang kamu tidak bersetuju itu sememangnya zalim. Mengapa tidak bantah?

Tetapi setelah British pergi, lain pula cerita kamu. Sampai hari ini kamu masih lagi merengek tidak bersetuju dengan banyak hal dalam Perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya, mudah sangat untuk kita selesaikan segala maslaah yang bersangkutan dengan DEB dan hak istimewa Melayu. Tidak perlu laungkan MERITOKRASI. Kamu orang usulkan saja supaya Artikel 153 di mansuhkan. Kerana peruntukan Artikel 153 itu sendiri tidak membolehkan meritokrasi. Kerajaan Dolah yang ada kini tentunya akan akur. Habis cerita.

Tidak perlu fitnahkan DEB lewat menuduh Al Marhum Tun Razak mencetuskan 13 Mei sebagai kaedah rampas kuasa, coup de tat dari Al Marhum Tuakun Abdul Rahman [3]. Tidak perlu ambil jalan berliku mempalitkan haram DEB itu, kerana dilahirkan dari coup de tat satu perbuatan mendapatkan kuasa politik yang segajat anggap cara haram.

Tidak perlu sindir bahawa China ramai mati kerana 13 Mei, demi membolehkan Melayu kecap senang melalui DEB yang terhasil ekorannya. Sindir bahawa Al Marhum Tun Razak itu tamak kuasa sehingga sanggup rampas kuasa. Dan tanpa menyebut sepatah ayat, sindir bahawa Najib anak sulong Tun Razak adalah dari baka yang sama.

Dan Brader Anwar Ibrahim pun tidak perlu ke hulu ke hilir membuang masa mencabar kewibawaan, otoriti Artikel 153 di bawah penyamaran menegakkan keadilan – mempropogandakan betapa DEB itu sudah tidak relevan dan sepatutnya dimansuhkan [4], [5].

Cakap terus terang – Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pihak kaum bukan-Melayu dan dalam rangka memancing undi China khususnya untuk PRU 12, mahukan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia di mansuhkan. Jadikan itu manifesto pilihan raya PKR. Selesai semua masalah. Mudah, kan?

Ini tidak, kamu puak China chauvinis dan wira baru kamu telah mengambil jalan persis yang diambil Lee Kuan Yew. Yakni ambil jalan payah yang lagi hiporik, yang malangnya semua orang boleh baca.

Lee Kuan Yew pun tidak pertikaikan Artikel 153 secara terang-terangan, cuma dengan penuh sopan santun, dia mahu dan laungkan MALAYSIAN MALAYSIA. Yang kini sayangnya, ramai anak muda Melayu tergoda dengan ungkapan frasa ini, lalu turut bersetuju membabi buta.

Mengikut sejarah rasmi Singapura, asalnya slogan “Malaysian Malaysia” adalah konsep ciptaan Lee Kuan Yew dalam berdepan dengan fraksi chauvinis China dalam People’s Action Party (PAP) [6] yang kemudiannya berpecah menubuhkan parti Barisan Sosialis [7].

  • Racial tensions increased dramatically within a year and was fuelled by Barisan Sosialis's tactics of stirring up communal sentiment to discredit the government of Singapore and the federal government of Malaysia. In particular, the Chinese in Singapore disdained being discriminated against by the federal policies of affirmative action, which granted special privileges to the Malays guaranteed under Article 153 of the Constitution of Malaysia. There were also other financial and economic benefits that were preferentially given to Malays. Lee Kuan Yew and other political leaders began advocating for the fair and equal treatment of all races in Malaysia, with a rallying cry of "Malaysian Malaysia!".

Dari deskripsi rasmi yang dikeluarkan PAP, apa yang dapat dibaca dengan jelas ialah perbezaan pendekatan di antara Lee Kuan Yew dan Lim Chin Siong Setiausaha Agung Barisan Sosialis terhadap apa bentuk implementasi Artikel 153. Maksudnya, sejak tahun 1961 lagi, sebelum Persekutuan Malaysia di tubuhkan pun, sudah ada prototype, janin atau lembaga kasar DEB. Dan di ketika itu pun, kaum China sudah tidak senang.

Pembawah umum di antara kedua-dua pemimpin China Singapura itu ialah mereka jelas tidak menyukai sebarang bentuk affirmative action (tindakan membetulkan) yang menghidupkan Artikel 153. Cuma cerdik-bodoh menjadi garis pemisah di antara mereka.

Di satu pihak, Barisan Sosialis yang kononnya pro-komunis mengambil sikap perkauman terus terang tidak setuju dengan Artikel 153. yang menampakan benci terhadap Melayu.

Di pihak yang lain pula Lee Kuan Yew pun tidak sukakan Melayu dijamin hak istimewa. Cuma sikap dia tidak nyata membenci. Kerana dia cuma minta kesaksamaan hak dan pembahagian sumber antara Melayu dengan kaum lain. Lee Kuan Yew tidak meletak bangsa China di hadapan, dia cuma mahukan meritokrasi. Yang dalam kata lain, bermaksud Melayu tidak layak diberi sebarang layanan istimewa.

Maka laungan Malaysian Malaysia – yang bermaksud negara Malaysia hak semua penduduk tanpa ada kaum yang mendapat keistimewaan.

Posting ini juga boleh dibaca di laman Boneka, Penyu & SPR.

Selasa, 22 Mei 2007

13 MEI DARI CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN - 1

13 MEI DARIPADA CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Bahagian 1

1. PENGENALAN

Tulisan ini akan memaparkan analisis ke atas sebuah buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei” yang diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, cetakan tahun 1969. Buku ini ditulis oleh Yang Teramat Mulia (Al-Marhum) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Kedah (selepas ini diringkasnya sebagai TAR sahaja) yang mana merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaysia yang pertama.

Kami berpendapat bahawa keterangan-keterangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu sendiri, selaku orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut, mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi sejarah untuk dikaji dan dianalisis, demi kebenaran yang cuba dipesongkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab dan berkepentingan ke atas sejarah hitam negara pada hari ini.

Tulisan ini dibuat sebagai sumbangan dari penulis untuk mengimbau dan menjelaskan keadaan yang berlaku demi kebaikan negara kita sendiri; khsususnya perpaduan antara kaum atau rakyat berbilang dan seterusnya kesejahteraan negara; dari ancaman unsur-unsur yang tidak sihat yang cuba memainkan isu 13 Mei dan memutarbelitkannya demi kepentingan politik sempit mereka.

Untuk makluman pembaca, tulisan ini dibuat secara spontan. Oleh itu sudah tentu banyak kesalahan taipan, ejaan, dan seumpamanya akan dikesan. Maklum dengan keadaan demikian, maka kami mengalu-ngalukan sebarang pembetulan daripaa para pembaca.

2. FAKTOR-FAKTOR DAN RENTETEN PERISTIWA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA HITAM 13 MEI, 1969

2.1 KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1969

TAR dengan jelas menyatakan bahawa terdapat banyak peristiwa yang berlaku yang mana pada akhirnya menimbulkan huru-hara pada 13 Mei, 1969.

Menurut beliau, kesemua pilihanraya-pilihanraya yang telah dijalankan sebelumnya iaitu sejak kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan baik, hatta Pilihanraya Umum (selepas ini diringkaskan sebagai PRU sahja) 1969. PRU 1969 jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei, 1969 di Malaysia Barat berjalan dengan licin lagi lancar sebagaimana PRU-PRU sebelumnya.

Namun, semasa PRU 1969, kempen pilihanraya telah dijalankan dengan begitu buruk dengan perbuatan-perbuatan liar yang dilakukan dan ucapan-ucapan yang tidak bertanggung jawab daripada pihak pembangkang.

2.2 ANASIR-ANASIR KOMUNIS

TAR berpendapat terdapat anasir-anasir komunis yang memainkan peranan dengan hujah beliau bahawa beliau, selaku Perdana Menteri yang menjaga keselematan negara, menerima pelbagai maklumat dan laporan-laporan sulit. Ini tidak dapat tidak kita percaya akan keterangan beliau kerana beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam hal yang berkenaan. Dalam buku berkenaan juga beliau, walaupun secara tidak terancang, telah mengemukakan beberapa bukti akan hakikat ini.

2.2.1 HARTAL DI PULAU PINANG

Antara perkara yang disebutkan oleh TAR ialah peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November, 1967 yang mana dibuat contoh oleh TAR sebagai bukti yang jelas anasir-anasir komunis telah bergerak secara terang-terangan atau secara sulit untuk melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan Malaysia.

Dalam peristiwa di Pulau Pinang pada tahun 1967 ini, TAR melaporkan bahawa anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Lanjutan daripada hartal ini, pertempuran-pertempuran telah tercetus di mana orang-orang Melayu dan penyokong-penyokong setia kerajaan telah diserang. Beberapa orang terperangkap dalam kejadian yang berlaku juga telah terbunuh dan cedera. Perkara ini hanya dapat diredakan apabila pasukan-pasukan keselamatan berjaya mengembalikan ketenteraman dan mengenakan perintah berkurung, serta menangkap orang-orang yang disyaki.

Menurut TAR, komunis bertujuan melancarkan hartal ke seluruh negara. Namun, rancangan mereka gagal kerana penduduk-penduduk di tempat lain tidak mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan seperti biasa.

2.2.2 HUKUMAN GANTUNG KE ATAS KOMUNIS YANG BELOT SEMASA KONFRONTASI

Pada bulan Jun tahun 1968, hukuman gantung hendak dilaksanakan ke atas sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (ringkasnya PKM) yang mana dihukum mati kerana membantu pihak Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen ”Ganyang Malaysia” dalam usaha mereka menyerang selatan tanahair, iaitu Johor.

Perintah hukuman gantung yang sama juga dikenakan ke atas dua (2) orang Melayu di Perak.

Dr Tan Chee Khoon yang menjadi ahli Parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu, Selangor, telah membuat rayuan agar hukuman gantung itu tidak dilaksanakan. Beliau dan ahli-ahli Parti Buruh dan (yang disebutkan oleh TAR disertai bersama) penyokong-penyokong komunis telah melancarkan kempen besar-besaran, dari rumah ke rumah, atau dari pintu ke pintu (kedai) untuk memungut tandatangan dan menimbulkan tanda simpati orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum sebagaimana yang diterangkan di atas. Menurut TAR, akhbar-akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen yang dilakukan ini.

TAR mendakwa anasir-anasir yang pro-Komunis tersebut telah menghasut ibu bapa dan para waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Akan tetapi, rayuan mereka tersebut telah ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu.

Menjelang tarikh perlaksanaan hukuman gantung itu, di luar penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu telah berlangsung tunjuk-tunjuk perasaan secara liar di mana mereka membaling batu ke atas kendaraan yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas. TAR menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan tunjuk perasaan liar berkenaan sebagai ”belia-belia komunis.”

Atas pendapat atau kebijaksanaannya untuk mengelakkan timbulnya pergaduhan di seluruh negara yang membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, TAR telah menghadap Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu untuk membincangkan meringankan hukuman gantung berkenaan. Kedua-dua baginda Tuanku Sultan Johor dan Sultan Perak telah bersetuju lalu kesemua mereka yang terbabit diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

Kita tidak boleh melihat ini sebagai satu kelemahan TAR dalam membuat keputusan atau mengendalikan keadaan, di mana logik TAR dalam hal ini dapat diterima. Beliau menyatakan bahawa sama ada tindakannya betul atau salah, tujuannya adalah untuk [ memetik kata-katanya ] ”menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan sebelas komunis di Johor dan dua penderhaka di Perak dari hukuman gantung.”

Kesan tindakan beliau itu adalah terhentinya tunjuk perasaan dan keamanan dapat dipulihkan.

(Bersambung)