Rabu, 17 Disember 2008

Tersirat Disebalik MCA dan DAP Membantu Bekas Pengganas Komunis Menuntut Pampasan

Pada Desimber 14 baru-baru ini, sekumpulan aktivis Cina dari parti DAP dan disokong oleh parti MCA membuat perarakan ke pejabat Suruhanjaya British untuk membuat tuntutan terhadap kerajaan British ke atas satu peristiwa sejarah.

Tuntutan sebanyak 80 juta pound sterling dari kerajaan British adalah keatas satu pembunuhan beramai oleh tentera British pada tahun 1948 di Ulu Yam yang pada mereka adalah pembunuhan terhadap orang awam dan bukan pengganas komunis.

Benar dan logikkah tuntutan mereka? Apa pula tersirat disebalik kesanggupan parti-parti politik Cina yang bersaing dan bertentangan ideologi berkerjasama? Adakah implikasi terhadap hak dan kepentingan orang Melayu?

Akhir sekali buat renungan, jika Hindraf dan "Komunis" memikirkan mereka berhak menyaman kerajaan British, bukankah Melayu dan kaum Bumiputera lebih berhak menyaman British? Kemerdekaan tidak mengembalikan tanahair kepada kita tetapi dipaksa berkongsi dengan 'pendatang' yang menyusahkan!

Munsyi Abdullah menulis mengenai tuntutan ini di laman Malaysia Aktif.com bertarikh Disember 16hb, 2008.

RM425 juta untuk keluarga bekas komunis di Malaysia


SEKUMPULAN aktivis Cina yang disokong oleh DAP telah menuntut kerajaan Britain membayar dosa tenteranya membunuh 24 penduduk keturunan Cina di sebuah kampung di Batang Kali Selangor dengan pampasan sebesar 80 juta pounds (RM425 juta) kerana mereka bukan pengganas komunis seperti yang didakwa.

Kumpulan ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur baru-baru ini dan menyampaikan memorandum tuntuan mereka itu. Perkara ini juga pernah di perjuangkan oleh parti cauvinis Cina DAP ke Parlimen

Anggota kumpulan aktivis ini tidak pernah menyaksikan sendiri peristiwa pembunuhan itu tetapi membuat tuntutan berasaskan kepada fakta sejarah yang memihak kepada mangsa seperti
yang ditulis oleh pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dalam memoirnya "My Side of History".

Chin Peng mendakwa mangsa pembunuhan itu bukan pengganas, tetapi orang awam dan beliau menyamakan tindakan tentera British itu seperti peristiwa My Lai yang berlaku 19 tahun kemudiannya di Vietnam iaitu pada 16 Mac I968 di mana tentera Amerika melakukan pembunuhan orang awam secara beramai-ramai.

Menurut Chin Peng, sebuah akhbar mingguan popular British, The People telah mendapat maklumat tentang perisitiwa yang sama berlaku di Malaya semasa dururat dan menjalankan siasatan dengan menemuramah bekas-bekas tentera yang berkhidmat pasa masa itu dan mendedahkannya di muka hadapan The People keluaran 1 Febuari 1970.

Pendedahan itu berkata: "It flatly charged that on December 1948, the Scots Guards platoon had perpetrated a cold blooded massacre civillian workers at Batang Kali."

Menurut Chin Peng lagi, semua fail polis mengenai Batang Kali masih dirahsiakan hingg hari ini. Beliau menyifatkan dakwaan British terhadap mangsa pembunuhan itu sebagai “pengganas” adalah "emotive terminology" yang digunakan supaya tidak berlaku pendewaan terhadap perjuangan PKM. Beliau mengemukakan hal ini sebagai satu kes “sejarah disunting” atau dipinda atau diputarbelitkan (edit history).

Perjuangan menuntut pampasan bagi Batang Kali ini telah dibuat berulang kali, lama sebelum Hindraf menuntut beratus juta ringgit pampasan daripada kerajaan Britain kerana tidak menjaga kebajikan orang India sebagai pendatang dan buruh di bawah pemeritahan penjajahan British.

Yang tidak menuntut pampasan dari kerajaan British ialah orang Melayu kerana mereka merasakan bahawa dengan pemberian kemerdekaan negara ini, maka British tidak lagi berhutang kepada mereka.


Kemerdekaan inilah pengikhtirafan terhadap ketuanan mereka tetapi pihak-pihak lain harus mengesahkan perjuangan haram sebagai perjuangan yang halal bagi mengesahkan ketuanan dan hak mereka ke atas negara ini. Inilah yang dikehendaki oleh PKM yang telah menegakkan pemerintahan bintang tiga beberapa hari selepas kekalahan Jepun dan sebelum anggota MPAJA atau PKM lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan bersenjata bagi menegakkan pemerintahan Cina di Malaya pada tahun 1948.

Nampaknya buku sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya yang ditulis oleh pemimpin pemimpin Parti Komunis Malaya yang masih hidup dan yang telah mati, sedikit sebanyak berjaya menjadi isu kontroversi di negara ini setelah PKM dikalahkan dan dihapuskan.

Golongan caunivis Cina di Malaysia mahu meneruskan perjuangan yang gagal ini dan jika sekiranya Kerajaan Britain bersetuju membayar pampasan itu, maka bererti pengikhtirafan terhadap perjuangan PKM dan banyak lagi pembunuhan pengganas akan dituntut untuk diiktiraf sebagai pembunuhan awam dengan bukti dari bekas-bekas pemimpin PKM dan juga orang yang bersimpati dengan mereka di luar negara.

Tidak hanya Chin Peng yang telah menulis memoirnya yang begitu terperinci, tetapi Rashid Maidin dan Shamsiah Fakir dan beberapa orang lagi bekas pemimpin Parti Komunis Malaya dari keturunan Melayu juga menulis kisah masing-masing untuk membenarkan dan mengesahkan perjuangan mereka.

Harus diingatkan jika PKM berjaya, negara ini tidak lagi mempunyai orang Melayu sebagai raja dan Yang di-Pertuan Agong dan tidak ada lagi perbincangan mengenai ketuanan Melayu.

Sesungguhnya bukan sukar untuk “edit history” kerana secara perlembagaan Singapura telah pun berjaya melakukankannya dan di Malaysia usaha secara perlembagaan juga sedang berlaku sekarang. - malaysiaaktif.com

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa komunis Bintang Tiga adalah pengganas yang telah melakukan kekerasan dan pembunuhan beramai ke atas orang Melayu dan kaum-kaum lain di Batu Pahat, Sungai Manik dan banyak lagi tempat-tempat semasa transisi masa antara Jepun menyerah kalah dan sebelum British kembali mengambilalih pemerintahan selepas Perang Dunai Kedua.

Oleh kerana pihak British telah membantu dan melengkapkan mereka dengan senjata untuk bangun menantang penjajah jepun, mereka menuntut untuk menubuhkan kerajaan. Mereka yang membuat tuntutan ini adalah keturunan puak-puak pengganas ini yang sepanjang masa sentiasa bersalut kepura-puraan.

Negara ini bukan tanahair tok nenek mereka untuk mengaku ada hak!

2 ulasan:

Abdullah AR berkata...

"Negara ini bukan tanahair tok nenek mereka untuk mengaku ada hak!"

Bro, Nak buat macam mana. Pemimpin Melayu jugak yang setuju untuk beri kerakyatan pada mereka sebelum Merdeka. Kalau dah rakyat mereka ada hak. Itulah sebahagian daripada Kontrak Sosial

Tanpa Nama berkata...

takpayahlah nak berebut pasal tanah..ketuanan..dunia ni milik ALLAH..ia xkan kekal selamanya..
fikirkan macam mane nak majukan bangsa melayu di malaysia ni supaya terus ke hadapan..
sama2 kite berganding bahu..xkira pas atau umno sekalipun..kalau kepentingan bangsa kite sama2 bersatu..barula org bukan melayu xberani nak usik...