Jumaat, 12 Mac 2010

Komen mengenai Model Ekonomi Baru (Bhg 2)

Bersambung dari Bhg 1

2) Sistem Pendidikan Negara

a) Dewasa ini, kepincangan di dalam Sistem Pendidikan Negara amat ketara dirasakan. Bermula dengan penggubalan Akta Pendidikan 1996, halatuju sistem pendidikan kita semakin kabur dan tidak menentu.

Masalah polarisasi kaum juga makin menjadi-jadi. Ini terjadi kerana kanak-kanak tidak diperkenalkan antara satu sama lain dan dipisahkan oleh sistem pendidikan kita yang sekarang ini lebih mengutamakan sekolah vernakular dari sekolah kebangsaan.

Buktinya, banyak sekolah vernakular Cina dan Tamil mendapat berjuta-juta wang peruntukan dan sekolah kebangsaan dibiarkan sahaja. Malah peruntukan untuk sekolah berasrama penuh dikurangkan. Ada juga peruntukan di IKM dan MRSM dikurangkan hingga lebih 50%. Yang untung adalah bukan Melayu, yang rugi Melayu.


b) Sistem Pendidikan Negara mesti berpaksikan Bahasa Malaysia dan perlu diselarikan tanpa berkiblatkan negara China atau India. Ini membolehkan semua kaum berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain sejak dari kecil dan kaum Melayu boleh berkeyakinan untuk bertanding dengan kaum lain apabila meningkat dewasa kelak.

Penekanan yang lebih kepada sekolah vernakular telah mengecewakan kaum Melayu. Malah sistem ini tidak selari dengan perlembagaan Malaysia. Ianya melahirkan rakyat yang tidak tahu menahu antara satu sama lain dari peringkat kecil. Ini tidak sejajar dengan intipati perlembagaan yang mahukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.


c) Kajian menyeluruh perlu dibuat untuk mengukur keberkesanan sistem pendidikan negara. Oleh kerana, sekolah kebangsaan tidak popular di kalangan bukan Melayu, maka ianya perlu dirombak untuk menarik lebih ramai bukan Melayu ke dalamnya. Amat malang apabila PPSMI di hapuskan. PPSMI merupakan salah satu pemangkin yang akan menarik minat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan.

Pertolongan berlebihan terhadap sekolah vernakular perlulah dikurangkan kerana ianya membazir dan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada orang Melayu. Malah IKM dan MRSM terpaksa berkorban akibat wang peruntukan mereka terpaksa diberi kepada sekolah vernakular.

Bahasa Malaysia perlu diberi penekanan di dalam sistem pendidikan kita. MCA baru-baru ini telah mengemukakan cadangan yang condong kepada DAP dan Dog Jiao Zong dimana mereka menekankan agar kerajaan membina lebih banyak sekolah vernakular Cina. Adakah BN dan UMNO akan mendapat lebih banyak undi dengan cara ini? Tidak sama sekali. Dalam politik dimana sistem pendidikan yang menjadi percaturannya, yang akan menang adalah DAP dan kaum bukan Melayu.


3) Kelemahan kerajaan membendung anasir-anasir anti Melayu.

a) Apabila anasir-anasir Melayu dengan semberono menyindir dan mempersendakan elemen-elemen yang berkaitan Melayu, kelemahan kerajaan di dalam menangani permasalahan ini mengakibatkan tiada rasa hormat kaum bukan Melayu terhadap kerajaan dan Melayu khususnya. Sebagai contoh :

i) Ketiadaan usaha konkrit membidas buku Dr Kua Kia soong yang memfitnah UMNO, Tun Razak, Harun Idris dan Tun Mahathir di mana para pemimpin Melayu tersebut difitnah membunuh kaum Cina semasa peristiwa 13 Mei, 1969.
ii) Agensi kerajaan seperti polis dan askar diperlekeh sesuka hati oleh pihak pembangkang tanpa dipertahankan oleh ahli politik dan para menteri kerajaan.
iii) Institusi Di Raja dihina sebegitu sekali tanpa kawalan.
iv) Sering memberi muka kepada kehendak kaum bukan Melayu.
- Akhir -

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan kita sudah jadi penakut. Apa gunanya ISA?
Sekolah kebangsaan patut ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Melayu kerana sama denga Sekolah Kebangsaan Cina atau Tamil. Bagi kami jika kaum Cina tidak mahu belajar Bahasa Melayu biarkan. Sakit telinga kita bila orang Cina cakap Melayu, sudah lama merdeka pun tak tahu cakap bahasa kebangsaan? Biarkan. Kerana apabila satu hari nanti semua urusan kerajaan dan swasta mesti dilakukan dalam bahasa kebangsaan barulah mereka mengelabah?
Kerajaan harus radikal dan membantu sepenuhnya sekolah kebangsaan. Tiada alasan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan gagasan 1 Malaysia boleh dikatakan kerajaan "bagi muka"... semua ikut... 1 Malaysia dilihat sbg memakan diri sendiri... pelbagai permintaan dan rengekan telah dibuat dgn menggunakan alasan 1 Malaysia... puas hati!!!

Tanpa Nama berkata...

Setakat melalak dalam BLOG...tak banyak kesannya...bukan tak ada, cuma tak kuat kesannya. PERKASA adalah benteng terakhir yang aku lihat sebagai perisai dan pembela jatidiri melayu...termasuk raja2 melayu. Tengok ajerlah sekarang nih...jangan kata keluh dan resah orang melayu tak didengar oleh kerajaan, khasnya UMNO, titah raja2 melayu juga seperti bisikan diangin lalu sahaja layaknya. TAK ADA DAYA IMPAK YANG KUAT.
Kebiadapan keturunan pendatang ini, khususnya ahli politik mereka..dalam PR dan BN...sama aja. Kenapa ya, aku sebagai orang Melayu, rasa seperti dianaktirikan oleh kerajaan selepas Tun M?? Pak Lah pengkhianat melayu...Najib..apologist Melayu..!!
Kalaulah tak kerana timbulnya kes Saiful Bukhari melawan Anuwar...kemungkinan besar UMNO dah hancur sekarang nih...dan orang melayu dah jadik seperti punggok rindukan bulan...sekadar duduk bawah pokok dan bercerita kisah riwayat akan satu masa dulu...tanah ini adalah warisan Nenek moyang mereka, sekarang dibahagi sama rata sama rasa (kononnya)...hanya kerana PEMIMPIN MELAYU YANG MEMEGANG TAMPUK KUASA TERLALU AMAT NAK MENJAGA HATI DAN PERASAAN BANGSA CINA..!!! SIAPA TUAN TANAH INI YANG SEBENARNYA???

Tanpa Nama berkata...

Sekolah Melayu telah mendapat peruntukan 90% dari kerajaan. Kerajaan pada halnya mesti memberi peruntukan secara adil kepada semua aliran sekolah. Adalah tidak benar bahawa sekolah Cina mendapat berjuta-juta dari kerajaan. Wang berjuta-juta ini adalah dari derma dari rakayat Cina yang cintakan pendidikan.Wang ini adalah dari titik peluh dan darah kita. Ini sepatutnya tidak berlaku sekira kerajaan tidak menanaktirikan warganegara bukan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Sekolah Melayu telah mendapat peruntukan 90% dari kerajaan. Kerajaan pada halnya mesti memberi peruntukan secara adil kepada semua aliran sekolah. Adalah tidak benar bahawa sekolah Cina mendapat berjuta-juta dari kerajaan. Wang berjuta-juta ini adalah dari derma dari rakayat Cina yang cintakan pendidikan.Wang ini adalah dari titik peluh dan darah kita. Ini sepatutnya tidak berlaku sekira kerajaan tidak menanaktirikan warganegara bukan Melayu.