Bagi Bumiputera, suatu timbal balas perlu diberi kepada kerajaan. Kepentingan kaum yang merupakan lebih 60% penduduk negara ini dan orang asal tanahair ini tidak boleh diketepikan. Ini sebab legasi penjajahan meninggalkan ekonomi negara yang ditinggalkan kepada penguasaan kaum immigren.
Berikut adalah pandangan berkaitan dengan MEB:
1) Pembentangan Model Ekonomi Baru
a) Majlis Penasihat Ekonomi yang akan melancarkan Pelan Model Ekonomi Baru dipenuhi dengan bukan Melayu.
i) Datuk Andrew Sheng (Bank Negara)Berbanding dengan:
ii) Datuk Nicholas S. Zefrey
iii) Dr. Yukon Huang (Asian Development Bank)
iv) Dr. Homi J.Kharas (World Bank)
v) Dr. Danny Quah (London School of Economics)
vi) Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak ( USM)Dan setiausaha – Dr. Norma Mansur (UM)
vii) Datuk Dr. Zainal Asnam Mohd Yusof
viii) Dr. Mahani Zainal Abidin(ISIS)
Apa kepastian bahawa komposisi majoriti yang terdiri dari kaum bukan Melayu akan menguntungkan masyarakat Melayu secara umum?
b) Mengapa perbincangan Model Ekonomi Baru dibuat secara tidak jelas? Adakah rakyat khasnya kaum Melayu hanya perlu menelan segala yang dibentangkan kelak? Mengapa tiada website atau portal untuk membolehkan kerangka model ekonomi ini dibincangkan oleh umum? Badan-badan Melayu seperti Gabem, DPMM dan Perkasa dipinggirkan semasa proses merangka model ekonomi baru ini.
c) Pada bulan Oktober 2009, Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Dasar Ekonomi Baru akan dimansuhkan kerana tidak berjaya mencapai sasaran. Daripada ekuiti 2% pada 1970, hingga 20%, adakah ini tidak diertikan sebagai kejayaan?
Masalah kaum Melayu di sektor swasta amat ketara dimana diskriminasi terhadap kaum Melayu oleh majikan bukan Melayu berleluasa. Sektor swasta menyumbang lebih 10 juta pekerja dan sektor awam lebih kurang sejuta. Akan tetapi, oleh kerana desakan kaum bukan Melayu, sektor awam dibuka dengan luas kepada bukan Melayu hinggakan pembahagian kontrak oleh kerajaan juga dikenakan kaedah meritokrasi yang akan merugikan kontraktor Melayu. Padahal pemberian kontraktor oleh sektor swasta masih kekal ditangan kaum bukan Melayu.
Kerajaan sepatutnya mengkaji kedua-dua sektor awam. Setelah sektor-sektor ekonomi diliberalisasi sedikit demi sedikit, apakah yang tinggal untuk Melayu?
d) Kesan paling mudah dilihat akibat sewenang-wenangnya membuka pasaran tanpa mengambil kira kepentingan Melayu ialah dengan mengukur kadar ekuiti Melayu sejak Mac 2009. Adakah ia menurun atau meningkat dari 18%? Setelah pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Liberalisasi mengenai IPO, adakah ekuiti kita sudah meningkat? Adakah Ekuinas, yang hingga sekarang masih belum beroperasi sepenuhnya (walaupun ekonomi Melayu sudah kehilangan MECD) sudah menolong meningkatkan kadar 18% tersebut?
Melayu sudah kehilangan banyak di dalam IPO apabila kadar pemberian saham dikurangkan hingga 50%. Kaum bukan Melayu mendapat habuan besar apabila tiada lagi sekatan dikenakan. Beberapa bulan lepas, PNB membuka dan menjual peruntukan unit-unit saham yang dikhaskan untuk bumiputera kepada kaum bukan Melayu atas nama pasaran terbuka. Ini akan meningkatkan lagi kadar pegangan ekuiti bukan Melayu. Apabila mereka meningkat, adakah kita juga meningkat?
e) Terbaru, Datuk Husni Hanadzlah berkata bahawa kerajaan tidak takut terhadap risiko politik apabila membentangkan Pelan Model Ekonomi Baru nanti. Apabila rakyat umum dan Melayu khasnya tidak dapat tempat di dalam perbincangan yang membincangkan hala tuju perjalanan ekonomi mereka, kemungkinan besar risiko yang akan dihadapi oleh kerajaan terlalu besar untuk di atasi.
f) Adalah menjadi norma masyarakat kita untuk berpaling kepada konsep-konsep moden kononnya menunjukkan kita berpendidikan tinggi. Konsep seperti meritokrasi hanya boleh diamalkan di dalam sesuatu Negara jika semua kaum terdiri di atas ‘level playing field’.
Jika kadar per kapita antara kaum masih tidak sama, mana mungkin meritokrasi akan berlaku adil. “Equality in outcome” mesti juga diutamakan seperti “Equality in opportunity”.
Ambil contoh kajian oleh MP Alan Miburn di Britain pada Julai tahun lepas, dimana sistem meritokrasi didalam sistem pendidikan di Britain mengakibatkan jurang pendapatan semakin besar antara yang kaya dan yang miskin hinggakan mereka ingin kembali kepada ‘affirmative scheme’ yang membolehkan orang miskin memasuki universiti dan bekerja di syarikat-syarikat milik kerajaan.
g) Model Ekonomi Baru dikhabarkan memberi penekanan kepada :
i) Peningkatan GDP.Fokus hendaklah tidak tertumpu kepada ekonomi makro sahaja. Penekanan harus diberikan ke atas meningkatkan pendapatan isi rumah (Melayu), mengurangkan kadar kemiskinan (Melayu), mengecilkan jurang pendapatan (antara Melayu dan kaum lain), membuka lebih banyak ruang pekerjaan (terutama di sektor swasta untuk Melayu) dan menangani inflasi.
ii) High income economy (ekonomi pendapatan tinggi).
iii) Meritokrasi.
Jika dalam jangka masa panjang, Model Ekonomi Baru membawa ke arah keburukan dengan tidak menyediakan platform untuk ‘level playing field’, Melayu akan kerugian akhirnya.
2 ulasan:
Hmmmm.......Hmmmm....Hmmmm....Macam mana pula ini jadi.Bial sesuatu benda itu tak jadi kita harus pandang muka sendiri.Dengan perlaksanaan MEB saya harap pehak betangungjawab akan menjaga dengan teliti untuk pastikan orang yang perlu sahaja mendapat batuan. Jika in ta jaga pada tahun 2060 perbahasan ini akan diulangi. Ramalx
sedih, pedih, terhiris.. mungkin itu yang dirasakan bagi kebanyakan kaum Melayu.. saya akui kita perlu lebih kompetitif untuk seiring dengan mereka yang lain.. tetapi terdapat beberapa kekangan yang membuatkan kita sedikit ketinggalan... pertama, mentaliti orang kita sendiri yang masih di tampuk lama... kedua, "org atasan" yang semakin hari kelihatannya "bagi muka" kepada orang lain... tak mengapa... MEB masih baru diperkenalkan... kita lihat saja pelaksanaannya... tetapi, pada masa dan saat ini, sememangnya ruang yang terbuka akan membuatkan kita jauh terkebelakang dan ketinggalan.. mungkin itulah matlamat gagasan 1 Malaysia dan MEB... tahniah...
Catat Ulasan