Isnin, 1 Mac 2010

Melayu bergabung bawah Majlis Perundingan Melayu

PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama ketua NGO yang hadir pada Pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.

“Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

MPM bukan pertubuhan perkauman

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dilancarkan hari ini bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbentuk perkauman walaupun ia berperanan sebagai pelindung hak orang Melayu. Salah seorang pengasas MPM, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, MPM yang ditubuhkan dengan semangat Rukun Negara itu turut memainkan peranan sebagai penggerak bagi menghidupkan semangat generasi muda.

“Selain memperjuangkan hak orang Melayu, MPM juga berperanan mendidik generasi muda agar cintakan agama, bangsa dan negara. “Hari ini, hanya segelintir generasi muda Melayu yang berminat untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti patriotik sebegini,” jelasnya pada sidang media majlis pelancaran NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

MPM ketika ini dianggotai oleh 76 NGO Melayu peringkat negeri serta kebangsaan dan jumlah berkenaan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Turut berlangsung di majlis pelancaran itu ialah Majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM.

Beliau yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) berharap, aktiviti yang akan dilaksanakan oleh MPM nanti akan mampu menggerakkan anak-anak muda Melayu.

Tambahnya, penubuhan MPM bukanlah untuk menggugat mana-mana pihak tetapi cuma bertindak umpama benteng dan pelindung kepada tanah air.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima dengan hati terbuka segala usul yang akan diserahkan oleh MPM kepadanya.

Sumber: Pentas UMNO Bandar Puncak Alam

2 ulasan:

Gukita berkata...

Usah takut dan gentar kerana di label dengan bermacam-macam oleh akhbar dari kaum bukan-pribumi... Rasulullah telah menghadapi lebih lagi.. sehingga label gilA.

Teruskan agenda perkukuh bangsa dengan nilai-nilai kebanggaan warisan, dengan tatasusila, dengan fikhrah yang jelas dan kuat.. pedulikan kata-kata kesat mereka... mereka BUKAN GURU KITA UNTUK KITA GUNAKAN KAEDAH YANG SAMA..

Ikuti cara DS Zambry di Perak yang meneruskan agenda pengukuhan walau di hina dan caci oleh mereka-mereka YANG TERPESUNG, termasuk yang memakai serban dan kopiah.. Dia teruskan juga dengan hemah dan sehingga lawan MATI AKAL...

Itulah cara kita.. caRa MELAYU SEJATI.. KERIS DI PINGGANG TAK DIHUNUS KECUALI PALING TERDESAK... TIKA ITU AMUKAN MELAYU MNGGEGAR DUNIA dan pendeta kata nesta hanya boleh makan najis sendiri... Teruskan dengan PANGLIMA NAJIB.. TERUSKAN TANPA LENGAH, TERUSKAN TANPA HENTI.. LAKSAMANA DS RAIS SEBAGAI TUAH MODEN meneruskan MARA PANGLIMA...

Tanpa Nama berkata...

Saya merasakan tuan perlu memberi sedikit komen berkenaan 5 resolusi baru MCA yang mana pada pandangan saya tidak jauh lari dari apa yang cuba diperjuangkan oleh cina DAP... Amat rugi lah secara amnya jika BN atau lebih khusus lagi UMNO, sekiranya resolusi itu diterima kerajaan...